Tuesday

Tuesday08032016

Hmmm... dah berapa hari dah aku tak update blog? Sebelum aku terlena dari kemalasan, baik aku sambung tulis. Banyak jugak cerita yang terjadi dalam masa seseminggu nih cumanya nak menulis tuh yang malas. Lagi-lagi bila aku fikir yang kalau aku tulis pun, tak ada siapa yang dapat baca. Sejak aku privatekan blog, ada a few messages yang aku dapat, aku tak tahu pun yang selama ini ada kawan-kawan sekolah, kawan-kawan masa kat ITM, yang baca, yang mengikut perkembangan aku. 

Ok, straight to the point jer lah, ini some news pasal projek kitaorang nih. Last Friday diaorang ada Board Meeting dengan Tan Sri, so adalah a few bendas yang baru. Tan Sri nak projet nih disiapkan July 2016 nih, which is impossible lah. Tapi, diaorang semua angguk aje bila Tan Sri kata yang by hook or by crook project Phase 1 nih kena siap July. Phase 2 nanti buat hotel 8 tingkat.

Potong lancaulah kalau siap July. Lancau siapa, itu aku tak tahu. Aku punya dah lama potong.

Berita yang paling menyedihkan, Arkitek project nih kena sotong. Maksudnya, diaorang cuma kena siapkan projek Phase 1 nih, Phase 2 nanti orang lain yang buat. Aku pelik apa pasal Boss aku tak kena terminate jugak sedangkan dia lagi teruk dari Arkitek. Mungkin sebab cable dia besar, ada royal blood lagi, walaupun sekadar darah bercampur sirap. Memang tak boleh dinafikan yang kalau ada apa-apa issue, Arkitek lah yang akan diblame, so I have the feeling yang Boss aku guna issue tuh untuk menyelamatkan bontot dia. Dia boleh kata yang structural drawings tak dapat dia sediakan sebab Architectural drawing belum keluar. 

Buat masa ini, Client kena bayar penalty sebanyak RM 72, 000 kat MPK pasal buat projek tanpa kelulusan. That amount boleh kot dikurangkan, tapi Client kena lah appeal. Lepas bayar barulah surat rayuan untuk mintak ditarik balik Stop Work Order akan dibuat, dan dalam masa yang sama semua documents, approval submissions akan dibuat.

Apa yang aku dapat tahu, masa meeting tuh, most of them angguk kepala aje dengan arahan Tan Sri. Even tokay Kontraktor sendiri. Nampak sangat lah diaorang nih, kan? Banyak issues yang tak dibentangkan simply because diaorang tak nak Tan Sri bertukar mood, tak nak Tan Sri upset. Sebabnya masa tuh Tan Sri dah baik mood nya sebab turfing works dah mula jalan. Sampai pukul 12 lebih Jumaat ituhari aku tunggu sebab nak snap latest pic pasal turfing, nak tunjukkan kat Tan Sri masa meeting lepas sembahyang tuh.

So bila a few issues tak dibentangkan dalam meeting, selamatlah Boss aku. Sekarang nih kat Whatsapp group, macam dah mati semuanya, senyap sunyi. Minggu lepas jer ada Boss aku bersuara sekali, dan aku ambik kesempatan tuh untuk mengutuk dia. Ingat dak 2 minggu lepas aku ada hantar gambar slope yang macam nak runtuh tuh? Baru minggu lepas dia jawab, dia kata akan dibuat gabion wall sekitar depan Beach Club. Dia kata dia panic tengok gambar aku hantar tuh. Selamba jer aku jawab, "You have lots of other things to panic about I'm telling you". And after a few sentences, aku kata lagi, "Oh, since you are here, where's my gaji?". So malam tuh dia masukkan gaji. Sebelum tuh aku dah beritahu CPM yang aku kemungkinan akan cuti lama kalau gaji tak masuk by the end of second week. 

Tapi, sebenarnya aku suka jugak gaji masuk lambat nih sebab kalau masuk awal, awal habisnya. Ada jer lah keperluan yang tak perlu.

Apa lagi hah?

