Wednesday
Saturday
Ahad - 29122013
Lama dah aku tak makan kat kedai Chu Bekam sebab sekarang dia cuma bukak kedai weekend aje, dan Sabtu memang aku makan kat kedai Samad. Hari Ahad aje baru berkesempatan makan kat kedai Chu sebab kedai dia jer lah yang bukak Ahad. So lama lah bersembang sama Chu Bekam tuh.
Then aku ke kebun, menyangkul, membersihkan kawasan untuk ditanam kacang. Jugak merepair mana-mana yang patut direpair. Malam semalam adalah hujan sekejap, tak lebat mana pun, so agak senanglah jugak kerja aku.
Pak Andak sama Mak Andak ada singgah sekejap sebelum diaorang balik Muar. Too bad kacang dah habis, kalau tak, bolehlah diaorang bawak balik sesikit, sebab tanah yang aku kerjakan tuh sebenarnya tanah Pak Andak.
Lepas Zohor mak ada mesyuarat AJK kat Balairaya, then ada jamuan. Aku pun dapat jemputan jugak, jemputan makan jer lah. And so for the second time aku "merempat" lagi sebab Bibik Duyung ada di rumah. Aku melepak kat masjid, buat apa-apa yang patut. Bila rasa dah "lama" baca Quran, aku melepak dalam kereta.
Aku beritahu mak yang instead of naik teksi, aku nak hantar Bibik Duyung naik bas aje lah. Buat apa buang duit beratus-ratus, kan? Mak tak payah pergi lah, leceh nanti tuh, lagipun mak kan ker tak biasa naik bas? Mak selalunya naik teksi aje.
Petang nih hujan lagi walaupun sikit jer. Aku suka kalau hujan turun dalam waktu Asar, sebab aku tak payah ke kebun.
Mengaji sama ImamHajiMat malam nih best jugak sebab tak ramai orang, aku jer jemaah lelakinya. So banyak pages yang dapat dibaca. Ada jugak jamuannya lepas tuh, jarang ada jamuan kalau malam minggu biasanya.
Pak Andak sama Mak Andak ada singgah sekejap sebelum diaorang balik Muar. Too bad kacang dah habis, kalau tak, bolehlah diaorang bawak balik sesikit, sebab tanah yang aku kerjakan tuh sebenarnya tanah Pak Andak.
Lepas Zohor mak ada mesyuarat AJK kat Balairaya, then ada jamuan. Aku pun dapat jemputan jugak, jemputan makan jer lah. And so for the second time aku "merempat" lagi sebab Bibik Duyung ada di rumah. Aku melepak kat masjid, buat apa-apa yang patut. Bila rasa dah "lama" baca Quran, aku melepak dalam kereta.
Aku beritahu mak yang instead of naik teksi, aku nak hantar Bibik Duyung naik bas aje lah. Buat apa buang duit beratus-ratus, kan? Mak tak payah pergi lah, leceh nanti tuh, lagipun mak kan ker tak biasa naik bas? Mak selalunya naik teksi aje.
Petang nih hujan lagi walaupun sikit jer. Aku suka kalau hujan turun dalam waktu Asar, sebab aku tak payah ke kebun.
Mengaji sama ImamHajiMat malam nih best jugak sebab tak ramai orang, aku jer jemaah lelakinya. So banyak pages yang dapat dibaca. Ada jugak jamuannya lepas tuh, jarang ada jamuan kalau malam minggu biasanya.
Wednesday
Sabtu - 28122013
Since Bibik masih "tak sihat", aku sama mak aje yang ke masjid for Subuh. Ke Pekan Sehari pun mak tak pergi, sebab nak temankan Bibik Duyung. Aku pergi awal sikit sebab nak hantar cili ke Makcik Lijah, lagipun nak ke rumah Chu.
Aku beli lah nasi lemak, satay, limau oren, untuk Bibik Duyung. Aku beli Quran yang ada terjemahan sebijik, RM 135, yang besar, Quran yang aku ada tuh kecik dan memang aku tinggalkan kat masjid aje. Dengan ada Quran yang ada terjemahan nih harap-harap aku rajin lah baca sebab aku selalu jadikan alasan yang pasal apa aku tak baca Quran kat rumah, sebab tak ada Quran terjemahan. Boleh gitu?
