Thursday

Khamis - 31012013

"Aku selsema nih, aku duduk meja sanalah", aku kata kat Ibrahim Tabligh masa breakfast tadi. Memang aku selsema pun tapi itu alasan jugak sebenarnya. Bukanlah aku selama ini tak ikhlas belanja dia breakfast, tapi kalau selalu sangat macam tuh, tak fairlah kan? Dia tak pernah pun belanja aku, patutnya sekali sekala dia lah belanja, baru adil, kan?

"Aok berkebun tu sepenuh masa ker part time jer?", Ibrahim Tabligh tanya aku.

Tak reti aku nak menjawabnya so aku katalah yang aku kerja pagi sama petang, dalam 3 jam waktu pagi, 2 jam waktu petang. 

"Full time lah tuh", kata Ibrahim Tabligh.

Aku tahu yang dia nak tasykil aku ajak keluar Tabligh tapi dia faham yang aku temankan mak, so memang aku tak free. Kecuali masa adik beradik aku ada balik. Ituhari ada sorang lagi gang tabligh ajak aku ke Surau Simpang Kallang sebab dia kata Imam dan jemaah kat situ layan orang Tabligh ok jer.

Sekejap jer aku menyiram pagi nih, sebab Zone 1 sama Zone 4 aku tak siram. Nasiblah kan, sapa suruh duduk jauh-jauh kat ceruk sana tuh? Aku buat satu batas aje untuk kacang bendi, tapi batas besar, 4 baris tanaman. Nasib baiklah aku cuma beli 2 packet benih, kalau tidak puaslah aku, sebab tanam bendi nih kena jarakkan, bukan macam tanam kacang panjang. Itupun aku rasa rapat-rapat aku tanam, tak sampai sekaki jarak antara satu lubang dengan lubang lain. Rasa macam membazir jer kan tanam jauh-jauh jaraknya. Aku habiskan sepacket jer benih sebab tak nak banyak sangat nanti, itupun ada dalam 50 lubang, satu benih setiap lubang. 

Kesian tengok mak menyangkul batas bekas tanam sawi ituhari, aku pun teruslah pergi tolong. Mak kan ker puasa? Kejap jer aku membuatnya, lepas tuh bila tengok mak menyangkul untuk kambuskan pangkal pokok-pokok cili, aku pun tolong jugak. Pun cepat aku buat, mak dapatlah dalam 10 pokok, aku buat another 50 lebihkurang. Then mak suruh bubuh baja kat pokok cili tuh, terus aku buat jugak. Puas hati aku sebab semuanya siap dalam masa beberapa minit jer.

Since mak masih kat kebun dan aku tak nak balik sebelum mak balik, aku ke Zone 1. Aku mencabut pokok-pokok renek sama rumput yang dah macam lalang tuh. Puas hati aku, bersih jadinya Zone 1. Selama ini aku biarkan aje pokok renek bermaharaja-lela kat situ, diaorang ingatkan aku tak peratikan kelaku masing-masing. Padan muka, habis aku cabut semuanya, dengan rakus.

Terlepak lama aku kat kedai tadi, makan kat situ lepas Zohor. Hujan turun, taklah lebat tapi berterusan. Again, aku terralit memorex, walaupun mengantuk sangat. Tak ada lah aku buat profits pun cuma monitor positions aku aje, ejas mana-mana yang patut. 

Tangan gatal, aku terbuy AUDUSD, dan the moment aku masuk position tuh, price turun. Dan turun, dan turun. Padan muka aku. Aku tak tahu apa pun pasal Australian Dollar, nak pandai-pandai masuk position. So the rest of the afternoon terpaksalah merepair position tuh, aku buat another buy at lower price, then tutup bila dah untung sikit. So far dapatlah cover sikit, walaupun initial buy position tuh aku masih belum closekan lagi. Entah-entah profitable nanti tuh, mana lah tahu kan? Aku nak monitor jer lah pergerakan, pasang Stop loss sesedap rasa.

"Panjang ngat dah lalang kat tepi sunagi nih, S tak datang-datang, kalau dia ada nak upah jer kedia meracun. Minggu lepas long nak meracun tapi racun dah habis", kata mak. Hmm, ada lah benda yang buat mak risau nih. 

Lepas Asar, lepas siapkan menanam sebatas peria, aku sambung mencabut pokok renek kat Zone 4 pulak, dapatlah clearkan half of the area. Then pergi mengeteh. Harinih jer sampai 4 kali aku ke kedai tuh. Nak minum teh-o-ais-limau pun aku ke situ biasanya. Aku jarang minum kat rumah, walaupun aku boleh prepare sendiri. Entah, aku rasa macam tak best gitu menghabiskan barang-barang dapur, knowing the fact aku tak ada contribute apa-apa pun untuk beli. Semua tuh adik beradik aku yang supply. Aku takat makan/minum apa yang patut aje, apa yang mak sediakan aje.

,,






Ida talipun lepas Isyak tadi, beritahu yang esok Ngah akan balik, awal pagi. Mak tengah makan masa dia call so aku lah yang melayan gossip-gossip terkini. 

Rabu - 30012013


I had fun memorex malam semalam, mengepip (macam jorok jer bunyinya "mengepip" nih) sampaikan lewat malam baru aku tidur. I was dead right on EURUSD and I kept buying. Again, I refused to be a seller. Why would I want to short Euro sekarang nih kan, saki-baki kebullishan Euro masih ada so might as well get on the train. 

GBPUSD jer yang aku masih sangkut nih tapi I'm trying to repair sesikit, tak pun offset kan aje dengan EURUSD punya trades. 

Tak lama aku meyiram harinih, siram kacang tanah takat gitu-gitu aje, mana yang nampak macam layu dan tak bermaya jer yang aku siram. Selebihnya aku menyiram kat batas sayur. Siksa nak membuat even 3 batas, tanah kering, berketul-ketul. Aku cuma tanam kacang buncis 3 batas, dalam 100 lubang. Cadangnya nak teruskan dengan tanam peria sama bendi tapi dah lewat, esok aje lah. Tak ada apa nak dikejarnya pun. 

Risau menengokkan pokok renek yang memenuh batas kacang, sempatlah aku mencabut mana-mana patut, kat Zone 4. Semakin merimbun kacang kat situ.

Aku nak lelapkan mata masa mak mengajar orang mengaji tapi terralit memonitor Forex. Senyum simpul jer aku bila tengok EURUSD terus naik. Masa mengecheck Liberty Reserve, aku tengok ada balance USD 8 dalam account aku, then aku terfikir, baik bukak another Forex account. Bukak cent account, 5 decimal punya account. Aku tak pernah trade 5 decimal account. 

So lepas register sama Exness, aku depositkan lah USD 8 tuh. dan terus masuk position. Aku letak buy EURUSD @ 1.34800, tak pasang Stop Loss pun. Alah, account USD 8 jer kan? 

Lepas tuh aku leka mengecheck websites related to Forex, macam biasa, cari info, update news, gauging sentiment Traders lain. Tiba-tiba EURUSD naik, sampai 1.3500, terus aku lock kan position aku, letak Stop Loss juat a few pips dari price aku beli. Next Option Barriers kat 1.3525 dan 1.3550, aku konfiden sangat yang both figures akan kena hit so aku biarkan aje, after all aku dah pasang Stop Loss at positive. Jugak pasang trailing Stop. As of writing this, EURUSD is at 1.35650, so dah berapa banyak pips yang aku boleh dapat, InsyaAllah. Oh and by the way, aku ada enter long GBPUSD jugak, walaupun I'm not too confident dengan GBPUSD punya movement tapi position aku dah di"lock' at profit jugak. 

