Friday

Khamis - 27062013

Aku tak ke mana-mana pun pagi nih, lepas breakfast aku memerap kat apartment aje, seronok jugak duduk sorang-sorang nih, sunyi sepi. Aku rasa aku dah dapat tune lama aku, dulu aku macam nih jugak, melepak sorang-sorang.

I'm such a lonely old fart, kan?

Aku dah tak terfikir nak keluar jalan-jalan, tak ada apa nak ditengok pun, benda yang sama aje. Satu perbezaan nyata yang aku notice bila duduk di KL nih, dibandingkan bila duduk di kampung. Kalau di kampung, apa yang aku fikir hari-hari, cuma lah pasal kacang tanah aku, pasal tanaman aku. Tapi di KL nih, aku banyak berangan, banyak bercita-cita. 

Tak payah lah aku tulis apa angan-angan aku, cukup sekadar aku beritahu yang semua tuh boleh aku capai, kalau aku decide nak duduk KL, bila aku dapat duit nanti. 

Aku rasa beberapa hari aku di KL nih dah cukup buat aku fikir, apa yang aku nak decide nanti, samada nak teruskan duduk di kampung atau nak balik semula duduk KL. Ada pros and cons tersendiri. Insyaallah, time will tell. 

Aku ke UOA Bangsar untuk lunch sama Angah & LB, kat Joesph's Kitchen. Aku kalau nak makan fish 'n chips, memang aku ke situ, jauh lebih sedap dari yang kat Manhattan Fish Market. 

"Ko pakai macam orang nak ke kebun", kata Angah.

Kalau orang lain cakap macam tuh memang aku sentap tapi dengan dioarang nih, cakap apa sekali pun, kutuk lah macamana pun, tak akan aku terasa pun. Aku pakai track bottom, tshirt hitam, then pakai baseball cap. Memang gaya macam nak ke kebun, kan? Ekekekke

Petang pun tak ke mana-mana, lepas Asar aku ke Pasar Malam, then sembang sama member kejap. Aku tak tahu yang dia tak ada Kelas Mengaji malam nih, tu pasal dia balik awal. Rasa macam duduk kampung lah pulak, lepas Maghrib ada Bacaan Yaasin, jauh lebih meriah dari di kampung. Itu yang aku terfikir, aku boleh sebenarnya duduk di tengah-tengah KL tanpa buang nilai-nilai murni kehidupan kampung aku. 

Wednesday

Selasa - 25062013

Dah dekat tengahari jugak baru aku keluar dari sarang, melepak kat bilik jer sepagian. Makin teruk jerebu, so aku tak ada lah rasa macam nak ke mana-mana sangat. Tapi, dalam tak ada plan nak ke mana-mana tuh, sampai ke Seremban aku pergi lunch.



Aku decided nak terus aje ke Bangsar, tak payah nak tunggu member aku balik kerja lah. So aku sampai kat apartment sebelum Asar, lepas bersih-bersihkan mana yang patut, aku tidur sekejap. Bila member balik kerja, sembang-sembang macam biasa. Malam ni jer dia ada di rumah awal sikit sebab malam-malam lain dia ada Kelas Quran kat Masjid Wilayah. Lepas sembahyang, kitaorang pergi makan.




Tuesday

Isnin - 24062013

Balik dari masjid, singgah KFC jap untuk breakfast. Then terus aje mandi, off kan lampu, cellphone, pasang aircond, dan terus tidur. Sampailah pukul 12 lebih.




Dua tiga hari sebelum aku ke KL nih ada aku janji nak jumpa dengan orang, pembaca blog aku. Pembaca/followers baru. Sebenarnya ada 2 tiga orang yang lain tapi yang 2 tiga orang tuh senyap jer. Aku pun senyap lah jugak, tak kan aku yang beria-ia nak jumpa diaorang kan? Patutnya, diaorang yang nak jumpa, diaorang yang make the effort, kan? So kitaorang jumpa kat kedai mamak di Jalan Pudu, sebab kedai mamak nih bukak 24 hours.







Monday

Ahad - 23062013

Aku rasa aku naik first train ke Rawang kot, train pukul 6 suku pagi, lepas Subuh kat Masjid India. Tak breakfast pun, then ambik teksi ke Bandar Tasik Puteri. Aku sempat melepak sekejap kat pondok depan rumah Tuition Center Teh/Kak Teh tuh, tempat where I used to lepak sama jiran-jiran, masa setahun aku mengajar kat Tadika Balqis dulu tuh. 


Then terus aje lah ke padang Birch, terkejut cikgu-cikgu tengok aku datang sebab setahu aku tak ada siapa pun yang expect aku akan datang seawal itu. Tolong-tolong susun kerusi, pindahkan khemah etc, then bila students/parents mula datang, aku melepak kat students punya tent aje lah, seronok bergurau senda dengan budak-budak nih. 



It was a fun day, sampai pukul 2 aku di sana, makan khenduri sesambil sembang-sembang kat Tadika, most of them suruh aku stay sini for a few more days to catch up on gossip-gossip tapi aku tak bawak barang, lagipun aku tak ada transport nak ke sana sini, kalau tak memang aku nak tidur 2 tiga malam kat tempat lama, kat rumah tempat tusyen tuh. 

Aku sampai KL dalam pukul 4, lepas tidur etc, aku ke Bangsar, lama jugak tunggu member aku balik. Kitaorang makan besar kat Suasana.


Aku blah masa Magnrib, aku janji nak tidur di Bangsar nih malam Rabu nanti, sampailah malam Sabtu. Senanglah aku nak pergi lunch kat Joesph's Kitchen kat UOA Bangsar sama Angah, Razi, diaorang kerja kat situ-site jer.

Lepas mandi etc, aku keluar lagi. Since esok Nisfu Saaban, aku plan nak iktikaf, tapi kat KL nih aku tak sure kat masjid mana yang boleh iktikaf. The only masjid yang bukak sepajang masa, dan aku pun rasa comfortable dengan suasananya, Masjid Tabligh di Seri Petaling. So ke sana lah aku pergi. 

Saturday

Sabtu - 22062013

Awal pagi aku ke Pekan Sehari, lepas breakfast nasi dagang, pusing kat area tuh seround, tak ada benda menarik, so aku terus balik dan mula menyiram. 

Aku memang perasan yang kacang di depan rumah tuh, di Zone 2, kebanyakannya panjang-panjang. Or rather tinggi-tinggi. Tinggi dan kurus. Mungkin sebab terlindung dek pokok pisang kot, tu pasal masing-masing sampai kurus kering nak mencari cahaya matahari. Dan banyak daun-daun yang kat pangkal pokok kacang tuh dah layu, macam dah ready untuk dicabut aje, sedangkan belum pun berusia 3 bulan, ditanam pun lewat 10 hari dari kacang di Zone 1.

