Monday

Sunday28022016

Cuaca mendung jer, so lepas breakfast aku masuk site ikut jalan belakang, menyusur pantai. Tan (Tonne) nampak aku, dari kejauhan tuh dia macam sindir-sindir aku sebab hari Ahad pun aku datang site. Aku buat bodoh jer, lagi lah aku buat pura-pura check kerja betul-betul, ambik gambar etc. Biar dia takut sikit, aku nih kaki report. Kalau aku report kat MPK, mamposlah semua orang.

Aku masuk kat one of the chalets, susun kayu elok-elok then aku baring sambil menjuntaikan kaki kat balcony. Heaven siot ko. Sesambil tengok orang kerja, sesambil tengok orang surfing. Kekadang tuh aku jerit, then lambai-lambai kat sapa-sapa yang mengintai-intai site dari luar pagar tuh. 

Pukul 11 lebih aku sama Az ke Kemaman. Az nih Senior Site Supervisor. Dia yang aku kasi cellphone aku semalam tuh, so aku rasa dia memang terhutang budi kat aku lah. Aku rasalah kan, sebab dia cakap lembut, baik jer, macam ikut perintah aku aje. Kalau nak ajak Wa, Site Safety Supervisor, ke mana-mana banyak sungguh songehnya, tapi dengan Az nih senanglah pulak. Mula cadangnya nak ke ArRahnu, nak tebus balik gelang yang aku pajak dulu masa nak kasi Az pinjam duit. Sekarang harga emas naik, kalau tebus dah ada untung seseratus dua. Takut nanti harga emas turun, melepas untung. Tapi tak apa lah, seseratus dua aje kan?

Tapi aku tak cukup duit pulak, ada seribu lebih aje, lepas cucuk kat ATM, dapat another RM 1500. Malas pulak nak pergi cucuk kat Bank Islam. Aku nak hantar duit kat Hendrik jugak. Cukup sebenarnya tapi kat dalam wallet aku akan cuma tinggal a few hundreds ajelah. Tak nak lah aku sebab aku kena sentiasa ada duit, mana tahu ada Officers dari MPK, JAS, JKKP yang datang melawat, aku yang kena entertain diaorang.

Dua kali patah balik, mulanya ke Money Changer sebab ada a few Banglas yang suruh Az kirim duit ke kampung masing-masing, then ke Bank Rakyat, sebab nak buat Western Union. Offline lah pulak, terpaksa mintak account number Hendrik, untuk dimasukkan dalam account aje. 

Tengahari memerap kat office, tengok The Amazing Race, Big Bang Theory, jugak bukak youtube. Ngam-ngam sampai dekat waktu Asar, park kereta kat surau, balik rumah kejap untuk tukar pakaian nak jalan-jalan ke pantai. Aku tak lari sangat pun, aku jalan-jalan a few rounds. Sambil memerhati dan memikirkan kebesaran Tuhan. Seriously, aku jauh berbeza dari dulu. Kalau dulu, masa bodoh-bodoh dulu, bila tengok keindahan alam, aku rasa tak terlintas sangat pun kat hati aku yang itu semua kebesaran Tuhan. Aku pernah ke pulau-pulau, ke highlands terpencil kat Scotland, ke Mull Of Kintyre (macam dalam lagu Paul McCartney tuh), aku menjerit sorang-sorang sebab tempatnya lawa. Sampai bergema suara aku, boleh dengar echo. Tapi sekarang, bila tengok laut, aku terfikir yang kehebatan Tuhan. Walaupun air laut tuh masin tapi tak ada sekor pun ikan yang jadi masin, kan? Aku tak terfikir pun benda-benda gitu dulu-dulu tuh.

I really am at peace dengan kehidupan aku.

Itu yang member Indo aku pelik sangat dengan aku sebab bagi diaorang, kehidupan aku sepatutnya tersangatlah membosankan. Based on my chat, aku buat benda yang sama day in day out dan diaorang dah boleh agak jawapan aku bila diaorang tanya "Lg apa?, Lg paen?" (Tengah buat apa?). My jawapans will either be, "Lg makan", "Barusan pulang mesjid", "Lg tiduran (baring-baring)", "Lg ngobrol ama temen".

"Apa ga bosen sendiri trus, bang?", diaorang selalu tanya gitu.

Itu yang malam nih bila sembang sama Hendrik, Andre, diaorang kata nak datang melawat aku kat Cherating nih masa diaorang datang Malaysia nanti. Bulan depan.



Sunday

Saturday27022016

Lagi sekali aku ke office agak awal, sebelum yang lain-lain sampai. Semalam hujan lebat jugak, angin kuat, tapi tak lah lama sangat. So tak adalah benda-benda yang tak diingini berlaku, dan benda yang aku inginkan berlaku, tak berlaku pulak. 

Lepas breakfast aku terus ke site, ke depan Beach Club. Menengok kalau-kalau ada apa-apa yang tak betul. Ramai pulak orang surfing sesehari dua nih, jadi tapak pesta pulak kat depan Beach Club tuh, just outside of our site. Makin ramai pulak Mat Salleh sekarang nih, ramai yang bekeluarga.

Tak konfiden jer aku tengok slope tempat nak buat soil nailing, aku rasa kalau sesekali dua hujan macam malam semalam, harus collapse semua tuh. And so terus aku ambik gambar, masukkan ke group chat. Tak ada siapa pun yang respond, tapi at least aku dah beritahu. Aku boleh agak Tonne tak puas hati sebab aku hebahkan kat orang lain, kejap tuh dia datang, instruct pekerja dia untuk buat apa-apa yang patut. 

Aku tengah nak update blog bila aku terperasan yang traffic to my blogs, ketiga-tiga blog, agak heavy. Dari mana datangnya? Dan aku tengok ada traces yang blog lama-lama dibaca jugak sehelai demi sehelai, sehari demi sehari punya cerita. Bila aku tengok Twitter, rupanya ada new follower, yang namanya sebijik nama Arkitek project Cherating nih. 

Mulanya aku buat tak tahu aje tapi lama-kelamaan aku tengok traffic semakin heavy, mungkin kebetulan orang lain yang baca at about the same time tapi aku sebagai orang yang cepat panik, terus decided untuk privatekan blog aku. They, orang-orang yang seproject dengan aku, they are not supposed to know sejarah hitam hidup aku. Tak ada siapa pun yang tahu kisah aku, kecuali Abang Teh, cousin aku tuh, dia pun tahu sesikit aje. Dan a few site staff yang aku ada cerita sesikit dulu tuh. Bengap ker apa Arkitek tuh, patutnya buat senyap-senyap ajelah baca, ini, sampai nak follow Twitter aku sedangkan kalau nak baca tweet aku, tak payah follow pun tak apa. Lagipun aku mana tweet sangat pun dah. 

And so petang nih aku asyik fikir macamana aku nak terus berblog, I have to keep my blog going sebab that's the only thing pasal hidup aku nih yang worth something. Having a few readers/followers tuh dikira bonus. Banyak gak bonus aku. Tapi, in all honesty aku kata yang I am not being fair to my readers, sebab aku tak tulis semua kisah aku. Aku, macam artis jugak, aku cuma tulis apa yang aku nak orang tahu/baca aje. Kalau artis, diaorang tulis yang bagus-bagus aje, benda-benda yang berunsur taik palat, diaorang sembunyikan. Begitu jugak aku, aku cuma tulis sesikit aje, aku tak tulis in details pasal aku takut ada yang menyakitkan hati orang. Dan takut orang kata aku nih lemah. Kalau diikutkan gaya aku menulis dulu, dah berbakul-bakul aku maki, aku carutkan orang-orang yang deal dengan aku, orang-orang sekeliling aku. 