Kat sebelah kanan tuh ada aku pasang details pasal Exness, korang boleh monitor pretasi aku. Tapi untuk permulaan ni aku nak trade slow aje pasal nak kumpul pips untuk dijadikan besar sikit. Aku akan tetap concentrate trading dengan Broker FBS.





Macam kacang jer Forex nih bagi aku, kan? Ekekekekek


The rest of the day macam biasa, ke kebun lepas Asar, melepak sesambil memorex sampai tengah malam. Too bad connection aku buat hal pulak malam nih, by 1 am baru ok, itu yang tengah-tengah malam buta aku mengupdate blog nih.

--------------------------------------





Boring hidup aku kan? Tak lah. Aku rasa tenang jer, rasa cepat pulak seminggu berlalu, esok dah Khamis, then weekend. 

Tuesday

Selasa - 29012013


"Awak makan mende terh (tuh)?", mak tanya, masa aku minum kat dapur. 

Semalam mak kata Kak Teh ada belikan 3in1 oatmeals, dia kata aku selalu makan benda tuh pagi-pagi. Memang, dulu-dulu aku suka makan oatmeal, taruk muesli lah kan, macam-macam. Tapi sejak duduk kampung, aku lupakan semua benda tuh, itu breakfast untuk orang kelas-kelas jer, duduk kampung nih sure breakfast nasi lemak, nasi goreng, makan-makanan macam tuh kan?

Pagi nih aku rasa macam bersemangat nak turun ke kebun awal-awal, pasal aku ada kerja baru yang nak dibuat. Nak menanam benih yang aku beli semalam. Bosan jugak setiap pagi/hari buat benda yang sama, kan? So lepas menyiram aku mulalah menanam kacang panjang, dapat 5 batas, 150 lubang semuanya. 

Malas dah nak sambung tanam kacang buncis sebab batas belum siap. Besok lah kot, tak ada apa nak dikejarnya pun, so buat slow-slow lah. Aku nak tengok dulu, kalau tumbuh, then baru aku beli more benih. Biasanya benih yang dibeli dari Cina nih jarang yang tumbuh, dah 2 kali dah. Maman, kobis, semuanya tak tumbuh-tumbuh.

Aku tanam tembikai jugak tapi aku tak harap menjadi pasal dulu tuh, elok aje tumbuh daun, habis dimakan ulat. Mungkin kali ini aku nak pasang "kelambu" kat pokok tembikai tuh nanti. Merata-rata aku tanam, dalam 15 lubang. Ituhari Long ada tanam labu, buat style aku jugaklah, tanam kat tepi-tepi. 

Semenjak dua menjak tiga menjak, bermenjak-menjak nih kan, aku baca paper kat kebun. Aku break, then pergi beli paper, then baca sambil duduk atas cangkul. Lepas tuh, nak mula sambung kerja dah jadi malas, dapatlah menyangkul dua tiga kali hayun, aku berhenti. Lepas tuh mulalah merayau-rayau cari kerja-kerja ringan, yang tak guna kederat. Tadi tuh aku ke Zone 4, mencabut pokok-pokok renek. Nampak macam subur sangat kacang-kacang kat Zone 4 tuh tapi sebenarnya pokok-pokok renek, rumput-rumput yang tumbuh seiring.

Kat Zone 3a lagilah, subur gila kacang kat situ sampaikan aku nak berjalan in between batas pun susah, asyik terpijak jer batang-batang yang menjalar. Kalaulah kacang-kacang kat Zone lain macam tuh suburnya, alangkah bestnya. Tapi tak, kat Zone 3b for example, ada dua puak. Satu puak tuh kemetot, kekuningan, daun banyak layu. Satu puak lagi, rimbun serimbun-rimbunnya. Mengerikan aku kadang tuh. Itu yang kadang aku rasa macam serba salah jer bila nak menyiram. Yang kemetot, yang hidup segan mati tak mahu tuh, aku siram banyak mana pun, macam tu jugak. Yang rimbun-rimbun tuh, aku tak siram, dia tetap merimbun, tetap menghijau.





So lama lah jugak aku kat kebun harinih, mak pulak, ada orang datang mengaji, so tak turun pun tengok batas kunyit. Mak punya projek, nak semai maman, baru nih ambik benih maman dari rumah Chu. Nak disemai kat batas sawi yang dah habis dicabut tuh. 

Ok, Forex pulak. Tak ada apa yang memberangsangkan sangat sekarang nih, sejak dua hari lepas aku masih hold EURUSD sama GBPUSD. satu winning dan satu losing position. I'm ok with that winning position tapi yang losing tuh, puas aku nak merepairnya. Dalam repair-repair tuh au kautlah jugak a few pips. 

Tak banyak sangat events dalam minggu nih yang boleh mempengaruhi price movements, masing-masing tunggu Jumaat kot, Non-Farm Payroll sama Unemployment Report. Seriau jugak aku, kalau boleh dapatlah aku repair my position tuh secepat mungkin, dan kalau boleh jugak biarlah winning position aku tuh jauh dari price sekarang. Nak closekan position yang dah untung tuh? A little too early kot, aku nak makan besar.     

Monday

Isnin - 28012013

Elok aje Subuh masuk waktu, hujan pun turun. Tak lah lebat tapi aku tahu yang aku tak payah menyiram pagi nih. Pergi beli breakfast kejap , nasi kerabu. Mak tak puasa hari nih, aku makan pulut kuning lebih khenduri rumah Chu semalam. 

Mulanya aku menyangkul kat Zone 5 tapi termalas pulak jadinya sebab dah luas kawasannya, baik aku teruskan buat batas. So aku sambung buat batas, batas untuk tanam sayur nih kena buat lawa-lawa sikit, bukan macam batas kacang, tambun gitu-gitu jer. Batas sayur nih kena ada "longkang" in between batas tuh. Aku nak buat a series of batas yang lebar untuk ditanam 2 baris tanaman setiap batas, jugak batas-batas khas untuk ditanam sebaris tanaman setiap batas. Banyak nampak gayanya batas yang dapat dibuat nih, berpuluh-puluh batas. 

Aku ke Zone 4 jugak, membuang pokok-pokok renek yang cepat tumbuh tuh, aku rasa yang I've been neglecting pokok kacang tanah aku. Tolong sikit yer, aku banyak kerja lain nih, banyak projek lain, pandai-pandailah korang hidup sendiri. Jangan nak manja-manja sangat dah dengan aku.

Mak panggil aku, suruh tumpang Teh yang dah nak balik, tumpang sampai ke Raub, untuk beli benih sayur. Ituhari ada aku cakap kat mak, sementara ada adik beradik yang balik, suruh lah pergi beli benih. Mak suruh beli benih kacang panjang sama kacang buncis. Jugak benih kacang tanah. Dulu dah tak nak tanam kacang tanah dah, sekarang nih nak beli benih lagi. Apa pasal tak beli ituhari aje, senang nak kopek kacang tanah tuh sementara ramai orang kat rumah? Then aku kata, beli masa Raya Cina jer lah, batas pun belum dibuat, nak kena dikopek lagi kacang tuh. Tapi mak, kalau mak nak macam tu, aku menurut jer lah. 

"Nah duit kacang", Teh kasi aku a few kepings duit RM 50.

"Eh banyak nih, betul ker?", aku macam tak percaya, sambil kira sekeping-keping. Tiga ratus ringgit. Biar betul Teh nih. 

"Duit kacang", Teh kata lagi. Aku excited jer masa tuh, tak pernah lagi adik beradik aku kasi duit sebanyak itu. 

"Alaaaaaa..............". Did Teh kata duit kacang? 

Alaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!! Ekekekekeke

"Tak apa lah, kang beli benih kacang guna duit Teh bagi nih", aku kata gitu bila mak kasi RM 100 untuk buat beli benih kacang tanah sama benih sayur.

So kitaorang singgah kat kedai Kacang Tanah Sempalit, tokay tuh kata benih kacang tak ada sebab sekarang dah nak Raya Cina. Dia ada ambik nombor talipun aku, nanti bila ada benih dia akan call aku. 

Aku beritahu Kak Teh yang aku akan ke Bandar Tasik Puteri pagi Rabu 6hb Feb, nak lepak sana sekejap, lagipun Kak Teh ada kerja nak suruh aku tolong buat. Nak kemaskinikan rekod pelajar, Kementerian nak. Tahun lepas aku jugak yang buat so kali ini senanglah sikit kot nak buat online, dah tahu selok beloknya. So nampak gayanya aku tak ikut Joe c sama Yong yang akan ke Melaka Selasa 5 hb nanti. Unless pergi balik hari. Tengoklah macamana nanti.

Dalam RM 20 beli benih kacang panjang, kacang buncis, bendi, peria. Mak suruh beli 2 pek jer setiap satu tapi aku beli 5 pek. Itupun tak cukup tuh, kalau mengikut congakan aku lah. Tak apa, untuk first batch ni nak habiskan benih tu dulu. Masa dalam bas aku dok mengira berapa batas yang aku kena buat, setiap batas ada 30 lubang yang setiap satu lubang letak 2 bijik benih. Setiap pek ada dalam 80 bijik benih. 

Pagi tadi lagi dah aku rasa macam pening kepala jer, tambah pulak aku melepak kat hall atas, punyalah panas nya bahang siling walaupun pasang kipas full blast. So tak heranlah membawa ke petang pening aku tuh makin teruk, bermacam-mavam minyak angin aku sapu, aku keruk (bahasa Indon nih, kerokin, aku selalu buat style nih, buang angin guna duit syiling) dahi, tengkuk, badan, mana yang patut.

Penyudahnya aku tak pergi kelas mengaji, tak pergi surau for Asar. Dan tak ke kebun pun. By 6 tuh dah ok sikit, dan bila aku tengok mak ke kebun, nak menyiram pokok cili, aku serba salah jadinya. Aku pergilah jugak, temankan mak, tanya-tanya cara nak menanam sayur esok tuh, berapa jarak etc.

,,,,,,





Sunday

Ahad - 27012013


Aku tak reti nak tulis apa kat blog bila adik beradik aku ada yang balik kampung. Blog nih kisah aku, so aku tak nak tulis apa-apa pun pasal adik beradik aku kan? Tak ada hal pun nak cerita kisah orang lain.

So, Ida, Long, Teh dan Pui ada balik hujung minggu nih. Meriah jugak dengan makanan. Tak macam selalu, kali ini macam sunyi sepi jer kat rumah, tv pun tak ada siapa sangat yang tengok. Pasal apa? Pasal masing-masing sibuk dengan iPad, cellphone masing-masing, mentang-mentang sini dah ada Streamyx kan? 

Long, Ida, Pui balik ke destinasi masing-masing harinih, Teh balik esok. Long ada beritahu pasal niat dia nak jadi pengedar satu produkt kesihatan yang baru dilancarkan, aku kata yang kalau nak pasarkan kat internet melalui blog, Facebook, aku boleh tolong buatkan. Elok jugak idea tuh.

Itu jer lah untuk hari ini, esok aku tulis panjang-panjang macam biasa. Walaupun tak ada cerita apa sangat pun tapi aku boleh tulis panjang-panjang. Macam semalam dengan hari ini, banyak cerita-cerita, tapi aku tak reti pulak nak tulis panjang-panjang.

Sabtu - 26012013

Adik beradik aku ramai yang balik so tak sempat nak update blog. Letak gambar jer lah.


Zone 1


Ke Zone 2, 3  dan 4





Zone 3a




                                                                          Zone 3b


Mak's playground dan kawasan projek sayur




Zone 4


                                                                        Zone 1

Friday

Jumaat - 25012013

Pagi tadi aku bangun pukul 5-30, tengok-tengok letrik tak ada, black out lagi. Sementara tunggu azan Subuh masjid, aku lepaklah kat Sejadah, buat benda-benda yang patut. Terasa lama sangat. Last-last aku tengok jam, rupanya dah 6-40 pagi. Laaa, aku lupa yang tak ada elektrik, so bila azan memanglah tak dengar pasal tak ada loud speaker. Patut pun lama sangat rasanya, memang lama pun ekekekke.

Aku turun ke kebun dengan penuh resah sebab aku masih hold buy positions EURUSD, aku tak tahu kat mana current price. Semalam tuh I was so confident yang EURUSD akan pergi well above 1.3400, dan since my buy positions tuh way below that one-tough-nut-to-crack figure (1.34--), itu yang aku tak pasang Stop Loss atau Trailing Stop. Sepanjang aku buat trading, aku tak pernah ada TP (Take Profits) point, semua positions aku either kena hit oleh Stop Loss atau Trailing Stop. Biasanya Trailing Stop. 

Aku sambung menyangkul kat Zone 5, tak menyiram pagi nih sebab malam semalam hujan lebat selebat-lebatnya, sampaikan pokok betik yang kat cerun tuh tumbang, sampaikan sawi-sawi mak banyak yang patah daunnya.Tanah pun basah dan lembut so mudah jugaklah kerja aku pagi nih, apa-apa hal memang syukur betul bila hujan nih. Lagi bagus kalau hujan pagi sama petang, tak payah aku ke kebun kan? 

Masa bersembang dengan mak tadi, mak beritahu yang kawasan aku cangkul tuh nak ditanam sayur jer, nak tanam banyak jenis. Tanah kat sebelah kiri dan depan rumah pun elok untuk ditanam, itu yang mak kata elok lah kalau aku menyangkul kat situ. In between pokok pisang pun boleh dibuat batas.

"Nanti kita dah ada kereta bolehlah kita pergi hantar sayur ke kedai untuk dijual", kata mak. 

Alamak, nampak gayanya makin banyak kerja yang kena dibuat nih. Tapi tak apa, best jugak ada variasi, tak lah asyik dengan kacang tanah jer kan? Kitaorang perasan yang sebahagian dari kacang kat Zone 3a sama 3b tuh tak berapa elok, kemetot jer, sebab kawasan tanah berpasir. Itu yang mak kata akan datang, nak tanam benda lain lah pulak, even kat Zone 4 sana tuh. Apa-apa lah, as long as ada benda yang nak ditanam, aku suka tengok tanah dipenuhi tanaman, daripada dibiarkan kosong gitu aje. 

Since elektrik masih belum ada, mak malas masak, mak suruh aku beli lauk aje. Sebab lapar, aku makan kat kedai aje lah, punyalah tak sedap lauk tuh, sikit jer aku makan. Aku dah start risau dah nih kalau aku ke mana-mana nanti. Risau pasal makan lah. Dah terbiasa makan sedap, lauk pauk kat kedai tuh macam tak ada rasa jadinya. Nanti aku nak ke KL 4-6 Feb nih, haruslah aku bawak bekal, masak lemak jantung pisang, sambal hitam, gulai masam ikan patin.

"Mak Esah tu ajak mak memondok (belajar ugama pondok) di Kelantan", kata mak masa aku tengah baring-baring kat kusyen di dapur sementara nak tunggu pergi Sembahyang Jumaat.