Kitaorang ke rumah Chu pukul 8 setengah, aku simpan talipun kat bilik mak sebab aku tahu yang talipun Bibik Duyung dah habis kredit, kitaorang akan lama di rumah khenduri Chu, nanti dia bermaharajalela pulak menalipun Indo. Jahat aku kan? Ekekekke. Ah, aku peduli apa, orang yang macam Bibik Duyung tuh tak boleh kasi muka.
Aku rasa ini pertama kali aku banyak involved dengan khenduri, tolong apa-apa yang patut. Pergi beli ais, tolong memasak nasi Arab, tukang kacau bubur etc. Sabar jer lah kalau dah ramai-ramai tuh, semua lawak-lawak lucah jer yang diaorang sembangkan (yang lelaki).
Tak ramai sedara mara yang datang, ahli keluarga kitaorang pun cuma aku sama mak aje. Grand jugak majlisnya, majlis pertunangan Tihah, jugak majlis bercukur rambut kedua-dua cucu Chu.
Lepas Zohor, aku ke surau, tidur kat situ sebab tak kan aku nak balik ke rumah, Bibik Duyung kan ada? Buatnya kena tangkap basah? Kena tangkap basah dengan orang muka berkarat pulak tuh.
"Meluat sungguh Pak Andak ke Bibik (Duyung) awak terh, kita pulak kena melayan dia", kata Pak Andak.
Lepas Asar baru lah selesai semuanya. Dan Nuar pun ada talipun, mak yang jawab. Keputusannya, hantar Bibik Duyung balik Shah Alam, walaupun Nuar ada Bibik lain, Nuar kata dia tahu mana nak "taruk" Bibik Duyung tuh, celah dapur ker.
"Mat nyer awak kabor ke Bibik kita nak hantar dia balik ke Shah Alam?", mak tanya aku.
"Biar nyer baik sakit dia tuh", aku kata gitu.
Memang pun, akhirnya "sakit" Bibik Duyung dah semakin sembuh, tapi dia masih tak sihat untuk ke masjid for Maghrib/Isyak.
Ramai jugak jemaah yang ikut mengaji sama UstazM malam nih, 10 orang jemaah lelaki, 2 perempuan.
Jumaat - 27122013
Awal pagi aku dah menyiram, guna pam. Sejam lebih jugaklah nak menghabiskan menyiram, cuma ada satu plot kacang yang tak bersiram sebab paip air tak cukup panjang, 120 meter jer. Tak apa, yang di situ aku akan siram guna air paip.
Dah agak lewat jugak dah aku nak mulakan bertanam, so aku decided untuk menyemai aje lah. Memang kena sangat pada tempatnya, dah lah sorang-sorang kat kebun, di bawah pokok pisang, memasukkan tanah baja ke dalam trays, menyemai, memang syoklah kalau nak melayan perasaan time-time gitu.
Entah, tiba-tiba jer aku rasa sayu. Rasa sebak. Aku fikir, gini rupanya nasib aku, this is the price I have to pay sebab aku dulu nya memang anak yang tak guna, anak yang paling menyusahkan mak (arwah) bapak. Memang aku tak menafikan tuh dan memang aku tahu yang adik beradik aku marah, berdendam, dan tunggu masa jer nak hambur kata-kata tuh kat aku, atau nak memulang paku buah keras. Tapi mungkin sebab aku sekarang dah "tebus sesikit" ketidakgunaan aku tuh (dengan menjaga mak di kampung) so diaorang tak ada kesempatan nak "basuh" aku. Tak tahulah kalau kat belakang-belakang aku, tanpa pengetahuan aku, diaorang ada cerita pasal tuh semua. Dang, kalau Long boleh cakap gitu, orang lain pun ada harapan dah cakap gitu pun, kan? Dang!
"It takes time to heal...," Lan ada kata macam tuh semalam. Yang secara tak langsung mengonfirmkan apa yang aku tulis kat atas tuh.
So itu yang buat aku jadi sedih, sayu dan hiba tuh. Sambil duduk bercangkung memasukkan tanah ke trays semaian kecik tuh.
Aku terfikir jugak, kalau diaorang boleh mengungkit, aku pun boleh mengungkit jugak sebenarnya. Mungkin diaorang tak perasan, tapi, sapa yang initiate buat rumah ni lepas (arwah) pak pencen dulu tuh? Sapa yang cari duit? Sapa yang kasi duit untuk hantar mak sama (arwah) pak buat haji? Tapi aku tak nak lah bukak balik cerita lama, itu sensitif tuh, boleh jadi bermusuh-musuhan kitaorang nanti. Memanglah, benda baik orang akan senang lupa, sekali ko buat palat, bau taik palat ko tuh tak akan orang lupa.