Lama dah aku perasan yang blog aku jadi "baik" gitu, tak mencarut sesangat, tak mengutuk orang, tak ada royanan, tak ada unsur-unsur sentap. Sebab aku nak maintain ayu kononnya. Jiwa aku tertekan benarnya, aku rasa macam hipokrit gitu. Contoh macam ini lah, itu yang suka sangat selfie, pastuh upload kat sosial media, upload semua gambar lawa-lawa sampaikan kita kagum, sampaikan kita fikir, bestnya hidup dia nih. 

Sekali lagi aku cakap in all honesty, kebanyakannya tuh hipokrit, diaorang upload benda yang best-best aje sebab in real life diaorang di sebaliknya, penuh dengan taik palat. Aku pernah berkesempatan chat dengan a few so-called internet celebrities, yang aku nak tengok Instagram, FB diaorang pun aku takut sebab aku rasa macam kecik sangat aku nih dibandingkan dengan lifestyle diaorang. Dan aku pelik, apa pasal diaorang nak chat dengan aku yang tak ada apa nya nih. Tapi, bila lama-lama chat, terserlah keinsecurities-an diaorang, sampaikan aku nak tertanya, "eh tapi kat FB, kat Instagram ko, kemain lagi ko"

Kesimpulannya, those yang macam hebat jer kat sosial media, diaorang macam kita-kita jugak, ada yang lebih teruk dari kita. Macam aku lah, walaupun aku tak terkenal, walaupun pembaca blog aku cuma dua tiga puntung aje, aku rasa guilty sangat sebab aku cuba tak tulis yang sebenarnya pasal aku kat blog nih. Tak cerita pun pasal my sex live, my love life. If they do exist at all.

Aku kalau boleh nak blog aku nih cover every little aspect hidup aku sebab melalui blog ini lah aku kenal diri aku, aku perbaiki kelemahan aku, aku ambik ikhtibar. And all that shit. Ingat dak ituhari aku cerita yang pasal aku nih pemalas basuh spender? Guess what, aku sekarang dah jadi rajin basuh spender, setiap kali mandi, setiap hari, aku akan basuh. Sampaikan aku dah boleh pilih spender mana yang aku nak pakai, yang kaler apa, yang ropol-ropol ker, atau yang petak-petak yang aku nak pakai. Bukan macam dulu, punyalah tak ada fresh spender, terpaksa pakai spender lembab yang terpaksa dicuci dulu. Sampaikan ada ruam kat pangkal telor aku sebab pakai spender lembab.

Dan kalau aku termiss berjemaah, tertinggal baca Quran, tak buat solat sunat, aku akan mudah perasan, thanks to this blog of mine.

Petang nih aku buat style semalam jugak, hantar kereta kat rumah then barulah jogging. Mulanya aku masuk site, then ke SPA dalam sesetengah jam, terloncat-loncat sambil tengok orang surfing. Dah tuh aku lari ke hujung pantai, 3 kali berhenti aje sebab aku lari perlahan-lahan sambil memaintain ayu sebab orang ramai. 

Masa aku nak pergi dinner, chatting sama Hendrik sesambil berjalan tuh. Iyalah, esok aku nak kirim duit kat dia, so kenalah bersembang. Lepas dapat duit, hilang. Aku beritahu dia yang aku jalan aje ke kedai makan, orang kampung pun ramai yang kata aku nih "pelit"  (kedekut) sebab nak save duit, tak naik kereta. Aku pun pelik apapasal orang kata aku pelit sedangkan pelit lah perkataan yang tak ujud dalam kehidupan aku.

"Abang agak pelit. Tapi besederhana", Hendrik tulis macam tuh.

Menyirap darah aku tau dak? Apasal dia kata aku pelit, kalau aku pelit, tak kan aku nak kasi dia duit. Tengahari tadi M kata cellphone dia rosak sebab anak dia hempas, aku kasi dia my other cellphone yang aku tak guna (berjam jugak aku mendelete isi phone tuh), aku boleh nampak macamana happy dan terkejutnya dia. 

Gwe ga pelit!

Punyalah sentapnya aku, makan pun tak lalu, terus aku balik aje. Sampai di rumah, aku check semula chat kitaorang sebab aku tak puas hati apa pasal dia kata aku pelit. Only then baru aku perasan yang dia tak tulis "Abang agak pelit", instead dia tulis "Abang gak pelit". Sakan aku gelak. Nasib baik tak sempat bertumbuk.


Saturday

Friday26022016

Malam semalam hujan, tak lebat tapi kerap turunnya. So pagi nih awal aku ke site sebab nak tengok kalau ada apa-apa terjadi. Nak harap Kontraktor punya staff, buang masa aje. Sebab aku jalan kaki aje kat site jadi aku ada banyak masa nak perhati mana-mana yang perlu diperhati, unlike them yang naik motor, tak tahu apa-apa yang terjadi. Tapi Alhamdulillah tak ada apa pun, walaupun hati jahat aku nih nak sangat kalau hujan lebat, at least biar tanki sewage treatment plant tuh "mendarat". 

Lewat jugak aku breakfast, takat makan 2 bijik karipap sebab makanan dah habis. En Basiron Kaya ada kat warung tuh, together with a few muka-muka basi yang lain. Aku buat tak dengar jer bila diaorang mention pasal projek kitaorang. 

Minggu lepas pergi Sembahyang Jumaat agak lewat so minggu nih pergi awal sikit dari biasa, ditambah pulak waktu sembahyang yang semakin lambat, punyalah mengantuk aku. Imam yang jual air zam-zam sama kismis Mekah tuh tak ada, aku punya bekalan dah nak habis nih. Dia datang jarang-jarang sekali, entah-entah masa aku di KL dulu dia dah datang, so lambat lagilah akan dapat bekalan baru.

Dan aku tak berhenti makan kat kedai Ustaz Ali depan masjid tuh, macam biasa. Selama ini aku tahan kan aje bila makan makanan yang dah hampir basi, makanan yang direcycled, simply sebab aku kesian, simply sebab dia tuh Ustaz. Tapi, nak berniaga, buat cara nak berniaga, hatta ko tu Ustaz sekalipun. So aku makan kat Aqua Cafe, and true, tokay tuh tanya pasal Mariposa lagi sedangkan semalam dah aku beritahu yang Mariposa balik KL. 

Petang aku tengok Survivor, tak tahan nak tunggu esok. Sempat jugak bukak youtube, dapat habiskan Surah AtTaubah, slow kali nih tapi tak apa, alon-alon. Yang aku baca kat rumah lagi slow, macam tak berganjak dari Juzuk 18.

Macam semalam jugak, aku balik rumah lepas Asar, then barulah jogging. Sebenarnya 2 hari nih ada aje barang yang aku tertinggal, itu yang terpaksa balik dulu tuh. Bagus jugak buat style macam nih, aku tak payah risau pasal nak pergi ambil kereta sebab biasanya kereta kat tempat lain dan aku jogging sampai tempat lain, so terpaksa ke tempat lain semula untuk ambik kereta. 

Tokay kedai tempat aku makan omelette/fries tuh macam halau aku suruh makan cepat-cepat sebab dia nak tutup kedai, nak hantar anak ke klinik. Tak sampai a few minutes jer aku makan, itupun tak sempat nak habiskan. Tak payahlah nak ambik order kalau nak tutup kedai awal-awal, kan? Then again mungkin RM 15 harga makanan aku tuh cukup untuk bayar ubat anak, kot?

