Friday

Jumaat23November2018

Sempat pergi Pasar Karat kejap pagi nih, itu antara tempat-tempat wajib dipergii kalau aku di KL. Tak ada apa pun benda yang aku beli, setakat pusing dua tiga rounds kat area tuh. Tak ada pulak terbump into orang yang aku kenal, or someone famous. "Orang-orang yang unik" jer biasanya yang suka ke Pasar Karat tuh, aku pernah terserempak dengan a few orang yang dikenali ramai kat situ. 

Ke KL Sentral lepas tuh for breakfast, jugak sebab nak guna ATM Bank Islam, yang kat Pudu Sentral tuh rosak. Then balik hotel, lepak seround, terus bersiap untuk ke KLCC nak jumpa NekRock sama Sempoii. Sementara tunggu Sempoii, kitaorang terus aje ke cafe yang mengadap fountain depan KLCC tuh, seronok sembang sama NekRock nih sebab dia nih pemikiran dia macam American tanpa meninggalkan ciri-ciri Melayu, so aku rasa best sangat. Too bad kitaorang tak dapat sembang lama. 

Aku tinggalkan diaorang sebab nak ke masjid KLCCC, diaorang pun dengar ceritanya nak ke kedai pandora or something. Perempuan kan, tak ada lah cerita lain bila berjumpa tuh, semuanya kisah pasal shopping, pasal barang kemas. ekekekeke



Aku turun kat LRT Masjid Jamek sebab ada misi. Aku nak beli tembikai, bijik nya aku nak buat benih. Benih yang aku beli biasanya tak tumbuh (mungkin sebab dah lama), benih yang fresh dari buah tembikai, semuanya hidup. So itu lah, dari satu kedai yang jual buah, ke satu kedai, aku tanya kalau-kalau ada jual tembikai yang ada bijik, tapi semuanya jual seedless tembikai, tak pun jual tembikai yang bijik dia masih putih. Sampai aku sampai ke hotel aku jalan, tak ada pun tembikai berbijik yang aku hajati. 

Pun tak ada perkembangan pasal forex accounts aku masa Euro session, so aku bersiap untuk keluar merempit lagi. Aku suka kat KL nih sebab banyak berjalan, kalau duduk kampung, dalam sehari tuh beberapa langkah jer yang aku berjalan. 

Maghrib kat Pavilion, then makan kat Subway sampai Isyak, naik surau, sembahyang Isyak, dan lepas tuh merempit  kat area Bukit Bintang. 

Thursday

Khamis22November2018

Tak bukak lah pulak gerai depan rumah Chu, so lepas ambik sambal hitam, aku ke kedai Samad for breakfast. Kejap aje sebab tak ada masa. Dapat 2 jam solid kat kebun. Masa jer lah yang solid nya, aku takat buat kerja sesikit gitu jer, banyak sangat nyamuk, itu yang tak tahannya tuh.

Kelam kabut jugak nak packing, biasalah, memang gitu gayanya aku, memang tak boleh ubah dah, buat kerja last minute. Hantar kereta untuk service, beritahu mechanic tuh yang aku akan datang ambik kereta tuh Isnin petang. Timing memang elok, tak lama menunggu bas dari Sungai Ruan ke Raub. Kat Raub pun sama, 5 minit lepas aku sampai, ada bas ke KL.

Mamat yang jaga front office Citin Hotel tuh orang baru gayanya, aku tak kenal, tak pernah tengok sebelum ini. So aku tanya dia kalau-kalau aku boleh dapat special rate RM 90 macam biasa. Dia kata rate minggu nih RM 150, so aku kata lah yang biasanya aku cuma bayar RM 90 se malam, dia tak percaya, dia kata rate paling rendah yang hotel boleh kasi, RM 95. Aku suruh dia swipe IC aku, then baru dia percaya yang selama ini aku dapat special rate, so dia setuju dengan rate yang aku mintak tuh.

Lepas sembahyang, aku turun beli barang. Memang gitu style aku, pergi KFC beli makanan then singgah kedai beli toiletteries, tak pernah aku bawak barang-barang macam tuh. Tu pasal kalau kat kampung aku tak pernah beli barang-barang keperluan asas, semuanya barang pembelian di KL.

Lepas santai-santai kat katil, aku memorex. Kebetulan Euro session baru mula. Macam ada good news out of Britain, so accounts aku jadi "segar" semula. Aku closed kan a few entries dan biarkan yang lain tuh. Macamana pun accounts aku masih dibebani floating loss yang banyak, tu pasal aku tak boleh buat apa sangat pun. Misi aku sekarang hanya untuk protect accounts sekiranya pairs Pound Sterling turun banyak.

Lepas Asar aku ke The Robertson, mengeteh. Then ke Bukit Bintang, potong rambut. Lepas Isyak aku ke Bukit Bintang lagi, punya lah lama aku tak ke KL, aku tak tahu pun Parkson kat Sungai Wang tempat aku beli barang runcit tuh ditutup, tak sure pulak tutup sementara for renovation atau tutup terus. 

Sakan dah rupa nya malls di decorate dengan Christmas theme, Pavilion lah dramatic gila decoration nya. Kalau kat overseas, kat US for example, lepas Thanksgiving Day (hari ini) baru lah orang mula pasang decorations, kat Malaysia nih yang berlebih-lebih pulak. Bosan gila lagu-lagu Christmas yang diaorang pasang kat Malaysia nih, macam tak banyak pilihan.Kalau kat overseas, banyak lagi lagu-lagu lain yang best.

Wednesday

SelasaRabu2021November2018

Selasa 20 November 2018

Awal pagi aku dah keluar, mula tuh jemput Chu, nak hantar kuih ke masjid for acara sempena Maulidur Rasul. Tak lama pun kat masjid, nak register mulanya sebab semalam tuh ada dibuat pengumuman supaya semua yang hadir untuk register, lagipun ada cabutan bertuah. Masa register dari 7-30 sampai 8-30 pagi, tapi, pukul 8, Minah yang pegang buku register pun belum sampai.

So kitaorang terus lah ke Pekan Sari Sungai Ruan, ingatkan banyak barang yang Chu nak beli sebab semalam berapa kali dia talipun mengingatkan aku untuk bawak dia ke Sungai Ruan. Lepas tuh kitaorang breakfast kat kedai Samad, then hantar Chu balik. Aku terus aje lah ke masjid tapi macam tak ramai orang, aku perasan yang kat Pekan Sari tadi ramai jugak orang penting masjid yang datang .

Terus aje lah aku balik, nak ke kebun dah lewat so melepak aje lah. Nak layan Forex, tak terlayan, tak ada yang boleh dilayan. Brexit masih gitu jugak, penuh dengan drama.

Aku ke masjid awal sikit, dengan harapan ada lah sesiapa ternampak aku dan ajak makan, tapi rupanya diaorang makan awal, so by the time aku sampai, dah tak ada apa dah. So makan kat kedai sebelah masjid tu aje lah.

Cuaca mendung tapi tak ada gaya macam nak hujan, dah lama dah tak hujan nih, mamposlah tanaman aku kekeringan sepanjang aku di KL nanti. So petang nih aku ke kebun sekejap, menyiram mana-mana yang perlu disiram.

Tak ada Ustaz malam nih, memang aku dah agak dah. Aku tak keluar makan pun lepas tuh sebab kenyang, petang tadi dah makan jagung sama limau oren yang aku beli pagi tadi.

