Sunday

24052015

Mamposlah, aku tak ada idea/masa nak update, so aku taruk jer gambar sebahgian dari the project I'm working on now sebab aku tengah buat Progress Report nih. Sorry! 











Wednesday

Yo, 'Sup Guys?

Dulu, cellphone never was an important item dalam hidup aku. Maksud aku, cellphone lah benda yang I could live without. Aku "pandang hina" orang yang guna smartphone, "lalai mengejar dunia" sesangat bagi aku. 

Tu pasal aku guna Nokia cokia jer. Yang aku jadikan sebagai alarm untuk bangun pagi. Simply because tak ada sapa nak call aku dan aku pun tak berkeinginan nak call sesiapa. Iyalah, aku duduk kat kampung jer masa tuh. Bukanlah bermaksud aku tak suka latest gadgets, aku ada 3 laptops, 1 tab pun. Ha, sampai 3 laptop, kan? It shows yang internet tuh penting dalam hidup aku. My online life is much more interesting than my real life.

Tapi, sejak aku kerja, aku kena guna smartphone. Iyalah, untuk memudahkan aku since my boss, dan jugak Client dan Consultants lain semuanya di KL, dan aku di ceruk pantai Cherating nih. Lagipun, menyenangkan aku untuk Trade, sesambil menendang pasir kat pantai pun aku boleh jual beli currencies, gold etc. 

Then tiba-tiba aku dapat call dari member lama masa kat ITM dulu, nak masukkan nama aku dalam group Whatsapp diaorang. Aku relakan aje, after all dialah sorang (dan bini dia) yang tahu aku nih masih hidup. Lain-lain member aku semuanya ingatkan aku mati masa New York WTC meletup September 11 dulu tuh. Pandai member aku nih simpan rahsia, dekat setahun jugak dia simpan, sejak dia terberjumpa aku masa aku kat kampung (dan aku tak sempat nak lari, sebab terberjumpa kat masjid).

Masa college dulu kitaorang satu group memang rapat, the whole class memang sekepala, baik lelaki atau perempuan. So tak heranlah bila class kitaorang menghasilkan 9 couples. 

Then tak lama lepas tuh aku dimasukkan pulak kat group kawan-kawan masa sekolah menengah dulu, lagi lah havoc nya pasal dah berpuluh tahun tak bertanya khabar. 

So basically aku macam keluar dari persembunyian aku, aku contact balik member-member dan orang yang aku rasa patut tahu pasal aku. Kecuali member masa satu Uni kat UK dulu. I was never close dengan diaorang (sebab "aku tak join Melayu" masa kat UK dulu) so aku tak peduli dan tak mau dipedulikan dengan diaorang.

It wasn't easy in the beginning, untuk "memperkenalkan' diri aku, untuk re-connect, after so many years berlalu. Jadi popularlah aku sekejap bila diaorang dengar cerita-cerita aku, almost every weekend aku ke KL untuk memenuhi permintaan diaorang yang nak sangat jumpa aku, nak dengar cerita aku. 

Kalah retis pencen! Ko mampooo?

Tapi, the one thing yang aku perasan, masing-masing ada high expectations pasal aku, masing-masing expect aku dah jadi "orang-orang bagus" macam diaorang jugaklah. Sampaikan aku yang redha dengan cara hidup dan halatuju hidup aku nih pun jadi bosan kadang tuh. Diaorang memanglah semuanya bagus-bagus tapi aku? Me, a person who has taken his entire life for granted, a person who has watched his days waste away into dust and fly past him.

The only group yang aku layan sekarang, group keluarga, group office, dan group anak-anak ayam pengikut aku. Itu aje. 

Tapi....yang ini lagi parah. 





Tuesday

Tell That Guy To Shut Up

It has been more than 5 months now since I first set foot kat Cherating nih. Fuck those yang kata aku tak akan bertahan lama kerja kat projek nih. They obviously don't know me. 

