Thursday

Akhir June 2018

Hari Raya dah pun berlalu dan aku pun bersemangat untuk memulakan kehidupan sebagai orang kampung. Bulan Puasa ituhari memang out habis sebab aku tak buat apa pun, dan aku asyik ulang alik ke KL. So itu yang buat aku berkobar-kobar untuk memulakan kehidupan baru sebagai orng kampung tuh.

Aku buat keputusan untuk tak nak kerja dah, at least sampai hujung tahun nih. Tahun depan, itu lain cerita. Tapi gayanya lagilah aku tak kerja sebab InsyaAllah I'll be doing lots of travelling, kalau berjaya mengikut apa yang aku plan selama ini. So stay tuned. Itu pasal aku hidupkan balik blog nih sebab aku rasa akan ada banyak cerita nanti, walaupun sekarang nih blog nih macam hidup segan mati tak mahu aje gayanya.

And so sekarang aku tinggal di kampung Ulu Gali, Raub, nama Inggerisnya Ulu Galifornia. 

Duduk di kampung, tak kan nak makan tidur je kan? Nanti apa pulak jiran CCTV aku kata, kan? Jadi aku pun berkebun lah. Sedikit demi sedikit aku kerjakan tanah yang di sebelah kiri rumah, aku betul-betul bersyukur sebab dalam masa seminggu tuh almost hari-hari hujan turun, samada petang atau malam. Senang lah kerja aku jadinya, menyangkul tanah yang agak lembut. Dalam 50 kali hayunan cangkul, sekali aku berhenti, sambil menengok sekeliling, sambil fikir yang macamanalah dulu tuh aku menanam kacang tanah harimau seluas-luasnya. Sekarang nih, nak menyangkul dalam 1 square meter pun semput. Aku tahu yang aku tak akan dapat menyaingi zaman kegemilangan aku berkebun dulu tuh tapi slow-slow aku akan mengerjakan setiap inci tanah yang boleh aku terokai. 

Aku tahu yang dulu tuh (masa aku duduk dengan mak dulu) aku macam "terpaksa" turun ke kebun setiap pagi dan petang, dan aku perlu buktikan pada mak yang aku "pandai berkebun". Tapi sekarang aku duduk sorang-sorang, tak ada siapa yang nak kisah dan tak ada siapa yang aku kisahkan, itu yang buat aku kena kuatkan semangat tuh. Nasib baiklah internet agak slow, so aku tak online sangat, sekadar buat apa yang patut aje. Tak ada lah dah aku nak bukak FB, Insta, nak "mengikuti perkembangan" kehidupan orang. Buang masa aje semua tuh. Yang giler glamer, yang selalu update status tuh, itu semuanya golongan manusia yang kekurangan kasih sayang. 

TV pun tak ada kat rumah kitaorang, dan aku pun tak follow World Cup. Dah tua-tua gini nih, tak kan nak layan benda-benda gitu tuh kan?

Yer lah tu, tak layan World Cup tapi dah siap buat plan bila nak ke KL untuk tengok movie Mamma Mia:Here We Go Again tak lama lagi nih.

Manusia nih bila left to his/her own devices, dia akan samada jadi rajin atau malas. Aku jadi rajin. At least aku rasa aku rajin, tak tahulah kalau my rajinness aku nih is not rajin enough to some.

Hari-hari aku sekarang terisi, dari pagi sampai malam. Aku breakfast kat rumah aje, tak ada dah aku mengeteh kat kedai. Tak ada lah aku buat nasi lemak ker atau menebar roti canai ker tapi setakat rebus telur separuh masak, selek kaya kat roti, makan cereals, bancuh teh, itu aku boleh buat sendiri.

Sebelum pukul 8 aku dah kat kebun. Layan cellphone ker, itu tak diambil kira. Iyalah kan, aku kena jugak monitor pergerakan crypto-currencies, kan?