So itu yang buat aku jadi lebih sedih, lebih sayu dan lebih hiba tuh.
Tiba-tiba jer airmata aku laju jer mengalirnya. Aku biarkan aje sebab mana ada orang tengok. After all it's ok for a man to cry.
"Abang Tam, kome nak balik dah...", aku dengar suara Rozi. Aku toleh ke belakang, ingatkan dia masih jauh tapi dia dah dekat dengan aku. Shit, aku tak sempat nak keringkan air mata ekekekek
"Apasal nya Abang Tam buat gini, tutup blog, dah kome rasa tak sedap hati", kata Rozi.
"Alah tak mende nya lah", aku kata gitu sambil gelak-gelak.
"Tak lah, lepas jer jer kome cakap gitu terus Abang Tam tutup blog", kata Rozi lagi.
"Rilekslah....", aku kata gitu. "Saja jer nak bagi deme rasa guilty", aku kata lagi.
"Memang pun, kome rasa bersalah pulak...", kata Rozi.
"It works then", aku jawab gitu sambil gelak besar.
Aku sambung buat kerja aku bila diaorang balik, diaorang singgah rumah Chu hantar mak sama Bibik Duyung yang nak tolong buat kerja khenduri.
Tapi tak lama lepas tuh diaorang patah balik, katanya ada barang tertinggal, lagipun diaorang kata tak sedap hati jer sebab semalam cadangnya nak bermesyuarat sama mak sekali tapi kebetulan pulak aku keluar makan sama Pak Andak, balik pun dah 11 setengah malam.
So kitaorang sembang pasal projek nak menggeting-rid kan Bibik Duyung. Kitaorang memang tak berkenan sangat dengan cara dia, orang lain pun sama, Pak Andak, Chu, semuanya meluat semeluatnya dengan lakunan Bibik Duyung tuh. Dan yang pentingnya, mak pun memang tak suka Bibik Duyung tuh. Cuma masalahnya, mak tak nak berterus terang dengan Nuar, mak nak gunakan nama orang, nak kaitkan nama aku, nak beritahu Nuar yang kononnya aku tak serasi dengan Bibik Duyung.
Mak memang selalu gitu, sentiasa corner ke lain, tak nak nama sendiri "buruk" tapi dengan selambanya nak memburukkan nama orang lain. Kitaorang boleh faham yang mak "tak sampai hati" nak beritahu perkara sebenar kat Nuar pasal Nuar dah banyak keluarkan duit selama ini.
"Abang Tam kena cakap jugak kat mak, suruh mak terus terang aje", kata Rozi.
Aku tahu all along yang kitaorang sebenarnya tak akan ada masalah besar, or rather masalah kecik tak akan jadi besar, kalaulah mak selalu berterus terang. Tapi itulah, as I said, mak nak jaga nama baik, mak selalu kata things like, "Mak tak apa, mak tak ada mende-mendenya tapi (insert nama orang lain kat sini) ....... In this case, nama aku yang akan digunakan.
And so aku made a promise dengan Lan/Rozi, yang aku akan pastikan mak akan berterus terang kali nih, tak pun biar aku yang bercakap sendiri dengan Nuar, walaupun secara generalnya Nuar tak akan dengar cakap kitaorang, dia akan kata yang kitaorang saja mereka-reka cerita.
Lepas Sembahyang Jumaat aku singgah rumah Chu, nak lunch, jugak nak jemput mak yang akan ke surau. Mak suruh Bibik Duyung tolong-tolong apa yang patut, tapi hati aku kata yang mak cari alasan jer yang mak tak nak ajak Bibik Duyung ke surau. Apparently nama baik mak dah tertarnish sesikit sejak kehadiran Bibik Duyung yang tak pandai membawak diri, even masa di surau dan masjid sekalipun.
Sebelum mak ke surau, aku berkesempatan bercerita dengan mak, dan aku ambik peluang tuh untuk mengeluarkan apa yang terbuku di hati aku selama ini. Mana yang sempat, yang aku ingat, yang tak buat mak kecik hati. Laju jer aku cakap, tapi nada lembut dan slow. Susah mak nak terima mulanya, dan macam biasa mak berdalih itu ini, cuba cover mana-mana yang patut tapi mak corner ke kanan, aku pintas kat kanan. Mak corner ke kiri, aku pintas ikut kiri. Sebenanya aku nak mak terus terang aje dengan Nuar, beritahu the real reason mak nak Bibik Duyung nyah dari sini, jangan gunakan nama orang (in this case, nama aku).
