Sunday

Saturday30012016

Kejap jer aku melepak breakfast kat warung Mak Dah tadi sebab En Basiron Kaya ada sembang dengan orang-orang kat situ. Sembang juta-juta, tak sanggup aku mendengarnya. 

Belum sempat aku on kan lampu office aku, W, Site Safety Supervisor datang, sambil kata, "Boss, saya ada hal sikit nih, tapi ini antara kita berdua jer lah, ok?" "Pinjam RM 200 Boss, ATM saya tertinggal kat rumah". 

"Eh, ko dapat bonus sebulan kan?", aku tanya W sambil kasi dia duit.

"Dapat, tapi banyak kena potong, entah, saya pun tak tahu potong apa", kata W lagi.

"Itulah, ko selalu sangat ambik cuti", aku kata gitu. 

Bosan sebab tak ada siapa kat office (2 orang staff Kontraktor melepak kat warung, yang Cina masih di KL), aku keluar jalan-jalan ke kedai souvenir. Beli t-shirt 4 helai, nak kasi member yang nak balik Indo, kalau sempat jumpa nanti. Tak kalu, aku pakai sendiri jer lah. Aku selalu gitu, bila aku beli tshirt kat orang, sure akan ada sehelai yang aku terambik untuk aku sendiri. Sebab aku berkenan.

It is confirmed yang minggu depan tak ada site meeting, itu pun puas aku tanya sana sini. Rupanya Arkitek tak cc kat aku sama Kontraktor, email tuh. Sentap jugak aku mulanya, macam tak nak aku tahu jer perkembangan projek yang tak kembang-kembang nih. Gini kalu, aku nak buat tak tahu jer lah pasal meeting MPK Selasa nanti, tak nak merisik khabar, dan tak nak tau apa-apa. Itu diaorang punya kerja.

So melepak kat office aje lah aku, staff Kontraktor pun tinggal 2 orang, sorang dah balik Kota Bharu. Dapatlah a few Juzuks tadi tuh, sekali harung. Aku started dulu tuh 20 hb, maknanya harinih hari ke 11, dah masuk Juzuk 16. Sikit lagi nak sama dengan Juzuk yang aku baca kat rumah. Malu nak mengaku tapi aku mula baca tuh lepas Ramadhan tahun lepas, baru Juzuk 18. Sepatutnya dah khatam sebab sebelum Ramadhan tahun nih, aku kena khatamkan sekali lagi. Aku tahu yang akan datang nih aku terpaksa pulun sikit, sekarang nih aku baca slow sangat, selamba jer. 

Yang kat office nih aku kena buat laju sikit pasal InsyaAllah minggu depan aku nak ke KL, lepas tuh Raya Cina pulak, sure banyak hari yang aku termiss nanti. Yang kat office tuh "senang" jer, dengar dan baca, tapi yang kat rumah, kena baca terjemahannya sekali, itu yang buat lambat tuh. Alasan!!

Aku buat kelainan lagi petang nih, instead of jogging kat buggy track, aku ke hujung projek, kat satu teluk yang bersebelahan dengan Club Med. Kat sepanjang cerun tuh akan dibuat spa nanti, sekarang nih memang kosong tak ada apa. It's more like private beach kat situ, orang-orang yang surfing selalu jugak curi-curi masuk kat situ.

Cuma, nak ke spa tuh kena melalui kawasan pekerja tengah buat rubble wall, aku ingatkan diaorang habis kerja pukul 5 tapi diaorang buat overtime. Rasa macam tak best jer sebab diaorang sure ingatkan aku nih macam kelas sangatlah orangnya sedangkan aku tah apa-apa. 

Mat Salleh yang tengah surfing tuh macam jeles jer tengok aku melepak sorang-sorang kat private beach tuh, aku pun apa lagi, laju jer jogging setempat, lebih banyak peluh dari semalam jadinya.



"Makan kat kedai sana lah malam nih, tukar selera", aku kata kat tokay kedai makan tempat aku makan cheese omelette tuh.

"Tak apa. Tak apa", kata perempuan tuh.

Inilah susahnya, nak ke kedai lain aku terpaksa melalui kedai perempuan tuh. Itu yang aku selalu tersinggah makan kat kedai dia tuh, walaupun makanannya mahal. Nasi putih, ayam masak merah, telur dadar, teh o ais limau, kat kedai lain dalam RM 10 jer tapi kat kedai dia, dia charge harganya RM 17. Cheese omelette, fries, teh ais, RM 13 tapi aku makan benda tuh aje sebab itu aje makanan yang aku boleh habiskan. Kalau nasi, memang tak pernah habis. 

Saturday night, tak rugged lah terus balik rumah, kan? So aku jalan-jalan jer lah menyusur kegelapan. Music, lagu-lagu, karakoe berteriakan dari mana-mana. 

I am a man who walks alone
And when I'm walking a dark road
At night or strolling through the park

When the light begins to fade
I sometimes feel a little strange
A little anxious when it's dark.

Fear of the dark, fear of the dark
I have a constant fear that something's always near
Fear of the dark, fear of the dark
I have a phobia that someone's always there

Iron Maiden - Fear Of The Dark








Saturday

Friday29012016

Awal aku ke office harinih sebab aku nak jadi orang yang pertama sampai. Semalam hujan lebat so aku bimbang kalau ada apa-apa terjadi, itu yang first thing aku buat, pergi check mana-mana yang patut. Tapi, Alhamdulillah, tak ada apa pun, semalam hujan tak lama. 

Ini, sewage tank nih, hari-hari aku check kalau ada movement. Yang jadi macam nih lepas hujan lebat dulu tuh, yang sampaikan reporters, MPK datang tuh. Tapi problem nih isolated case. Yang buat pun bukan main con, tapi contractor lain. Masalahnya, diaorang tak isi air dan pasir dengan cukup, itu yang bila water pressure dari luar lebih kuat, itu yang jadi macam nih. Tunggu masa jer cable yang lain nak putus, lepas tuh mendarat lah submarine nih.


Tengok tuh, dah koyak rabak canvas penutup tanah, kalau hujan lebat, kalau air pasang, sure air laut jadi kotor. Kontraktor nih gitulah, diaorang buat bodoh jer. Mintak-mintak biar hujan lebat, biar air pasang tinggi-tinggi, biar air laut jadi kotor, biar orang kampung komplen, biar JAS, MPK datang. Biar, biar semua tahu. 

