Sunday

Sunday26072015

Weekends kalau aku tak ke KL, memang aku akan datang ke site. Just untuk habiskan waktu. Bosan jugak nak melepak kat pantai aje kerja nya, weekends orang ramai jugak kadang tuh. Bunyi macam sedih jer kan, weekends datang office sebab tak ada benda lain nak buat. 

Tak jugak sebenarnya. Aku sebagai Consultant projek, aku boleh datang kerja bila-bila masa aku suka. Dan aku jugak boleh tak datang. Flexible gitu, ikut kehendak, kepentingan dan kemahuan aku. Macam bulan Puasa lepas, aku masuk kerja dalam pukul 10 pagi, lunch hour pun 2 jam, balik kerja just before 4 pm. 

Aku bukan lah nak collect points, Boss aku, jugak Client projek nih, diaorang semua don't give tiny rat ass aku nak masuk kerja pukul berapa, as long as aku buat kerja aku, buat apa yang patut. Biasanya aku tungu sampai Sunday baru aku buat Weekly Progress Report, so secara tak langsung Boss aku tahu yang aku memang ada kat site hari minggu. Respect habis dia kat aku.

So ini gambar-gambar projek sehingga hari nih.













Sunday05072015



















24052015

Mamposlah, aku tak ada idea/masa nak update, so aku taruk jer gambar sebahgian dari the project I'm working on now sebab aku tengah buat Progress Report nih. Sorry! 











Wednesday

Yo, 'Sup Guys?

Dulu, cellphone never was an important item dalam hidup aku. Maksud aku, cellphone lah benda yang I could live without. Aku "pandang hina" orang yang guna smartphone, "lalai mengejar dunia" sesangat bagi aku. 

Tu pasal aku guna Nokia cokia jer. Yang aku jadikan sebagai alarm untuk bangun pagi. Simply because tak ada sapa nak call aku dan aku pun tak berkeinginan nak call sesiapa. Iyalah, aku duduk kat kampung jer masa tuh. Bukanlah bermaksud aku tak suka latest gadgets, aku ada 3 laptops, 1 tab pun. Ha, sampai 3 laptop, kan? It shows yang internet tuh penting dalam hidup aku. My online life is much more interesting than my real life.

Tapi, sejak aku kerja, aku kena guna smartphone. Iyalah, untuk memudahkan aku since my boss, dan jugak Client dan Consultants lain semuanya di KL, dan aku di ceruk pantai Cherating nih. Lagipun, menyenangkan aku untuk Trade, sesambil menendang pasir kat pantai pun aku boleh jual beli currencies, gold etc. 

Then tiba-tiba aku dapat call dari member lama masa kat ITM dulu, nak masukkan nama aku dalam group Whatsapp diaorang. Aku relakan aje, after all dialah sorang (dan bini dia) yang tahu aku nih masih hidup. Lain-lain member aku semuanya ingatkan aku mati masa New York WTC meletup September 11 dulu tuh. Pandai member aku nih simpan rahsia, dekat setahun jugak dia simpan, sejak dia terberjumpa aku masa aku kat kampung (dan aku tak sempat nak lari, sebab terberjumpa kat masjid).

Masa college dulu kitaorang satu group memang rapat, the whole class memang sekepala, baik lelaki atau perempuan. So tak heranlah bila class kitaorang menghasilkan 9 couples. 

Then tak lama lepas tuh aku dimasukkan pulak kat group kawan-kawan masa sekolah menengah dulu, lagi lah havoc nya pasal dah berpuluh tahun tak bertanya khabar. 

So basically aku macam keluar dari persembunyian aku, aku contact balik member-member dan orang yang aku rasa patut tahu pasal aku. Kecuali member masa satu Uni kat UK dulu. I was never close dengan diaorang (sebab "aku tak join Melayu" masa kat UK dulu) so aku tak peduli dan tak mau dipedulikan dengan diaorang.

It wasn't easy in the beginning, untuk "memperkenalkan' diri aku, untuk re-connect, after so many years berlalu. Jadi popularlah aku sekejap bila diaorang dengar cerita-cerita aku, almost every weekend aku ke KL untuk memenuhi permintaan diaorang yang nak sangat jumpa aku, nak dengar cerita aku. 

Kalah retis pencen! Ko mampooo?

Tapi, the one thing yang aku perasan, masing-masing ada high expectations pasal aku, masing-masing expect aku dah jadi "orang-orang bagus" macam diaorang jugaklah. Sampaikan aku yang redha dengan cara hidup dan halatuju hidup aku nih pun jadi bosan kadang tuh. Diaorang memanglah semuanya bagus-bagus tapi aku? Me, a person who has taken his entire life for granted, a person who has watched his days waste away into dust and fly past him.

The only group yang aku layan sekarang, group keluarga, group office, dan group anak-anak ayam pengikut aku. Itu aje. 

Tapi....yang ini lagi parah. 





Tuesday

Tell That Guy To Shut Up

It has been more than 5 months now since I first set foot kat Cherating nih. Fuck those yang kata aku tak akan bertahan lama kerja kat projek nih. They obviously don't know me. 

When there are so many people out there who will tell you that you can't, what you've got to do is turn around and say "Watch me.”

Again, I'm dying untuk tulis semua kisah perjalanan kerja aku selama ini tapi, disebabkan a few factors, tak dapatlah aku nak tulis. Unless aku privatekan blog nih, bukak cuma untuk long time readers aje. Iyalah kan, Client for this project is a listed company. Pastuh, projek nih melibatkan Royal family jugak. Pastuh, istana lama yang perlu direfurbish tuh, dulu-dulu tuh ada kes pembunuhan kat dalamnya. 

