Monday

Ahad30Disember2018

Aku terlena pagi nih sementara tunggu MN datang kerja, dalam lapan setengah gitu dia sampai. Sementara dia buat kerja, senyap-senyap aku breakfast, ala kadar jer. Then terus ke kebun. 

Aku pindahkan anak limau oren ke polybags asing sebab macam lambat jer penumbuhan diaorang bila beramai-ramai dalam satu polybag. Ada belasan jer yang tumbuhnya, ituhari ada aku semai beratus bijik benih limau oren tapi nampak gayanya tak berhasil sebab tanah digenangi air. Tak apa lah, mana yang tumbuh tuh akan aku jaga betul-betul. Anak pokok betik pun tinggal berapa batang aje, the moment aku pindahkan ke tanah, banyak yang mati. Agaknya tak dapat menyesuaikan dengan alam sekitar kot. 

Since anak kacang buncis, kacang panjang, rock melon, dah mula tumbuh, aku kena banyakkan polybags berisi tanah, sabut, baja  so itu yang aku buat kerja itu jer sepanjang waktu aku di kebun, dapatlah belasan polybags.

Aku tapau makanan untuk kitaorang berdua for lunch, aku tak tahu pun yang MN tak makan ikan keli, patin, sebab aku ingatkan orang kampung makan semua tuh. Nasib baiklah aku ada beli lauk ayam jugak. Parah jugak kalau macam ini hari-hari, salah aku jugak, aku yang mulakan beli dia lunch ituhari, kan?

Pengelat jugak MN nih kadang tuh, tengahari dia tak buat apa sangat, aku selalu ternampak dia melayan cellphone kat bawah pokok rambutan. Entah apa yang meralitkan dia, aku pun tak tahu. Entah-entah masih berhubung dengan awek Malaysia yang duduk Australia tuh, yang dia kenal kat Smule. Yang ajak dia kawin tuh.

Bila dah petang dalam pukul 5 lebih, enam, baru dia mula sibuk. Dia macam tak tahu yang kadang tuh aku nak keluar awal sebab nak jemput Chu etc. Tiap kali dia kerja, aku yang suruh dia stop, suruh buat esok nya aje, sebab aku nak ke masjid for Maghrib. Kalau orang lain tengok dia kerja sampai dekat nak malam, tentu orang akan kata yang dia rajin. Auta jer lebih sebenarnya.

"Datang lah surau karang, ada jamuan, nasi goreng sambal hitam", aku kata gitu kat MN sebelum dia blah.

Aku tak tahu tapi aku rasa macam canggung jer, rasa lain jer masa nak ambik makanan yang aku order dari Chu, untuk dibawak ke surau. Masa nak blah tuh, dari corner of my eyes pun aku boleh baca dan nampak yang Chu macam terkilan kan something.

Ramai yang datang mengaji malam nih, lebih ramai dari yang mengaji hari Isnin malam Selasa kat masjid. Ustaz yang mengajar pun jadi bersemangat. Aku pun bersemangat tapi bila Samad tegur, dia tanya, apa pasal suara aku macam gugup jer bila baca, aku kata lah yang memang gitu jadinya, aku pernah rakam suara aku baca Quran, dan aku macam tak percaya yang how gugupnya aku bila baca.

Laku keras nasi goreng sambal hitam yang Chu buat tuh, tak cukup, itupun tak ramai yang makan sebab ada yang "segan nak makan", ingatkan makanan tuh hanya untuk yang mengaji aje. Diaorang suruh bawak makanan yang sama lagi minggu depan tapi aku kata kena tukar menu lah. Since gula tak ada, aku suruh one of the kids kat surau tuh tolong belikan teh o panas, tapi ada jemaah yang mintak nescafe, so minum nescafe kitaorang malam nih. Minggu depan aku nak bawak nescafe, susu etc sendiri lah, macam mahal jer sejug nescafe RM 15. Sejug teh o cuma RM 5.

"Bila lagi awak nak sponsor makan?", tanya one of the jemaahs.

"Minggu depan lah, InsyaAllah", aku kata gitu. "Kat masjid pun minggu depan jugak tapi tak tahu hari apa. Datanglah ke masjid", aku kata lagi.

Malam semalam, since aku masih di alam kebodohan sebelum Maghrib tuh, aku terbersembang dengan Bendahari Masjid, so aku kasi dia duit untuk buat makan-makan, minggu depan. "Tapi, jangan kabar ke Chu", aku kata gitu.

"Ngapa nya, dia marah ker?", Bendahari tuh tanya aku. 

"Tak, Tak....... Perempuan, tau jer lah kan, diceritanya kesemua orang", aku kata gitu sambil gelak-gelak. 

"Ok, paham, paham", kata Bendahari tuh.

Memang betul pun, Mak tanya aku ituhari, "Awak sponsor makan lagi ker tetiap minggu?", walaupun aku tak pernah cerita apa pun kat Mak. Dan ituhari Chu ada kata yang anak-anak dia selalu tanya Chu, apa kerja yang aku buat duduk kampung? Dan Chu jawab something like, "Dia buat kerja di komputer, banyak duit nya tuh, tiap-tiap minggu dia sponsor makanan hantar ke surau".

I wish aku boleh sponsor makanan setiap minggu untuk masjid tapi harga nya mahal, enam atau tujuh kali sponsor makanan kat surau baru sama dengan sekali sponsor makanan kat masjid. Tapi memang meriah lah masakannya, complete dengan buah dan bubur.

Sunday

Sabtu29Disember2018

Awal jugak aku pergi jemput Chu untuk ke Pekan Sari sebab cadangnya nak pulun lama sikit kat kebun, iyalah kan, weekends Forex market tak bukak. Terserempak dengan Long yang baru sampai, masa breakfast sama Chu. Sementara Chu membeli belah, bersembang, aku ke tempat sedara aku berniaga tuh, entah apa pasal dia macam marah kat aku, dia kata aku "lari". Apa maksud dia, aku pun tak tahu. Mungkin sebab last Saturday aku tak ada kot?

Rupanya dia ada hal nak cerita kat aku. Bapak sedara aku (arwah Pak punya side) sakit, lama dah sakitnya tapi kali ini dah teruk, anak-anak dia semuanya ada balik ituhari. Sedara aku nih, KakZ, dia nak cerita pasal tanah dan harta pusaka perninggalan arwah datuk nenek kitaorang, yang semuanya di"pegang" (bolot?) dek Pak Sedara aku yang sakit tuh. Dari dulu, dia tak ada gaya macam nak agihkan tanah-tanah tuh, tambah lagi sejak dia sakit.

Kitaorang memang tak ambik tahu langsung, arwah Pak memang merajuk (tak ada lah sampai ke tahap bergaduh dengan adik beradik dia) dan tak nak ambik tahu pasal a few acres tanah bahagian dia. So kitaorang adik beradik memang tak tahu menahu, tak nak ambik tahu pun, iyalah kan, kalau Pak Sedara kitaorang tuh nak kasi, sepatutnya dia dah berusaha kasi. Or at least kasi tahu cerita sebenar. I doubt it yang anak-anak dia pun tahu yang bapak diaorang "pegang" semua tanah milik adik beradik bapak diaorang yang lain. Pak Sedara aku nih bekas Cikgu. Guru Ugama.

"Kalau tidak, puas lah dia nak menjawab kat akhirat nanti.......", gitu kata KakZ.

Sebenarnya, on behalf of our family, Long ada uruskan pasal "duit Felcra" yang (arwah) Pak dapat, bulan lepas Amanah Raya dah kasi kitaorang bahagian masing-masing. Cuma nya, keluarga (arwah-arwah) Pak Sedara dan Mak Sedara aku yang lain, tak ada siapa tuntut lagi. Itu baru "duit Felcra", belum lagi pasal tanah. I don't know, at least 5 enam ekar seorang, kat daerah Benta.