Rabu 21 November 2018

Lapar lah pulak sebab semalam tak makan, so awal pagi aku pergi breakfast harinih. Bersemangat tuh sebab ini hari terakhir berkebun sebelum ke KL, so nak pulun lah sikit. Esok pun sempat lagi tapi harinih kira full day lah, walaupun kerjanya cuma a few hours jer.

Tapi itu lah, kita cuma mampu merancang, ada jer halangan yang membuatkan aku tak dapat nak memulun kerja kat kebun. MakCikM tokay kedai runcit tuh panggil aku ajak sembang, dia nak pergi Umrah minggu depan. Mula nya sembang-sembang gitu aje tapi bila dia tanya pasal aku, melarat-larat lah ceritanya, sebab dia banyak sangat tanya. Sampai ke akar umbi. Sejam lebih aku bercerita, menjawab pertanyaan dia, sebab dia nih lebih kurang macam mewakili kaum ibu kampung nih, selalu dia kata, "kome nak tahu, kome pelik, yang kome tak pahamnya, kome tertanya-tanya" etc. Macam bangga jer dia bila dia tanya aku, kat siapa aje aku cerita kisah aku, dan aku jawab yang tak ada sangat pun yang tahu details, even Mak, keluarga aku, Chu, diaorang tak tahu pun cerita aku.

Cuma bila dia tanya apa plan aku seterusnya, tak kan nak duduk di kampung tak buat apa, ha, itu aku tak cerita apa-apa. Malu lah, takut-takut tak jadi, takut jugak dilabelkan macam Mat Jenin. Iyalah kan, dengan keadaan aku sekarang yang macam ini nih, tak ada apa-apa. Buat masa sekarang I am just an ordinary village idiot.

Sempatlah jugak aku buat kerja sesikit kat kebun, menyiram, membaja, mencabut rumput, menyangkul etc. Friday nih Ida nak balik, aku dah suruh dia petik jagung, timun, cili, cabut kangkung etc, serabut sangat menengoknya, tension aku kalau menengok hasil tanaman aku tua dan buruk begitu aje.

Aku tengah buat air kat dapur bila aku nampak posman masukkan surat kat mail box, dia blah aje terus aku berkejar pergi ambik. Alaaaaa, aku ingatkan barang yang aku order, rupanya surat Takaful. Alaaaaaaaa!

Again, gaya macam nak hujan petang nih tapi tak hujan jugak. Tak apa lah, esok pagi aje lah aku menyiram. 

Ada Tahlil malam nih so mengaji dikansel, mulanya Tahlil tuh nak dibuat lepas Isyak tapi Pengerusi Masjid ada hal apa tah. Ker kat tv ada bola? ekekekeke

Masih tak ada peluang untuk aku masuk new entries, so aku tak dapat buat apa-apa lah, dah 2 minggu tak ada peningkatan jumlah dalam accounts aku, tak apa lah. Bitcoin dan altcoins lain semuanya turun, macam susah nak percaya jer sebab dulu tuh bukan main lagi orang bullish pasal cryptocurrencies. Kalau turun lagi banyak, lagi ok. Akhir bulan depan aku nak buat audit, aku rasa ada balance duit yang aku berjaya jimat kan sepanjang aku duduk di kampung so aku nak gunakan duit tuh untuk top up accounts aku, atau bukak account baru. Baru lah best nanti bila trade guna modal yang besar.

Isnin19November2018

Aman aku di kebun pagi nih sebab tak layan pun Forex, tak ada news penting last weekend, dan masa Asian session, markets tak bergerak. Bitcoin dan crytocurrencies jer yang laju, tapi laju ke bawah, harap-harap terus turun lah, senang nak reload nanti.

Aku ada baca forum, ramai orang awam yang quit crypto alltogether sejak price turun, baguslah, dulu yang buat harga naik tinggi melambung pasal orang yang tak tahu menahu tuh nak join cryptoworld kononnya. Those yang beli Bitcoin dan altcoins lain sejak lepas 15 December tahun lepas (masa harga tertinggi), semuanya "rugi". Unless diaorang hold dan harga naik tinggi akan datang nanti.

Aku tak rasa rugi sebab terakhir aku beli coins, masa harga rendah dari sekarang, dan aku biakkan coins tuh dengan trade kat Broker. So, dengan lain perkataan, aku masih untung, dan kalaulah harga naik nanti, aku akan betul-betul untung. Dan katalah harga coins turun gila-gila dan tak naik-naik dah, baru lah aku tak untung. Jadi, in the meantime aku akan teruskan kumpul coins, untung-untung aku untung nanti. Jangan tak untung-untung dah lah.

Parcel pertama dah dapat tadi, ada lagi 14 barang yang aku tunggu nih. Esok cuti pulak, Khamis sampai Monday aku tak ada sini, jangan lah posman tuh campak jer parcels aku.

Aku beli benda-benda bodoh gini lah, replica Bitcoin dan benda-benda lain yang kebanyakaannya berkisar pasal cryptocurrencies. Baju dengan bag pun ada aku beli gak.

MN ada datang, nasib baik bukan nak pinjam duit. So bersembang dengan dia kat luar rumah, dia jer yang bercakap, aku jawab tak jawab jer benda yang dia tanya, dan topik-topik yang dia bukak. Aku fikir jugak, apa pasal aku malas melayan sembangan dia? Mana tak nya, bila dia tanya, aku tak jawab, aku diam jer, then dia tanya lain, aku jawab satu perkataan jer, yer dengan tak.

Ini aku kasi contoh.

"Awak tak nak beli motor ker?", dia tanya aku.

Aku tak jawab.

"Ker awak tak minat motor?, dia tanya lagi.

"Tak", aku jawab gitu.

Sepatutnya aku explain lah yang sebab aku tak minat motor, yang aku dulu pernah accident masa kat Port Klang, sampai seminggu aku kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Ataupun beritahu dia yang aku trauma naik motor, (arwah)  Pak meninggal accident motor.

Ataupun beritahu dia yang aku dah janji dengan Nuar adik aku, bulan depan aku nak suruh dia order motor electric dari China. Nuar ada kedai basikal kat Shah Alam, dia banyak jual basikal dan motor pelik-pelik. Yang aku tersuka fatbike tu pun sebab Nuar lah, Raya tahun bila tuh dia bawak balik, aku try dan tersuka. Aku dah terbayang yang akan datang aku pergi masjid naik motor elektrik, macam buggy lebih kurang tapi ada seat untuk penumpang, jugak ada tempat letak barang. A cross between beca roda tiga dan buggy, memang gempaq lah kalau orang kampung tengok nanti, sesuai untuk dibawak ke ladang.  Tapi, kalau ditengok dari belakang, what with me pakai ketayap and all, sure nampak macam orang Amish nanti tuh.

Satu per satu cerita politik yang MN bukak tapi aku senyap jer.

"Xxx dah jadi datuk, anak dia dah beranak. Nikahnya bulan 5 baru nih, dah beranak dah. Baru berapa belas umur budak tuh. Patut lah Xxx dah tak keluar sangat dah, malu ker orang kampung lah tu"kata MN lagi membuka cerita baru.

