Monday

Isnin - 30092013

Harinih genaplah setahun pemergian Pak ke Rahmatullah. Aku ingat lagi, Sunday tuh masa aku tengah bersiap-siap nak pergi jogging (aku di Bandar Tasik Puteri, mengajar di Tadika & Tuition Center Teh/Kak Teh), Ida hantar mesej kata pak dilanggar motor masa nak ke masjid for Subuh. So aku balik Raub tumpang Teh sekeluarga, lepas aje dari toll Karak, dapat panggilan talipun yang mengatakan pak menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raub. 

Sekarang, tiap kali ke masjid aku akan cuba park kereta kat spot tempat accident tuh. Semoga roh pak dicucuri rahmat sepanjang waktu. Amin.

Pagi nih macam biasa, menyiram, menyiram dan menyiram. Aku betul-betul siram, especially pokok kacang yang dalam masa 2 tiga minggu dah boleh dicabut tuh. Ralat jugak nanti kalau tak disiram, pokok tuh mati, kan? I'm a little pumped now bila menengokkan yang di sana hijau merimbun, di sini hijau merimbun. Cuma yang buat tak berapa best nya, semak samun pun hijau merimbun jugak. 

Tak ada pulak S pagi nih, tapi Bambang ada datang meracun. Sikit jer kawasan yang nak diracun sebab S dah racun dah kat kawasan dia nak tanam pisang, so Bambang buat kerja slow-slow jer, dia nak cukupkan 5 jam kerja, 1 kong. 

Mulanya aku dengar jer mak pesan kat Bambang, suruh datang gali/buang pokok pisang yang Long tebang ituhari, sebab anak-anak pisang dah mula tumbuh. Mak kata, datang bila-bila senang, buat kerja tuh sampai siap. Mak tak faham agaknya yang Bambang tuh kerja ikut kong, aku tak heranlah kalau nak siapkan nanti tuh, beratus-ratus upahnya. 

Tapi bila aku explain kat mak, mak (as always) macam tak percaya kat aku, last-last mak merungut sorang-sorang. Mak, kalau pasal nak mencantikkan kawasan rumah, sanggup berhabis-habisan. Kadang tuh aku peratikan aje mak, almost setiap pagi mak akan menyapu daun rambutan kering yang kat depan rumah. Bagi aku, that's a total waste of time, unless mak buat tuh untuk mengeluarkan peluh. Ituhari mak kemaskan garaj tempat projek cili, cantik bersih jadinya, except for guni-guni bekas sabut yang bersusun (yang disusun oleh seorang lelaki), so mak tanya aku, "Guni tu awak nak buat mende, nak bakar ker?". Aku yang faham maksud soalan mak tuh (maksud nya, guni-guni tuh menyemak jer kat situ), terus jawab, "Tak kan guni nak bakar?". 

UstazM tak ada petang nih so Kelas Mengaji ditukar esok agaknya. Letrik pulak padam petang nih, dan aku pulak sakit perut, serba serbi tak kena rasanya. Penangan teh ais kedai Samad tengahari tadi agaknya, teh nya basi tapi aku tak sampai hati nak beritahu dia sebab dia ralit bersembang dengan aku. Padan muka aku sebab masa tuh dah 12 lebih, tak pernah-pernah aku mengeteh selewat itu. Tapi tak lah teruk sakit perutnya, tak lah sampai terlari-lari sambil pegang jubur gitu ekekekekek

And so aku melepak kat beranda jer lah, mengelamun, memendam rasa. Damn, as 2014 approaching, banyak benda yang aku kena pendamkan dari pengetahuan orang banyak. Dan aku tengah menyusun ayat, nak beritahu family aku yang 2014 nanti, InsyaAllah, aku nak duduk kerja KL lah semula, nak cari duit lah pulak. 

Sehingga itu, aku akan terus dengan selambanya berblog pasal tanam kacang, cabut kacang, tanam cili, petik cili, aje. As if tak ada benda lain yang aku fikirkan. As if aku akan terus duduk di kampung.

Tak hakan haku kasi hints whatsohever pasal what's going on in my head right now. 




Sunday

Ahad - 29092013

Pagi nih menyiram air baja kat cili dalam polybags, kesemuanya, dalam 500 bags lebih tuh. Sakit pinggang dibuatnya terpaksa menunduk. Cadangnya nak siram air baja kat cili yang ditanam kat tanah jugak tapi tak larat lah aku. 

So aku merumput, menyangkul, bermaharjalela sungguh rerumput, semak samun, sama galak masing-masing tuh. Bosan buat kerja tuh, aku menggembur tanah, menambun pangkal cili, kacang, best jugak sebab peluh cepat keluar. Tapi, cepat keluar peluh, cepatlah melepaknya, aku duduk kat batang pisang di sebelah sini, kat ceruk sana tuh S pun duduk kat batang pisang jugak. S nih rajin datang membela pisang, tiap-tiap hari datang, tapi tiap kali aku jenguk, intai dia, dia tengah melepak, entah masa bila dia buat kerja. 

"Awak pergi lah ke tempat buat batu nesan terh, entah-entah deme nyer lupa", kata mak, masa aku siap andi, masuk rumah (aku mandi kat bilik air di belakang). 

Patutnya tunggulah aku rihat-rihat dulu, kok yer pun mak nih, kata aku dalam hati. Tapi gitu lah mak, dari dulu lagi, dari masa sama (arwah) pak. Mungkin mak nak cepat kot sebab esok genaplah setahun pak meninggal, mungkin mak teringat kot?

And so aku ke Jelu, Long sama Ida yang menempah batu nisan sama hiasan kubur tuh, so aku tak tahu apa cerita. Tokay tuh kata yang semuanya akan sedia macam yang dijanji, siap sebelum Raya.

Petang nih aku kat LonelyPlanet lagi. 

"Awak ke Sungai Ruan cari kabaid, banyak mangga terh elok-elok" kata mak. 

Dari satu kedai ke satu kedai aku cari kabaid tapi tak ada, aku tersalah explain kat Cina tuh, aku kata, benda yang buat peluru senapang, jugak untuk peram buah. Nasib baik kat satu kedai nih ada one Kelantanese yang tanya aku, "nok pere (peram) buoh ko?, so dia explains kat tokay tuh. Rupanya bukan buat peluru senapang tapi meriam buluh.

Petang nih menyiram aje, tak sempat habis kesemuanya, sambung esok pulak. Aku ada cabut a few perdu kacang, nak tengok kalau-kalau dah sedia untuk dicabut. Dalam 2 tiga minggu lagi ready lah kot, masa Raya Haji. Rasa macam baru sangat lagi mencabut kacang, kan? 

Mengaji dengan ImamHajiMat malam nih buat aku geram aje, aku baca dah elok dah (bagi aku lah) tapi disuruh ulang tiga empat kali, bengang jer aku. 

Entah lah, tak bersemangat aku nak update blog sesehari dua tiga nih, update nih pun macam buat syarat jer. Kau tau kan Dear Diary yang ada benda yang aku tengah ligat fikir sekarang nih kan, tapi aku tak boleh tulis kat blog nih. Sebab blog nih ada orang baca. 

Aku nak buat macamana hah? 

Sabtu - 28092013

Aku tak kisah sangat lambat ke kebun pagi nih sebab semalam kan ker hujan, tak payah nak menyiram. Itu yang lama jer aku melepak kat kedai Samad, menengok orang lalu lalang membeli belah di Pekan Sehari.

Aku ajak Long cari buluh sebab nak dipacak kat dalam polybags, cili-cili tuh dah besar panjang masing-masing, kalau ditiup angin, atau dihempap hujan, or even tersiram kuat sikit, harus patah batangnya. Punyalah siksa nak mendapatkan buluh, Long pun lebihkurang macam aku gak, mana lah reti buat kerja-kerja gitu, dapat 2 batang jer, then dipotong pendek-pendek. Berpeluh-peluh aku, rasanya kali pertama dalam hidup aku, guna gergaji, dah lah gergaji tuh berkarat marat. Ya ampun, siksanya hidup nih.

Nasib baik aku ada excuse lain, nak hantar mak sama Makcik Esah ke rumah orang kahwin kat Flat Polis Sungai Ruan. Aku merempit sekejap, beli dawai etc, then sama Long dan AdikDin, kitaorang memindahkan pokok cili yang dah besar, yang dah berbuah, kitaorang susun jarang-jarang, and since pokok cili tuh rendang-rendang dan tinggi, terpaksa diikat satu persatu. Mamposlah nak memetik buahnya nanti, ituhari aku dah cuba petik, tak sampai 10 minit aku berhenti, bosan.