Aku senyap kan aje, mak cakap lagi yang dulu (arwah) pak sama mak ada ura-ura nak memondok di Keramat KL, tapi bayarannya mahal, prosesnya pun susah dan lambat. Dulu pun, dan memang selalu jugak, mak cerita yang ramai kawan-kawan sebaya mak yang belajar ugama memondok nih, kat bandar J. Mak nak sangat sebenarnya. Aku beritahu yang kebanyakan yang memondok di bandar J tuh, diaorang memang asal, memang kampung diaorang di kawasan bandar J tuh jugak. Anak-anak diaorang akan balik ke Bandar J untuk melawat. Tapi, kalau mak duduk memondok di bandar J, macamana dengan kitaorang, dengan anak-anak yang nak melawat mak? Nak balik kampung, mak di bandar J. Kat Raub nih tak ada pulak sistem belajar pondok tuh. Rumah Orang Tua ada lah. 

I'm pretty open dengan kehendak mak, cuma kena dapat persetujuan adik beradik lain, dan aku rasa, dalam sesetahun nih belum lagi lah kot, Long dah ada risik-risik pasal tempat belajar pondok di bandar J tuh , dan kalau semuanya setuju, well and good. Aku pun nak memondok gak nanti kan, nun jauh di Ecuador. 

Petang nih mak ke rumah gang mengaji, Tahlil dibuat kat situ kali nih. Dirotate rupanya, dua tiga minggu lagi dibuat kat rumah ni pulak. So aku tinggal sorang, dalam tak ada elektrik tuh, serba tak kena dibuatnya, nak baring panas, nak melepak kat luar, mengantuk rasanya. 

Lepas Asar barulah ok, so teruslah aku online, aku kata yang aku tak nak ke kebun petang nih sebab gayanya macam nak hujan. Memang, gelap gelita di sekeliling, aku tahu yang the moment aku tukar pakaian kerja, the moment aku turun ke kebun, hujan akan mula turun. So aku tak turun ke kebun lah. Dan hujan pun tak turun jugak.

Aku perasan yang bila weekend jer, internet connection tak ada, last week tuh almost the whole weekend tak ada connection, minggu sebelum itu pun sama. Minggu ni pun sama agaknya pasal just before Maghrib tadi connection tak ada. Nasib baik saki baki UMobile masih ada. Tak dapat gayanya aku nak memorex sampai awal pagi esok sebelum market tutup for the weekend. Aku cool aje, tak ada elektrik, tak ada internet, apa aku boleh buat, kan?

Adik beradik aku ada yang nak balik esok rasanya, Ida, Long. Ngah mungkin jugak kot pasal the week after next diaorang dah nak buat Umrah. 

                                             



Thursday

Khamis - 24012013


Pagi nih keluar awal sikit ke kebun pasal by 8-30 Perarakan Maulud Nabi akan mula. Nasib baik ada orang hantar kuih (mak puasa), so tak payah aku ke kedai.

Mula cadangnya nak menyiram tapi kesan embun masih basah di tanah so aku sambung menyangkul kat Zone 5. It's all in my mind, I keep saying that bila tengokkan yang luas kawasan yang dah aku kerjakan, dan luas lagi kawasan yang masih boleh dikerjakan. My siblings sure akan surprise tengok hasil kerja aku tuh nanti, sure diaorang akan tanya, "Awak buat sorang jer ker nih?", Ataupun, "Berapa hari awak menyangkul seluas nih?".

Mak yang beria suruh aku pergi perarakan tuh, mak yang panggil aku suruh berhenti kerja, mak kasi Baju Melayu, aku tak pakai baju tuh sebab lawa sangat. Aku pakai biasa aje, Baju Melayu sama seluar slack, kopiah. 

Ramai rupanya yang berarak, banyak kontinjen, yang dari Kem Kemahiran tu aje 3 bas, Pusat Serenti, Balai Polis, Kementerian Kesihatan, Tadika, Sekolah etc. Hujan renyai-renyai tapi masing-masing bersemangat jer. Aku melepak kat luar Masjid jer sepanjang program tuh, ada bacaan Quran, ceramah, peyampaian derma etc. Last sekali jamuan makan, tapi sebab ramai sangat orang, aku tak join pun. Instead aku ke kedai makan, mengeteh kat situ.

Sementara menunggu Sham yang janjinya nak sampai pukul 11. Aku tahu ini Malaysia, tapi one of benda yang aku tak berkenan, bila orang tak punctual. Kalau janji pukul 11, make sure sampai pukul 11 atau sebelumnya. Atau lewat dalam 5 minit gitu. Aku, kalau janji dengan orang pukul 10, pukul 9 aku dah tiba. Kalau kat negara bertamaddun tuh, kalau dah lewat lebih dari setengah jam yang dijanjikan, aku ada right tak nak entertain dia dah. 

Kitaorang ke KFC di Bandar Raub, aku yang belanja kali nih. Lama jugak kitaorang kat situ, tak peduli orang lain pun, kitaorang discuss pasal Forex aje. Aku ajar Sham macamana nak guna Terminal MT4, macamana nak masuk dan protect positions, semua beda-benda basic gitu. Puas aku menakut-nakutkan dia, aku kata yang Forex nih susah dan bukan semua orang boleh terima/belajar. Aku ajar dia tu pun sekadar nak kasi dia tahu how Forex works, itu aje. Bukan apa, aku tak nak dia rugi, sebab dia bersemangat sangat nak deposit ke akaun dia, nak start trading live. Sedangkan nak bukak Terminal MT4, nak tengok chart pun tak reti. Let alone nak tahu apa pasal the price moves, reasons behind price movements. 

I was glued to the screen the whole evening tadi, pasal wild price movements. Mula harga naik, then berdentum turun, 30 minit kemudian memancut naik semula. Price has been ranging antara 1.3250 ke 1.3400, hari ni hari ke 10 rasanya price main kat range tuh. Ramai analyst kata yang price akan naik well above 1.3400 tapi semakin hari semakin bearish gayanya, with lower high and lower low. Biasanya EURUSD moves in tandem dengan GNPUSD yang keeps hitting and breaking support lines. 

Macam terrer jer aku kan? Itu jer lah yag aku tahu ekekeke



Petang nih hujan lagi, lebat pulak tuh, so tak dapatlah aku turun ke kebun walaupun hati aku meronta-ronta nak menyangkul ekekekek





Wednesday

Rabu -23012013


Alhamdulillah pagi nih tak payah menyiram jugak pasal tanah basah dek embun. Rasa macam dah lama tak menyiram. Ini peluang untuk aku meneruskan kerja-kerja menyangkul kat Zone 5. Macam semalam jugak, puas hati aku dengan hasil kerja, dengan jumlah peluh yang keluar. Kalau boleh aku nak siapkan sebelum weekend nih sebab rasanya ramai adik beradik yang balik masa long holiday weekend nih. 

Aku dah balik ke rumah, dah siap mandi etc, barulah mak turun ke kebun. Adess, tak kan aku nak turun semula, kan? So aku mengintai dari tingkap jer lah, mak nun kat kebun, menanam kunyit. Banyak yang ditanamnya, kat batas sawi ituhari. Sesambil online, sesambil aku jenguk mak. Gamaknya gitulah masa aku di kebun, mak mengintai aku macam tu jugak. We look after each other, that's so sweet kan?

Ida talipun, menurut kata dia, Nuar yang akan balik ke sini sementara aku ke KL nanti. Sebab Nuar jer yang free, iyalah kan, tokay besar, bini jer yang handle business, dia asyik merempit dengan motor besar dia tuh. Ida tanya apa pasal aku tak beritahu dia yang Kad Persara untuk mak dah sampai, lain kali kalau ada apa-apa surat, beritahu dia. Aik, semua tuh aku beritahu mak, dengan harapan mak akan beritahu Ida (atau sesiapa yang berkenaan), sepatutya benda-benda gitulah yang diberitahu. Daripada nak bercerita benda remeh-temeh tak tentu hala tuh kan? Cellphone aku mana pernah ada credit, nak beritahu orang sana sini, aku dah beritahu mak, patutnya dah lah kan? 