Man, that is one sad news sebab Xxx tuh "kesayangan" Mak, kalau Mak ada balik, mesti Mak tanya pasal Xxx, Mak selalu suruh aku bagi itu ini kat Xxx, sebab Xxx tu lah yang pangku (arwah) Pak masa accident dulu tuh, pakaian dia penuh dengan darah.

"Timun tuh dah boleh petik, bergogoeh-gogeh (bergogos-gogos - buah yang banyak, berjuntaian gitu)", MN tukar tajuk. Aku senyap jer, aku ingat, dulu, terakhir dia datang, dia lah yang kata pokok timun aku tuh tak sihat, daun nya kaler hijau pucat, tak akan berbuah nya lah.


"Lawa tembikai awak, tapi biasanya kalau pokoknya lawa, buahnya tak menjadi, tak manis", MN kata gitu. 


Ada jer komen nya dia nih, tak pernah nya positif, negatif memanjang, kata aku dalam hati. Malas lah aku jawab kata yang soon bila berputik, aku akan siram dengan air teh hijau untuk kasi manis tembikai tuh,.

"Habih tu awak buat mende jer tak keluar-keluar. Mengalahkan anak dara", kata MN sambil gelak-gelak..

Tension aku tau dak kalau orang tanya gitu. Tadi masa breakfast, bekas Tok Empat pun tanya benda yang lebih kurang sama. Salah aku jugak, patutnya aku pergi breakfast masa orang lain breakfast, ini tak, aku pergi lewat sikit, masa orang tengah sibuk kerja, ke ladang, masa tu lah aku bersenang lenang melepak minum.

Aku baru nak baring lepas balik dari masjid, then ternampak dari kejauhan, Mamat Paki jual kain tuh datang. Mulanya aku fikir nak menyorok, tak nak bukak pintu. Aku pergi kencing, menyorok dalam bilik air lah kononnya sebab sure dia akan intai melalui tingkap, then masa kencing tuh baru terfikir yang buruk nya perangai aku, apa lah salahnya beli kain pelikat yang RM 30 tuh, niat tolong Mamat tuh. So aku masuk bilik ambik duit. Bila aku bukak pintu, tengok-tengok Mamat tuh dah blah, tak kuasa lah aku nak panggil dia. Tak apa lah, aku sure yang lain kali, esok lusa dia akan datang lagi. 

Dah pukul 6 lebih, MH datang, nak ambik daun pisang untuk Chu. Ramai tetamu aku harinih ekekeke.

"Awak tengah buat Forex ker?", MH tanya aku dari luar rumah. Bagus dia nih, sokmo lah ingatkan aku memorex.

"Haah", terus lah aku jawab gitu. Sedangkan masa tuh aku tengah praktis baca Quran untuk malam nih. 

Tak lama tuh aku turun sekejap, suruh dia petik cili, cabut kangkung dan petik timun. Dah boleh dipetik timun tuh rupanya, patutlah tadi MN macam nak jer tapi aku kata masih kecik. Memang lah kecik, sebab tengok dari kejauhan. Bengap sungguh lah aku nih kadang tuh.

Sebelum Maghrib ada pengumuman, Ustaz tak dapat datang malam nih, sebagai ganti, ada majlis Sembahyang Hajat dan Tahlil.

Yayyyyy


Ooppssss

Tuesday

Ahad18November2018

Aku tunggu jugak kot Long ada balik tapi sampai pukul 9 tak ada gaya macam dia akan balik, so terus lah aku pergi breakfast kat kedai Ameno. Dah jadi kebiasaan kalau Sunday memang aku makan kat situ.

Tak ke kebun pun sebab dah lewat, melepak online jer lah'

Siang tadi pun ada wedding kat dewan, jugak tak ada jemputan. Rupanya orang dari kampung lain, tu pasal sorang pun dari kampung nih yang tak dijemput. 

Since tak ada kedai yang bukak, terpaksalah ke kedai Redha Jer Lah, Ada 3 orang yang tengah tunggu order, aku nak tapau nasi ayam. Dalam 20 minit menunggu, aku peratikan jer tokay tuh buat kerja, punyalah lembab dan tak bersistematik. Sabar jer lah.

Masa Asar tadi ada aku terdengar a few jemaahs yang komplen dan merungut pasal orang luar yang buat majlis kat dewan., tak nak jemput pun at least beritahu lah Ketua Kampung yang dewan tuh nak diguna.

Awal aku ke rumah Chu, menu malam nih, nasi goreng sambal hitam sama kuih apa tah. 

"Awok sorang jer ke yang sponsor makan?" Chu tanya aku. Aku tak jawab.

"Banyak nya duit, tetiap minggu sponsor makan", kata Chu lagi.

"Alah, berapa sen sangat, minggu depan saya tak ada", aku jawab gitu.

Tak ramai yang datang mengaji, hampir Ustaz tuh nak kansel kelas, mungkin sebab hujan kot tu pasal tak ada orang. So sebelum Isyak dah habis kitaorang mengaji, aku berdua jer. So sempatlah aku ke kedai beli teh o sebab kat surau tak ada gula.

Pedas gila nasi goreng tuh, ada a few jemaahs yang tak makan habis, tapi ada jugak yang bertambah, masing-masing puji kesedapan masakan Chu. 

Sesambil makan tuh aku dengar jer MH sembang dengan one of the jemaahs, sembang pasal Tahfiz yang baru dibuat kat kampung nih. Dengar ceritanya nak dimulakan semula tahun depan, sebab banyak masalah. Sesebulan lepas aku dapat WA dari adik aku di KL yang forwardkan mesej dari Tahfiz tuh yang mintak sumbangan. Antara barang yang dimintak, 25 katil, almari, tilam etc. Jugak mintak komputer dan printer. Dan bekalan daging, ayam, ikan dan sayuran YANG BERTERUSAN untuk 25 orang pelajar. 

Cuma masalahnya, pelajar ada 3 orang jer, rumah tempat buat Tahfiz sementara tuh kecik jer untuk muatkan 25 katil, almari etc. Dan yang buat peliknya, mesej mintak sumbangan tuh tak ada pulak dimasukkan ke dalam WA group kampung jugak kawasan sekitar. Diaorang mintak sumbangan dari orang luar, orang jauh, yang tak tahu menahu pasal keujudan Tahfiz tuh.

Well, kitaorang kat kampung nih pun tak berapa tahu sangat pasal Tahfiz tuh walaupun tak berapa jauh dari masjid, dalam 50m away jer. Sekali sekala ada lah 4 orang berjubah yang datang sembahyang kat masjid. 


Monday

Sabtu17November2018

Sempat tidur sekejap pagi nih sebelum ke Pekan Sari, sebab tadi pukul 4 dah bangun. Biasanya kalau aku terjaga awal, aku tidur semula, dan akan bangun masa alarm berbunyi pukul 4-45 tapi tadi tuh aku terus aje lah bangun, so tak ada lah tergesa-gesa sangat.

For the last few weeks, tiap kali ke Pekan Sari, memang niat aku nak beli barang untuk memasak tapi the moment aku sampai, aku tukar fikiran, aku takut aku tertension nanti bila aku malas nak masak sedangkan bahan-bahan banyak dalam fridge. Aku cuma beli oren, halia Bentong (aku suka minum teh o halia) dan baja Siam, jugak kebab untuk my BFFs makcik-makcik berjualan tuh. 

