Friday

Selasa15Januari2019

Walaupun kurang tidur, dan biasanya aku sambung lepas Subuh, tapi pagi ini aku tak buat gitu. Balik dari masjid pun dah 6-45, so terus lah aku breakfast. Aku rebus kacang harimau jugak, sebab tak nak nanti kalau-kalau MN nampak, sure dia nak. Tak boleh lah nak kasi dia semua hasil usaha aku, setakat sayur-sayuran tuh boleh lah. So basically MN nih kawan aku level timun aje ekekekeke

Aku tak ke Sungai Ruan pun jugak, tak ada apa nak beli. Biasanya kalau pergi waktu tak ada apa nak dibeli, ha, masa tu lah aku banyak terbeli benda yang tak sepatutnya aku beli.

Lepas menyiram, aku cuba-cuba cabut kacang, dapatlah sesikit. Redha jer lah cuaca panas gini nih, aku pun tak nak rush sangat untuk clearkan tanah dan tanam tanaman baru. Masalah nak menyiram tu lah, tak ada air. 

Macam biasa, aku beli lunch untuk MN, tapi bila aku sampai rumah, tengok-tengok dia tak ada. So aku makan lah lauk pauk bahagian dia tuh, selebihnya tak tahu lah nak buat apa, nak disimpan pun tak makan nya lah. Aku ingatkan dia dah tak datang tapi dalam pukul 2 lebih dia sampai, rupanya dia balik ke rumah untuk mandi, sembahyang. Kata dia lah. Biasanya sembahyang kat rumah kitaorang jer. Dan dia belum makan rupanya, so makan sisa yang ada tu jer lah. Nasib lah, apasal tak beritahu aku yang plan dia macam tuh. 

Masa Asar tadi ada dibuat pengumuman yang malam nih Ustaz Sekolah Sains tuh akan kasi Kuliah Maghrib tapi tak ada pun. So lepas sembahyang terus aku ke surau, ada Kelas Fiqah. Since tak disediakan jamuan, aku ke kedai Omar, ada aku ajak 2 orang budak, ajak-ajak gitu jer lah. Budak-budak kan, diajak nya kawan diaorang yang lain, "jom, jom, Pakcik nih nak belanja".

Rabak lah jugak aku.

Forex account aku dah sampai matlamat, dah dapat 100% untung, dah jadi 1 Eth. So aku ingatkan boleh lena lah malam nih tapi rupanya macam semalam jugak, dalam pukul 2 lebih, after much debating dengan perasaan sendiri, aku mandi etc. "Dah letih" sembahyang sunat, baca Quran, aku berzikir sambil baring, sedangkan waktu tuh dah 4 lebih. 

Sedar-sedar 6 suku. Setan punya setan!

Thursday

Isnin14Januari2019

Tak sampai setengah jam aku di kebun, cuma menyiram tanaman yang dalam polybags aje. Banyak tanaman yang mati, aku pun tak tahu apa pasal. Apa yang aku perasan, banyak ulat yang makan daun, semua pokok timun dan rock melon jadi mangsa. Tembikai pun sama tapi masih boleh diselamatkan. Anak limau oren pun ada yang mati. 

Yang elok nya cuma kacang harimau, semuanya tumbuh. Susah-susah macam nih, aku nak tanam kacang harimau aje lah kat polybags yang kosong. 

Kacang harimau yang kat tanah, layu kering, nak menyiram pulak, masalah jugak sebab air paip kecik sangat, the whole day menyiram pun tak siap. Nak penuhkan tong pun setengah hari. Redha jer lah. Nasib baik lah most of the kacang tuh dah boleh dicabut, so kalau ak nak berusaha siram pun, aku tak payah siram semuanya.

Nak mencabut nya pulak susah sebab tanah keras, lepas disembur air dan dibiarkan sekejap, pun tak dapat dicabut, kacang nya tertinggal kat dalam tanah. Yang bila aku cangkul, ada yang rosak. Macamana pun dapatlah sesekilo kot kacang yang aku cabut, cukuplah untuk dimakan atau dibuat benih. Cabut sikit-sikit gitu lah, takut nanti tak sempat Raya Cina bila siblings aku ada balik. Tak kalu tak merasa lah diaorang.

Aku tak lah rasa ralat sebab panas, dua tiga bulan lepas hujan banyak turun, kan, kita kena terima aje apa yang Tuhan kasi. Dan bersyukur. Dan redha. Ha, gituh!

MN sambung kerja pasang tiles, kat dalam rumah, so jadi tension jugak aku sebab dia nih, selain menyanyi, dia bercakap sorang-sorang. Masa kerja kat tandas dan bilik air belakang dulu tuh, dia cuma menyanyi, tak ada pulak cakap sorang-sorang. Aku tahu yang dia cakap soran-sorang tuh sebab nak tunjuk kat aku lah kononnya dia tekun buat kerja.

Sentapz aku tau dak kat MN nih, aku elok-elok sediakan makanan, banyak pulak komplennya. Tadi aku beli lah sayur lemak jantung pisang, favorite aku tuh. Boleh dia kata, "tak ada sayur yang best sikit ker?". I mean, phuck, itu sayur kegemaran aku tuh. Aku sediakan makanan pun ko patutnya bersyukur dah. Dia nih macam class sikit orangnya, ikan keli, ikan patin, bubur durian, semua tuh dia tak makan. 

Mengaji malam nih macam tak best jer, masing-masing macam tak bersemangat gitu, Ustaz tuh pun tak banyak cakap malam nih. 

Mungkin sebab lambat masuk tidur, sampai ke pagi aku tak dapat nak lena. Pukul 2 lebih tuh aku bangun akhirnya, mandi dan buat apa-apa yang patut. Aku tahu yang di akhir malam setan memang bekerja kuat, dalam pukul 4 kot aku tertidur, sedar-sedar azan Subuh dah berkumandang.

Wednesday

Ahad13Januari2019

Kalau tak sebab aku dah order makanan untuk dibawak ke surau malam nih, aku akan stay for another day kat KL. Tapi itu lah, aku dah janji, lagipun aku suka mengaji dengan Ustaz tuh, tiap kali sessi, biasanya ada aje pengetahuan baru yang aku dapat.

Ngam-ngam pukul 11 aku sampai, Ida dah ada tunggu. Kitaorang singgah Kolej Vokasional Bentong, Ida nak jumpa Luqman, anak dia, sekejap. Dalam perjalanan tuh banyak jugak kitaorang bergossip, aku dengar jer cerita-cerita lama dari Ida, apa yang a few of my siblings cakap pasal aku. 

Mulanya aku nak sentapz tapi bila mengenangkan yang aku tak boleh nak stop orang dari fikir dan analisa diri aku, aku pendam kan aje lah. Aku pun tak nak Ida rasa tak comfortable kalau aku tersentapz. So basically aku ada terasa hati dengan 2 of my siblings, yang paling atas. From now on aku menjauhkan diri lah sikit dari diaorang, bukan sebab marah, tapi sebab aku kurang berkenan dengan cara pemikiran diaorang. Nak buat macamana kan, semakin tuah, pemikiran kita jadi makin sempit, apa yang kita ingat, cerita-cerita lama yang kita keep harping on.

Kitaorang sampai Raub waktu Zohor, mati kering tanaman aku. Lantak korang lah, hati aku pun dah kering jugak sekarang nih. Aku tak perasan pun yang manggis dah banyak masak sebab dah jarang ke kawasan pokok buah-buahan tuh. Biasanya seminggu sekali aku pergi check, masa ikut jalan pintas untuk ke Pekan Sari. Sekarang nih aku berkereta ke Pekan Sari sebab nak bawak Chu, kan?

Sebelum Ida balik, aku tanya dia apa lagi yang nak direpair, atau dicat baru, Ida kata terserah pada aku lah. Aku dengar jer Ida menalipun Mak menceritakan pasal kerja-kerja yang dah siap tuh. Mak suruh Ida reimburse aku, tapi aku tahu yang Ida akan buat donno jer sebab aku sendiri yang kata aku tak nak mintak duit, sebab tuh aku tak war-war kan kat WA group. Duit upah meracun, memesin rumput dulu pun tak ada dibayar pun jugak. 