Tapi tadi mak ada beritahu yang bini Ri sama anak kecik diaorang yang akan temankan mak sepemergian aku ke KL nanti. 

Sampai aje ke surau untuk Asar, hujan pun turun, lebat sekali gitu aje, then berhenti. Serba salah samada nak turun ke kebun ker tidak, dalam berdolak-dalih gitu, jam pun dah pukul 6 so memang tak turunlah akhirnya.

Elok jer nak masuk Maghrib, elektrik terputus, black out. Lama jugak, sampai masuk waktu Isyak. Aku rasa sebab ada cable terputus, terkorek kot pasal kontraktor TNB sejak pagi tadi sibuk memasang tiang letrik kat main road di kampung nih. Aku tak rasa jalan ke arah rumah mak nih akan dipasang jugak sebab 21 batang tiang jer semuanya. (See, aku siap bilang berapa batang tiang letrik yang dihantar ke kampung) Nampak gayanya kena tunggu aku jadi YB lah kot barulah tiang letrik hala ke rumah mak nih dipasang. 

Esok ada perarakan Maulud Nabi, dengar ceritanya besar-besaran, kat belah-belah sini (Sungai Ruan) kan ker ada Kem Belia, Balai polis, Pusat Serenti, Bomba? Berarak dari Surau/balairaya sampai ke Masjid, then ada ceramah kot. 

Esok jugak Sham nak datang, bersemangat dia nak belajar Forex, sanggup turun dari KL. Eloklah turun masa weekdays sebab Market bukak, boleh buat live demo Account dia tuh. Aku nak ajar cara guna Terminal MT4 tu aje.


Tuesday

Selasa - 22012013


Aku tak perasan pun yang malam tadi hujan, mak pun tak sedar bila hujan turun. Tapi tak kisah, yang pentingnya aku tak payah menyiram. Masa breakfast tadi aku dok melayan perasaan, aku terfikir yang selama ini benda-benda macam tuh (hujan turun) aku took for granted aje, aku tak fikir apa-apa. 

Tapi sejak jadi pekebun nih, sejak bercucuk-tanam nih, bila hujan jer aku bersyukur, aku selalu ingat Tuhan. Kalau dulu, tak ambik port pun benda macam tuh, ada aku mencarut marut kot kalau hujan lebat, atau kalau panas sangat. 

Masa kat kebun pun, in between kerja, or even masa tengah kerja, aku selalu terfikir benda yang sama, yang how besarnya kuasa Tuhan, yang how thankfulnya aku pada Tuhan. Dulu tak ada sangat aku fikir benda-benda gitu. Mungkin sebab aku dah tua kot? Itu aku tak nafikan lah. Then again, masa aku kat Detention Center dulu pun aku berthankful jugak, aku sedar jugak yang "begini rupanya jalan hidup aku and I'm cool with that".

So apa yang aku buat sepanjang pagi tadi? Mak ada tanya pasal kawasan (Zone 5) yang dah lama Long racunkan rumputnya tuh, dulu adalah aku cuba-cuba menyangkul kat situ tapi tanahnya keras so aku berhenti. Tambahan pulak sekarang I'm so occupied dengan kacang dan sayuran, aku dah tak ada masa nak buat kerja lain. 

Since pagi nih tak payah menyiram dan since mak pun ada mentioned pasal kawasan tuh, so terpaksalah aku kerjakan jugak. Sikit-sikit aku cangkul, lama-lama jadi terbanyak. Aku setkan my mind yang aku every 50 das cangkulan baru aku berhenti. So, cangkul 50 kali, berhenti a few seconds, then cangkul lagi 50 kali. Itu yang jadi bersemangat tuh, kawasan playground mak tuh dulu dekat seminggu aku kerjakan (itupun Long ada tolong), tapi kat Zone 5 nih, kejap jer dah almost half of kawasan tuh. 

Forex pulak, since semalam US cuti, so melarat-larat sampai ke hari ini lah price macam tak bergerak. Tapi ada satu event yang ditunggu-tunggu masa Asian Session, Bank Of Japan (BOJ) punya Policy Decision Announcement. 

Ada this one Forumer kat CG, dia suruh aku tradekan account dia, aku mulanya malas sebab aku takut nak trade orang punya account. Tapi since R kata dia ada account lain dan dia tak kisah kalau USD 50 dia tuh rugi, so aku installlah Termninal MT4 Instaforex, aku nak cuba tradekan untuk dia. Kalaulah itu account aku sendiri, lain cara aku trade. Tapi sebab account orang, aku kena trade hati-hati, tak boleh aggresif sangat. So aku masuk satu position, long EURUSD (aku nak long GBPUSD jugak tapi was-was. Kat my own account aku long GBPUSD, dapat pun untung ooppsss. Sorry R, tak ada rezeki)

Mudah-mudahan boleh dapat profitslah account R nih, dia boleh copy trade aku kan? Tapi takat trades yang kat Instaforex tu jer lah, trades aku kat account aku sendiri tuh lain sikit caranya.

A few minutes leading to the announcement, market jadi volatile gitu, rally, then turun banyak. Betullah, trading Forex is like being an air traffic controller - Hours of boredom punctuated by moments of shear terror. Alhamdulillah aku survived that free-fall tuh. Both accounts dapat untung sikit pasal aku ada contigency plan. Petang, aku nak ke kebun tapi dalam sejam setengah lepas tuh akan ada big-impact news, German ZEW Survey Results. Whatever the Arschloch it means lah (itu swear word in German tapi korang boleh agak-agak apa maksud dia hehehe) tapi result tuh memang ada impact besar kat EURUSD. So aku bersedia dengan segala kemungkinan, I was hoping for the price to go up.

Petang nih hujan renyai-renyai so sekali lagi aku tak payah menyiram. Tak melawat langsung kacang-kacang aku hari nih, takat bagi Salawat sama Salam dari jauh jer. Aku sambung menyangkul kat Zone 5,  puas hati aku, peluh banyak keluar dan kawasan yang dicangkul jadi semakin luas. Kitaorang belum decide pun nak tanam apa, benih kacang dah tak ada. Mak ada kata yang nak tanam sayur-sayuran aje tapi banyak jenis. Tak nak macam tanam sawi dulu tuh, berbatas-batas banyaknya.

Ngah ada talipun tadi, beritahu yang dia sama Abang Ngah nak pergi buat Umrah 7 haribulan Feb nih. Aku nak ke KL 4 sampai 6 Feb kan? Masalahnya sekarang, anak Ri dua-duanya dah duduk asrama, dah tak boleh nak temankan mak, so siapa yang nak ambik alih? Ida talipun, dia kata patutnya Syahmi boleh disuruh tapi ituhari aku dah tanya Long nak "pinjam" anak dia untuk temankan mak, tapi Long tak setuju. 

Dan mak pun biasalah, dah start risau, dah start kata, "Tak apalah, mak tinggal sorang jer lah". 

Monday

Isnin - 21012013


Dah 2 pagi berturut-turut aku bangun lewat, mak yang bangunkan untuk Subuh. Pasal apa tah, tak ada pun aku tersedar tengah-tengah malam macam biasa tuh. 

Breakfast kat kedai pasal mak puasa, nasib baik bawak duit lebih sikit sebab elok jer aku siap makan, Ibrahim Tabligh sampai, so bayar untuk dia sekali lah. 