Aku malu nak mengaku tapi aku rasa aku terperangkap lagi dengan orang seberang. Diaorang nih style macam nih, diaorang kerja, kalau ada duit, diaorang kirim kampung, untuk saving. So memang tak ada duit di tangan lah kan? Dan aku pulak jenis yang tak sampai hati nak kata, "Kan kamu punya tabungan, guna uang itu aja?". Aku ingat masa di Philadelphia dulu, ada this one perempuan yang kena halau dari employer dia, so dia tak ada duit, tak ada tempat tinggal. Kitaorang bantu mana yang patut. Bila dah settled semuanya, cerita punya cerita, dia ada USD6000 saving, tengah buat banglo untuk anak di Jakarta lagi. 

Tapi tak apalah, aku tak nak mengungkit, aku boleh bantu sesikit, tak banyak mana pun. Entah-entah pertolongan tuh yang dapat tolong aku nanti. Aku pun dah nak mati.

Malam nih hujan turun lagi.


Friday

Thursday25022016

Aku nak beli susu for breakfast tapi ternampak staff Kontraktor tengah melepak minum kat kedai Pak Sahak, so aku joined sekali. Dah lama tak berkecimpung di bidang lepak-melepak sampai pukul 10 pagi. Masing-masing asyik tanya pasal projek, aku update kan diaorang mana-mana yang patut. Kalau mengikut keadaan sekarang, sesebulan dua pun tak akan settle lagi masalahnya. 

Bersemangat meround site pagi nih sebab banyak aktiviti yang berjalan. Katalah MPK  buat lawatang mengejut, harus bertempiarang diaorang lari. Aku jer kot yang akan buat selamba. Ada harapan by the time MPK lift kan Stop Work Order, Beach Club dah siap dibina.

Since dah banyak kontraktor lain dah mula kerja, bila ada kontraktor lain tanya, kitaorang kata yang tak ada sapa halang diaorang nak buat kerja tapi pandai-pandailah bawak diri. 


Aku balik awal harinih, sebelum Asar. Saja jer lah. So lepas Asar, aku terus aje jogging, merata-rata aku lari, masuk site, pergi hujung pantai etc. On my way balik, ada budak-budak kampung ajak main bola, beach soccer, aku nak join sebab boleh banyak keluar peluh. Tapi itulah, aku dah nak balik, diaorang baru nak mula, baliknya malam. Susahlah kan?

Malam nih ada khenduri pindah rumah, so aku antara yang dijemput. Aku kalau khenduri, atau di masjid, memang banyak makannya. Penuh pinggan. Kalau kat kedai, tengok makanan pun aku dah rasa kenyang. So lama lah jugak melepak sama orang kampung.

The last few nights aku tidur lena, mungkin sebab keletihan, aku perasan yang aku semakin banyak lari sekarang nih. Antara Maghrib ke Isyak aku selalu termelepak keletihan, nak baca Quran pun malas jadinya.

Thursday

Wednesday24022016

Aku baru jer nak breakfast, baru tuang susu kat dalam mangkuk yang berisi corn flake, oatmeals, muesli, raisin, some dried fruits, bila DrO talipun beritahu yang dia dah ada depan office. Dia nih Environmental Consultant, datang site every 2 months. Baru pukul 9 setengah, aku baru sampai office, pukul berapalah agaknya dia bertolak dari KL. Kesiannya hidup dia.

So aku ikut dia melawat site, macam biasa. Aku, dalam ramai-ramai orang yang melawat site, Auditors sama Environmental Officers lah yang paling aku menyampah, paling malas nak layan. Dengan JAS aku ok, mungkin sebab Officers yang datang semuanya perempuan. Perempuan memang senang nak handle. Tapi ini diaorang nih jenis yang tanya benda yang remeh temeh, benda yang bukan-bukan. Kitaorang building a 200 million project, diaorang boleh tanya things like, "workers' toilet ikut SPAN punya details ka?, sini ada open burning ka?". 

The thing yang aku bengang dengan DrO nih, dia nih dah lah jalannya terkedek-kedek, ambil gambar jer kerjanya, orang lain dah jauh ke depan, dia nun kat belakang. Lepas tuh mulalah panggil aku, nak tanya itu ini. For fuck sake, kalau nak tanya aku, nak bercakap dengan aku, you have to come to me, bukannya aku kena lari ke dekat ko. Yang buat aku berasapnya, dia guna jari tangan untuk panggil aku. Aku memang trauma kalau orang guna jari. Kalau melambai tak apa, ini dia guna jari, yang dibengkok-bengkokkan. Sebijik macam Nenek Bawel KFC Atlantic City tempat aku kerja dulu tuh. 

Aku buat tak tahu jer bila dia panggil aku, aku tak berganjak dari keberdirian aku, last-last dia datang kat aku. Didn't your mom ever tell you to be more courteous, you fucking cunt!

Banyak activities kat site harinih, semuanya tertumpu kat Beach Club. Mariposa yang baru balik malam semalam, dia yang buat inspections, ada concreting to swimming pool jugak. Nasib baik buat awal pagi sebab petang hujan turun. 

CPM whatsapped, dia tanya pasal progress, then dia mintak aku buat report, complete with current photos, sebab diaorang ada Board Meeting sama Tan Sri, Isnin minggu depan. Dia tanya aku apa pasal sekarang aku dah buat Weekly Report, so aku kata lah yang bukan ker dapat Stop Work Order, apa yang nak direportkan lagi? Kalau aku buat, silap-silap nanti backfired sebab we are not supposed to have any building activities kat site.

So tersibuklah aku untuk a few hours, aku cc kan sekali kat Arkitek jugak kat GM sebab biasanya diaorang pun nak kan latest photos untuk ditunjukkan kat Tan Sri. Sempat aku beritahu CPM yang now since semua orang tahu yang kat site ada activities, jangan nanti salahkan kitaorang staff kat site, kata lah MPK buat lawatan mengejut dan ambil tindakan. 

To be real honest, diaorang orang-orang atasan tuh, sebenarnya nak Kontraktor teruskan kerja as if nothing happened sebelum ini, tapi tak seorang pun yang berani bersuara. 

Aku tercakap dan tertanya CPM a few other things, aku terberitahu yang Mariposa balik semula ke KL petang nih, dia kata dia ambik cuti. Biar CPM tahu yang lapuran aku pasal Mariposa nih konsisten.

Tak lah nampak macam aku mengelat masa lari kat buggy track yang steep sangat tuh sebab aku terpaksa jawab whatsapp CPM. Lari a few langkahs, ada whatsapp yang perlu dijawab. Why in the world nak tanya aku itu ini, nak mengadu masalah kat aku waktu aku nak jogging? Masa kerja tak boleh ker?

Jauh aku lari petang nih, habis seround kat site, aku lari dari hujung pantai ke hujung sebelah sana. Lari slow-slow, tak terasa letih. Tapi masa antara Maghrib ke Isyak, aku punyalah mengantuk, keletihan, hampir tertidur aku dibuatnya. Aku sekarang nih, setiap malam aku keluar cari dinner, tak macam dulu aku tapau jugak sekali sekala. Lecehlah menapau nih, lepas makan, pinggan mangkuk kena dicuci. Bukan gaya hidup aku lah kalau bab-bab mencuci pinggan mangkuk. Sampah kena buang, kan? Bab yang aku malasnya, kadang tuh diaorang ikat air, ikat penuh, punyalah siksa nak membukaknya. Makan kat kedai lagi best, tak payah nak fikir semua tuh.

Awal aku tidur malam nih tapi pukul 12 setengah aku terjaga, Hendrik hantar message. Biasalah orang Indon kan, tak boleh berbaik sikit, terus nak duit. Bukan nak pinjam, tapi nak duit. 