"Semalam makan apa?", aku tanya one of the jemaahs yang datang mengaji. Aku nak tahu, samada semalam ada tak orang bawak makanan kat surau.

Mamat tuh kata yang semalam tak ramai orang, tak ada pulak orang bawak makanan, memang tak pernah pun ada makanan kalau Sabtu.

Aku pelik jugak, dah tahu yang aku akan bawak makanan malam nih, apa pasal this couple bawak jugak makanan? Apa pasal tak bawak semalam jer? Ini semua macam plot nak kasi aku sentapz jer. Semalam kan ker mengaji jugak, apasal tak bawak semalam? Apasal nak bawak malam nih jugak sedangkan aku dah beritahu yang aku akan prepare makanan? 

Macamana agaknya kalau minggu depan aku tak bawak makanan. Kesian pulak, sebab hari Ahad ramai jemaah biasanya (sebab kat masjid tak ada Majlis)

Sabtu12Januari2019


"Lepas sembahyang kang, tak payah tunggu Imam berdoa lah, doa sendiri jer lah, takut lambat", kata MH masa kitaorang sampai Masjid Jamek. Pelik aku, apa lah yang nak dikejarnya pun. Dia beritahu yang semalam, awal pagi tadi, dekat pukul 3, dia sama kawan dia dah pergi Pasar Karat tuh tapi orang belum ramai. Diaorang sempat jugak merempit kat Bukit Bintang rupanya, merempit sambil berkereta.

Biasanya aku ke Pasar Karat tuh dalam pukul 8 pagi, cuma ada a few lanes yang penuh dengan peniaga. Tapi tadi, terkejut aku bila tengok punyalah ramai orang berniaga di kaki-kaki lima sepanjang kawasan Chinatown. Orang yang datang pun ramai jugak. Sedih jugak bila memikirkan yang bila nya diaorang tuh sembahyang Subuh, peniaga-peniaga situ pun macam spesis lain jer.

Tak ada apa yang menarik nya pun tengok orang berniaga dalam kegelapan tuh, yang cuma diterangi lampu jalan. Barang-barang yang dijual pun semuanya benda lusuh-lusuh. MH macam excited jer, banyak tempat yang dia berhenti, beli itu ini, topi buruk, seluar buruk. Then beli vacuum cleaner second hand. Dia nih suka kumpul barang, kalau kat kawasan rumah dia, penuh dengan barang-barang terpakai, kereta-kereta buruk etc. Macam kat Slab City, California, the last free place in America ekekeke

5 kali pusing setiap alley dan sidewalks tuh, aku mula rasa bosan, aku beritahu MH yang aku nak balik ke hotel aje lah sebab nak bersiap nak pergi rumah kawan yang ada buat makan-makan sikit, kat Ampang. Dapat lah aku tidur sekejap sebelum ke Ampang, lepak kat rumah kawan aku pun cuma 10 minit gitu, sekadar nak tunjuk muka. 

Aku dah nak check out bila one of the staff tuh tanya aku apa pasal muka moyok jer, then aku kata lah yang mana tak moyok, aku terpaksa cari hotel lain sebab Citin penuh. Then dia tanya kalau aku nak duduk kat bilik yang tak ada tingkap, terus aku kata ok. So bermalam kat Citin lagi hari nih. Aku ke Dunkin Donut sekejap, beli donuts untuk kasi kat staff hotel yang dah jadi macam kawan aku semua tuh.

Lepas Zohor aku sambung tidur, macam tidur dalam gua rasanya, gelap gelita tak ada tingkap. Aku tak ke mana-mana lepas Asar, standby jer kalau ada kawan nak jumpa ker, sebab ituhari ada yang WA ajak mengeteh. Too bad semalam aku sibuk. 

Aku tak tahu pun yang kat luar hujan mula turun, lepas Isyak. Aku terus kan jugak ke Bukit Bintang, then hujan semakin lebat, dan lama pulak tuh. 

Ida ada WA, dia nak balik Raub esok sebab teruja nak tengok renovation works yang dah siap tuh. So dia ajak aku join sekali, esok tunggu dia kat LRT Gombak, pukul 11.

Tuesday

KhamisJumaat1011Januari2019

Khamis 10 Januari 2019

Aku tengah menyiram bila dapat news yang tak baik, aku masih tak dibenarkan buat passport. Tak nak cakap banyak lah tapi aku ke KL ituhari uruskan pasal nak buat passport sebab kalau mengikut surat dari Jabatan Immigresen, dah lama dah aku boleh buat. Tapi, bila aku nak buat ituhari, kes aku kena dirujuk ke Putrajaya lah, itu lah, ini lah, dan yang terakhir nya aku diberitahu yang kalau aku nak apply for a passport (buat passport), aku kena melalui certain Departments, sebab kes aku nih "lain sikit". Katanya.

Apa-apa lah, buat masa sekarang aku terpaksa lupakan niat untuk ke mana-mana, walaumacamana pun aku akan usaha kan jugak untuk buat passport. Mungkin tak seburuk yang aku sangka, mungkin boleh buat cumanya lain sikit, mungkin jugak aku yang mudah sangat sentapznya, diaorang tak pun kata tak boleh buat, kan?

So seharianlah aku tak ada mood nak buat apa-apa. Moyok jer kat bilik, MN tegur pun aku jawab tak jawab. Aku even lunch dulu, sembahyang, then baru lah belikan lunch untuk MN. Malas nak bersembang. Dia dah nak siap dah mengecat bilik air, esok aku ke KL so dia pun off lah. Minggu depan nak suruh dia pasang kunci kat semua pintu, nak tukar kunci baru.

Aku tak sure yang MH akan datang jemput aku esok so aku mintak MN tolong hantar aku ke Raub incase MH tak datang, ini last kopek lah aku nak percaya dia. Selalu sangat dah tak tepati janji, kalau kali ini dia masih jugak lupa janji then that's it lah.

Masa nak jemput Chu untuk ke masjid for Kuliah Maghrib, terserempa dengan MH yang jugak nak ke rumah Chu, nak pulangkan bekas makanan, malam hari Selasa ituhari dia ada order makanan untuk dibawak ke surau. 

So esok pagi before 7 am aku akan ke KL sama MH sekeluarga.


Jumaat 11 Januari 2019


Saspen jugak aku, Subuh masuk pukul 6-03, harinih Jumaat pulak, Imam buat Sujud Sajdah, wirid nya panjang biasanya. Takut tak sempat aje lah. Itu yang sebelum ke masjid, aku siapkan semua, beg pun letak tepi pintu.

Imam tuh lupa agaknya, first time tak baca Surah Sajdah, so cepatlah jugak siapnya Subuh pagi nih. 6-45 am aku dah sampai rumah, tunggu punya tunggu, pukul 7-20 pagi baru MH sampai. 

Kitaorang terus aje ke KL sebab nak ke HKL sebelum 9 setengah. MH nih jenis degil, tak nak dengar kata orang, aku tunjukkan arah ke pusat bandaraya KL, dia tak nak dengar, dia tak percaya. Last-last aku senyap kan jer lah, dua kali keluar masuk tol sebab tersalah jalan. Sampai HKL pun 10 setengah, lepas tinggalkan anak bini dia kat entrance (apa punya suami daaa, ditinggalkan nya aje anak bini dia untuk uruskan semua hal, "deme nya ada beli roti tadi", kata dia bila aku suruh dia at least tapau breakfast), kitaorang ke Jalan Raja Laut sebab MH ada urusan kat Berjaya.

Sekali lagi kedegilan dia terserlah. Mana ada berjaya kat Jalan Raja Laut, kat area-area MARA tuh. Rupanya Maju Junction. 