So itulah yang KakZ nak cerita pada aku, macamana nak "tuntut" bahagian masing-masing sedangkan Pak Sedara aku yang sakit tuh buat donno jer.

Aku terserempak dengan Mamat yang meracun rumput kat tanah kitaorang (jugak tanah Pak Sedara dan Mak Sedara aku), so aku tanya dia, bila dia boleh meracun sebab dah semak sangat. Baru nih masa Mak balik, a few times Mak tanya aku, bila nya nak diracun semak samun tuh. Mamat tuh kata basikal dia rosak, dan dia nak selesaikan permasalahan basikal dia tuh, nak tunggu dapat duit bulan depan lah gamaknya. Lambat sangat tuh, so aku kasi dia RM 100 untuk dia settlekan masalah dia secepat mungkin, then boleh lah dia meracun kat tanah kitaorang.

"Awak ada lesen (kereta) ker?", Chu tanya aku masa aku hantar dia balik.

"Mesabah (tak munasabah) tak ada lesen, Chu", aku kata gitu sambil gelak-gelak, jugak pelik dengan pertanyaan Chu tuh.

"Awak bila nya nak beli kereta baru? Awak pergi Kolumpo baru nih odar (order) kereta baru ker?", Chu tanya lagi.

"Tak lah. Ngapa?", aku tanya gitu. Man, this is getting weird.

"Gini, Chu cadang nak beli kereta, MyVi, letak sini, senang kalau Chu nak ke mana-mana, awak tolong bawak", kata Chu lagi.

"XXX tu dengar ceritanya nak pindah Kolumpo semula, susah lah Chu nak ke mana-mana", kata Chu lagi.

(XXX tuh suami sepupu aku yang di bandar Raub, yang selalu datang tolong Chu buat kuih, yang kalau Chu nak ke mana-mana luar dari Raub, dengan diaorang lah Chu pergi)

"Mengapa sampai nak belik kereta, Chu? Kalau nak ke mana-mana, suruh jer MH, tapi Chu bayar lah dia", aku kata gitu.

"Payah, dia tu sibuk ke kebun", kata Chu.

Aku tak kata apa-apa lah tapi sepanjang perjalanan balik aku analisa perbualan aku tadi. Aku agak, samada anak-anak Chu atau cousin aku yang kasi idea apa pasal Chu tanya aku bab lesen. Tentu diaorang fikir yang mungkin aku tak ada lesen kereta, itu sebab aku tak pernah ke KL bawak kereta. Or even ke Raub. Truth is, aku tak ada kepentingan pun nak ke Raub, dulu-dulu memang selalu aku ke Raub berkereta, tapi sekarang nih aku tak ke mana-mana pun, kalau aku ada urusan, semuanya aku buat masa di KL.

Semalam Chu ada talipun tapi dia silap buat ayat, so aku gunakan ayat dia tuh. Dia tanya aku, "Kereta awak tu boleh jalan sampai ke Raub, ker? Chu nak ke Raub, nak pergi Farmasi, nak check darah", Chu kata gitu.

Terus lah aku kata, "Setakat ke masjid, pastuh ke Sungai Ruan jer Chu, jauh-jauh saya tak berani nak bawak, takut rosak".

Ekekekekke jahat aku. Aku malas sebenarnya melayan Chu yang selalu nak ke sana sini. Chu nih suka "berjalan", mamposlah kalau ada kereta baru nanti, sure aku akan disuruh jadi supir dia hantar dia ke sana sini. 

Bila difikir-fikir balik, macam tak lojik, kan? Nak ke sana sini sekali sekala, sampaikan nak beli kereta baru. Unless Chu ada lesen, ataupun at least reti bawak kereta. Tapi itulah, Chu banyak duit, orang banyak duit nih lain cara pemikiran dia. Diaorang lupa masa susah dulu, zaman-zaman naik bas aje. Bus stop ada tercegat depan rumah Chu. 

Aku malas buat baik sangat dengan Chu nih sebenarnya, aku cuma buat setakat yang terdaya jer. Aku, macam PM kita jugak, I am a very forgiving man ekekekeke. Pernah Chu kata, "Chu tak tahu mengapa, apa sebab adik beradik awak semuanya dah tak macam dulu dengan Chu, dulu bukan main rapat". Aku tahu jawapannya tapi tak kan aku nak beritahu Chu. So aku tetap layan Chu as if nothing bad had ever happened. 

Aku pelik jugak sebab Chu nih dah consult dengan anak-anak dia ke belum? Then again, anak-anak Chu patutnya buat sesuatu, I don't know what, just do something. Lagi satu, Chu nih macam Mak jugak, she gets what she wants. 

Banyak jugak sayur yang aku dapat pungut, termasuk jagung. Mungkin sebab MN sibuk seseminggu nih, dia tak petik pun sayur. Long macam peduli tak peduli jer masa aku kasi sayur-sayuran tuh, aku macam boleh tahu yang ada benda yang tak kena nya. Terus aje lah aku masuk rumah, tak jadi nak ke kebun.

Sebelum Long balik, dia kata nak slow talk dengan aku. Now what, tanya hati aku.

Long tegur aku pasal loan kat this one agency yang aku bayar tak berapa lancar, kadang bayar, then dua tiga bulan tak bayar. So ok lah, aku kata yang from now on aku akan bayar bulan-bulan, infact minggu lepas aku dah bayar untuk Dec. Yang terakhir aku bayar, bulan 8. 

"Macam ni lah, kalau awak ada duit, awak bayarlah semuanya. Sebab kalau awak mati tapi hutang tak berbayar, ruh awak akan terkantung-kantung, awak sanggup ker?"Long kata gitu.

Aku macam tak percaya Long cakap gitu, memang betul apa yang dia cakap tapi keadaannya tak berapa bersesuaian. Kalau aku tak ada niat nak bayar, lain cerita, ini, aku niat dan berusaha bayar, cuma tak serious aje. 

Aku tak tahu dan tak berapa faham dengan Long nih, memang dia nampak lebih warak sejak selalu berkepit dengan Maulana tuh, tapi at the same time fikiran dia sempit sangat jadi nya, ada a few instances aku peratikan. 

"Samalah prinsip dia, macam orang beli rumah, kereta.......", aku kata gitu, aku tak rasa Long boleh faham apa yang aku nak cakap sebab aku tak explain details, aku terus aje blah ke masjid.

Sepanjang berkayuh tuh jadi bodoh jer aku, macamana kalau aku mati harinih, atau esok, atau lusa? Aku akan menyusahkan orang, and in this case aku akan menyusahkan Long. Itu yang masa berdoa, aku tambah doa aku. Biasanya aku doa semoga Tuhan panjangkan umur aku supaya aku dapat beramal ibadat dan jugak bertaubat. Sekarang kena tambah sikit, semoga Tuhan panjangkan umur aku (dan murahkan rezeki) supaya aku dapat lunaskan hutang. Aamiin.

Balik dari masjid aku cuba install this one app, Quran Bahasa Melayu, then aku upgrade, bayar RM 14-99. Syukur Alhamdulillah aku dah jumpa app yang boleh gantikan Quran Terjemahan yang aku baca tuh, yang ada kaler-kaler kat mana Qalqala, Iqlab, Idgham, Ikhfaa dan Ghunna, pendek kata sebijik macam Quran terjemahan yang aku guna tuh. Lagi bagus sebenarnya sebab ada translation. Kalau biasanya aku baca satu page then barulah baca translation tapi dengan app tuh, translation nya setiap ayat, so that's even better kan? So, kalau aku tertinggal Quran, aku tak ada alasan lain dah. Yang best nya, bila-bila aku boleh baca. So tak heranlah the whole evening aku mengadap cellphone, sekali sekala aku bukak Quran, just nak compare kan, takut-takut ada yang berbeza. 