Aku jadi penasaran nak tengok isinya sebab macam mana nak berisi kalau batangnya kurus, kan? And so aku cabut a few batangs, betul tekaan aku, ada empat lima ulas jer isinya. Adess, banyak jugak kacang-kacang yang kurus tinggi macam tuh, maknanya banyaklah yang tak banyak isi. Nasib baik kacang kat Zone lain nampak macam gebu jugak.

Tak tahu lah, apa salahnya hah? Terlebih baja? Ditanam rapat sangat? Atau sebab dulu selalu kena hujan lebat sampaikan kebanyakan pokok kacang tercabut? Apa pun aku redha jer lah, mana yang banyak isi tuh oklah, mana yang tak ada isi tuh, aku bersyukur jugak. Jangan nanti ada orang lain kasi komentar masing-masing dah lah, kan? 

Aku naik bas 9 setengah ke Raub, aku tak ambik pun duit yang mak tinggalkan untuk aku kat atas meja. Mak pun tengah bersiap masa tuh, nak pergi baca Yaasin kat rumah orang sakit. Pui akan balik pagi nih dan bawak mak ke Jerantut, tidur rumah Long semalaman, then esok ke Jengka 8. Then Long akan hantar mak balik. Gitulah keputusannya, semalam tuh kelam kabut jugak dibuatnya, diaorang lah, aku selamba jer tak ambik tahu. Cuma aku api-api kan sikit jer, aku kata yang kena tegas sikit dengan mak nih, kalau tak, mak nak suruh ikut plan mak aje. Dah tahu nak ke Jengka 8, apa pasal nak buat plan-plan yang lain? Itu yang aku tak fahamnya tuh. 

Aku naik bas 10-30 ke KL, aku anggap macam naik Greyhound dari Philadelphia ke New York City aje. Sampai KL pukul 12 lebih sikit, ex-housemate aku tak ada pulak kat Bangsar, dia ada program apa tah kat Bukit Jalil. Kitaorang janji nak jumpa malam nih, aku malaslah terus aje ke Bangsar walaupun aku ada kunci rumah, so aku melepak jerlah. Merayau sana sini. Bosan aku, meletihkan. Dan aku terbeli banyak gak benda. Terbeli kontek lens sebab sejak duduk kampung aku dah tak pakai kontek lens. Dulu bertahun-tahun tak pakai spek, asyik pakai kontek lens jer, ini rasanya nak berbalik ke style pakai kontek lens lah semula. 

Aku terbeli kasut. Aku terbeli baju. Dan yang paling tak masuk akalnya, aku terbeli paip air yang kecik, yang aku sure tak ada dijual di Raub. Lima posen semeter paip tuh so aku kata nak 20 meter (RM 10), Cina tuh kata dia terpaksa kerat paip yang lain, so Cina sorang lagi tuh bawak turun satu gelung sepajang 30 meter. Kecik jer bungkusannya so aku tanya berapa harga, dia kata RM 7. Bengap apa Cina nih, tanya aku dalam hati. Aku tanya da dua kali, dia kata harganya memang RM 7. So aku ambik 2 gelung, 60 meter total. Kalau aku beli semeter-semeter, harganya RM 30 kan? Nasib baiklah muat bag aku untuk isi paip tuh. 

Keletihan, aku messaged member aku tuh, beritahu dia yang aku tak jadi lah nak ke Bangsar malam nih, so aku terus ke tempat aku bermalam masa mula aku sampai Malaysia, lepas di deport dulu tuh. Malam nih sama malam esok aku nak stay kat sini, malam lain aku belum decide nak stay kat mana, mungkin kat Bangsar, mungkin jugak kat Rawang. Atau mungkin terus aje kat tempat nih selama seminggu nih. 

Entah, tak bersemangat jer aku nak update nih, bosan dah aku kat KL nih, duduk kampung lagi best, aman damai dan tenang jer. Kat KL nih macam semua orang "mengejar dunia" sangat. Even kat New York City tak bercelaru macam nih.

Friday

Jumaat - 2106203

"Moh kita ke Raub karang, mak nak beli microwave oven, Puasa dah dekat nih, senang nak memanaskan lauk", kata mak balik dari Subuh tadi.

Aku tak bercadang nak lena lepas tuh sebab hajatnya nak ke kebun awal sikit since pukul 9 setengah kitaorang nak keluar. Tapi bila dah landing tuh, terlenalah pulak aku, siap bermimpi lagi, mimpi aku kat Sports Day kat Tadika Balqis, Bandar Tasik Puteri, Ahad nih. Syok jumpa budak-budak yang aku sempat ajar setahun lepas, dah pandai membaca dah masing-masing tuh. Diaorang semua ingat lagi kat aku. Ada aku tersedar tapi aku sambung balik lena aku tuh sebab sedap pulak mimpi aku tuh. I always try to keep my dream alive.

Sedar-sedar dah 8 setengah, so tak sempat nak buat apa sangatlah, cuma menyiram cili dan mengemaskan garaj tempat aku punya projek tuh. Lintang pukang keadaannya, I'm sure mak mengetip gigi menengok keadaannya tapi nak buat macamana, my project is always a work in progress.

Pelik jugak aku apa pasal Long dah 2 minggu tak balik, kalau Long bawak anak cili, dah tentu semua polybags tuh dah aku susun elok-elok, taklah berantakan sana sini. Ker Long nih hangat-hangat taik ayam jer, dalam banyak-banyak projek yang Long nak buat, projek cili ni jer yang jalannya, yang lain tuh takat jalan kat bibir jer. Bukan macam aku kan, selamba jer sticking to my nuts ekekekek, infact aku nak tanam seluas yang boleh, kali ini. Provided ada cukup benih lah, takut nanti rakus sangat jual kacang sampai lupa nak buat benih banyak-banyak. 

Aku nak banyakkan kasi kat orang jugaklah kacang aku nanti, SarjanK, orang-orang Jabatan Pertanian, geng-geng masjid. Aku nak berkuasa penuh ke atas kacang aku kali nih, aku nak jual ker, nak kasi orag ker, nak buat benih ker, biar aku decide sendiri. 

Kejap jer kitaorang ke Raub, park kereta tepi masjid, terus ke kedai elektrik, tanya harga, bayar dan dapatlah sebijik oven. Then terus balik. Dah nak masuk ke simpang hala ke Sungai Ruan barulah aku rasa macam guilty gitu sebab aku tak tanya pun mak kalau ada apa-apa mak nak beli, masa di bandar tadi. Biasanya kalau ke bandar, mak akan pergi mini-market depan perhentian teksi tuh, at least beli sebungkus Horlicks (as if kat kedai Makcik Milah tak ada jual Horlicks. Oooooo, Horlicks kat kedai Makcik Milah mahal sesposen dua, tu pasal beli kat tempat lain tuh. Oh ok) Itu tempat favorite mak tuh. Tapi, mak pun senyap jer tadi, tak beritahu nak beli apa-apa pun. Aku nih lelaki sejati pulak, nak beli barang, jom beli barang tuh, then terus balik, sebab dah dapat benda tuh. 

