Saturday

Aku macam tak perasan pun yang aku dah tak kerja, awal March tuh. Aku masih pergi breakfast kat luar, cumanya aku tukar sikit schedule, aku lambatkan Solat Dhuha. Kalau dulu biasanya aku buat sebelum pergi kerja, sekarang nih buat waktu anak-anak unta telah bangun kerana kepanasan. 

Lunch pulak aku ikut mood, kadang aku pergi makan lepas Asar, so dah tak payah nak dinner. Bukan berjimat, tapi lebih kepada malas nak keluar. Nak memasak? Malas. Ituhari aku kasi ayam makan jer beras 5 kilo yang aku beli lebih setahun lepas, yang aku cuma masak dalam 4 lima kali setahun. 

Sebab apa aku malas keluar pergi makan? Sebab aku banyak buat kerja online. Aku ralit. Ha, meh aku nak cerita sikit.

Aku ambik kesempatan yang aku dah tak kerja nih untuk concentrate pasal Bitcoins dan cryptocurrency. Yang dah lama aku mempelajari, mendalami, memahami, mempercayai, mengumpuli, menjualbeli, mengutipi, pendek kata serba serbi pasal blockchain technology.

Meh aku cerita sejarah aku dalam pembabitan dalam dunia cryptocurrencies nih. 

Bitcoin atau Altcoins (coins/systems/programs selain Bitcoin) boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar. Sudah tentu oleh mereka yang menerima bitcoin sebagai mode of payment. Bitcoin juga adalah digital currency yang bersifat decentralized. Maksudnya, tidak seperti Ringgit Malaysia yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Bitcoin tidak ada financial regulator seperti BNM. Memandangkan ia adalah decentralized digital currency, ada satu aktiviti penting yang membolehkan bitcoin ini berfungsi dengan baik sebagai matawang iaitu bitcoin mining.

(Mengapa paragraph di atas ayatnya berbahasa baku dan poyo? Sebab aku copy paste jer, malaslah aku nak explain guna ayat sendiri. Itupun explaination yang tak lengkap, yang aku tak rasa orang boleh faham)

(Lagi satu, kalau sesiapa yang tanya questions like, "Bitcoin nih halal ker?", "Patuh Syariah ker?", bagi aku itu tahap paling rendah, macam Diva Azwan Ali cakap, "You are not my level")

Aku mula kenal Bitcoin dalam tahun 2012, masa harga cuma beberapa US dollars. And so I bought a few, aku trade kat MtGox, kat btc-e, kat a few other Exchangers. Masa tuh aku "tak percaya" dan tak berapa faham how the system works. Bagi aku macam tak masuk akal gitu. But I like the technology behind it.

Bila a few of those Exchangers collapsed, aku punya accounts pun burn sama, dan aku berhenti berkecimpung dalam dunia crypto. 2 tiga tahun berlalu, Bitcoin semakin popular, harga semakin naik dan banyak negara yang jadikan Bitcoin as a legal tender. Dan kat Facebook and other social media pun semakin banyak news pasal cryptoworld. And so aku berkecimpung balik semula. 

Every other month aku tukarkan (jual) my Bitcoins ke fiat money (thru Paypal), selamba jer aku dapat dua income. 

Sebelum Raya tahun lepas aku jual hampir semua bitcoins aku (harga dalam USD 2000) sebab aku ingatkan harga dah tinggi. Rupa-rupanya membawak ke Dec, harga terus naik sampai ke USD 20000. 

So lepas tuh aku balik semual mengumpul (aku tak beli but instead aku "kumpul/kutip" - nanti dalam entries lain aku akan ajar macamana nak dapatkan free coins. Aku in the process of educating a few of my friends pasal cryptos, jugak ajar diarang supaya tak terjebak dan tertipu dengan skim-skim Bitcoin yang semakin banyak nih. What I'm trying to say is, apa-apa investment lah, share market ker, forex ker, gold investment ker, cryptocurrencies ker, semua tuh kena BUAT SENDIRI, belajar sendiri. Jangan nak ikut-ikut kawan join mana-mana club/group. Semua tuh penipu, trust me, semua tuh penipu)

Ok, dah lah cerita pasal Bitcoins, I'm sure kalau panjang umur aku akan cerita banyak lagi sebab my life is all about Bitcoin sekarang nih. 