Lepas membaja, aku menyiram, siram dengan air bancuhan baja soluble. Ngam-ngam baja habis, damn, RM 60 untuk baja jer. Lepas tuh biasalah, cuit sana cuit sini sesikit.

Masa nak ke masjid Zohor tadi aku terpaksa ikut laluan lain sebab ada wedding kat dewan. Pelik jugak aku apa pasal tak ada jemputan, diaorang "tak nampak" ker aku nih, biasanya ada dibuat pengumuman kat masjid. 

Tok Siak beritahu yang Chu suruh aaku datang ke rumah dia awal sikit petang nih sebab nak tolong ambik makanan yang Chu buat, pihak masjid yang order. Rupanya anak Chu belikan Chu phone baru, itu yang nombor aku tak ada tuh. 

Awal aku pergi rumah Chu sebab nak belek-belek phone dia, nak masukkan mana-mana nombor penting. Jugak nak suruh Chu masak untuk aku bawak ke surau malam esok. Jugak nak suruh Chu buat sekilo sambal belimbing hitam, aku nak bawak KL Khamis nanti, nak kasi kat anak-anak hayam Rebanamaya tuh.

Sunday

Jumaat16November2018

Pagi nih productive, sempat memindahkan anak jagung yang dalam tray semaian tuh ke tanah, adalah dalam 20 lubang, aku tanam in between baris kacang harimau. Lepas tuh mula lah membersihkan semak, rerumput, dapat jugak a few baris. Sebab esok nak ke KL, itu yang terpaksa rajin kan diri tuh. 

Asian session, Forex market macam tak bergerak. Towards Euro session barulah ada activities, account aku masih parah tapi tak lah seteruk semalam. Tapi towards US session, macam-macam news yang keluar, Parlimen UK macam nak reject jer Theresa May punya Brexit deal. Looks like her days are numbered, minggu depan, Selasa, no confidence vote against her akan dibuat. British Pound is going to tank lah kalau macam nih, harap-harap crisis pasal Brexit nih tak berpanjangan lah.

Malam nih tak ada Kuliah Maghrib so aku melepak kat masjid jer lah, cadangnya nak pergi makan so that tak terbertembung dengan Imam tuh nanti. Tapi rasa rugi pulak nak tinggalkan masjid. 

Aku tak nak "judge" tapi aku baru terperasan yang ramai jemaah yang "kalah" dengan bola. Masa makan tadi aku tengok ramai yang dari masjid melepak kat kedai Samad, ada soccer match kat tv, Piala Suzuki, Malaysia lawan Vietnam kalau tak salah aku. Yang kat depan sekali, this one guy yang aku respect sebab selalu iktikaf, selalu melepak kat masjid, warak orangnya. Kat meja sebelah dia pulak, this Tabligh guy yang baru jugak balik dari Pakistan. 

Tengah online, aku rasa termalas pulak nak ke KL esok, tah mengapa tah, aku pun tak tahu. Aku nak ke KL hujung minggu nih sebab cadangnya nak jumpa NekRock tapi dia ada plan lain. Ijtimak Tabligh pulak bukannya hujung minggu ini tapi awal minggu depan. Dan aku tak ada geng pulak nak ke airport jumpa kawan aku yang nak balik UK tuh. So combinations of benda-benda tu lah yang buat aku tiba-tiba macam malas nak ke KL esok. Tambahan pulak aku dulu janji yang aku nak ke KL hujung November, lagipun sekarang musim hujan, apa bestnya ke KL waktu hujan, walaupun aku tahu yang aku banyak melepak kat bilik hotel jer hujan tak hujan pun.

And so tak ke KL lah aku esok. Ini lah akibatnya bila lama sangat tak ke KL kan, aku jadi malas gitu, lantak lah mereput kat Ulu Gali nih.

Dan aku pun tengah cari idea, apa alasan nak kasi, sebab aku macam malas nak ke Cherating for  staff Royale Chulan Cherating punya wedding, awal bulan depan. Nak kasi hadiah atau duit aje nih, aku pun belum decide. Tapi, untuk menutup rasa keguiltyan, hadiah ataupun duit yang aku nak kasi, kena sama nilai dengan amount yang aku sepatutnya belanjakan kalau aku pergi, tambang, makan, 2 malam stay kat hotel di Kemaman. 

Entah lah, apa pasal kemalasan aku nih semakin parah, semakin menjadi-jadi.



Saturday

Khamis15November2018

Dengan berat hati nya aku ke kebun pagi nih walaupun semalam hujan turun. Aku kena bersihkan jugak semak samun sebab weekend nih aku nak ke KL, kalau tak dibersihkan sekarang, terbantutlah pertumbuhan kacang harimau aku. Itupun aku tengok yang mana lama ditenggelami air, macam dah tak membesar dah sedangkan kacang yang di kawasan tak bertakung airnya, dah merimbun.

Aku tak kisah sangat pun jagung terbantut sebab cuma sikit aje, yang lain tuh nampak gayanya membesar elok. Infact minggu depan rasanya dah boleh petik dah, kejap aje rasanya tanam, dah menghasilkan hasil. 


Sabar jer lah menengok keadaan pokok kacang yang dah lah penuh semak samun, air bertakung, macam nak tak nak jer membesar. 


Itu segerombolan jagung yang terbantut pepbesarannya, sebab kawasan rendah, air bertakung sepanjang masa.

Tengah aku ralit buat kerja, Tok Siak masjid datang, suruh aje dia cabut kangkung yang banyak tuh. Jugak suruh dia ambik cili. Dia nih bagus, tiap kali aku beritahu dia yang ada tanaman yang boleh diambil, dia akan datang, dia tahu yang kalau dia tak ambik, tanaman tuh akan terbiar gitu aje.

Towards Euro session, semua pairs yang melibatkan British Pound turun, aku ada a few positions. Keluar aje dari masjid Asar tadi, aku check cellphone, terkejut aku bila tengok floating loss aku jadi 0.71 ETH (710 000 EIT) , bila baca news, rupanya masalah Brexit tuh semakin parah, ada a few Menteris yang resign katanya. Aku pulak, bila market dah "bottoming" gayanya, masuk lagi a few entries. Sambil tuh on kan news feeds. Tak nak cakap banyak lah, British Pound slumps. Dan sebelum Maghrib, floating loss aku jadi 2 ETH lebihkurang, tak pernah sebesar itu. Aku dah macam, ah, redho jer lah (that sounds familiar), dah tak boleh nak buat apa-apa. Just hoping kalau-kalau ada good news out of the UK. 

Masa Kuliah Maghrib aku glance gitu-gitu jer lah, tak ada gaya macam British Pound nak bangkit semula. Dan sebelum tidur aku close kan a few positions, aku cut loss, just incase price turun lagi banyak. Mungkin kebetulan kot tapi Bitcoin dan altcoins lain pun kena slaughtered jugak. Tapi aku suka kalau Bitcoin dan altcoins turun, kalau boleh biar turun banyak-banyak, boleh aku reload nanti tuh. BCH yang aku withdrew semalam, value dia dah turun jadi USD 500 lebih aje dah tapi tak apa sebab aku tak nak cash kan pun. 


