Semenjak mak pergi memondok, dan sejak aku duduk sorang-sorang di rumah, aktiviti perkebunan aku semakin aku kurangkan. Aku lebih banyak online aje. Dan aku jadi sibuk dan banyak aktiviti lain jugak, jadi driver Chu yang selalu sangat nak ke sana sini. Dan kebetulan pulak aku tengah kemaruk ebay, aku berjual beli kat ebay. Apa yang aku beli dan apa yang aku jual? Aku beli benih-benih tanaman yang pelik-pelik, yang aku rasa boleh dan sesuai ditanam kat Malaysia. Antara tanaman aku yang berhasil, glass gem corn, colorful watermelon dan jugak magic beans, selain dari kacang harimau aku tu lah.
Ada banyak benih lain yang aku beli dari US dan China, tapi tak sempat aku tanam. Pokok anggur pun ada aku tanam. Yang paling menjadi, glass gem corn, for 4 months aku tanam sorok-sorok, sebab takut tak menjadi, lagipun aku takut orang kampung tertahu. Sebab every now and then ada lah orang datang jenguk-jenguk aku, dan biasanya aku bawak diaorang meround ke kebun, tunjukkan kerja aku. Diaorang biasanya tak akan balik dengan tangan (or rather kereta)`kosong.
Ini fact nih, pengeluar, penanaman glass gem corn terbesar di Malaysia adalah Kampung Hulu Gali, Raub, Pahang, sebab aku beri banyak benih-benih (hasil dari penanaman aku) kat orang kampung.
Gempar jugak satu malam tuh bila aku bawak watermelon kaler biru, hijau dan putih ke masjid. Aku suka buat (in this case, tanam) benda pelik-pelik, dan sebagai seorang yang kekurangan kasih sayang, I have my own ways of getting attentions.
Dan aku adalah orang yang pertama yang memperkenalkan gold banknote versi Ringgit Malaysia, suatu masa dulu went viral. Dapatlah jugak a few thousands Ringgit untung, dalam masa tak sampai sebulan. Aku stopped bila dah ramai sangat orang yang jual benda yang sama, dan diaorang tahu kat mana nak dapatkan banknotes tuh.
"Aok buat mende nyer hari-hari, dah lah ke kebun jarang, keluar pun masa sembahayang jer", tanya Chu. Aku nih pulak bukanlah jenis yang suka beritahu orang apa aktiviti aku, so tak heranlah kalau bermacam-macam tanggapan orang kampung terhadap aku. Geng-geng Ibu Tunggal tu lah. Orang lelaki memang tak ada buat perangai cam tuh, semua jemaah lelaki yang aku selalu tegur, diaorang best-best semuanya. Tak ada pun tanya apa-apa, unless aku yang beritahu. Tapi yang geng-geng perempuan, susah nak cakaplah. I welcome questions. I hate assumptions.
"Oklah, akhir tahun nih atau awal tahun depan (2015) saya pindah KL", aku jawab gitu bila dah tak tahan kena gasak.
Aku rasa Chu lah orang yang paling "happy" sebab akhirnya aku akan bekerja, dan bolehlah kumpul duit untuk kawin, dengan anak angkat dia.Dia tak tahu pun aku ada plan lain. Or rather aku tak ada plan pun nak ikut plan dia.
Aku macam "panik" jugak bila memikirkan yang macamana aku nak apply kerja (yang bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman aku) sebab aku tak ada Diploma dan Degree (even fotokopi punya pun). Tah ke mana hilangnya dulu tuh. Dan yang pentingnya, apa aku nak tulis kat CV aku selepas berbelas tahun aku tak kerja? Tak kan aku nak cerita kisah aku menjadi illegal resident kat US?
So aku tak lah heran apa pasal almost all applications yang aku hantar, tak ada response pun. Kecuali 2. Satu tuh untuk project di Taman Melawati, dan satu lagi untuk projek buat resort di Cherating. Apa yang menariknya, or rather apa yang aku tak sangkanya, aku diterima kerja tanpa pergi apa-apa interview. Kedua-dua bosses macam terpikat, terkedu, dan terbesetuju untuk ambik aku sebagai staff diaorang. Just based on percakapan kat talipun. Itupun aku tak ada kelentong apa-apa, kecuali aku tak mention sikit pun pasal my so-called out-of-this-world punya adventure selama 10 tahun tuh.
Must be mak punya doa nih, kata aku dalam hati. Iyalah, aku tak expect pun akan ditawarkan dengan 5-figure salary, aku redha dibayar sebanyak mana pun. Dalam hidup aku sekarang, aku dah tak nak fikirkan sangat benda-benda remeh macam tuh, apa yang pentingnya aku nak kan peace of mind macam masa aku duduk di kampung. Betullah cakap orang, kalau kita redha dengan kehidupan kita, kita akan jadi tenang.
Beberapa tahun kebelakangan nih hidup aku tenang setenang-tenangnya. Walaupun ada terselit di hati aku yang aku nih mungkin orang kata "pemalas, tak nak berusaha". Call me whatever they want tapi you will never be who you want to be, until you are happy with who you are, kan?
Must be mak punya doa nih, kata aku dalam hati. Iyalah, aku tak expect pun akan ditawarkan dengan 5-figure salary, aku redha dibayar sebanyak mana pun. Dalam hidup aku sekarang, aku dah tak nak fikirkan sangat benda-benda remeh macam tuh, apa yang pentingnya aku nak kan peace of mind macam masa aku duduk di kampung. Betullah cakap orang, kalau kita redha dengan kehidupan kita, kita akan jadi tenang.
Beberapa tahun kebelakangan nih hidup aku tenang setenang-tenangnya. Walaupun ada terselit di hati aku yang aku nih mungkin orang kata "pemalas, tak nak berusaha". Call me whatever they want tapi you will never be who you want to be, until you are happy with who you are, kan?
And so aku pun bersiap sedia untuk pindah ke Cherating.