Lepas tuh aku tak ke site dah seharian, staff Kontraktor pun sama, semuanya melepak kat office. Boss diaorang, sama dengan geng-geng Cina, ke KL, ada function apa tah. Aku tahu, ada some sort of makan-makan sempena Raya Cina, tapi diaorang kasi alasan lain, so that tak lah obvious yang staff Melayu tak dijemput. Diaorang tak tahu tapi aku tahu.

Staff Konsultant pun tak ada, ada yang dah balik KL, yang dua orang tuh diaorang duduk kat area Kuantan nih, lama dah diaorang balik kampung halaman masing-masing. Aku jer yang kat office setiap hari. Ada aku kisah.

Gwe malah lebih seneng gitu.

Tak ada pun geng-geng Bangla tunggu aku untuk pergi Sembahyang Jumaat, merajuk diaorang kot pasal Jumaat lepas aku lambat. See, Bangla pun suka merajuk.


Petang, barulah aku ke site sekejap, tengok orang buat rubble wall. Aku pergi pun masa diaorang tengah break, senang nak check apa-apa yang tak betul. Kalau check masa diaorang tengah kerja, aku kadang tuh tak sampai hati nak beritahu kat diaorang kalau ada apa-apa yang aku tak berapa berkenan. 

Petang nih aku buat kelainan sikit. Instead of pergi pantai macam biasa, aku jogging kat site aje, aku lari menaiki buggy track, sampailah ke chalet paling atas, VIP Chalet. Semput aku, dua kali berhenti, termengah-mengah dibuatnya. Aku tahu yang buggy track tuh curam tapi selama ini aku cuma jalan kaki aje, itu yang tak terasa sangat tuh. Tapi tadi, nak menghabiskan satu lap yang dalam 500 m tuh, mengalir peluh aku. Biasanya aku jogging kat pantai, tak keluar peluh pun. Oooppsss


Biasanya aku jogging nun kat hujung pantai sana tuh. 

Entahlah akan datang nih, mungkin sekali sekala aku jogging kat site, weekends kot. Lama-kelamaan aku rasa boleh dapat 4 lima pusingan, tadi tuh cuma dapat 2 kali, itupun tercungap-cungap. Yang tak bestnya, Banglas, Indons kat kongsi, diaorang nampak aku. Jadi macam kelas sangat gitu, kan? Aku suka buat benda-benda kat tempat tersorok, biar orang tak nampak.

"Abang kerja apa kat tempat tu?", tanya tokay kedai tempat aku makan omelette, sambil tunjuk arah projek.

"Jaga projek", aku jawab gitu.

"Oooo, Supervisor lah?", dia tanya lagi.

"Ha ah, lebih kurang", aku jawab gitu.

Dulu pernah kawan aku, staff Konsultant, cerita kat aku yang masa dia sembang kat kedai di seberang jalan tuh, Mamat Burger (sedara Kak Long) ada tanya dia, "Yang pakai kereta hitam tu sapa, kerja apa?".

Member aku jawab, "Dia tu lah Boss abang, dekat projek ni dia yang paling besar kuasa".

"Sempoi nya......", Mamat Burger tuh jawab.

"Ha ah, dia memang sempoi", kata member aku.

Friday

Thursday28012016

Aku rasa aku kena buat jadual lah, nak tanda hari apa aku miss berjemaah, hari apa aku tak buat itu, tak buat ini. Aku dah bangun tadi pukul 4, sejam lebih awal dari waktu alarm patut berbunyi, tapi aku tidur semula. Sedar-sedar dah pertengahan Subuh. Kat mana lah silapnya nih?

Lepas breakfast kat office, terus aku ke site. Tak nak tunggu dah panas baru nak pusing masuk site. Dalam sejam kat site, habislah kerja aku for today hehehee. 


So melepak office jer lah. Then datang this Kontraktor punya staff, nak pinjam RM 300 untuk service kereta. Dia nih kalau meinjam, janjinya nak pulangkan esok lusa, dia pinjam pun sebab malas ke Kemaman untuk cucuk ATM. Tapi biasanya, sebulan lebih baru dia pulangkan. 

Bertubi-tubi benda baik datang hari nih. Benda kecik jer lah tapi it's enough buat aku bersyukur, ingat Tuhan. 

Mulanya adik aku, Ida, dia suruh aku check kalau-kalau aku dapat BR1M sebab tahun sebelum nih aku dapat, masa duduk kampung. Bila aku check account, memang betul, dah masuk. Syukur, dapatlah RM 400. Layak tak layak, itu lain cerita, lagipun, bukan aku mintak, adik aku yang isi kan form. Lagipun, tak kan aku nak pulangkan balik duit derma tuh kan? 

Oooo, itu BR1M tahun sebelum-sebelum nih, dibackdatedkan.

Belum pun habis dengan kehappyan dapat BR1M, masuk pulak sub-contractor Soil Nailing, nak kasi angpow. Dia kata semua staff dapat angpow, so aku terima dengan senang hati lah. Tebal angpownya, bila dia keluar aje, terus aku bukak sampul, kira. Ya ampun, syukur puji Tuhan, lumayan gede. 

Terfikir jugak aku, kalaualah projek nih in jalan in full swing, tak ada Stop Work Order, sure banyak dapat angpows dari Kontraktor lain. 

Tak habis aku macam terkedu memikirkan besarnya kuasa Tuhan, Cikgu Amin hantar message kat whatsapp, tanya khabar. Outside of my family, Cikgu Amin nih, dan 2 orang yang lain, adalah orang yang aku suka, respect, sayang, dan bila aku berdoa untuk keselamatan dan kebaikan orang-orang lain, aku akan terbayang muka diaorang. 

Dia nih Cikgu aku masa sekolah rendah dulu, sekejap jer mengajar aku, just a few months. Tapi kitaorang baik sampai sekarang. It's either dia cari aku or aku cari dia. So, happy sangat lah aku bila dapat sembang dengan Cikgu Amin. Tuhan Maha Pemurah, kan? 

Ada lagi a few orang lain yang aku respect, suka, sayang etc tapi Cikgu Amin and those 2 tuh, they came into my life masa aku belajar dulu. 

Lama jugak aku berdoa Zohor tadi, mengucap syukur dengan rezeki yang tak disangka-sangka, sampaikan ada terlintas di hati aku yang aku nih dapat duit BR1M, dapat angpow, "macam nih" aku bersyukur. Macamana lah agaknya kalau aku dapat RM 2.6 billion, tak kan bersyukur takat "macam nih" jer?