Ooooppssss.

So, apa aku nak tulis then, to keep this blog alive? Entahlah. It's so frustrating, kan? There's a lot going on tapi I have to keep my big mouth shut. Damn!

Taruk gambar jer lah kot buat sementara waktu nih until then, bila aku bebas menulis sesedap rasa macam dulu-dulu tuh.



          Pemandangan dari tapak projek - Pantai Kampung Cherating Lama





The first few weeks aku kat sini, hampir setiap pagi dan petang aku akan ke pantai (yang jaraknya cuma sekangkang kera bunting dari rumah sewa aku). Aku akan lari dan jalan ke penghujung pantai, biasanya I'll have that strech all to myself sebab memang tak ada orang lain pun. Once in a while adalah Mat Salleh sesat.

I will then draw a line kat pasir dan aku akan mula lari, last-last jadikan circle yang bersamaan dengan 500 langkah, sama saiz dengan courtyard kat Detention Center kat Batavia, New York (tempat aku kena tahan for 6 months) dulu tuh. Aku akan cuba lari sebanyak pusingan yang mungkin tapi so far tak pernah dapat more than 50 rounds. Macam tak percaya jer yang masa kat tahanan dulu aku boleh lari more than 200 pusingan, tak henti-henti.




So inilah gambar-gambar my current playground, tempat aku menuyusur pantai sambil menendang pasir. Sekali sekala aku berhenti, memikirkan kebesaran Tuhan, menikmati keindahan alam. Sambil deep down bersyukur, yang how blessed nya hidup aku. 

Weekends kalau aku tak ke KL, aku akan pergi kerja jugak sesekejap. Tak pun aku merempit kat pantai aje lah. 

"Seronok duduk kat sini, kalau orang ada masalah", kata tokay restoran tempat aku selalu melepak makan. 

Entahlah, tapi aku tak ada masalah pun rasa seronok jugak duduk tepi pantai.


Sunday

Life Is A Beach

Dua tahun lebih aku duduk kat kampung, so bila nak pindah keluar, bukanlah benda yang mudah. Aku dah macam settled dengan kehidupan aku yang aman damai (kecuali gossip sana sini tu lah), itu yang aku rasa macam berat hati aje nak meninggalkan kampung. Tapi, demi kebaikan aku jugak, aku terpaksa akur dengan keadaan semasa. 

Kalaulah aku ada duit, or rather kalaulah orang lain tak memandang duit, nak aje aku kawin dengan mana-mana janda ada anak kat kampung, bolehlah aku terus bermastautin kat kampung. Lepas tuh aku akan tanya orang-orang yang kononnya risau sangat pasal aku, orang-orang yang selalu sangat tanya pasal aku. Aku akan tanya, "Ok, now what?"

Sampai gitu sekali redha nya aku dengan kehidupan aku. 






Aku tak ada lah menaruh high expectations pasal kerja aku, aku sikit pun tak bimbang, risau pasal keadaan kerja. Kerjanya on contract basis, up to 5 years (maybe longer). Lama sangat tuh kan? Aku tahu yang aku tak akan stay selama itu, what a loser sangat lah kan kalau aku boleh tahan selama itu. Aku ada plan lain nih, yang nampak gayanya macam boleh dimaterialisekan. Tak apa, aku tak nak fikir lebih-lebih, I'll cross the bridge when I get there. As usual, memang itu style aku. 


Alhamdulillah, semuanya macam mudah aje, aku berangkat ke Cherating a few days sebelum aku sepatutnya masuk kerja. Saja jer lah, boleh aku melepak kat Kuantan for a night. 


I wish aku boleh cerita, tulis dengan details, pasal kerja aku. Tapi nampak gayanya aku tak boleh, tak nak, tulis apa-apa sangat. Ini aje yang orang perlu tahu - aku kerja dengan Consultant, I am the sole representative kat project, di bawah aku ada satu orang lain tapi he's working for another company. Ada banyak companies yang kerja untuk projek nih, tapi cuma 2 companies jer yang full-time nya. Company aku kerja, dan satu lagi company yang di bawah pantauan aku. Most of company tuh punya staff, orang Pantai Timur. So I have to deal dengan staff yang bermentaliti kepantai-timuran.

So basically aku memang free dan kerja aku pun very flexible. All I have to do is pretend to be smart , itu aje. Senang jer lah kan pasal aku memang smart orangnya. 


Seriously, kalaulah aku banyak meroyan, banyak komplen pasal my life kat sini nanti, memang tak patut sangat lah. Memang orang yang tak bersyukur sungguhlah aku nih. Apa tak nya, the first few days, weeks, semuanya indah. Dan keindahan tuh InsyaAllah berkekalan. 

Satu aje yang aku takut. Dengan aku nih, bila semuanya cantik, bila semuanya ok, bila semuanya  selesa, aku jadi bosan, aku mula nak kan perubahan. Akan ada lah taik palat yang aku sendiri cipta nanti tuh. 

Harap-harapnya tak ada lah, kan ker aku dah redha dengan perjalanan hidup aku? Lagipun aku macam dah nampak yang tajuk blog aku nih, Keeping The Dream Alive, macam ter-betul jer kan?

Oh and by the way, semua staff kat projek nih bet yang aku akan bertahan kerja kat sini, paling lama pun 2 bulan.