Nak kena beli banyak gunting nih, gunting aje lagi senang rasanya. Aku belum decide macamana nak upah orang untuk petik cili tuh nanti, mungkin batch pertama yang ada dalam 100 pokok tuh aku akan petik sendiri aje, ataupun cari budak-budak sekolah. Masalahnya, harga pasaran upah memetik cili, 30 sen sekilo (orang Indo yang kerja ladang cili Cina Sungai Ruan beritahu aku), Long pun kata kat Jerantut dibayar makcik-makcik kampung sebanyak tu jugak. Aku dah cuba, nak dapatkan sekilo tuh bukanlah senang. Long pun kata yang kalau nak bayar seringgit sekilo pun tak kisah, tengoklah macamana nanti.

Long sama AdikDin balik ke Jerantut (diaorang nak ke KL petang nih), dan aku pun bersiap untuk ke rumah orang kawin, pukul 12. Biasanya mak dah siap tunggu aku tapi kali nih, aku dah siap makan, dan bila aku ajak mak balik, rupanya mak belum makan. Sabar jer lah. 

Petang nih aku terralit surf LonelyPlanet. Kau tau apa makna nya tuh kan Dear Diary?

Aku dah macam happy jer sebab gaya macam nak hujan sangat petang nih tapi false alarm jer, terpaksalah aku menyiram sesikit. Macamana pun lega aku sebab tanaman aku dah bermaya semula, semuanya hijau merimbun, tak macam seseminggu lepas, terkulai layu masing-masing. Nampak gayanya semua kacang dan cili aku, InsyaAllah, menjadi, aku kena keep on menyiram, Tuhan dah kasi 2 petang hujan, selebihnya aku kena berusaha keras sikit lah.

Entah apa nak jadi lah kariah masjid Ulu Gali nih, tak ada orang masa Maghrib tadi kecuali aku sama UstazM, dan dua tiga orang jemaah perempuan. Masa mengaji pun aku sorang (yang lelaki), dah lama tuh baru lah ada 3 orang jemaah lain. 

Saturday

Jumaat - 27092013

Semalam aku tidur lewat so pagi tadi, balik aje dari masjid, terus aku sambung lena, sedar-sedar dah dekat pukul 9. Terus bergegas pergi breakfast yang by the time aku di kebun, dah dekat 9 setengah. 

Aku mencabut rerumput, menyangkul, dah 3 minggu lebih rasanya tak pegang cangkul, tak ada kesempatan. So kejap aje dah berpeluh-peluh aku dibuatnya, dan kawasan yang aku kerjakan pun nampak kemas, kacangnya ditambun cantik. Dulu tuh macam terbiar gitu aje tapi sekarang nih aku ada menaruh harapan yang kacang tuh akan memberikan hasil yang baik.

Syukur Alhamdulillah, hujan turun lagi harinih, masa Sembahyang Jumaat. Lebat turunnya. Berlarutan sampai ke petang. Mak beritahu yang tak payah jemput lah lepas Asar nanti sebab mak akan tumpang jiran sebelah. Tapi aku perasan yang jiran sebelah tak ada di rumah, so aku dah boleh agak yang aku akan jemput mak nanti, kalaulah hujan terus turun. 

Betul, ada orang talipun, suruh datang jemput mak di surau, and so aku pun pergilah. Sesampai di surau, tengok-tengok tak ada orang, aku agak mak tumpang sapa-sapa aje. Yang aku tak fahamnya, apa pasal talipun suruh aku datang jemput? Kalau dah talipun aku tuh, tunggu ajelah kat surau, tak payah nak tumpang orang lain.

Long ada balik, sama AdikDin, esok diaorang nak ke KL. Aku tak ke kebun sebab hujan masih turun renyai-renyai. Mak ajak Long ke Sega, rumah bapak sedara aku, nak ambik cek untuk (arwah) pak. 

Kuliah Maghrib malam nih dah tak cerita pasal Syiah dah, berbalik pada tafsir hadis. Then ada Sembahyang Hajat, untuk isteri MatNor yang tengah nazak kat Hospital Temerloh. Kesian aku kat MatNor, kebelakangan ni isteri dia selalu sakit (umur 30an), ituhari sebulan kat Hospital Selayang, moga-moga Tuhan panjangkan umur dia, Amin.

Ada jemputan Tahlil jugak malam nih kat Flat Polis Sungai Ruan tapi kitaorang tak pergi, esok ajelah pergi khenduri kawin tuh.

Friday

Khamis - 26092013

Bangun pagi harinih rasa segar bugar badan aku, tidur aku cukup sesehari dua nih, walaupun bangun awal. And so aku ke kebun, menyiram. Tak sempat sepuluh minit, mesin padam. Damn, susah jadi pekebun yang tak berpengetahuan nih. Nasib baik S ada tolong, dia yang godek sana godek sini, yang akhirnya pam tuh elok semula. Aku tengok jer lah, sambil belajar apa-apa yang patut. I'm sure Long pun tak reti apa sangat pasal nak repair pam nih, so kalau aku tahu, itu dah baik dah tu. S nak guna pam tuh jugak nak siram pokok pisang dia yang kekeringan tuh, tu pasal dia concerned sangat pasal pam tuh.

"Mak, saya guna sikit duit yang mak bagi untuk bayar upah bambang nak meracun tuh. Nak beli alat-alat pam air", aku kata kat mak. Iyalah, aku dah tak ada duit, tinggal dua tiga ringgit jer. Adalah notes seringgit-seringgit dalam tabung, tapi itu nak guna untuk mengeteh. Dan untuk beli majun. Hiks, aku start makan majun dah sekarang, S yang rekomen. Dia makan sebab nak kasi kuat lancau, aku makan sebab nak kasi badan segar. Iyalah kan, aku bukan nak guna lancau aku untuk bercucuk tanam macam S tuh kan? Ekekekke

"Awak pake (pakai/guna) jer lah duit tuh kalau nak beli mende-mende", kata mak. 

Semalam mak ada kasi a few ratus, nak beli racun, sama nak bayar upah kat bambang. Aku "agak" dah yang pintu rezeki aku akan dibukak, walaupun sikit. And I'll keep on berdoa, aku suka berdoa, one of the things yang buat aku rasa how kecik nya diri aku nih di sisi Tuhan. 

Sampai dekat Zohor jugak aku menyiram pagi nih, memang kalau ikutkan hati, nak aku palar/pajan (biarkan) aje tanaman tuh, nak hidup ker nak mati kering ker. Tapi bila difikirkan balik yang bila diberi masalah macam nih, aku kenalah berusaha untuk menyelamatkan tanaman tuh. Jangan cepat patah semangat, jangan mudah menyerah kalah. 

Masa kitaorang balik dari Zohor, angin kuat, langit jadi hitam, gaya macam nak hujan. Aku selamba jer lah, walaupun dalam hati kata, kalau hujan bagus jugak. Mungkin sebab aku tak nak kecewa, sebab kalau Tuhan tak nak turunkan hujan, memang tak akan turunnya lah. Dah berapa kali dah macam tuh, gaya macam nak hujan tapi tak hujan jugak.

Syukur Alhamdulillah, hujan turun awal petang nih. Aku melepak kat beranda jer menengok tanaman aku dibasahi hujan buat pertama kali dalam masa 3 minggu kot. Tak berhenti-henti aku bersyukur.

Walaupun ada a few baris kacang yang mati kering tapi InsyaAllah yang lainnya dapat diselamatkan kot. Kacang nih perangainya macam orang tua kan? Semakin tua kacang tuh semakin manja, semakin hendakkan TLC. Kacang yang kecik-kecik, yang masih muda, walaupun 3 minggu kering kontang, diaorang selamba jer.

Kuliah Ugama Untuk Kaum Wanita Khamis yang biasanya dibuat kat masjid, dah ditukar lokasi, dibuat kat surau pulak, so aku hantar mak ke surau sebab jalan becak kena hujan. Mak suruh aku sembahyang Asar kat surau sebab nak meramaikan jemaah lelaki. 

Adalah dalam 7 orang jemaah lelaki, selebihnya perempuan, berpuluh-puluh orang. Dan biasalah, ada jamuan. Masa Kuliah dibuat kat masjid dulu tuh, tak ada jamuan pulak tapi kalau di surau nih, InsyaAllah, setiap kali ada program, sure ada makan-makan. 

Lama jugak aku menunggu mak siap berkemas, then ada sorang perempuan tuh kata yang mak suruh aku balik dulu. Patutnya beritahu aku awal-awal, tak lah aku buang masa menunggu. Perempuan selalu take for granted benda-benda macam tuh, yang kecik bagi diaorang, kan?

Since dah lewat, dan since tadi hujan, aku tak ke kebun. Iyalah kan, macam serakah, tak menghargai hujan yang turun tadi tuh pulak lah kan kalau aku ke kebun? Sebenarnya aku terralit main games kat FB.

Akak The ada talipun, tak sempat lama bergossip sebab mak pun balik. Dalam ramai-ramai adik beradik, Akak The jer yang setuju dengan cadangan aku untuk "go away (for a few months AT LEAST, to sort my so-called life". Sekurang-kurangnya "bagi peluang" pulak pada adik beradik aku untuk jaga mak.