Selain dari jadi cikgu pasal Bitcoins kat internet/WA etc (aku ada 2 cellphones dan laptop pun on jugak so just imagine macamana busy nya aku, even masa kerja dulu aku tak sebusy sekarang) aku usaha-usaha jugak cari kerja, so adalah 4 lima tempat aku apply. 

17 March anak sedara aku kahwin kat Tanjung Karang, so dalam seminggu aku di KL. Semua adik beradik aku ada, mak pun ada. Ramai jugak sepupu-sepupu di sebelah mak yang datang. Masa sembang-sembang dengan anak sedara aku, Ngah ada cakap kat menantu dia, "Pak Itam nih, dia suka menyendiri". Terkedu aku mendengarnya tapi aku buat macam tak tahu jer. Rasa macam nak kasi high-5 kat Ngah sebab aku setuju dengan apa yang Ngah cakap tuh. Mungkin adik beradik aku yang lain pun tahu (yang aku suka menyendiri) tapi entahlah, masa Ngah cakap gitu tuh aku memang tak akan boleh lupa.

 Ada lagi satu yang aku tak boleh lupa, yang orang cakap pasal aku. 

A few years ago masa aku mula nak duduk kampung jaga mak, Kak Teh ada cakap kat mak (masa tuh aku "tidur" kat beranda), Kak Teh kata, "Abang Tam tuh emosi dia terganggu". Aku rasa nak bangun dari tidur nak thank Kak Teh sebab apa yang dia cakap tuh macam betul jer, as if dia faham jer situasi aku.

Eh, ada lagi satu yang aku tak boleh lupa jugak, yang orang cakap pasal aku. Tapi ini yang tak best punya ekekekke. Yang kata aku nilah anak yang paling tak guna, yang paling menyusahkan mak (arwah) bapak. Ekekekekke bukan aku berdendam tapi aku akan sentiasa ingat ayat tuh. Mungkin jugak itu sebabnya aku semakin lebih suka menyendiri, kot? Mungkin.

Seminggu aku di KL, aku melepak kat Royale Chulan. Walaupun aku bukan kerja dengan Bousted dulu tuh tapi ramailah orang besar yang aku kenal, so aku dipayung sana sini. Alah, walaupun aku nih sempoi gila tapi aku pun bukanlah calang-calang orang kan, if I may say so myself ekekekeke. 

Tak buat apa pun, selain jumpa a few anak murid Bitcoins, aku jumpa jugak a few kawans masa ITM dulu. Member se reban jer aku tak jumpa. Kalau dulu aku rasa macam malu kat diri sendiri bila selalu lepak dan merayau-rayau kat Bukit Bintang (iyalah kan, dah tua-tua macam nih nak merempit lagi) tapi kali ini aku rasa macam I'm more open, aku lebih kepada ambik ikhtibar dengan keadaan sekeliling.

Kalau dulu aku rasa lemas tengok Bukit Bintang yang penuh dengan Arab yang bagi aku perangai memasing tak macam Arab yang aku harapkan. Bila aku tengok orang yang aku rasa "lebih teruk, lebih jahat" dari aku, bila aku tengok orang yang tak senonoh (di penglihatan aku), aku terfikir yang kalaulah suatu masa nanti diaorang dikasi hidayah, kalau diaorang berubah, diaorang mungkin akan jadi lebih baik, lebih warak dari kita yang ingatkan diri kita nih dah ok.

Aku tak nak judge orang. Aku teringat kat member se detention dulu, Amir-Bosnia, kat leher dia ada tatoo that says, "Only God can judge me". That is so true kan? Siapalah kita nak judge orang, mungkin suatu masa nanti diaorang akan jadi jauh lebih baik (dari kita. Dan kita masih di tahap lama, tak berubah-ubah sebab kita ingat yang kita nih ok sangat dah).