When there are so many people out there who will tell you that you can't, what you've got to do is turn around and say "Watch me.”

Again, I'm dying untuk tulis semua kisah perjalanan kerja aku selama ini tapi, disebabkan a few factors, tak dapatlah aku nak tulis. Unless aku privatekan blog nih, bukak cuma untuk long time readers aje. Iyalah kan, Client for this project is a listed company. Pastuh, projek nih melibatkan Royal family jugak. Pastuh, istana lama yang perlu direfurbish tuh, dulu-dulu tuh ada kes pembunuhan kat dalamnya. 

Ooooppssss.

So, apa aku nak tulis then, to keep this blog alive? Entahlah. It's so frustrating, kan? There's a lot going on tapi I have to keep my big mouth shut. Damn!

Taruk gambar jer lah kot buat sementara waktu nih until then, bila aku bebas menulis sesedap rasa macam dulu-dulu tuh.



          Pemandangan dari tapak projek - Pantai Kampung Cherating Lama





The first few weeks aku kat sini, hampir setiap pagi dan petang aku akan ke pantai (yang jaraknya cuma sekangkang kera bunting dari rumah sewa aku). Aku akan lari dan jalan ke penghujung pantai, biasanya I'll have that strech all to myself sebab memang tak ada orang lain pun. Once in a while adalah Mat Salleh sesat.

I will then draw a line kat pasir dan aku akan mula lari, last-last jadikan circle yang bersamaan dengan 500 langkah, sama saiz dengan courtyard kat Detention Center kat Batavia, New York (tempat aku kena tahan for 6 months) dulu tuh. Aku akan cuba lari sebanyak pusingan yang mungkin tapi so far tak pernah dapat more than 50 rounds. Macam tak percaya jer yang masa kat tahanan dulu aku boleh lari more than 200 pusingan, tak henti-henti.




So inilah gambar-gambar my current playground, tempat aku menuyusur pantai sambil menendang pasir. Sekali sekala aku berhenti, memikirkan kebesaran Tuhan, menikmati keindahan alam. Sambil deep down bersyukur, yang how blessed nya hidup aku. 

Weekends kalau aku tak ke KL, aku akan pergi kerja jugak sesekejap. Tak pun aku merempit kat pantai aje lah. 

"Seronok duduk kat sini, kalau orang ada masalah", kata tokay restoran tempat aku selalu melepak makan. 

Entahlah, tapi aku tak ada masalah pun rasa seronok jugak duduk tepi pantai.


Sunday

Life Is A Beach

Dua tahun lebih aku duduk kat kampung, so bila nak pindah keluar, bukanlah benda yang mudah. Aku dah macam settled dengan kehidupan aku yang aman damai (kecuali gossip sana sini tu lah), itu yang aku rasa macam berat hati aje nak meninggalkan kampung. Tapi, demi kebaikan aku jugak, aku terpaksa akur dengan keadaan semasa. 

Kalaulah aku ada duit, or rather kalaulah orang lain tak memandang duit, nak aje aku kawin dengan mana-mana janda ada anak kat kampung, bolehlah aku terus bermastautin kat kampung. Lepas tuh aku akan tanya orang-orang yang kononnya risau sangat pasal aku, orang-orang yang selalu sangat tanya pasal aku. Aku akan tanya, "Ok, now what?"

Sampai gitu sekali redha nya aku dengan kehidupan aku. 






Aku tak ada lah menaruh high expectations pasal kerja aku, aku sikit pun tak bimbang, risau pasal keadaan kerja. Kerjanya on contract basis, up to 5 years (maybe longer). Lama sangat tuh kan? Aku tahu yang aku tak akan stay selama itu, what a loser sangat lah kan kalau aku boleh tahan selama itu. Aku ada plan lain nih, yang nampak gayanya macam boleh dimaterialisekan. Tak apa, aku tak nak fikir lebih-lebih, I'll cross the bridge when I get there. As usual, memang itu style aku. 


