Friday

Awal Jun 2018

Ya Ampun, dah sebulan lebih blog aku tak diupdate. Tak boleh jadi nih, aku kena tulis jugaklah sepatah dua kata, tak kalu, bersarang semulalah blog nih.

Sebab utama mengapa tak ada update? Internet connection kat kampung slow sangat. That's the mother of all cunts. Aku tak boleh nak buat apa, kadang tuh rasa nak give up, macam berbalik ke zaman mula-mula dulu, zaman dial up. Ketiga-tiga sources of internet aku (data) semuanya slow, such a pain lah nak surf laju-laju, setakat check emails, baca news sesikit, itu bolehlah.

Sebab kedua, Puasa. Bulan Puasa kali ini yang paling teruk, teruk dalam serba serbi. Aku jadi malas semalas-malasnya, asyik tidur aje kalau duduk di kampung. Kalau aku ke KL pun asyik tidur jugak. For the past 2 months aku duduk di kampung seminggu then ke KL empat lima hari. Entah apa yang aku cari kat KL tuh pun aku tak tahu. I guess aku tak berapa "selesa" duduk di kampung, itu pasal aku asyik nak ke KL aje kerjanya. 

The first 3 days aku duduk di kampung dulu tuh, aku rajin, aku terus plan untuk berkebun, aku menyangkul dan bersihkan kawasan-kawasan untuk mula menanam tembikai dan jagung, aku beli benih yang baik punya, dekat RM 100 untuk dua benih tuh. Tak sempat 3 hari aku stopped, puncanya, aku dapat call dari satu company suruh aku datang KL for an interview. Interviewnya dalam masa seminggu akan datang tapi the thought yang aku kemungkinan akan bekerja, itu yang buat aku terus lupakan hasrat murni untuk berkebun tuh. 

And so aku ke KL, again, interviewnya sekejap jer tapi aku di KL seminggu lebih. A week later dapat email yang kata Client projek tuh pilih orang lain (Cina) for their 51-storey condo project kat Ampang Hilir. 

Aku ada apply lagi satu kerja, project kat Penang. 2 weeks later dapat email suruh datang interview 8 June 2018, kat KL. Yay, peluang untuk ke KL lagi. Tup-tup dapat pulak email dari company mula-mula tuh, tanya kalau-kalau aku masih berminat untuk jadi Resident Engineer for their Ampang project tuh. Siap offer nak bagi five-figure salary macam yang aku mintak tuh. Cuma aku pelik dan aku "sentap" sebab dulu katanya Client dah ambik orang lain, apa pasal contact aku semula, aku nih Resident Engineer spare part ker? 

Tengoklah macamana nanti, apa-apa pun aku nak pergi interview for Penang project tuh dulu. Kalau mengikut cakap kerani yang arrange interview aku tuh, aku calun yang paling top, tak ramai yang apply for that project, yang apply pun semua yang demand tinggi-tinggi. 

Lepas dari nih aku tak rasa aku nak apply mana-mana kerja dah kot, last aku apply pun, satu resort project kat Sepang area, tapi senyap jer nih, dah 2 minggu dah. 

Sebenarnya aku masih berbelah bagi, samada nak kerja atau pun tidak. Aku nak tunggu sampai akhir tahun jer, lepas tuh aku nak jalankan plan aku, InsyaAllah. Kalau aku kerja, maknanya aku terpaksa lupakan plan aku tuh. Ha, itu sebab utama apa pasal aku macam malas jer nak kerja dah. Then again, duduk kampung pun macam tak seselesa dulu, what with dengan aku yang tak bekerja, dan tak jugak mengerjakan tanah sekeliling rumah tuh. 

Lepas Raya nanti agaknya baru lah tahu hala tuju aku. Atau pun hala tak bertuju aku. Kalau aku tak dapat kerja, kalau aku pilih tak nak kerja, then aku akan duduk kampung dan buatlah apa-apa yang patut, tanam itu ini. Kalau aku dapat kerja dan terima offer tuh, then aku bekerjalah. With me, tak ada istilah "salah pilih atau salah buat keputusan". Kalau aku pilih A, then aku atur hidup ke arah A. Kalau aku pilih B, then aku ikut cara B. As simple as that. Mana aku tahu kalau A tuh lebih baik atau lebih buruk dari B, kan?

Best cara aku kan, redha gitu dengan apa yang ada. Tu pasal hidup aku sentiasa tenang.