Wednesday

Khamis3May2018

Bertolak balik ke Raub pukul 10, driver tuh ke Kuantan dulu sebab kawan dia nak ikut tapi bila sampai Kuantan, member dia tak jadi pulak. Sampai dekat Gambang, kitaorang berhenti kejap makan, driver tuh pulak ikat basikal aku yang mulanya ditegakkan belakang kereta. Kuat ikatannya sampaikan bengkok besi kat pedal. 

Kitaorang ikut jalan Felda, sebab exit kat Lanchang. 

"Sepatutnya tol Abang kena bayar", kata driver tuh.

"Eh, tak lah, saya dah tanya tokay awak semalam, dia kata tak ada bayaran lain dah sebab tol, semuanya dah dimasukkan dalam harga", aku kata gitu. 

"Tak apa, nanti saya talipun dia sekali lagi, kalau awak tak puas hati", aku kata gitu.

Geram aku jadinya sebab tadi aku dah bayar harga yang ditetapkan, aku belanja dia makan, aku even bagi dia 25% tips sedangkan tokay dia kata tak payah bayar apa-apa dah. Aku peratikan aje dia masa aku kasi tips tuh, tak cakap terima kasih pun, not a word of appreciation yang keluar dari mulut dia.

"Matnyer tak kabor awok nak balik?", Chu (mak sedara) aku tanya, dalam sesetengah jam lepas aku tiba di kampung. Aik, aku tak kasi tahu sapa-sapa pun yang aku nak balik hari ini, not even mak aku, tup-tup Chu dapat tahu, itu yang dia call tuh. 

Jiran CCTV aku punya hal lah tuh. 

Cadangnya nak berbasikal jer ke rumah Chu tapi bila aku cuba kayuh basikal aku, rantai jadi ketat, aku kayuh jugak lagi, then rantai tuh putus. Dang, bila aku tengok betul-betul, not only rantai basikal, tapi the whole part tuh bengkok. There goes my basikal, kata aku dalam hati. Tersedih sekejap aku dibuatnya, aku lebih sayangkan basikal tuh daripada kereta, and now that it's gone. 

Nasib baik aku ke rumah Chu petang nih, sempat jumpa dia sebab esok dia akan ke Temerloh duduk rumah anak dia, sampailah seminggu sebelum Raya. Lega jugak actually, tak adalah nanti yang kejap-kejap, "Moh kita ke Raub sekejak nak?", "Hantor Chu sekejak", "Aok datang ambik Chu sekejak, Chu nok ke rumoh orang khenduri".

"Balik nak mengundi ker?", kebanyakan jemaah masjid tanya soalan yang sama.

"Tak, balik terus nih", aku jawab gitu, so aku ceritakalanlah apa-apa yang patut.

"Dengor kabor aok dapat kerja lain dekat-dekat sini", one of the guys tanya gitu.

Ini tentu kerja HR company yang project kat Bentong tuh, kata aku dalam hati.

Gila laju nya berita tersebar, kat kampung nih. Lebih laju dari internet speed aku. Since kat rumah dah tak ada wifi (dah diterminate sejak aku pindah Cherating dulu tuh), terpaksa guna data sendiri ajelah. Punyalah slow, mungkin sebab kawasan tinggi, dikelilingi gunung ganang pulak kan? Ketiga-tiga connections aku slow semacam, tension aku jadinya. 

Itu yang pukul 10 malam aku dah tidur tuh, duduk kampung nih, pukul 10 pun dah rasa macam lewat sangat dah sedangkan aku balik dari Isyak tadi pun lewat jugak sebab ada khenduri. Kat kampung aku, memang selalu sangat ada khenduri, dalam sehari tuh biasanya ada satu, kalau weekends pulak, up to 4 jemputan khenduri.

Saspen jer tidur sorang-sorang, iyalah kan, rumah tuh besar jugak, aku rasa macam banyak jer bunyi-bunyi asing. Nak tergelak jugak sebab aku jadi tertakut gitu, langsir yang berterbangan sebab kena angin kipas (aku pasang ketiga-tiga ceiling fans) pun buat aku jadi panik ekekekeke.


Punyalah bercinta aku nak balik ke Cherating, Tuhan aje yang tahu. Tak adalah seronok mana pun duduk di KL tapi kalau dekat sebulan duduk hotel (walaupun hotel murah), itu yang jadi macam malas jer nak balik tuh. So weekend tuh aku tak keluar ke mana-mana sangat pun, tak jumpa pun MamatBTC, MatRempit, aku lepak sorang-sorang jer. 

Memang ada niat nak extend stay aku for a few more days sebab kalau balik Cherating pun tak ada guna nya jugak, cuti Hari Buruh, kawan aku balik kampung. And so Ahad malam aku balik ke Cherating, sampai dalam pukul 2 pagi. Hujan lebat, gayanya macam selalu hujan sebab banyak air bertakung sana sini. 

Aku perasan yang aku nih pemalas gila orangnya (atau mungkin orang yang suka ambik jalan senang, jalan mudah), instead of membongkar semula kotak-kotak yang aku dah susun tuh, aku ke kedai beli towel baru. 

Tak sampai sebulan aku tinggalkan Cherating, ada banyak perubahan yang aku peratikan. Kedai Indo Ayam Penyet yang aku selalu pergi tuh dah tutup. Ada 2 kedai baru bukak, ada salon. Serba salah jugak aku nak melepak makan sebab dalam masa 3 hari aku di Cherating nih, kalau boleh aku nak makan untuk kali terakhir di setiap kedai,restaurant yang aku selalu frequent. 

Selasa Hari Buruh tuh bosan gila sebab dah lah panas nak melepak kat rumah, dan banyak pulak kedai makan yang tutup. Member lain pun cuti. So aku pergi rumah Mak Long, bersembang dengan keluarga dia. Aku beritahu yang aku terpaksa bawak balik kereta ke Raub. Aku tak cerita pun apa yang aku buat dalam sesebulan nih, cuma aku kata yang aku buat keputusan untuk balik kampung since tak ada kerja yang sesuai untuk aku. Dan aku beritahu yang ada kemungkinan jugak aku akan balik ke Cherating akhir tahun nih. untuk memulakan hidup baru. Oppssss.

Tak ada lah, itu cuma salah satu dari plan aku. It's good to have a few perancangan kan. Manalah tahu satu masa nanti aku decide untuk duduk di Cherating jer, kan? 

Rabu, barulah aku dapat jumpa kawan-kawan sekerja dulu, aku ceritakan kat diaorang dari awal sampai akhir. Esok aku akan balik ke Raub, dah confirmed dengan tow truck operator, diaorang kasi murah aje sebab dulu aku ada beberapa kali rekomend kan service diaorang kat contractors so itu yang diaorang nak balas budi tuh.