Berderau darah aku dan aku rasa airmata aku nak jatuh bila Ustaz tuh kata Kuliah Tasauf malam nih bab Rahmat dan Berputus Asa (dari Rahmat Tuhan). Ustaz tuh kupas apa itu Rahmat, nas-nas dari Quran (yang aku pernah baca tapi tak faham sangat pun), jugak cara-cara mendapatkan Rahmat dari Tuhan. Salah satu nya, berbuat baik dengan manusia.

By the time Kuliah habis, aku dah tak rasa bodoh. Aku rasa macam ada semangat baru. Kalau tadi, the whole day lepas Zohor, aku memang jadi bodoh sebodoh-bodohnya. Tapi malam nih kebodohan aku tuh dibawak air hujan yang turun mencurah-curah. Itu pun aku bersyukur, sebab dah 2 hari tak hujan. 

Dalam kereta aku ada banyak payung Royale Chulan Cherating (aku rasa ada jugak yang aku ter-kebas) so aku kasi satu kat this guy yang naik motor sama anak dia.

"Bila nak pulang kan payung nih?", that guy tanya aku bila aku kata, ambik lah payung nih.

"Tak apa, tak payah pulang kan lah. Kalau saya mati pun, ambik jer lah, tak payah pulangkan", aku kata gitu.

Masa dalam kereta sementara tunggu Chu, airmata aku jatuh lagi bila mengenangkan yang aku baru jer buat baik dengan orang (kasi kan payung), semoga Tuhan limpahkan Rahmat dan berkat kat aku. Aamin. Sebenarnya sejak dari dulu lagi, setiap kali berdoa, memang ada aku mintak kat Tuhan, aku kata, "Rahmati dan Berkati lah hidup aku", tapi aku tak berapa faham sangat pun apa yang aku doa tuh. 

Tapi malam ini aku rasa aku betul-betul faham.



Jumaat28Disember2018

Breakfast kat luar pagi nih, kat kedai Samad. Dah lama tak berbasikal pagi-pagi, at least sekali seminggu aku nak buat macam nih. Tak lama melepaknya, terus aje balik, dan ke kebun. Pun tak lama di kebun, menyiram tanaman yang kat polybags aje, jagung dan kacang harimau yang kat tanah, dah besar panjang masing-masing, tak payah siram lah.

For the first time aku ke masjid pakai jubah. Aku ada try jubah yang Mamat Kelapa kasi tuh, then teringat yang aku nih macam tak menghargai pemberian orang, aku ada dalam 10 jubah yang aku rasa, semuanya pemberian orang. Aku tak pernah pun pakai, seingat aku ada lah sekali masa Raya tahun bila tah, aku pakai jubah. So aku rasa macam bersalah gitu tiap kali tengok jubah bergantungan tak disentuh-sentuh, ada yang berlubang pun, dimakan tikus agaknya (masa kat Cherating dulu). 

Aku tak pernah berjubah tuh bukan apa, aku nih pemikirannya sempit jugak kadang tuh, aku selalu bayangkan yang orang berjubah nih orang yang warak. So itu pasal aku tak pernah pakai jubah tuh (dulu-dulu masa buat Umrah, aku sentiasa berjubah but that does not count) sebab aku memikirkan yang diri aku nih macam tak layak nak berjubah. Tapi bila ditengok yang orang yang berjubah pun ada yang perangai nya tak semenggah, yang aku rasa "lebih teruk dari aku", ada tuh terloncat-loncat menari, menyanyi walaupun berjubah, ada yang bergelang, berantai walaupun berjubah, aku rasa aku boleh terima hakikat yang jubah nih just a kind of pakaian, yang tak lah begitu melambangkan keperibadian dan kewarakan si pemakai. Itu yang aku pun rasa ok lah aku pakai jubah, at least aku menghargai pemberian orang yang selama ini tak aku hargai tuh. 

Sebab tak biasa berjubah dan aku naik basikal pulak ke masjid, masa nak turun dari basikal, jubah aku tersangkut kat seat basikal. Jubah tuh pulak ketat, body-hugging gitu. Aku tak dapat nak turun, aku kena keep on cycling, tak kalu basikal tuh tumbang. Nasib baik aku sempat berpaut kat kereta Ustaz yang baru sampai ke masjid, tak kalu memang memalukan lah, jadi macam orang menari kuda kepang gitu, seat basikal terlekat kat jubah.

The whole evening aku memorex, yang tak memberansangkan, maklumlah musim-musim cuti nih markets jadi slow and too liquid. Ditambah pulak dengan US shutdown yang dah masuk hari keberapa dah nih, so floating loss aku agak mengerikan.

Kalau aku ikut layanan perasaan malam nih, harus dah aku pergi dinner lepas Maghrib sebab malam nih tak ada Kuliah Maghrib. Dan sembahyang Isyak kat surau jer. So that aku dapat save masa, malam nih boleh lama sikit online. Tapi aku lawan perasaan aku tuh, melepak kat masjid, at least dapat beriktikaf, dan buat benda-benda lain. 

Tiba-tiba pulak aku rasa nak berjaga sampai pagi sebab masa aku nak masuk tidur tuh pun dah dua belas lebih. Seseminggu nih aku senang pulak nak tidur. So sampai ke pagi lah aku berjaga.


Saturday

Khamis27Disember2018

Ingatkan MN tak datang pagi nih sebab dalam pukul 8 setengah pun belum nampak muka. Rupanya dia pergi hantar anak dia ke stesen bas Raub, anak dia yang baru habis SPM tuh nak ke JB, nak cari kerja.

"Malas sungguhlah ke kebun basah-basah gini", aku kata kat MN, semalam hujan lebat.

"Pakai boots lah", kata MN.

Aku ke kebun jugak sebab tak kan nak melepak kat rumah tak buat apa (walaupun aku boleh memorex). Memang tak dapat nak buat apa sangat pun, setakat penuhkan a few polybags dengan tanah, sabut, baja aje, then pindahkan dan susun polybags biar nampak teratur sikit. 

Ada boots, tapi bukan aku yang punya, sepasang tuh Long yang punya, dan ada lagi sepasang yang aku rasa adik ipar Ipin tertinggal. Now, kalau aku di zaman jahiliah aku dulu, tak ada hal, aku pakai aje kan? Tapi sekarang nih sejak ikut Kuliah Tasauf nih, "benda-benda kecik" macam tuh, mana yang aku perasan lah, aku kena jaga. 

Dengan lain perkataan, itu bukan harta aku. True yang kalau tuan punya boots tuh ada, sure diaorang akan suruh aje aku pakai boots tuh, tapi masalahnya, diaorang tak ada di sini dan diaorang tak pernah pun kata things like, "pakai/guna jer lah apa-apa yang awak nak". 

Aku ingat lagi dulu masa this one Tokoh Ugama/Ulama meninggal, tak lama tuh keluarga arwah post kat FB suruh sesiapa yang terambil payung (kalau tak salah aku) arwah masa pengkebumian tuh, suruh pulangkan balik sebab payung tuh harta arwah. Masa tuh I was like, laaa, benda kecik gitu pun kecoh. Tapi sekarang baru aku faham.

Aku tapau nasi untuk MN, aku beritahu dia, tak payah balik lah tengahari, kain pelikat, towel pun aku sediakan. Semalam, dia balik tengahari untuk lunch, tak tahu lah dia balik ke rumah dia atau ke rumah mertua dia (bini dia duduk situ).

Aku memorex kat bilik, tak tidur pun tengahari nih. Tapi aku tak dengar bunyi MN buat kerja pun, bila aku intai, rupanya dia tidur. Aku nak pergi masjid for Asar pun dia belum bangun.

Esok MN tak datang kerja sebab nak buat persediaan untuk berjualan kat Pekan Sari Sabtu nanti. Jadi macam sibuk pulak petang nih, masa tu lah Tokay sabut datang hantar supply, masa tuh jugak Mamat Kelapa datang nak petik kelapa. 

"Awak pergi Kolumpo baru ni, dengan MN ker?", Chu tanya aku masa aku nak jemput dia untuk ke masjid.