Lepas lunch, aku menyusur pantai. Lama dah tak buat gitu, dulu-dulu aku selalu jugak merayau-rayau, menyusur di pantai, sampai ke hujung. Aku pakai topi, so tak lah panas. 

Jom ikut aku jalan menyusur kat pantai, sampai ke hujung.

Ha, dah nak sampai ke depan projek kitaorang. Sikit jer lagi.

Ok, sampai dah depan projek. Dah, jom balik!

On my way balik ke office, terserempak dengan M, staff Kontraktor. Kat sini, aku sorang jer yang ke mana-mana jalan kaki, masuklah site berapa kali pun, aku tetap jalan kaki. Diaorang masing-masing naik motor. M seluk poket jeans dia sambil kata, "Boh, sayo bayar lagi seribu, belen sayo bayar lain kali". Dia hutang aku dah lama dah, dulu ada lah bayar RM 500.

Aku pandang jer M, aku hampir tercakap yang betapa besarnya kuasa Tuhan. Aku tahu yang duit tuh memang duit aku tapi timing tuh yang buat aku rasa macam unreal tuh. M macam pelik tengok aku yang macam tak percaya, sedangkan aku tak terfikir pasal itu pun, aku cuma fikir yang betapa besarnya kuasa Tuhan. Itu aje. Dah lama tuh baru aku tanya M kalau dia ada duit, dia kata dia baru dapat bonus sebulan gaji. 

Best lah diaorang yang kerja dengan Kontraktor, dapat bonus sebulan gaji. Aku, gaji bulan nih entah bila lah dapatnya agaknya. Bulan lepas 14 haribulan baru dapat, tak tahulah aku dari mana Boss aku korek duit sebab payment dari Client dah tak ada dah nih gayanya.

Chairman company projek nih Chairman 1MDB so go figure.

Aku langkah kecik-kecik, jalan slow-slow ke office, sambil baca apa-apa yang patut. Selain fikir yang Tuhan works in mysterious ways, aku fikir jugak yang the last few days semuanya benda yang baik-baik aje jadi kat aku, so aku kena bersedia dengan segala kemungkinan lain untuk hari-hari mendatang. Life cannot be all that roses setiap hari, kan? 

Orang di KL ada meeting dengan Tan Sri petang nih, so aku beritahu Arkitek, to let them know yang MPK ada meeting on Thursday, petang tuh aku akan cuba merisik khabar. After that aje baru hantar surat rayuan, lagi bagus kalau surat tuh either Tan Sri yang sign, ataupun Tengku Arif Bendahara Pahang.

Sebenarnya aku nak merisik samada meeting kitaorang jadi atau tidak, next week. 

Adess, aku terpaksa lari banyak pusingan petang nih. Sebab ada this one Mat Salleh sesat, dia lari-lari macam aku jugak, kat kawasan aku lari tuh. So aku pun kena lah buat macam dia jugak, lari tak henti-henti. Biasanya aku cuma lari a few rounds aje, lepas tuh aku jalan jer a few pusingans. 

Singgah warung Kak Long, aku tak tapau macam biasa, makan kat situ jer. Sekali sekala kena lah ubah cara, tak kalu, predictable sangat aku nih. 

"Baby letih ker, tulah, orang nak picitkan, tak nak", Kak Long mengusik aku. "Malam Jumaat nih", kata Kak Long lagi. Terus aku teringat lagu, Baby, Can I Hold You Tonight (Tracy Chapman / Boyzone)



Ada Majlis Baca Yaasin/Tahlil malam nih, lepas Isyak ada jamuan, so aku ikut sama walaupun aku dah kenyang. Aku bayar sewa rumah kat tuan rumah aku, terus dia kata, "Alhamdulillah, bulih wat bayor api, mahal sunggoh la, seribu pak ratuh", kata Mak De. Aku senyap kan aje lah, untuk 12 bijik chalets yang dia sewakan, murah lah tuh.

Risau jugak aku bila hujan turun, lebat pulak tuh. Habis banjir site kitaorang kalau hujan berterusan. Aku tidur awal jugak sebab Hendrik demam, so tak boleh nak chat pasal "business proposal" kitaorang. Dia nak masuk Siam agaknya sebab tempoh stay kat Malaysia dah nak habis, aku suruh dia terus balik Indo jer, bulan depan masuk Malaysia semula. 

Semalam dia buat lawak, dia kata, "Gwe pengen pulang ke kampung halaman sih, cumannya gwe ga tau halaman berapa"


Thursday

Wednesday27012016

Aku singgah jugak sekejap kat kedai Pak Sahak untuk sembang dengan staff Kontraktor pasal latest update walaupun aku tak minum pun. Aku beli strawberry-flovored milk, untuk breakfast cereal, oats dan kismis kat office. Diaorang memang macam tu routine nya, breakfast sampai pukul 10 pagi yang by the time diaorang ke site,  workers dah ambik 10 o'clock break.

Pergi site sekejap tengok orang buat rubble wall, yang falls under slope protection punya kerja. Aku kena highlight kan term slope protection tuh. Hiks! 

Insaf aku tengok diaorang tuh kerja memunggah batu-batu besar, aku selalu teringat, dan selalu kata kat diaorang yang Bilal Bin Rabah dulu, ditindih dengan batu yang jauh lagi besar dari yang diaorang pikul tuh. 

Aku selalu sembang dengan this group of Indons. Aku rasa, aku rasalah kan, diaorang respect habis kat aku sebab aku cakap Indon dengan diaorang. Lagi satu, bila ada apa-apa yang tak betul, aku akan sound kat sub-con, dan sub-con akan beritahu diaorang. Aku tak marah-marah, aku cakap slow-slow.

Lagi satu, aku kerap jugak belanja diaorang, kadang tuh bila aku tengok banyak aje tembikai kat kedai Pak Sahak yang macam tak habis aje, aku tapau semuanya, kasi kat Indons tuh.



Lepas lunch I had the office all to myself sebab 2 Consultant staff tuh balik. Sorang tuh nak ke KL esok, for 3 days. As long as aku ada kat office, or at least ada wakil Consultant, aku tak kisah langsung diaorang nak datang kerja ataupun tak. Sebab orang tak tanya apa-apa pun pasal diaorang. 