"Nya nampak pulak di XXX kang", kata mak masa aku berhentikan kereta depan rumah Makcik Esah, masa kitaorang nak ke masjid.  Entah aa pasal, harinih Makcik Esah nak pulak ke masjid sama kitaorang, mungkin sebab nak dengar Kuliah Maghrib kot? 

Hmmm, sekarang aku tahu lah sapa sedara Makcik Esah yang mempertikaikan mengapa Makcik Esah ke masjid sama kitaorang sedangkan anak-anak dia di sekeliling rumah?

"Kesian Makcik nengok awok masa di surau kemareng terh", kata Makcik Esah, masa bertanya khabar.

Jamuan lepas Tahlil malam nih paling banyak makanan, berjenis-jenis masakan, berjenis-jenis buah (tembikai, dokong, strawberry, jagung rebus, rambutan) yang ada sampaikan banyak benda yang aku tak makan. Sebab aku dah makan banyak benda lain. Memang, kalau ada jamuan di masjid aku memang makan banyak. Walaupun petang tadi dah maan banyak jugak masa jamuan kat surau.

Thursday

Rabu - 25092013

Lena aku tidur, penangan ubat semalam lah kot. Aku tak rasa sakit belakang dah, tapi badan aku rasa macam lemah gitu. Manja!

"Awak jangan buat kerja lah, rihat-rihat jer lah sesari dua ni", kata mak masa aku nak ambik pam untuk menyiram.

"Buat perlahan-lahan jer, nak siram sikit-sikit jer", aku jawab gitu.

"Biar ker jer lah, nak nya hidup, hidup", kata mak.

So sempatlah aku menyiram mana yang patut. Tak lama aku di kebun pagi nih, pukul 10 lebih aku dah masuk rumah, berihat. 

"Mak, kita tak pergi masjid lah Zohor nih, badan saya sakit semula", aku kata gitu kat mak. Tiba-tiba aku rasa sengal macam semalam.

"Itulah, orang dah kata bawak berihat jer", kata mak.

Yer lah. Yer lah. Yer lah.


Lena aku tidur petang nih, mungkin sebab mengantuk lepas makan ubat. Sedar-sedar dah nak Asar, aku tak ke masjid pun sebab aku masih tak berapa sihat. Tak ke kebun pun jugak, sebab aku masih tak berapa sihat. Malaslah, aku, kang mak bising pulak sedangkan aku rasa badan aku dah ok. Mamposlah tanaman aku tak bersiram. Pasrah aje lah.

Cuma aku sorang jer jemaah lelaki yang ada masa mengaji dengan Ustaz Simon Cowell tadi, yang lainnya semua melepak kat kawasan belakang. Sampaikan Ustaz macam merajuk, disindir-sindirnya.

Rileks lah, jangan emosional sangat! Ekekekekek

Awal aku tidur malam nih, penangan ubat. Harap-harap esok aku akan sihat macam biasa lah. Sesehari nih aku rasa macam down aje sebab memikirkan yang aku macam menyusahkan mak aje. Dan doa aku pun semakin hari semakin panjang, kalau dulu aku doa supaya diberi kesihatan yang baik tapi sekarang ini aku lebih faham apa maksud doa tuh. 





Wednesday

Selasa - 24092013

Bangun pagi, memang aku mandi, kalau tak memang tersengguk-sengguk lah masa kat masjid. Sedangkan lepas mandi pun aku masih tetap rasa mengantuk masa Subuh. Yang buat aku rasa tak best nya, balik dari masjid aku tak pulak rasa mengantuk.

So, awal pagi aku ke kebun harinih. Macam semalam jugak, aku menyiram guna pam. Nampak gayanya cili-cili sama kacang kat belah kanan rumah, kat Zone 2, 3, tak ada masalah untuk meneruskan sisa-sisa hidup di bumi merekah nih. Yang peliknya, kawasan tuh kawasan lapang, tak ada pelindung pun, sedangkan kacang-kacang yang nazak tuh semuanya yang ditanam antara pokok-pokok pisang, ada pelindung. It shows yang diaorang nih terlalu dimanjakan, it shows yang kacang-kacang tuh tak pernah hidup susah, tak reti membawak diri.

Sampai dekat Zohor jugak baru aku berhenti, kadang tuh rasa macam tak berbaloi jer kerja aku nih, menyiram tu pun rasa macam mencurah air ke daun keladi aje. Dan walaupun harga minyak dah naik, harga benda lain pun naik, aku tak ada niat pun nak naikkan harga kacang. Masa aku minum kat kedai Samad, aku terserempak dengan Pakcik Kacang yang kebetulan nak ke Lembah Klau. So aku tanya dia pasal kacang yang dia tanam dulu. Dia kata sekarag nih pekerja dia tengah mencabut kacang (benih biasa yang di beli di kedai runcit), tapi kacangnya halus-halus, kecik-kecik. Dari cara dia cakap tuh aku rasa dia macam disappointed, itu yang dia looks forward untuk cabut kacang yang ditanam guna benih kacang harimau yang dia beli dari aku dulu tuh.

Petang nih macam biasa, mak ke surau, dan aku melepak online. Tapi tiba-tiba aku rasa pinggang aku sakit, belakang bahagian kanan. Bukan aku tak pernah sakit pinggang tapi kali ini lain sakitnya. Duduk sakit, baring pun sakit, meniarap lagi lah sakit. Damn, kata aku dalam hati.

Aku cuba-cuba bawak berjalan, pun sakit. Aku baring, semakin sakit. Then tangan aku rasa kebas, kedua-dua tangan, dan kedua-dua ibu jari aku mengerekot. Macam daun pokok cii yang mengerekot. Eh, apasal nih? Panik jugak aku. Ada dalam 20 minit agaknya aku tahan sakit, badan aku berpeluh-peluh walaupun aku pasang kipas dan baring atas lantai simen.

Bermacam benda bermain di kepala aku, aku kena stroke ker? Kidney aku ada problem ker? Apasal tangan aku kebas tak boleh nak digerak-gerak? Aku nih, macam David jugak, bila kena pening kepala lama sikit, mulalah risau, mulalah kata, "O God, I think I have brain tumor". 

Bila dah tak tahan, bila dah rasa aku tak boleh tunggu mak balik dari surau, aku pun perlahan-lahan kunci rumah, aku jalan slow-slow ke surau, aku tak rasa aku boleh drive. Masa tuh aku terfikir yang baru padan muka aku, dua tiga hari lepas aku ada kata yang boringnya hidup aku nih. Nah, sekarang hambik kau! Dang, aku rasa nak stop blogging lah pasal apa yang aku tulis, apa yang aku fikir, ada jer jawapannya.

Aku suruh mak pijak belakang aku tapi mak urut-urut jer, masa tuh aku dah tak peduli dah, kawan semengajian mak perasan lama lepas tuh sebab mulanya diaorang ingatkan aku nak jumpa mak sebab ada hal lain. And so diaorang talipun sana sini nak tolong hantarkan aku ke klinik. Aku tak rasa aku over acting tapi nak masuk ke kereta aku dipimpin sebab aku macam tak boleh berjalan.

Gelak Doktor tuh bila aku kata aku sakit pinggang. Kurang ajar! Aku tahu lah, tentu dia ingat aku selalu kongkek, tu pasal sampai sakit pinggang. Then dia check pinggang aku, dia letak tapak tangan dia, then terus kata yang urat aku tegang, yang di sebelah kiri lagi teruk. 

Aik, senang nya jadi Doktor?

Aku dicucuk bontot, dua-dua belah. Dan dikasi ubat. Samai di rumah, baru aku perasan yang hantar aku tuh, anak Makcik Esah. Dia macam bengang jer bila mak hulur duit kat dia, aku rasa dia tentu fikir yang dulu tuh Makcik Esah ke masjid tumpang kitaorang, sekarang dia pulak yang tolong kitaorang. Favor done favor returned gitu kaedahnya.

And so aku rehat aje lah, dah tak berapa sakit dah belakang aku, cuma kadang-kadang aje. Mak ingatkan aku tak larat nak ke masjid, tapi kitaorang pergi jugak pasal ada Kuliah Maghrib by UstazTab malam nih. Tak sampai sepulu minit into Kuliah, adess, belakang aku sakit semula, puas aku tukar-tukar position duduk tapi semakin sakit. So aku decided nak balik aje lah sebelum sakit jadi lebih teruk. Mak macam terkilan jer tapi nak buat macamana.

"Awak jangan kerja kuat sangat, nanti awak yang sakit, sapa yang susah? Awak tuh nak jaga mak, nanti mak yang kena jaga awak", kata mak, mengajuk cakap Ida kat talipun. 

Tuesday

Isnin - 23092013

Aku nekad nak ke kebun awal pagi harinih sebab aku ada misi, nak menyiram secara besar-besaran, biar banjir. Itu yang lepas Subuh, aku terus standby tunggu cerah sikit. Tapi stand by aku, atas katil, sambil mengadap laptop. Terralit pulak tengok Survivor:Blood vs Water, penyudahnya pukul 7 setengah jugak aku keluar. Then breakfast sekejap, so dalam pukul 8 baru aku mula kerja.