Alhamdulillah, semuanya macam mudah aje, aku berangkat ke Cherating a few days sebelum aku sepatutnya masuk kerja. Saja jer lah, boleh aku melepak kat Kuantan for a night. 


I wish aku boleh cerita, tulis dengan details, pasal kerja aku. Tapi nampak gayanya aku tak boleh, tak nak, tulis apa-apa sangat. Ini aje yang orang perlu tahu - aku kerja dengan Consultant, I am the sole representative kat project, di bawah aku ada satu orang lain tapi he's working for another company. Ada banyak companies yang kerja untuk projek nih, tapi cuma 2 companies jer yang full-time nya. Company aku kerja, dan satu lagi company yang di bawah pantauan aku. Most of company tuh punya staff, orang Pantai Timur. So I have to deal dengan staff yang bermentaliti kepantai-timuran.

So basically aku memang free dan kerja aku pun very flexible. All I have to do is pretend to be smart , itu aje. Senang jer lah kan pasal aku memang smart orangnya. 


Seriously, kalaulah aku banyak meroyan, banyak komplen pasal my life kat sini nanti, memang tak patut sangat lah. Memang orang yang tak bersyukur sungguhlah aku nih. Apa tak nya, the first few days, weeks, semuanya indah. Dan keindahan tuh InsyaAllah berkekalan. 

Satu aje yang aku takut. Dengan aku nih, bila semuanya cantik, bila semuanya ok, bila semuanya  selesa, aku jadi bosan, aku mula nak kan perubahan. Akan ada lah taik palat yang aku sendiri cipta nanti tuh. 

Harap-harapnya tak ada lah, kan ker aku dah redha dengan perjalanan hidup aku? Lagipun aku macam dah nampak yang tajuk blog aku nih, Keeping The Dream Alive, macam ter-betul jer kan?

Oh and by the way, semua staff kat projek nih bet yang aku akan bertahan kerja kat sini, paling lama pun 2 bulan. 


Friday

Village Idiot No More

Semenjak mak pergi memondok, dan sejak aku duduk sorang-sorang di rumah, aktiviti perkebunan aku semakin aku kurangkan. Aku lebih banyak online aje. Dan aku jadi sibuk dan banyak aktiviti lain jugak, jadi driver Chu yang selalu sangat nak ke sana sini. Dan kebetulan pulak aku tengah kemaruk ebay, aku berjual beli kat ebay. Apa yang aku beli dan apa yang aku jual? Aku beli benih-benih tanaman yang pelik-pelik, yang aku rasa boleh dan sesuai ditanam kat Malaysia. Antara tanaman aku yang berhasil, glass gem corn, colorful watermelon dan jugak magic beans, selain dari kacang harimau aku tu lah.

Ada banyak benih lain yang aku beli dari US dan China, tapi tak sempat aku tanam. Pokok anggur pun ada aku tanam. Yang paling menjadi, glass gem corn, for 4 months aku tanam sorok-sorok, sebab takut tak menjadi, lagipun aku takut orang kampung tertahu. Sebab every now and then ada lah orang datang jenguk-jenguk aku, dan biasanya aku bawak diaorang meround ke kebun, tunjukkan kerja aku. Diaorang biasanya tak akan balik dengan tangan (or rather kereta)`kosong.

Ini fact nih, pengeluar, penanaman glass gem corn terbesar di Malaysia adalah Kampung Hulu Gali, Raub, Pahang, sebab aku beri banyak benih-benih (hasil dari penanaman aku) kat orang kampung. 

Gempar jugak satu malam tuh bila aku bawak watermelon kaler biru, hijau dan putih ke masjid. Aku suka buat (in this case, tanam) benda pelik-pelik, dan sebagai seorang yang kekurangan kasih sayang, I have my own ways of getting attentions. 

