Wednesday

I'm Too Sexy For My Blog

Kalau tak salah aku, aku berhenti tulis blog sejak December 2013, every now and then adalah aku cuba tulis entries tapi semuanya tak menjadi. Aku rasa macam something is missing dalam hidup seharian nih bila tak berblog. Apa tak nya, selama itulah perjalanan hidup aku tak ada dalam file, undocumented gitu. Sebab aku sedar yang otak aku dah tak berkata-kata macam selalu. Sebab, the most fascinating thing pasal aku nih benarnya, bilamana otak aku berkata-kata, if I may say so myself.There is no greater agony than bearing an untold story inside you, kan?

Selama ini aku tulis kisah aku, kisah sejak kecil, sampailah kisah masa dewasa. So adalah a few blogs yang aku penulisnya. Ada yang aku privatekan, ada yang aku biarkan aje. Dendam Perantau, blog kisah sepanjang 10 tahun aku duduk di Amerika secara haram, dari hari aku mula jejak kaki kat Los Angeles, sampai hari aku ditangkap kat Niagara Falls, is still open untuk bacaan umum. Kisah Seorang Banduan, blog pasal kehidupan aku selama 6 bulan dalam tahanan kat Batavia, New York, sehinggalah hari aku dideport balik ke Malaysia, itupun aku tak privatekan. Keeping The Dream Alive, blog semasa aku, dulu entries nya aku privatekan, buat sementara waktu. Then again aku fikir, tak macho lah kan tulis blog then entriesnya diprivatekan. Macam oxymoron gituh. Lagipun I don't really care shit sapa-sapa yang nak baca blog aku. Most people, they just know what they want to know. 

Drats, baru dua tiga ayat aku tulis, aku dah perasan yang I haven't changed. The way I write. I still am that self-centered selfish puta madre. Tapi, for this very reason jugaklah yang buat aku rasa aku akan terus berblog, aku masih banyak missions yang belum diaccomplish. Aku nak lah jugak dalam blog aku nanti (kalau panjang umur, InsyaAllah) , ada aku tulis things like, "Well folks, I am now a married man!" Atau, "Who would have thought sampai begitu sekali dia ingat aku, kan? Then again, kalau difikir-fikir balik, 3 tahun aku jaga dia. Aku yang korek taik dari jubur dia...."


Itu jer lah 2 big hints yang aku boleh kasi. For now.

Ok, apa yang buat aku berhenti menulis blog secara tiba-tiba?

Jawapan pendek - Aku sentap (Macam yang AM @ Hajah Salma Beach kata, "sentap ni synonymous dgn you"). Aku malas. Aku tak bersemangat. Life aku masa tu was leading to nowhere. Pak Andak (uncle aku) kata, hidup aku macam garam. Masin dan tak ada sapa nak dekat. As opposed tu hidup aku yang dulunya (long before aku ke US) bagaikan gula. Nothing worth writing for, kata aku dalam hati. Meroyanlah sebanyak mana pun kat blog, life aku dah tak interesting, apa nak buat, kan?

And so semangat untuk aku menulis, hilang sedikit demi sedikit. Ditambah pulak bila one of my siblings yang baca blog aku, dia suruh aku sensor-sensor sikit apa yang aku tulis. Terus aku sentap.

Ish, panjang jugak jawapan pendek aku.

Jawapan panjang - A few months lepas aku dideport balik ke Malaysia, lepas aku dah macam nak settled, aku pun mula memblog, blog Keeping The Dream Alive ni lah. Hidup mesti diteruskan, so tulis blog pun harus diteruskan jugak. Aku tulis macamana aku menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian selepas 10 tahun hidup di negara orang dengan menongkah arah. Memang lah susah sebab I came home with nothing, kan? 

Syukur, dalam aku mengorek, menyelidik, dan membongkar what was left of me, rupanya aku ada sikit duit kat ASB, yang akhirnya aku keluarkan untuk menampung sara hidup aku.