Nak breakfast lah pulak, so aku suruh dia park kereta kat one of the parking spots kat situ. Dua kali jugak pusing sebab dia kata jauh tempatnya, lepas breakfast nanti nak kena cari parking lain pulak. 

"Kat KL macam nih, ko park kat satu tempat lepas tuh ko pergi buat urusan ko kat dua tiga tempat. Bukannya setiap kali nak pergi mana-mana, setiap kali ko nak cari parking", aku kata gitu, aku macam tak percaya bila dia kata nak drive dari parking yang belakang kedai (dulu panggung Odeon) tuh ke Maju Junction, sebab jauh. 

Jauh? Tak sampai 5 minit pun jalan kaki dari MARA ke pejabat di Maju Junction tuh.

"Moh ikut aku ke Pudu, aku nak beli kipas, kipas situ murah-murah", kata MH bila dah selesai urusan dia.

Terpaksa lah aku ikut ke Jalan Pasar, Pudu. Ada macam pasar elektrik kat situ, macam-macam barang elektrik yang dijual. Biasalah, setiap kedai dimasuk, harga kipas lebihkurang sama jugak. Last-last aku kata aku nak kena check in sebab takut terlewat nak Sembahyang Jumaat.

Mulanya dia nak ikut melepak kat hotel, tapi akhirnya tukar fikiran.

Fully booked Citin tuh weekend nih, nasib baik ada satu bilik kosong, tapi esok aku kena cari hotel lain sebab bilik penuh semuanya.

Buang masa aku aje petang nih, menunggu MH. Janjinya nak datang ajak aku temankan dia untuk beli kipas, lepas dia hantar anak bini ke rumah sedara dia di Cheras. Nak beli kipas jer pun, sakan. Kat Raub tak ada jual kipas ker? 

Beza nya dia nih dengan aku, aku ada terfikir gitu.

Lepas Isyak aku ke Bukit Bintang, potong rambut, makan, merayau-rayau gitu lah. Then MH talipun beritahu yang dia akan sampai kat hotel pukul 11 malam. 12 lebih baru lah sampai. Dia ajak mengeteh, aku ok jer tapi bila dia kata kawan dia dari Puchong nak join sama, terus aku kata yang aku tak boleh lama sebab nak memorex.

Tak jadi kitaorang mengeteh, beli burger, melepak kat hotel sampailah kawan dia talipun. 

Pukul 3 lebih baru MH balik, kejap aje dia dah berdengkur sedangkan aku terkapai-kapai nak kasi lena tapi tetap tak lena sampai Subuh.

Wednesday

Selasa,Rabu,8,9Januari2019

Selasa 8 Januari 2019

Pukul 7 setengah aku dah ke Sungai Ruan, sekajap jer, tak ada beli apa sangat pun, setakat limau oren dan bekalan foot patch. Aku suka tidur malam pakai foot patch, rasa macam lebih nyenyak. Then breakfast kat kedai depan Pusat Serenti.

Mood aku macam baik jer pagi nih, aku rasa macam happy jer, entah apa sebabnya, aku pun tak tahu. Aku nih, benda-benda kecik pun mempengaruhi mood aku. Bila tengok yang anak limau oren ada yang baru tumbuh, itu pun buat aku happy. Likewise, bila tengok anak tembikai dipatuk ayam, aku jadi sedih. 

Tambahan pulak semalam Ben Whishaw menang Golden Globes, lagi lah happy nya aku. Ke KL nanti aku nak tengok Mary Poppin Returns lah rasanya, both my favorite stars (Meryl Streep, Ben Whishaw) are in that film. Bohemian Rhapsody pun my cup of tea nih. Tapi, aku rasa aku tak tertengok pun nanti, sebab tak ada geng. Macam MammaMia! dulu tuh, macam tak percaya yang aku belum tengok that film.

Forex-wise, akaun aku dah untung 25%, tapi at the time of writing this, floating loss aku besar jugak, dalam 0.05 Eth, kira besar lah tuh sebab my account now stands at 0.625 Eth. 

Setelah more than 2 months tak ada Kuliah Maghrib by Ustaz Sekolah Sains tuh, malam ini dia datang, kasi Kuliah bab Puasa. Sebab dia nak habiskan bab tuh just before Ramadhan starts.

Awal aku tidur malam nih sebab tak ada nak monitor price movements sangat, lagipun aku cuma ada 3 positions.

Rabu 9 Januari 2019

Lagi sekali aku ke kebun awal pagi, breakfast kat rumah jer, makan roti sama scrambled eggs. Scrambled eggs aku mesti letak cheese dan tomato. Aku awal tuh sebab ingatkan MN datang awal tapi dah 9 lebih baru dia datang. Aku dah nak siap buat kerja kat kebun barulah dia sampai. Dia kata aku gigih sungguh berkebun, kebetulan masa dia datang tuh aku tengah mengisi tanah dalam polybags. 

Aku cabut lagi kacang harimau, terus dikupas, dan terus tanam kat polybags. Yang ditanam minggu lepas sama adik ipar Ipin tuh dah mula cambah, aku buat pagar tak nak kasi ayam patuk. 

"Beli cat murah jer lah, bukan nya rumah orang kaya", aku kata gitu kat MN bila dia kata se tin cat 7 liter tuh harganya dekat RM 200.

Tak cukup cat yang kitaorang ada, itu yang kena beli lagi, jugak untuk cat dinding bahagian dalam. Aku WA kat Ida gambar-gambar renovations works yang dah siap, terkejut dia. Aku tak beritahu sapa-sapa pun, Mak pun aku tak beritahu.

Ada orang nak sewa tanah Pak Andak, (arwah) Ngah Raub yang di sekeliling rumah kitaorang nih, nak buat projek tanam sayur. So aku talipun waris-waris yang berkenaan, diaorang suruh aku handle.

Basah kuyup aku balik dari masjid Asar tadi, semalam aku naik kereta, tak hujan pulak walaupun mendung tebal. Petang nih, tak gaya nak hujan tapi hujan turun jugak. Apa pun aku bersyukur sebab esok tak payah menyiram. Tak payah ke kebun even ekekeke

Ada Kuliah Maghrib (Bab Akhlak/Tasauf) kat surau, malam nih mula. Tapi aku ada kelas mengaji kat masjid, dah 3 minggu break. Ada disediakan minum, kuih aje, so aku blah. Nak ke kedai Omar, banyak lah pulak kereta (Kuliah kat surau belum habis), so aku ke kedai Redha Jer Lah.

Floating loss aku dah semakin tinggi, hmmmm..... kena pulangkan balik untung semalam nampak gayanya.

Tuesday

Isnin7Januari2019

What a quiet morning pagi nih, tak ada bunyi bising mesin asah tiles etc, tak ada bunyi orang menanyi etc. Aku breakfast makan mee semalam jer, ada aku tapau bawak balik sikit. Balik dari Subuh tadi aku terus bukak a few positions, long USD/JPY, EUR/JPY dan GBP/JPY. By noon ada lah untung sikit tapi membawak ke Euro session, floating profits jadi besar jugak. Aku tak panik pun sebab cuma ada 3 positions.

Tak sampai setengah jam pun aku di kebun, menyangkul semak kangkung yang membiak kat serata kawasan tuh. Tak lama kerja, ada orang datang nak jemput khenduri kawin 19 hb nanti. MR pun ada datang nak ambil duit upah meracun semak.

Aku ke kebun sekejap petang nih sekadar menengok apa-apa tanaman yang hidup atau rosak. Ada a few anak pokok tembikai yang patah riuk, dipermainkan dek ayam jiran aku lah tuh. Sabar jer lah. Cabut kacang harimau a few perdus, dapatlah sikit untuk direbus dan dibuat benih. Dalam seseminggu dua nih sesuai untuk dicabut, harap-harap Raya Cina nanti dapatlah keluarga aku merasa hasilnya.