"Garaj lawo-lawo mat nyer buat tempat tanang lada?", MatN tanya, masa dia datang nak jemput khenduri di rumah dia petang esok.

UstazM tak ada petang nih sebab ada majlis baca Yaasin, so aku tak ke surau lah. 

Aku ajak Ariff datang ke kebun lepas Asar sebab nak tunjukkan kat dia, apa yang patut dibuat. Aku macam terkejut jugak tengok cara dia menyiram, macam orang tak pernah buat kerja. Pulak tuh, diredah, dipijak aje pokok-pokok kacang aku tuh, tak berambi langsung kerja nya. Pelik kan, aku ingatkan orang kampung macam dia tuh sure reti buat kerja. Bila aku tengok cara dia kerja, dan aku comparekan dengan cara aku kerja, baru aku tahu yang selama ini aku kerja guna otak. Dengan lain perkataan, kerja yang simple tapi kalau tak guna otak, akan jadi rumit jugak. Nampak gayanya aku boleh jadi Pengerusi Kelab GSL lah. GSL, Geng Sekeru Lerh (Loose) ekekekek

Aku kasi Ariff RM 5, walaupun dalam setengah jam jer dia kerja. Dan dia setuju untuk datang menyiram dalam sejam setiap petang, mula dari Isnin minggu depan. And for that aku akan kasi dia RM 30. Aku tak rasa aku mengambik kesempatan, aku rasa aku bayar sebanyak tu pun dah bagus sangat. Walaupun kerjanya tak berapa bagus tapi aku tahu dia tak akan tipu. Aku faham yang kerja dia a little slow sebab screw yang longgar tuh kadangnya tercabut, bergolek tah ke mana. So dia kena kejar cari screw tuh kan? Ekekekek. Jahat aku nih, kan? Aku lebih confident kat Ariff, daripada aku upah S (yang surenya nak more than RM 50) sedangkan aku yakin yang dia cuma akan datang menyiram sekali jer, sehari sebelum aku balik. 

"Kesian kawak (kat awak), kulu-kilir kulu-kilir (ke hulu ke hilir) membawak ibu tunggal", kata makcik Ani, mak Rizal. Dia tumpang untuk ke masjid sebab Rizal keluar Tabligh sampai Ahad nih. Petang tadi pun aku hantar dan jemput diaorang, mak, Chu, Makcik Esah, Makcik Ani. Aku dah pesan kat mak, suruh Rizal guna kereta kitaorang aje lah sepergian aku ke KL nanti sebab kereta Rizal kecik, Kancil JER, tak selesa para ibu tunggal tuh nanti nak ke masjid. Nampak gayanya Rizal yang akan ambik alih tugas aku untuk minggu depan. 

Kena kasi banyak kacang kat Rizal nanti nih, upah sebab dia tolong aku.

Kuliah Maghrib tadi cerita pasal Nisfu Shaaban, khutbah Jumaat tadi pun pasal hal yang sama. Since Nisfu Shaaban nanti aku di KL, so aku dah buat perancangan, apa dan kat mana aku nak sambut. So stay tuned! Ekekekek

"Parah aa mak nih, main ikut plan sendiri jer...", bunyi SMS dari one of my siblings.

Nak tergelak aku dibuatnya. Aku senyapkan aje bila dengar cerita-cerita berbangkit yang mak creates, mak nak ke Jengka 8 ke rumah parents Rozi, Ahad nih. Yang buat masalahnya, mak ada banyak plans tambahan yang lain jugak. 

Thursday

Khamis - 20062013

I was debating samada nak breakfast kat rumah atau nak makan kat luar, then teringat yang entah-entah kedai Chu Bekam tak ada orang datang makan. Memang betul pun, sepanjang aku di kedai tuh, cuma ada 3 orang jer, kat kedai Samad ada 15 orang.

Itupun aku ajak Omar, budak kampung nih yang bagi aku, annoying sikit. Tapi dia nih ada screw yang loose so tak boleh nak marah kat dia, pernah dia jentik telinga UstazM masa UstazM tengah sembahyang sunat. So aku belanja Omar nih, too bad dia makan nasi putih sama sayur jer, minum kopi Tongkat Ali. At least ada lah jugak orang makan kat kedai Chu Bekam tuh kan?

Macam biasa, aku menyiram kat Zone 1, tapi kali nih tak beria sangat, sekadar basahkan tanah yang kering tuh aje, iyalah, dalam 2 tiga minggu lagi kacang tuh dah boleh dicabut, kan? Lepas tuh aku mulalah membersihkan kawasan, basahkan tanah, dan mula menyangkul dan menggembur. Dah masuk plot ke 3 nih, sikit demi sikit aku terokai kawasan baru untuk ditanam. 

S peratikan aje aku, sekali sekala dia merungut kata yang tanah kering dan keras sangat, susah nak kerja. Dia menyangkul, merumput di sekeliling pokok pisang. He should be thankful sebab banyak jugak keliling pokok pisang yang aku dah clearkan sebab nak kasi cantik sikit kawasan. Tak kan lah aku cuma clearkan kawasan yang aku nak tanam aje kan, kawasan di persekitaran pun kena lah bersihkan jugak, baru cantik. 


Boleh tahan lama jugak aku kerja, then aku terfikir yang baik upah orang aje untuk tolong aku menyangkul. Sebab aku cuma ada seminggu aje untuk sediakan kawasan nak ditanam (next week aku di KL), bulan Puasa nanti takkan aku nak menyangkul sebab aku rasa first week of Puasa aku dah boleh start cabut kacang. 

"Kalau saya upah Mizi untuk tolong saya menyangkul, rasa-rasanya ok tak?', aku tanya mak.

Semalam tuh mak beritahu, lebih baik upah Mizi aje sebab dia tu miskin, tak ada kerja. Aku tak pernah bercakap dengan Mizi nih walaupun selalu jumpa dia. Aku perasan yang tiap kali jumpa, dia macam mengelak jer dari aku, dia buat-buat tak nampak. Sedangkan kitaorang selalu terserempak kat masjid. Or even kat kedai Chu Bekam, dia kerja kat situ weekends.

Elok sangatlah tu tolong orang susah, kan? So terpaksalah pergi kedai Chu Bekam, mana tahu kot-kot Mizi ada di situ. Dah ter-ada kat situ, terus ajelah aku makan pasal harinih mak puasa, mak tak memasak, malam ni nanti ada khenduri kat masjid.