"Tak lah, dia hantar saya sampai stesen bas Raub", aku jawab gitu.

"MH kata awak ke Kolumpo sama MN", Chu kata lagi.

Damn, boleh tahan MH nih pasal buat cerita.

Friday

Rabu26Disember2018

Nasib baik aku breakfast awal sebab sharp pukul 8, MN tiba, and so aku suruh dia mulakan kerja dan aku nak ke kebun. Aku memesin rumput sekejap, sekadar memendekkan semak yang dah setinggi pinggang tuh, memanglah tak sebersih yang adik ipar Ipin buat tapi at least kawasan sekitar kebun dah elok dipandang, compared to dulu yang semak mata memandang.

Aku banyak melepak jer masa buat kerja memasukkan tanah etc ke dalam polybags, dapat dalam 10 bags jer the whole morning aku buat kerja tuh. Then terus lah aku tanam timun dan peria. Siap tuh, aku susun polybags tuh semua elok-elok, seseminggu dua nanti nih akan meriah lah kebun aku, or rather pagar, sepanjang-panjang pagar tuh ada tanaman.

"Senang nya hidup awak yerk, ke kebun sekejap, lepas tu tidur. Tak ke mana-mana", kata MN. Aku tidur kejap lepas Zohor, masa nak pergi Asar, aku tinggalkan MN buat kerja. Hidayah tuh milik Allah, dulu, MN nih selalu berjemaah kat masjid tapi sekarang nih pergi masjid Jumaat jer. Ada lagi dua orang yang aku kenal rapat, pun macam tuh jugak. Harap-harap aku tak jadi macam tuh.

Sebelum Maghrib, keadaan macam nak hujan sangat so aku suruh MN balik aje lah sebab dia naik motor hari nih, tapi dia buat selamba jer. Then hujan turun, sampai dekat-dekat aku nak ke masjid barulah hujan redha. 

Semalam ada diberitahu yang malam nih ada Tahlil so aku ingatkan dibuat lepas Maghrib macam semalam tu lah, yang bermakna, mengaji malam nih dikansel. Tapi, rupanya akan dibuat lepas Isyak instead, dan aku nampak Tok Imam bawak buku Tajwid dia tuh, makna nya kelas mengaji tetap ada. Now, aku tak bawak Quran, aku tak reti guna Quran lain (I have to look into this problem really), lagipun aku lupa page berapa yang aku kena baca. Lagipun aku tadi tak praktis baca pun (sebab aku ingatkan kelas mengaji tak ada malam nih) sebab tadi aku baca pages lain.

So aku "melarikan diri" lah lepas Maghrib tuh, makna nya dah 2 minggu aku tak mengaji sama Tok Imam (minggu lepas aku di KL), harap-harap dia tak sentapz lah sebab yang datang mengaji pun cuma 3 atau 4 orang jer.

Aku ke kedai makan kat area surau, lepas makan aku sembahyang Isyak kat surau aje lah. Tak ada rezeki aku lah makan sedap kat masjid malam nih.

Thursday

Selasa25Disember2018

Aku ke Pekan Sari Sungai Ruan sekejap pagi nih sebab dah lama tak ke sana, tapi gerai buah tak ada satu pun yang bukak, aku nak beli bekalan limau oren. Then ke kedai peralatan pertanian, banyaklah benda yang dibeli sebab aku plan nak mempertingkatkan kerja aku kat kebun now that musim hujan dah berakhir kot. Baja, polybags, tanah hitam yang aku beli. Semalam dah order 10 guni sabut.

Sebelum Mak balik, kitaorang bersembang sesambil aku punggah barang yang aku beli tuh. Ipin sama Ita kata diaorang akan pindah duduk kampung mak Ita, bulan 2 tahun depan, so Mak dan aku jugak, suka sangat kalau Ipin selalu jenguk-jenguk balik kampung, at least ada kawan peneman aku berkebun. Diaorang tengah kumpul modal nak buat tanaman fertigasi, nak ada greenhouse nya sekali. Aku beritahu lah yang aku memang ada plan nak buat project tuh jugak cuma nya aku tak ada geng, so kalau diaorang serious, aku boleh kasi modal sesikit buat permulaan.

Aku beritahu jugak yang Pusat Serenti Sungai Ruan ada jual anak-anak pokok, dan kalau nak, aku boleh perkenalkan sama SarjanK, boleh joint venture buat projek macam yang sedara aku buat tuh. Pejabat Pertanian Raub pun ada buat kursus pertanian, Ipin kata dia minat. Tapi kena tunggu bulan 2 lah baru boleh serious. Terus aku jadi bersemangat dan excited, Mak pun bersetuju sangat.

Terfikir jugak aku, kalau macam nih, aku tak kawin sampai tua pun tak apa ekekekek. Iya lah kan, Ipin sama Ita ada untuk jenguk-jenguk aku, kan? Damn, nampak sangat aku nih kekurangan kasih sayang, kan?

So all in all aku rasa macam happy dan tenang aje, bersyukur pun sama. Bersyukur sebab dua tiga hari nih everything was so smooth.

Aku tak lunch pun, makan nasi lemak belen diaorang breakfast tadi jer.

Halfway berkayuh ke masjid for Zohor, aku perasan tayar belakang tak ada angin. Adusss, pancit lah tuh, dua tiga hari lepas sakan budak-budak Tahfiz tuh main basikal, sure ada tertusuk paku kot. So aku patah balik, naik kereta aje lah.

MN ada datang ajak aku pergi beli tiles untuk dipasang, aku kasi dia duit dan suruh dia pergi pilih sendiri. Then Paki jual kain datang, aku tak beli apa-apa sebab aku cuma akan beli kain pelikat, dia tak bawak pulak, yang dibawak, langsir, carpet, kain batik.

2 kali MN datang petang nih, sekali tuh hantar tiles dan peralatan yang dia beli tadi, kali kedua tuh entah apa pasal aku pun tak tahu, malas lah aku melayannya, aku buat kerja kat dalam bilik. Tau lah ko yang nak pasang tiles tuh nanti but that doesn't mean yang ko boleh lepak kat rumah kitaorang sesuka hati. Tak kan dalam sehari sampai 3 kali datang? Tak kan ko tak tahu yang aku nih kera sumbang tahap kronik and I need my space.

Aku tengah bersiap nak ke masjid bila ada bunyi hon kereta, rupanya Mamat Kelapa yang selalu petik kelapa (dan duit tak pernah kasi kitaorang tuh), yang tolong repaire basikal aku dulu tuh datang bawak something. Aku macam tak percaya, aku bersyukur sangat sebab permasalahan aku ada penyelesaiannya. Terus aku beritahu dia pasal basikal, dia kata dia akan repair kan. Rupanya dia nak kasi aku jubah, dia baru balik dari Umrah pagi tadi, ikut rombongan UMNO. Dan dia kata esok lusa dia nak datang ambik kelapa. Ooooo........

Malam nih ada jamuan besar, ada orang sponsor Tahlil. Malam esok pun ada jugak kata nya.


AhadIsnin2324Disember2018

Ahad 23 Disember 2018

Lepas breakfast, kitaorang gotong royong membersihkan kawasan luar rumah. Ipin ada balik, dia kawin dengan orang dekat-dekat Raub jugak, dia ajak adik ipar dia untuk memesin rumput. So adik ipar dia tu lah yang banyak buat kerja nya, kitaorang sembang-sembang lepak-lepak gitu aje lah, buat kerja sesikit aje. Best pulak kali ini, mungkin sebab ramai lelaki kot? 

Akak De sama Ida balik ke destinasi masing-masing sebelum tengahari, yang lain tuh pergi mandi air terjun, kat Raub area nih banyak kawasan peranginan semulajadi. Kat area Sungai Ruan nih pun ada 4 atau lima resorts, Benum Hill Resort, Lembah Temir etc, just to name a few.