Dan at about the same time, dapat email dari EnK, GM. Tak pernah dia email aku selama ini so terkejut jugak aku dapat personal email dari dia tuh. He's in London sekarang, dia dok tanya aku pasal project punya progress. Dia bimbang kalau-kalau Tan Sri sama Datuk akan visit site sebelum dia balik. 

Dan aku pun cucuklah kat mana yang patut. 

Wednesday

Tuesday23022016

Lama jugak aku melepak kat Aqua Cafe for breakfast, itu aje kedai makan yang bukak Selasa. Pekena lontong. Kedai tuh dah jadi port tempat Mariposa melepak, kalau dia ada di sini, memang setiap waktu dan ketika nak jumpa dia, cari kat situ aje lah. 

Tokaynya pun baikkkkkk sangat dengan Mariposa, selalu tanya aku bila Mariposa balik, not only once tapi tiap kali aku makan kat situ, nama Mariposa sentiasa di bibir tokay yang pakai contact lens kaler, berbaju ketat sampaikan jalan terkedek-kedek tuh. 

I was at the site tengok orang kerja bila CPM whatsapped aku tanya apa aktiviti yang berjalan. So dengan panjang lebar aku listkan apa-apa kerja yang tengah dibuat. Then dia tanya pasal Mariposa, rupanya ramai orang yang merindui Mariposa. Kalau dulu-dulu memang aku cover, aku berdalih-dalih tapi sekarang nih aku, kalau sapa-sapa tanya, aku akan jawab terus terang. Aku beritahu yang Mariposa masih di KL, sejak pertengahan minggu lepas. Aku siap tanya kalau-kalau Mariposa jaga 2 sites, buat dua kerja, sebab ituhari dia ada kata yang dia nak kerja kat 2 projek since projek Cherating nih, ko tinggalkan 6 bulan pun masih tak berubah, tak ada progress.

Boss aku pun dulu ada beritahu aku suruh terus terang aje, kalau orang tanya Mariposa kat mana, tell them yang sebenar. Kalau diaorang tanya lebih details, then jawab kata tak tahu. "Kucing dia mati, kot?", aku jawab gitu bila CPM tanya. Kucing kan ker has 9 lives, so memang lojiklah jawapan aku. 

Aku bengang jugak benarnya sebab dulu aku cuti protes, beria-ia sangat dia tanya. Sedangkan orang lain lagi teruk dari aku, dari dulu lagi. 

Petang pun aku terbusy sesikit, iyalah, banyak aktivities yang dijalankan so aku kenalah tahu dan check mana yang patut. Jarang aku kat office harinih, kejap-kejap ke sana, kejap-kejap ke sini. Tapi aku rileks jer.

Petang nih aku mandi laut lepas jogging kat pantai di sana nun. Dah lama tak mandi laut, itu yang lama jer aku berendam, ombak pun tak kuat. Bekalan telor asin dah habis. Hehehehe.

Dinner makan burger jer, malaslah aku makan kat kedai yang mahal tuh, tiap-tiap kali makan tak kurang dari RM 15, kat tempat lain tak semahal itu.

Tuesday

Monday22022016

I was really looking forward to Monday dengan harapan ada apa-apa berita, either dari orang KL atau dari MPK. Tapi, harinih lah hari yang paling membosankan. Lebih teruk dari semalam. No, semalam aku happy. Lebih teruk dari hari-hari yang membosankan sebelum ini. 

Kat site memang ada kerja, ada a few activities, tapi kitaorang langsung tak dengar khabar berita dari CPM, atau Arkitek, or even dari my Boss. Senyap sunyi, whatsapp group pun dah seminggu senyap. Everyone is a little crazy. The only difference between us and them is that they hide it better. Sorang jer yang tanya, Landscape Architect, Abang Teh, sepupu aku tuh, dia tanya kalau-kalau top soil untuk turfing dah sampai atau belum. 

Kat office pun punyalah bosan, aku sorang-sorang jer. Dan aktiviti aku pun macam hari-hari sebelumnya jugaklah, so aku tak nak tulis apa-apa kat sini, it's all the same. 

Harap-harap esok ok.

Monday

Sunday21022016

Breakfast sama Nasir pagi nih, anak bini dia breakfast kat hotel. Lama jugak kitaorang melepak sebab hujan turun sekejap, tak lebat mana pun. Aku nak ajak dia masuk site tapi dia kata dia tengah tunggu workers datang dari KL, lain kali ajelah kot sebab dia rasa dia akan datang lagi dalam sesebulan dua nanti.

Lama jugak aku kat site, tengok pekerja menyembur concrete, untuk soil nailing. Kerja-kerja kat Beach Club pun semakin rancak. Aku berbelah bagi nih, nak beritahu orang KL atau tidak, yang ada aktiviti haram kat site. Kalau aku beritahu, at least aku tak dipersalahkan kalaulah MPK ada datang buat visit. Tapi, Kontraktor tak nak aku beritahu. 


The rest of the day aku kat office, buat apa yang sepatutnya aku buat semalam. Lega rasanya bila dapat tengok Survivor, The Amazing Race, jugak dapat bukak youtube, jugak dapat update blog. So memang sah lah yang semalam tuh aku rasa a little down sebab internet was down. Harinih aku rasa happy jer, rasa bermakna jer hidup aku nih.

Petang nih macam petang semalam jugak, jalan kaki dari hujung ke hujung. Gini lah hidup aku, yang pelingnya aku tak rasa bosan. Orang lain agaknya yang bosan menengok aku berada di mana-mana kat Kampung Cherating Lama nih, kejap kat sini, kejap kat hujung sana, tak lama tuh kat sini semula. 

Mungkin sebab aku sentiasa bersyukur dan redha dengan gaya dan cara hidup aku untuk waktu sekarang. Lagipun I find my life is a lot easier the lower I keep my expectations. 

Oklah for today, this blog (my life) is so boring it is written using 100% recycled words.

Sunday

Saturday20022106

Lama jugak aku sambung tidur pagi nih, sampai dekat pukul 9. Cadangnya nak sambung lagi sebab semalam aku tak boleh tidur, rasanya pukul 3 lebih baru aku tertidur. Dan bangun pun awal. Tapi bila mengenangkan yang makanan kat warung Mak Dah biasanya habis kalau aku lambat, so before 10 aku ke office.

Meround site sekejap, tengok orang backfill rubble wall yang dah hampir siap tuh. Gerun jugak aku, mana tau kalau-kalau roboh rubble wall sebab mamat tuh pakai sodok jer tanah dengan jengkaut. Soil nailing punya kerja pun jalan jugak. Kat Beach Club ada a few workers. Kat chalet 15 pun ada orang kerja, pasang roof trusses. Balau manalah yang suruh diaorang kerja tuh?

Aku dah stand by nak melepak office the whole day sebab nak tengok Survivor, The Amazing Race, The Big Bang Theory. Jugak nak bukak Youtube sebab semalam cuma dapat a few ayats jer. Tapi internet down lah pulak. Lama jugak aku tunggu, dalam keresahan gitu. "This is it, the end of my day today", kata aku dalam hati.

Bodoh jer jadinya, itu yang keluar makan awal tuh, sebelum Zohor. Melepak lama jer, sesambil belanja budak-budak kecik lima enam orang. Bila masih tak ada gaya internet nak pulih, aku decided nak ke internet cafe. Banyak pulak kereta kat tepi-tepi jalan, nak parking susah, so aku ke kedai laundry, ambik pakaian. Last-last aku terus ke pantai, park kereta bawah pokok, then aku menyusur pantai sampai ke hujung. Lepas tuh, dari hujung sini, aku ke hujung sana, sampai dekat site. 