Zohor tadi barulah terserempak dengan Mizi, aku tanya dia kalau-kalau dia nak kerja tapi dia kata pagi-pagi dia menoreh getah dan petang pulak dia tak keluar rumah. Tak berapa friendly Mizi nih rupanya and I'm sure lepas nih aku dah tak bercakap dengan dia dah, he will macam biasa akan cuba avoid dari bertentang mata, bertegur sapa dengan aku. Rugi lah Mizi nih, orang sebaik aku dia tak nak buat kawan, kan? 

"Upah S jer lah suruh dia menyiram, masa awak ke Kolumpo nanti", kata mak bila aku tanya, siapa yang nak aku upahkan untuk menyiram, seminggu aku tak ada nanti. 

"Malas benarnya nak suruh S, dia tuh menipu kuat. Lagipun saya cadang nak bagi dalam RM 20 jer untuk 2 tiga kali menyiram, mak biasanya upah dia, mak bagi RM 50 kan? Tentu dia nak RM 50 jugak, pandailah dia kelentong nanti tuh, dia akan kata dia menyiram hari-hari kononnya", aku kata gitu.

Nasib baiklah Ariff setuju nak tolong, esok dia akan datang nak tengok apa yang kena dibuat. Aku nak dia siram sesikit kacang aku tuh, 2 kali pun dah ok, lagi elok kalau 3 kali, sepeninggalan aku nanti. Jugak cili, itu kena disiram jugak, nak suruh siram dengan air paip aje sebab kalau disiram dengan air baja, harus dia tak reti, mampos cili aku tuh nanti.

And for that little kerja, aku nak kasi RM 20. Oklah kot? Tak sampai pun 4 jam kerja, itu aku kira RM 5 sejam, budak kerja MacDonald's pun dapat sebanyak itu sejam, kan? Itu aku bayar ikut Georgia sama Wyoming punya Minimum Wage tuh, mamposlah kalau nak ikut new York State punya Minimum Wage ekekekek

Aku ada jugak sound kalau-kalau Ariff nak tolong aku menyangkul, minggu terakhir sebelum Puasa nanti, dia macam teruja jer bila dengar yang upahnya RM 5 sejam. Tapi kena tengok lah dulu macamana kerjanya, kalau main-main aje, tak nak lah aku ambik dia kerja. If only Ariff ni tahu yang aku nih pemurah dan baik hati (if I may say so myself), kalau aku puas hati dengan kerja dia, aku akan kasi lebih.

So, settle semua masalah, masalah menyiram, jugak masalah mak yang tak kan kesaorangan sebab mak akan duduk di rumah Chu. Mengada-ngada aku nih, aku belum lagi bertolak ke KL tapi aku dah rasa rindu kat Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan nih .


From this valley Ulu Gali they say you are going
We will miss your bright eyes and sweet smile
For they say you are taking the sunshine
That has brightened our pathways awhile

Come and sit by my side, if you love me
Do not hasten to bid me adieu
Just remember the red River Valley Kampung Ulu Gali
And the cowboy who loved you so true

I've been thinking a long time, my darling
Of the sweet words you never would say
Now, alas, must my fond hopes all vanish
For they say you are going away

Do you think of the valley Ulu Gali you're leaving
O how lonely and how dreary it will be
And do you think of the kind hearts you're breaking
And the pain you are causing to me

Come and sit by my side, if you love me
Do not hasten to bid me adieu
Just remember the red River Valley Kampung Ulu Gali
And the cowboy who loved you so true

Wednesday

Rabu - 19062013

Ada dua bad habits yang aku terbuat-semula minggu nih. Tidur lepas Subuh is one of them. Tak ada lah terus aje aku sambung tidur, balik dari masjid pukul 6 setengah pagi tuh. Untuk tak merasa kadar keguiltyan yang lebih tinggi (tidur lepas Subuh), aku tunggu biar cerah sikit, dah lepas bukak tingkap, kemas-kemas katil etc, aku baring lah sekejap melenakan mata. Itu tak dikira tidur lepas Subuh, kot? Aku bangun pun dalam 7-45 to 8 gitu. Tak payah guna alarm pun sebab biasanya akan bising bunyi mak menyapu sampah kat laman.

Habit kedua yang aku terbuat-semula, aku breakfast kat kedai tanpa rasa bersalah, tanpa fikir yang apa mak akan fikir. Bagi aku lah kan, breakfast kat kedai nih, (walaupun boleh breakfast kat rumah jer), macamlah orang pergi memancing jugak. Tak semua orang yang pergi memancing tuh nak kan ikan. Tuhan beri dia otak untuk fikir yang kalau nak ikan, pergi lah ke pasar. Tapi he chooses untuk pergi memancing. Sebab dia pergi tuh bukan niat nak dapat ikan sangat pun, mungkin sebab nak melarikan diri dari bini dia yang kuat berleter. Atau sebab nak dapatkan ilham. Atau sebab saja-saja nak buang masa. 

Then again, ada ker orang memancing hari-hari? Oooppsss

Kat kedai Chu Bekam dah habis makanan, kat kedai Samad yang tinggal cuma kuih dan laksam. Biasanya kalau kat tempat lain, nampak aje laksam, itu yang aku terkam dulu. Tapi laksam yang dijual di kedai Samad tuh masin, (kat tempat lain, manis-manis lemak gitu) dah berapa kali dah aku cuba, rasa nya sama aje.

"Janganlah kali nih masin jugak", aku kata kat helper Samad, sambil ambik mangkuk untuk isi laksam tuh.

"Tuh tokay laksam, komplen ker dia", kata helper tuh. 

Perempuan, kejap jer bini Samad beritahu tokay laksam (yang hantar bungkusan laksam ke kedai tuh) yang aku selalu komplen yang laksam diaorang tuh masin.

Termonyeh-monyeh aku nak menghabiskan laksam yang masin tuh, sebab aku makan kat sebelah tokay laksam tuh, laki bini. Sesudu laksam, seteguk air. Last-last habis jugak akhirnya, pandai aku jaga hati tokay laksam tuh kan? 

Orang jer yang tak pandai jaga hati aku.

"Aok jereh-jereh (jirus-jirus) sikit kacang hok di tepi terh, takert (takut) kena tempias racern (racun), kawaih meracern (meracun) di situ tadi terh", kata S bila dia nampak aku menarik paip untuk meyiram.

Oh shit! He's a cunt, I'm tellin' ya he's a fucken cunt, man!

Now I feel good. Ekekekeke 

Waduh, capek gue, kerja bakti melulu. Ukor habih kacang baris-baris tepi tuh kena racun, basah daun-daunnya. Eekekekek aku exaggerate jer lebih-lebih, Bengap gak S tuh, kalau dia senyapkan aje, tak payah beritahu aku, haruslah aku tak perasan pun. Sebab masa menyiram tuh biasanya aku pakai sembur jer. 