Friday

Rabu14November2018

Awal pagi tadi sebelum Subuh, hujan turun, tak lebat. Aku ke kebun pun dah lewat jugak, pukul 9. Mulanya membaja, tapi dapat half way jer sebab baja habis. Menyesal pulak tak ke Sungai Ruan semalam tuh. Tak sampai 1 km pun Sungai Ruan tu tapi aku nih kan ker jenis yang tak ke mana-mana kecuali kalau penting sangat, aku ke sana pun cuma hari Pekan Sari aje.

Lepas tuh mencabut rumput etc.



Ini lah my playground.



Bersih jer kawasan kebun aku, kan? Orang kata, apa-apa yang kita buat tuh melambangkan keperibadian kita.



Masa cari info pasal proposed hard fork untuk BitcoinCash esok, aku perasan yang broker aku tak support proposal tuh, maknanya tak akan ada apa-apa effect kat BCH aku kalau aku tak pindahkan ke wallet Coinbase yang kebetulan akan buat adjustment once hard fork proses selesai. Bererti, aku akan dapat free coins nanti, sama banyak dengan jumlah BCH yang aku ada. 

So teruslah aku close kan semua positions aku kat broker, dan buat withdrawal ke wallet. Sekejap jer, tak sampai setengah jam, masuklah BCH  ke wallet aku, yang bererti BCH account kat broker aku dah kosong. Semua Exchangers pun akan suspend segala macam transactions yang melibatkan BCH. Nasib baik lah aku sempat buat withdrawal.

Maknanya sekarang, buat masa ini aku cuma ada satu account untuk trade, ETH account. Esok ada event penting yang melibatkan pair Sterling Pound, pasal Brexit tu lah. 

Aku terfikir yang malam nih sure tak ada jamuan kat masjid, so kemungkinan besar aku akan terbertembung dengan Imam lagi. Bukan lah aku tak nak bayar makan dia tapi aku rasa dia pun tentu rasa tak comfortable kalau aku keep on bayarkan makan dia.

So aku buat keputusan untuk memasak, that way malam nih aku tak perlu lah makan kat kedai. Selama aku duduk kampung, tak pernah lagi aku memasak di waktu petang, malam. So lepas Asar aku ke kebun sekejap, cabut kangkung, petik cili. Aku buat sayur kangkung belacan, omelete dan sambal hitam versi tumis. 

Again, malam nih lancar jer aku baca, sekali pun tak ada Imam tuh tegur. How I wish yang kalau mengaji hari Isnin malam Selasa tu pun bacaan aku tak sangkut-sangkut.

Aku sepatutnya tak masuk apa-apa entry malam nih since market akan jadi volatile, tapi itu lah aku, sentiasa nak ada positions. So tak heranlah sekejap aje floating losses aku jadi banyak, tengok lah macamana esok.

Thursday

Selasa13November2018

Aku tak ke Pekan Sari Sungai Ruan pun pagi ini, malas lah, takut terbeli benda-benda yang aku tak perlukan sangat. Instead aku ke kedai depan rumah Chu, breakfast, pulangkan periuk belanga dan bekas kuih makanan Ahad lepas, jugak nak bayar harga makanan tuh.

Chu masih belum balik dari KL, entah-entah dia di rumah anak dia di Temerloh. Chu tuh suka berjalan orangnya.

Dapatlah lama sikit kat kebun pagi nih, aku pasang ubat nyamuk, itu yang macam tak ada gangguan tuh. Sikit demi sikit terang bersih jadinya kawasan tanaman aku, baris-baris pokok kacang nampak kemas rapi merimbun, soon tak ada space nak lalu, bila dah membesar tuh. 

Memorex harinih macam "senang" jer, tiap kali aku close positions dan masuk new entries, tak lama tuh dah dapat profits. ETH account aku dah lebih 3.120 ETH dah, BCH account pulak dah jadi 1.005 BCH, syukur Alhamdulillah. Aku mula dulu, dalam 3 bulan lepas, dengan modal lebih kurang USD 100 tapi kalau mengikut rate sekarang, dah jadi USD 1200 dah. Ini yang buat aku bersemangat nak bukak new account, nak tambah modal, dan nak trade "besar" sikit biar cepat kaya ekekekeke

Selama 3 hari, ada festival ugama kat Raub, so tak ramai jemaah kat masjid harinih sebab pesta tuh mula dari 8 pagi sampai lewat malam setiap hari. So malam nih punya Kuliah Maghrib dikansel.

Cuma kedai Redha Jer Lah yang bukak malam nih, kedai lain semua tutup, malas sangat pulak nak ke Sungai Ruan, so singgah kedai tu jer lah, kebetulan ada 2 orang jemaah kat situ jugak. Tak lama tuh datang 4 orang lain, then aku nampak Imam semalam tuh pun datang, lama dia kat motor, agaknya fikir samada nak ke Sungai Ruan atau tak. Mungkin dia fikir, "ala, Mamat nih ada kat sini pulak" kot bila nampak aku, aku buat tak nampak jer,bila dia duduk baru aku tegur.

Memang style aku, laju jer aku makan, orang lain makan sambil bersembang, aku dah siap makan, diaorang punya air pun masih tak luak. Memang aku nih jenis yang tak menikmati makanan, makan sekadar nak makan. And so aku mintak diri nak balik, sebab Forex tengah kencang, aku sempat check kat cellphone. 

Aku bayar ketiga-tiga meja, termasuk sorang yang kitaorang tak kenal, Indon gayanya, tak lah banyak mana pun sebab ada yang tak makan, sekadar minum aje. Bukan lah aku banyak duit selalu belanja orang tapi aku rasa itu peluang aku nak buat kebajikkan. Entah-entah esok lusa aku mati, kan? Lagipun, selama ini hidup aku Tuhan permudahkan so apa salahnya aku belanja orang, berapa dollars sangat pun. 

Wednesday

Isnin12November2018

Macam a bit tricky jer bila Forex market bukak pagi nih, gapped down EUR/USD dan GBP/USD, biasanya aku akan ambik kesempatan tuh untuk masuk "buy" entries sebab gap akan ditutup sooner or later. Syukur, aku tak buat macam tuh, instead aku went short. Tak lama masa Asian session, semua positions aku untung, yang aku biarkan aje sebab malam nih US session slow, kat US cuti Veterans Day.

Terus aku jadi bersemangat untuk ke kebun, or rather untuk memulakan minggu baru. Tapi, the moment aku tengok keadaan semak samun yang membelenggu pokok-pokok kacang harimau aku, semangat aku terus jadi pudar. How am I going to buang semak samun tuh, kena dicabut satu persatu then barulah pangkal pokok boleh dikambus tanah. Banyak tu, siot!

So bertenggek lah aku mencabut rerumput semak samun yang tumbuh berleluasa tuh, sakit pinggang satu hal, nyamuk pulak banyak. Ya ampun betapa siksa nya aku. Macamana susah pun, aku teruskan jugak, yang akhirnya dapatlah aku kind of bersihkan 2 baris tanaman. Tak apa lah, buat sikit-sikit, lama-lama siap lah nanti tuh. Cumanya janganlah by the time aku siap membersihkan semuanya, rerumput dan semak samun tumbuh semula. Ada harapan jadi macam tu tuh, aku dah boleh bayangkan. Susah nya hidup seorang pekebun nih, kan?