Masuk site sekejap dalam sesetengah jam, aku jalan kaki balik semula, nak ke surau for Asar. Then jalan kaki lagi ke kereta, nak tukar pakaian untuk jogging yang by the time aku sampai ke port jogging aku, aku dah keletihan. Dapatlah lari seseround, lepas tuh aku melepak ajelah.

Awal jugak aku balik rumah, keletihan sebab banyak berjalan. Hati aku macam rasa tak sedap aje, puas aku fikir, apa sebabnya? Tak kan sebab internet down, tak masuk akal. Heheheh

Nasir, kawan masa sekolah dulu, ada talipun, dia ada kerja sikit kat Residence Inn new hotel, so kitaorang jumpa lepas Isyak. Dia sekeluarga (ada 2 keluarga, 2 cawangan, so kali ini dia sama cawangan pertama), kitaorang makan besar kat Intan Seafood Restaurant. Dekat pukul 12 baru aku sampai rumah. 

Friday19022016

Pagi-pagi lagi aku dah message JAS beritahu yang aku sama W, Site Safety Supervisor, nak ke pejabat diaorang dalam pukul 10 gitu. So tak lama melepak kat warung Mak Dah, walaupun hujan lebat.

Dalam setengah jam jugak menunggu pegawai JAS, dah tahu kitaorang nak datang pukul 10, diaorang siap keluar jugak tuh. Sebenarnya Officer tuh nak ambik keterangan daripada kitaorang berdua, wakil Konsultant dan wakil Kontraktor, pasal kejadian air kotor masuk laut dulu tuh. Just sebagai memenuhkan procedure kerja diaorang. 

Sessi soal jawab gitu, bergilir-gilir, mulanya aku yang disoal, W melepak kat kantin. Nak tergelak jer aku sebab aku asyik teringat pasal aku disoal selidik masa kat Detention Center dulu tuh. Details pasal diri aku pun banyak yang diambil, tapi aku peliknya, ada dimintak aku isi nama dan alamat semasa bapa. 

'Ini alamat bapa nih, alamat sekarang ker?", aku tanya Officer tuh. Tak ada pulak dimintak nama dan alamat ibu.

"Ha ah, alamat semasa", dia jawab gitu.

So aku tulislah kat ruangan alamat bapa tuh, "Tanah Perkuburan Kampung Hulu Gali, 27500 Raub, Pahang". Saja jer aku buat bodoh gitu, geram aku.

Masa W disoal selidik, aku melepak kat luar, then aku decided untuk merisik khabar MPK, aku nak tahu apa outcome meeting diaorang Selasa lepas. Sebab orang kat KL, diaorang jenis yang tunggu dan lihat, diaorang tunggu MPK contact diaorang. Bukanlah aku nak melawan tokay, dan bukan lah kerja aku semua tuh, tapi, kalau aku tak berinisiatif untuk tahu, orang lain pun tak akan tahu. 

Jawapan dari MPK agak mengejutkan jugak, walaupun aku dah expect. Infrastructure submission tak mematuhi syarat, dan tak dibentangkan langsung masa meeting. Dan MPK akan tunggu re-submission, proper submission. 

Itu kerja Boss aku, buat infra submission. Minggu lepas aku dah beritahu orang KL yang MPK ada beritahu aku yang submission tuh tak lengkap, tapi diaorang tak percaya, diaorang tetap percaya kelentong Boss aku. Rasain loe!

Orang pertama yang aku contact untuk sampaikan berita duka tuh, of course lah GM. He has direct access to Tan Sri. Aku bypass semua orang, aku cuma kata yang MPK ada contact aku dan aku akan whatsapp details kat diaorang lepas Sembahyang Jumaat sebab my cellphone battery was about to die.  

Lepas Sembahyang Jumaat aku melepak kejap sama Mariposa, menceritakan kat dia perkembangan terbaru. Dia nih melepak kat kedai makan jer seharian, dari satu kedai ke satu kedai. Baru 2 hari balik dari KL, esok dah nak balik semula. Aku tak kisah, aku lagi suka. Tak ada lah dia nak menyembang dengan staff Kontraktor, pastuh buat cerita yang bukan-bukan. 

Tak ada pun aku whatsapp Boss aku, cuma kat CPM sama Arkitek jer yang aku hantar details, aku suruh diaorang forwardkan kat Boss aku. Malas aku dengar excuses dan jawapan-jawapan Boss aku, sure ada benda yang dia akan kelentong. Orang lain oklah dia kelentong tapi dengan aku, tolon sikit. 

Lepas tuh terus senyap memasing. Tak ada pun yang tanya pasal aktivities kat site, kisah selorri top soil tuh pun tak ada kabar berita.

Kerja-kerja rubble wall dah nak siap, maknanya ramai pekerja yang tak ada kerja nanti tuh, so Tonne kata yang dia nak teruskan building works, kat Beach Club, nak pindahkan semua pekerja kat situ. Masalahnya, Arkitek tetap tak kasi green light untuk teruskan kerja. Dan kalau mengikut perkembangan semasa, lama lagi lah projek akan terbengkalai. Tapi since Tonne kata yang dia akan bertanggung jawab, aku ok kan aje, dan dia tetap nak suruh aku pretend like tak ada activities kat site. 

Petang nih hujan, sejak semalam lagi hujan turun tapi sekejap-sekejap. So tak dapatlah aku nak jogging. Macamana pun aku meround jugak sampai ke Beach Club, berpayung. 

Malam nih cadangnya tak nak keluar makan sebab petang tadi dah makan 2 packets mushroom soup (tadi kan ker hujan, so tak boleh nak ke mana-mana, itu yang makan jer tuh kerjanya, aku sama Kontraktor punya Site Engineer) tapi aku rasa macam terlapar, so aku decided nak keluar jugaklah. Agaknya memang dah ketentuan, aku sampai aje kat kedai tuh, Ismail pun tiba. Ismail nih memang cari aku. Dia dulu nya nak kerja kat projek kitaorang nih so aku suruh dia hantar CV kat Arkitek. Tapi, lepas tuh dia senyap jer, pindah ke mana tah, so Arkitek terpaksa cari orang lain. Dapatlah EnMat sekarang nih, dah masuk bulan ke 3 dah. So aku beritahu Ismail yang post tuh dah diisi. 

"Ko itulah, tak nak tolong member", kata Ismail, terus dia pindah ke meja lain.

"Ada jugak orang macam nih", kata aku dalam hati. Dia yang tak bersungguh-sungguh, nak salahkan aku.

Friday

Thursday18022016

Aku masih kat rumah bila dapat message dari JAS, beritahu yang appointment harinih dikansel sebab one of the guys yang nak ambik statement dari aku tuh on emergency leave. Diaorang suruh datang esok tapi sebab Tan Sri nak datang site, aku mintak diaorang tangguhkan ke minggu depan. Petang pun tak boleh sebab aku suspect General Manager hotel akan sampai site sebab memang macam tuh, dia akan tiba kat site sehari sebelum ketibaan Tan Sri. Atau Tengku Arif Bendahara.

(Site Office kitaorang. Nampak sangat Kontraktor nih kedekut, sepatutnya office Kontraktor sama office Konsultant tak boleh share. Ini tak, semuanya share, sedangkan dalam contract diaorang kena sediakan semuanya, termasuk kenderaan)

Punyalah kelam kabut diaorang kat KL, berpusu-pusu whatsapp messages aku, semuanya tanya pasal turfing works yang sepatutnya mula harinih. Semalam kan ker janji nak hantar satu lori top soil? Lawak gila. Projek ratusan juta ringgit.

