Tuesday

Tuesday08032016

Hmmm... dah berapa hari dah aku tak update blog? Sebelum aku terlena dari kemalasan, baik aku sambung tulis. Banyak jugak cerita yang terjadi dalam masa seseminggu nih cumanya nak menulis tuh yang malas. Lagi-lagi bila aku fikir yang kalau aku tulis pun, tak ada siapa yang dapat baca. Sejak aku privatekan blog, ada a few messages yang aku dapat, aku tak tahu pun yang selama ini ada kawan-kawan sekolah, kawan-kawan masa kat ITM, yang baca, yang mengikut perkembangan aku. 

Ok, straight to the point jer lah, ini some news pasal projek kitaorang nih. Last Friday diaorang ada Board Meeting dengan Tan Sri, so adalah a few bendas yang baru. Tan Sri nak projet nih disiapkan July 2016 nih, which is impossible lah. Tapi, diaorang semua angguk aje bila Tan Sri kata yang by hook or by crook project Phase 1 nih kena siap July. Phase 2 nanti buat hotel 8 tingkat.

Potong lancaulah kalau siap July. Lancau siapa, itu aku tak tahu. Aku punya dah lama potong.

Berita yang paling menyedihkan, Arkitek project nih kena sotong. Maksudnya, diaorang cuma kena siapkan projek Phase 1 nih, Phase 2 nanti orang lain yang buat. Aku pelik apa pasal Boss aku tak kena terminate jugak sedangkan dia lagi teruk dari Arkitek. Mungkin sebab cable dia besar, ada royal blood lagi, walaupun sekadar darah bercampur sirap. Memang tak boleh dinafikan yang kalau ada apa-apa issue, Arkitek lah yang akan diblame, so I have the feeling yang Boss aku guna issue tuh untuk menyelamatkan bontot dia. Dia boleh kata yang structural drawings tak dapat dia sediakan sebab Architectural drawing belum keluar. 

Buat masa ini, Client kena bayar penalty sebanyak RM 72, 000 kat MPK pasal buat projek tanpa kelulusan. That amount boleh kot dikurangkan, tapi Client kena lah appeal. Lepas bayar barulah surat rayuan untuk mintak ditarik balik Stop Work Order akan dibuat, dan dalam masa yang sama semua documents, approval submissions akan dibuat.

Apa yang aku dapat tahu, masa meeting tuh, most of them angguk kepala aje dengan arahan Tan Sri. Even tokay Kontraktor sendiri. Nampak sangat lah diaorang nih, kan? Banyak issues yang tak dibentangkan simply because diaorang tak nak Tan Sri bertukar mood, tak nak Tan Sri upset. Sebabnya masa tuh Tan Sri dah baik mood nya sebab turfing works dah mula jalan. Sampai pukul 12 lebih Jumaat ituhari aku tunggu sebab nak snap latest pic pasal turfing, nak tunjukkan kat Tan Sri masa meeting lepas sembahyang tuh.

So bila a few issues tak dibentangkan dalam meeting, selamatlah Boss aku. Sekarang nih kat Whatsapp group, macam dah mati semuanya, senyap sunyi. Minggu lepas jer ada Boss aku bersuara sekali, dan aku ambik kesempatan tuh untuk mengutuk dia. Ingat dak 2 minggu lepas aku ada hantar gambar slope yang macam nak runtuh tuh? Baru minggu lepas dia jawab, dia kata akan dibuat gabion wall sekitar depan Beach Club. Dia kata dia panic tengok gambar aku hantar tuh. Selamba jer aku jawab, "You have lots of other things to panic about I'm telling you". And after a few sentences, aku kata lagi, "Oh, since you are here, where's my gaji?". So malam tuh dia masukkan gaji. Sebelum tuh aku dah beritahu CPM yang aku kemungkinan akan cuti lama kalau gaji tak masuk by the end of second week. 

Tapi, sebenarnya aku suka jugak gaji masuk lambat nih sebab kalau masuk awal, awal habisnya. Ada jer lah keperluan yang tak perlu.

Apa lagi hah?

Aku dah semakin malas nak jogging sekarang nih, ituhari lah, 2 petang aku sibuk pindah rumah, terus jadi termalas dah. Macamana pun aku masih jalan-jalan ke pantai. Jalan-jalan jer, lari cuma dalam masa 5 minit. Dan aku balik awal dah sekarang nih, pukul 6 setengah aku dah di rumah, best pulak kat rumah baru nih, macam teratur kehidupan aku. Oh yes, aku dah jadi rajin membasuh pakaian, ini semua gara-gara kedai dobi yang aku selalu pergi tuh, selalu tutup. Mulanya tensen jugak aku, nak hantar ke kedai satu lagi, itu kedai Keling. So aku decided nak cuba cuci sendiri pakaian aku, itu yang dalam sehari aku akan cuci seluar baju, sesehelai dua. Mulanya guna berus plastik tapi kuat pulak bunyinya bila memberus, tah-tah jiran dengar, so beli berus sabut. Oklah macam nih, once in a while aku akan hantarlah dobi sebab aku tau yang hasil basuhan aku tak sebersih mana, berus dua tiga rounds, dah bilas. 

Kereta aku kena langgar lari ituhari, pecah dan patah side mirrornya. Since Zam, M&E Supervisor ada bengkel kereta, aku suruh dia repair mana-mana yang patut, kereta tuh kadang-kadang nak start kena a few times, so adalah yang tak betulnya tuh. So for 2 days aku tak berkereta, tak kisah langsung sebab rumah ke site dekat sangat, jalan kaki aje. 

Cuma apa yang aku terfikir, selama ini aku pernah terfikir yang hidup aku nih tenang, tak ada masalah, tak ada apa nak fikir (ada masalah, tapi aku tak nak fikir sangat), aku rasa macam boring jer jadinya. So Tuhan kasi masalah kecik macam tuh, biar hidup aku jadi macam hidup orang lain jugak. Itu sebabnya aku tak ada pun rasa marah, rasa bengang kat sesiapa yang langgar kereta aku tuh. Aku memang expect akan ada a little bump here and there, so aku jadi lebih redha, aku jadi lebih tenang. 

Ok, pasal member-member kat seberang pulak. Malaslah aku cakap sangat, apa yang aku boleh beritahu yang most of Indonesians nih opportunists, memang dari dulu lagi aku dah tahu. We are good friends tapi bila bab duit, aku tak berapa setuju dengan cara diaorang berfikir. 

Oklah, that's it for now. Harap-harap aku akan jadi rajin semula untuk terus berblog.