Mulanya aku menyiram cili kat garaj, jugak membetulkan mana-mana yang perlu dibetulkan. Bapak lah rendang-rendang pokoknya, masing-masing dah berbuah, ada yang dah masak dan ready untuk dipetik (boring, boring).

Then mulalah menyiram kat Zone 2, sama kawasan cili (dulunya Zone 3a), sampai banjir aku menyiram pasal guna pam, guna air anak sungai. Too  bad pam tuh kecik jer horsepower dia, dan hose pun tak panjang (100 meter), so tak dapat nak menyiram guna air anak sungai kat cili dan kacang yang di depan dan sebelah kiri rumah. 

RiTabligh ada datang, tanya kalau-kalau aku tahu sapa yang curi ayam-ayam dia. Alah, ayam dia yang selalu makan benih kacang aku tu lah, yang terpaksa aku tanam dalam-dalam sebab takut dipatuk ayam-ayam RiTabligh tuh.

Lepas break aku menyiram kacang kat bahagian depan rumah pulak, S pulak nak guna air, dalam aku merayau-rayau menunggu tong air penuh, aku terdapat idea nak sambungkan hose tuh ke segelung paip yang aku jumpa kat tempat pembuangan sampah, yang obviously aku kutip. Jadi senang kerja aku sekejap, aku hulurkan paip tuh in between batas, dan aku rileks, biar air melimpah sampai banjir kawasan yang merekah dan kering kontang tuh. 

Sedih aku menengok keadaan pokok kacang yang kat kawasan tuh, mati kekeringan, mana yang tak ada daya tahan tuh, terlentok aje. Gayanya macam tak dapat diselamatkan dah sebab daun-daunnya semua dah mati kering. Rasa macam nak give up jer tau dak Dear Diary, lantaklah korang, nak hidup, hidup. Nak mati, mati. Bukannya aku tak siram korang. Tapi, bila difikir balik, aku dah bersusah payah, might as well teruskan kesusah-payahan aku tuh. After all hidup aku memang sinonim dengan susah payah, kan? 

Lagipun (with no intention untuk sound lucah), ada benda lain yang terlentok jugak tapi when the time comes, dia segar bugar dan keras. Boleh menghasilkan benih pulak tuh. Mungkin pokok kacang aku yang terlentok tuh macam tu jugak.

And so aku menyiram jugaklah kat pokok-pokok kacang yang nazak tuh, aku tak ada menaruh harapan yang pokok kacang tuh akan hidup subur semula tapi at least aku try, I'll do anything untuk pokok kacang aku.

Tapi, dalam pada tuh, fikiran aku mula melayang jauh. Cuba mencari excuse, or rather mencari idea, siapa yang nak aku salahkan. True yang dua tiga minggu nih panas yang teramat, tapi, sebagai seorang insan biasa, despite my selambaness, aku ada jugak rasa terkilan. Yang secara otomatiknya aku akan point finger kat insan-insan yang menyebabkan aku tak dapat mencurahkan sepenuh kasih sayang kat kacang aku.

Aku nak salahkan Long, pasal aku tak ada masa, mana nak jaga cili yang beribu pokok tuh lagi, mana nak jaga kacang aku lagi. Kalau tak buat projek cili dulu tuh, panas terik macamana pun, InsyaAllah, terjaga jugak pokok kacang aku, sure nya aku dah lama bertungkus lumus menyelamatkan kacang aku dari mati kering.

But then, macamana kalau ada insan lain yang lebih panjang pemikirannya, dan salahkan aku sebab aku macam tamak, tanam banyak-banyak, buat kerja macamlah aku nih a real McCoy punya pekebun?

Still aku akan "salahkan" Long.

Sampai dekat Zohor aku di kebun, sakit-sakit belakang aku buat kerja, usung itu ini, angkat itu ini, membongkok sana sini. 

Aku ingatkan tak ada kelas Mengaji petang nih pasal UstazM accident semalam, teruk keretanya, dia luka sikit kat kening. Aku nih banyak kali mengajinya seminggu tapi aku tak rasa aku boleh khatam cepat, kalau dicombinekan sekali, ada harapan. Isnin, mengaji sama UstazM, aku masih kat Surah AlBaqarah. Rabu, mengaji sama Ustaz Simon Cowell, pun masih di Surah yang sama. Sabtu, mengaji sama UstazM, dah page 3 ratus lebih, tapi aku joined tuh dah halfway dah. Mengaji sama ImamHaji Mat, asyik berbalik-balik ke page yang sama. Aku mengaji sendiri aje yang ada harapan untuk boleh khatam.

Balik dari surau, singgah kejap beli kuih, dan sambung melayan movie. Nak tidur pun dah serba salah sebab dah dekat Asar. Lagipun cuaca panas, kipas pasang full blast pun bahang kepanasan tetap terasa.

Sempat aku menyiram semua pokok cili petang nih. Aku tunjuk dan beritahu mak pasal pokok-pokok kacang yang mati kekeringan tuh, mak pasrah aje. Aku tunjuk tuh sebab nak mak jangan ada high expectation yang kacang kali ini akan menghasilkan jumlah yang banyak. Aku sekarang sekadar menyelamatkan mana-mana yang boleh diselamatkan aje.

Aku rasa macam down aje masa kat masjid tadi, down memikirkan pasal tanaman aku lah. Walaupun aku cuba tak nak ingatkan sangat pasal kacang tapi aku tak boleh nafikan yang sedikit sebanyak masalah tuh asyik berlegar-legar di kepala aku. Itu yang rasa macam "malas" baca Quran/Terjemahan lepas Maghrib tuh, rasa macam nak melepak bersandar kat tiang aje, mengelamun, mengreflect apa-apa yang boleh direflect.

Tapi aku kuatkan jugak semangat, aku buat bodoh jer bisikan-bisikan setan tuh. Nak fikir macamana lagi kan, I've done my best walaupun my best tuh is not enough.

Tersengih aku memikirkan dua benda kecik yang macam flash right infront of my very thought. Masa dekat nak Isyak tadi, lepas baca Quran/Terjemahan, aku bukak in random Quran tuh sebab masih ada waktu untuk baca lagi sesikit. Terbukak dan terbaca Surah Talaq, Surah yang ada terselit Ayat Seribu Dinar tuh. Aku baca ayat tuh a few times, terlintas kat kepala aku yang aku cuma ada a few Ringgits jer dalam wallet sekarang. Dan aku teringat jugak yang how thankfulnya aku kat Deo, member aku dulu, sebab dia lah yang bersusah payah google cari Ayat-Ayat yang elok untuk diamalkan seharian. Aku kat dalam tahanan masa tuh so Ayat tuh memang powerful (Ayat lain pun powerful jugak), and I've been amaling baca Ayat tuh at least 3 kali sebelum tidur dan 3 kali setiap lepas Sembahyang. And I've been doing that every single day sejak aku di tahanan dulu tuh. Bukan aku nak brag ker apa tapi kalaulah ada sapa-sapa yang baca blog nih, nasihat aku, amalkan baca Ayat tuh, setiap hari waktu dan ketika. 

"Benda kecik" kedua, masa aku tunggu mak keluar dari masjid, aku pasang radio kereta, elok jer lagu Heartache (Pepsi & Shirley) berkumandang. Walaupun tak ada kaitan apa aku rasa lagu tuh macam perli aku aje, sebab aku "pening" memikirkan masalah kacang.

Aku suka kalau benda-benda kecik tuh mengremind me of something, sebab it definitely buat aku rasa kecik jer dalam dunia nih, buat aku rasa dan faham yang Tuhan's watching my every move.

Sunday

Ahad - 22092013

Saja aku tidur lepas Subuh, walaupun dalam pukul 8 tuh ada aku tersedar tapi aku sambung balik tidur, last-last pukul 9 baru aku bangun. Rupanya mak dah keluar, ada gotong royong membersihkan surau.

Aku menyiram guna pam, lama aku siram setiap pokok kacang, cili, aku nak pastikan yang air tuh betul-betul meresap ke dalam tanah, ke akar. Kalau tak, tak sampai petang nih, semuanya akan longlai. Seriously, cuaca seseminggu nih panas betul lah, I won't be surprise' kalau tanaman-tanaman aku mampos nanti nih, kalau cuaca panas berlanjutan. True yang hari-hari aku menyiram tapi bukan aku sempat siram semua dalam satu masa. Mintak-mintak selamatlah tanaman aku, Amin.

Yang paling aku bimbang, pokok cili yang masih kecik tuh, beratus-ratus pokok pulak tuh. Yang besar-besar tuh aku tak heran sangat, setakat sembur sesikit dah kira ok. Kacang pun aku saspen gak nih, tanah merekah sana-sini. Kalaulah aku ada duit, aku akan beli lagi 2 gelung paip, so boleh sedut air anak sungai aje.