The last few days hujan memang selalu turun, tak lebat, dan sekejap aje. Dan aku, setiap hari adalah a few times pergi check sewage treatment plant punya tank yang aku rasa akan "timbul" kalau hujan berterusan. Hati jahat aku berdoa biar hujan terus turun, biar tank tuh terdampar. Boss aku, dari dulu lagi, asyik kasi excuses aje, dah 2 bulan tank tuh macam tuh, masih belum direpair. One of Tan Sri punya concerns, pasal tank tu lah. 

Letih gak aku terpaksa turun naik bukit, diaorang senang jer nak mintak aku snap gambar itu ini. Tapi sebab aku dah biasa turun naik macam tuh, aku ok aje. Dan dalam hati aku selalu terfikir yang how important dan bergunanya aku nih kat projek nih.

Tengahari aku sempat sembang dengan Mariposa kat kedai makan. Susah betul nak jumpa dia nih. Aku, walaupun tak berapa suka dengan dia nih tapi aku rasa comfortablle bila bersembang dengan dia, sebab dia satu wavelength dengan aku. 

'Kalau kita dapat ceritakan masalah site kat Tan Sri, sure best, kan?", dia kata gitu. Aku setuju sangat sebab the 3 Musketeers yang sepatutnya mengupdate apa-apa status kat Tan Sri, diaorang cuba hidekan semua masalah, with the hope semua masalah tuh akan selesai dengan sendirinya. No, it doesn't work that way lah. Kalau ada masalah, ceritakan kat orang, jangan nak berselindung, berdalih-dalih. Ini, masalah payments lambat pun tak berani nak terus terang. 

Petang aku macam biasa, jogging kat buggy track. Kali ini aku lama sikit kat VIP Chalet, sebab sekodeng kat kawasan Club Med yang di sebelah projek kitaorang nih. Bukan sekodeng orang, sekodeng tempat. Then macam semalam, nak hantar laundry, kedai tutup pulak. So ke pantai. Tak jogging pun sebab chatting dengan Hendrik jer kerjanya. 

Then dapat email dari Arkitek, beritahu yang Tan Sri tak jadi datang site esok. Biasalah tuh, dulu tuh sampai lima enam kali kata nak datang, last-last 2 bulan kemudiannya baru melawat site. Aku terbayang yang tentu ada a few yang sujud syukur dapat berita tuh. 

Kitaorang yang kat site nih nak sangat Tan Sri datang, biar dia tahu yang selama ini those 3 musketeers have been whispering sweet nothings to his ears.

Ok, esok aku tulis panjang sikit, InsyaAllah.




Thursday

Wednesday17022016

Semakin lama semakin awal aku datang office, macam bersemangat baru gitu. Aku tak breakfast kat luar harinih, aku pelik, aku boleh jadi rajin menyediakaan breakfast kat office. Keluar masuk office, pergi cuci cawan, mankuk, masak air. Kalau kat rumah, jangan haraplah aku nak rajin macam tuh. Agaknya memang aku nih jenis yang tak serasi untuk breakfast kat rumah. Dried fruits yang aku beli kat KL ituhari, tak sempat aku nak campurkan dalam breakfast aku, dah habis. Budak-budak tuh suka sangat masuk bilik aku makan benda-benda macam tuh, jugak kismis. 

Sebelum snap gambar nih, puas jugaklah aku menghalau semut. Takut nanti ada orang terperasan, kan? Itu yang macam sampah berterabur, jugak dalam bekas gula tuh, itu bunga cengkih. Petua nak halau semut yang berkerumun, taburkan bunga cengkih.

Awal pagi dapat message dari Jabatan Alam Sekitar, Cawangan Gebeng, diaorang suruh aku datang office diaorang esok, ada benda yang nak ditanya. So aku akan pergi dengan Kontraktor punya Site Safety Supervisor. 

Macam sibuk jugak harinih, iyalah, Tan Sri nak datang Friday nih kan? Turfing guys ada datang potong rumput so aku explained kat dia apa yang kena dibuat, esok diaorang akan bawak top soil satu lori, untuk tunjukkan yang there's works going on. Nak pasang geoweb, bendanya tak dibeli pun lagi, payment belum dapat. 

CPM pulak, dari pagi mengwassap aku, tanya itu ini, suruh aku contact Landscape Consultant, Abang Teh, sepupu aku tuh. Itu bukan kerja aku sebenarnya, tapi since aku kat site, aku lah yang kena ambik tahu, then merepotkan kat diaorang. So pasal turfing dah tak ada masalah, Tan Sri akan terpercaya dan terpedaya.

Banyak jugak pokok toddy palm yang mati kering. Kat buggy track ni lah tempat aku jogging sekarang nih.

Masalah Boss aku aje yang tak akan settle nya, pasal tanki sewage treatment plant yang timbul tuh. Boss aku senyap jer, agaknya tengah cari idea untuk fabricate cerita kat Tan Sri nanti. He's so very good at making excuses, selalunya orang akan terpercaya. Aku jer yang satu perkataan pun dari Boss aku yang aku tak percaya. Dan aku selalu terkesian, selalu terfikir, "laaa, bengapnya diaorang nih, Boss aku tipu pun diaorang percaya". Bab submission, itu aku tak tahu, kemungkinan besar tak settle jugak lagi. Rasanya kali ini my Boss akan teruk kena belasah. 

Kedua-dua staff Konsultant ada harinih, walaupun sekejap. Mariposa jer yang belum nampak muka, lama sungguh dia cuti. Aku tak kisah dia nak datang ke tak nak datang, aku lebih suka dia tak ada sebab kalau dia ada, banyak sangat dramanya. Nak cover ketidakadaan dia kat site. Sad thing is, orang-orang KL percaya cakap dia.

Petang nih macam biasa, lari kat buggy track seround, sampai ke puncak kat VIP Chalet. Lepas tuh turun ke teluk kawasan SPA, loncat-loncat seround dua sampai berpeluh. Then pergi ambik laundry, park kereta kat depan kedai tuh, then jalan kaki. Terserempak dengan Encik Basiron Kaya depan chalet-chalet yang dia nak bukak, dia tanya aku kalau-kalau aku nak sewa dan manage chalets tuh, bayar dia RM 8000 sebulan, untuk 7 bijik chalets tuh. Banyak jugak dia buat style tuh.


Kalau aku ke hujung pantai, memang aku akan ikut jalan depan kubur nih. At least dapatlah jugak aku sedekahkan AlFatehah ker apa ker, kan? Bila aku dah mati nanti, kalau boleh aku nak lah jugak ada random strangers yang buat benda yang sama kat aku.


Forever in my dreams my heart will be
Hanging on to this sweet memory
A day of strange desire
And a night that burned like fire
Take me back to the place that I know
On the beach

On The Beach - Chris Rea

Air laut pasang, sampai tak ada ruang nak menyusur pantai. Aku perhatikan yang semakin banyak pokok tumbang sebab kena hakisan air. Kalau tak salah aku, sesetahun lepas nun jauh di sana air laut, tapi sekarang nih semakin ke darat pulak. In a few years sure nya akan lebih teruk lagi. Tadi aku perasan yang water tide sampai kat betul-betul kaki Beach Club, dulu ada GM tanya aku pasal nih, then bila aku tanya Boss aku,dia kata yang mengikut stastik dari Jabatan mana tah, 100 tahun punya tide level tuh sekian-sekian. Semua orang terpercaya. Termasuk aku. Tapi sekarang, I have my doubt.

Ada Doa Selamat lepas Isyak, so adalah makan-makan sikit. Aku tak join, walaupun hati aku meronta-ronta nak duduk makan, kat luar hujan renyai-renyai. Tapi itulah, tak ada orang pelawa aku ajak makan. Padan muka aku, ituhari orang ajak makan, tapi aku buat pura-pura garu bontot, nak menunjukkan kerealan yang aku tak dengar diaorang panggil aku.

