Entah, tiba-tiba aje aku rasa nak berblog semula. Must be azam baru gamaknya. Dulu, bila habis aje aku tulis blog Kisah Seorang Banduan, aku tak bercadang pun nak terus memblog. Simply sebab aku dah tak ada cerita. I'm not used to "tak ada cerita menarik" pasal hidup aku. So, selama berbulan-bulan lepas aku dideport balik ke Malaysia, aku rasa free gitu, tak payah nak risau-risau pasal blog yang harus diupdate.
So, apa yang aku nak tulis kat blog baru nih? Entah, aku pun tak tahu. Tapi, sebab aku dah buat keputusan yang nak berblog semula, then aku kena lah tulis apa-apa yang patut. Memang dah tak ada cerita menarik, so basically aku akan tulis pasal kehidupan seharian aku yang membosankan nih. I promise I'll try to make it interesting tho' ekekeke. Korang tau lah kan yang I have my own way of getting attentions kan? Rasanya aku akan tulis banyak pasal Trading aku, Forex especially. Selebihnya tuh biasalah, aku punya ramblings, aku punya perapuan. Tapi aku tak akan tulis panjang-panjang macam dulu, sebab aku kena selalu monitor Trading aku.
Ok, apa pasal taruk nama abangtam.blogspot? Buruk sangat nama tuh kan? Buruk pun buruk lah tapi Abang Tam tuh panggilan adik-adik aku untuk aku. Mulanya nak taruk Pak Tam pasal itu panggilan anak-anak sedara aku untuk aku tapi rasa macam tua sangat lah pulak kan?
Since ada macam gap antara pengakhir blog Kisah Seorang Banduan (aku privatekan blog Dendam Perantau untuk sementara waktu) aku, so aku nak cerita sesikit pasal keadaan aku sekarang.
Aku menyewa di Bangsar, masih belum betul-betul kerja, aku nak buat apa-apa kerja aje lah (more about that later). Aku cuba buat Trading (Forex) and I will take it from there jugak lah. Modal nya kecik aje so aku kena hati-hati lah sikit. Aku buat kerja volunteer jaga Rumah Anak Yatim jugak, kalau ada masa free tuh. Kat dua tempat. Dalam seminggu tuh ada lah 2 atau 3 kali aku pergi mengajar diaorang.
Aku menyewa di Bangsar, masih belum betul-betul kerja, aku nak buat apa-apa kerja aje lah (more about that later). Aku cuba buat Trading (Forex) and I will take it from there jugak lah. Modal nya kecik aje so aku kena hati-hati lah sikit. Aku buat kerja volunteer jaga Rumah Anak Yatim jugak, kalau ada masa free tuh. Kat dua tempat. Dalam seminggu tuh ada lah 2 atau 3 kali aku pergi mengajar diaorang.
Aku masih belum selesai menguruskan a few things, lesen memandu aku dah mati dan aku terpaksa pergi belajar semula lah nampak gayanya. Tapi itu tak penting, aku pun tak ada duit nak beli kereta. Passport pulak, aku tidak dibenarkan buat passport baru sehinggalah October 2013. Lama lagi tuh, tapi apa aku boleh buat, kalau dah memang macam tuh keputusannya. So basically until then (kalau panjang umur) aku tak boleh buat apa-apa perancangan lah. I'm pretty sure, InsyaAllah, 1st November 2013 nanti (hari Jumaat) aku orang pertama terpacak kat Jabatan Immigresen di Putrajaya untuk buat passport. Lepas tuh baru lah aku rasa hidup aku akan "lebih bermakna" kot, banyaklah perancangannya nih........
Again, until then, aku memendam rasa aje lah. Fuck!
Again, until then, aku memendam rasa aje lah. Fuck!
Pasal family aku pulak, semuanya baik-baik, I'm so proud of my siblings yang semuanya berjaya, dan diaorang terima aku dengan baik sekali. My parents dan adik beradik aku even ada offer pertolongan, adik aku ada offer kereta dan duit untuk aku mulakan Forex Trading aku tapi aku biasalah kan, aku tak akan terima offer diaorang tuh. Buat masa sekarang lah. Tak tahu lah kalau-kalau aku terpaksa mintak diaorang tolong nanti, harap-harap aku boleh survive dengan cara aku nih.
"Abang Tam tuh tak akan beritahu orang kalau dia susah", kata adik aku kat mak aku itu hari. Termengalir jugak airmata aku bila mak aku beritahu aku pasal tuh. Korang memang tahu yang that is so true lah kan pasal aku.
Sebab lain apa pasal aku nak sambung tulis blog, aku rasa ini one of the caras untuk aku mendekatkan aku dengan my siblings dan anak-anak sedara aku yang bertitiran tuh. Most of them baca blog lama aku, dan diaorang boleh ikut perkembangan aku (yang entah-entah tak berkembang-kembang) melalui blog aku nih. The reason aku nak berblog semula, aku rasa sebab aku nak reconnect dengan family aku, yang aku tinggalkan selama bertahun-tahun. Nak reconnect dengan adik-beradik, anak-anak saudara. In real life, aku kalau dengan family, aku rasa aku tak berapa reti sangat nak bercakap. Dan yang jadikan lebih teruk, aku banyak kena explain apa yang terjadi pada aku the last few years kan?
Rasanya macam banyak benda yang aku nak tulis tapi sebab dah lama tak berblog, lama dah tak menulis, kemalasan tuh jadi satu kenikmatan pulak. Then again, aku kena tulis jugak, walaupun sikit, kesinambungan kisah hidup aku nih, after all dah bertahun-tahun aku menulis, kan?
Aku janji yang blog aku kali ini tak akan jadi meleret-leret macam blog Dendam Perantau aku dulu. Blog tuh dulu lebih kepada tempat aku mengadu, kan? Itu yang kadang tuh meleret jauh ceritanya.
So, mungkin dengan penulisan aku nih, family members aku akan dapat kenal aku dengan lebih dekat, tahu apa yang ada di benak kepala aku nih. Biar diaorang akan kata, "Oooo, Abang Tam nih macam nih rupanya", "Oooo, Pak Itam style gini rupanya".
Sebelum aku dideport dulu, aku ada terfikir yang bila sampai di Malaysia nanti aku akan menyendiri, aku akan jadi pendiam. Jadi low profile gitu. Profile seorang Bangla kan? Memang lah, aku akan rasa rendah diri sesangat, aku akan rasa kecik dan hina nya aku di mata orang. Itu semua salah aku dan aku tak akan blame sesiapa pun yang pandang rendah kat aku. Aku redha. And I'm well prepared. So aku memang memerlukan satu outlet untuk mengeluarkan apa yang terbenak di kepala aku nih, dan blog aje lah yang sesuai bagi aku rasanya. The only beza nya sekarang, my outlet nih terbukak, i.e, ahli keluarga aku boleh baca.
So, untuk adik beradik aku yang baca nih, jangan ambik hati dengan apa yang aku tulis, memang style aku macam nih, I speak my mind. And contrary to what some people might believe, I do have a good heart sebenarnya, if I may say so myself lah kan?
Oklah, itu aje kot untuk my very first entry.