Mak ke rumah orang baca Yaasin lagi petang nih, dan aku, macam biasa, bosan tahap cipan. Enath apa-apa yang aku buat online pun aku tak tahu, main games bosan, baca news bosan, semuanya membosankan aku. Last-last aku tengok The Price Is Right, so very Americanized aku nih kan? Americans, yang kampung-kampung, yang bosan, diaorang suka tengok The Price Is Right.

Pukul 5 ada gotong royong membersihkan masjid, sebelum pergi, sempat aku menyiram cili sekali lalu. Ramai jugak yang datang, aku pun buatlah apa-apa yang patut, sapu sampah, lap sana lap sini, buat-buat cari kerja yang patut. Dalam pukul 6 tuh kebanyakan diaorang break, mengeteh kat kedai di seberang jalan, aku pun ambik kesempatan tuh pergi kedai tom yam, makan kat situ. 

Maghrib, semua orang lambat datang masjid, azan pun tak dilaung, yang jadi Imam pun EnBrunoMars (kebetulan dia ada datang berjemaah malam nih), apa nak jadi lah kariah masjid nih? Then mengaji sama ImamHajiMat. Nasib baik ada jamuan ringan lepas Isyak, so ada lah excuse aku untuk tak nak makan dinner (sebenarnya aku masih kenyang makan kat kedai tadi).

Dang bosannya hidup aku, kan Dear Diary, sampaikan nak update blog pun aku tak bersemangat.


Sabtu - 21092013

Malam semalam aku tidur berlenggeng, tak berbaju (spender pakai ekekek), then pasang kipas kuat-kuat, so tak heranlah bangun pagi nih hidung aku asyik berair jer, bersin melulu. Lama dah tak kena cam tuh, so padang muka aku, saja cari penyakit.

Aku ajak Long menyiram air baja kat semua pokok cili, even yang ditanam kat tanah. Buat gitu sekali sekala for a change. Long setuju, satu idea yang bernas, kata dia. Biasanya cuma cili yang dalam polybags aje yang disiram air baja sebab cili yang ditanam kat tanah aku guna baja 18 x 18 (I have no desire nak explain jenis-jenis baja, ko google lah sendiri Dear Diary, sedangkan aku boleh tertahu, tak kan ko tak boleh?), ditabur sekeliling pokok. 

Letih jugak nak kena siram setiap batang pokok cili, ada lebij 1000 batang. Sampaikan habis bekalan baja, terpaksa aku ke Sungai Ruan sekejap, kedai pun belum bukak lagi masa tuh. 

Kitaorang saspen jugak nih pasal banyak jugak pokok cili yang mati kekeringan, out of 1000 tuh ada dalam 20 ke 30 pokok yang dah tinggal nyawa-nyawa cili, rasanya tak boleh diselamatkan dah. Tak apalah, mana yang mati tuh akan aku gantikan balik, tanam dengan anak cili yang lain, masih ada 3 trays anak cili di semaian.

Mak tak ada di rumah hampir seharian, pagi pergi rumah khenduri/baca Yaasin, petang pun ada program jugak. Long balik lepas Zohor, dan aku punya lah bosan di hari yang panas macam harinih, dah lah hidung asyik menguncomfortablekan aku. Last-last telan ubat, then tidur. Bangun tuh baru lega.

Lepas Asar pun aktiviti yang sama, menyiram. Terpaksa aku buat cepat-cepat sebab aku kena siram semua pokok cili, dan jugak part of empayar kacang, semuanya melentok aje, aku pun jadi down menengoknya.

Ada aku beritahu mak pasal kacang yang mula-mula ditanam dulu tuh yang setiap hari ada yang mati kekeringan, macam baru lepas diracun. Mak terkejut jugak tapi tak ada lah sekeri yang aku expect. Mungkin sebab aku yang beritahu, what if mak sendiri yang sedar kacang-kacang tuh mati, tentu lain reaksinya. Aku tak sikit pun rasa terkilan kacang tuh mati (walaupun aku pelik apa pasal kat area tuh aje yang mati, 4 baris panjang semuanya) sebab itu kacang biasa, kacang orang kebanyakan, bukannya kacang harimau. Kalaulah kacang harimau yang mati, haruslah tension aku dibuatnya. 

Macam Van Gogh cakap lah, I put my heart and my soul into my work, and have lost my mind in the process.

UstazM tak ada malam nih, so Kelas Mengaji dikansel. UstazM nih sibuk orangnya, itu yang kejap ada, kejap tak ada. Aku tak heran yang dia sibuk sebab bukan aku sorang yang suka mengaji dengan tunjuk ajar dia, orang lain pun sama.

Friday

Jumaat - 20092013

Sejak pagi lagi aku cuma menyiram. Dalam minggu ini, itulah kerja aku, pagi petang menyiram. Sampaikan aku tak dapat nak buat kerja lain langsung. 

Soalnya sih gue lagi keburu. Pusing gue dibuatnya, kerjaan mana yang harus gue beresin. Mau dikerjain di sono, di sini ada kerjaan lain, mau dikerjain di sini, tanaman gue harus disemprutin.

Ingat tak kacang yang mula-mula aku tanam, round nih dulu tuh, awal bulan 7, a few days sebelum Puasa kalau tak silap aku. Yang benihnya bukan benih kacang harimau, instead benih kacang tanah biasa yang mak beli, yang mak suruh jugak aku tanam sebab "lambat sangat" nak tunggu benih kacang harimau.

Aku tak tahu apa pasal tapi hampir separuh pokok kacang tuh mati. Ada lah 4 baris yang aku tanam dulu tuh, mulanya elok aje tapi sehari demi segari, ada jer yang mati. Tanah tak elok ker? 

Macamana pun aku sikit pun tak terkilan sebab itu kacang biasa, bukannya kacang harimau. Aku tak beritahu pun mak yang kacang tuh mati (sure mak akan kata sebab salah masa membaja), soon aku akan beritahu jugak. Tapi aku nak buat selamba aje, kalaulah mak jadi aku, dah keri dah surenya. Terfikir jugak aku, so far, dah 2 "campurtangan" mak yang tak menjadi. 

Ada satu plot kacang harimau yang kat hujung sana tuh yang mak tanam (masa second round dulu tuh), sebijik pun tak dapat hasil. I'm not kidding tapi tak dapat sebutir kacang pun dari 6 tujuh baris kacang yang mak tanam tuh. Sampai sekarang aku tak cabut pun pokok-pokok kacang tuh, aku biarkan aje. Aku jadikan peringatan jugak tuh sebab tiap kali aku lalu kat kawasan tuh aku akan ingat yang "jangan cakap besar". Remember the day masa mak merungut, berleter masa aku buat donno jer bila mak sambil berlari-lari anak beritahu aku yang benih kacang yang disimpan dalam fridge tuh ada yang berkulat? Yang mak kata, aku tak dengar cakap orang yang dah lama menanam kacang (mak lah konon-kononnya, sedangkan yang menanam kacang tuh dulunya arwah pak).

Kuasa Tuhan kan, orang yang dah lama menanam kacang pun tak semestinya pandai tanam kacang, kan? Ada jugak yang tak tumbuhnya. Or rather, ada yang langsung tak tumbuh. So itu betul-betul satu pengajaran bagi aku, aku tak nak cakap besar, or rather cakap berdegar-degar.

Walaupun aku mengantuk gila masa Sembahyang Jumaat tadi (tak adalah sampai tersengguk-sengguk macam orang lain tuh) tapi aku tak dapat nak tidur petang nih. Dah cuba nak tidur, then Chu talipun tanya mak kat mana sedangkan mak dah 20 minit ke surau. Haruslah mak menyimpang ke tempat lain dulu tuh, beli kuih ker, apa ker. Mak mudah terralit.

Then bila tak dapat nak tidur, layan Amazing Race Canada lah, dah tinggal a few episodes jer lagi nih. Then tengok Survivor: Blood vs Water. 

Long ada balik petang nih, dia sorang jer. Aku siap menyiram, terus aku masuk rumah. Long sambung menyiram, kat cili yang aku dah siram pagi tadi. Long kata buat masa sekarang aku kena bertahan, aku kena siram pagi dan petang sebab tanah keras sangat, dan cili tuh pun masih kecil. Mana yang dah besar, ha, itu maknanya pokok cili tuh dah boleh hidup berdikari. Yang aku kena jaga sekarang nih, anak-anak cili yang baru 2 minggu dipindahkan tuh, ada dalam 300 pokok tuh. 

Kulaih Maghrib malam nih masih pasal Syiah, Ustaz tuh knowledgeable, dia memang buat kajiselidik, buat homework, tapi cara penyampaian dia tuh, macam susah nak sampai. Tersengguk-sengguk jemaah mendengarnya, termasuk aku. 




Wednesday

Rabu - 18092013

Pagi nih awal-awal lagi aku dah usung pam ke tepi anak sungai, nak menyiram. Aku betul-betul menyiram, sebab tanah kering sangat, merekah-rekah, kesian kat cili. Kacang aku tak bimbang sangat sebab diaorang pandai membawak diri, tak macam cili yang banyak songeh tuh.