The rest of the day aku terleka memorex. Merendah diri sungguh aku nih kan? ekekekekek. Bukannya leka tapi tekun mencari rezeki. Just before Maghrib aku dapat kutip about 0.12 ETH dan 0.08 BCH. Dulu aku macam tak konfiden nak jadikan accounts aku 3 ETH dan 1 BCH sebelum akhir tahun tapi kalau mengikut keadaan semasa, dalam masa 2 tiga hari lagi aku boleh capai target.

Tak ada pulak Ustaz malam nih, aku punya lah prktis baca Quran tadi tuh sebab tak nak jadi macam minggu lepas, sangkut-sangkut sebab nafas pendek. Ada this one guy suruh aku ajar dia mengaji so aku ajar lah sekejap.

"Hutang dulu tak tebus lagi, ini tambah hutang baru", kata Imam masa makan kat kedai Omar. Aku bayarkan harga makanan yang dia tapau, dan dia maksudkan "hutang" dulu-dulu yang aku selalu bayar harga makanan dia tuh. 

Dang, he's keeping scores, that man.

Tuesday

SabtuAhad1011November2018

Sabtu 10 November 2018

"Ha, dia datang dah bawak kuih", kata one of the Makciks yang berniaga kat Pekan Sari Ulu Gali bila nampak aku datang sambil jinjing bag plastik berisi kebab. Dah jadi rutin hari Sabtu nampak gayanya nih, cadangnya nak beli apam balik atau kuih aje (lebih murah)  tapi aku macam kesian pulak kat brothers dua orang tuh, kat tempat lain meriah jualannya, tak macam kat tempat diaorang.

Tak lama aku di Pekan Sari, tak beli benda lain pun. Then melepak bawah pokok rambutan baca paper, benda yang tak pernah aku buat selama ini, biasanya baca paper dalam rumah. Tak sampai setengah jam kat kebun, tak buat apa sangat pun, sekadar menyusun polybags yang dipenuhi pokok tembikai, timun dan a few other pokok yang aku tak sure, samada peria, petola atau labu. I don't remember planting them, seingat aku, apa yang aku tanam cuma lah timun dan tembikai.

Lepas Asar ada khenduri Tahlil tapi aku tak pergi sebab jauh rumahnya, sedangkan aku bawak basikal jer masa pergi masjid, tak kan aku nak patah balik ambil kereta.

Aku suka pembelajaran Tasauf lepas Maghrib tuh tapi aku kurang puas hati dengan cara Ustaz tuh, tak payah lah aku ceritakan sebab apa tapi apa yang dapat aku beritahu, aku selalu teringat kat kawan aku yang anti sangat dengan geng Ustaz yang "suka menakut-nakut kan orang", whatever that means.

Ahad 11 November 2018

Walaupun malam semalam hujan tapi aku berniat jugak nak ke kebun, so awal lagi aku dah pergi breakfast. Since jiran aku dah berangkat untuk ke KL, maka tiada ada lah CCTV yang membontoti aku so itu yang aku rasa macam bersemangat aje nak berkebun, or rather bersemangat nak buat apa-apa yang patut kat kebun. Aku dah plan untuk kuat sikit berkebun (kalau tak hujan) seketidakadaan CCTV for about 2 weeks nih. Itu jugak yang buat aku rasa macam malas nak ke KL hujung minggu nanti sebab nak enjoy kefreean aku tanpa gangguan CCTV tu lah.

Aku tak expect Long akan balik, iya lah kan, musim-musim hujan gini nih apa lah sangat yang dapat dibuat pun. Memang pun, tak sempat lama memesin rumput, Long berhenti buat kerja. Biasanya Long balik semula sebelum Zohor so tadi Long dah nak balik, then terbersembang dengan aku, kat bilik aku.

Aku tak tahu lah kalau memang itu plan Long, tapi dah bersalam bagai tadi tuh, then Long bukak cerita pasal niat dia nak jalankan projek (dah lama dah ura-ura nya) yang dia rancang, sebab anak-anak dia semuanya macam tak stabil lagi kedudukannya (according to him). Cerita punya cerita, Long tanya aku, apa plan aku. Mulanya aku macam berat nak jawab sebab tak ada sorang pun tahu apa plan aku sebenarnya. Aku sendiri pun tak tahu apa plan aku ekekekeke.

Tapi bila Long serious jer tanya sambil kata, "ini antara kita berdua jer, awak cerita kat Long, Long tak akan cerita kat orang lain", terus lah aku beritahu options yang aku ada, yang aku cadang nak buat. Dalam masa terdekat.

"Dengar cerita awak nak nikah bulan 12", Long tanya gitu.

"Bulan 12? Bulan depan? Sapa buat cerita?, aku tanya Long sambil gelak-gelak. Long tak jawab.

"Ini Chu lah buat cerita nih, dia nak sangat jodoh kan dengan anak angkat dia tuh. Pandir!", aku kata gitu.

Long senyum jer, yang mengiyakan yang cerita tuh memang dari Chu. Apa yang aku suspect, Chu bercerita dengan Mak (masa Mak ada balik ituhari, jugak sebelum-sebelum nih) dan Mak suruh Long tanya aku sebab Mak memang tak berani tanya aku.

So aku ceritakan kat Long segala kemungkinan yang bakal aku buat, ada 3 options bab nikah tuh ekekekeke

Skip lah cerita pasal nih, malu nak cerita ekekekeke

So basically Long tahu apa yang aku nak buat soon.

Agaknya tersedap pulak bercerita, Long tak jadi balik sebelum Zohor, lepas sembahyang kat masjid pun kitaorang bercerita lagi kat parking, tak habis kat situ, sambung bercerita dalam kereta depan rumah. Macam-macamlah yang diceritakannya, aku dengar aje lah, ada benda yang aku setuju dan ada jugak benda pasal Long punya pendapat yang aku tak setuju. Sangat-sangat tak setuju. Tapi aku diam kan aje.

Hujan turun lagi petang nih, membawak ke malam. Aku sampai aje di surau, dah ada makanan yang dihantar dek tokay gerai depan rumah Chu tuh. Tak ramai jemaah yang ada (sebab hujan kot) so panik jugak aku takut makanan tak habis sebab banyak lah pulak dibuatnya, nasi goreng dan 3 jenis kuih. Aku suka pulak mengaji sama Ustaz tuh sebab macam banyak tips yang aku dapat, since ada 4 orang jer yang mengaji, Ustaz tuh dapat kasi attention yang lebih.

"Tak apa lah, saya bawak balik, "repair" letak telur", kata one of the jemaahs bila aku suruh dia ambik semua nasi goreng yang banyak tak habis tuh. Nasi goreng kosong jer, tak ada telur, tak berseri langsung, itu yang tak laku sangat tuh. Nasib baiklah ada yang sanggup tapau so habis jugak akhirnya.

Itulah, makanan, memang tak boleh lawan dengan yang Chu masak, sediakan. Akan datang nih aku tak nak dah suruh orang lain sediakan, kalau Chu tak ada, tak bawak makanan pun tak apa lah.

Monday

Jumaat9November2018

Again, aku tak ke kebun sebab semalam hujan lebat. Redha jer lah yang air sentiasa bertakung di kawasan tanaman aku, aku tahu yang some tanaman akan mati, cili Bali aku dah kiok pun, cili Bangla pun tinggal nyawa-nyawa ikan. Aku tak ralat kalau tanaman lain meninggal, tapi aku akan berduka nestapa lah kalau kacang harimau aku kojol, ataupun terbantut pembesarannya. 