MN ada datang sekejap, bila dia tengok kat rumah ramai orang, so tak lama lah dia melepak. Aku nak suruh dia pasang tiles kat kolah bilik air, jugak robohkan kolah di belakang, dan kerja-kerja lain. Itu yang dia excited sangat tuh, aku ok jer, kesian jugak aku tengok dia tak ada income lain selain berniaga jual makanan kat Pekan Sari hari Sabtu. 

Aku tak ke masjid malam nih sebab ada mengaji kat surau, ramai jugak yang datang malam nih, 8 orang. Biasanya 3 empat orang jer. Macam tak "berapa laku", makanan yang aku bawak, mee goreng sama kuih pau, sebab ada jemaah tuh bawak bubur pulut durian. Macamana pun habis jugak semuanya, ada yang tapau bawak balik. 

Isnin 24 Disember 2018

Kalau mengikut schedule nya, Mak balik ke rumah Long di Jerantut hari nih tapi since Long tak diketahui bila akan sampai dari Kedah, dan tak kan Mak nak duduk sorang-sorang sementara tunggu keluarga Long sampai, Ipin decided nak hantar Mak balik hari esok aje lah. 

"Jangan cerita details sangat, nanti kepoh", selamba jer aku kata gitu kat Nuar masa Nuar cerita pada Mak pasal hajat kitaorang nak pasang booster, air slow sangat kat Raub nih. 

Aku nih kan ker jenis yang tak cakap banyak? Dan aku tak suka kalau benda-benda gitu heboh, tambah-tambah kalau kaki kepochi Ida yang sorang tuh tahu. Tadi, pasal bila Mak nak balik pun, riuh rendah kat WA. Semalam dan tadi, berapa kali tah, Mak tanya aku, berapa nak bayar kat adik ipar Ipin tuh, upah memesin rumput. 

"Bayar lah banyak sikit, dia tuh orang susah, kita niat derma jer lah", kata Mak semalam. Tak lama tuh tanya lagi, "Awak dah bayar ker ke orang mesin rumput tuh? Berapa?". Bila aku kata aku nak kasi RM 150, Mak kata, "Lahhh, mat nyer banyak sangat?" Dan Mak pun mula lah kata yang Ipin, Ida ada kata yang RM 150 tuh banyak sangat. Aku memang sedia maklum yang Mak petik jer nama Ida, nama Ipin tuh, untuk menguatkan hujah. 

Tadi pun Mak tanya lagi, "Awak dah bayar ker upah budak tuh?", aku kata belum bayar. Bila Mak tanya nak bayar berapa, aku tetap kata nak bayar RM 150. Dan Mak pun kata yang budak tuh biasanya charge RM 40 jer untuk memesin rumput kat laman, jadi tak payah bayar banyak-banyak lah.

Memanglah RM 150 tuh banyak kalau diikut jam kerja yang tak sampai 5 jam keseluruhan dua hari kerja, tapi, apa salahnya kan bayar lebih sikit, sedara-mara Ipin jugak tuh. 

Pasal nak suruh orang meracun semak, pasal nak pasang tiles kat bilik air, pasal nak ubah saiz kolah bilik air belakang, pasal nak cat bilik air dan tandas belakang pun dua tiga kali Mak tanya aku, aku jawab tak jawab jer sebab aku memang dalam perancangan nak upah orang buat tuh semua. 

"Buat lah, lepas tuh awak mintak duit dari Ida", kata Mak lagi. Ida yang menguruskan kewangan Mak.

Terasa jer nak beritahu Mak yang aku tak nak claim atau mintak duit apa-apa sebab nak mendapatkannya memang payah, banyak sangat ditanya itu ini, last-last aku jugak dicop kaki kelentong.So aku nak buat semua tuh guna duit aku sendiri, kalau diaorang nak reimburse nanti, rezeki lah. Tak kalu, no hal.

Tinggallah kitaorang berempat, aku, Mak, Ipin dan Ita, bila Nuar segerombolan balik. Aku melepak dalam bilik aje lah sebab sehari dua nih langsung tak bukak laptops, tab etc. Agaknya bahang panas, kepala aku pening sepening-peningnya tengahari nih masa nak Zohor. Bila one of the jemaahs tanya apa pasal aku moyok jer, aku kata lah aku pening kepala, asbab nya, makan pulut durian yang dia bawak ke surau semalam. 

Ipin sama Ita balik sekejap ke rumah diaorang so tinggalah aku sama Mak, rupanya Mak pun pening kepala jugak. Tak ke masjid for Asar dan Maghrib (and Isyak) sebab pening aku tak hilang jugak, lagipun nak temankan Mak yang tak berapa sihat.

Dah malam baru Ipin sama Ita balik, laju jer Mak sembang sama diaorang, aku perasan yang sesehari dua nih Mak tak sembang sangat sebab tak ada geng. 


JumaatSabtu2122Disember2018

Jumaat 21 Disember 2018

Pagi ini baru lah aku free sikit sebab semua gadgets aku ok, dan semua apps yang perlu, dah aku downloaded etc. Kebanyakan apps kat gadgets aku semuanya berkisar pada cryptocurrencies. For the last few days pun aku ada guna Boost, semalam kat KLIA, 3 kali aku guna Boost untuk beli barang dan makan. 

Aku melontong kat Pudu Sentral punya food court, best kat situ sebab tak ramai orang, so lama lah jugak aku melepak sambil baca paper, memorex etc. 

Sembahyang Jumaat kat Masjid Jamek, lepas tuh terus ke KL Sentral. Kampung sungguhlah aku nih, nak guna mesin beli ticket guna Debit Card pun terkial-kial, kena tanya orang lagi. Semalam pun gitu jugak, terkial-kial nak guna kad untuk beli kad Komuter. 

Selesai urusan aku kat KLIA, terus aje aku blah. Banyak tempat yang aku tak terpergi kali ini, padat urusan keduniaan aku sampai tak sempat nak ke tempat-tempat yang biasanya aku pergi, macam Pasar Karat, The Robertson, Subway kat Pavilion. Area Sogo pun aku tak sempat pergi, tak sempat singgah. 

Aku cuma sempat ke Chow Kit sebab nak beli "products sunnah", benda-benda macam gitu. Lepas Isyak barulah aku ke Bukit Bintang, mungkin untuk kali terakhir tahun nih. Biasanya Krismas atau New year memang aku ada di KL tapi kali ini tak kot.

Sabtu 22 Disember 2018

Aku tak jadi nak balik Raub sama Ida sebab dia nak bertolak awal, so aku tumpang Pui, dalam pukul 11 gitu aku tunggu Pui kat LRT Setiawangsa. Punya lah siksa nya sebab ramai orang, ada event cosplay apa tah kat KLCC, macam-macam pakaian dan ragam orang yang aku jumpa masa kat LRT. First time aku bawak 2 bags, satu bag tuh muat dua-dua laptops. Pui pun terkejut tengok aku bawak barang banyak ekekeke

Singgah kejap kat OldTown kat Karak Highway, aku belum makan. Sembang-sembang dengan Pui gitu lah, Pui nak pinjam duit so aku setuju nak kasi a few thousands. Mampos aku kali ini, belasan ribu jugak habisnya sepanjang aku di KL. Itu tak termasuk RM 5000 yang aku bayar kat Nuar, harga motor elektrik yang aku "macam terpaksa" beli tuh. Tapi tak apa, adik beradik punya pasal, apa yang aku dapat tolong, InsyaAllah aku akan tolong. 

Kitaorang sampai Raub waktu Zohor, Mak, Ida, Akak De dah ada di rumah. Tak lama tuh aku terus ke kebun meninjau keadaan, petik tembikai 2 bijik, ada 4 bijik yang buruk sebab selalu terendam masa hujan lebat. Ada gaya macam hujan turun sepeninggalan aku, walaupun tanah kering kontang.