Mamposlah ayat-ayat aku ekekekke. Nampak sangat aku nih dah tua bangka, kan? Ekekekke. Lain dah bunyinya ayat kat blog aku nih. Kalau dulu blog aku penuh dengan ayat mencarut, ayat asyik fuck-fuck jer, sekarang nih (so far lah kan?) banyak ayat yang berbaur kepada keinsafan dan pembaikan diri.

So dengan mindset (tak nak judge orang) gitu tuh, tak heranlah aku tak "rasa bersalah" aku kasi busker nih RM 100. We don't know kerja Tuhan, sapa-sapa pun Tuhan boleh kasi hidayah suatu masa nanti, kan? Damn, tak sangka aku boleh terlayan dangdut ekekekkeke 





Wednesday

Aku rileks jer bila dapat tahu yang service aku dah tak diperlukan lagi, buat sementara waktu. Aku pun bersyukur sebenarnya sebab macam yang aku cakap tuh, berbulan-bulan aku macam makan gaji buta. Boleh datang kerja sesuka hati bila nak datang, melepak kat office sepanjang hari. 

Tapi aku tak adalah ambik kesempatan, aku datang ke tempat kerja awal dari orang lain, every single day, walaupun masa public holidays, weekends etc. Kadang tuh tengah-tengah malam buta pun aku pergi ke resort, bila ada problems. Resort staff, diaorang kalau ada technical problems, diaorang call aku sebab aku orang yang paling dekat, orang yang boleh dimintak tolong untuk menyelesaikan problems. 

Ada ura-ura yang aku dengar yang aku akan diserapkan ke Consultant lain untuk projek hotel blocks, tapi masalahnya itulah, tak tahu bila project tuh nak mula. Sekarang masih di peringkat untuk dapatkan approvals from Authorities. 

So Chinese New Year tahun ini memang bleak, ang pow pun tak dapat, Main Contractor tahu yang my days are numbered so diaorang tak peduli dah kat aku. Aku pun tak peduli kat diaorang, aku tak lah ngadap sangat angpow diaorang tuh. Cumanya, staff diaorang ada yang pinjam duit dari aku, adalah a few thousands, diaorang dapat bonus sikit (dengar ceritanya lah) so tak dapatlah diaorang nak langsaikan segala hutang piutang. Memang gitulah dalam 3 tahun nih, pinjam duit janjinya nak bayar bila dapat bonus masa Chinese New year atau Hari Raya tapi berbalik-balik Raya, tak settle jugak.

 Ada jugak orang sekeliling orang luar yang pinjam duit aku, a few hundreds memasing tuh.
Same story, bertahun-tahun, tak ada gaya nak bayar pun. Kadang-kadang aku wonder, orang yang berhutang nih, diaorang lupa ker diaorang ada hutang? Buat muka selamba jer memasing tuh.

Aku kansel plan aku untuk ke KL masa Chinese New Year, aku lepak di Cherating jer. Dan aku masih tak buat keputusan, aku tak ada plan apa pun, apa yang aku nak buat next. A week after that, lepas puas aku mintak, baru lah EnJ whatsapped kan aku surat tamat contract. Backdated ke awal Feb, bermaknanya end of Feb tuh minggu terakhir aku kerja. 

Aku tak cakap apa-apa walaupun aku rasa sepatutnya bagilah tempoh dalam sesebulan. Tapi, staff lain lain pun macam gitu jugak dulu tuh, masa bulan Puasa pulak tuh di kasi surat berhenti kerja.

And so it's confirmed yang soon aku akan dah tak bekerja, unemployed. Mungkin sebab aku pun dah jangka so aku sikit pun tak risau. Aku rilek dan selamba macam biasa. Mungkin jugak sebab dah 3 tahun aku di Cherating nih, aku dah redha dan bersyukur dengan apa yang ada. To be brutally honest, hidup aku di Cherating nih tenang setenang-tenangnya sampaikan aku selaltu "tertakut", apa pasal tenang gila hidup aku, tak ada masalah, selamba dengan hidup kesempoian aku. 

Bagus jugak aku jadi "tertakut" macam tu tuh, sebab akhirnya akan membuat aku lebih redha dan insaf dan bersyukur dengan pemberian Tuhan. Aku akan mencari kelemahan-kelemahan, kesalah-kesalahan, ketidakbetulan-ketidakbetulan aku. Dan aku akan perbaiki. It's all about "finding myself", dan kebesaran Tuhan. 