Dan aku adalah orang yang pertama yang memperkenalkan gold banknote versi Ringgit Malaysia, suatu masa dulu went viral. Dapatlah jugak a few thousands Ringgit untung, dalam masa tak sampai sebulan. Aku stopped bila dah ramai sangat orang yang jual benda yang sama, dan diaorang tahu kat mana nak dapatkan banknotes tuh. 

"Aok buat mende nyer hari-hari, dah lah ke kebun jarang, keluar pun masa sembahayang jer", tanya Chu. Aku nih pulak bukanlah jenis yang suka beritahu orang apa aktiviti aku, so tak heranlah kalau bermacam-macam tanggapan orang kampung terhadap aku. Geng-geng Ibu Tunggal tu lah. Orang lelaki memang tak ada buat perangai cam tuh, semua jemaah lelaki yang aku selalu tegur, diaorang best-best semuanya. Tak ada pun tanya apa-apa, unless aku yang beritahu. Tapi yang geng-geng perempuan, susah nak cakaplah. I welcome questions. I hate assumptions.

"Oklah, akhir tahun nih atau awal tahun depan (2015) saya pindah KL", aku jawab gitu bila dah tak tahan kena gasak. 

Aku rasa Chu lah orang yang paling "happy" sebab akhirnya aku akan bekerja, dan bolehlah kumpul duit untuk kawin, dengan anak angkat dia.Dia tak tahu pun aku ada plan lain. Or rather aku tak ada plan pun nak ikut plan dia. 

Aku macam "panik" jugak bila memikirkan yang macamana aku nak apply kerja (yang bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman aku) sebab aku tak ada Diploma dan Degree (even fotokopi punya pun). Tah ke mana hilangnya dulu tuh. Dan yang pentingnya, apa aku nak tulis kat CV aku selepas berbelas tahun aku tak kerja? Tak kan aku nak cerita kisah aku menjadi illegal resident kat US? 

So aku tak lah heran apa pasal almost all applications yang aku hantar, tak ada response pun. Kecuali 2. Satu tuh untuk project di Taman Melawati, dan satu lagi untuk projek buat resort di Cherating. Apa yang menariknya, or rather apa yang aku tak sangkanya, aku diterima kerja tanpa pergi apa-apa interview. Kedua-dua bosses macam terpikat, terkedu, dan terbesetuju untuk ambik aku sebagai staff diaorang. Just based on percakapan kat talipun. Itupun aku tak ada kelentong apa-apa, kecuali aku tak mention sikit pun pasal my so-called out-of-this-world punya adventure selama 10 tahun tuh. 

Must be mak punya doa nih, kata aku dalam hati. Iyalah, aku tak expect pun akan ditawarkan dengan 5-figure salary, aku redha dibayar sebanyak mana pun. Dalam hidup aku sekarang, aku dah tak nak fikirkan sangat benda-benda remeh macam tuh, apa yang pentingnya aku nak kan peace of mind macam masa aku duduk di kampung. Betullah cakap orang, kalau kita redha dengan kehidupan kita, kita akan jadi tenang. 

Beberapa tahun kebelakangan nih hidup aku tenang setenang-tenangnya. Walaupun ada terselit di hati aku yang aku nih mungkin orang kata "pemalas, tak nak berusaha". Call me whatever they want tapi you will never be who you want to be, until you are happy with who you are, kan? 

And so aku pun bersiap sedia untuk pindah ke Cherating.





Wednesday

I'm Too Sexy For My Blog

Kalau tak salah aku, aku berhenti tulis blog sejak December 2013, every now and then adalah aku cuba tulis entries tapi semuanya tak menjadi. Aku rasa macam something is missing dalam hidup seharian nih bila tak berblog. Apa tak nya, selama itulah perjalanan hidup aku tak ada dalam file, undocumented gitu. Sebab aku sedar yang otak aku dah tak berkata-kata macam selalu. Sebab, the most fascinating thing pasal aku nih benarnya, bilamana otak aku berkata-kata, if I may say so myself.There is no greater agony than bearing an untold story inside you, kan?