Whatsapp group pun sunyi sepi lepas perang semalam tuh, gencatan senjata gamaknya. So memang rileks habislah aku, hampir terlena dibuatnya tapi dapatlah 2 Juzuk harinih. 

Masa nak ke pantai, biasalah, singgah laundry sekejap ambik pakaian. Sekarang nih aku hantar laundry every other day, semalam cuma hantar 2 towels, satu baju Melayu, satu tshirt. 

'Cik nih banyak towels, tiap kali hantar, mesti kaler lain', kata laundry girl tuh.

Baru aku terperasan yang aku memang banyak towels, ada at least 10 helai semuanya. Alah, duduk tepi pantai, memang kena ada banyak towels. Tapi, terfikir jugak aku yang itu melambangkan character aku sebenarnya. Yang aku nih pemalas dan suka ambik jalan mudah. Kadang tuh aku terlupa nak bawak towel, so, instead of patah balik ke rumah yang tak jauh mana pun, aku beli towel baru. Itu yang terjadi banyak towels aku tuh. Macam jugak payung, aku ada 5 kaki payung. 2 dalam kereta, 2 kat office, 1 kat rumah. Kalau hujan turun, aku beli payung baru, sebab biasanya aku memang tak bawak payung. Katalah masa tengah melepak kat kedai Pak Sahak, hujan turun. Orang lain akan tunggu sampai hujan berhenti tapi aku terus aje ambik payung kat kedai sebelah, beli, dan balik.

Aku nih cam tuh orangnya. 

Aku nak masuk kereta, terpandang pulak En Basiron, orang paling kaya kat Cherating Lama nih, dia tengah melepak minum. Dia beria ajak aku minum, aku nak ke pantai. Tapi bila difikirkan, what do I have to lose kalau sembang dengan dia, dan pantai tuh tak akan hilang ditelan ombak, so aku join dia minum. 

Dari dulu lagi aku perasan yang dia nih suka dipuji kekayaannya, ada dekat seratus chalets dia sewakan kat orang. Dia banyak jugak tanya pasal projek, pasal tanah yang dia jual (RM 2.5 mil for 2 acres) baru nih, yang dah kitaorang pasang hoarding. Susah bercakap dengan orang kaya nih sebab diaorang fikirannya ke lain all the time, sentiasa di awang-awangan. 

So tak ke pantailah aku akhirnya, aku terus aje balik rumah. Ada banyak masa so aku buat benda yang biasanya aku buat antara Maghrib dan Isyak. 

Lama jugak aku lepak kat kedai makan, biasanya habis aje makan, terus aku blah. Tapi tadi tuh aku lepak lama, sesambil berwhatsapp. Dengan Hendrik sama Ibnu. Cadangnya nak tempel jer chat aku sama diaorang tuh kat sini, malas lah pulak. 

Kalau korang perasan, kali ini macam tak banyak characters dalam blog aku, kan? Biasanya banyak. So far nama real yang aku selitkan dalam entries aku, cuma Kak Long, Pak Sahak, Hendrik, Ibnu dan En Basiron. Watak-watak utama, orang sekeliling, member sekerja, staff projek, aku tak sebut pun nama diaorang. Aku tak mention pun dengan detail, semuanya aku sebut in general. Sebenarnya aku tak nak cerita pasal diaorang sebab kalau aku mula cerita satu persatu, aku akan jadi tak comfortable gitu. Manalah tahu lambat laun diaorang terjumpa blog aku, kan? I have no idea macamana diaorang boleh tahu FB aku, even Bangla kat site pun tahu, itu yang sekarang aku set kan privacy level. 

Every now and then aku check statcounter blog-blog aku, aku sengih jer bila tengok ada yang korek entries lama, blog-blog lain. Nak mencari akar umbi lah tu. I have no idea sapa yang baca blog nih, I don't want to know who pun, cuma apa yang aku dapat buat kesimpulan, kebanyakan pembaca blog nih semuanya repeat offenders. 

Study me as much as you like, you will never know me. For I differ a hundred ways from what you see me to be. There! 

Wednesday

Tuesday26012016

Sejak semalam angin kencang tak henti-henti, menyeramkan kadang tuh. Sebelah office kitaorang ada satu pokok yang dah mati layu tapi masih utuh berdiri, yang tak ada sapa yang ambik kisah pun. Kecuali harinih bila masing-masing kata yang kalau pokok tuh tumbang, habislah office kena hempap. Bila ranting gugur jer, masing-masing mula panik. Tapi, bagi aku lah, pokok tuh tak akan tumbang sebab rapat sangat dengan office dan hoarding. 

Awal pagi (dalam pukul 10) aku dah pergi site, air pasang, itu yang aku saspen sikit tuh. Sampai betul-betul kat depan hoarding kat Beach Club. Aku tengok-tengok jugak kalau-kalau ada air lumpur yang mengalir ke laut. Nak harapkan staff Kontraktor untuk check benda-benda gitu, buang masa aje. 

Since ombak kuat, ramai orang yang surf, ada aku ternampak one of the surf coaches. Aku nak buat baik dengan dia nih, selalu jugak terserempak dengan dia masa breakfast. Tapi, aku takut dia kata yang aku nih kampung sangat, macam katak bawah tempurung gituh. Ialah dia nih terlebih Mat Salleh, pakai subang kat both ears. Lagipun dia nih polyglot, he speaks a few languages. Cumanya perkataan yang sama jer yang keluar dari mulut dia, cakaplah Spanish, French atau German. Balik-balik wunderbar, ahso, richtig, oui, que pasa etc. Itu jer yang dia reti. Yang buat aku meluatnya, dia cakap kuat-kuat sampaikan orang surround dia tabik sangat kat dia tuh.

Itu yang aku rasa yang life nih macam tak fair gitu, sebab aku yang 2 tahun belajar French kat Alliance Fran├žaise Jalan Gurney, 2 tahun belajar German kat Goethe Institut Jalan Langgak Golf, orang tak tahu pun. Setahun lebih jugak aku belajar Spanish kat Instituto Cervantes, New York, dulu kan? I have all the ingredients untuk buat orang respect kat aku but I choose to keep quiet, aku lebih suka tengok orang.



Macam ngeri jer tengok kedudukan chalets tuh kan? Piling nya up to 20m deep sebenarnya. Base untuk rubble wall dah buat so seterusnya pasang batu-batu.