Then menyiram kat tanaman di sebelah kiri rumah pulak, terpaksa guna air paip pasal hose tak panjang, cuma 100 meter aje. Kering kontang tanaman aku, itupun tak siap semuanya aku siram, tengok-tengok jam dah pukul 12. Nampak gayanya aku dah tak dapat nak buat kerja lain nih, itupun kena selang seli menyiram pagi dan petang.

Aku sekarang dah terjebak tengok The Amazing Race Canada, yang baru tamat minggu lepas. Season baru Amazing Race sama Survivor akan start soon so hopefully aku boleh catch up. Semakin ceria hidup aku kan? Masa tengok Amazing Race Canada tuh (permulaan race dibuat kat Niagara Falls Canadian Side), ada ternampak Rainbow Bridge Immigration Center, tempat aku mula-mula ditahan dan disoal siasat masa mula kena tangkap kat Niagara Falls (US Side) dulu tuh. 

Dang, aku akan cuba ke sana nanti (Niagara Falls Canadan Side), nak tengok dari belah situ tempat semuanya bermula dan berakhir dulu tuh. Tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan pulak tempat aku digari kaki, tangan dan perut, kan? 

Petang nih aku pening kepala, mungkin sebab berpanas sangat tadi tuh (aku tak boleh berjemur lama-lama). Atau mungkin jugak sebab perut/badan masuk angin, pagi tadi cuma makan dua tiga sudu nasi goreng. Aku makan tuh pun pasal nak ambik hati mak jer, aku memang tak suka nasi goreng. Kalau adik beradik aku balik dan diaorang buat nasi goreng pun aku tak sentuh, pasal aku memang tak suka.

Then tengahari pulak, balik dari masjid, masa aku buka rice cooker, rupanya mak lupa nak on kan suiz, so sementara tunggu nasik masak, aku telan 2 bijik Panadol, dan cuba tidur. Masa Asar tuh berpeluh-peluh aku menahan pening, especially masa sujud. Balik dari masjid aku telan another 2 bijik Panadol, dan melepak kat kerusi santai di belakang rumah, dan tidur. Tak ke kebun lah aku akhirnya. Sedar-sedar dah dekat Maghrib. Dan pening kepala aku semakin reda.

Sampai di masjid, aku tengok motor Ustaz Simon Cowell ada, sah lah malam nih ada mengaji, kata aku dalam hati. Ustaz nih, malam dia mengajar mengaji jer dia datang masjid (dia Imam No 1 masjid), selebihnya dia cuma datang masa Zohor sama Asar jer. Yang aku kurang selesa dengan Imam nih, dia selalu kata, "Besok kat akhirat besok, jangan kabor saya tak beritahu....." "Berat tugas saya nih, tapi saya kena kabor jugerk...."

I'm not bitching about him Dear Diary, I'm just describing him, ok? 

Ada 3 jer jemaah lelaki yang mengaji so kitaorang baca panjang jugak, Alhamdulilllah bacaan aku tak ada yang kena tegur pun. Tak ada jamuan lepas Isyak, mungkin sebab jemaah tak expect pun yang Ustaz tuh nak datang mengajar mengaji malam nih.

Aku kena bawak baliklah Quran/Terjemahan aku, baca kat rumah, sebab setiap malam dah ada program kat masjid.

Oklah, aku nak sambung tengok The Amazing Race Canada.

Selasa - 17092013

"Awak pergi Pekan Sari Sungai Ruan kejak, beli bawang. Tak ada langsung dah bawang, bawang kecik, bawang besar", kata mak pagi nih masa aku nak keluar breakfast. 

"Saya tegok kat kedai Makcik Milah, ada jual bawang rasanya", aku jawab gitu.

Again, apasal mak nih tunggu sampai habis barang then baru kelam kabut nak suruh pergi beli? 

Yang aku malas ke Sungai Ruan tuh apa pasal? Ker sebab aku dah tak bertenaga, dah 3 hari aku tak online?

Aku merepih, mencabut rumput, then menyangkul, menambun pangkal kacang kat tempatt semalam. Sikit demi sikit aku buat, sana buat sikit, sini buat sikit, lama-lama dah macam ok dah keseluruhan kawasan kacang aku. Kali ini aku jaga betul-betul, tak macam dulu tuh, aku buat tak nampak jer mana-mana pokok kacang yang tak bertambun, yang terkeluar akarnya, yang penuh semak samun. Kali ini, each and every pokok kacang tuh aku jaga rapi, so far. Kalau tak kasi hasil yang berbaloi lah kacang aku nih nanti, aku tak kata apa lah.

Tengah berpeluh kerja, Cina Komputer talipun, dia kata motherboard rosak, dan kalau nak diganti, will take a few weeks, charge nya kurang-kurang RM 400. Tersedih aku mendengarnya.

And so aku contact Ida, cadangnya nak pinjam duit sesikit, mana tahu ada laptop second hand ker kat mana-mana. Tak sangguplah aku menunggu beberapa minggu.

"Baik beli yang baru jer", kata Ida.

And so Ida kasi jalan penyelesaiannya, beli laptop baru, bila ada duit nanti, bayar hutang laptop tuh, dan hantar repair laptop lama. Syukur, pucuk dicita ulam mendatang, walaupun aku tak berapa sedap hati sebab aku terpaksa pinjam duit orang. 

Sebelum ke Raub, mak suruh hantar tong gas, "habih langsung dah gas". Tak kisah, suruh apa pun, by this afternoon aku akan ada laptop baru. That's all that matters.

"Nah lah ambik duit nih, untuk bayar repair benda tuh (laptop)", kata mak sambil hulur duit RM 50. Aku beritahu mak yang aku nak ke Raub sebab nak ambik laptop yang aku hantar repair tuh.

"Tak apa lah, saya pinjam duit Ida", aku kata gitu. 

RM 50 nak repair laptop? Ekekekek. 

Aku ke tempat lain dulu, menguruskan hal-hal peribadi lain, then baru lah ke bank keluarkan duit yang Ida masukkan. And so aku angkat sebijik laptop baru, murah jer tapi lah lah murah sangat sampai below RM 1000, aku pun ada harga diri, kan? Ekekekekek

Aku sempat balik rumah ambik mak untuk ke masjid, mulanya aku nak singgah masjid aje sebab dah nak masuk waktu Zohor sangat dah tapi kang banyak pulak issue berbangkit yang timbul.

Dang Dear Diary, you don't know my mom. Nobody does but me.

Petang nih ada mengaji sama UstazM, gue udah lah lagi penasaran gara-gara 3 hari ga internetan. Apa pun gue bersyukur seadanya.

Bibit-bibit keceriaan mula berputik bilamana aku mengeonkan laptop baru, so sebelum Asar sempatlah aku buat apa-apa yang patut.

Aku nak menyiram sebab kering sangat kacang/cili, moyok jer masing-masing. Tapi air tak ada pulak sebab ada orang tengah repair paip kat depan rumah Makcik Esah. Nak guna pam (air kat anak sungai), tak berbaloi, sebab nak set kan pam tuh, nak pindahkan, nak sambungkan paip, that takes time. So aku buatlah kerja lain, esok pagi aku kena menyiram secara besar-besaran.

Kadar keceriaan aku semakin merimbun bilamana aku nampak UstazTab ada masa Maghrib, maknanya adalah Kuliah Maghrib. Dah dekat 3 bulan rasanya UstazTab tak kasi Kuliah Maghrib. Banyak ilmu yang aku dapat malam nih, walaupun kalau dengarkan tajuk, simple aje, Sunat-sunat Dalam Sembahyang. 

Payah bila ada internet nih (jangan salah faham Dear Diary, bukannya aku takbur), tidur jadi lambat, dan aku tak ada masa nak berfikir, merenung pasal kehidupan seharian. Kalau masa tak boleh online, aku banyak masa nak muhasabah diri.



Tuesday

Isnin - 16092013

Salam 1Bangla!

Orang lain cuti harinih tapi aku seorang pekebun, mana ada istilah cuti dalam kamus kehidupan aku seharian. Mengejar dunia lah sangat kaedahnya kan? Tak kot, aku berbakti. Berbakti pada tanah dan sabut kelapa.

Aku mengeteh sama Luqman lagi pagi nih, jugak belikan roti canai untuk yang lain sebab diaorang nak balik seawal pukul 9.

"Sedap minum di kedai sebab ada orang hidang, hantar air. Kalau di rumah terh, nak minum kena buat sendiri", aku terdengar ImamHajiMat kata kat kawan semeja dia. 

Boleh tahan gak Imam nih, kata aku dalam hati. Tapi aku tak ambik serious, pasal aku tahu yang itu joke aje. Joke-joke pun tapi benda yang betul.

Tengah aku seronok buat kerja, anak sedara ajak layan dia main so layankan aje lah, since diaorang dah nak balik. And so 9 lebih semuanya balik ke destinasi masing-masing, KL dan Shah Alam. 

