Wednesday

Isnin16Julai2018

Aku tak ke masjid Subuh tadi, terlambat bangun. Semalam aku susah nak tidur, sampai pukul 3 lebih aku masih tergolek kiri kanan, tukar posisi tidur, pindah tempat tidur, cuba tidur kat sofa etc, tapi gagal jugak melelapkan mata. So aku letakkan cellphone di tepi bantal sebab aku tahu yang kalau aku tertidur jugak akhirnya, aku takut tak sedar bila alarm berbunyi. Tapi, rupanya (agaknyalah), bila alarm berbunyi pukul 5, aku tersnooze kan alarm tuh. Itu yang pukul 6-30 pagi baru aku tersedar.

Seseminggu dua nih aku memang susah nak tidur, walaupun aku biasanya cuba menidurkan diri dalam pukul 10 setengah atau 11. Not later than that. Tapi itulah, kadang tuh pukul 1, pukul 2 baru aku tertidur. Dan biasanya I have no problems nak bangun pukul 5, aku boleh melepak lagi tunggu alarm betul-betul berbunyi. 

Aku tidur kat living, bentang toto kat situ, tapi tak lah tengah-tengah. Kalau korang tengok gambar semalam, somewhere there lah aku tidur, jauh sikit dari work station aku tuh. Laptop sentiasa on, sejak aku balik dari KL ituahari tak off kan lagi. Akan di off pun, bila aku nak ke KL nanti, bulan depan. Every  hour aku tak leh tidur ,(more like every half hour), aku akan merangkak ke work station aku, check itu ini sekejap. Aku sengaja tak bangun berjalan (instead aku merangkak) sebab kalau aku berjalan, takut nanti aku jadi segar bugar dan susah nak tidur. So gitu lah aku, dalam satu malam tuh ada lah tiga empat kali aku merangkak dari tempat pembaringan ke work station aku. 

Kadang tuh rasa nak tergelak pulak, kalau lelaki lain, tetengah malam merangkak cari bini, tapi aku, merangkak ke laptop. 

Rentetan dari "kutukan' Chu semalam yang masih terngiang-ngiang di telinga aku, the whole morning aku kemaskan apa-apa yang patut, di bahagian dapur dan belakang rumah. Banyak jugak rupanya benda yang kena dibuat, dibersihkan. Aku tak rasa Long akan balik harinih sebab last weekend dia dah ke Lepih. Adik aku akan balik weekend nih dengar khabarnya (mentang-mentanglah rambutan dah banyak masak), dan kalau pun Mak balik unannounced (Mak balik sama Long biasanya) tentu lah hujung minggu kot. aku bersedia dengan segala kemungkinan.

Dah agak lewat baru aku menyiram dan menggembur tanah kat mana-mana tanaman yang perlu digembur tanahnya. Then aku ke tempat peraih durian. Now that aku durianless, aku terfikir yang nak beli lah 2 bakul durian untuk dibuat tempoyak. Takut nanti kalau adik beradik aku balik, diaorang akan tanya, mana tempoyaknya, aku tak beritahu pun yang durian dulu tuh semuanya Chu dah ambik. 

Aku berbelah bagi, nak beli sekarang atau nak tunggu adik beradik balik, kalau pun ada yang balik. Mak, Ida dan Long pasti balik, for sure, cuma tak tahu bila. Ada proS and cons nya kalau beli sekarang atau beli masa diaorang balik nanti. Beli sekarang, save sikit masa. Kalau nak beli masa diaorang balik, aku akan jadi rimas nanti. Iyalah kan, tentu diaorang nak ke a few tempats lain untuk cari durian yang lebih murah. Perempuan, tau aje lah kan? 'moh ke Jelu, sana derian murah', Tempat lain lagi murah dak?, jalan ke Klau terh lagi banyak orang jual derian, tentu lagi murah', itu antara ayat-ayat yang pasti aku akan dengar nanti tuh. 

Kalau dengan aku senang jer. Nak beli derian, jom ke selekoh depan rumah, berlambak derian di situ. Pilih jer lah. Dengan perempuan nih lain, bukan aje pilih durian, tempat nak beli durian pun kena pilih. Kalau diaorang pergi sendiri tak apa, tak nak nanti, aku yang diseret sekali untuk berkecimpung dalam bidang pembelian durian diaorang tuh. Itu yang aku takut nya tuh.