Lepas menyiram, aku buat kerja macam dua hari lepas, basahkan tanah, then menyangkul, menggembur. Sambung dari kawasan yang aku kerjakan ituhari lah. Setiap 50 kali hayunan cangkul, aku berhenti sekejap. Kalau tak buat macam tuh, tak keluar pun peluh. Aku asyik mengagak the amount of kerja yang aku kena buat once musim mencabut kacang bermula nanti. Banyak kawasan yang kena dicangkul, diratakan, dibuat batas. Mampu ker aku buat sorang-sorang?

Mak mengelearkan pelepah-pelepah pisang di belah sana tuh, aku rasa aku dah boleh agak yang itu satu signal buat aku. Semalam mak kata yang kawasan antara pokok pisang tempat mak kerja tuh, elok ditanam kacang, sebab pokok pisang di situ tak lah rapat sangat. Fine, aku boleh tanam di situ nanti, provided ada benih. Biar aku siapkan yang di sini dulu lah, itupun kalau aku terdaya buat sebelum Puasa bermula. 

Macamana pun aku dah terbayang yang mak akan cangkul sikit-sikit kat kawasan tuh, dan tanam a few baris kacang tanah. Macam yang mak buat sebelum nih. Kalau macam tuh, kacau daun macam tuh, aku nak biarkan aje, aku tak nak tanam pun kat kawasan tu nanti. Senang cakaplah, aku tak nak mak masuk campur dalam hal-hal menanam kacang, biar aku yang buat semuanya sebab aku buat bersistematik, berperingkat-peringkat. Bukan takat tanam sana sikit, sini sikit. Kalau mak nak involve pun, nanti masa nak sediakan benih, masa mengopek kacang. Tapi mak kena buat banyak-banyak. Bukan containers jer yang banyak, tapi semuanya containers kecik-kecik, ok? Ekekekeke

Mak tengah membakar sampah sarap, aku selamba jer pergi ke arah kedai, nak mengeteh, letih jugak break takat duduk-duduk jer, might as well pergi membasahkan tekak, kan? Aku dehydrated sangat masa tuh heheheh. Bergossip seround dengan Chu Bekam, pasal business dia yang merosot, macam ada orang buat dajal gitu. It doesn't take a rocket scientist lah nak tahu siapa yang Chu Bekam maksudkan tuh sebab kedai Samad jer yang bersebelahan kedai Chu Bekam tuh, dan dia kata, "Deme nyer nak, biar semua nya deme control, biar semua orang makan di kedai deme nyer".

Mak ke surau awal jugak petang nih, so another peaceful-easy feeling day harinih, lately aku suka baca travel blogs orang. Mat Salleh punya blogs lah, bukan Melayu punya blogs. Melayu, pergi Bandung 3 hari, sampai berminggu-minggu ceritanya. Mat Salleh, sesepuluh tahun travel the world, selamba jer. Seriously, lately, as time flies, aku semakin buat plan untuk travel the world, or at least ke negara-negara yang aku belum pernah pergi. 

Aku rasa aku kena ikut plan aku, sebab the more I travel, less unique I realize I am. And I mean that in a good way.

As they say, it is the things we don’t do that we regret, not the things we do do. It’s a wonderful feeling when you realize what you really want to do with your life, and making it happen feels even better. In real life aku memang gitu orangnya. 

Dang, the more often I find myself saying the phrase "in real life," the more I realize I don't have one.

Lepas Asar aku menyiram, again, bila pam tuh berhenti sebab kehabisan minyak, aku pun berhenti.

"Saya nak upah Ariff lah untuk tolong menyiram kacang, masa saya pergi KL nanti", aku kata gitu kat mak, masa nak ke masjid for Maghrib.

Mak setuju. Dan mak beritahu yang mak akan duduk di rumah Chu aje nanti sebab Chu pun akan tinggal sorang-sorang jugak pasal Tihah outstation for a few weeks. Tihah nih jual Takaful. Dan mak dah kawtim sama Rizal, nak tumpang dia aje untuk ke masjid. Jarak rumah Chu ke masjid, lebihkurang sama jauhnya dari Lot 10 ke Pavilion. Jarak dari rumah kitaorang ke masjid, sejauh Lot 10 ke Berjaya Times Square. Orang kampung sekarang nih mana reti jalan kaki dah kan?

Lawaklah masa mengaji sama Ustaz Simon Cowell tadi, mungkin sebab panik bila dia suruh aku ulang baca, sampai 4 kali aku baca sebab aku ingatkan salah, rupanya bacaan dah betul. 

Long ada talipun mak, nampak gayanya mak akan ke KL jugak untuk family gathering di rumah Teh nanti. Cerita-cerita berbangkit tak payah aku tulis kat sini lah.

Tuesday

Selasa - 18062013

"Kawaih ingat nak meracun pagi nih tapi ada orang mati pulak", kata S masa aku terserempak dengan dia kat kedai Chu Bekam. 

"Macam lah dia orang penting", kata aku dalam hati.

Ada kematian malam semalam, bacaan Yaasin/Tahlil yang dibuat di masjid malam semalam tuh memang ditujukan, dihadiahkan untuk arwah, yang masa tuh dah tenat di Hospital Temerloh. 

Since ada kematian tuh, dan kitaorang nak pergi melawat, so aku buat kerja ringan-ringan aje lah kat kebun, jugak kat kawasan cili. Menyiram cili, membetulkan polybags, things like that. Pukul 9 setengah kitaorang pergi, Chu sama jiran dia pun tumpang kitaorang. Lama jugak kitaorang di rumah arwah, lepas Sembahyang Jenazah terus kitaorang nalik, tak turut ke kubur.

Aku tidur sementara tunggu Zohor pasal mengantuk sangat, pagi tadi aku bangun awal, lebih awal dari mak. Petang nih mak ke surau awal dari biasa, which is good, pasal lamalah sikit aku melepak kesaorangan sementara tunggu Asar. Waktu yang paling aku suka, waktu antara Zohor dan Asar, masa mak di surau. Tah pasal apa aku pun tak berapa pasti tapi aku rasa tenang, aman dan damai. Not to mention bebas. Kalau aku nak buat teh-o ais limau satu jug pun tak rasa uncomfortable. Masa mak ada di rumah, aku tak buat apa-apa biasanya, lepak depan laptop jer.

Kering sangat, cuaca panas gila sesehari dua nih, tanah dah merekah-rekah dah, so aku menyiram guna pam. Berhenti pun bila habis minyak setangki pam tuh. Aku kena menyiram setiap hari lah nampak gayanya sebab minggu depan akan tak bersiram lah kacang tanah aku untuk seminggu. Aku tak percaya langsung yang mak akan menyiram kacang aku tuh sepeninggalan aku nanti. Kalau pun mak menyiram, tentu yang baris-baris di depan aje, yang boleh dijangkau.