Lepas tuh melepak kat office jer lah sampai Zohor. Best sorang-sorang gini nih. You see, I don't hate people. I just feel better when they are not around. Aku pergi lunch kat warung di bawah nih pasal tadi terserempak dengan tokay warung masa breakfast, "dok maghi doh keda kiter", dia kata gitu. Dulu memang at least sekali seminggu aku ke warung dia tapi aku rasa dah 3 bulan lebih aku tak ke sana. Sebab kalau nak ke warung dia, kena bawak kereta, tak jauh tempatnya tapi tak conducive untuk jalan kaki.


Terlama aku kat warung tuh sebab ralit 'tengok' Boss aku sama Client punya Project Manager 'gaduh' kat whatsapp group. Masing-masing menyalahkan the other. Orang lain semuanya senyap, tak berani bersuara. Boss aku kat Kuantan harinih, buat submission on his part. Dia nih biasalah, bila buat apa-apa hal, terus dia kata yang everything's solved. To him, buat submission tuh dah kira macam menyelesaikan masalah sedangkan submission tuh entah-entah kena reject. Pernah dulu macam tuh jugak, submission kat IWK, sampai sekarang tak settle lagi masalah tuh, yang berkait jugak dengan general submission to MPK sekarang nih. 

Memang teruk bergaduhnya, kalau perempuan lah yang gaduh, dah siap tarik-tarik rambut, siap carut-carut, ludah-ludah lagi. Aku geram jer nak menyampuk, nak kata, "Boss, it's better to keep quiet and let people think you're an idiot than speak up and confirm it"

Masalah yang diaorang gaduhkan tuh sebenarnya ada penyelesaiannya, macam yang MPK Officer ceritakan kat aku semalam tapi aku tak nak menyibuk sebab itu bukan kerja aku, walaupun aku dah beritahu Client dan Arkitek semalam. Aku cuma observe jer diaorang bertekak. Minggu depan aku beritahu Client sama Arkitek, sebab meeting pasal projek kitaorang nih Selasa minggu depan. I was asked by them untuk tak ceritakan apa yang aku tahu tuh kat my Boss. 

You see things. You keep quiet about them and you understand - The Perks Of Being A Wallflower

Sejak zaman angin kencang dan ombak kuat nih, macam tak ada orang langsung kat pantai. Kat area yang biasanya ramai orang. Kat kawasan orang surf tuh, kat depan projek kitaorang, kat situ memang orang semakin ramai. Tapi, kat kawasan lain macam deserted. Biasanya jumpa lah seseorang dua masa aku jalan menyusur pantai ke section aku tuh tapi sekarang nih aku sorang-sorang jer. Itu yang buat aku suka tuh.

Selalu aku pelik, day in day out aku ke pantai, tak bosan ker? Tak, sikit pun tak memboringkan. Sesambil berlari, berjalan tuh aku boleh nyanyi lagu Hello (Adele) kuat-kuat, aku senyum sorang-sorang bila dengar lagu Black nih. Dua-dua lagu nih lagu wajib dengar aku. 



Lepas Isyak ada small jamuan untuk budak-budak mengaji. Aku tak join pun makan sebab aku tak join diaorang masa diaorang mengaji, lagipun aku tengok makanan tuh macam sikit jer, takut tak cukup. Budak-budak tahu lah kan, kalau diaorang menyenduk makanan, sampai penuh pinggan. Itu yang bila one of the Jemaahs panggil-panggil aku ajak makan, aku buat tak dengar aje, aku terus jalan balik rumah, sesambil garu-garu bontot untuk menunjukkan kerealan yang aku tak dengar dan tak perasan panggilan tuh.

Tekun sangat aku chatting kat whatsapp dengan Hendrik masa dinner sampaikan aku tak sedar yang member office (yang tak pernah hinggap kat office/site) ada kat kedai di seberang jalan. Bila nak balik baru ternampak Merc dia. Dia pakai Merc ko, beli guna duit EPF dia yang hampir setengah juta tuh. Gitulah separuh orang yang dah pencen, siang tidur, malam melepak sampai awal pagi, mencari mariposa de nuit.

Since aku jarang jumpa dia, aku singgahlah sembang-sembang pasal kerja, menceritakan status sekarang. Aku suruh dia stand by sebab minggu depan aku nak ke KL. Cuma belum tahu hari apa. Macam nak ada meeting pulak minggu depan nih, aku nak convince orang KL untuk tak payah buat meeting before Chinese New Year. Nak meeting apa nya kan, projek dapat Stop Work Order. 


Tuesday

Monday25012016

Walaupun semalam lambat tidur tapi selamba aje aku bangun masa alarm berbunyi, lebihkurang sejam lepas aku tidur tuh. Dan lepas Subuh pun sejam setengah jer aku tidur, sedangkan aku ingatkan harus lah dalam pukul 10 baru bangun. Aku suka bila ada peningkatan kerajinan macam nih, dulu pernah jadi rajin, pastuh tah mana silapnya, terus merundum. Nasib baik cepat sedar.

Sempat minum jer sebab makanan dah habis, sesambil tuh sembang dengan staff Kontraktor kat warung. Staff Konsultant ada 2 yang datang, datang separuh hari jer lah. Best jadi diaorang, boleh datang sesuka hati, tak ada tanggung jawab besar.


(Masa mula sampai Cherating dulu, aku selalu pelik bila tengok perempuan-perempuan bertenggek kat warung dari awal pagi sampai warung tutup. Aku selalu teringat kat Makcik Bloggers)

Aku terus aje lah ke site, nak tengok kerja buat base of rubble wall, nak diconcrete secepat mungkin. Hujan turun renyai-renyai, jalan jadi becak sebab sejak semalam hujan turun yang walaupun sekejap-sekejap tapi banyak kali turunnya. Aku terperasan yang crack kat tanah kat slope turun ke Beach Club semakin besar, Jumaat lepas aku dah beritahu Site Safety Supervisor, suruh dia buat something. Kalau air masuk kat situ, lama-kelamaan crack jadi besar, last-last slope tuh runtuh. Tapi dia degil, jenis yang bila kita suruh buat, dia dok ambik gambar, sambil kata, "ok, nanti saya beritahu diaorang". So tadi tuh berasap lah jugak aku bila dia kata dia dah beritahu Cina Kepala, dan Cina tuh kata tak bahaya. Diaorang nih jenis nak tunggu accident jadi, baru diaorang nak repair. Lantaklah, aku dah beritahu 2 kali. 