Aku dah semakin malas nak jogging sekarang nih, ituhari lah, 2 petang aku sibuk pindah rumah, terus jadi termalas dah. Macamana pun aku masih jalan-jalan ke pantai. Jalan-jalan jer, lari cuma dalam masa 5 minit. Dan aku balik awal dah sekarang nih, pukul 6 setengah aku dah di rumah, best pulak kat rumah baru nih, macam teratur kehidupan aku. Oh yes, aku dah jadi rajin membasuh pakaian, ini semua gara-gara kedai dobi yang aku selalu pergi tuh, selalu tutup. Mulanya tensen jugak aku, nak hantar ke kedai satu lagi, itu kedai Keling. So aku decided nak cuba cuci sendiri pakaian aku, itu yang dalam sehari aku akan cuci seluar baju, sesehelai dua. Mulanya guna berus plastik tapi kuat pulak bunyinya bila memberus, tah-tah jiran dengar, so beli berus sabut. Oklah macam nih, once in a while aku akan hantarlah dobi sebab aku tau yang hasil basuhan aku tak sebersih mana, berus dua tiga rounds, dah bilas. 

Kereta aku kena langgar lari ituhari, pecah dan patah side mirrornya. Since Zam, M&E Supervisor ada bengkel kereta, aku suruh dia repair mana-mana yang patut, kereta tuh kadang-kadang nak start kena a few times, so adalah yang tak betulnya tuh. So for 2 days aku tak berkereta, tak kisah langsung sebab rumah ke site dekat sangat, jalan kaki aje. 

Cuma apa yang aku terfikir, selama ini aku pernah terfikir yang hidup aku nih tenang, tak ada masalah, tak ada apa nak fikir (ada masalah, tapi aku tak nak fikir sangat), aku rasa macam boring jer jadinya. So Tuhan kasi masalah kecik macam tuh, biar hidup aku jadi macam hidup orang lain jugak. Itu sebabnya aku tak ada pun rasa marah, rasa bengang kat sesiapa yang langgar kereta aku tuh. Aku memang expect akan ada a little bump here and there, so aku jadi lebih redha, aku jadi lebih tenang. 

Ok, pasal member-member kat seberang pulak. Malaslah aku cakap sangat, apa yang aku boleh beritahu yang most of Indonesians nih opportunists, memang dari dulu lagi aku dah tahu. We are good friends tapi bila bab duit, aku tak berapa setuju dengan cara diaorang berfikir. 

Oklah, that's it for now. Harap-harap aku akan jadi rajin semula untuk terus berblog.

Thursday

Wednesday02032016

Masa nak ke kedai pagi nih, terserempak dengan Mariposa yang tengah breakfast kat Aqua Cafe. So singgahlah, makan kat situ. Mariposa baru sampai awal pagi nih, tapi petang nih nak balik KL semula. Banyaklah benda yang dia nak buatnya, anak nak ambik result lah, bini nak ke klinik lah. Aku anggukkan aje, masak dah aku dengan dia nih. 

Lama jugak aku kat site sebab banyak activities, lagipun both Consultant Supervisors ada datang hari nih. Aku baru nak melepak kat office bila CPM talipun, dia suruh aku buat report, together with latest photos, sebab Friday nih ada meeting dengan Tan Sri. Aik, another meeting? 

CPM kata dia sama Arkitek berbelah bagi, dia kata dia nak beritahu Tan Sri yang kat site ada aktiviti, walaupun slow. Tapi Arkitek pulak tak nak buat macam tuh, nak beritahu Tan Sri yang memang tak ada apa-apa kerja sejak dapat Stop Work Order. Bila aku beritahu yang Landscape contractor will only mobilize minggu depan, CPM suruh aku tipu, ambik gambar lama-lama, edit sesikit, so that boleh dia kata kat Tan Sri yang kerja-kerja turfing kat slopes dah mula. Sampai gitu sekali, kan?

ETLee, Kontraktor punya Project Manager ada datang dari KL, so aku ambik kesempatan bersembang dengan dia, mengupdate apa-apa yang perlu. Aku, sebagai wakil Consultant dan Client, kenalah on the same page dengan Kontraktor. We are in the same boat sebenarnya, mangsa keadaan. Dia ajak kitaorang Konsultant bertiga, together dengan staff Kontraktor, makan kat Residence Inn. Mariposa tak ada sebab dia dah balik KL. 

So bertukar-tukar maklumat, aku beritahu apa yang aku tahu sebab diaorang clueless pasal MPK punya issue. Basically project nih kena penalty, Client akan bayar dulu. Lepas tuh baru nak appeal, then submissions, drawings etc barulah dibuat. Dalam sesebulan tak mungkin boleh settle. Dan masa tetap berjalan, Kontraktor akan claim idling time of course. Masaklah orang KL nanti nih. 