Hujan lebat malam nih masa nak ke masjid, sengaja aku pergi awal sebab nak kasi Mak peluang untuk sembang dengan Chu dan yang lain-lainnya. Nuar sekeluarga sampai malam nih, bawak 5 orang budak Tahfiz kawan-kawan anak-anak dia kat madrasah. 


Wednesday

Khamis20Disember2018

Hari nih aku sibuk cara lain pulak. Ada a few things yang aku kena scan dan emailkan. Nasib baik kat Pudu Sentral tuh ada printing service, cuma yang buat lambatnya, tokay Cina tuh jenis yang degil, yang tak nak dengar kata orang. Aku suruh dia scan dan save kan kat thumb drive aku tapi dia kata lebih senang kalau dia hantar melalui WA. 

Bila aku balik ke hotel nak siapkan kerja aku tuh, tak clear lah pulak semua benda yang di scan tuh, so terpaksa pergi semula ke kedai tuh. Terkemut-kemut buat kerja, berkali-kali aku suruh dia scan IC, lesen, Debit Card aku tapi dia photostat dulu baru di scan nya, mana lah clear. Bila ada customer lain, ditinggalkannya benda yang nak di scan tuh, terus dia layan orang lain, sambil kata, "wait aaa, wait aaa". 

"Ma cibai", kata aku dalam hati.

Hilang sabar aku, puas aku menahan dari marah, nasib baik aku pakai ketayap, then aku teringat pengajian Tasauf bab sabar yang aku belajar minggu lepas. Tersengih aku, tak sabar aku nih orangnya, kata aku dalam hati. Sesambil meunggu tokay tuh buat hal lain, aku duduk jer lah, macam orang bodoh. Then masuk this one Indian girl, dia nak beli power bank tapi yang dia nak tuh mahal sikit harganya. Lama jugak dia mengecek tokay tuh (see, tokay tuh layan orang lain, kerja aku tak dibuatnya jugak) mintak harga murah, then aku bukak wallet, ambik RM 50, kasi kat Indian tuh, sambil kata, "you ambil ini, you beli yang itu (sambil tunjukkan power bank yang dia nak tuh), balance harga you bayar guna duit you". 

Perempuan tuh tak nak ambik, tapi aku hulurkan jugak, aku mengayat lah sesikit, sampaikan tokay tuh suruh perempuan tuh ambik duit yang aku nak kasi tuh. 

"Ambil lah, it's your lucky day", aku kata gitu. 

Perempuan tuh macam tak percaya aje, so aku buat selamba aje lah. Sebenarnya aku buat gitu sebab aku rasa macam nak "tebus" yang tadi aku ada rasa marah kat tokay tuh, perasaan marah ada hinggap dalam hati aku sekejap, itu yang aku nak contra kan dengan menghappykan orang pulak. Entah, tetiba jer aku rasa nak kasi Minah tuh duit. Macam semalam lah masa kat Berjaya Times Square, masa suruh Banglas tuh set up kan internet connection aku guna pocket wifi tuh, diaorang tak charge apa-apa, instead aku kasi diaorang RM 50, suruh diaorang kongsi beli lunch.

Aku kena pergi KLIA sebelum office tutup, aku ingatkan paling senang, naik KLIA Express dari TBS sebab kalau dari KL Sentral sure mahal. RM 76 return tickets, mahal nya, kata aku dalam hati. Baik aku naik Komuter ke Nilai, then naik Grab ke KLIA, lagi murah, kot? Beratur panjang lah pulak kat counter ticket, machines semua rosak. 

Mulanya aku nak balik hotel aje tapi terpergi ke KL Sentral, pastuh ternaik Komuter ke Nilai. Lambat pulak Grab driver datang, by the time aku sampai KLIA, office tuh dah tutup. Kena datang esok. So aku suruh driver tuh hantar aku balik semula ke stesen Nilai. Buang duit dan masa jer harinih. 

Turun kat Kajang sebab saja nak naik MRT. Lepas Isyak keluar ke Bukit Bintang, makan kat belakang Fahrenheit tuh for the very first time.


Tuesday

Rabu19Disember2018

Tak teratur hidup aku kalau di KL nih. Pagi nih the whole morning aku depan laptop, figuring out apa pasal laptop yang dah ditukar screen semalam tuh, tak dapat connect ke internet. Katanya adapter punya problem. Pelik aku, sebelum ini ok jer. Aku nak pindahkan semua info, etc ke laptop tuh sebab nanti aku nak reformat laptop yang lagi satu nih. 

Tak breakfast aku, turun tapau nasi dalam pukul 12 gitu. Lepas Zohor aku ke Imbi Plaza, bawak kedua-dua laptops. Laptop screen baru tuh hantar kedai lain, Paki tuh kata aku kena guna portable adapter sebab adapter dah rosak, kalau nak tukar yang baru, not worth it. Aku menurut kata aje lah, nasib baik tak mahal.

Ok, laptop kedua pulak. Internal batteries laptop tuh dah kembung, itu pasal semua screws tercabut, so bila Cina tuh tunjukkan kat aku apa yang nak diganti, aku suruh dia buat apa yang patut. Then dia kata yang nak tukar batteries, nak repair, nak format, mau dalam tujuh lapan ratus, jugak tak berbaloi. Mulanya aku nak suruh dia repair dan buat apa yang patut sebab aku sayang laptop tuh, memang heavy duty, tak pernah buat hal selama 5 tahun lebih aku guna. Then again terfikir jugak aku, lebih baik beli laptop second hand, harga lebihkurang sama jer. 

Gelak Cina tuh bila aku ambik rangka-rangka laptop tuh, pastuh aku masukkan ke dalam tong sampah. Senang cerita. And so aku merayau-rayau lah cari second hand punya laptop, kebanyakan yang on display tuh semuanya Dell dan HP, aku nak Acer, yang touch screen macam laptop aku tuh. 

"Abang apa cari?", Paki kat kedai sebelah tuh tanya.

"Saya mau cari Acer, yang touch screen punya", aku jawab gitu, aku konfiden dia tak ada jual Acer.

"Ada, ada", kata Paki tuh, terus dia suruh aku pilih yang kat komputer dia. 

Tak nak cakap banyak lah, aku pilih yang terlatest, yang boleh buat yoga, boleh dilipat 360 darjah, boleh dibuat macam tab jugak. Habis RM 2500 di situ. Sementara Paki tuh pergi ambik laptop tuh, aku ke Berjaya Times Square, nak suruh Bangla semalam tuh ajar aku macamana cara nak guna pocket wifi tuh sebab kalau mengikut manual nya, banyak proses yang kena dibuat sedangkan pocket wifi aku yang lama tuh simple jer, tak payah nak set apa-apa, terus on.

The rest of the day aku mengupdate, mengdownloadapps, etc kat kedua-dua laptops, jugak kat tab yang aku reformat pasal ada malware agaknya, banyak pop ups yang popping up bila aku guna. Dan  sepanjang petang sampailah malam nih sebelum merempit kat Bukit Bintang, aku memorex. Bitcoin dan cryptos lain semuanya rally, apasal tah. Bull trap jer kot? Kemungkinan besar dead cat bounce. Apa-apa lah, nak naik ker, nak turun ker, tak jadi masalah bagi aku. Aku akan tetap kumpul BCH yang sekarang dah jadi 4 something. 

Monday

Selasa18Disember2018

Pagi nih sambung kemas-kemas apa yang patut, lebih pada touch up jer. Aku sedia maklum yang bersih, cantik, tersusun rapi seorang lelaki tuh tak sama dengan bersih, cantik dan tersusun rapi di mata perempuan. Kau buat kerja bersih, susun, kemas kan secantik mana pun, akan tetap tak bersih, tak tersusun, tak kemas dan tak cantik di mata perempuan. So aku buat tuh sekadar untuk mengurangkan level tak bersih, tak tersusun, tak kemas dan tak cantik aje lah. Aku faham sangat dah Mak aku, jugak Ida. 