Lepas mengaji malam nih ada lah one guy tuh tanya Ustaz pasal Cina yang menindas umat Islam, tak dibenarkan praktiskan ugama. Memang lah lari dari tajuk asal soalannya tapi aku rasa jemaah tuh baru terbaca news pasal tuh kot. Kebetulan pulak semalam ada aku tertengok youtube pasal Islam di China, pasal Uighurs etc, so aktif jugaklah aku menjawab nya. Diaorang, nak sebut Uighurs, Chenchnya, Chechen pun tak reti.

Aku jadi tertamak malam nih masa jamuan, aku tahu ada dua tiga orang lagi jemaah yang belum ambil makanan, selamba jer aku ambik telur sebijik (2 belah), itu jer lah yang tinggalnya pun.

Ada improvements trading akaun aku malam nih, so aku biarkan aje lah profits run, monitor pun gitu-gitu jer lah sebab aku sibuk melayan youtube.


Monday

Ahad6Januari2019

Awal aku pergi breakfast pagi nih, ke kedai Ameno, kedai lain tutup gayanya. Ada dua gerombolan geng berketayap semuanya kat 2 meja, Imam, Ustaz, etc. Aku bersalam dengan 2 orang yang kat meja sebelah tuh aje sebab yang lain tuh macam tak nampak kehadiran aku. Bukan, bila aku turun basikal, sunyi sepi jadinya, diaorang tak huha-huha, agaknya menghormati aku yang pendiam nih ekekekek

Nasib baik lah diaorang tak lama, lepas tuh masing-masing blah, kebanyakannya nak ke ladang durian masing-masing.

Eh, apa hukumnya (aku tanya jer nih) tanam durian kat tanah yang diteroka secara haram macam yang Cina-Cina buat tu, hah? Nun sampai ke puncak-puncak bukit sana nun.

Dalam 20 tongkol jagung yang aku petik, ada yang tak berapa elok dari segi saiz tapi kira ok lah. Lepas tuh aku tak tahu nak kasi kat siapa, nak kasi kat MN yang tengah kerja, aku malas lah pulak, aku fikir, lebih baik kasi orang lain lah pulak, tak kan nak kasi dia aje. Naik lemak lah dia nanti tuh.

Nak kasi Chu? Tak nak. Pasal dia akan jual jagung tuh. So aku mengendap jiran-jiran aku, kalau diaorang ada keluar rumah, nak aku kasi kat diaorang aje. Then aku dengar bunyi kereta jiran aku, diaorang nak keluar. So tinggal satu rumah lagi, penghuninya balik sekali sekala aje, kebetulan minggu nih ada balik. So aku intai lah dari dekat, sambil jinjing bag plastik berisi jagung tuh. 

"Eh, aku nih mengintai janda", kata aku dalam hati.

Then Chu talipun suruh beli barang untuk dia nak masak makanan yang aku order untuk dibawak ke surau malam nih. Aik, kata nya semalam nak beli barang?

Then on the way nak hantar barang ke rumah Chu, aku teringat kat MakCik Esah, jiran yang baik dengan Mak. Aku singgah sekejap rumah dia, tanya-tanya kalau dia nak jagung. 

"Tak payah banyak lah, Makcik sorang jer", dia kata gitu.

"Banyak jagungnya, tak apa, bagi lah ke sedara sebelah-sebelah", aku kata gitu. Anak beranak dia ramai kat sekeliling rumah dia.

Gaya macam nak hujan tapi aku berbasikal jugak ke masjid for Zohor sebab memang selalu jugak macam tuh, gaya macam nak hujan tapi tak turun jugak hujannya. Too bad kedai sebelah masjid tutup, so makan kat kedai di seberang jalan. Lauk dah habis lah pulak untuk aku tapau, aku cuma makan sikit aje lauk yang ada. Then hujan turun, kadang renyai, kadang lebat. Aku redah jer lah sebab nak ke kedai Redha Jer Lah nak beli makanan untuk MN yang seharian nih senyap aje, tekun buat kerja.

"Kalau MN tahu yang aku berkorban jiwa raga redah hujan semata-mata sebab nak belikan dia makanan, tentu meraung kesedihan dia", aku fikir gitu. 

Akhirnya siaplah kerja yang MN buat tuh, harga yang dia mintak pun ok, jauh lebih rendah dari apa yang aku expect. So aku nak suruh dia cat bilik air belakang tuh, luar dalam. Dia akan buat on Wednesday. Dia balik sekejap untuk ambik kereta, nak punggah barang-barang kerja.

"Chu awak memang gitu, suka memandir kan orang. Dulu dia kata gitu juga ke Mak awak sampai Mak awak merajuk", MN kata gitu. 

Tadi ada lah aku cerita kat dia pasal Chu memandirkan aku tuh semalam, dan dia pulak cerita pada bini dia, itu yang bini dia cerita kat dia pulak yang masa khenduri bila tah, Chu memandirkan Mak.

"Ooooo gitu rupanya. Oh ok", kata aku dalam hati.

Lebat jugak hujan petang nih, syukur lah sebab dah lama tak hujan. Makna nya jugak, esok ada harapan aku tak ke kebun. Memikirkan yang aku akan bosan sebab tak memorex dan tak berkebun esok, aku pun deposit 0.5 Eth ke trading account aku, nak buat style dulu lah. Dulu aku mula dengan 0.5 Eth jugak, dapat untung dalam 3 Eth. Kali ini tak tahu lah, harap-harap ada untung lah jugak. Aamin. So tomorrow morning I'll be trading again, InsyaAllah.

Chu kata dia terlupa nak siapkan kuih talam, itu yang bahagian atas kuih tuh lembik. Tak kisah lah, masakan Chu sedap belaka. Nasib baik lah banyak jugak mee yang dibuat, malam ini ramai pulak yang datang ke surau.

MH pun ada, dia kata nak ke KL Jumaat nanti, dia ajak aku temankan, dia nak hantar anak ke hospital, then nak ke Pasar Karat. Aku kata lah yang hotel aku akan duduk tuh tak jauh dari Pasar Karat tuh so dia tanya boleh tak kalau dia nak tumpang bermalam sama aku (mungkin anak dia ditinggalkan kat rumah sedara dia di Cheras). Basically aku setuju nak ke KL sama dia (dia berdua jer, bini tak ikut) walaupun aku maklum yang MH nih kalau berjanji nak ke sana sini, jarang sangat ditepati. Aku terfikir jugak yang akan jadi bosan lah pemergian dan ke-ada-an nya aku di KL nanti sebab dia tuh jenis yang "slow", sure nya nak ke Bukit Bintang (dari area Pudu Sentral) nak naik kereta nanti tuh. Sedangkan aku jenis yang jalan kaki aje. Aku nih jenis yang tak kisah sangat bila akan sampai ke destination sebab aku nak enjoy journey tuh. Dia tuh, macam Melayu lain jugak rasanya, lebih pentingkan destination, nak selesa dan cepat sampai.

Terbersembang jugak dengan Pengerusi Surau/Bilal Masjid, dia nih aku respect sebab banyak tunjukkan teladan yang baik sebagai seorang Bilal, hari dia tak bertugas pun dia datang jugak berjemaah. Aku tak kata yang lain tuh, Bilal, Imam, diaorang cuma datang masa hari diaorang bertugas aje. Hari diaorang off, diaorang tak datang. 

Aku tak kata macam tuh. Walaupun aku nak sangat kata. Sebab aku rasa macam pelik jer keadaan di kampung nih.

"Awak buat sendiri ker makanan tadi tuh?", dia tanya aku.

"Tak lah, itu Chu saya yang buat. Saya order dari dia", aku jawab gitu.

"Berapa harganya?", dia tanya lagi.

"Alah, tak sampai seratus pun", aku jawab gitu.

Then aku terdapat idea, nak tanya dia pasal menu yang sepatutnya dibuat dengan harga sekian-sekian. Then aku cerita pasal ketidakpuasan hati aku pasal jamuan Isnin lepas, bukan aku tak ikhlas cuma nya aku nak kan jawapan.