Aku ingat lagi, masa aku bodoh-bodoh dulu,di awal-awal waktu aku di Cherating, aku rasa bosan sebab banyak waktu free, aku ke mana-mana jalan kaki (instead of bawak kereta) simply sebab aku banyak masa free, aku tak nak cepat sampai ke destination. Dan masa tuh aku macam berpuas hati sangat dah yang hidup aku cuma kat site office, rumah dan surau. Nasib baik aku tersadar yang antara rezeki Tuhan adalah waktu terluang, dah jangan persiakan waktu terluang tuh. isikan dengan buat amalan, for example. 

"Duduk sini jer lah, kawin dengan BabyJ, tolong dia berniaga", kata one of my soon-to-be-ex-colleges, bila aku beritahu yang aku ada a few options lepas berhenti kerja nanti. 

"Ada jugak aku fikir gitu tuh, senang, terus dapat anak express 3 orang", aku jawab gitu.

"Dia betul-betul nak ke Boss, berapa kali dia beritahu kitaorang. Boss jer tak nak ke dia", kata N, another kawan.

And so aku ceritakan kat diaorang kisah beberapa hari lepas. Nak ke gerai BabyJ, aku terpaksa lalu depan rumah dia. Dia selalu menyakat aku.







Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan 

Tiap wajah berkisah 
Tiap madah bererti 
Manakah ilhamku 

Ekekekekek, dah lama tak tulis blog, terus jadi blank macamana nak mula. Obviously aku ada "cerita" lah kan sebab tuh aku nak sambung semula tulis blog nih. Tapi, aku kena lah tulis dan explain sedikit sebanyak dari masa aku berhenti memblog ituhari, supaya ada kesinambungannya. 

Dulu aku berhenti memblog sebab aku rasa hidup aku mundane gitu, day in day out buat benda yang sama, kerja kat Cherating. Dan aku tak boleh nak menulis ikut gaya aku, bebas membabi buta, sebab aku kena jaga nama baik yang tak berapa baik orang-orang di sekeliling aku. 

Aku rasa macam tak best jer bila terpaksa censor cerita-cerita yang aku nak tulis, the thought yang orang sekeliling aku mungkin ada baca apa yang aku tulis, ha, itupun menghantui aku. 

(Mariposa dah meninggal dunia bulan 9 2016. AlFatihah).

Last-last aku tak tulis apa-apa.

Ok, so selama 3 tahun sebulan aku kerja bina resort Royale Chulan di Cherating. Nak dijadikan cerita, Fasa 2 projek tuh delayed, dan Boss aku pun dah tak involved. So aku macam terkontang-kanting tak tahu hujung pangkal, tak tahu selama mana aku punya service diperlukan. Berbulan jugak aku macam makan gaji buta sebab Fasa 1 dah dibuka, resort dah operational, dan aku masih disuruh stay back walaupun staff Consultant lain dah ditamatkan service diaorang masa bulan Puasa 2017 lagi. 

Ini lah gambar-gambar resort yang dah siap tuh. 






Fast forward to Feb 2018. Masa tuh sibuk pasal Tan Sri nak datang melawat. The only time kitaorang sibuk, masa macam tu lah, bila dapat news kata yang Tan Sri nak datang melawat. Yang biasanya tak jadi, di saat-saat akhir. So biasanya for a few days setiap minggu, kitaorang akan sibuk.

EnJ, Project Manager bagi pihak hotel, sembang dengan aku kat kedai Pak Sahak. Dia kata since S.I works (soil investigations) untuk Fasa 2 (hotel blocks) dah siap, my service dah tak diperlukan lagi. Sebab Fasa 2 tuh, tak tahu bila nak start, lagipun Boss aku tak involved. So aku kata yang aku ok aje kalau dikasi surat tamat kontrak.


InsyaAllah.....

blog ini akan hidup semula setelah hampir bertahun tak diupdate. Sekarang nih tengah tulis a few entries.......... 28/March/2018