"Hantar mak ke rumah orang khenduri terh kejap, mak nak bersiap tukar baju jer nih", kata mak. 

So aku ke kebun sekejap, sambung menyiram cili/kacang. Dalam sesepuluh minit lebih, aku berhenti, terus lah ke kereta, sure mak dah lama tunggu, apasal tak panggil aku?, kata aku dalam hati. And so aku start kereta tapi mak tak keluar-keluar jugak. Lama tuh barulah mak jenguk, mak masih berkemban! Terus aku ke kebun semula, buat apa-apa yang patut.

Lepas hantar mak, aku ke Sungai Ruan. Yer lah kan, laptop aku rosak so kena lah baca papers untuk nak tahu pasal dunia luar kan? So sementara tunggu 11-45 untuk ke khenduri, aku baca papers jer lah.

Entah macamana aku boleh terperasan yang mak lah orang pertama (perempuan) yang balik dari khenduri, orang belum apa-apa lagi mak dah blah, liar jer mata mencari aku. Aku baru nak senduk lauk. Kalau tak tuh, harus aku minum aje. 

Petang nih tak ada Kelas Mengaji UstazM, ditunda ke esok. So aku tidur aje lah since mak ke surau jalan kaki aje. Lagipun aku nak buat apa? Yer lah kan, laptop aku rosak, kan? Yer lah kan?

Aku bangun pukul 2-45 tuh mak belum pun ke surau, dan nak menunggu Asar, punya lah lama rasanya. Hampir aku ter-on kan tv, tapi kalau tengok tv lagilah stress, so melepak jer lah aku. Mengenangkan nasib. 

Bersyukur aku sebab just before Asar, hujan turun, tak lebat tapi cukup sekadar membasah bumi. Maknanya aku tak payah nak menyiram petang nih, aku cuma siram air baja kat cili dalam polybags bawah garaj tu aje. Lepas tu aku mengopek saki baki kacang, untuk dibuat benih. Nasib baik aku tak buang kacang tuh dulu tuh, kalau dipililh-pilih, dapatlah jugak dijadikan benih sesikit. 

Aku cuba tak nak jadikan hal laptop aku rosak tuh sebagai punca aku macam down aje dua tiga harinih tapi aku tak dapat nafikan yang itulah punca utamanya. Tak ceria hidup aku tak dapat nak online nih, tau dak? But then aku nak buat macamana? Aku cuma mampu berfikir yang akan datang nih bila aku dapat online semula, aku akan sentiasa bersyukur dan sentiasa ingat yang betapa siksanya jiwa dan raga aku melalui detik-detik kehidupan tanpa adanya internet. Macam lah sekarang nih, bila aku menyiram cili, kacang, aku sentiasa ingat yang betapa bersyukur nya aku dulu tuh bila hampir setiap hari hujan turun, aku tak payah menyiram. 

Yang pentingnya, susah senang aku sekarang, aku kena bersyukur dan beringat-ingat. Susah sekarang, akan senang satu masa nanti. Senang sekarang, akan susah jugak nanti.

Whenever I'm happy, I get scared. Because I know I'll be sad again.

Ahad - 15092013

Awal pagi lagi aku ajak Luqman, anak sedara aku, pergi mengeteh. Lambat kalau nak tunggu breakfast kat rumah, aku nak ke kebun.

Pagi nih mulanya aku menyusun polybags yang kat garaj, mengikat dawai, pasang tali etc sebab banyak pokok cili yang terlentok aje. Lagipun kebanyakan pokok cili tu dah berbuah so, soon akan akan dipetik, jadi kenalah dibuat laluan supaya senang kerja memetik cili tuh nanti. Dah lah kerjanya (kerja memetik cili) memboringkan, tambah-tambah pulak pokok cili tuh tak tersusun, alamatnya adalah nanti yang dipatah-patahkan aje dek tangan-tangan yang memetik cili tuh.

Then aku menyiram cili sama kacang, sebahagian aje sebab kalau nak siram semuanya, sampai ke petang pun tak siap, pasal air paip memang tak laju, kawasannya luas pulak tuh. 

Long ajak aku menggali pangkal pokok pisang yang dah ditebang tuh (mak punya idea lah tuh) tapi aku tak nak, aku kata, biarkan aje, biarkan pokok pisang tuh reput sendiri. Bukannya kitaorang nak tanam apa-apa pun untuk masa terdekat nih, buat apa buang masa buat kerja tuh sedangkan banyak kerja lain yang menunggu. Mak memanglah kalau boleh, mak nak kan kawasan tuh clear dan bersih tapi in this case, first things first lah.

Since Long masih ada di kebun, aku decided nak ke Raub, nak hantar laptop aku. So kalau aku terbalik lewat, mak boleh ke masjid sama Long. Esok kedai tuh tak bukak so lambatlah aku dapat online balik semula. Berapalah kos nya nanti tuh, aku dah lah tak berduit nih, ada lah sesikit belen duit Raya yang adik beradik aku kasi ituhari. Kadang tuh aku terfikir yang how suck my life is sekarang nih, duduk di kampung, tak berduit. 

Tak apa lah, tiga empat bulan jer lagi, lepas tuh kualiti hidup aku akan lebih elok lah kot, Insya Allah.

Yes Dear Diary, I'm counting days.

Tengahari, sibuk pulak melayan anak-anak sedara main buaian yang Ida sama Lan buatkan untuk diaorang.  

Lena pulak aku tidur petang nih lepas Zohor, lepas makan. Sedar-sedar just masa untuk ke masjid for Asar. Bagus jugak tak ada laptop nih, tidur cukup, sebab tak boleh nak online. Malaslah aku pinjam ipad, laptop orang, orang tak tahu pun laptop aku rosak, dan aku tak nak tunjukkan yang how bergelora nya jiwa aku bila laptop rosak, bila tak dapat nak online.

Long sekeluarga balik petang nih, yang tinggal, Ida sekeluarga, Lan sekeluarga (tanpa spouse masing-masing). Sesambil menyiram kacang, cili, aku menyiram anak-anak sedara aku jugak, seronok tengok gelagat budak-budak main air. 

Tak ada Kuliah Maghrib malam nih, aku ok aje sebab boleh aku teruskan baca Quran/Terjemahan aku, cuma yang tak bestnya, masjid nih semakin sunyi. Pelik aku, bukannya tak ramai orang kat kampung nih, tapi yang datang berjemaah kat masjid muka-muka basi ni lah jugak, ada lah dalam sesepuluh orang. Paling ramai pun dalam belasan aje. Mudah-mudahan Tuhan kasi hidayah kat yang lain-lain, aku dulu pun tak selalu jugak ke masjid, so aku faham sangatlah. 

Again, malam nih aku tidur awal. 






Sabtu - 14092013

Nasib baik S tak ada datang kerja pagi nih, aman jer aku rasa buat hal aku sorang-sorang. Kesel gue, nyebelin gue melulu.

Aku merepih, mencabut rumput, merepair batas, menambun tanah di pangkal pokok-pokok kacang kat Zone 1, yang kat belah depan rumah tuh. Rasanya dah banyak kali dah aku buat kerja kat situ tapi tak pernah siap (sebab kawasannya luas). Aku concentrate yang kat bahagian depan-depan aje pasal situ kawasan orang ramai, kena cantik berjaga kacang dan kawasan kat situ, baru lah orang puji, kan? Barulah mak tak risau, bila tak ada semak samun gitu. Yang kat dalam-dalam, belakang-belakang sana tuh, pedulikanlah, lantak koranglah penuh semak samun, kalau ada masa nanti aku kerjakanlah.

Kacang yang aku ingatkan tak hidup dulu tuh (sebab kawasan air bertakung) rupanya tumbuh jugak. Jangan terencat dah lah sebab dah 3 minggu aku tanam, baru tu lah masing-masing memunculkan diri sedangkan kacang yang aku tanam seminggu lepas, jugak awal minggu nih, semuanya dah tumbuh, way way ahead dari kacang kat kawasan tadahan hujan tuh.

Long menebang pokok pisang yang kena penyakit MOKO pagi nih, terang sekeliling jadinya. Too bad benih kacang dah tak berapa ada, kalau tak sure aku dah mula menanam kat kawasan tuh, cantik tanahnya. Aku rasa aku nak tanam jagung lah kat situ walaupun Long tak setuju sebab takut dimakan kera. Tengoklah nanti, tawakkal aje lah kot. Dulu masa aku tanam jagung, mak sama Long pun tak setuju jugak, tapi tak ada pun dimakan kera, mungkin sebab kawasan tuh tersembunyi sikit. Ini kawasan nih kat tepi jalan besar.

Lepas Zohor tadi rancak mak bersembang sama Tok Empat. Rupanya mak mintak Tok Empat tolong usahakan (untuk kesekian kalinya) pasang lampu kat jalan masuk ke rumah kitaorang. Mak patut tahu yang lampu hanya dipasang kat jalan masuk ke rumah-rumah yang penghuninya sokong parti "dashing", mak pangkah voolan sama roket ituhari kan, so kaedahnya macam anjing menyalak voolan lah sekarang nih. Dah bertahun-tahun mintak dipasang lampu, pak pun dah setahun meninggal, masih belum berjaya. 