So menapak ke kedai lah malam nih, too bad banyak yang tak bukak, terpaksa singgah kat kedai burger anak Pak Sahak. Perempuan pekerja Pak Sahak yang suka menganjing tuh ada kat situ.

'Bakpo nyo ado keto tapi jale kaki, huje-huje gini nih. Kedekut sungguhlah", dia kata gitu.

Sambil senyum-senyum aku kata, "Kalo sayo kedekut, tok maghri sini, maha!". Memang mahal pun, kat tempat lain, special cheese burger sama teh ais, RM5 jer, tapi kat situ RM 7-50.

Ternyatanya gwe emang sebel ama itu Mak Lampir.


Wednesday

Tuesday16022016

Banyak kedai makan yang tak bukak harinih (or rather tak banyak kedai makan yang bukak hari Selasa) so terpaksalah ke kedai Stopa yang dah lama aku tak pergi tuh. Dulu masa mula-mula kat Cherating, memang setiap pagi makan kat kedai Stopa tuh walaupun makanannya tak menyelerakan. Motor banyak kat site tapi kitaorang, out of boredom kot, kitaorang naik satu motor bertiga. 

Tengah melepak tuh, dapat email dari Arkitek, beritahu yang Tan Sri nak datang site Friday nih. Friday? Senyum jer bila baca email antara GM sama Arkitek, banyak ayat-ayat GM dan dia punya point-point tuh macam familiar jer. I wonder siapalah yang bercerita kat GM sampaikan dia tahu akar umbi, the same things jugaklah yang the Architect, CPM dan Boss aku cuba nak sembunyikan dari pengetahuan orang-orang atas. Bagus orang tuh, kalau tak, tak jalannya lah kerja. 

So teruslah aku ke site, discuss sama Tonne, jugak sub-contractor, tanya diaorang apa kerja yang diaorang nak teruskan, apa kerja yang diaorang nak stop, Friday nanti. Aku kena tahu semua tuh sebab kitaorang kat site kenalah sepakat. 

Sejak pagi aku selsema, hidung tersumbat, taklah teruk tapi sungguh tak comfortable dengan bersin yang bertali arus, air keluar dari hidung. So melepak office aje lah seharian. Melayan whatsapp dari orang kat KL, masing-masing risau pasal Tan Sri punya disappointment sampaikan dia nak datang ke site sekali lagi sedangkan 2 bulan lepas dah datang dah. 

Ha, itulah, sorok lagi masalah daripada dia, padan muka! Semalam CPM beritahu aku yang dia tak sampai hati nak beritahu Tan Sri yang payments lambat, sebab tuh kerja pun lambat. 


Aku jogging jugak petang nih, seround jer, walaupun hidung tersumbat. Then melepak kat bay kat tempat nak buat SPA tuh sesambil menengok ombak memukul batu. Aku dah nak balik, Tonne ajak sembang pasal masalah semasa. He thanked me sebab aku telus, menceritakan perkara sebenar kat orang atas. Nak harapkan bertiga tuh, selagi ada masalah, selagi itulah diaorang nak sorokkan dari pengetahuan orang atasan. 

Since hidung masih tersumbat, misi aku nak makan tomyam pedas. Biasanya gitulah, makan tomyam pedas, minum teh o panas. So itu yang aku order malam nih, sampaikan berpeluh-peluh, air hidung meleleh, kepala gatal-gatal. Mahal gila, semua nih RM 18. Kalau warung dan kedai lain, less than RM 10.

Budak sorang nih tanya, apa pasal aku tak cerita kisah dia kat blog, dia kata dia ok jer, tak ada sapa kenal dia. Dasar giler glamer sangat kan? ekekekke




Tuesday

Monday15022016

Yay, harinih aku tak tidur lepas Subuh, yayyyyyy. Amma, appa, enakku idhu romba pidikkuthu! Best, banyak benda boleh aku buat sementara nak menunggu nak pergi kerja, aku sempat cuci spender dua tiga helai. Perah lemon. Kemas-kemas bilik.

Cuma staff Melayu jer yang ada, Tonne sama Senior Site Supervisor masih cuti. Kitaorang minum kat warung Mak Dah, diaorang nak sangat dengar cerita dari aku, so aku ceritakanlah kat diaorang 2 minggu punya kisah. Esok MPK akan ada meeting, OSC Meeting namanya, One Stop Centre punya meeting, untuk membincangkan pasal multiple submissions.

Aku ke site, beritahu sub-con dan yang lain-lain yang kemungkinan MPK akan datang ke site harinih sebab esok diaorang ada meeting. So, kalau diaorang nak teruskan kerja, by all means teruskan. Dan aku tak nak bertanggung jawab. Korang jawablah sendiri. Akhirnya diaorang berhenti buat kerja-kerja yang tak sepatutnya diaorang buat (kerja kat Beach Club), semuanya tolong siapkan rubble wall. 

Dalam seseminggu siaplah rubble wall nih.



Kalau semalam berwhatsappan dengan CPM seharian, harinih dengan Arkitek pulak. Arkitek nih ada masalah besar gayanya, tengok caranya memang boleh agak. Sampaikan dia kata yang dia happy kalau payment tak dapat (Consulation fees). Apa yang dia marah sangat kat company dia tuh? Aku rasa aku tahu sebabnya.

Ada aku bayang-bayangkan kemungkinan keputusan MPK, so dia suruh aku merisik khabar once meeting dah selesai. Aku katalah yang itu bukan kerja aku tapi dia kata yang siapa lagi nak diharapkan kalau bukan aku? Aku tak kembang bontot pun dengar dia cakap gitu, gwe malah jadi makin bingung mikirin status proyek yang semakin belok arah.

Aku tak tahu apa pasal aku boleh lose my temper dengan Site Safety Supervisor tadi. Sebab benda kecik jer tapi mungkin aku dah lama aim dia nih, itu yang laju jer aku marah dia. Lagipun, pagi tadi aku dah order RM 150 worth of so-called Sunnah punya products, aku expect dia akan dengar jer cakap aku, tak banyak songeh, tak menjawab, tak kasi alasan-alasan. Aku expect dia layan aku bagaikan menatang olive oil yang penuh.

Kalau sebelum ini aku ikut mengaji kat Youtube, tapi round kali ini aku dengar bacaan Imam lain pulak, yang ada translationnya. So, Imam tuh baca, aku hayati terjemahan. Lagi menyahdukan, dan aku kena betul-betul concentrate. So rasanya kali ini mungkin will take a little longer untuk khatam.

Aku rasa harinih macam packed jer, banyak aktivities yang aku buat sampaikan tak cukup waktu. Sedar-sedar dah petang, time untuk jogging. Aku jogging kat buggy track seround, then aku keluar ikut gate belakang, aku menyusur pantai sampailah ke tempat yang aku selalu pergi tuh, nun di hujung sana. Pelik aku, apalah yang buat aku akan sentiasa ke hujung tuh tapi itulah, tak lengkap hidup aku agaknya kalau tak ke sana setiap hari.

Lepas hantar laundry, singgah beli satay sekejap untuk dinner, then masuk site semula, ada a few things yang kena buat, benda-benda yang tak berkaitan dengan kerja. Ngam-ngam nak Maghrib baru aku balik, tapi dah siap mandi bagai. 




Monday

Sunday14022016

Biasanya dua tiga hari jugak nak menunekan semula kehidupan aku kat sini selepas cuti panjang tapi kali ini tak ada masalah pun, aku tetap bangun pagi macam biasa. Cuma satu jer, walaupun aku nekad tak nak tidur lepas Subuh, balik dari surau, aku tidur jugak.