Kalau aku rajin, boleh sebenarnya aku selamatkan tanaman aku tuh tapi itulah, kemalasan yang membuatkan aku biarkan aje apa nak jadi. Aku tak "menyalahkan" hujan tapi aku jadikan itu penyebab. Tapi at the same time aku sedar yang betapa besar kuasa Tuhan turun kan hujan, dan aku tahu yang suatu masa nanti bila hujan tak turun, aku akan teringat zaman-zaman bilamana aku tak ke kebun berbulan-bulan sebab hujan sentiasa turun. 

Aku ambik kesempatan tak ke kebun dengan mengoncentrate buat Forex aku, jugak cari ilmu yang berkaitan. Aku sibuk jugak seseminggu dua nih, aku cadang nak bukak account dengan Broker lain jugak sebab sekarang nih cuma guna service one broker jer. Dan broker tuh pulak unregulated, so aku nak cari regulated broker, yang terima PayPal untuk buat deposit dan withdrawal, jugak yang ada offer Islamic account. Jugak yang boleh trade cryptocurrencies. So sibuklah aku mengompare, mengecheck, semua broker-broker yang ada. 

Aku banyak jugak sekodeng-sekodeng crypto forums, macam kat reddit, bitcointalk etc. Banyak maklumat dan knowledge yang aku dapat. Aku tak layan pun forum-forum Malaysia, buat buang masa jer.

Since Bitcoin Cash forex account aku dah nak jadi 1 BCH (InsyaAllah), aku rasa aku nak withdraw ke wallet, nak trade Ethereum account aje lah. 15 haribulan nanti ada BCH hard fork, so lepas tarikh tu lah baru aku nak withdraw, hopefully. Aku ingat lagi yang masa BTC hard fork dulu, price terus naik. I still have the feeling yang BCH is undervalued, dibandingkan dengan BTC.

Apa-apa lah, I don't give a fork!

Dapat jemputan kahwin kat Cherating, awal Disember nanti. Staff Royale Chulan Cherating. Aku kena pergi sebab dulu aku jugak yang gatal bergurau kata yang kalau diaorang tak jemput aku ke wedding diaorang, aku nak kasi santau. Ingatkan diaorang nak buat majlis masa Raya lepas, tu pasal. Sure terjumpa BabyJ nanti tuh. 

Bulan depan nih akan terbanyak kali aku ke KL rasanya, tengah bulan ada wedding jugak, akhir Disember memang kebiasan aku diKL, dari Krismas sampai New Year. Tengoklah macamana nanti. 

Sempatlah berbasikal dalam sejam petang nih, ngam-ngam aku sampai rumah hujan pun turun. Yang maha lebat, sampai Isyak.
Since malam ini tak ada Kuliah Maghrib, tenang jer lah aku melepak sesambil memonitor forex aku masa kat masjid tadi. Ada jugak terlintas kat otak aku yang kalau jemaah lain nampak aku yang  kadang tuh leka dan sibuk mengecheck cellphone, tentu diaorang geleng kepala kata aku buat urusan dunia kat dalam masjid.

Aku mencari rezeki sebenarnya. Alah, lagipun, zaman nabi dulu, orang belajar berkuda kat masjid. Kita orang Malaysia nih jjer yang "alim tak bertempat". 

Ramai orang kat kedai so aku tapau makanan aje lah, makan sesambil memorex. Rasanya ini kali pertama in weeks aku carry floating profits yang banyak jugak untuk minggu depan, so aku locked dan pasang take profit points dan stop loss siap-siap, just in case ada apa-apa news yang tak terjangka. Seseminggu dua nih banyak lah pulak news pasal Brexit, pasal US congress etc.

Sunday

RabuKhamis78November2018

Rabu7November2018

Tak sampai 10 minit aku kat kebun pagi nih, tak daya lah aku nak mencabut rerumput dan semak yang tumbuh kat kawasan kacang harimau. Tanah pun lembik, buat kerja tak seberapa, kotor yang lebih. Itu yang aku buat keputusan untuk tak meneruskan kerja tuh. Kena tunggu tanah kering, kalau dua tiga hari tak hujan, then barulah sesuai kot nak buat kerja. 


Masalahnya sekarang, hujan turun every other day, itu yang aku tak dapat nak buat kerja tuh. In a way aku bersyukur sebab aku boleh concentrate buat online works tapi semak fikiran aku kalau tengok kawasan tanaman aku dipenuhi semak. 



For the last few weeks, bila pertengahan minggu, accounts aku jadi teruk, banyak floating loss nya. Kadang tuh membawak ke minggu depannya, pun masih tak dapat nak clearkan. Minggu ini pun sama, tapi setakat harinih, tak lah besar floating loss, aku nak tunggu price rebounds baru nak masuk new entries. Macamana pun, every now and then aku ada buat small profits yang bila dikira at the end of the day, macam ok jugak. 


Malam nih masa mengaji, sikit pun Ustaz tuh tak tegur aku, lancar jer bacaan aku, tak ada sangkut-sangkut. Aku kalau hari Rabu malam Khamis punya session, tahap kekonfidenan aku tuh tunggu sikit kalau dicompare dengan sessi Isnin malam Selasa.


Khamis8November2018

Breakfast pagi nih kat gerai depan rumah Chu sebab nak jumpa Chu, ada a few things nak diselesaikan. Esok Chu nak ke KL sampai Sunday night, so tak boleh nak buat makanan untuk aku hantar ke surau malam mengaji Ahad nih. So aku suruh Chu arrange dengan tokay gerai tuh, diaorang akan sediakan makanan dan hantar ke surau sebelum Maghrib Sunday.

Since malam semalam hujan dan aku tak boleh nak ke kebun, aku meround naik basikal, lemah lesu rasanya badan nih sebab lama dah tak berexercise, itu yang aku berkayuh laju-laju, dalam sejam jugak barulah aku balik.

Tak bukak lah pulak kedai sebelah masjid tuh, nak ke kedai lain aku malas, so balik rumah goreng fries, buat omelete. Simple jer aku nih orangnya. Luar biasa panas nya harinih, nak melepak kat bilik pun tak selesa walaupun pasang kipas, so melepak kat living, akhirnya tertidur sekejap.

Lepas Asar ada jemputan makan, Tahlil dan Doa Selamat kat surau, jiran aku nak pergi Umrah Isnin depan. Satu group dengan Akak The dan Abang The rupanya, what a small world kan? Aku tak makan pun, just minum, sebab masih kenyang makan omelete tadi. 


Hujan ribut, petir, guruh punyalah kuat masa Kuliah Tasauf malam nih, bekalan elektrik pun terputus sekejap. Terpaksa ikut jalan lain masa lepas hantar Chu balik, sebab biasanya jalan yang aku selalu guna tuh banjir bila hujan lebat. 


Sampai ke lewat malam hujan turun, mengerikan, aku asyik terbayang kisah kat Palu, Sulewesi yang banyak aku tengok kat youtube. Aku tak online pun, terus aje tidur, aku redha dengan apa yang Tuhan turun kan. Moga aku selamat. Aamin.