Selama ini aku tulis kisah aku, kisah sejak kecil, sampailah kisah masa dewasa. So adalah a few blogs yang aku penulisnya. Ada yang aku privatekan, ada yang aku biarkan aje. Dendam Perantau, blog kisah sepanjang 10 tahun aku duduk di Amerika secara haram, dari hari aku mula jejak kaki kat Los Angeles, sampai hari aku ditangkap kat Niagara Falls, is still open untuk bacaan umum. Kisah Seorang Banduan, blog pasal kehidupan aku selama 6 bulan dalam tahanan kat Batavia, New York, sehinggalah hari aku dideport balik ke Malaysia, itupun aku tak privatekan. Keeping The Dream Alive, blog semasa aku, dulu entries nya aku privatekan, buat sementara waktu. Then again aku fikir, tak macho lah kan tulis blog then entriesnya diprivatekan. Macam oxymoron gituh. Lagipun I don't really care shit sapa-sapa yang nak baca blog aku. Most people, they just know what they want to know. 

Drats, baru dua tiga ayat aku tulis, aku dah perasan yang I haven't changed. The way I write. I still am that self-centered selfish puta madre. Tapi, for this very reason jugaklah yang buat aku rasa aku akan terus berblog, aku masih banyak missions yang belum diaccomplish. Aku nak lah jugak dalam blog aku nanti (kalau panjang umur, InsyaAllah) , ada aku tulis things like, "Well folks, I am now a married man!" Atau, "Who would have thought sampai begitu sekali dia ingat aku, kan? Then again, kalau difikir-fikir balik, 3 tahun aku jaga dia. Aku yang korek taik dari jubur dia...."


Itu jer lah 2 big hints yang aku boleh kasi. For now.

Ok, apa yang buat aku berhenti menulis blog secara tiba-tiba?

Jawapan pendek - Aku sentap (Macam yang AM @ Hajah Salma Beach kata, "sentap ni synonymous dgn you"). Aku malas. Aku tak bersemangat. Life aku masa tu was leading to nowhere. Pak Andak (uncle aku) kata, hidup aku macam garam. Masin dan tak ada sapa nak dekat. As opposed tu hidup aku yang dulunya (long before aku ke US) bagaikan gula. Nothing worth writing for, kata aku dalam hati. Meroyanlah sebanyak mana pun kat blog, life aku dah tak interesting, apa nak buat, kan?

And so semangat untuk aku menulis, hilang sedikit demi sedikit. Ditambah pulak bila one of my siblings yang baca blog aku, dia suruh aku sensor-sensor sikit apa yang aku tulis. Terus aku sentap.

Ish, panjang jugak jawapan pendek aku.

Jawapan panjang - A few months lepas aku dideport balik ke Malaysia, lepas aku dah macam nak settled, aku pun mula memblog, blog Keeping The Dream Alive ni lah. Hidup mesti diteruskan, so tulis blog pun harus diteruskan jugak. Aku tulis macamana aku menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian selepas 10 tahun hidup di negara orang dengan menongkah arah. Memang lah susah sebab I came home with nothing, kan? 

Syukur, dalam aku mengorek, menyelidik, dan membongkar what was left of me, rupanya aku ada sikit duit kat ASB, yang akhirnya aku keluarkan untuk menampung sara hidup aku.

Keluarga aku tak tahu pun pasal nih, aku nih jenis yang susah macamana pun, aku tak akan beritahu (let alone mintak tolong) keluarga. Mungkin sebab aku tahu yang family aku suffered selama 10 tahun aku "hilang". Diaorang patut fikir yang kalau pun diaorang dulu suffered, tapi diaorang suffered beramai-ramai. Aku suffered sorang-sorang.