Aku nih tipikal Malay, tanah sekangkang kera tapi nak tanam semua tanaman. Tu pasal bermacam-macam benih yang aku semai sampaikan aku terconfused which one is which, masa menyemai tuh aku rasa boleh ingat apa yang aku semai, tapi bila masing-masing dah tumbuh, bercampur baur jadinya. Sawi bercampur maman, bayam, segala jenis kacang, terung, peria, timun, bendi, jagung, cili, antara benih yang aku semai. Aku semai, instead of terus tanam sebab by the time aku siap menyangkul dan buat batas, semaian dah tumbuh. Nak tunggu siap batas, baru nak tanam, buang masa. Lagipun, bukan semua yang disemai tuh tumbuh, and so kalau aku terus aje tanam, ada part-part yang rongak, menjejaskan kecantikan kebun. Aku nih jenis yang nak kan setiap baris tanaman tuh ada hasil, no rongak-rongak. Aku nak ambik gambar nanti tuh, nak upload kat internet, tak nak lah nanti ada komen-komen yang negatif, kan?

Buat masa nih aku nak concentrate tanam sayur lah dulu, sementara tunggu benih cili tumbuh. Ada dekat seribu pokok cili yang aku semai, aku tahu yang aku akan tension nanti tuh bila cili berbuah sebab nak memetik buahnya palinglah membosankan. Aku tahu yang akhirnya nanti aku biarkan aje cili tuh tak berpetik. Don't blame me, aku nih jenis suka menanam (dan tanam banyak-banyak), tapi bila hasilnya keluar, aku malas petik. Lain sangat dari mak aku, mak aku, kalau boleh semuanya nak disuruh jual. 

Aku tak akan puas hati sehinggalah aku dapat tanam kacang tanah harimau, nak meneruskan legacy arwah ayah aku. Masalahnya benih tak ada. Dulu sebelum aku pindah ke Cherating, ada aku kasi pokok-pokok kacang aku kat a few jirans, dengan pesanan, "jangan putus benih", tapi semuanya tak ada benih. "Kome tanam, tak mejadi", itu jawapan masing-masing. Ada sorang jer yang simpan benih, tapi dah 3 tahun setengah, benih tuh jadi layu, itu yang bila aku semai/tanam, ada beberapa aje yang tumbuh, so far. Nampak gayanya aku kena beli dari China nih, ada kat internet, sekilo USD30 benih tu.

Dalam pukul 12 aku berhenti kerja, aku sedar yang Tuhan bagi aku kelapangan masa so aku kenalah gunakan peluang tu untuk buat apa-apa yang patut. 

Aku lunch kat kedai sebelah masjid, lepas Zohor. Kat kedai tu jer lah yang makanannya sedap sikit, kat kedai lain, masakannya macam masakan yang aku masak, tak ada rasa.

Right sampai Asar, aku biasanya tidur, balik dari masjid aku ke kebun lagi dalam sesejam. lepas tuh aku berbasikal meronda-ronda kawasan kampung. 

Lepas Maghrib aku melepak aje kat masjid, after Isyak aku ke kedai makan yang dekat kawasan surau, sesekali sekala makan sama some familiar faces. 

So basically dalam sehari tuh beberapa perkataan jer yang keluar dari mulut aku. 5 perkataan masa lunch (teh o ais limau, berapa?) dan 9 perkataan masa dinner (nasi daging merah, telur dadar, teh o limau panas), itu kalau aku makan sorang-sorang.

Macam boring gila hidup aku kan? Tak lah, sikit pun tak. Aku rasa tenang setenang-tenangnya (sekali sekala jer aku rasa macam risau sebab macam dah lama tak ke KL ekekekek). Kadang-kadang aku ada jugak terfikir, apalah orang sekeliling "fikir" pasal aku. Walaupun I don't give a shit apa orang fikir, cakap pasal aku tapi I'm dying to know apa yang ada kat kepala hotak diaorang. Bagi aku, aku nih "nampak" macam baik simply sebab Tuhan tak buka aib aku. 

Walau macamana pun ada juga masanya aku sibuk ke sana-sini, no thanks to a few "penyangak kampung" yang tahu aku dah ada kat kampung, yang tahu aku nih the kind of guy yang doesn't know how to say no bila diaorang mintak tolong (financially). Nanti aku ceritakan watak-watak tersebut, hopefully diaorang tak terjumpa blog nih sebab I'm going full monthy.

Friday

Awal Jun 2018

Ya Ampun, dah sebulan lebih blog aku tak diupdate. Tak boleh jadi nih, aku kena tulis jugaklah sepatah dua kata, tak kalu, bersarang semulalah blog nih.