MN datang dalam pukul 10-45 seperti yang dijanjikan. Ya, gue udah punya supir, kapan-kapan ajah gue pengen ka kota, dia bisa ngantarin ka stasion bis. Kitaorang singgah makan kat Bandar Raub sebab aku belum breakfast. MN tanya aku, di KL duduk kat mana, aku nih kan ker jenis lurus so aku cerita lah yang aku duduk hotel, aku tak pernah pun pergi rumah adik beradik aku, let alone bermalam di rumah diaorang. 

"Aku nih sebijik macam Mak aku, Mak aku kan, tak pernah tidur kat rumah adik beradik dia", aku kata gitu. Memang pun, kalau pergi rumah Pak Sedara aku kat Lembah Klau yang cuma a few kilometer dari kampung, itu pun balik hari. Pernah sekali aje Mak tidur rumah adik Mak, sebab rumah tuh kat Johor.

"Eh, aku nak ikut awak lah, boleh jalan-jalan Kolumpo", kata MN gitu.

Berderau darah aku, hampir berpeluh aku dibuatnya bila MH kata dia boleh jer ke KL sama aku sebab dia tak ada kerja pun, weekend jer yang dia sibuk sebab nak buat persediaan untuk berniaga Sabtu tuh. Nasib baik lah aku tak kata macam, "jom lah", "boleh jer....", mungkin sebab aku tergamam mendengar idea dia nak ikut aku ke KL tuh, so dia tak jadi mengekor aku akhirnya. 

"Tak apa, bulan depan aku ke KL lagi, kalau awak free, boleh join........", aku kata gitu sambil fikir yang aku kena ke KL weekend lah kalau macam nih, masa dia tak free. Jahat aku kan? Jahat tapi nampak baik gitu ekekekeke

Bukan aku tak nak dia ikut aku tapi aku kali nih ada banyak urusan peribadi yang nak dibuat, nak ke sana sini. Aku tak nak nanti dia macam "terkejut" dengan lifestyle aku sebab kat kampung aku macam zuhud jer, macam tak bermaya gitu. 

Sampai aje Citin Hotel, terus aku bersiap nak ke Bukit Bintang, aku bawak satu laptop yang nak direpair, yang satu lagi tuh esok lah sebab aku masih nak guna laptop tuh yang boleh digunakan lagi, cuma keadaan fizikal nya yang terlalu parah. Singgah dulu kat Low Yat Plaza, habis RM 3500 kat situ, tak payah tulis lah beli apa, aku tak ada masa nih ekekekekke.

Rupanya screen lapop aku dah kaput, perlu diganti, RM 250. Sementara direpair, aku ke Berjaya Times Square, beli pocket wifi/ macam modem gitu. Aku dah ada 1 tapi aku kena beli yang lain yang 4G sebab nak guna kat laptop lagi satu. See, aku nak bukak another trading account so aku tak boleh guna IP yang sama sebab aku signed up for that trading account guna my own link, kira macam referral system gitu. Aku bukak account B guna account A punya link, so segala transaction revenue akan dapat jugak kat account A. Lebih kurang gitu lah prosesnya.

Habis RM 450 kat Berjaya Times Square.

Then terus lah balik ke hotel, tak tidur walaupun keletihan. Instead aku mengdownload apa-apa yang perlu, then menyalin dan buat notes apa-apa yang aku rasa penting sebab my second laptop tuh aku nak reformat jugak nanti lepas dirawat kecacatan tubuh badannya. 

Lepas Isyak baru lah aku menapak ke Bukit Bintang dalam keadaan santai, tak macam tadi masa kat Samsung kat Low Yatt, salesperson tuh siap tanya aku, "Encik sibuk ker, macam tergesa-gesa jer, nampak macam letih jer". 

Elok jer aku melintas jalan depan Royale Chulan Bukit Bintang, aku ternampak DatuK dalam BMW dia, nasib baik lah dia tak perasan aku sebab dia tengah paling kan muka arah hotel, teruslah aku jalan cepat-cepat sambil buat-buat bercakap kat cellphone.

Tak lama aku merempit, lepas makan kat North Indian restaurant yang baru bukak kat situ, terus aku balik, ada kerja sikit nak dibuat untuk esok. Itu yang aku terus beli bekal nasi lemak sotong sama teh ais madu siap-siap. Kalau kat KL aku "tak rasa rugi dan guilty" pun buat benda-benda keduniaan sampai lewat malam. Tapi kalau kat kampung, nak on kan laptop malam-malam pun rasa rugi dan guilty sangat. 

AhadIsnin1617Disember2018


Ahad 16 Disember 2018

Biasanya kalau Sunday aku breakfast kat kedai Ameno tapi pagi nih aku termalas pulak ke sana. Sebab aku terrajin buat cekodok sambal hitam. Nak makan oats, cereals, tak lalu sangat tekak aku nih, aku tak enjoy. Tak apa kot, sekali makan cekodok, tak memudaratkan, macam lah jugak sekali makan cereals, tak ada effect apa-apa.

Aku pindahkan dalam 10 batang anak pokok betik, dari polybags ke tanah. Lega aku sebab nanti Mak sure akan tanya, benih betik tuh Mak yang kasi dan disuruh tanam. Lepas tuh mengisi tanah, baja, tanah hitam, sabut ke dalam polybags, dapatlah dalam sedozen. Sebagai upah kerja harinih, aku petik tembikai.

Ada jemputan khenduri lepas Zohor, aku terpaksa pergi sebab tuan rumah ajak aku personally selain buat pengumuman kat masjid. Dia nih selalu sembahyang kat sebelah aku. Since rumah nya jauh, aku tumpang jemaah lain sebab aku berfatbike masa ke masjid tadi. Respect gila aku kat PakCik tuh sebab walaupun rumah nya jauh di ceruk hutan tapi dia tak pernah miss berjemaah kat masjid. Terfikir jugak aku, kalau lah aku, rasanya payah jugak nak buat macam dia tuh.

Aku bantai tidur lepas Zohor, segar rasanya bila bangun dekat nak Asar tuh. So banyak masa aku nak praktis baca Quran untuk malam nih. Too bad aku tersalah pages, sepatutnya pages lain tapi aku baca pages lain, itu yang masa mengaji aku macam tersangkut-sangkut jugak a few times.

Dapat news yang Mak nak balik Sabtu minggu depan sebab Long sekeluarga nak ke Kedah.

Isnin 17 Disember 2018

Awal pagi aku dah mula membersihkan rumah, iyalah kan, Mak nak balik nanti, aku pulak nak ke KL esok. So banyak lah kerja yang aku kena buat harinih. Tak sempat nak mengemop pun sebab nak uruskan tanaman kat kebun jugak, nak kasi siram banyak-banyak takut nanti mati kering pulak tanaman aku 5 hari tak bersiram.

Dalam pada aku memorex slow-slow sekarang nih, ok jugak Bitcoin Cash BCH aku yang terkumpul, dah dapat 3 BCH. Itu yang buat aku semakin bersemangat nih, esok nak ke KL akan aku hangkut both my laptops untuk direpair, kedua-duanya dah nazak. Tablet dan cellphones aku pun nak aku upgrade. Tahun depan nih kalau panjang umur, kalau ada orang tanya aku kerja apa, aku nak kata yang aku full-time Forex & Crypto Trader lah.

Aku macam boleh agak yang bila aku pulun praktis baca Quran, Ustaz tak datang. Tak kisah lah, aku memang saspen kalau mengaji Isnin malam Selasa nih sebab semuanya orang terrer-terrer. Dan biasanya aku akan melepak kat masjid sampai Isyak, kan? Tapi malam nih aku tak buat gitu sebab aku fikir, lebih baik aku makan sebelum Isyak, nanti lepas Isyak sure ramai jemaah yang datang sebab tak ada jamuan kat masjid. Tapi, rupanya orang lain pun berfikiran macam aku jugak. Ada a few jemaahs yang ke kedai yang sama, termasuk my next-door neighbour tuh, dan tak nak cakap banyaklah, dia yang bayarkan harga makanan aku. 

