Monday

Isnin 25 March 2019

Sabar jer lah, dari sehari ke sehari aku nak update blog tapi ketermalasan yang teramat sangat mengatasi segalanya. Dan lama-lama rasa seronok pulak sebab tak payah nak susah-susah nak menulis. Penyudahnya, dekat sebulan blog bersawang. Terakhir aku update, kisah di KL, sekarang nih aku di KL lagi so it's about time lah aku update mana-mana yang patut. Itupun kalau rajin. Masalahnya, aku dah macam selesa dah sekarang nih dengan kehidupan offline aku. 

Dalam sebulan aku offline nih, kehidupan aku biasa aje, macam dulu tu lah, berkebun dan memorex. Sekarang nih musim panas terlampau, dah sebulan lebih tak hujan, dan panas nya pulak memeritkan. So tak heranlah tanaman aku banyak yang mati kering walaupun setiap hari aku siram. Tanah jadi keras, so itu yang setiap hari ada aje tanaman yang kering, dan aku terpaksa melipatgandakan usaha menyiram. Fikir punya fikir, untuk menyelamatkan kacang harimau aku yang tengah membesar tuh, akhirnya aku beli pam air. Dan setiap hari aku menyiram guna air yang aku sedut dari parit yang jauhnya dalam 100 m dari kebun. Sejam lebih setiap kali aku menyiram, aku banjirkan kawasan, biar tanah jadi lembut, itupun petangnya tanah jadi kering dan keras semula. Aku tetap tak putus asa, kalau ikutkan hati, nak give up aje.

Memorex pulak, syukur Alhamdulillah yang aku dah withdraw modal yang aku gunakan untuk bukak account kat eToro dulu tuh. The first 2 weeks aku rugi, modal aku yang USD 1000 tuh tinggal dalam USD 500 aje, tapi syukur lah aku lama-lama semakin hati-hati trading yang akhirnya aku dapat withdraw modal dan tinggalkan another USD 1500 untuk terus trade. So account aku macam wave gitu, ada masanya naik sampai USD 2700 (patutnya aku withdraw lagi tapi aku terleka dengan keuntungan), dan kadang tuh turun sampai bawah dari USD 1000. Harinih equity ada dalam USD 1300, but things do not look good sebab aku rasa I am on the wrong side of the market. Tengoklah macamana, silap-silap aku close kan semua positions dan buat withdrawal lagi sikit, tinggalkan a few hundreds jer dalam account sebab aku punya plan nak withdrawl about USD 2000 a month, buat perbelanjaan aku.

Akaun yang lagi satu pun ok jugak, Ethereum aku bertambah setiap hari sebab aku cuma masuk a few positions dan aku tak mudah panik bila prices go against, aku biarkan aje sampai prices tuh berpatah balik.

As I said, aku sekarang nih di KL for a few days, Rabu nih balik Raub. Aku ada suruh one of the guys kat masjid untuk tolong tengok-tengokkan dan siram tanaman aku, so dia janji akan menyiram di sebelah petang (sebab dia kerja). Dan aku pun dah janji nak bayar dia RM 50 per session, aku tahu yang mahal gila sebab kerjanya tak sampai sejam pun. Macamana pun, aku tak rasa "ralat", infact aku yang offer dia RM 50 per session tuh. Harap-harap dia sedar dan bersyukur yang dengan dia selalu datang masjid, Tuhan bukak pintu rezeki dia.

Ok lah, itu jer lah untuk kali ini, mintak-mintak aku jadi rajin semula lah lepas nih untuk update blog, tapi kalau aku tetap malas, then tak boleh nak buat apa lah.

Sunday

Ahad 24 Febuari 2019

Pagi nih santai jer lah, ke Kopitiam kat area hotel, sesambil baca paper. Tak ramai orang pun kat Kopitiam tuh, kat open space tuh aku sorang jer, kat bahagian dalam jer yang agak sibuk sikit.

Then tak lama tuh ada this one guy, dia duduk kat seat depan aku, "dalam banyak-banyak seats kosong, dia boleh pilih duduk seat depan aku", aku fikir gitu. Aku buat selamba aje lah sambil terus baca paper. 