Keluarga aku tak tahu pun pasal nih, aku nih jenis yang susah macamana pun, aku tak akan beritahu (let alone mintak tolong) keluarga. Mungkin sebab aku tahu yang family aku suffered selama 10 tahun aku "hilang". Diaorang patut fikir yang kalau pun diaorang dulu suffered, tapi diaorang suffered beramai-ramai. Aku suffered sorang-sorang.

Mungkin jugak sebab aku tahu yang walaupun some of my siblings ada yang drive a Porsche (kalau itu satu tanda kejayaan dan kekayaan), yang ada a few luxury cars, yang ada businesses sana sini, tapi diaorang tak boleh tolong aku. Sebab diaorang ada family masing-masing, diaorang kena dapat persetujuan dari spouse masing-masing, kalau nak tolong aku. Then again aku rasa diaorang tak terfikir pun yang I was in dire need of help masa tuh.

Oh God, this jawapan leads you nowhere kan? Ke-long-windedness-san aku masih terserlah rupanya. Orang kata, “Le secret d'ennuyer est celui de tout dire (The secret of being a bore is to tell everything)"

Ok, skip a few months punya cerita, then (arwah) bapak aku meninggal dunia. Accident masa nak ke masjid this one Subuh. Semua adik beradik aku bersetuju dengan keputusan aku untuk pindah duduk kat kampung, temankan mak aku. 

Dengan tak ada duit, tak kerja, tak ada kereta, tak ada family, tak ada apa-apa, aku balik duduk di kampung kat Pahang. Aku redha semua tuh, at the back of my mind kata yang Tuhan sayang kat aku, Tuhan kasi aku peluang untuk aku jaga mak aku. Aku sebagai "anak yang paling tak guna, anak yang paling menyusahkan mak bapak", that words (my brother's, not mine) sentiasa menghantui aku.


Waktu siang aku berkebun, malam lepas balik dari masjid, aku trade Forex. Dan aku tetap tulis blog, diary aku. Susah jugak mulanya nak menyesuaikan cara aku menulis sebab aku tulis pasal kehidupan aku, pasal mak aku, pasal sedara terdekat aku, dan pasal orang sekeliling aku yang cross paths dengan aku. Iyalah, aku nih kan ker jenis mulut lepas, kuat mencarut, dan selama aku berblog, tak ada sapa pun yang komen cara aku menulis. Tapi bila melibatkan ahli keluarga, ada banyak benda yang aku terpaksa sensor, yang aku terpaksa fikir banyak kali, kalau aku nak tulis. Aku jadi macam tak bebas gitu. Kat US dulu aku bebas tulis apa yang terlintas kat kepala aku, aku nih transparent gitu. Tapi kat Malaysia nih banyak corners nya, banyak adab dan tatasusila yang perlu dijaga. 

Semua orang tahu yang it's such a daunting task lah kan untuk menjaga orang tua. Selama dua tahun lebih aku duduk di kampung sama mak, barulah aku tahu langit tinggi rendah. Dulu bila kawan aku kata, "Susah nak jaga orang tua nih....", I laughed at them, aku kata, "Eleh, mak aku bukan macam mak ko...." How wrong was I.


And so ceritanya setakat itu jer lah.



I cut ties with all my friends, aku cuma contact a few of my friends (long-time blog readers) yang dah bertahun-tahun mengikut perjalanan hidup aku, susah senang aku. Seburuk-buruk diaorang, ooppssss, (dan aku), diaorang aje lah kawan-kawan sejati aku, Geng Reban Ayam. They know me more than my family does. 

Aku akhirnya tersuka duduk di kampung, very peaceful gitu, senyap, dan yang pentingnya hidup aku tenang setenang tenangnya. Mungkin sebab aku redha dengan kehidupan aku, dan ilmu ugama aku pun bertambah, bacaan Quran aku dapat aku perbetulkan, sebab dalam sehari, tak kurang dari 5 jam kitaorang di masjid.


Sebulan demi sebulan, akhirnya menjadi lebih dari 2 tahun. 