So aku masuk one of the chalets, untuk mententeramkan hati aku yang panas tuh, aku tengok dari kejauhan jer. Tak sempat aku nak rileks, aku ternampak dua orang asing tengah ambik gambar. Aku nak pergi check, rupanya orang MPK. Mampos, kata aku dalam hati. 

Terus aku whatsapp ke group. Memang macam tuh, tiap kali Authorities datang, atau kalau ada hal penting, aku buat live report, biar orang di KL tahu. Aku lupa pulak harinih KL cuti Thaipusam.

Officer yang datang tuh dari Bahagian Bangunan, Unit Projek Tanpa Kelulusan, dia pernah datang site tapi lama dulu. So dia tak berapa tahu pasal Stop Work Order yang kitaorang terima tuh, dia datang cuma untuk tengok keadaan site, dan ambik gambar untuk meeting berkenaan kelulusan projek. So bila dia tanya, apa pasal masih ada orang kerja sedangkan dapat Stop Work Order? 

Senang jer aku menjawabnya, masa dikasi order tuh dulu, Ketua Bahagian MPK tuh ada beritahu yang kerja-kerja pembaikan slope kena diteruskan, so semua kerja-kerja yang berjalan kat site sekarang semuanya falls under that category, slope protections. 

Sesambil tuh aku bermain mata dengan sub-con, dengan Kontraktor, suruh diaorang stopkan Indons yang buat kerja-kerja lain. So basically kerja-kerja bangunan memang tak ada, kitaorang nih menurut perintah, orang suruh berhenti kerja, kitaorang tak kerja. Dan kitaorang protect betul-betul apa-apa yang perlu diprotect tuh i. e slopes. 

Tengah bersembang dengan Officer tuh, Contractor punya Construction Manager datang, sama dengan SubCon. Bila aku suruh diaorang repair crack kat permukaan slope tuh dan diaorang kata, itu tak apa, tak bahaya, menyirap lah darah aku. Aku tengking kan aje, aku kata yang tak kan nak tunggu slope tu runtuh baru nak direpair. 

Kenalah tunjukkan belang sikit depan-depan orang berkuasa, kan?


And so Officer tuh ceritakan kat aku apa step yang kena dibuat selanjutnya untuk dapatkan kelulusan rayuan projek. Hmmm, aku nak keep this to myself ker atau nak beritahu orang di KL? Information yang sangat berharga.

Aku, walaupun kadang tuh macam siding dengan Kontraktor tapi sebenarnya aku berpaling tadah jugak. Kontraktor, tau aje lah kan, semuanya nak squeeze orang aje. So basically, without giving much details, Arkitek (sebagai Superitending Officer) dan Client, diaorang tahu what's going on at the site, thanks to me lah kan, yang walaupun aku promise them the Contractor to keep my big mouth shut.

Aku nih transparent punya orang, aku cantas siap-siap sapa-sapa yang suka main politik. 

Lepas orang MPK balik, jadi satu kerja pulak nak explain kat Arkitek, kat Client, jugak kat Consultant staff lain. Biasanya gitulah, masing-masing akan either call atau message aku. Bila aku cerita pasal "good news" (jangkamasa Stop Work Order yang masing-masing has no idea berapa lama) dan apa yang perlu dibuat untk lift kan order tuh, kitaorang janji untuk tak beritahu Boss aku. Sebab kalau Boss aku tahu, dia akan buat kerja sambil lewa, dia akan tak buat apa-apa submission yang dia janji nak buat. Boss aku memang terkenal dengan temberangnya, tak ada sapa dah yang percaya kat dia. 

You know, some people are so full of crap, they could pass for a toilet.

Consultant staff dua-duanya balik before lunch, so sorang-sorang aje aku pergi makan. Membawak ke Asar, aku sorang-sorang kat office, buat apa-apa yang patut. Aku rasa macam best jer bila mengenangkan yang Client, Arkitek, diaorang berharap pada aku untuk dapatkan maklumat seterusnya. Kalau bukan masalah gaji, kerja kat sini dah ok sangat dah. 

Tak lama aku di pantai, mulanya sebab angin kuat sampaikan nak terbang aku dibawak angin. Then hujan turun. Singgah kejap beli burger for dinner. Susah hidup aku, kena saksama. Kat sini banyak kedai makan so aku gilir-gilir makan kat setiap kedai. Tengahari tadi pekerja kedai Pak Sahak asyik meningatkan aku suruh singgah kedai burger diaorang jer. Sedangkan patutnya malam nih aku ke kedai yang ada jual cheese omelette sama fries tuh.


Monday

Sunday24012016

Makin lambat aku ke office. Mungkin sebab harini Sunday so aku tak rasa macam aku kena tergesa-gesa. Lambat ker, cepat ker, I am giving myself half hour untuk buat benda-benda yang sepatutnya aku istiqomah buat dari dulu lagi. Aku nak ambik ikhtibar kisah Datok Qu Puteh tuh, I read somewhere yang dia banyak buat solat sunat. Banyakkkkkkk. So aku fikir, sedangkan dia yang terpaksa nak kikis bertan-tan make-up tebal tuh boleh buat solat sunat, apatah lagi aku, kan? 

I know yang this is berbaur sarcasm yang menusuk kalbu, tapi, I have very high respect for her kalaulah betul, con todo mi coraz├│n lagih. Sapa lagi yang nak aku jadikan contoh dan ambik ikhtibar?  Dia tuh? Atau yang ituh? Now, don't get me started!

Lawak aku nih kan? If I'll be funnier than this, I'll become a joke ekekekeke

Kalau semalam muram, layu dan kuyu, harini double whammy. Sorang jer staff Kontraktor yang Melayu, dan 3 staff Cina tuh, main cards dari sejak aku sampai. So tak ada geng nak diajak pergi makan. Dan aku tertinggal earset kat rumah, dua-duanya sekali. Aku memang ada 2 earsets, kebanyakan benda yang ada kat rumah, memang ada kat office. Kecuali katil, tilam, bantal dan selimut. Cuma semalam tuh aku terbawak balik headset tuh, so tak bukak Youtube lah aku harinih. Rugi jer sebab ada waktu. 

