Saturday

Aku macam tak perasan pun yang aku dah tak kerja, awal March tuh. Aku masih pergi breakfast kat luar, cumanya aku tukar sikit schedule, aku lambatkan Solat Dhuha. Kalau dulu biasanya aku buat sebelum pergi kerja, sekarang nih buat waktu anak-anak unta telah bangun kerana kepanasan. 

Lunch pulak aku ikut mood, kadang aku pergi makan lepas Asar, so dah tak payah nak dinner. Bukan berjimat, tapi lebih kepada malas nak keluar. Nak memasak? Malas. Ituhari aku kasi ayam makan jer beras 5 kilo yang aku beli lebih setahun lepas, yang aku cuma masak dalam 4 lima kali setahun. 

Sebab apa aku malas keluar pergi makan? Sebab aku banyak buat kerja online. Aku ralit. Ha, meh aku nak cerita sikit.

Aku ambik kesempatan yang aku dah tak kerja nih untuk concentrate pasal Bitcoins dan cryptocurrency. Yang dah lama aku mempelajari, mendalami, memahami, mempercayai, mengumpuli, menjualbeli, mengutipi, pendek kata serba serbi pasal blockchain technology.

Meh aku cerita sejarah aku dalam pembabitan dalam dunia cryptocurrencies nih. 

Bitcoin atau Altcoins (coins/systems/programs selain Bitcoin) boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar. Sudah tentu oleh mereka yang menerima bitcoin sebagai mode of payment. Bitcoin juga adalah digital currency yang bersifat decentralized. Maksudnya, tidak seperti Ringgit Malaysia yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Bitcoin tidak ada financial regulator seperti BNM. Memandangkan ia adalah decentralized digital currency, ada satu aktiviti penting yang membolehkan bitcoin ini berfungsi dengan baik sebagai matawang iaitu bitcoin mining.

(Mengapa paragraph di atas ayatnya berbahasa baku dan poyo? Sebab aku copy paste jer, malaslah aku nak explain guna ayat sendiri. Itupun explaination yang tak lengkap, yang aku tak rasa orang boleh faham)

(Lagi satu, kalau sesiapa yang tanya questions like, "Bitcoin nih halal ker?", "Patuh Syariah ker?", bagi aku itu tahap paling rendah, macam Diva Azwan Ali cakap, "You are not my level")

Aku mula kenal Bitcoin dalam tahun 2012, masa harga cuma beberapa US dollars. And so I bought a few, aku trade kat MtGox, kat btc-e, kat a few other Exchangers. Masa tuh aku "tak percaya" dan tak berapa faham how the system works. Bagi aku macam tak masuk akal gitu. But I like the technology behind it.

Bila a few of those Exchangers collapsed, aku punya accounts pun burn sama, dan aku berhenti berkecimpung dalam dunia crypto. 2 tiga tahun berlalu, Bitcoin semakin popular, harga semakin naik dan banyak negara yang jadikan Bitcoin as a legal tender. Dan kat Facebook and other social media pun semakin banyak news pasal cryptoworld. And so aku berkecimpung balik semula. 

Every other month aku tukarkan (jual) my Bitcoins ke fiat money (thru Paypal), selamba jer aku dapat dua income. 

Sebelum Raya tahun lepas aku jual hampir semua bitcoins aku (harga dalam USD 2000) sebab aku ingatkan harga dah tinggi. Rupa-rupanya membawak ke Dec, harga terus naik sampai ke USD 20000. 

So lepas tuh aku balik semual mengumpul (aku tak beli but instead aku "kumpul/kutip" - nanti dalam entries lain aku akan ajar macamana nak dapatkan free coins. Aku in the process of educating a few of my friends pasal cryptos, jugak ajar diarang supaya tak terjebak dan tertipu dengan skim-skim Bitcoin yang semakin banyak nih. What I'm trying to say is, apa-apa investment lah, share market ker, forex ker, gold investment ker, cryptocurrencies ker, semua tuh kena BUAT SENDIRI, belajar sendiri. Jangan nak ikut-ikut kawan join mana-mana club/group. Semua tuh penipu, trust me, semua tuh penipu)

Ok, dah lah cerita pasal Bitcoins, I'm sure kalau panjang umur aku akan cerita banyak lagi sebab my life is all about Bitcoin sekarang nih. 

