Sunday

Aku balik semula ke Cherating hari Rabu 21/3, saja balik lewat sebab Isnin last Tan Sri dan a few other VIPs ada datang melawat resort, so ramai lah Consultants dan hotel staff dari KL. Aku tak nak terjumpa diaorang sebab biasanya ada yang akan melepak mengopi di mana-mana kedai, gerai tempat aku selalu mengopi.

Ada jugaklah terserempak dengan a few hotel staff dari KL. Dan aku kadang-kadang pergi jugak minum dengan staff Contractor, macam biasa. Diaorang tanya aku apa yang aku buat selama berhenti kerja, apa plan aku. Aku katalah yang aku sibuk dengan dunia aku sendiri sampai aku tak plan pun apa nak buat next. Diaorang macam pelik jer sebab aku tak ada nampak macam risau now that aku dah tak kerja. Aku still maintain keselambaan aku. 

"Aku rasa nak duduk sini (Cherating) lagi lah untuk dua tiga bulan nih", aku kata gitu. 

Pelik sangat diaorang nak tahu apa aktiviti aku seharian, so aku katalah yang aku duduk rumah jer dari pagi sampai malam, keluar pun untuk ke surau dan makan. Selebihnya aku melepak kat rumah yang panas gila tuh sebab tak ada aircond. 

"TV pung taddok? Pah mung wat gapodio?", member aku tanya. 

Pelik aku bila orang pelik sangat yang aku tak pernah ada tv kat rumah. 

"Eh, kalau ditakdirkan aku mati, berapa lama baru orang sedar yang aku dah mati, hah?", aku tanya gitu sebab selalu terlintas di benak kepala aku yang bengap nih, kalau terjadi apa-apa kat aku, tak ada sapa yang akan tahu. Orang-orang di sekeliling aku langsung tak tahu pasal aku sebab kadang tuh kereta aku ada depan rumh tapi aku di KL. Kadang tuh kereta tak ada, sebab aku tinggalkan kat site (masa kerja dulu lah). Kadang tuh aku naik fatbike aku jer. So basically diaorang tak tahu pergerakan aku sebab kadang aku ke KL, kadang aku melepak kat Kuantan. 

Orang surau pun cuma tanya aku ke mana aku pergi bila lama tak nampak aku. Rumah aku pun tak berkunci (simply sebab aku tak reti/malas nak pasang kunci yang dulu aku pokah sebab kunci tertinggal kat dalam). 

See, aku ambik senang jer hidup aku nih kan?

So rentetan dari pertanyaan aku tadi tuh, aku terfikir yang aku kena buat keputusan apa yang aku nak buat seterusnya. Aku tak boleh terus leka dalam keselambaan. Aku kena mula fikir a few options yang aku ada. 

1. Duduk di Cherating for a few more months and see what happens next. Sesambil tuh aku boleh tolong BabyJ meniaga, kan? Ekekekeke. Aku suka hidup di Cherating, orang yang aku kenal, orang kampung, diaorang bukan macam orang kampung aku. Diaorang di sini tuh setakat kenal aku tapi tak tahu sejarah hidup aku. Diaorang kurang gossip, diaorang tak ada sangat bercerita pasal "orang luar" macam aku nih. Mungkin sebab kat sini tak ramai yang ke surau/masjid. Oh wait, does that mean orang kampung aku suka bergossip di surau/masjid? Go figure!

2. Cari kerja lain, and see where it takes me. Then again macamana kalau tak dapat? Macamana kalau tak ada kerja yang sesuai? Dan proses nak dapatkan kerja pun bukannya sekejap, I have to appy, go for interview and stuff kan?

3. Balik kampung, itu option terakhir. Kalau boleh aku tak nak balik dan hidup di kampung dah, cukuplah 2 tahun lebih duduk kampung masa aku jaga mak dulu tuh. Sekarang rumah di kampung kosong sebab mak masih memondok kat Temerloh. I have nothing (much) against orang kampung aku tapi from what I can see, lebih baik jadi orang jahat daripada jadi orang baik. Kalau jadi orang jahat nih, kita boleh faham the reasons orang bercakap pasal kita, kan? Sebab kita jahat. Tapi, we will never understand apa pasal orang still bercakap pasal kita, sedangkan kita nih tak buat apa-apa benda jahat.

4. Keluar ikut Jemaah Tabligh, so that aku dapat perbetulkan iman dan amal aku yang lemah nih. Lebih lama lebih bagus.

5. Memondok macam mak. Masalahnya, susah nak cari pengajian pondok yang terima lelaki. Kebanyakan pondok semuanya untuk orang perempuan aje. 

6. Jadi sukarelawan sepenuh masa kat Rumah Anak Yatim/Tahfiz. Hmmm... ini satu-satunya yang aku belum dapat buat lagi nih. Remember masa aku kat Detention Center dulu yang aku cadang nak menabur bakti buat benda gini once aku balik Malaysia. Then again macam susah orang nak percaya, nak terima, walaupun dah banyak tempat aku tanya.

And so aku pun mula buat perancangan untuk ke enam-enam options di atas..........