Ada pulak UstazTab malam nih so ada lah kuliah lepas Maghrib. Aku suka betullah kuliah UstazTab nih, aku suka cara penyampaian dia yang bersahaja, guna loghat Temerloh pulak tuh. Aku selalu terfikir yang kalaulah aku boleh jadi macam UstazTab tuh, banyak ilmu, merendah diri, alangkah best nya. Part yang best duduk kampung nih itulah, jiwa tenang, dapat belajar ugama tanpa perlu pergi mana-mana. 

Waktu-waktu macam tuh selalu buat aku terfikir, macamana kalau aku terus aje duduk kampung, settle down kat sini. Dan jadi orang tua. Aku rasa macam guilty jer bila otak aku asyik buat plan untuk travel the world barang sesetahun, tahun depan nih. 

Isnin - 17062013

Mak pun suka makan cereal rupanya sebab masa aku nak breakfast tadi, aku terperasan yang kotak cereal aku dah dibukak, tinggal sikit jer isinya. Rupanya mak yang makan, tapi mak makan cereal tuh letak air milo, aku guna Dutch Lady perisa strawberry. 

Mulanya aku nak menyiram tapi terrajin pulak, so aku sembur, aku basahkan tanah kat kawasan yang dah aku clearkan semalam tuh, dan aku mula menyangkul. Not bad lah kerjanya, tak sesusah yang aku sangkakan, mungkin sebab aku betul-betul basahkan tanah, aku biarkan air bertakung dan mendap. 

Sekejap jer kerja, luas jugaklah kawasan yang dapat dicangkul, digembur. Hitam jer tanah di kawasan tuh, tanah subur, sure mencakar langit nanti kacang tanah yang aku tanam ekekkee. 

S ada datang, kebetulan dia menebang pisang kat kawasan aku kerja tuh so aku peratikan aje berapa tandan yang dia dapat. Kalaulah aku tak ada di situ, harus dia tipu, kata cuma dapat 2 tandan, dan 3 tandan lagi tuh dia songlap. Masak sangat dah aku dengan perangai S tuh. 





"Awak nak tanang (tanam) mende di sini?", aku tak perasan mak ada lalu, nak memetik jantung pisang.

"Kacang lah", aku jawab gitu.

"Ambik mana benih?", mak tanya lagi.

"Kacang yang di senoho tu dalam sesebulan lagi dah boleh cabut, ini nak sediakan tempat nak tanam nih', aku kata gitu. 

Kalau dulu, seseminggu dua lepas kacang dicabut masa tu lah baru nak prepare tempat untuk ditanam semula, tapi kali ini aku nak sediakan batas awal-awal sikit, so bila cabut aje kacang nanti tuh, terus aku nak buat benih, dan terus tanam. I'm going all out nanti nih, nak pastikan dapat more than 1000 kilo kacang, nak pastikan yang bekalan kacang sentiasa ada. Bukan macam sekarang nih, nak kena tunggu 3 bulan baru ada supply. 

Sampai pukul 11 setengah aku di kebun, puas hati aku sebab banyak berpeluh, dan kawasan yang dicangkul, digembur pun luas jugak. Then mengeteh kat kedai Samad.



Tak sempat tidur pun petang nih sebab lepas mengaji sama UstazM, aku ke Sungai Ruan, isi minyak, beli minyak, beli kopi-o. Then ada kawan yang aku kenal kat internet, dia nak datang lepas Asar, nak kenal-kenal, nak tengok projek kacang pun jugak. 

Tak buat apa pun petang nih lepas Asar sebab sembang-sembang sama member dari Bentong tuh, banyak jugak tips pertanian yang aku dapat dari diaorang. Dari gaya cakap, keempat-empat diaorang tuh memang minat sangat bab-bab pertanian nih, macam-macam yang diaorang tanam, Melayu sangatlah kan, tanah sekangkang kera tapi nak tanam semua benda ekekekek

Ustaz Simon Cowell dah bersiap nak kasi kuliah lepas Maghrib tadi tapi ada permintaan baca Yaasin/Tahlil, so dikansel kuliah dia. 

Aku terdengar mak bersembang sama Pak Andak (over the phone), mak kata yang she's ok tinggal sorang-sorang sepemerrgian aku ke KL nanti, kitaorang aje yang macam risau sangat.


Monday

Ahad - 16062013

Aku dah sedar dah pagi tadi tapi aku tak tengok jam, aku tunggu mak kejutkan aku macam biasa, aku ingatkan masih awal so aku sambung tidur. Sedar-sedar dah 6 setengah. Malam semalam aku off kan alarm sebab biasanya alarm aku berbunyi masa aku dah bangun tidur.

"Awak makan mende?", mak tanya masa aku tengah breakfast.

"Biskut", aku jawab gitu. "Malas nak rebus telur", aku sambung.

Aku jadi macam rajin jer pagi nih, lepas menyiram kacang yang kat depan rumah, aku merepih, menyangkul kat area-area situ, untuk ditanam kacang next round, InsyaAllah. Tapi aku kena basahkan dulu tanah tuh, kalau tak, mamposlah nak menyangkulnya, keras gila tanah kat situ. Aku macam dah terlalai nih, dulu aku ingatkan awal sangat kalau aku start menyediakan kawasan baru untuk bertanam, tapi minggu depan aku akan di KL, so cuma seminggu aje sebelum Puasa, aku dapat menyangkul pun. Aku rasa di bulan Puasa nanti aku sure tak larat nak buat kerja-kerja berat. Minggu kedua Puasa aku dah boleh start mencabut kacang dah walaupun aku rasa some of the kacangs pun dah boleh dicabut a little bit earlier, sebab dah banyak jugak kacang yang nampak macam dah ready untuk dicabut, daun-daunnya semua dah kuning, dah layu.

Berjera-jera peluh keluar, puas hati aku bila dapat clearkan like 2 plots, antara 3 baris pokok pisang. Dalam pukul 11 gitu aku ke kedai Chu Bekam, terserempak dengan Ariff, so minum dengan dia. Aku ada tanya Arif kalau-kalau dia nak ambik upah mencabut kacang nanti, di bulan Puasa. Dia kata ok, dia kata kalau dibayar RM 20 untuk 4 jam bekerja, dari 7 sampai 11 pagi. Kalau boleh dia nak ajak anak Chu Bekam sekali. Aku tak adalah bagi kata putus tapi aku tak tolak kemungkinan yang aku akan hire Ariff jer untuk tolong aku nanti. Aku ada jugak tanya kalau dia nak kerja menyangkul, dia kata sekarang nih mana ada orang ambik upah menyangkul dah. Kalau meracun, ok lagi, tapi sekarang ni orang tak nak dah ambik upah menyangkul.


Ngah ada balik lepas Zohor, dari Putrajaya, sorang jer, ini kali terakhir kot balik sini sebelum pindah US 5 Julai nanti. Sembanglah sekejap kitaorang bertiga, sesambil makan KFC yang Ngah bawak, sebelum masing-masing cari port untuk tidur. Dah lama aku tak tidur kat sofa di dapur, zaman-zaman aku tak ada wifi dulu, kat sofa di dapur tu lah tempat tidur aku.