Macam dah tak teratur dah jadual makan aku sekarang nih, lunch semakin lambat, simply sebab breakfast lambat. Lepas lunch aku balik rumah, jalan kaki jer. 4 orang yang tegur aku, semuanya tanya pasal kereta, that's beyond me lah.
  Pah keto mmano?
  Ado di office.
  Nok gimmaner? Jalang kaki?
    Balik rumoh jak, ambik barang.
   Jalan kaki jer? Kereta mana?
  Ada kat office, saja jer jalan, biar lambat sampai.
Nak ke mana, mana kereta?
Balik rumah jap ambik barang. Kereta ada kat tempat kerja.

Sepatutnya ada inspection yang aku kena buat sebab esok nak buat concreting dengan jumlah yang banyak tapi sebab panas, pagi esok jer lah aku check. Told the Contractor untuk siapkan apa-apa yang patut tuh cepat sikit, jangan buat sikit-sikit, buat sekali harung. 

The rest of the day tuh kat office, sesambil sembang dengan my Indon friends kat whatsapp. Seriously, I feel at ease sembang dengan diaorang nih, aku pun tak tahu apa pasal. Aku tak ada pun sembang dengan Malaysians, ada lah sekali sekali Malaysians tegur aku tapi just a few ayats. Mungkin sebab they "know" me, melalui blog. Atau baru nak kenal, melalui blog jugak. 

Tapi dengan Indons nih, aku boleh chat dengan diaorang like forever. Aku selalu tanya member aku, apa pendapatan diaorang pasal Malaysians? Semua kata yang Malaysians nih hipokrit. Biasanya cepat jer aku ia kan. Oooppsss

Dalam sejam jer aku kat pantai petang nih walaupun best jalan-jalan, lari-lari sikit, air surut so pantai jadi luas. Aku tak cadang nak mandi sebab bila surut, air macam kotor gitu sebab dia tarik pasir. Tapi sebab aku rasa nak terberak sangat, terpaksalah turun jugak ke laut. Oooppsss.

Eleh, kat pantai depan Beach Club kitaorang tuh banyak used condoms yang berterabur, itu lagi lah tak senonohnya kan?

Kuat ombak, sampai terlondeh-londeh seluar aku. Aku fobia sikit bila ombak besar nih, aku selalu terbayang tsunami. Dengan kehidupan kat persekitaran aku di Cherating nih, aku rasalah kan, kalau tsunami datang, kat sini lah tempat yang "sesuai". Bukan apa, dulu ada aku tanya Ustaz tuh, "orang-orang Tabligh tak kan tak pernah datang buat Usaha kat sini?". Ustaz tuh kata yang orang Tabligh pun "surrender". 

Ahad, so singgah kat warung Kak Long untuk tapau Nasi Air. Kak Long nih ok jugak sebenarnya, kalau ramai orang-orang veteran, dia tak mencarut. Tapi kalau diaorang tak ada, dia mudah sangat latah, selalu sangat ada benda yang jatuh kononnya, sambil kata, "aduh burit kau!", "mak, burit aku". Itu belum termasuk sexual inuendos dia lagi. Aku rasa kalau kat US, kaya kitaorang sebab dapat claim dari sexual harrasement dia. 



Sejak petang angin kuat, pastuh hujan sekejap. Pastuh berhenti. Then hujan lagi. Rasa macam nak hujan lebat jer dalam masa terdekat nih. Aku tak boleh tidur, sampai pukul 4 aku masih tergolek-golek di ranjang. Ga tau knapa sih, pusing gwe. Gwe gada mikirin bukan-bukan.


Sunday

Saturday23012016

Sekarang nih pergi kerja pakai ikut dan aje, tiap hari dah aku pakai track bottom, tshirt aje. Tak payah nak beria sangat pakai jeans bagai. Pergi kerja (or rather pergi office) pun dalam pukul 10. Dan selalu jugaklah makanan for breakfast dah habis, minggu nih aku tak makan kat Warung Mok Dah walaupun sekali, sebab setiap kali aku pergi, makanan dah habis. 

Mungkin sebab weekend, tapi harinih dari awal lagi aku dah rasa macam kemuraman, kebosanan yang tak terhingga. Aku memerap kat office aku sorang-sorang. Staff Consultant lain memang tak ada datang. Staff Kontraktor yang Melayu, diaorang berlima berkumpul memerap kat office diaaorang. Staff Kontraktor yang Cina, diaorang main cards dari pagi sampai ke petang. 

So basically aku tak buat apa, cuma sekali jer ke site, meninjau-ninjau apa yang boleh ditinjau. Ada jugak aktiviti kerja sebenarnya tapi kerja-kerja utama memang tak ada. Kerja-kerja yang berkaitan dengan slope protection memang ada jalan, infact semakin giat pulak. Kalau ada mana-mana Authorities yang datang, kitaorang tak kisah, we have answers nanti tuh. 


Dibalut elok jer bahagian-bahgian yang diberhentikan kerjanya kat Beach Club. Mungkin sekejap, mungkin lama. 






Nak buat rubble wall kat hujung tuh. Ini pun package under 'remedial and slope protection works'. Alasannya lah kan? Oooppsss


Kebetulan pulak kat depan projek kitaorang lah tempat yang paling cantik untuk surfing. Tokay surf school mana lah yang selalu komplen yang bukan-bukan pasal projek kitaorang kat MPK tuh? Aku tau yang mana satu. Yang terlebih Mat Salleh tuh.

Punyalah banyak masa, aku dapat dengar, ikut baca 3 Juzuk harinih. Dekat 3 jam tuh. Dan aku ada jugak mengingatkan staff Kontraktor yang since kita sekarang ada banyak waktu terluang, might as well penuhkan dengan buat benda yang berfaedah. Tuhan uji kita dengaan waktu. Daripada tengok porn, bukaklah Youtube ker apa ker, cari benda bermanafaat yang lain. 

Bersemangat jugak aku kat pantai harinih, mungkin sebab pantai luas jadinya sebab air surut, so aku ada banyak kawasan untuk lari-lari. Walaupun I end up running in circles. I live in my own little world kan?. But that's ok, they know me here. Lagipun, aku macam James Bay jugak,

So come on let it go
Just let it be
Why don't you be you
And I'll be me
And I'll be me



Since malam nih Saturday night, aku keluar makan walaupun mulanya tadi nak tapau aje, masa balik dari pantai. Aku suka mengewaste time jalan slow-slow gitu, bagi aku, time you enjoy wasting is not wasted time.

Damn, every where I go I cut a lonely figure, kan? Damn! Damn! Damn!