Puas hati aku kerja harinih sebab lepas menyiram, aku buat kerja-kerja lain jugak, mencabut pokok renek, merepih, merepair batas. Nampak ok lah batas-batas kacang, tak ada yang macam terbiar gitu aje walaupun aku concentrate kat pokok kacang yang gebu-gebu aje most of the time. Yang kemetot, yang gaya macam tak ada harapan nak membuahkan hasil yang elok, aku takat usik gitu-gitu aje, malas lah aku buang masa, knowing the fact yang pokok kacang tuh cuma hidup untuk buat syarat jer. 

Pokok kacang yang kena racun dulu tuh, Alhamdulillah, banyak yang macam ok semula, dulu layu mayu daunnya menyembah bumi, tapi sekarang nih macam ok jer walaupun daun-daunnya semuanya berparut. 

Aku tak kasi mak masak awal-awal (sebab mak puasa), aku kata yang aku akan lunch kat kedai jer lepas Zohor. Biasanya mak, dalam puasa-puasa tuh,dia memasak jugak macam biasa. 

Aku cadang nak ke kelas mengaji Quran yang kat Surau tapi mak tidur pulak, tak kan aku nak kejutkan mak, kan? So tak pergilah aku. Elok jer habis Asar kat Surau, hujan pun turun, renyai-renyai jer, tapi itu dah cukup buat aku tak payah nak menyiram. Aku cuma siram pokok-pokok cili sama sayur aje. Lepas tuh aku macam biasalah, cangkul sana-sini, cabut rumput, merepih, memperelokkan batas. 

Forex pulak, tak memberangsangkan, macam tak ada pergerakan langsung sedangkan masa European Session ada EcoFin Meeting kat Brussels. Tambah pulak US cuti sempena berithday M Luther King, so memang membosankan lah. 

Sunday

Ahad - 20012013


Ahad memang hari yang malap, semuanya macam stands still gitu, tak bermaya. Aku cukup tak berkenan Sunday kat kampung. Tapi apa boleh buat, aku memang duduk di kampung so terima aje lah. 

Aku jadi malas sangat pagi nih, no thanks pasal rasa ngantuk jer sebab breakfast makan pulut. Lama gak aku melepak sorang-sorang kat kedai tuh, kedai lain tak bukak, tempat peraih durian/pisang pun tak ada lori-lori macam hari-hari biasa.

Aku menyiram cepat-cepat, nak siapkan awal.Dari kejauhan Nuar laung kata dia nak balik Shah Alam dah. At least dia adalah acknowledge aku. Too bad Nuar tak ada kasi duit pun. Oooppss. Tak apa, aku tak harapkan duit adik beradik sangat pun, kalau tak ada sapa-sapa kasi duit nanti, pandailah aku membawak diri. Mintak kat mak hehehhe. 

Belum pukul 10 pagi aku dah masuk rumah, tak pernah seawal itu. Alah, Sunday kan, tokay babi pun tak kerja hari Ahad, kan? And bercakap pasal babi nih, aku rasa pokok kacang aku ada yang disondol dek babi hutan lah pasal aku terperasan yang macam ada kesan kena gali, dan pokok-pokok tuh ranap gitu aje. Memang ada babi kat area nih, 2 minggu lepas aku ternampak sekor babi hutan, selamba jer dia melintas dari ladang kelapa sawit Ri, melalui laman rumah kitaorang. 

Ida ada talipun, so aku bukak-bukak telinga dengar apa-apa gossip terbaru, lapuran terkini. Apparently Nuar malu/tak nak/segan nak mintak contributions dari adik beradik yang lain pasal nak beli kereta. Masing-masing buat senyap gitu aje, yang mula-mula hulur duit, Ani. Dan yang akan hulur pun cuma Ida sama Nuar. Yang lain tuh, ada yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu, ada yang tak tahu menahu, so itu yang dibincangkan, siapa yang nak beritahu adik beradik lain. Kalau diaorang nak contribute, then kasilah duit, kalau tak dapat nak kasi, then that's fine. So Ida akan beritahu adik beradik yang lain kot. 

Tak nak nanti ada pulak yang kata, "Laaa, apa pasal tak beritahu? Kalau tidak boleh jugak kome bagi duit sesikit". Dan mak pun akan bagi RM 5000 towards pembelian kereta, itu aku agak terkejut jugak, I have mixed feelings pasal tuh. Tak payahlah aku tulis kat sini, apa feelings aku tuh. Cukup sekadar aku beritahu lagi sekali yang bukan aku yang beria-ia sangat nak kan ada kereta kat kampung. Car is something yang I can live without. 

Memang selama ini aku tak kata apa pun, tak berbunyi sepatah haram pun (kecuali mula-mula dulu yang aku opposed to the idea yang adik beradik patut sediakan kereta untuk kemudahan aku sama mak). Dah banyak kali aku tulis kat blog nih yang aku tak nak, aku tak setuju, aku tak rasa comfortable, dengan idea tuh TAPI kalau itu akan memudahkan kehidupan mak (dan aku), by all means aku setujulah. Albeit with a heavy heart (yang adik beradik aku tak tahu). Fuck you kalau kata aku nih ego nya tinggi.

Dah orang nak kasi kereta, ambil jer lah. Ha, aku nak pegang prinsip tu jer lah. Cuma yang buat aku tak berapa sedap hati nya tuh, banyak sangat drama, konspirasi yang bertandang (dan bakal bertandang), ha itu yang buat aku rasa kurang comfortable tuh.

The rest of the day tuh macam Sunday biasa bila tak ada adik beradik aku kat kampung. I was bored to death, asyik tidur aje. Walaupun internet ok tapi aku tak online pun. Kalau Forex market bukak bolehlah aku baca apa-apa yang patut, buat kajian mana-mana yang perlu. Otak aku cuma jalan masa weekdays aje, weekend nih otak aku jadi buntu, tak ada apa nak difikir. 

Petang hujan renyai-renyai so aku tak menyiram, instead aku merumput, membaiki batas. Aku notice yang tanah kat Zone 1 sama 3b tuh keras-keras, tanah berbatu, patutlah kacangnya cenonet jer.

Aku rasa nak suruh mak semai cili lagi lah banyak-banyak, senang jer nak tanam cili nih, tak payah nak jaga betul-betul macam menjaga kacang nih, it drives me nuts kadang tuh.

Out of boredom, aku check email box aku yang jarang sangat aku bukak, niat nak delete spam jer. Then tengok-tengok ada 2 emails dari my long-lost friends, satu dari Lan yang kat Milan, dulu kat New York. Satu lagi dari Ky-Vietnam, member setahanan dulu tuh. Ini email dia:

How are you?  I've been such a bad friend with keeping up and stuff but I hope you are all right.  I went on with fighting my case like I said I would but I'll probably be in this limbo state for years before I even get anything official saying that I can stay here.  I am now a proud daddy to a cute boy but a poor one that is hehe.  

You know, there's not a day go by that I don't think about the people and the life at Batavia.  Maybe I dwell too much in the past and I need to let it go but for now it is fixated on my mind.  I talked to Dexter and we both felt distant with the friends we had out here and that the relationship with the people in there is uniquely different in a way that is genuinely closer. 

Oh well, I guess I should focus on how to make money now instead of getting all emotional.  I am also contemplating on going back to school and see where life takes me with that.  What have you done since you've been out?  Are  you still writing and keeping up with your online readers? etc...  I need some updated picture of you. Not sure what's popular over there but I would like to either skype or video chat with you if possible.  My phone number is 404 XXX XXX if you have magicJack.  Take care and I miss you bro!