Lepas jer Asar aku terus ke kebun, menyiram, still guna air paip sebab aku masih malas pergi gas station yang cuma dua tiga minit away tuh. Tak lama tuh Ngah datang bawak bekas, nak kutip cili sama kacang panjang. Aku tak perasan pun kacang panjang aku dah panjang. Kalau Ngah balik, sure dia akan ke kebun cari aku. Untuk bertanya khabar berita, jugak bergossip.

Aku puas hati bila aku dapat sampaikan apa yang aku nak sampaikan, tak ada lah berbuku-buku benda di hati aku nih kan? Walaupun mulanya aku macam buat tak nak kisah sangat tapi once dah terbergossip, memang payah nak berhenti ekekekke. Dengan Ngah, dengan Long aku kena hati-hati sikit bercakap sebab dulu, well, quite recent jugaklah, tersampai ke telinga aku yang ada adik beradik aku kata yang diaorang tak nak nanti anak-anak diaorang jadi macam aku, menceritakan, mengeluh, macam memburuk-burukkan mak kat adik beradik lain. 

Laaa, bukannya aku memburukkan mak, menceritakan permasalahan berbangkit, aku cuma sekadar menceritakan perkara yang sebenar sebab aku yang duduk sama mak, aku tahu lah mana yang betul dan mana yang tak betulnya. Mana issue-issue, cerita-cerita yang diolak-lempit, dipulas, dikehel, digali-gembur etc. Sebab aku tak adik beradik aku terima bulat-bulat cerita yang tak sebulat mana tuh. 

Itupun bukan dengan semua adik-beradik aku, yang aku ceritakan. Cuma kat a few aje yang memahami, yang pernah merasai, yang masing-masing pun ada a few bones to pick. 

Kitaorang tak ke masjid for Maghrib pasal nak tunggu Ngah yang nak balik just lepas sembahyang. Tak ada pulak mengaji malam nih, so melepak jer lah sementara tunggu Isyak. Aku sembang-sembang dengan En Bruno Mars Pusat Serenti, jarang sangat dia melepak masjid antara Maghrib ke Isyak. 

Sunday

Sabtu - 15062013

Aku ingatkan Long ada balik petang semalam, ataupun awal pagi nih sebab memang Long ada beritahu nak balik. Aku tak berniat nak ke kebun sebab nak tunggu gerombolan kawan aku datang, so aku terus aje ke Pekan Sehari. Lama gila aku kat kedai Samad, sejam lebih, asyik dok memerhati orang lalu lalang. There are times bila aku tak rasa bosan pun duduk sorang-sorang menengok gelagat orang.

Aku ingatkan member-member aku akan sampai pagi nih sebab diaorang kata akan tiba di sebelah pagi. Aku lupa pulak yang pagi orang KL tuh tak sama dengan pagi orang kampung. Pagi orang kampung tuh lepas Subuh. Pagi orang KL, just before 12 kot? Ker memang ada time difference antara KL dan Raub? Daylight saving time kot?

So aku balik ke rumah, sambung tidur. Biasalah, bila nak tidur jer, masa tu lah ada calls. Rupanya diaorang dah masuk area Bentong, dan kitaorang janji nak jumpa kat bandar Raub. So aku teruslah ke Raub, semalam dah aku beritahu mak yang kawan aku nak datang, so tak ada lah persoalan, "Nak buat mende ke Raub?".

Kitaorang melepak kat this one restaurant, sejak just before 12, sampailah dalam 1.30 pm. Best sebab lama dah tak bersembang dengan geng-geng kawan yang dah bertahun aku kenal nih (kenal kat internet), walaupun tak ramai yang datang tapi memang havoc lah. Aku banyak dapat tips, especially dari Angah sama Arc, pasal masalah penjagaan orang tua. Apparently masalah yang aku hadapi sekarang nih tak lah seteruk mana, memang lumrah lah macam tuh.

Lepas tuh teruslah kitaorang ke kampung aku, bawak melawat tanaman-tanaman aku. Tak ada apa pun yang boleh diaorang bawak balik kecuali ciku sama pisang. Then melepak dan sembang-sembang dalam rumah aje lah. Mak pun ada join sekali sekala. Tapi aku respect gilalah kat geng-geng aku nih, sporting habis. Yang paling bestnya bila Angah tanya aku, dah berapa lama aku tak turun KL. Aku tahu mak ada di belakang aku, so aku bagi isyarat kat Angah, dia macam tahu jer what to do next.

"Dah berapa lama ko tak turun KL?", dia tanya aku.

"Lima bulan lebih kot?", aku jawab gitu.

"Lima bulan? Ish, lama nya!", Angah tanya gitu, kuat jer, sambil bulatkan mata. Terkejut sangatlah kononnya. 

Macamana lah kalau Angah dah tua nanti, dia punya exaggeration tuh boleh tahan. Harus dah tua-tua nanti, punya nak tunjukkan keterkejutannya, dia siap buat pura-pura pengsan kot? Ekekekkeke

Kecuali Arc sama Yam, yang lain tuh, mengalahkan bebudak lagi. Maklumlah ada wifi free, masing-masing dengan smartphone,Ipad, Tab masing-masing. Dalam 5 setengah diaorang beransur, seriously, aku rasa dah lama aku tak merasa suasana best macam tuh, if only lebih ramai geng aku yang datang lah kan?

Aku tak ke kebun pun lepas Asar, saja jer aku malas. Lepas maghrib malam nih pun bersembang aje, sembang sama RizalTabligh, dia nih macam aku jugak, duduk balik kampung sebab nak jaga mak dia. Cuma dia nih ada family of his own. Aku perasan yang kat kampung nih ada a few yang macam aku, Nasir for example, dulu kerja KL tapi dah bertahun jugak balik duduk kat kampung. Diaorang "macam" ok jer, aku jer yang macam tak sabar nak keluar dari kampung. Aku ada beritahu geng aku tadi yang tahun depan aku tak duduk kampung dah, aku nak buat hal aku sendiri. Tapi lepas tuh ada pulak aku kata, "tapi rasa-rasanya aku akan duduk di kampung for good kot pasal aku kesian kat adik beradik aku yang lain, terpaksa cari penyelesaian macamana nak jaga mak". Entahlah.

If only mak terfikir, dan setuju untuk duduk sama anak-anak kat KL, kan ker senang?

Friday

Jumaat - 14062013

Malas keluar pergi beli petrol, aku menyiram guna air paip aje. Aku betul-betul siram, sampai bertakung air in between baris kacang. Masa menyiram nih antara masa-masa yang seronok berkhayal, atau berfikir. Aku asyiklah memikirkan pasal pemergian aku ke KL nanti, or rather, pasal sepeninggalan aku nanti. 

