Wednesday

Khamis - 26122013

Tak nak tulis panjang hari nih.

Macam biasa, pagi aku buat kerja yang selalu aku buat. 

Tengahari aku naik angin. Pasal Bibik Duyung. Aku tegur dia sebab dia tak ikut mak ke surau, lepas Zohor. Alasan dia, dia tertidur. Dia tidur di beranda. Kalau tanya mak, sure mak akan kata yang biarkan aje dia tidur, tapi sebenarnya aku tahu yang mak memang tak nak ajak Bibik Duyung ke surau. Pasal mak malu kat orang kampung, malu dengan perangai Bibik Duyung yang tak senonoh tuh, yang telinga sentiasa dihinggapi talipun.

Yang buat aku bengangnya, Bibik Duyung tuh menjawab, melawan cakap, bila aku kata yang tugas dia sebagai peneman mak, dia kena selalu ada sama mak (aku kasi contoh semalam), itu yang dia pun naik hangin tuh.

Lepas tuh aku dengar dia menalipun, menangis teresak-esak kononnya.

Aku beritahu Lan sama Rozi yang aku rasa aku nak ke KL aje lah pasal aku tension dengan arrangement sekarang nih, mak buat hal mak, Bibik Duyung buat hal dia. Aku tahu yang mak cukup tak suka Bibik Duyung punya perangai tapi mak, as always, maintain ayu. Aku, macam Lan sama Rozi jugak, kalau boleh sekarang jugak aku nak Bibik Duyung tuh di hantar ke laut dalam, where she belongs. 

Then Lan sama Rozi ajak bermesyuarat, kat dapur.

And so aku decided nak privatekan blog aku. Bukan sebab diaorang tapi what's the point publish blog tapi isinya kena ditapis dan disaring elok-elok demi menjaga hati sebilangan pembaca.. Aku senyum ajelah bila mengenangkan yang apa aku tulis selama ini cuma tips of the iceberg, banyak benda-benda lain yang aku tak tulis sebab aku pun nak jaga hati orang. 

So jadi bodoh jer aku membawak ke malam. Nampak sangat aku nih gila glamer, kan? Aku privatekan blog, bukan bermaksud aku berhenti tulis, kan? Aku rasa "lonely" gitu, knowing yang kisah aku tak dapat aku share kan dengan orang lain. I don't care shit dengan pembaca yang aku tak kenal, tapi aku kesian kat diaorang yang dah bertahun-tahun ikut perjalanan hidup aku. I like them pasal they know me more than my family does. 

Jamuan lepas Tahlil malam nih tak meriah pasal makanannya sikit, ramai yang tak sempat makan. Aku cuma sempat beratur jer. So aku ajak Pak Andak makan kat luar, lepas hantar mak sama Chu. Kitaorang ke gerai kat Pintu Padang, depan Sekolah Sains. Sampai 11 -30 pm kitaorang bercerita.