Ky, Atlanta, GA

Saturday

Sabtu - 19012013


"Long, awak potong rumput, mak risau sangat tuh pasal rumput panjang. Ituhari......uko mati kacang", aku beritahu Long masa nak ke Pekan Sari untuk membeli barang-barang dapur untuk bekalan seminggu.

"Malas ngat nih, tak payah lah, bukannya panjang sangat pun", kata Long.

"Awak layan ker jer lah, orang tua memang gitu", kata Long lagi.

Tak banyak beli barang, takat beli ikan, ayam and a few other things aje. Sayur punya section tak pergi pun pasal kitaorang masih ada bekalan sayur, lagipun sawi kan ker berbatas-batas tuh? 

"Mak dah suruh Long motong rumperk (rumput), panjang ngat, riso dibuatnya", kata mak masa aku balik dari Pekan Sari. Oooo, patutlah aku nampak Long bawak mesin potong rumput tadi tuh.

Malam semalam hujan, tak lebat mana pun tapi cukup membuatkan aku tak payah menyiram pagi nih. So aku membela batas, merepih rumput, menambun pokok kacang. 

"Lawa kacang nih, hijau jer, berjaga betul. Bersih pun bersih", kata Long.

Makin rajin aku kerja, yay, I have beautiful nuts! Ekekekeke

Mak sama Kak Long mencabut sawi, kitaorang nak bagi kat orang jer sawi tuh, jenuh dah memakannya. Mak nak kasi kat geng mengaji mak, jugak untuk Masjid. Long pulak menyembur Bygone, ada lebah baru buat sarang kat pokok cempedak.

Internet connection masih tak ada, pelik aku, normal ker macam nih?  Walaupun baru seminggu aku berstreamyx tapi this whole thing pisses me off to the highest level of pissivity. Nasib baiklah ada saki baki credits kat UMobile nih. Kalau begini berterusan, aku kena sentiasa standby UMobile lah.

Bosannya lah petang nih sementara menunggu Asar, orang lain layan tv tapi aku asyik tidur kat kusyen di dapur. Nuar ada balik, sorang jer. Nuar nih, tokay besar, badan besar, motor kereta besar. Semuanya besar. Lain Nuar nih dari dulu. Dulu pernah keluar Tabligh 4 bulan, pergi Tongi, Bangladesh, pergi India. Dulu dia kerja kilang jer kat Shah Alam. Then berbaik, berkenal dengan geng Aceh, yang ajar dia buat business. And the rest tuh history lah kan?

Aku tanya Long kalau boleh anak dia, Syahmi, balik temankan mak sepemergian aku ke KL awal bulan depan sebab Syahmi tengah tunggu result SPM. Tapi Long kata Syahmi kat KL, tolong abang dia jaga one of Nuar punya kedais. Aku kena cari aternatif lain lah nih, rasanya nak suruh anak Ri (2 orang) temankan mak, diaorang pernah temankan mak (berbayar) masa aku masih kat Rawang dulu tuh so I see tak ada masalah lah kot. Cuma, siapa nak siram kacang?  

Long balik Bandar J petang nih. Dulu aku macam sentapz jugak kalau ada adik beradik yang balik ke destinasi masing-masing without saying goodbye. Iyalah, aku biasanya di kebun. Tapi sekarang aku dah tak kisah dah. Lagipun mungkin sebab Long selalu balik kot, every other weekend.

Jumaat - 18012013


Awal aku keluar breakfast tadi pasal nak buat kerja cepat sikit, harinih jadual aku padat. Penanam kacang pun ada jadual, tau dak? Lepas menyiram, aku sama mak memindahkan pokok-pokok cili ke kawasan tanaman. Tak pindahkan semua, yang besar-besar aje, dalam 50 pokok. Ada jugak yang ditanam dalam pasu. 

Then aku bersiap nak ke Bandar Raub. Semalam mak riuh pasal bill letrik tinggi, lepas aku explain yang bill tuh untuk 2 bulan, pun masih bercerita kat Ida jugak kat talipun. 

"Petang kang ada orang baca Yasin, lepas tuh adalah makan-makan sikit. Awak nak buat mende?", mak tanya aku. 

"Tak apalah kalau macam tu, saya balik lewat sikit, naik bas pukul 5 setengah", aku kata macam tuh, tapi aku fikir jugak, apa aku nak buat kat Bandar Raub sampai berjam-jam kan? 

"Awak pergi ke Surau jer lah, kome makan lepas Sembahyang Asar", kata mak.

Aku mengeteh sekejap sementara menunggu bas, gelak makcik jual surat khabar tuh bila aku pulangkan semula paper yang aku dah beli dan baca sesambil minum teh tuh. Aku takat belek-belek gitu jer.

Aku pergi potong rambut, respect aku kat Keling muda yang tukang gunting rambut aku tuh. Dia cakap Melayu slang kampung sangat, pekat gila. Terkejut dia bila aku kasi dia tips 2 Ringgit. Then aku ke bank, buatlah apa-apa yang patut. Tinggal berapa ratus jer duit aku kat bank, mamposlah macam nih. Kalau Forex dapat untung, adalah punca pendapatan. Tapi tak apa, aku tak risau pun pasal duit. 

Sementara tunggu nak Sembahyang Jumaat, aku lunch, makan nasi ayam. Terserempak dengan suami sepupu aku, kalau mengikut jenis kereta, dia nih antara orang paling kaya kat Raub nih. Lain pembawakan dia nih, selalunya kalau jumpa masa ada family gathering atau keramaian, bersopan dan baik aje caranya tapi tadi tuh lain benar cara dia berpakaian, penampilan dia. Sampaikan terkejut jugak aku, dan dia pun takat tegur sekali jer kat aku, walaupun dia makan kat meja di sebelah meja aku. Cerita ribu-ribu yang didiscusskan sama kawan-kawan dia. 

Aku balik naik bas pukul 3-15 pm (next bus pukul 5 setengah. See, orang tak naik bas dah sekarang nih, dulu bas every 15 minutes), sampai tuh terus melepak mengeteh lagi. Dari satu kedai ke satu kedai aku mengeteh, melepak. Then ke Surau, buatlah apa-apa yang patut. Tak lama tuh budak-budak kelas mengaji datang untuk Asar. Since tak ada lelaki lain, aku lah yang imamkan budak-budak tuh, sama Ustazah diaorang sekali. Ada dalam 40 orang budak.

Hujan turun renyai-renyai masa aku sampai rumah tapi gang mengaji mak baru siap sembahyang. Baru nak mula ke dapur. Aku tak tukar pakaian kerja pun, terus aku ke kebun, mencabut pokok renek kat Zone 3a. Dulu aku kat kusyen kat dapur masa diaorang makan-makan tuh, so sekejap aje lah. Ini, sebab aku tak ada di dapur, lama lah pulak diaorang makan. Bersembanglah tuh. Kesian aku, basah-basah jadinya, tak tahu nak ke mana, so aku teruskan jugak membersihkan batas.

Aku dah tahu punca talipun berdesing buyinya bila nak diguna. Gangguan Streamyx tu lah, tadi TM Nuts ada talipun, suruh aku tukar splitter tapi bila ditukar, masih ada bunyi tuh. So aku kata kat mak yang jangan risaulah pasal tuh, bila ada orang talipun, aku akan off kan modem, dan bila mak nak menalipun, just let me know, akan aku off kan jugak. 