True yang aku tak nak campur sangat dengan perbincangan mak dan adik beradik aku tapi tak bermakna aku tak tulis kat blog nih apa-apa yang aku fikir, pemerhatian aku, kan? I can't help it dari fikir yang what makes benda sesimple itu, jadi satu masalah besar. Kalau ikutkan aku, macam yang aku cakap semalam, mak ke KL sama aku, then duduklah rumah sesiapa adik beradik kitaorang, after all 29 haribulan nanti kan ker ada family gathering? 

Terfikir jugak aku, apa pasal mak tak pernah nak melawat anak-anak, cucu-cucu. Kalau orang tua lain, sekejap ke sana, sekejap ke sini, kan? Tapi mak tak pulak macam tuh. Mak nak anak yang balik jumpa mak. 

Aku fikir jugak, katalah mak tak nak ke rumah sesiapa nanti, apa penyelesaiannya pulak? Weekend bolehlah Long balik sini tapi 5 hari tuh? Nak suruh Makcik Esah temankan macam dulu tuh? By the way, Makcik Esah tu duduk sorang-sorang selamba jer. 

Tengah berkhayal tuh, Puan S dari Jabatan Pertanian talipun, apparently ada one Pengusaha nih dia nak cuba tanam kacang tanah harimau, masalahnya susah nak dapatkan benih, serata alam dia pergi, tak ada. Since Puan S tahu yang aku kenal dengan Cina Kedai Kacang Sempalit tuh, dan dia tahu yang aku tanam kacang harimau, dia suruh aku tolong cuba dapatkan untuk Pengusaha tuh. Aku beritahu yang Cina tuh pun tak ada benih kacang tuh, kalau ada pun diaorang tak akan jual. Aku dulu tuh, mungkin kebetulan jer kot, itupun lepas aku merayu-rayu kat diaorang. 

Pakcik Pengusaha tuh kata nak datang melawat kebun kacang aku nih sebab dia nak order benih, walaupun aku kata yang dalam sesebulan lagi barulah kacang boleh dicabut.

Masa menyiram tuh aku perasan yang ada dua tiga lubang , haruslah lubang tikus. Aku ikut jejak kulit kacang yang berteraburan, betul pun, aku nampak sekor tikus tengah kusyuk makan kacang tanah aku. Pundek punya tikus, kata aku dalam hati. Yang buat aku geramnya, aku sembur-sembur dengan air paip, tikus tuh buat bodoh jer. So jadi satu kerja pulak terpaksa mencabut semak samun kat kawasan tuh, hopefully tikus tak berani nak melalui kawasan lapang.


So aku melayan Pakcik tu jer lah sepagian, dia nak tahu macamana cara nak tanam, things like that. Dia ada cuba tanam kacang tanah, tapi kacang biasa tuh, yang orang buat kuah satay tuh, tapi kacang tuh tak glamer langsung, kacang kasta Brahmin lah bagi aku. 

Dari Pakcik tuh aku dapat banyak jugak info pasal Jabatan Pertanian, sebenarnya aku tak payah buang peluh menyangkul, aku boleh sewa suruhkan orang Jabatan Pertanian, memplough tanah. Save masa dan kederat kalau macam tuh. Chargenya dalam seseratus jer. Terus aku jadi bersemangat, nampak gayanya plan aku untuk tanam kacang tanah secara besar-besaran next round nanti, semakin cerah.

Aku tak kisah kalau tak dapat jual sangat pun hasil kali ini, aku nak buat benih sebanyak mungkin. Jangan ada orang lain campur tangan dah lah, payah, aku yang buat kerja, orang lain kasi komentar. Tambah-tambah kacang dah nak berhasil dah nih, ada lah nanti tuh yang nak kan suara nya didengari. Again, aku kena tegas sikit kali ini. 

Tapi aku nih, cakap jer nak tegas, tapi sekerat jalan, mudah sangat cair, mudah sangat nak kasi jalan mudah kat orang, walaupun aku yang terpaksa berpayah.

UstazM tak ada hari nih sebab kat surau ada ceramah (untuk puak-puak omtiner) so lepas hantar mak, aku tidur sekejap, sementara tunggu Asar.

Ida talipun, menceritakan berita semasa. Usul supaya mak duduk di rumah adik beradik di KL ditolak mentah-mentah oleh mak. Usul supaya mak duduk di rumah Long di Jerantut jugak ditolak, tak pasti pulak kadar kementahannya. Alasannya, siapa yang nak siram cili? Aik, sejak bila mak pandai bancuh air baja untuk cili? Alasan kedua, takut rumah dimasuki pencuri sepeninggalan kitaorang nanti. True yang dulu masa arwah ada, pernah rumah dimasuki pencuri. Tapi, apa lah yang nak dikebasnya pun? Mak bukannya ada emas perak. Benda paling berharga pun probably a few balangs tempoyak dan belimbing rebus kat dalam fridge tuh, yang lain tuh tak ada nilainya. Tak apalah orang nak curi tempoyak, sekarang dah nak masuk musim durian, nanti aku pergilah pungut durian separa-rosak yang Cina peraih tuh lambakkan tepi pokok, apa susah? Tayar wheelbarrow kan ker dah elok? Dulu tuh, tayar wheelbarrow pancit pun sampai sepuluh rounds aku ulang alik punggah durian, kan?




"Awak tak siram ke lada?", mak tanya masa nak ke masjid. Aku cuma menyiram kacang kat depan rumah tuh, Zone 1.

"Tak. Malas membancuh baja, tapi tak apa, sabert (sabut) dalam poybags tuh basah, dalam seseminggu tak siram pun tak apa tuh", aku kata gitu, penuh pengajaran dan makna ayat aku tuh. 

Then aku beritahu pasal masalah nak menyangkul kawasan untuk ditanam kacang (untuk next round) yang rasanya macam settle, kalaulah betul boleh upah Jabatan Pertanian untuk memelough tanah tuh.

"Itulah, mak rasa baik kita buang jer lah pisang-pisang ni, kita tanam kacang jer kesemernyer (kesemua nya)", kata mak.

"S tak mengamuk ker nanti?", aku tanya mak.

"Tak lah, dia bukannya kerja sangat pun", kata mak.

Bagus jugak cadangan mak tuh, lagipun Pakcik Pengusaha tu pun nak tanam kacang harimau, so aku kena tanam lagi luas dari dia. Tolong sikit, mana boleh dia lagi bagus dari aku. Aku kena lawan. Tak pun, jangan jual benih kacang kat dia, itu lagi senang ekekekek

Tak ramai jemaah kat masjid malam nih pasal kat surau di kampung sebelah ada kuliah mingguan. Lapar punya pasal dan mengenangkan yang di rumah nanti terpaksa makan lauk yang dibawak balik dari masjid semalam tuh, aku pun makan kat luar lah, sorang-sorang.