And then tiba-tiba aku terus berhenti tulis blog bila satu hari tuh one of my siblings commented on my writings. Dia kurang berkenan dengan apa yang aku tulis. Sedangkan apa yang aku tulis tuh just tips of the iceberg. Banyak benda lain yang aku tak tulis pun, banyak yang aku censored."Who are yuuusss nak komen diary entry aku?", kata aku dalam hati. And so, entry 29 Dec 2013 tuh adalah entry terakhir aku. 


Jawapan panjang aku ends there.


Duduk di kampung, memang ada cabarannya. Masa terasa macam panjang, kalau dibandingkan dengan hidup di bandar. Cerita ceriti, daripada tiada, diada-adakan. Cerita pendek jadi panjang. Cerita panjang jadi berjilid-jilid, dengan berbagai versi. Tapi the one thing yang aku dapat bersabar, cerita-cerita jiran dan orang kampung. Buah butir yang keluar dari mulut orang sekeliling. Walaupun aku nih jenis yang tak peduli apa orang kata, yang tak kisah apa orang nak buat (c'mon, aku lama duduk kat New York, ok?) tapi mak aku termakan jugak hasutan-hasutan orang, especially kata-kata yang datang dari adik mak aku. Chu, mak sedara aku.



"Aok ni sampe bilanyer nak duduk gini nih? Tak ada kesudahannya", "Belajornya sampe ke luar negeri tapi kerja nanang kacang" (cakap sambil gelak-gelak), "Aok tak andak ke jadi macang orang lain?" (so the fucking "spicy" lah kan soalan tuh?), "Aok tak malu ke orang kampung ker?". Dan segala soalan-malan yang seangkatan dengannya.


Mak decided untuk pergi mengaji pondok di Jerantut. Kitaorang adik beradik tak bersetuju mulanya tapi mak berkeras jugak nak pergi. Memang sejak dulu lagi mak sama (arwah) pak nak belajar memondok tapi tak pernah ada kesempatan. Tempat penuh lah, jauh lah, masalah-masalah macam tuh. And so kitaorang terpaksa bersetuju dan merelakan mak pergi, kebetulan pulak tempat pengajian tuh tak lah berapa jauh dari rumah abang sulong aku, Long.


Tapi, aku rasa aku sorang jer yang tahu dan perasan, yang mak buat decision untuk mengaji pondok tuh cuma sekadar alasan. Alasan supaya aku dapat balik semula ke KL untuk cari kerja, dan hidup macam apa yang sepatutnya, macam apa yang masyarakat nak. Or rather mak nak beri peluang pada aku untuk meneruskan kehidupan aku di luar sana nun. Ada a few times aku terdengar mak kata, "malu ker orang...", bila mak bercakap on the phone dengan adik beradik aku. 



Dalam 6 bulan lepas mak aku pindah ke pondok pengajian di Jerantut Feri, aku tetap duduk di kampung. Semata-mata untuk menangkis tanggapan orang yang "mak aku terpaksa pergi memondok sebab aku nak cari kerja kat KL". Damn, kat kampung aku, kat masjid lah tempat orang bergossip sebab almost every night ada ceramah/kelas ugama dan makan-makan.

"Chu ndak sangat kalau aok nikoh dengan anak angkat Chu, baik budak nyer, padan lah dengan aok", kata Chu satu hari tuh. 

Dan selama 6 bulan seterusnya, hampir setiap hari aku akan digasak dengan soalan-soalan ke arah itu, sebab sepeninggalan mak mengaji pondok, aku ke masjid lima waktu sama-sama Chu. Dan ke sana sini pun sama Chu, perempuan, semakin dia berumur, semakin suka nak jalan ke sana sini. 

Aku, sebijik macam dalam film, Driving Miss Daisy.

"Habih, tak kan aok tak ada dalang sesepuluh ribu? (untuk belanja kawin)", Chu tanya lagi.

Dang!

"Aok pergilah cari kerja ke Kolumpo, kumpul duit, lepas tuh nikoh", kata Chu lagi. 

Dalam hati aku kata, kalau aku keluar dari Raub, ada harapan aku tak balik-balik dah. Sesak nafas lah aku dengan pemikiran orang kampung nih.

Bersambung........