Thursday

Selasa6November2018

Aku tak perasan pun yang harinih cuti Hari Deepavali, bila aku sampai kat Pekan Sari Sungai Ruan dan aku tengok gerai depan Pusat Serenti tuh tutup dan tak ada kereta sangat pun kat parking Pusat Serenti tuh baru lah aku sedar yang harinih hari kelepasan am. Itu lah duduk kampung kan, tak ambik tahu langsung pasal hal ehwal semasa. Tapi, aku boleh tahu dan boleh ingat pulak bila hari-hari besar kat Amerika, Columbus Day, Yom Kippur, Rosh Hasannah etc, sebab semua tuh penting untuk tahu sebagai seorang Forex Trader. 

Ada jer benda yang aku terbeli, mulanya beli a few jenis limau, orange, mainly sebab aku nak kan bijiknya, nak disemai. Then terbeli alat mencabut bulu hidung nenas, benda baru yang sekali aku tengok demonstrasi nya, terus aku ambik satu. Berguna alat tuh sebab kitaorang ada berpuluh pokok nenas yang berbuah dari semasa ke semasa. 

Aku nak beli track bottom tapi tak ada pulak yang sesuai, so terus aje lah aku cadang nak balik. Then ternampak orang jual products Aloe Vera, tersinggah lah kejap, tertengok, terbelek, terbeli. Geram aku kat diri aku nih, tau dak? Lemah sangat kalau bab-bab products kesihatan gitu. Habis lah RM 150 kat situ. 

Kat rumah berlambak products kesihatan lain, masa bila nya aku nak minum kesemuanya tuh? Dulu aku dah cadang nak minum habiskan satu-satu product, then baru lah beli yang lain. Tapi, the moment aku nampak products yang ke arah kesihatan, menonong lah aku beli. Apasal tak ada orang jual products Dato Aliff Shukri, Dato Vida, or Sajat punya, hah? Kalau ada products diaorang dijual, memang confirm aku tak akan beli, melutut lah depan aku, aku blah sambil tonggeng-tonggeng kan bontot jer. 

Aku tak berniat pun nak ke kebun tapi aku jengok-jengok lah jugak, then termenyangkul, last-last dapatlah setengah jam aku menggembur a few baris tanah kat kawasan tanaman kacang harimau. Mungkin sebab frust dan rasa guity terbeli aloe vera gel tadi tuh kot. 

Masa adik beradik aku balik ituhari, ada Rozi tegur, "Tengok, macam-macam Abang Tam beli", sambil tunjuk trolley yang penuh dengan products kesihatan aku, apple cider vinegar, a few other vinegar lain, honey, coconut oil, olive oil, dried olive leave, ginger powder, cinnamon powder etc. 

"Buang duit jer", aku kata gitu.

"Ala, habis tu Abang Tam nak beli apa lagi, kan?", Rozi kata gitu. Maksudnya, fair lah kan, apa lagi aku nak beli, habiskan duit beli benda-benda gitu lah.

Betul jugak kata Rozi tuh, aku tak ada duit nak beli rumah, nak beli kereta, yang mampu beli hanyalah bahan-bahan penumis yang aku jadikan makanan, minuman kesihatan ekekekekek

The rest of the day macam semalam, macam biasa, memorex, yang sekali sekala diselang seli kan dengan cari barang kat ebay. 

Aku dah agak yang malam nih Ustaz Sekolah Sains tuh tak datang sebab cuti. Malas pulak ke kedai untuk dinner sebab rasa macam jumpa muka yang sama jer tiap kali aku makan di situ, kat rumah ada maggi, so makan maggi jer lah. 

Wednesday

Isnin5November2018

Harinih seharian di rumah, tak ke mana-mana pun kecuali ke masjid untuk sembahyang. Alkisahnya aku tak berapa sihat, hidung tersumbat, so asyik terbersin aje, sejak malam semalam agaknya sebaldi hingus keluar.

And so aku online jer lah, diselang seli dengan baring. Sekarang nih Forex market dah berubah waktu, Daylight Saving, so dilambatkan sejam, maknanya Euro session pukul 5-30 instead of 4-30 pm, dan US session pukul 9-30, biasanya pukul 8-30 malam. For the next 6 months macam ini lah. Aku suka timing macam nih sebab kalau market pukul 8-30 pm for example, masa nak sembahyang Isyak tuh kadang nya terfikir, apa lah nasib accounts aku. Akan datang, aku dah siap dinner, market baru bukak.

Walaupun harinih tak produktif tapi aku rasa puas hati jugak sebab banyak knowledge yang aku dapat kat internet, semuanya pasal trading, forex dan cryptocurrencies. Aku check tempat-tempat yang boleh cash kan Bitcoins dan altcoins lain. Selama ini aku cuma guna satu service aje, walaupun rate nya sungguhlah tinggi. Tapi sekarang aku dah tahu a few other Exchangers yang boleh dipercayai, yang boleh kasi rates yang lebih bagus. 

Masalah dengan cryptocurrencies nih, dia tak diregulated, so banyaklah scammers, nak cari reputable exchangers memang a little daunting. Macamana pun as my "collection" of Bitcoin, Bitcoin Cash dan Ethereum keeps growing so aku kena bersiap sedia untuk cari sumber-sumber tempat nak liquidate kan my coins, kalaulah nanti aku rasa nak tukarkan ke cash. Buat masa sekarang mission aku hanyalah untuk kumpul coins tuh, sekali sekala aku ada lah jugak cash kan melalui this one exchanger yang bayar guna PayPal. Dari PayPal aku masukkan ke bank account aku. Dua kali lah kena bayar fees, kan, tapi nak buat macamana, memang gitu cara nya. 

Cakap pasal PayPal, and since duit kat PayPal sentiasa ada, itu yang buat aku sakan shopping kat ebay. Tak ada lah beli benda mahal-mahal, yang paling mahal pun dalam USD30 gitu, selebihnya yang harga just a few dollars. As of today, ada 12 barang yang akan sampai seawal akhir minggu depan, itu yang buat aku rasa excited jer tuh. Pandai aku nih menghappykan diri sendiri, makna nya setiap hari akan ada benda yang aku tunggu dari posman. Aku dah terbayang dah yang setiap hari aku akan tunggu posman kat bawah pokok pisang ekekekeke

Itu jugak yang buat aku macam malas nak ke KL nih, sebab nak tunggu posman tu lah. Sebab dah lama sangat (dah 6 minggu kot) tak ke KL, itu yang aku jadi tak bersemangat tuh. Tak apa lah, aku orang kampung, duduk kampung jer lah, bukan ada apa sangat pun kat KL tuh. Cumanya, akhir minggu depan ada Ijtimak Tabligh kat Markas Masjid Seri Petaling, ada 2 orang Tabligh yang ajak aku pergi tapi aku kata yang aku nak pergi sendiri sebab aku ada di KL masa tuh. Kawan aku yang duduk UK tuh pun nak balik Scotland 18 haribulan, kalau boleh aku nak surprisekan dia kat airport.

Mulanya aku tak nak pergi mengaji malam nih sebab aku macam tak sihat gitu tapi aku nak lepak kat mana? So aku joined lah jugak. A few times Ustaz tuh tegur sebab aku baca putus-putus, biasanya nafas aku tak lah sependek masa mengaji malam nih. 

Tak lama pun melayan Forex malam nih, Bitcoin Cash macam nak naik jer nih, aku suka tuh, kalau both Ethereum sama Bitcoin Cash naik tinggi, itu lagi best sebab aku punya accounts guna those currencies.