Aku tak jadi beli akhirnya sebab aku fikir, since durian mencurah-curah sekarang nih, might as well tunggu harga lagi murah. Lagipun, kalau aku beli, besar kemungkinan akhirnya aku jugak yang akan terpaksa mengopek semua durian tuh. Tengoklah macamana nanti, aku, tak ada tempoyak pun tak apa, cuma aku rasa rugi ajelah tak buat tempoyak banyak-banyak now that harga durian dah macam durian runtuh, kan?

Aku ke kedai Samad, megeteh sambil tapau nasi ayam untuk lunch, selalu sangat bini Samad tanya, bilanya aku nak beli nasi ayam diaorang. Tak tahulah, tapi aku terserempak jugak dengan MP. Tak lama aku kat kedai Samad tuh, ada jer MP menyusul. Nasib baik Samad ada sekali bersembang so tak adalah MP cerita pasal projek ayam kampun tuh, dan tak adalah peluang dia nak mintak duit sebab aku pun cepat-cepat mintak diri.

Lagi best rupanya berfatbike ke masjid, lagi cepat dan rileks. Kalau boleh nak berfatbike jer setiap waktu sembahyang tapi buat masa ini cukuplah setakat Zohor dan Asar dulu. Lepas Asar ada majlis Tahlil kat rumah one of the ahlis masjid, meriah makanannya ekekkeke. aku duduk semeja dengan this one retiree yang selama ini aku tak pernah bersembang dengan dia pun, tak ada kesempatan. Gayanya dia nih dulunya somebody jugaklah sebab kalau dengar ayat dia, cara dia bercakap, kereta yang dia naik, rumah yang dia duduk, memang menunjukkan yang dia nih orang kaya. kat kampung nih ramai retiree, rumah besar-besar masing-masing tuh. Itu yang aku selalu jugak rasa rendah diri, yang buatkan aku cuma bersembang dengan a few saja. Iyalah kan, aku nih apa lah yang adanya, duduk kampung, unemployed pulak tuh.

So kaedahnya dia tanyalah pasal aku. biasanya kalau bersembang dengan orang yang first time bersembang dengan aku, dan tanya pasal aku pulak tuh, I'll go low jer memula tuh. Aku nak nilaikan how far yang they know about me, iyalah, tinggi ker knowledge diaorang pasal aku, ataupun yang have no clues whatsoever. And at the same time aku nak nilai kan orang tuh jugak. So dengan encik tuh, jauh jugaklah bersembangnya, cerita pasal aku kat Detention Center, cerita pasal cryptocurrencies pun ada jugak sesikit. Dia tak reti nak sebut Connecticut, Pennsylvania (antara States yang aku ada mentioned) dan dia tanya kalau-kalau aku ada bitcoin kat wallet aku, dia nak tengok. Sejauh itu knowledge dia. ekekekekek

Tak ke kebun lah aku lepas tuh sebab dah lewat, lagipun kena praktis baca Quran untuk malam ini. Ustaz yang suruh buat macam tuh, praktis dulu baca so that tak tergagap-gagap baca masa mengaji malam nanti. That way, masa boleh di save, tak lah jemaah lain (yang tak turut mengaji) tertunggu-tunggu untuk Isyak. 

Dekat pukul 10 jugak baru selesai mengaji, ramai pulak jemaah yang join malam nih. Encik yang bersembang dengan aku petang tadi tuh, duduk sebelah aku, asyik tanya pasal aku aje, tanya in English lagi tuh ekekekeke

Saspen aku, dah pukul berapa, ada orang hon kereta sambil jerit-jerit nama aku, suruh bukak gate. Aku dah nak tidur dah masa tuh. Rupanya sedara aku yang berniaga di Pekan Sari tuh, dia nih jenis gila-gila sikit. Gila-gila baik, bukan gila-gila gila tuh. Dia hantar 30 packets tanah yang dibeli di Siam. Aku tak ada order pun sebab dulu dah beli, dan masih ada a few kampits yang aku belum guna. 

Dia suggests suruh aku tanam petai hybrid aje (dia ada supply), dia kata kalau aku tanam dalam 20 pokok petai di sekeliling rumah, that's good enough. Sepokok dalam RM 20. Hmmmm, duit lagi!.