Mungkin jugak sebab aku tahu yang walaupun some of my siblings ada yang drive a Porsche (kalau itu satu tanda kejayaan dan kekayaan), yang ada a few luxury cars, yang ada businesses sana sini, tapi diaorang tak boleh tolong aku. Sebab diaorang ada family masing-masing, diaorang kena dapat persetujuan dari spouse masing-masing, kalau nak tolong aku. Then again aku rasa diaorang tak terfikir pun yang I was in dire need of help masa tuh.

Oh God, this jawapan leads you nowhere kan? Ke-long-windedness-san aku masih terserlah rupanya. Orang kata, “Le secret d'ennuyer est celui de tout dire (The secret of being a bore is to tell everything)"

Ok, skip a few months punya cerita, then (arwah) bapak aku meninggal dunia. Accident masa nak ke masjid this one Subuh. Semua adik beradik aku bersetuju dengan keputusan aku untuk pindah duduk kat kampung, temankan mak aku. 

Dengan tak ada duit, tak kerja, tak ada kereta, tak ada family, tak ada apa-apa, aku balik duduk di kampung kat Pahang. Aku redha semua tuh, at the back of my mind kata yang Tuhan sayang kat aku, Tuhan kasi aku peluang untuk aku jaga mak aku. Aku sebagai "anak yang paling tak guna, anak yang paling menyusahkan mak bapak", that words (my brother's, not mine) sentiasa menghantui aku.


Waktu siang aku berkebun, malam lepas balik dari masjid, aku trade Forex. Dan aku tetap tulis blog, diary aku. Susah jugak mulanya nak menyesuaikan cara aku menulis sebab aku tulis pasal kehidupan aku, pasal mak aku, pasal sedara terdekat aku, dan pasal orang sekeliling aku yang cross paths dengan aku. Iyalah, aku nih kan ker jenis mulut lepas, kuat mencarut, dan selama aku berblog, tak ada sapa pun yang komen cara aku menulis. Tapi bila melibatkan ahli keluarga, ada banyak benda yang aku terpaksa sensor, yang aku terpaksa fikir banyak kali, kalau aku nak tulis. Aku jadi macam tak bebas gitu. Kat US dulu aku bebas tulis apa yang terlintas kat kepala aku, aku nih transparent gitu. Tapi kat Malaysia nih banyak corners nya, banyak adab dan tatasusila yang perlu dijaga. 

Semua orang tahu yang it's such a daunting task lah kan untuk menjaga orang tua. Selama dua tahun lebih aku duduk di kampung sama mak, barulah aku tahu langit tinggi rendah. Dulu bila kawan aku kata, "Susah nak jaga orang tua nih....", I laughed at them, aku kata, "Eleh, mak aku bukan macam mak ko...." How wrong was I.


And so ceritanya setakat itu jer lah.



I cut ties with all my friends, aku cuma contact a few of my friends (long-time blog readers) yang dah bertahun-tahun mengikut perjalanan hidup aku, susah senang aku. Seburuk-buruk diaorang, ooppssss, (dan aku), diaorang aje lah kawan-kawan sejati aku, Geng Reban Ayam. They know me more than my family does. 

Aku akhirnya tersuka duduk di kampung, very peaceful gitu, senyap, dan yang pentingnya hidup aku tenang setenang tenangnya. Mungkin sebab aku redha dengan kehidupan aku, dan ilmu ugama aku pun bertambah, bacaan Quran aku dapat aku perbetulkan, sebab dalam sehari, tak kurang dari 5 jam kitaorang di masjid.


Sebulan demi sebulan, akhirnya menjadi lebih dari 2 tahun. 


And then tiba-tiba aku terus berhenti tulis blog bila satu hari tuh one of my siblings commented on my writings. Dia kurang berkenan dengan apa yang aku tulis. Sedangkan apa yang aku tulis tuh just tips of the iceberg. Banyak benda lain yang aku tak tulis pun, banyak yang aku censored."Who are yuuusss nak komen diary entry aku?", kata aku dalam hati. And so, entry 29 Dec 2013 tuh adalah entry terakhir aku. 