Rasa macam tak ada apa nak tulis kat blog dah nih, tapi aku kena tulis jugak. I write to taste life twice, in the moment and in retrospect. Lagipun I write to give myself strength. I write to be the characters that I am  not. I write to explore all the things I'm afraid of. 

Oooo gitu. Ya udah.



Saturday

Friday22012016

Aku bangun lambat pagi nih, aku lepak dulu lepas Subuh, dah pukul 7 baru aku tidur semula. Sedar-sedar dah 9 pagi. Sejak malam semalam hujan turun sekejap-sekejap, tak lebat tapinya.Sampai office pukul 10, terus aku ke kedai sebab semua tengah tunggu kat situ.

Elok jer teh sampai, JAS (Jabatan Alam Sekitar) talipun, diaorang dah ada kat site. Dang, what else do they want? Terus aku ajak Site Safety Supervisor temankan aku. JAS datang just nak tengok keadaan site. Aku ok dengan sorang Officer yang satu tuh, tapi dengan Officer baru (yang suruh aku tunggu dia kat Residence Inn dulu tuh), aku kurang sikit. Penyapu baru lah katakan, first time dia masuk site kitaorang, so banyak benda yang ditanya.

Aku ingatkan lepas buat site visit, diaorang teruslah balik sebab hari kan ker Jumaat? Rupanya diaorang ajak buat assesement kat office. Ok, aku boleh layan lagi. Tapi bila melarat-larat sampai 12 lebih, aku dah bengang. Ditambah pulak dengan dokument-dokument yang dimintak yang tak ada kat tangan aku. 

See, projek nih ada Enviroment Consultant nya sendiri, sepatutnya deal dengan diaorang lah. Tapi sebab aku yang kat site, JAS mintak dari aku, itu yang sepanjang diaorang brief apa-apa yang patut, aku pun sibuk mengWhatsApp sesiapa yang patut.

Aku dapat kebenaran ambik gambar diaorang nih

Ngam-ngam pukul 1 baru selesai, itupun aku cakap yang aku nak pergi sembahyang and if you need anything, come back after 3. Aku kalau dah bengang aku cakap Inggeris. Yang datang hari Jumaat tuh apa pasal? Biasanya datang lepas lunch. 

Kesian kat Bangla yang tunggu aku untuk tumpang pergi masjid, diaorang biasanya tunggu aku awal. Agaknya diaorang tumpang orang lain. 

Badang aku rasa macam tak sihat jer petang nih. Lenguh-lenguh gitu. Sebab kena hujan tadi kot, tambah pulak tak breakfast, lunch pun lambat. So aku melepak office jer lah sorang-sorang.

Hari pun mendung macam nak hujan, so aku tak ke pantai. Seseminggu dua nih asyik mendung aje petang-petang, tapi hujan tak turun jugak, kecuali semalam dan tadi. Aku rasa, sekali hujan turun nanti, sure lebat. Aku nak hujan lebat selebat-lebatnya, aku nak tengok apa akan jadi. Sekarang nih tak hujan, memang cantik, lawa dan bersih aje site kitaorang. 

Ginilah keadaan meja aku day in day out, tak berganjak kertas-kertas, documents, files etc. 

Dah lama tak belanja Kontraktor staff, so petang nih ajak diaorang minum, aku tapau roti sardin untuk makan malam, tak ada selera aku nak makan. Bukan aku nak komplen tapi some people nih kan, kita nak belanja dia tapi dia ambik kesempatan tuh tapau untuk anak bini dia. 

Bodoh jer aku malam nih, dengan badan tak sihat, WhatsApp pun senyap jer. That’s the reality of getting old, and I guess that’s really the crux of the matter. Lama tuh baru aku terperasan yang harinih aku tak bukak Youtube, patutnya Juzuk 3. Tak apalah, esok.

Friday

Thursday21012016

Malam semalam aku sakit perut, membawak ke pagi. Bukan sakit perut nak terberak yang terpaksa berlari sambil pegang bontot tuh, bukan! Ini sakit perut yang rasa macam nak terberak tapi tak ada apa yang nak berakkan. Lima nam kali keluar masuk bilik air. 

Itu yang aku rasa aku nih dibayar cash sebab keceluparan mulut aku, kan ker kat blog entry di bawah tuh aku cakap pasal taik di jubur jer kan? Ha, padan muka aku!

Aku selalu gitu, selalu dikejar bayang-bayang sendiri. Bila ada jer benda buruk menimpa, apa-apa yang tak bagus, aku akan cuba ingatkan kalau-kalau ada benda yang aku tersalah cakap, tersalah buat. 

Macamana pun aku suka jadi macam tuh, sebab semuanya akan mendekatkan diri aku dengan Tuhan. Apa-apa yang buat aku ingat Tuhan, kebesaran dan kekuasan Tuhan, I'm game.

Kuat semangat aku untuk tak breakfast kat luar harinih, walaupun aku singgah jugak sembang-sembang dengan Kontraktor, jugak Consultant staff yang dah lama tunggu aku. Aku beli susu, then breakfast kat office.


Aku sorang jer Consultant staff harinih, yang lainnya tak nampak muka. Sorang dah balik KL tadi, sorang tuh ada bengkel kereta, sorang lagi mungkin sibuk sebab anak nak kawin. Aku suka kat office sorang-sorang, bebas buat apa aku nak.

Dekat pukul 12 baru aku ke site, itupun pekerja dah tak ada, masing-masing dah balik ke kongsi. Kerja aku sekarang untuk memastikan semua yang berlaku dan yang tak berlaku kat site, semuanya tuh didocumentkan dengan baik. I know yang this is going to be messy nanti so aku kena buat betul-betul.

Petang aku tak ke mana-mana, kat office jer. Staff Kontraktor pun sama, semuanya melepak kat office memasing, online. Kalau tak ada internet sure mati kutu kitaorang. 



Aku ke pantai as usual, tapi pukul 6 lebih sikit aku dah balik. Sebab nak ke warung Kak Long. Setiap Khamis dan Ahad aku akan singgah di situ sebab hari tuh aje ada jual Nasi Air. Memang best, tak pernah aku jumap Nasi Air sesedap itu. 

Walaupun harinih macam tak ada apa-apa pun tapi aku rasa hari aku berisi dengan benda-benda berfaedah, aku rasa macam "tak cukup" waktu aje, sedar-sedar dah malam, waktu untuk tidur.