Mak ke rumah orang baca Yaasin petang nih, tumpang ahli KELIBUT (Kelab Ibu Tunggal), janjinya balik dari sembahyang Asar, mak akan tumpang orang tuh jugaklah. Sebab aku sama Long akan terus ke rumah orang khenduri tuh, jemputan lelaki, makan lepas Asar sebab ada Tahlil dulu sebelum tuh. 

So lepas Asar tuh teruslah kitaorang berdua ke rumah khenduri tuh, tapi aku terperasan yang kereta yang mak tumpang tadi tuh tak ada kat perkarangan masjid, tempat orang perempuan. Belum sempat aku tanya Long macamana mak nak balik, aku ternampak mak tengah membonceng motor Makcik Rempit.

Aku kena warn Makcik Rempit nih gayanya, jangan mudah nak tumpangkan mak, jangan selalu ajak mak naik motor sama dia. Sebab aku ngeri tengok cara Makcik Rempit tuh bawak motor, macam dia sorang kat jalanraya, macam tak ada kenderaan lain.

Sekejap jer kitaorang kat rumah khenduri tuh sebab Long nak cepat, nak ke kebun. Aku sempat makan aksam jer, biasanya kalau di rumah orang khenduri, aku makan banyak, berselera. 

Aku tak tahu pun Ida, Lan nak balik harinih, aku tak perasan pun Monday nih cuti. Diaorang sampai dalam pukul 6 lebih, riuh jadinya rumah dengan suara anak-anak sedara.

Masa mengaji sama UstazM Maghrib tadi, aku tersilap baca. Kitaorang baca bergilir-gilir, sorang baca satu mukasurat. Biasanya aku akan praktis dulu baca page yang aku patut baca, sebab aku selalunya duduk kat hujung, aku boleh agak page mana yang aku kena baca (based on bilangan jemaah). Tiba-tiba Haji Din tukar tempat, duduk, so bila turn aku, aku kena baca page lain, bukan page yang aku dah praktis baca tuh. 

Balik dari masjid, lepas makan, bila aku on kan laptop, screen nya blank aje. Aik, tiba-tiba jer jadi macam tuh? Aku cuba on dan off kan, a few times, tetap blank jugak. Sah lah laptop aku rosak. Laptop aku tak protected, tak ada anti-virus, simply sebab aku rasa laptop aku "bersih", aku tak tengok porn. Sedangkan tv aku tak tengok, ini kan pulak porn, kan? Ekekekeke


So, awal lah aku tidur malam nih. True yang aku ada rasa down rentetan dari ketakdapatonline-an tuh tapi aku cool aje. Aku rileks jer walaupun aku ada terfikir yang aku kena hantar repair laptop tuh, dan aku tak ada duit pun nih. 

Aku siap tersengih lagi tuh bila fikir yang entah-entah masa berdoa esok lusa, akan terlintas pasal laptop rosak nih kat part "permudahkan urusan dunia aku" doa aku nanti. Tengok jer lah nanti.






Friday

Jumaat - 13092013

"Esok lusa boleh siap lah tu", kata S masa aku merumput kat kawasan semalam.

Semalam dia cakap gitu jugak. He knows bloody well yang kerja aku tuh tak akan siap dalam masa sesehari dua, tapi saja jer dia perli aku. Dia tahu, aku yang beritahu dia semalam, yang aku nih selalu pindah-pindah buat kerja, bosan di sini aku ke sana, gitu. It's very not me lah kalau concentrate buat satu kerja sampai siap. Sebab belum pun siap kerja tuh, aku dah bersiap-siap nak buat kerja lain, ade jer idea lain. Itu yang sampai siap pun tak akan siap-siap kerja aku tuh, walaupun kerja lain yang aku buat sebelum kerja tuh siap, dah siap. Tapi biasanya, siap tak siap pun kerja tuh, siap jugak akhirnya. Sebab aku akan siapkan kerja yang belum siap. Sampai siap. 

Unless aku siapkan kerja yang tak siap tuh siap-siap, memang sampai siap lah tak akan siap kerja aku yang tak siap tuh.

Gila terrer aku buat ayat, kan Dear Diary? Ekekekek. Told ya, I have my own ways of getting attention.

"Adat lah berkebun, tak payah nak buat lawa-lawa sangat, bukanya tanam bunga", kata S lagi.

Bloody hell, shut the fuck up!

"Awak merepih harini, esok lusa nya tumbuh balik rumput terh. Biar ke jer, bila panjang sangat baru cangkul", kata S lagi.

Good grief, have mercy on me, please!

You don't get it lah S. You just don't.

Ko ingat aku nih serious sangat ker buat kerja? Ko ingat aku nih bukan macam ko ker, buat kerja main-main, gaya aje lebih. Does it take anything away from your life that there is someone in existence that wants to do this? Damn, sometimes, even I can't tell if I'm being sarcastic or if I'm really just a bitch.

Itulah susahya bila wavelength pemikiran yang tak sehaluan. Dah banyak kali aku cakap, cara aku berkebun nih melambangkan karakter aku, keperibadian aku. Aku suka tanam kacang tanah sebab I like the idea of uncertainties in life, aku tak akan tahu samada kacang tuh "menjadi" atau tak, sehinggalah tiba masa dicabut. Macam yang kat Zone 4 dulu tuh, tumbuh merimbun jer tapi isinya dimakan tikus. Dan kacang yang kat Zone 3a, pokoknya kecik-kecik tapi isinya bergogos-gogos. 

Aku tanam kacang banyak-banyak, sebab aku rasa aku boleh handle ketamakan, aku akan kena kerja lebih kuat sebab banyak kerja yang terpaksa aku buat. Dan aku nak baris-baris kacang aku dijaga rapi, it shows yang aku nih pandai menjaga diri. I’m tough, ambitious and I know exactly what I want. 

And if that makes me a bitch, that's ok.

Masa Khutbah Jumaat tadi (Ustaz Simone Cowell punya turn baca Khutbah), berkali-kali dia kasi "amaran" yang Khutbah tuh pernah dibaca 20 tahun lepas, dan akibatnya dia kena banned, dipanggil ke Pejabat Kadi. Khutbah tu menceritakan pasal siksaan dalam kubur, yang mulanya aku tak berapa faham apa pasal Ustaz tuh kena banned, dipanggil mengadap Kadi etc. But then bila sampai ke part yang "mereka-mereka yang menolak hukum Allah, mereka-mereka yang menyokong penolakan hukum-hukum Islam dalam kehidupan seharian", then barulah aku faham. 

Masa mak ke surau petang nih aku bersihkan garaj/tempat projek cili, Long pun nak balik petang nih so biarlah nampak kemas dan teratur sikit. Dan lepas Asar aku terus ajelah menyiram cili yang kat tanah, senang dan cepat menyiram guna air paip. Yang tak tahannya nak menyiram air baja kat cili dalam polybags tuh. Dah banyak cili yang merah-merah, aku dah boleh cabut buang pokok-pokok cili yang lama, yang dah tak berapa nak berbuah dah tuh, yang dah berjasa pada aku dalam 7 lapan bulan dah nih, yang aku sendiri pun macam cemuih menengoknya sebab tak henti-henti berbuah. Bukan aku takbur tapi they've seen better days so it's about time I let them go.

Long sekeluarga sampai lewat jugak, sempatlah Long menolong aku menyangkul kat kawasan kacang. Bersemangat aku kerja kalau ada peneman. Tapi, kejap tuh mak panggil, suruh beli teh. See, dua tiga hari lepas aku dah kata. Pelik aku, apa pasal mak tunggu sampai benda tuh betul-betul habis, baru suruh beli. Dan pulak, lepas satu, satu. 

Macam balik dari Isyak tadi, mak suruh ke Sungai Ruan beli ubat nyamuk sebab dah habis langsung dah ubat nyamuk. Aku tak guna ubat nyamuk (aku pasang kipas), mak jer yang guna, patutnya mak tahu lah kan? Itu hari, kebetulan aku terperasan yang gula dah nak habis, so aku beli, tapi aku tak keluarkan dari dalam kereta. A few days later, uko keri mak panggil aku suruh pergi beli gula sebab gula dah "habih langsung". 

Yang buat aku peliknya, benda-benda gitu mak tak kisah sangat, tunggu betul-betul habis baru disuruh beli. Satu per satu. Tapi, tempoyak sama belimbing rebus, masih ada berbalang-balang dalam fridge tuh, itu pun mak dah risau sebab dah "habih langsung dah tempoyak sama belimbing reberh (rebus)". 

Apalah aku nih, itupun nak tulis kat blog, kan Dear Diary? 

Eh, kau dah submit nama aku untuk calun Anak Mithali, 'lom?