"Bibik (Duyung) mana?", aku tanya sedara mara aku yang ramai kat rumah Chu, masa aku nak jemput dia, lepas Isyak.
"Tak guna satu sen pun Bibik deme terh, nya tidur dari Zohor tadi. Bangun jer, tereh sembayanag, lepas tu tidur semula", kata Pak Andak.
Masa aku jemput mak petang tadi ada lah aku ternampak Bibik Duyung tolong-tolong buat kerja, menyediakan bunga rampai.
Rupanya Bibik Duyung "sakit, pening kepala" katanya. Sampai aje di rumah, asyiklah uwek-uwek dia "muntah", tapi bila mak jenguk kat bilik, tak ada apa pun. Kalau mengikut bunyi uwek dia tuh, mahu sebaldi muntah yang keluar.
Memang lakunan jer lah, memang guna script lama Bibik Duyung tuh, pasal dalam tak sihat tuh pun, dalam menggigil-gigil tuh, dia asyik suruh talipun Nuar (kat Shah Alam), nak suruh jemput dia. Pelik aku, bila aku kata nak bawak dia ke hospital, dia tak nak pulak.
Khamis - 26122013
Tak nak tulis panjang hari nih.
Macam biasa, pagi aku buat kerja yang selalu aku buat.
Tengahari aku naik angin. Pasal Bibik Duyung. Aku tegur dia sebab dia tak ikut mak ke surau, lepas Zohor. Alasan dia, dia tertidur. Dia tidur di beranda. Kalau tanya mak, sure mak akan kata yang biarkan aje dia tidur, tapi sebenarnya aku tahu yang mak memang tak nak ajak Bibik Duyung ke surau. Pasal mak malu kat orang kampung, malu dengan perangai Bibik Duyung yang tak senonoh tuh, yang telinga sentiasa dihinggapi talipun.
Yang buat aku bengangnya, Bibik Duyung tuh menjawab, melawan cakap, bila aku kata yang tugas dia sebagai peneman mak, dia kena selalu ada sama mak (aku kasi contoh semalam), itu yang dia pun naik hangin tuh.
Lepas tuh aku dengar dia menalipun, menangis teresak-esak kononnya.
Aku beritahu Lan sama Rozi yang aku rasa aku nak ke KL aje lah pasal aku tension dengan arrangement sekarang nih, mak buat hal mak, Bibik Duyung buat hal dia. Aku tahu yang mak cukup tak suka Bibik Duyung punya perangai tapi mak, as always, maintain ayu. Aku, macam Lan sama Rozi jugak, kalau boleh sekarang jugak aku nak Bibik Duyung tuh di hantar ke laut dalam, where she belongs.
Then Lan sama Rozi ajak bermesyuarat, kat dapur.
And so aku decided nak privatekan blog aku. Bukan sebab diaorang tapi what's the point publish blog tapi isinya kena ditapis dan disaring elok-elok demi menjaga hati sebilangan pembaca.. Aku senyum ajelah bila mengenangkan yang apa aku tulis selama ini cuma tips of the iceberg, banyak benda-benda lain yang aku tak tulis sebab aku pun nak jaga hati orang.
So jadi bodoh jer aku membawak ke malam. Nampak sangat aku nih gila glamer, kan? Aku privatekan blog, bukan bermaksud aku berhenti tulis, kan? Aku rasa "lonely" gitu, knowing yang kisah aku tak dapat aku share kan dengan orang lain. I don't care shit dengan pembaca yang aku tak kenal, tapi aku kesian kat diaorang yang dah bertahun-tahun ikut perjalanan hidup aku. I like them pasal they know me more than my family does.
Jamuan lepas Tahlil malam nih tak meriah pasal makanannya sikit, ramai yang tak sempat makan. Aku cuma sempat beratur jer. So aku ajak Pak Andak makan kat luar, lepas hantar mak sama Chu. Kitaorang ke gerai kat Pintu Padang, depan Sekolah Sains. Sampai 11 -30 pm kitaorang bercerita.
Subscribe to:
Posts (Atom)