"Tak sedap", aku kata gitu, saja jer lah, tak kan tak sembang langsung, kan? Memang tak sedap pun Nasi Lemak Kampung tuh.

Lepas tuh terus lah sembang, peramah gila orangnya, ringan mulut gitu. Aku angguk-angguk aje lah bila dia cerita kisah dia. Dulu dia nih partnered dengan one very famous (famous for all the wrong reasons) Datuk Dr yang tak payah aku sebut nama penuh, buat berbagai jenis businesses. Tapi sebab dia tak bersetuju dengan modus operandi Datuk Dr tuh, dia pun quit, setahun lepas. Pernah drive Ferrari, BMW, dia siap tunjuk gambar-gambar lagi. 

That was then.

Sekarang nih dia "susah", baru nak bertapak semula, itu yang dia nak apply kerja kat Kopitiam tuh. 

Kesian aku mendengarnya dan bila dia tanya aku samada aku pernah mengalami zaman kejatuhan, aku kata pernah sangat, tapi aku sikit pun tak cerita kat dia kisah aku. 

Tak nak cakap banyak lah tapi aku terkasi RM 250 kat dia, harap-harap dia terus maju lah. Aku tak maju tak apa sebab aku rasa, InsyaAllah, aku boleh handle ketidakmajuan aku.

Then lepas melepak sekejap kat bilik, order Grab, nak ke MidValley, dah bertahun tak ke sana. Rasanya sejak tak duduk Bangsar, aku dah tak ke sana. Masuk AEON, nak beli barang dapur. Tak ada jual kurma rupanya, so dapat beli honey, cinnamon powder, benda-benda organic lain jer. 

Lewat aku lunch hari nih, sebab lepas Zohor aku tidur sampai Asar. Then menapak ke Bukit Bintang. Betul-betul kat Royale Chulan Bukit Bintang (yang dah nak dijual kat company Singapore), ada orang tegur aku, "Boss, Boss, ingat saya?".

Rupanya Bangla yang dulu kerja landscape kat Royale Chulan Cherating, yang selalu aku dulukan gaji dia sebab Boss dia kat Johor. Rupanya dia dah pindah Serdang, kerja kedai cenderamata. So Sundays biasanya dia jalan-jalan kat KL, katanya. Pakaiannya, siap ada bow tie lagi! Hiks!

Aku tanya dia, macamana dia boleh kenal aku, kan ker kawasan tuh ramai orang? Dia kata dia terperasan aku dari jauh lagi, dia kata aku sebijik macam masa kat site dulu, pakai jeans, topi, jalan sorang-sorang. Yang beza sikitnya, dulu aku sentiasa belek cellphone masa berjalan turun naik bukit kat site, tadi tuh aku tak pegang cellphone pun.

Aku ajak dia (sama kawan dia) temankan aku makan tapi sebab dia dah nak balik, nak tunggu bas, dan hari pun nak hujan, so dia mintak diri. Elok jer aku masuk restoran Paki kat Bukit Bintang tuh, hujan pun turun, so sejam lebih lah aku melepak kat restoran tuh.

Malam pun aku melepak kat Bukit Bintang jugak, entah apa lah aku cari, aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu, aku buang masa. Dan baru aku teringat yang ada 2 tiga benda yang aku masih belum beli, yang nak beli pun dah tak sempat sebab barang-barang tuh tak ada kat Bukit Bintang. Esok dah nak balik, damn!

Saturday

Jumaat/Sabtu 22/23 Febuari 2019

Jumaat 22 Febuari 

Agaknya sebab bersemangat sangat nak ke KL, aku tak breakfast pun pagi nih. Balik aje dari masjid terus aku berkemas apa yang patut. Berita terbaru, Mak mungkin akan balik esok, Pui, Ida nak bawak Mak pergi khenduri di Jerantut, dan lepas tuh Mak berkemungkinan akan balik ke Raub sama Pui. Aku akan teruskan plan aku untuk ke KL. Dulu aku dah lah terpaksa "patah balik", kan?

Lepas tuh baru lah ke kebun sekejap, setakat menyiram mana yang sempat. Biasanya balik dari KL akan ada lah tanaman dalam polybags yang aku terpaksa buang sebab mati kering. 