Sebab utama mengapa tak ada update? Internet connection kat kampung slow sangat. That's the mother of all cunts. Aku tak boleh nak buat apa, kadang tuh rasa nak give up, macam berbalik ke zaman mula-mula dulu, zaman dial up. Ketiga-tiga sources of internet aku (data) semuanya slow, such a pain lah nak surf laju-laju, setakat check emails, baca news sesikit, itu bolehlah.

Sebab kedua, Puasa. Bulan Puasa kali ini yang paling teruk, teruk dalam serba serbi. Aku jadi malas semalas-malasnya, asyik tidur aje kalau duduk di kampung. Kalau aku ke KL pun asyik tidur jugak. For the past 2 months aku duduk di kampung seminggu then ke KL empat lima hari. Entah apa yang aku cari kat KL tuh pun aku tak tahu. I guess aku tak berapa "selesa" duduk di kampung, itu pasal aku asyik nak ke KL aje kerjanya. 

The first 3 days aku duduk di kampung dulu tuh, aku rajin, aku terus plan untuk berkebun, aku menyangkul dan bersihkan kawasan-kawasan untuk mula menanam tembikai dan jagung, aku beli benih yang baik punya, dekat RM 100 untuk dua benih tuh. Tak sempat 3 hari aku stopped, puncanya, aku dapat call dari satu company suruh aku datang KL for an interview. Interviewnya dalam masa seminggu akan datang tapi the thought yang aku kemungkinan akan bekerja, itu yang buat aku terus lupakan hasrat murni untuk berkebun tuh. 

And so aku ke KL, again, interviewnya sekejap jer tapi aku di KL seminggu lebih. A week later dapat email yang kata Client projek tuh pilih orang lain (Cina) for their 51-storey condo project kat Ampang Hilir. 

Aku ada apply lagi satu kerja, project kat Penang. 2 weeks later dapat email suruh datang interview 8 June 2018, kat KL. Yay, peluang untuk ke KL lagi. Tup-tup dapat pulak email dari company mula-mula tuh, tanya kalau-kalau aku masih berminat untuk jadi Resident Engineer for their Ampang project tuh. Siap offer nak bagi five-figure salary macam yang aku mintak tuh. Cuma aku pelik dan aku "sentap" sebab dulu katanya Client dah ambik orang lain, apa pasal contact aku semula, aku nih Resident Engineer spare part ker? 

Tengoklah macamana nanti, apa-apa pun aku nak pergi interview for Penang project tuh dulu. Kalau mengikut cakap kerani yang arrange interview aku tuh, aku calun yang paling top, tak ramai yang apply for that project, yang apply pun semua yang demand tinggi-tinggi. 

Lepas dari nih aku tak rasa aku nak apply mana-mana kerja dah kot, last aku apply pun, satu resort project kat Sepang area, tapi senyap jer nih, dah 2 minggu dah. 

Sebenarnya aku masih berbelah bagi, samada nak kerja atau pun tidak. Aku nak tunggu sampai akhir tahun jer, lepas tuh aku nak jalankan plan aku, InsyaAllah. Kalau aku kerja, maknanya aku terpaksa lupakan plan aku tuh. Ha, itu sebab utama apa pasal aku macam malas jer nak kerja dah. Then again, duduk kampung pun macam tak seselesa dulu, what with dengan aku yang tak bekerja, dan tak jugak mengerjakan tanah sekeliling rumah tuh. 

Lepas Raya nanti agaknya baru lah tahu hala tuju aku. Atau pun hala tak bertuju aku. Kalau aku tak dapat kerja, kalau aku pilih tak nak kerja, then aku akan duduk kampung dan buatlah apa-apa yang patut, tanam itu ini. Kalau aku dapat kerja dan terima offer tuh, then aku bekerjalah. With me, tak ada istilah "salah pilih atau salah buat keputusan". Kalau aku pilih A, then aku atur hidup ke arah A. Kalau aku pilih B, then aku ikut cara B. As simple as that. Mana aku tahu kalau A tuh lebih baik atau lebih buruk dari B, kan?

Best cara aku kan, redha gitu dengan apa yang ada. Tu pasal hidup aku sentiasa tenang.