Jawapan panjang aku ends there.


Duduk di kampung, memang ada cabarannya. Masa terasa macam panjang, kalau dibandingkan dengan hidup di bandar. Cerita ceriti, daripada tiada, diada-adakan. Cerita pendek jadi panjang. Cerita panjang jadi berjilid-jilid, dengan berbagai versi. Tapi the one thing yang aku dapat bersabar, cerita-cerita jiran dan orang kampung. Buah butir yang keluar dari mulut orang sekeliling. Walaupun aku nih jenis yang tak peduli apa orang kata, yang tak kisah apa orang nak buat (c'mon, aku lama duduk kat New York, ok?) tapi mak aku termakan jugak hasutan-hasutan orang, especially kata-kata yang datang dari adik mak aku. Chu, mak sedara aku.



"Aok ni sampe bilanyer nak duduk gini nih? Tak ada kesudahannya", "Belajornya sampe ke luar negeri tapi kerja nanang kacang" (cakap sambil gelak-gelak), "Aok tak andak ke jadi macang orang lain?" (so the fucking "spicy" lah kan soalan tuh?), "Aok tak malu ke orang kampung ker?". Dan segala soalan-malan yang seangkatan dengannya.


Mak decided untuk pergi mengaji pondok di Jerantut. Kitaorang adik beradik tak bersetuju mulanya tapi mak berkeras jugak nak pergi. Memang sejak dulu lagi mak sama (arwah) pak nak belajar memondok tapi tak pernah ada kesempatan. Tempat penuh lah, jauh lah, masalah-masalah macam tuh. And so kitaorang terpaksa bersetuju dan merelakan mak pergi, kebetulan pulak tempat pengajian tuh tak lah berapa jauh dari rumah abang sulong aku, Long.


Tapi, aku rasa aku sorang jer yang tahu dan perasan, yang mak buat decision untuk mengaji pondok tuh cuma sekadar alasan. Alasan supaya aku dapat balik semula ke KL untuk cari kerja, dan hidup macam apa yang sepatutnya, macam apa yang masyarakat nak. Or rather mak nak beri peluang pada aku untuk meneruskan kehidupan aku di luar sana nun. Ada a few times aku terdengar mak kata, "malu ker orang...", bila mak bercakap on the phone dengan adik beradik aku. 



Dalam 6 bulan lepas mak aku pindah ke pondok pengajian di Jerantut Feri, aku tetap duduk di kampung. Semata-mata untuk menangkis tanggapan orang yang "mak aku terpaksa pergi memondok sebab aku nak cari kerja kat KL". Damn, kat kampung aku, kat masjid lah tempat orang bergossip sebab almost every night ada ceramah/kelas ugama dan makan-makan.

"Chu ndak sangat kalau aok nikoh dengan anak angkat Chu, baik budak nyer, padan lah dengan aok", kata Chu satu hari tuh. 

Dan selama 6 bulan seterusnya, hampir setiap hari aku akan digasak dengan soalan-soalan ke arah itu, sebab sepeninggalan mak mengaji pondok, aku ke masjid lima waktu sama-sama Chu. Dan ke sana sini pun sama Chu, perempuan, semakin dia berumur, semakin suka nak jalan ke sana sini. 

Aku, sebijik macam dalam film, Driving Miss Daisy.

"Habih, tak kan aok tak ada dalang sesepuluh ribu? (untuk belanja kawin)", Chu tanya lagi.

Dang!

"Aok pergilah cari kerja ke Kolumpo, kumpul duit, lepas tuh nikoh", kata Chu lagi. 

Dalam hati aku kata, kalau aku keluar dari Raub, ada harapan aku tak balik-balik dah. Sesak nafas lah aku dengan pemikiran orang kampung nih.

Bersambung........