Aku tinggalkan kereta kat tempat service, suruh Cina tuh check dan tukar apa yang patut. Then terus lah tunggu bas yang tak kunjung tiba, nasib baik ada teksi. Tak sempat jugak nak breakfast sebab bas ke KL dah nak jalan, aku tak nak terkejar-kejar sangat nanti untuk Sembahyang Jumaat. Kepala aku dah mula pening, masuk angin lah tuh. Ingatkan takat pening lalat gitu aje tapi semakin dekat nak sampai KL, semakin teruk pulak, rasa memantak-mantak gitu. 

Lepas check in kat Citin, terus ke KFC, then beli Panadol etc. Sempat melepak sekejap sebelum ke Pudu Sentral untuk sembahyang. Lepas tuh tidur jer lah kerja nya, bangun tuh kepala dah ok, syukur. 

Lepas Isyak baru lah keluar, ke The Robertson untuk dinner sebelum ke Bukit Bintang. Merayau-rayau gitu lah, jalan slow-slow, sampailah ke Pavilion. 

Sabtu 23 Febuari

Sebenarnya hari nih ada khenduri wedding tapi aku tak hantar RVSP sebab event tuh kat tempat kelas sangat, aku rasa kalau aku call kawan aku tuh sure dia suruh datang jugak tapi memandangkan yang dibuat kat hotel 5 bintang, dan yang datang pun semuanya yang berbintang-bintang, aku tak rasa macam bersalah jer tak memunculkan diri. Iyalah, aku nih manusia tak berbintang. 

Lepas breakfast roti canai kat kedai Mamak, aku ke Sungai Wang, nak ambik contact lenses yang aku order bulan lepas. Awal sangat, kedai tak bukak pun lagi, so aku merayau-rayau sekejap. Bukan niat nak berhenti pun tapi aku terberhenti depan stand yang jual scrub ker apa tah, coffee scrub. Aku buat tak layan jer mulanya bila Minah tuh explain cara penggunaan, then aku jadi terkesian pulak kat dia sebab puas dia cerita itu ini sedangkan aku tak ada niat nak beli pun. Dan sebab terkesian tuh yang buat aku terbeli 2 botol coffee scrub tuh.

Balik ke hotel, teruslah aku lumurkan kopi tuh, aku nih dah lah botak, itu yang bila dilumurkan ke muka, kepala, seluruh badan, sebijik macam orang minyak. Macam toyol pun iya. Yang best nya jadi orang buruk macam aku nih, ko buat apa pun tak rasa malu, sebab ko dah sememang buruk, kan?

Tengahari sampai ke malam aku buat kerja, aku memorex. Memanglah Forex tak bukak weekends tapi aku trade cryptocurrencies yang open 24/7. Aku baru bukak fiat money account kat one of the biggest brokers in the world. Company tuh tak guna MT4, dia ada platform nya tersendiri, itu yang aku tekun jer belajar trade ikut cara company tuh. Untuk bukak Islamic account, minimum deposit nya USD 1000, so aku deposit sebanyak itu dan submit aku punya documents (scanned ICs, bank statement, bills etc) dan by Asar aku dah boleh trade.

Maknanya sekarang aku ada 2 accounts, satu account guna cryptocurrencies (Ethereum, Bitcoin Cash) tapi aku trade foreign currencies, dan satu lagi account (yang baru bukak nih) aku guna fiat money tapi aku nak trade cryptocurrencies, Bitcoin, Ehereum, Ripple etc. Mungkin jugak commodities dan stocks. Tengoklah macamana nanti.

Sebelum Maghrib aku cuba-cuba trade, aku beli Bitcoin dan Ethereum, beli sikit jer, minimum. So bila ada open positions nih, asyik nak tengok cellphone ajelah, nak check movement. Sepanjang aku menapak dari Citin ke Bukit Bintang, even masa order makanan kat Subway, mata asyik tertumpu kat cellphone. Malu kat orang jer, macam mangsa-mangsa gadgets jugak aku nih rupanya.

Aku dah on my way untuk balik bila tiba-tiba harga Bitcoin jatuh by USD 400 dalam masa a few seconds. Semua harga cryptos pun gitu. Dan bila tak ada gaya macam nak naik semula, selamba aje lah aku cut loss, rugi dalam USD 60. Tak apa, itu harga satu pengajaran.