Rupanya sebelum ini pun dah ada orang yang komplen pasal benda yang sama. Bayar mahal tapi makanan yang disediakan tak berpadanan.

Ooooooooo

Dia berterima kasih kat aku sebab aku kasi tahu dia, aku pun rasa lega gitu. Akan datang, kalau nak buat jamuan, kasi duit kat orang lain, jangan kasi kat dia sebab dia tuh ada buat bisnes, so fikiran dia ke arah itu aje lah, nak ambik untung.


Sabtu5Januari2019

"Awak nak ke Pekan Sari ker hari nih? Kalau awak nak pergi, datang jemput Chu, Chu nak beli barang untuk malam esok awak nak bawak ke surau", awal pagi Chu talipun aku.

Yang tak best nya ke Pekan Sari sama Chu nih, aku tak boleh lepak lelama, kena mengekor jer dia sebab nak tolong bawak barang. Orang yang tak kenal Chu, aku, tentu fikir yang Chu berlaki kan pucuk muda ekekekeke

One of the guys yang berniaga kat situ kasi aku this limited-edition topi apa tah, dia nih "famous" kat internet. Dia nih ketua pertubuhan kebajikan (yang tak payah aku sebut nama apa), aku pernah derma laptop baru, Giant vouchers duit etc kat pertubuhan tuh. 

Aku tengah belek-belek topi tuh bila one of the officers kat Pusat Serenti yang dah nak balik lepas membeli belah, tegur aku, "Awak dapat di mana topi tu?  Rare nih, nak satu, lah", kata dia gitu. Too bad topi tuh cuma satu tu jer.

Since aku dah bertopi dan topi tuh pulak kaler putih so aku tanya kawan yang kasi aku topi tuh, samada ok tak kalau aku kasi aje kat orang. Aku tak nak dia fikir yang aku nih tak appreciate pemberian dia.

"Up to you, Boss", kata kawan aku tuh. Dia nih kalau dengan aku, memang speaking London, aku jawab in Malay jer.

Aku tak ke kebun pun lepas hantar Chu, walaupun mulanya nak menyiram. Lantak lah tanaman mati kering, aku redha. Sebab aku malas.

"Boleh ko siapkan esok tak? Lama sangat dah nih. Esok ko kasi harga, aku bayar", aku kata gitu kat MN bila aku tengok dia melepak aje sambil main cellphone.

Aku tak berapa puas hati dengan tiles yang dia pasang tuh sebab ada 4 corak, tapi bila dia kata yang kalau aku nak kaler dia uniform, kena beli tiles baru lah Isnin depan. Terus lah aku suruh dia guna tiles yang ada, dia mengaku tersilap beli tiles ituhari, terkurang.

Aku macam dah bosan jugak dengan MN nih benarnya

"Awak tuh pandir, mengapa nya tak suruh KN yang buat? MN tu mana lah boleh buat, dia sorang", kata Chu bila dia tanya aku samada dah siap atau belum kerja-kerja yang MN buat. Pelik jugak aku, dari mana dia tahu MN ada buat kerja pasang ties kat rumah kitaorang. Tapi itulah keadannya di kampung aku nih, kita tak cerita apa-apa pun kat orang, ada orang tahu. Macam ituhari, ada orang tanya aku, "MN buat mende di rumah awak, selalu nampak kereta motor dia di rumah awak". 

Mulanya aku gelak kan aje tapi bila 3 empat kali Chu keluarkan perkataan "pandir", sentapz jugak aku. Chu nih memang "kurang sikit" dengan MN tuh, dia baik sama MH dan KN. KN (Tok Empat) tuh adik MN, MH tuh sepupu diaorang. Chu sama KN memang orang kuat UMNO dulu tuh. 

"KN buat kerja di rumah Chu, elok jer siapnya", kata Chu lagi.

"Memang lah siap cepat sebab harganya mahal, kalau suruh orang Indonesia buat, berapa jer harganya tuh Chu", aku kata gitu.

Kuliah Tasauf malam nih pasal Qanaah (merasa cukup dengan apa yang Allah berikan kepada kita) dan Tamak. Towards the end of the Kuliah, Ustaz tuh ulangkaji pelajaran lepas, pasal Rahmat (dan putus asa dengan Rahmat Tuhan). 

"Cuba Tuan-Puan ingatkan semula, apa-apa kebaikan, rezeki, apa-apa saja yang Tuan Puan dapat dengan secara tak sedar, orang belanja makan ker, orang bagi sayur ker, duit ker. Dari yang sekecik-kecik sampai sebesar-besarnya", lebih kurang gitulah apa yang Ustaz tuh kata.

Maksud dia, Tuhan bagi idea pada orang lain untuk kasi something kat kita, itu salah satu tanda rahmat.

Puas jugak aku fikir, selain dari orang kasi topi tadi tuh, dan jugak neighbour aku kasi bubur lambuk malam ituhari (jamuan makan does not count lah, ok?), rasanya tak ada benda lain dah. Tapi.... aku boleh list kan dengan senang, benda-benda, kebaikan yang aku kasi dan buat kat orang. Ha, itu banyak tuh. Rasa nak jer tanya Ustaz tuh, macamana pula kes orang yang "jarang terima something (secara fizikal) tapi banyak memberi". Di mana kedudukan dia? ekekeke

Aku redha jer mengenangkan yang aku macam "tak dapat balasan" secara fizikal, sebab aku tahu yang kalau ada apa-apa kebaikan atau apa-apa yang aku dermakan, InsyaAllah Tuhan balas, dengan bentuk lain. Hati tenang, for example. Kelapangan masa, that's another example.

Since jamuan makan malam nih tak berat, cuma kuih, cepatlah siapnya, aku terus aje lah tunggu Chu kat dalam kereta. Sesambil tuh dapatlah jugak baca a few ayats guna Quran app yang kat cellphone. 

Then aku nampak jiran aku datang ke kereta, sambil bawak bag plastik. Isinya 2 ketayap, tasbih, dried fruits, air zam zam dan minyak wangi, yang dibeli masa Umrah ituhari. Tergamam dan terkejut aku, besar nya kuasa Tuhan sebab a few minutes ago aku redha jer yang aku jarang dapat fizikal things, tup-tup ada orang kasi barang. Sedangkan dah lama neighbor aku tuh balik dari Umrah, rumah pun kat sebelah rumah kitaorang, bila-bila masa pun dia boleh kasi kat aku, kan?

Tapi itulah, aku peratikan yang with me nih, semakin aku tua, semakin aku perasan dan ambik ikhtibar apa-apa (sekecik dan seremah mana pun benda tuh). Contohnya, kalau the whole day aku rasa macam down, biasanya sebelum hari berakhir, ataupun esok lusa, akan ada jer benda yang menge-up kan aku balik semula. Dan benda-benda macam tu yang buat aku semakin takut, semakin sedar yang aku nih lemah sangat orang nya. Dan Tuhan berkuasa atas segalanya. 

Ok, lah nak tanggalkan kopiah sebab nak tidur. 

Saturday

Jumaat4Januari2019

Breakfast makan bubur lambuk yang neighbour aku kasi semalam tuh, masa tuh MN dah mula buat kerja dah. Entah bila lah nak siapnya, dia nih buat kerja berhati-hati sangat. Apa yang aku saspennya, takut nanti dia charge ikut upah dan jangkamasa lama dia kerja, sebab barang-barang aku yang beli, aku kasi duit kat dia.

Dulu MH ada beritahu yang MN nih memang slow buat kerja, itu yang ada projek rumah yang MN buat tuh, bertahun baru siap. Sampaikan bergaduh dengan tuan rumah, sampaikan MN dah tak ke masjid sebab tak nak terserempak dengan tuan rumah yang kadang tuh ada datang berjemaah.

Takut jugak kalau jadi kat aku macam tuh, iyalah kan, aku belum tahu berapa yang dia nak charge. Buatnya dia charge tinggi-tinggi, harus aku jadi macam tuh jugak, aku bayar dan beritahu yang "I have nothing to do with you anymore, jangan datang sini dah, buat tak kenal jer aku". Harap-harap tak jadi macam tu lah.

