Saturday

Ahad - 29122013


Lama dah aku tak makan kat kedai Chu Bekam sebab sekarang dia cuma bukak kedai weekend aje, dan Sabtu memang aku makan kat kedai Samad. Hari Ahad aje baru berkesempatan makan kat kedai Chu sebab kedai dia jer lah yang bukak Ahad. So lama lah bersembang sama Chu Bekam  tuh.

Then aku ke kebun, menyangkul, membersihkan kawasan untuk ditanam kacang. Jugak merepair mana-mana yang patut direpair. Malam semalam adalah hujan sekejap, tak lebat mana pun, so agak senanglah jugak kerja aku.

Pak Andak sama Mak Andak ada singgah sekejap sebelum diaorang balik Muar. Too bad kacang dah habis, kalau tak, bolehlah diaorang bawak balik sesikit, sebab tanah yang aku kerjakan tuh sebenarnya tanah Pak Andak.

Lepas Zohor mak ada mesyuarat AJK kat Balairaya, then ada jamuan. Aku pun dapat jemputan jugak, jemputan makan jer lah. And so for the second time aku "merempat" lagi sebab Bibik Duyung ada di rumah. Aku melepak kat masjid, buat apa-apa yang patut. Bila rasa dah "lama" baca Quran, aku melepak dalam kereta.

Aku beritahu mak yang instead of naik teksi, aku nak hantar Bibik Duyung naik bas aje lah. Buat apa buang duit beratus-ratus, kan? Mak tak payah pergi lah, leceh nanti tuh, lagipun mak kan ker tak biasa naik bas? Mak selalunya naik teksi aje.

Petang nih hujan lagi walaupun sikit jer. Aku suka kalau hujan turun dalam waktu Asar, sebab aku tak payah ke kebun.

Mengaji sama ImamHajiMat malam nih best jugak sebab tak ramai orang, aku jer jemaah lelakinya. So banyak pages yang dapat dibaca. Ada jugak jamuannya lepas tuh, jarang ada jamuan kalau malam minggu biasanya.