Tapi ada satu issue nih yang Kontraktor highlight kat aku, yang semua orang tak perasan. One of the packages tuh under Boss aku punya jurisdiction, design-and-build punya konsep. Buat sewage treatment plant. Yang one of the tanks tuh timbul. Costnya RM 1.6 million, which is way too high. Dulu dah ada aku beritahu Client dan yang lain-lainnya apa pasal tinggi sangat harganya tapi since contract dah awarded to we-don't-even-know-who-sebab-Boss-aku-yang-handle-semua, so senyap aje lah. Now, total cost yang dibelanjakan untuk kerja tak sampai pun RM 500, 000. Dalam RM 400, 000 aje, RM 100, 000 tuh kira profits diaorang aje lah. Masalahnya, kerja masih tak siap, banyak lagi yang kena dibuat. Tapi, Boss aku dah certified 3 payments totalling RM 1.1 million. Over-claim sangat tuh, what a scary thought kalau dibayar ke Kontraktor, then Kontraktor lari gitu aje.

Apa yang menghairankan kitaorang, CPM tak tahu pun pasal semua nih, dia tak perasan pun. Bila aku cerita kat dia barulah dia check sana sini dan dia confirmedkan dengan aku yang Boss aku dah menyalahguna kuasa, dia ambik kesempatan. Selamba jer aku kata, "Kayalah Boss saya, tapi gaji saya dia tak bayar jugak". First payment dah dibayar, second one akan dibayar minggu depan dan 3rd payment bulan depan. So CPM kata yang dia akan suruh Client hold payment ke3, tapi aku kata yang kalau hold payment ke2 pun ok jugak. Serious, ini masalah besar, penyalahgunaan kuasa. 

Aku rasa macam nak cerita jer kat GM yang masih kat London, ETLee sama Tan setuju aku beritahu GM sebab aku sorang yang ada direct access to the GM. Orang KL ada access jugak tapi seboleh-bolehnya diaorang nak avoid dari bercommunicate dengan GM. Aku jer yang di sebaliknya. 

Sampai ke petang CPM berwassap dengan aku, macam orang kekurangan kasih sayang jer gayanya. Untuk petang kedua kalinya aku tak berkesempatan untuk jogging, pergi jalan-jalan ke pantai. Sebab sibuk, what with CPM nak kan gambar yang elok angelnya, nak aerial views lagi.

Apa, loe kira gwe punya sayap? Dasar anak tolol!

Tuesday01032016

Macam semalam jugak, awal-awal pagi dah banyak messages kat whatsapp. Yet kat group punya whatsapp, semuanya senyap. Dasar pengecut semuanya, nak tau info cara senyap-senyap. Tak sepakat langsunglah orang-orang di KL nun. Menyusahkan aku aje, nak breakfast pun tak aman.

Makin banyak aktivities kat site, meriah jadinya. Itu yang aku terfikir, kalaulah aku nak buat dajal, talipun aje MPK, bertempiaran diaorang yang tengah bekerja tuh lari. Tapi aku tak lah sejahat itu.

Abang Teh talipun, beritahu yang Landscape and Hardscape Contractor dah dilantik, diaorang akan datang ke site untuk jumpa aku. Ini Contractor ke 3, yang dua sebelum nih ada yang lari gitu aje, sorang lagi dah diterminate sebab lambat buat kerja. Dalam pukul 11 lebih Contractor tuh talipun, diaorang masih di perjalanan. 

Tunggu punya tunggu, sampai lah Zohor, again, puas aku beristighfar menahan sabar. Aku nak keluar pergi makan, barulah diaorang sampai. Brand new Merc ko, biasalah kot, usahawan Melayu. Haji Fauzi nama tokaynya. Hampir aku termencarut bila diaorang kata terlupa nak bawak plan (dah lah berjam-jam menunggu) sedangkan benda tuh yang pentingnya. Aku manalah tahu diaorang punya scope of works, aku perlukan plan dan contract documents, at least. 

So bawak diaorang masuk site, nak tunjukkan kawasan mana yang diaorang patut mulakan kerja sebab Tan Sri dah bising turfing works masih belum jalan. Termengah-mengah diaorang, pelik jer diaorang bila aku selamba aje jalan, tak ada rasa letih pun. 

Bila Hj Fauzi tanya kat mana nak cari rumah sewa untuk pekerja dia, terus aku rekomen sewa kat area aku tuh, sebab dekat dengan site, kedai, surau. So kitaorang pergi jumpa tuan rumah. Ada a few rumah yang kosong, Haji Fauzi ambik 1 dulu, dia nak cari 1 rumah untuk 2 orang Site Clerks dia, perempuan. Perempuan? 2 Site Clerks? Buat apa nya, diaorang mana ada site office? Ker nama jer Site Clerk, tah-tah on the side punya perempuan. Sebab bila aku kata kat sini ramai janda, laju jer Haji Fauzi tanya details. 