Lepas tuh aku pergi jogging, pakai kasut baru. Rasa ringan jer, selesa jer jogging. Kasut New Balance, patutlah kan? Aku tak ke pantai, instead aku masuk site, terpaksa guna gate kat belakang sebab gate depan ditutup, guard tah kat mana. Dah nak siap dah rubble wall rupanya, dan aku perasan ada a few workers yang kerja ikat besi kat pool kat Beach Club. Apalah Kontraktor nih, katanya tak nak buat lain-lain kerja kecuali slope protection, ini diaorang buat jugak. Kalau MPK datang nanti, apa nak jawab?

Lepas ambik kereta kat site, barulah aku breakfast, then balik rumah, buat apa-apa yang patut, then masuk site. Sorang pun tak ada so aku sorang aje lah kat office. Ada aku whatsapped CPM hantar gambar site. Sebenarnya nak beritahu dia yang aku ada kat site. Lepas dari tuh, berdesup-desap dia tanya aku, pasal progress kerja etc. Banyak please, please nya sebab dia takut Tan Sri tanya, so aku katalah yang aku akan uruskan semuanya tuh dengan kontraktor-kontarktor lain. Ada jugak aku bayangkan kat dia yang mulai esok aku akan merisik khabar dari MPK. Baik pulak CPM tuh dengan aku kali nih.

Banyak jugak paper works yang aku kena buat, kena update, mulanya aku cadang nak settle kan semua tuh. Tapi bila difikir balik, buat apa aku buat kerja hari Ahad, waktu lain aku boleh buat, so aku rileks jer lah. Aku tengok The Amazing Race instead. Aku macam happy jer sekarang sebab season baru Survivor sama The Amazing Race dah mula. Biasanya 3 jam lepas ditayangkan kat tv di US, aku dah boleh tengok. Dan biasanya jugak, aku tunggu weekend baru tengok, seronok sikit tak ada gangguan.

Dan aku berjaya tamatkan Juzuk 30 mengaji kat Youtube. Esok, InsyaAllah, akan mulakan second round. Tak nak gopoh gapah, nak buat yang terdaya aje tapi konsisten. Mungkin ada orang kata yang belajar mengaji melalui internet, tak bagus. Aku bukan belajar mengaji, aku cuma mengecheck bacaan aku, kalau-kalau ada salah silap. Aku tak kata aku pandai mengaji tapi aku perhatikan yang bacaan yang aku baca, sama dengan apa yang Imam tuh baca, cumanya nafas aku pendek. Satu ayat sampai 3 kali bernafas, sedangkan Imam tuh sekali jalan aje. Memang ada a few mistakes here and there tapi basically apa yang aku baca, "lebih kurang" sama dengan apa yang aku dengar. 

Mulanya nak jogging kat site, kat buggy track, tapi jaga tuh macam tak suka jer aku kat office, sebelum pukul 5 dia dah tunggu nak kunci office. Kalau aku jogging kat site, aku nak gunakan office untuk tukar pakaian sebelum dan selepas jogging. So aku ke pantai aje lah, ke tempat biasa. 

Singgah warung Kak Long untuk beli Nasi Air. Dia nih lah peniaga paling rileks, dia bukak warung ikut suka dia aje, dan bukak pun cuma dari pukul 5 petang sampai 7 malam. Tapi, ramai orang datang. Entah apa lah rahsianya. 

Ker sebab pakaiannya yang ketat metat yang nampak alur, jalur dan salur di mana-mana. Aku, sesambil menunggu dia tapau makanan aku, ada gak aku jeling-jeling, kok-kok ternampak camel toe dia.

Awal jugak aku tidur malam nih, lena pun lena.Aku masih berwhatsapp-whatsappan sama Hendrik dan Andrei, cuma dengan Ibnu aje aku dah putus contact, dia dah balik Medan kot.

Sunday

Saturday13022016

Ada jugak niat aku untuk balik Cherating besok malam aje tapi aku rasa macam dah lama sangat aku kat KL nih. Lagipun, Monday nanti semua staff Kontraktor (tak tahu lah pulak pasal staff Konsultant, Mariposa kata nak balik Selasa sedangkan semalam beria CPM whatsapped aku tunjukkan contoh leave form Mariposa yang sepatutnya dah balik ke Cherating harinih. Dari dulu dah diaorang kena tipu bulat-bulat dek Mariposa tuh) akan balik dari long holiday, so aku kena ke site esok, lebih awal dari diaorang. Manalah tahu ada issue-issue lain yang aku perlu tahu.

Sempat lagi aku merempit pagi nih, cari beg sebab terbanyak pulak barang aku kali nih. So kali ini bawak 2 bags. Terrembat jugak sepasang kasut jogging sebab kasut aku dah haus tapaknya. Kalau jogging kat pantai, aku berkaki ayam, tapi kasut tuh untuk jogging kat buggy track. Terbeli jugak baseball cap sebab cap yang aku selalu pakai tuh dah lunyai, aku ada 2 caps lain tapi aku tak suka. Aku beli caps tu dulu sebab tak ada caps lain dah yang aku berkenan.

Susah aku nih, selalu sangat tertengok, termasuk (kedai) dan terbeli. Tertengok, termasuk, terbeli. Spender, stokin pun aku beli. Bab spender nih satu hal, aku nih pemalas sangat nak membasuh, hatta sehelai spender sekalipun. Jenis yang campak dalam tong. Sampai banyak. Aku tak hantar spender ke laundry, malu. Ituhari, tah macamana tah, adalah sehelai spender aku terlepas ke laundry, aku tak perasan. Dekat 2 minggu aku tak pergi hantar laundry lepas tuh. Bila kemaluan dah hilang barulah aku pergi semula, itupun saspen jer takut budak tuh kata, "Ha, tau dah. Cik pakai spender Renoma yer?"

Kasut yang aku tersalah beli ituhari, aku kasi kat this one guy yang kebetulan lalu masa aku nak keluar. Mulanya aku nak kasi ke Bangla tukang cuci apartment tapi dia tak nak. Pelik aku apasal dia tak nak. Terfikir jugak aku, nampak sangat kasut tuh "tak berharga", sebab memang tak berharga pun di mata Bangla tuh. 

Aku decided nak terus aje ke Terminal Bas di Bandar Tasik Selatan, tak kisahlah naik bas pukul berapa pun. Kalau bas malam, aku akan sempat merempit lagi seround. Aku terserempak lagi dengan budak yang "jual" Wakaf Quran dulu tuh, kali ini berdua. Dari jauh lagi dia dah tegur aku, aku tak cakap apa-apa pun mulanya, terus aku kasi duit untuk a few "lots", jugak untuk upah dia. Tapi sebelum blah, aku tepuk bahu dia sambil kata, "Bagus, you kena tegur ramai orang"

Aku naik bas pukul 4-30 pm, malaslah nak tunggu bas 10 malam. Itupun lenguh rasanya menunggu. Sampai Cherating pukul 9-30 pm, sampai 2 kali berhenti bas tuh, patutlah lambat. Aku tengok ada kesan hujan lebat, air bertakung di sana sini. Mintak-mintak tak ada apalah kat site, takut jugak aku sewage tank yang macam submarine tuh tercabut sebab cable nya banyak yang putus.

Lepas kemas-kemas apa yang patut, aku keluar cari makan. So I am back ke kehidupan asal di Cherating, kata aku dalam hati. Lama sangat aku cuti gamaknya sampaikan tokay tuh terlupa yang omelette aku tak ada cheese, aku order kata nak omelette jer, aku ingatkan dia tahu yang aku maksudkan cheese omelette. Aku pun tak cakap apa-apa bila diaorang charged aku harga cheese omelette. Benda kecik-kecik gitu, kan?