Awal aku tidur malam nih, aku ada fikir yang kalau aku susah nak lelapkan mata, aku nak terus aje berjaga sampai pagi. Kat KL nanti aku nak tidur puas-puas, iyalah kan, tidur kat hotel.


Friday

Sabtu15Disember2018

Tak ada pulak Chu menalipun pagi nih suruh jemput dia untuk ke Pekan Sari, so aku assumed dia tak ada apa nak beli. Esok aku tak payah bawak makanan ke surau sebab ada orang lain yang sponsor, itu sebab nya kot yang Chu tak nak beli apa-apa.

So aku pergi sorang-sorang, jalan kaki jer meredah laluan semak, sesambil tuh boleh jugak mengecheck pokok-pokok buahan. Manggis banyak dah berbuah, ciku lagi lah banyak buahnya, too bad tak ada siapa yang suka ciku. Dan limau Bali pun banyak buah nya, berjuntaian, cuma masalahnya dengan limau Bali nih, tak pernah membesar buahnya macam yang dijual kat tepi-tepi jalan kat Tambun, Perak tuh. Hopefully kali ini menjadi lah, InsyaAllah.

Walaupun dah minum kat kedai Samad tapi bila sedara aku ajak mengeteh, aku ikut jer lah. Lama jugak kitaorang bersembang, dia pau aku suruh beli rokok, selain bayar harga makanan dia. Dia asyik tanya bila nya aku nak beli tanah Siam lagi, aku kata yang tanah dulu tuh masih belum habis aku gunakan. Banyak yang sedara aku nih suruh aku tanam tapi aku beritahu dia yang aku macam di persimpangan, ada masanya aku rasa nak duduk KL, ada masanya aku rasa nak duduk di kampung aje.

"Awak nak duduk di Kolumpo buat mende nyer, awak tuh dah tua", kata sedara aku. Dia nih memang jenis yang cakap lepas jer. Tapi berisi cakap nya, ada point.

Betul jugak kata sedara aku tuh. Tak apa, tengok lah nanti macamana.

Tak ke kebun dah lepas balik dari Pekan Sari, hari dah lewat pagi, aku nak buat kerja lain jugak. Lepas Zohor aku tak lunch, biasanya aku ke kedai di sebelah masjid tuh. Tak lapar sebenarnya itu yang terus aje aku balik. Lepas Asar baru aku makan, goreng fries, fish fillets dan omelet. 

Chu bawak pulut panggang sama kuih apam ke masjid malam nih, pihak masjid yang order. Ustaz yang kasi Kuliah Tasauf malam nih tuh, dia tak makan kalau ada jamuan nasi, dia prefers kuih. Itu sebab minggu lepas tak ada jamuan, sebab tak ada kuih, kata nya lah. Macamana pun ada jugak nasi dan lauk, lebihan dari khenduri kahwin siang tadi yang tak ada pun orang kampung nih dijemput sebab yang kawhin tuh orang luar, orang dari kampung sebelah.

"Eh, Chu lupa nak kabar ke awak", kata Chu masa nak balik.

"Awak ingat dak budak perempuan anak angkat Chu yang awak jumpa masa kahwin Tihah (anak Chu) dulu tuh?", Chu tanya aku.

"Ngapa?", aku tanya gitu. Dalam hati aku kata, ha, mula dah nih...........

"Dia meninggal pagi tadi. Tadi mak dia talipun, meninggal masa tidur", kata Chu.

Then Chu cerita lah lagi, lepas Subuh, lepas mengemas rumah, dia tidur di sofa, then terus tak bangun-bangun dah. Aku tak tahu nak kata apa, macam susah nak percaya. Tapi itu lah, kuasa Tuhan.

Ditambah dengan pengajaran yang aku dapat dari Kuliah Tasauf tadi, banyaklah benda yang bermain kat otak aku. Aku jadi macam tak sedap hati, tak selesa gitu. So awal aku masuk tidur. Dan macam semalam dan malam-malam sebelum malam semalam, aku tak dapat nak lelapkan mata, so aku bangun, mandi etc. 

KhamisJumat1314Disember2018

Khamis 13 Disember 2018

Breakfast lontong pagi nih kat kedai sebelah kedai Samad sebab itu aje yang ada nya. Melepak lama jugak sebab ada orang yang aku kenal, sembang sama dia. Tak dapat nak ke kebun sebab semalam hujan, itu pasal. Mamat tuh mengeluh pasal harga getah, sawit turun, musim hujan pulak tuh, tak lama lagi sekolah bukak, tentu nak beli persiapan anak-anak.

Aku memorex jer the whole day, sikit demi sikit aku ambik profits, aku close kan positions yang untung. Tak nak lah aku biarkan, takut nanti berputih mata so might as well bersyukur aje dengan profits yang dapat walaupun kecik. 

MN ada datang lagi petang nih, dan aku pun turun ke kebun jugaklah memetik apa yang patut, kalau aku melepak kat rumah, karang dia nak melepak sama, buang masa aku. Dia siap bawak gunting untuk ambik sayur, sabar jer lah. 3 kali seminggu dia datang ambik sayur, tak kan aku nak stop kan dia, patutnya dia sedar sendiri lah kan? Tapi itulah, ramai jugak kat dunia nih manusia yang tak sedar, yang suka ambik kesempatan atas kebaikan orang. Aku terpaksa redha aje lah walaupun aku tak berapa berkenan dengan perbuatan dia tuh.

Tak ada pulak Ustaz malam nih sedangkan lepas Asar tadi ada pengumuman yang kata malam nih ada Kuliah Maghrib. So dibuat Tahlil dan baca Yaasin sebagai ganti. 

Jumaat14Disember2018

Lagi sekali aku tak dapat ke kebun sebab pagi nih hujan renyai-renyai. Kejap-kejap gitu. So another morning yang aku tak buat apa kecuali mengadap laptop yang sentiasa on tuh. Diselang-seli dengan baca apa-apa yang patut etc. 

Then ada orang datang hantar surat. Now, aku sepatutnya ke Kuantan pergi collect surat tuh tapi since dia ada datang, jadi aku dah dapat save masa, aku tak payah fikir dah bila nak ke Kuantan, minggu depan aku boleh lah lama sikit kat KL. Surat tuh berkenaan dengan permasalahan aku tu lah, yang aku tak dapat lah nak tulis kat blog nih. Walaupun penyelesaian nya dah ada tapi aku tetap ada sedikit rasa tak berapa sedap hati memikirkan what I have to go thru', macamana pun aku bersyukur yang Tuhan tunjukkan jalan penyelesaiannya.

"Bila nak tukar kereta baru nya?", Chu tanya masa hantar dia shopping kat supermarket di Sungai Ruan. Pintu depan susuah nak bukak. Itu jer lah soalan Chu, selain dari "Bila nak nikah (dengan anak angkat dia yang di KL tu lah)  nya?" Biasanya aku tukar ke cerita lain, malas nak menjawabnya nanti jadi panjang cerita. Kalau dulu aku selalu jawab kata things like "tengoklah akhir tahun nanti", sekarang aku kena jawab ayat lain lah pulak. Damn how time flies. Dan aku masih macam gini jugak. Membuang masa dengan tak ada peningkatan diri yang orang boleh nampak.

Aku tengah nak order makanan bila MH tegur, dia ajak ke Sungai Ruan. Selalu sangat pulak terserempak dengan MH sekarang nih, aku rasa nak tergelak jer sebab dia nih sorang lagi yang tunggu akhir tahun untuk "slow talk" dengan aku. Dah bertahun aku tahu apa yang hajat nak disampaikan tuh tapi dia tak tahu yang aku tahu. 

Damn jadi masalah besar pula lah nanti nih, pindah KL lah senang, tak ada orang nak cari aku, kan? Memang itu pun style aku, selalu "melarikan diri" dari masalah.