Selain dari jadi cikgu pasal Bitcoins kat internet/WA etc (aku ada 2 cellphones dan laptop pun on jugak so just imagine macamana busy nya aku, even masa kerja dulu aku tak sebusy sekarang) aku usaha-usaha jugak cari kerja, so adalah 4 lima tempat aku apply. 

17 March anak sedara aku kahwin kat Tanjung Karang, so dalam seminggu aku di KL. Semua adik beradik aku ada, mak pun ada. Ramai jugak sepupu-sepupu di sebelah mak yang datang. Masa sembang-sembang dengan anak sedara aku, Ngah ada cakap kat menantu dia, "Pak Itam nih, dia suka menyendiri". Terkedu aku mendengarnya tapi aku buat macam tak tahu jer. Rasa macam nak kasi high-5 kat Ngah sebab aku setuju dengan apa yang Ngah cakap tuh. Mungkin adik beradik aku yang lain pun tahu (yang aku suka menyendiri) tapi entahlah, masa Ngah cakap gitu tuh aku memang tak akan boleh lupa.

 Ada lagi satu yang aku tak boleh lupa, yang orang cakap pasal aku. 

A few years ago masa aku mula nak duduk kampung jaga mak, Kak Teh ada cakap kat mak (masa tuh aku "tidur" kat beranda), Kak Teh kata, "Abang Tam tuh emosi dia terganggu". Aku rasa nak bangun dari tidur nak thank Kak Teh sebab apa yang dia cakap tuh macam betul jer, as if dia faham jer situasi aku.

Eh, ada lagi satu yang aku tak boleh lupa jugak, yang orang cakap pasal aku. Tapi ini yang tak best punya ekekekke. Yang kata aku nilah anak yang paling tak guna, yang paling menyusahkan mak (arwah) bapak. Ekekekekke bukan aku berdendam tapi aku akan sentiasa ingat ayat tuh. Mungkin jugak itu sebabnya aku semakin lebih suka menyendiri, kot? Mungkin.

Seminggu aku di KL, aku melepak kat Royale Chulan. Walaupun aku bukan kerja dengan Bousted dulu tuh tapi ramailah orang besar yang aku kenal, so aku dipayung sana sini. Alah, walaupun aku nih sempoi gila tapi aku pun bukanlah calang-calang orang kan, if I may say so myself ekekekeke. 

Tak buat apa pun, selain jumpa a few anak murid Bitcoins, aku jumpa jugak a few kawans masa ITM dulu. Member se reban jer aku tak jumpa. Kalau dulu aku rasa macam malu kat diri sendiri bila selalu lepak dan merayau-rayau kat Bukit Bintang (iyalah kan, dah tua-tua macam nih nak merempit lagi) tapi kali ini aku rasa macam I'm more open, aku lebih kepada ambik ikhtibar dengan keadaan sekeliling.

Kalau dulu aku rasa lemas tengok Bukit Bintang yang penuh dengan Arab yang bagi aku perangai memasing tak macam Arab yang aku harapkan. Bila aku tengok orang yang aku rasa "lebih teruk, lebih jahat" dari aku, bila aku tengok orang yang tak senonoh (di penglihatan aku), aku terfikir yang kalaulah suatu masa nanti diaorang dikasi hidayah, kalau diaorang berubah, diaorang mungkin akan jadi lebih baik, lebih warak dari kita yang ingatkan diri kita nih dah ok.

Aku tak nak judge orang. Aku teringat kat member se detention dulu, Amir-Bosnia, kat leher dia ada tatoo that says, "Only God can judge me". That is so true kan? Siapalah kita nak judge orang, mungkin suatu masa nanti diaorang akan jadi jauh lebih baik (dari kita. Dan kita masih di tahap lama, tak berubah-ubah sebab kita ingat yang kita nih ok sangat dah).

Mamposlah ayat-ayat aku ekekekke. Nampak sangat aku nih dah tua bangka, kan? Ekekekke. Lain dah bunyinya ayat kat blog aku nih. Kalau dulu blog aku penuh dengan ayat mencarut, ayat asyik fuck-fuck jer, sekarang nih (so far lah kan?) banyak ayat yang berbaur kepada keinsafan dan pembaikan diri.

So dengan mindset (tak nak judge orang) gitu tuh, tak heranlah aku tak "rasa bersalah" aku kasi busker nih RM 100. We don't know kerja Tuhan, sapa-sapa pun Tuhan boleh kasi hidayah suatu masa nanti, kan? Damn, tak sangka aku boleh terlayan dangdut ekekekkeke