Since aku dah tak memorex so banyaklah masa aku pagi nih, dan aku pun tak ada apa nak fikir sangat pun, itu yang lama lah jugak aku di kebun, menyiram dan memenuhkan polybags. Aku petik semua sayur yang ada, last kopek punya sayur batch dulu tuh. Nak kasi kat MR sebab dia ada datang meracun rumput sekejap tapi lepas tuh entah ke mana hilangnya. So kasi kat MN jer lah, kacang panjang, terung, timun dan petola.

"Eh, dah 12 setengah dah nih", aku kata kat MN bila aku tengok dia masih buat kerja (pasang tiles) sedangkan aku dah nak ke masjid. Aku beritahu yang aku nak makan dulu, then dia kata yang dia akan makan kat rumah dia.

Aku lewat sikit balik dari masjid sebab ke kedai beli barang, then ternampak Paki jual kain tuh ada depan rumah. Terus lah aku ambik 1 kain pelikat dan bayar tapi Paki tuh keluarkan jugak benda lain, cadar, towel etc, disusunnya sambil kata, "Boleh hutang, saya boleh tolong awak, bulan depan bayar, saya boleh tolong". Pandai dah dia nih cakap Melayu.

"Tarak, tarak, tak mau, tak mau", aku kata gitu, terus masuk rumah. Aku "sentapz" jugak Paki tuh kata dia nak tolong aku kononnya. Tolong sikit, aku yang tolong ko dengan tolong beli kain pelikat. Kalau aku tak beli, sapa lagi yang nak beli?

Aku tak nak pakai kain pelikat yang aku beli tuh, aku nak simpan jer, dah ada dua dah nih. 3 sebenarnya, satu tuh aku dah ter-pakai.

Esok kawan-kawan se-reban ada buat gathering kat NU Sentral, aku nak pergi tapi masalahnya aku macam berbelah bagi gitu sebab weekend nih aku diperlukan, nak jemput/hantar Chu ke Pekan Sari, nak jemput/hantar Chu ke masjid esok malam, dan Sunday pulak aku nak bawak makanan ke surau. Lagipun MN belum habis buat kerja kat rumah.

Aku ada cerita kat MN, dia kata dia boleh drive kan aku ke KL, masalahnya pulak, tengahari baru bertolak sebab bini dia nak ikut, ada hal kat KL. Then terus lah aku kata tak jadi sebab kalau melibatkan bini dia sama, tengahari pulak tuh janjinya, sure dah tak sempat. Diaorang sure sempat buat hal diaorang, aku lah yang tak sempatnya. Paham sangat dah.

Aku ada jugak dapat personal invitation untuk majlis kahwin kat KL bulan depan, kena RVSP secepat mungkin sebelum akhir minggu depan. Now, this one is grand, kawan aku tuh pun orang terkenal jugak, isteri dia adik orang popular. Aku rasa guilty sangat bila dia WA kata yang dia harap sangat aku datang, dia nak nikahkan anak tunggal dia.

Aku rasa ralat sebab aku tak dapat nak hadirkan diri nanti, ada a few sebabs aku tak dapat pergi, aku keep all the sebabs tuh to myself lah.

Since malam ini tak ada Kuliah Maghrib, aku jadi berbelah bagi lagi, samada nak melepak kat masjid sampai Isyak, atau terus pergi dinner dan Isyak kat surau. Aku tahu yang lebih baik aku melepak di masjid, banyak kelebihan dan banyak kebaikan yang aku boleh dapat, tapi aku pilih untuk pergi dinner jugak. 

Friday

Khamis3Januari2019

Pagi nih masa awal Asian session, aku witnessed "flash crash", Yen surges tiba-tiba, semua pairs yang melibatkan Yen, semuanya jatuh merundum dalam sekelip mata. Akaun aku terus ditutup semua positions yang aku open dari dulu. I was holding Yen shorts. So tinggal sikit aje akhirnya balance akaun aku.

Bengang, terus aku withdraw aje semuanya, dan aku convertkan ke Bitcoin dan Ethereum. So Forex akaun aku sekarang dah kosong, kalau aku nak trade semula, aku kena deposit some funds. Tapi aku rasa buat masa ini aku nak rileks lah dulu, letih melayannya Forex nih.

Aku tak nak sentuh cryptos yang aku ada kat wallet tuh, tak tahu lah selama mana sebab aku nih mudah sangat gatal tangan.

Breakfast kat luar pagi nih sebab nak ke kedai, nak beli ubat nyamuk. MN pun guna ubat nyamuk jugak sebab kat belakang rumah tuh banyak nyamuk. Aku memang lah, setiap kali ke kebun, ubat nyamuk yang aku capai dulu. Gunanya tak seberapa lama mana sangat pun.

Tak bukak lah pulak both kedai runcits, kat kampung nih peniaga kedai runcit tuh bukak kedai ikut suka. Kedai yang paling besar tuh, bukak nya pukul 10 pagi, sepatutnya bukaklah awal sikit sebab pagi-pagi memang orang nak ke kedai.

Ipin/Ita dah ada di rumah masa aku balik breakfast, sembang-sembang sikit pasal gerai nasi lemak diaorang yang nak mula beroperasi esok. So itu yang diaorang tak lama, sebab nak ke Raub beli barang.

Aku sama MN ke Raub sebab nak beli tiles, banyak pulak tiles yang nak diguna, ituhari tak terfikir pun yang kolah belakang tuh pun nak dipasang tiles. Tapi alang-alang, biarlah semuanya dipasang tiles. Aku masih belum tahu berapa harga yang MN nak charge aku, dia kata tak mahal semahal yang Tok Empat abang dia tuh akan charge.

Aku beritahu dia yang kalau aku puas hati dengan charge yang dia kenakan, aku nak suruh dia cat luar dalam bilik air dan 2 tandas di belakang tuh. Aku saspen jugak nih, manalah tahu dia charge tinggi-tinggi nanti.

Yang aku tak berkenannya MN nih, dia kuat menyanyi. Kuat menyanyi kuat. Malu aku kat jiran. Lagu pulak, lagu-lagu tahun 80an, lagu D J Dave, Uji Rashid, Hail Amir gitu. Lepas Zohor tadi aku macam dah tak tahan dengar dia menyanyi, so aku pergi ke belakang, nak sembang-sembang lah kononnya. Rupa-rupanya dia tengah bersmule, patut pun kuat nyanyiannya.

"Ko nih kan, dah tua-tua gini pun perangai tak senonoh jugak, bebudak jer yang menyanyi kat Smule tuh", aku kata gitu.

Dia tak layan pun, dia terus aje menyanyi.

Dia tak dengar kot?

Mana nak dengar sebab aku cuma kata dalam hati.

Aku sengaja datang awal ke rumah Chu untuk jemput dia yang nak ke masjid for Maghrib. Sembang-sembang then aku cerita pasal ketidakpuasan hati aku pasal jamuan hari Isnin malam Selasa yang lepas. Chu pun pelik, dia agak yang mungkin akan dibuat 2 atau 3 kali jamuan, dengan jumlah duit yang aku kasi tuh. 

Tak ada lah pulak Ustaz tuh malam nih, so digantikan dengan baca Yaasin. Dan jamuannya beranika jenis makanan, Chu kata yang tokay kedai Ameno tuh yang sediakan, ditempah oleh Bendahari yang tak ada pulak kat masjid malam nih.

Kebetulan pulak jiran aku bawak bubur lambuk, dan dia tahu aku memang suka bubur lambuk diaorang, itu yang dia dah bungkus kan siap-siap bubur lambuk untuk aku bawak balik. So thoughtful lah jiran aku tuh.

Malam ini sekali lagi aku rasa macam down gitu mengenangkan yang minggu nih aku "tak bernasib baik", tak ada luck gitu. Mulanya pasal jamuan tu lah, then pasal semalam yang Ethereum aku beli tapi tak masuk wallet aku, then pagi ini bila flash crash tadi tuh. Apa salah aku hah? Aku slacking ker dalam amalan aku? 