Lama jugak kitaorang bersembang dengan tuan rumah, dia siap tanya kalau-kalau Haji Fauzi nak beli tanah dia yang berpuluh ekar tuh. Sempat jugak dia beritahu aku yang dia lama dah nak tanya aku kalau aku berkenan kat this one cikgu.

Lepas tuh barulah aku pergi makan, kat Intan Seafood Restaurant. Aku order cheese omelette sama fries, siap aku beritahu bini Abang Din tokay tuh, suruh dia buat best-best sebab aku nak comparekan rasa dan harga kat kedai yang aku selalu pergi tuh.

"Awak tak apa ker ponteng nih?", Abang Din tanya aku. Hmmmm, Abang Din nih masih tak tahu aku nih sapa. Sebab aku sempoii sangat kot? Malaslah aku mengexplainnya, aku geleng kepala jer. Aku nih, menyusur akar sangat sampaikan orang tak tahu bisa nya aku.

Balik aje dari kedai Abang Din, terus kemas-kemas barang. Masa bersiap nak jogging, aku terfikir, apa kata aku pindah ke one of the rumahs yang kosong tuh? So bila tuan rumah aku kata ok jer aku nak duduk mana-mana yang sewanya sama, terus aku buat keputusan nak pindah. So the whole petang aku memindahkan barang aku, dang baru aku terperasan yang banyak sampah yang aku kumpul selama ini. 

Aku suka rumah yang baru nih sebab dapur nya kata dalam. Rumah lama, dapurnya kat luar. Nak ke dapur kena keluar rumah dulu. Walaupun aku memang tak memasak, tak ada dapur, tapi what a waste of space jer, dahlah rumah nya kecik. So rumah baru nih luas, dan bersih. Sebab yang duduk dulu tuh, young couple. Diaorang dah pindah sebab yang perempuan tuh mengandung. Hmmm, mengandung dah awek tuh rupanya. Patut pun sebab diaorang tak pernah langsung keluar rumah, memerap kat dalam rumah aje kerjanya. 

Aku jer yang tak bunting-bunting nya nih. 

Tuesday

Monday29022016

Petang nih orang KL ada Board Meeting sama Tan Sri, Datuk etc, so pagi-pagi lagi ada yang whatsapped aku tanya itu ini, ada yang beritahu bila certain Contractors nak mula masuk kerja etc. Memang gitu, bila nak meeting aje, barulah sibuk nak ambik tahu hal ehwal site. Boss aku jer yang rileks, aku pun tak tahu menahu perkembangan dia and his submission semua tuh, terakhir aku nampak nama dia kat whatsapp group, akhir Jan dulu. Dalam ramai-ramai tuh aku rasa he's in the biggest shitbag.

And so aku spent my whole morning kat site. Bunyi macam hebat jer kan, the whole morning. My morning started at 10:30 am benarnya.

Aku lupa apa yang aku buat lepas lunch sampailah masuk Asar. Lupa mengingatkan aktivities sebab memang tak ada buat apa pun, melepak kat office sorang-sorang, online. Oooo, aku tengok Oscar 2016. Architect punya Supervisor jer yang ada datang sekejap tadi tuh, Konsultant staff yang 2 orang lagi memang tak nampak muka. Mariposa masih di KL. Zam, Mechanical & Electrical Supervisor, dia ada bengkel kereta kat kampung di Beserah.

Aku tak lari sangat pun petang nih, banyak berjalan aje, peluh pun macam susah nak keluar. Sebelum balik rumah singgah beli satay dinner, so malam nih tak payah nak keluar cari makan dah. Gitulah, kena ubah-ubah sikit aktiviti, tak lah bosan hidup aku nih. Kecik-kecik satay zaman sekarang, kalau dulu aku nak menghabiskan 10 cucuk satay punyalah siksa, sekarang nih 15 cucuk pun rasa tak cukup.

Punyalah lama Ustaz tuh bertazkirah lepas Isyak tadi, resah aku. Diulang-ulang benda yang sama, pastuh melarat-larat dari satu cerita ke satu cerita, aku rasa macam nak terus bangun dah blah aje, buat sembahyang sunat kat rumah. Tapi aku takut dia terasa hati pulak sebab orang dah lah tak ramai. So, beristighfar ajelah untuk tahan sabar.