Hampir 7 jam aku tak dapat check Forex harinih, so tak heranlah bila account aku jadi lintang pukang. Dan bila aku mula nak merepair positions aku, connection pulak tak ada. Frust gila. Dalam USD 50 aku rugi, hasil penat lelah aku selama beberapa hari. Tapi tak apa, setiap hari aku memorex, ada jer benda baru yang aku belajar. Or rather, selama 2 tahun aku memorex, aku masih buat kesilapan yang sama. Aku masih tak belajar.

Long sekeluarga ada balik just before Maghrib. Kalau ada yang balik, mak happy sikit, bercakap pun bayak, mak siap layan tengok tv lagi. Kalau aku berdua jer dengan mak, memang sunyi sepi rumah. Sebab aku tak tengok tv dan mak pun tak ada gang nak layan tengok, itu yang lepas Isyak jer mak dah masuk tidur. 

Sampai tengah malam internet connection masih tak ada, aku tak adalah risau sangat pasal akaun aku cuma minggu depan aku terpaksa buka positions baru untuk repair positions yang tengah menanggung floating loss nih. Damn you TM Nuts!

Thursday

Khamis - 17012013


Alhamdulillah, malam semalam hujan turun, so pagi ini aku tak payah menyiram. So ada 2 jam extra lah kan? Aku breakfast kat rumah jer pasal awal pagi tadi ada orang hantar kuih. Mak aku nih kan, rezeki dia murah betul, ada jer orang hantar barang makanan. Tadi tuh kuih sama ikan.

Sebelum ke kebun, aku pasang jerat Forex, aku tak boleh tunggu pukul 8 baru nak ke kebun so aku pasang Pending Order untuk AUDUSD. Biasanya masa Asian Session, pairs lain slow, cuma Australian sama New Zealand Dollars (and Yen of course) yang laju. Ada Unemployment Report for the month of Dec 2012, itu yang aku standby dengan order aku tuh. 

Aku kerja kat Zone 4, membela batas yang masih belum siap. Banyak jugak kacang yang tak hidup kat Zone 4 nih, sebab kat hujung tuh memang ceruk, tempat ayam-ayam selalu datang meguis dulu tuh. Aku tak kisah sangat, tak fair lah kalau semua yang aku tanam tuh menjadi, kan?

Dah siap tuh aku pergi mengeteh, saja jer lah tukar angin. Rasa macam lama sangat aku kerja tadi tuh tapi cuma setengah jam. Aku beli paper sebab semalam mak tanya apa pasal aku tak beli paper. Walaupun mak jarang baca paper tapi aku pelik macamana dia terperasan yang semalam aku tak beli. Aku tak nak mak ingatkan yang aku tak ada duit sampaikan nak beli paper pun dah tak mampu. Ha, itu yang aku bimbangkan tuh, aku tak nak mak tension. Nanti, aku pun akan jadi tension sebab mak tension pasal benda-benda kecik macam tuh.

Then aku ke Zone 3a, mencabut rumput-rampai dan pokok renek. Rasanya baru sangat lagi aku cabut pokok-pokok kecik tuh, dah tumbuh semula. Tapi tak kisah, aku tak merungut, pasal kacang-kacang kat situ semuanya rendang-rendang. Dalam banyak-banyak Zone, Zone 4 lah aku suka sekali, kacangnya rendang dan hampir semua yang aku tanam tuh cambah. So basically batas-batas kat situ bersih, sure mak tak akan tension. Dan aku pun tak akan tertension jugak. 

Gila rajin aku harinih, lepas tuh aku pikul cangkul ke Zone 1 pulak. Aku melebarkan batas, menambun tanah, sebab pokok-pokok kacangnya dah rimbun dan terkulai merata-rata, so aku cantikkan pokok kacang kat situlah. Sempatlah buat 4 batas, then aku jadi termalas, aku terus berhenti. (Benarnya aku nak check Forex)

Kesian kat mak yang puasa, aku tolonglah mak mengangkat dan mengisi pasu-pasu dengan tanah, nak pindahkan some of pokok cilis ke dalam pasu. Senang jer kerjanya tapi aku tengok macam rumit sangat mak buat. Iyalah, semuanya kena elok, teratur dan bersistematik. Kejap jer aku buat, siap. Mana tak nya, satu wheelbarrow aku isikan 8 pasu, mak letak satu pasu jer dalam wheelbarrow tuh.

"Padan muka!", aku kata kat diri sendiri bila tengok Forex Terminal. Pending Order aku ditriggered. Tapi salah masuk entry. Patutnya sell tapi aku buy. Nun jauh dipuncak pulak tuh. Dan AUDUSD tenggelam, dan aku pun mula nak pasang strategy. Aku tak letak Stop Loss, dan aku buat lagi satu buy. Dia turun lagi. Dan aku buy lagi. Lepas pada tuh terus macam tak bergerak-gerak dah. Aku nak palar (biarkan) aje losing positions tuh, I have good feeling pasal AUDUSD nih, masalahnya, mungkin I entered way too early. 

"Ngapa nya hah talipun nih, risau dibuatnya', kata mak. Aku pun tak tahu apa pasal suara tak jelas, ada bunyi berdesir, bila ada orang call. Terfikir jugak aku, nak suruh Ida belikan mak cellphone jer lah, itu jer cara nak selesaikan masalah tension "risau pasal talipun rosak". 

Macam semalam, aku tidur lepas Zohor. Forex pun tak menyebelahi aku, EURUSD macam nak turun lagi tapi aku refuse to be a seller. Ada jugak aku pasang sell positions tapi aku closedkan cepat-cepat, aku tak konfiden. Tak apalah aku kena cut loss jer buy positions aku, daripada aku masuk sell. 

Mulanya plan nak pindahkan pokok cili ke batas tapi mak tukar fikiran pulak, mungkin sebab aku nak menyiram, sure tak sempat.

"Encik Ramli (aku tak kenal pun siapa Encik Ramli tuh) ajak awak ke Masjid malam ni, ada Tahlil", mak datang beritahu aku masa aku tengah menyiram sawi. 

"Tahlil arwah sapa?", aku tanya mak. Terfikir jugak aku, takkan Tahlil arwah pak. 

"Tahlil arwah sapa-sapa jer lah. Awak pergilah", jawab mak. 

"Tak pergi lah", gitu jer aku jawab.

Aku tahu yang mak nak aku pergi Masjid for Tahlil tuh. There are things yang I will never understand pasal mak. Apa pasal mak nak aku ke Masjid (yang jauh tuh, jalan kaki) malam-malam sedangkan mak tahu yang aku tak akan tinggalkan mak sorang-sorang di waktu malam? Sedangkan waktu siang (Sembahyang Jumaat) pun bukan main lagi "cerita sedih" yang dilapurkan sampai Ida sama Ani menangis-nangis sampai tak keluar suara (sebab sedih sangat ekekekek), maknanya cerita sedih sebelah malam akan lebih sedih lah kot?

Macam yang aku cakap, walaupun tak ada aku suarakan kat mak, aku tak akan tinggalkan mak kat rumah sorang-sorang di waktu malam. Kalau Bryan Adams atau Bon Jovi ada  buat show kat Padang Majlis Dearah Raub pun, aku tetap tak akan pergi, aku tetap akan temankan mak kat rumah. 

Pasal Forex, what a night lah. EURUSD rally masa European Session, powered by Spanish Bond Auction, only to drop like tonnes of bricks masa US Session, no thanks to strong Dollar caused by good Employment and Housing Data. AUDUSD pulak terus menaik, managed to get out of my losing positions. If only aku tunggu lama sikit, ah well, you win some and you lose some kan? 

So, berapa untung aku dapat harinih? Kalaulah aku tak tamak tadi tuh, boleh dapat banyak. Tapi itulah, ketamakan mengatasi segalanya, dapatlah dalam USD 11. When will I ever learn huh?