Rabu2Januari2019

Ada gotong royong membersihkan kawasan luar surau pagi nih, pukul 8, tapi aku tak pergi sebab Ipin/Ita nak balik, lagipun tak kan aku nak tinggalkan rumah tak berkunci, MN nak siapkan kerja. Lagipun kawasan yang nak digotong royongkan tuh kecik jer.

Aku sambung menanam kacang harimau lebihan semalam. Nak menyangkul sikit tu pun tercungap-cungap. Then menyiram tanaman kat polybags. Then memasukkan tanah etc ke dalam polybags, itu lah kerja paling berat. Then mencabut pokok-pokok jagung yang terbantut pertumbuhannya sebab sentiasa digenangi air dulu tuh, so clear lah sikit kebun aku jadinya.

Mamat Meracun (MR, Mamat Rumput) ada datang so bersembang dengan dia jugak MN kat belakang rumah, tempat MN tengah buat kerja. Dia janji nak meracun rumput esok sebab harinih dah tak sempat.

"Bunyi music dari mana kuat sangat tadi? Ada program menda kat Dewan?", aku tanya diaorang, kalau-kalau diaorang tahu. Tadi masa aku di kebun, tertanya-tanta jugak aku dari mana bunyi music kuat tuh, ada event apa kat Dewan yang sebelah surau tuh? 

"Dari surau", kata MR.

"Biar betul, tak kan surau pasang music, lagu-lagu pulak", aku tak percaya.

"Saya ada lalu depan surau tu tadi. Budak-budak", kata MR.

"Ya Rabbi......", itu jer lah yang aku dapat kata.

"Ingatkan ada lah teh o ker, kuih-kuih ker, rupanya buah", kata MN bila dia nak join aku sama MR makan limau oren yang aku hidang. Laju jer MR mengupas oren-oren tuh, kesian menengoknya.

"Kan aku kata kalau ko nak minum ker apa ker, buat sendiri", aku kata gitu, ada nada sentapz. "Dah lah hari-hari aku belikan ko nasik, banyak pulak komplen nya", aku kata lagi, tapi kata dalam hati jer lah.

Tak jadi Ipin/Ita balik harinih.

Aku nak menyiram petang nih sebab sekarang nih panas sangat, tanah dah kering kontang, ada yang dah merekah-rekah. Gitulah keadannya, bila hujan tanah jadi macam subur lawa, tapi sehari dua jer tak hujan, jadi macam batu. Tapi air tak ada lah pulak so tak jadi nak menyiram. Teruk sungguhlah Raub nih, air jarang sangat adanya, nasib baiklah aku duduk sorang dan tak gunakan air banyak. 

Sepatutnya malam nih ada Kelas Mengaji tapi diberi laluan pada Kadhi Raub yang datang setiap Rabu minggu pertama setiap bulan. Kadhi tuh bagi Kuliah pasal Syafaat Nabi, jenis-jenis Syafaat, tahap-tahap Syafaat dan cara-cara mendapatkan Syafaat.

Panjang lebar penerangan Kadhi tuh, especially cara-cara mendapatkan Syafaat. Antaranya, kita kena amalkan Sunnah Nabi, buat segala nya ikut cara macamana Nabi buat. Dalam sehari, ada seribu lebih amalan yang kita boleh buat, mula dari kita bangun tidur, sampailah kita nak tidur malam nya. Baca doa masa bangun tidur, cara masuk bilik air, cara bersihkan anggota tubuh, cara ambik air sembahyang, semua tuh ada Sunnah tersendiri. 

Tengah Kadhi tuh cerita pasal cara Nabi wudhu, baru aku teringat yang aku tadi tak ambik air sembahyang sebab tak ada air, makna nya aku Sembahyang Maghrib tanpa wudhuk. Biasanya aku berwudhu kat rumah, memang jarang sangat, tak pernah pun kot, aku ambik wudhu kat masjid/surau sebab aku ke masjid dalam keadaan dah ada wudhuk. Tapi tadi tuh tak ada air walaupun setitik, so niatnya nak berwudhuk kat masjid aje lah. Then aku terlupa sebab biasanya aku terus aje masuk masjid, aku akan cuba nak ingatkan pasal kaki mana nak didulukan kalau masuk masjid, nak niat iktikaf, nak baca doa masuk masjid etc. 

Awal aku masuk tidur malam nih. Seharian tadi aku rasa down jugak pasal aku "rugi" seribu lebih. Aku nak beli Ethereum, so aku guna Debit card. Coin provider tuh pulak hantar guna "smart contract", bukan the traditional way, manually gitu. So tak nak cakap banyak lah, Ethereum tuh tak masuk dalam wallet aku.

Aku nak explain panjang-panjang pun orang bukan faham.

Wednesday

Selasa1Januari2019

Lambat sangat menunggu MN datang, aku ke Pekan Sari Sungai Ruan, breakfast, beli segala macam jenis limau/oren. Then jalan kaki jer ke kedai peralatan pertanian, beli polybags. Aku tak drive, park kereta betul-betul depan kedai tuh, instead aku jalan jer, sebab kalau bawak kereta, akan banyak barang aku terbeli, sampaikan penuh bonet. 

Adik ipar Ipin ada datang, tak memesin rumput sangat pun sebab aku ajar dia pasal tanam kacang harimau, aku tunjukkan cara dan step-step nya macamana nak tanam, jangan buat style aku yang tamak haloba nih, ditanamn rapat-rapat sampaikan tak ada space nak buat kerja. 

Then kitaorang kopek kacang yang semalam tuh, terus kitaorang tanam, buat sebaris jer. Nak tunggu benih yang lain lambat lagi gayanya, akhir bulan baru kacang boleh dicabut kot, itu pun kalau menjadi. Tapi gayanya macam menjadi jer kali ini.

Ipin/Ita nak balik/datang esok.

"Awak agak-agak aku beli makanan nih kat mana?", aku tanya MN masa kitaorang nak makan lepas Zohor tuh.

Then aku cerita lah yang aku beli kat kedai Redha Jer Lah, itu pasal lambat. Ada 6 orang yang order makanan kat kedai tuh masa aku sampai. Tokay tuh terkemut-kemut buat air kat dapur, "what takes her so long nak buat air?", tanya aku dalam hati. Aku peratikan aje cara dia buat kerja. 

"Hantar yang ini dulu sementara mak awak potong ayam, lama sangat dah orang tuh menunggu", aku kata kat anak tokay tuh, suruh dia hantar nasi yang dah siap.

"Penuhkan air basuh tangan yang kosong tuh", aku kata lagi.

Last-last aku yang hidangkan makanan kat meja, aku ke dapur ambik air. Geram jer nak cakap kat tokay tuh, "lambat sangat Cik nih buat kerja".

"Buat untuk diaorang dulu, lama sangat dah diaorang tunggu", aku kata kat tokay tuh sebab dia sesambil menyediakan makan untuk orang lain, dia nak siapkan order aku jugak.

"Plastik tu tak payah ikat, lipatkan aje, tak tumpah nya lah. Sup tu jer ikat", aku ajar dia, biar cepat sikit. Aku order nasi ayam.

Tak lama tuh husband dia datang, ini sorang lagi, buat kerja macam nak tak nak. They are made for each other lah. 

"Aku nak pergi Johor tak lama lagi, moh ikut aku", kata MN.

Laju jer aku kata tak nak.

Aku agak malam nih tak ada Ustaz Sekolah Sains tuh sebab harinih kan ker public holiday? Itu yang aku ke surau aje sebab rasanya ada tazkirah. Memang ada pun, tapi, aku pulak macam terlapar gitu so aku nak ke kedai untuk dinner, tapi pulak, kedua-dua kedai makan tutup. So aku masuk semula ke surau, adalah 7 orang jemaah yang dengar tazkirah dari Pengerusi Surau/ Bilal Masjid. Dia ajar Fiqah dan dia ulang-ulang kan jugak pelajaran Tasauf Sabtu lepas. Patutlah masa Kuliah Tasauf ituhari laju jer dia salin nota.

Alhamdulillah ada disediakan meehon goreng lepas tuh, aku dah terbayang yang malam ini aku cuma makan maggi sebab malas nak ke Sungai Ruan.

Tuesday

Isnin31Disember2018

Terpanik aku sekejap bila bangun pagi tadi, bilik air melimpah dengan air sebab pipe outlet tersumbat, penuh dengan habuk tiles/simen hasil kerja MN. Aku jolok-jolok pun paip tuh masih tak berjaya. Tension jadinya aku. 

MN pun lambat datangnya, so aku breakfast dulu. Jiran aku ke KL dua tiga harinih, ada kucing dia orang yang terlepas, dan menyelinap masuk ke dapur kitaorang. Now, kucing diaorang nih memang pelik, aku kasi makanan, tak dimakan pun. Ikan bilis, cheese, susu, ikan kering, makanan kucing, semua tuh aku kasi tapi tak dihidu pun, apatah lagi dimakan. Lepas tuh asyik lah mengiau-ngiau bila aku ke dapur. Asyiklah berputaran kat kaki aku, macam orang yang kekurangan kasih sayang sangat. Aku pun memang kekurangan kasih sayang tapi tak lah seteruk itu. 

Tension gila aku, tau dak? Hidup aku is so blessed benda kecik gitu jer lah yang menension dan menstresskan aku. Pasal kucing, pasal bilik air tersumbat.

"Mengapa awak tak tunggu sampai jamuan semalam?", aku tanya MN, malam semalam ada aku nampak dia masa Isyak tapi habis jer sembahyang dia terus balik.

"Malas aku, sebab Tok Empat ada, meluat aku menengoknya", dia kata gitu.

See, Tok Empat tuh adik dia.

Aku pun terus lah beritahu MN pasal paip tersumbat, "kena pecah kan lantailah, kena buat semula, banyak kerja nih", dia kata gitu bila air tetap tak nak keluar bila dijolok dengan paip air etc. Outlet tuh ada a few corners, longgokan debu tuh terberkumpul kat corners tuh I'm sure.

Bila dia rasa macam tak ada jalan lain dah kecuali pecahkan lantai, barulah aku kasi idea nak jolok dengan paip yang airnya dipasang kuat. So aku ambik paip kat kebun, aku jolok lubang outlet sambil biarkan air terpasang. Sikit demi sikit debu-debu tuh dibawak arus agaknya, memang aku bekerja keras kat situ nak kasi air boleh lalu. MN rasa guilty tuh pun aku dah rasa puas hati, satu pengajaran bagi dia.

Adik ipar Ipin ada datang nak memesin rumput so aku suruh dia mesinkan semak-semak kat kawasan kebun. Tak sampai 10 minit dia buat kerja, mesin rumput dia rosak so dia kata dia terpaksa balik, kalau tak siap jugak direpair mesin tuh, dia akan datang esok. Aku kasi dia RM 100 sebagai upah, aku kata yang mesin lah rumput, semak, kat mana-mana, dengan harga RM 100 tuh, tak siap pun tak apa. Lepas nih aku tak kasi duit dah. 

Iyalah kan, bengkrap lah aku kalau nak bayar untuk mesin rumput seluruh kawasan. Lagipun kawasan tuh nanti nak diracun. 

Aku cabut kacang harimau yang aku cuba tanam kat polybags dulu tuh, dalam 4 bags yang aku cabut. Not bad hasilnya, cumanya ada a few kesilapan aku, pokok kacang tuh tak betul-betul masuk ke dalam sebab isi polybags tuh tak berapa padat. Sepatutnya aku padat dan beratkan polybags tuh dengan tanah. Macamana pun aku puas hati, kacangnya bersih, tak payah nak dicuci lagi, terus aje aku jemur untuk dibuat benih, walaupun aku punyalah mengidam nak rebus aje untuk dimakan.

Siap akhirnya kerja pasang tiles kat bilik air dalam, so MN pndah buat kerja merobohkan kolah kat belakang, nak dikecikkan saiz dan buat counter top jugak. 

"Awak tak payah beli makanan lah, aku nak balik makan di rumah", MN kata gitu sebelum aku ke masjid.

Panik jugak aku, "dia ada baca blog aku ker nih?", kata aku dalam hati. Tak mungkin. 

"Duit yang awak bagi tu, kita buat jamuan malam ini lah", kata Bendahari Masjid masa aku terserempak dengan dia waktu Zohor.

"Malam ni ada Ustaz ker?", aku tanya gitu.

"Ada", dia jawab lagi.

Jarang ada makan besar hari Isnin, biasanya hari Khamis (malam Jumaat) baru ada jamuan besar yang complete, siap dengan kuih, bubur dan buah, sesuai dengan harga yang ditetapkan. 2 atau 3 jenis lauk, ayam, daging dan ikan. Kebiasaannya lah. Malam-malam lain, biasanya setakat satu lauk dan satu sayur aje, on a good night, adalah orang hantar kuih etc.

Aku tengok, tak ada pulak AJK Masjid memasak, so mungkin jamuan malam ini dikontrak kan kat orang kot. Waktu Asar pun sama, tak ada gaya macam nak ada makan besar malam nih.

Walaupun tadi dah berbelas (if not berpuluh) kali aku praktis baca Quran, bila mengaji malam nih aku gagap jugak, nafas aku jadi pendek gitu, aku rasa tak puas hati. Aku nih ada darah gemuruh rupanya.

Aku pelik, tertanya-tanya, tak kan ini jer lauk malam ini, bila aku ke meja makan lepas Isyak. Iyalah, cuma 2 lauk, sayur pun tak ada. Lauk ayam sama lauk ikan patin sangkar (itu pun aku terdengar Bendahari tuh kata yang ikan patin tuh ikan sangkar). Sebelum ini aku pernah kasi duit kurang dari yang aku kasi semalam tuh tapi menu nya berbagai, complete dengan buah, bubur dan kuih. Tapi malam ini cuma 2 lauk tuh aje, sikit pulak tuh, jemaah yang ada pun tak sampai 30 orang (sebab hujan kot?). Memang aku tak puas hati, aku tertanya-tanya gitu, cumanya aku nak tanya sapa? Tak kan nak tanya Bendahari, "bayar sebanyak itu tak kan ini jer lauknya?". Harus aku tak duduk kampung dah lepas tuh, lari membawak diri ke KL sebab bergaduh dengan Bendahari Masjid.

Aku pelik, ke mana lagi duit tuh pergi? Aku agak-agak, tak sampai RM 100 pun harga makan malam ni tuh, mungkin dalam tujuh lapan puluh pun the most. Unless ikan patin sangkar tuh sangkar emas kan? Ekekekekek

Bukan lah aku nak mengungkit atau berburuk sangka, tapi serious aku tak puas hati, terkejut dan aku nak tahu, ke mana pergi duit balance? Sebab harga makanan yang disediakan tuh way way tak setimpal dengan harga. Tak kan duit balance dikasi kat tabung masjid sebab aku kata kat dia yang duit tuh untuk buat jamuan. Kalau nak letak dalam tabung, aku boleh letak sendiri, kan?

Lagipun, aku pernah kasi duit kat Siak yang selalu datang ambik sayur kat kebun tuh, menu yang disediakan special, nasi beriani kadang tuh dibuatnya. 

Unless esok lusa Bendahari Masjid beritahu yang mungkin duit tuh dibuat 2 atau 3 kali jamuan (untuk malam-malam lain) then baru aku puas hati, tapi kalaulah dengan duit yang aku kasi tuh cuma untuk jamuan malam ini yang entah apa-apa tuh, then memanglah aku nak tahu, ke mana duit selebihnya pergi. Aku nak kan keadilan.