Tuesday

Jumaat13April2018

Padan muka, kelam kabut jugak aku pagi nih nak print itu ini, untuk interview petang nanti. Masa tu lah komputer buat hal, masa tu jugaklah internet down, terpaksa ke kedai lain. Tapi itu lah aku, suka buat kerja last minute, aku lebih productive gitu jadinya.

One of the reasons apa pasal aku suka duduk kat hotel di Jalan Pudu nih sebab aku suka Sembahyang Jumaat kat Surau di Pudu Sentral (Puduraya) tuh. Sebelum sembahyang tuh ada tazkirah. Semuanya "best-best", semuanya masuk sangat kat kepala aku. Dari dulu lagi aku suka. Tak tahulah tempat lain macamana, mungkin sebab surau tuh tak besar mana, ceiling height tak berapa tinggi, so tazkirah tuh bergema-gema, every single word penceramah cakap, akan terus masuk ke telinga. Airmata aku sentiasa berbondong-bondong keluar kalau dengar ceramah kat Surau tuh.

Anak murid Bitcoin aku ada WA sejak semalam, diaorang (berdua) baru kena scammed a few hundred dollars. Aku asyik pulang paku buah keras aje lah, selalu guna term "aku dah cakap, aku dah cakap".

"Itulah, kan dulu aku dah cakap awal-awal, jangan percaya orang, ko beli/buat sendiri".

Diaorang singgah kejap kat hotel, kononnya nak tunjukkan profile scammer tuh. Aku tak layan sangat pun, buang masa jer bila baca, tengok diaorang punya conversations dengan scammer tuh kat WA. Mudah sangat nak percaya kat orang. 

"Ko jangan join benda-benda gini, forum-forum Melayu tu pun korang jangan percaya. Ramai scammers, yang cakap banyak(kat forum) tuh, yang bagi analisa itu ini, entah-entah diaorang ada 0.00000001 BTC jer", aku kata gitu.

Kitaorang janji nak jumpa malam nih, makan-makan kat area Bukit Bintang. Aku suruh dua-duanya bawak laptop, letih kalau nak guna cellphone, mata aku bukannya nampak sangat dah pun.

Nasib baik aku bertolak awal, lepas Asar aku dah keluar nak pergi interview kat Puchong. Sampai kat IOI Mall, hujan turun. Tersidai aku kat situ dekat sejam. Macamana pun aku sampai office tuh pukul 6-10 petang, besar officenya, tapi ramai staff Cina. Nak menunggu pukul 6-30 tuh rasa macam lama sangat dan bila pukul 6-45 masih tak ada orang yang menginterview aku (walaupun the guy yang nak interview tuh tahu aku dah sampai), aku mula buat plan. Kalau by 7 dia tak turun jugak, aku nak blah gitu aje lah. Malas aku melayan orang-orang yang tak professional macam tu tuh.

Nasib baiklah before 7 MrLee turun, baik orangnya, dia panggil aku Bro Bro jer sepanjang interview. Dia kata ada lagi 2 orang yang nak diinterview so dia terus ceritakan pasal project. Site nya kat Cheras, buat 5 blocks of serviced apartments 40 ke 50 tingkat. Jugak ubahsuai highway kat Batu 9 tuh, dan a few related works. Total cost - RM 1 billion. Alamak, project pun dalam masa 5 tahun. Lamanya. Besarnya. Second interview pulak dengan Hong Leong/Guocoland sebab diaorang Developer/Owner project tuh. Damn, tak ada pun yang buat aku minat. Macamana pun aku kata yang aku "berminat" walaupun tak sekelumit pun pasal project tuh meminatkan aku.

"Apasal ko tak ajar kitaorang macamana nak dapat free coins nih dari dulu?", kata member aku (ok, kita panggil dia MatBTC1) masa melepak malam nih.

"Aku tak nak korang kumpul banyak coins dari aku", aku jawab gitu.

Lama jugaklah kitaorang berempat melepak kat gerai yang menghala ke Jalan Alor tuh. Mat BTC1 dan MatBTC2 bawak kawan diaorang, orang Sabah, yang tak tahu menahu pasal cryptocurrencies. Kesian jugak aku kat dia yang macam bosan jer so itu yang aku buat-buat bersembang pasal benda lain dengan dia. And so lepas MatBTC1 dan MatBTC2 blah (diaorang kerja shift malam, kerja apa, itu aku tak tahu. Semuanya Mat Motor) aku melepak dengan MatRempit tu aje lah.

Dia kata dia ikut MatBTC1 dan MatBTC2 tuh sebab dia nak check bank account dia, gaji tak masuk-masuk. Pastuh dia kata nak tengok orang busking. Sepanjang kitaorang jalan ke depan McDonalds tempat buskers tuh, sembang-sembang gitu aje lah, aku, macam biasa, tak banyak cakap. Dengar jer apa yang dia cerita. 

Aku rasa macam tak selesa jer sepanjang tengok orang nyanyi, berdangdut tuh semua. Iyalah kan, a few nights ago aku kat Madrasah, dan bila aku bandingkan kehidupan aku kat Cherating dengan apa yang aku buat malam nih, itu yang aku rasa macam menyimpang jauh sangat tuh. Semalam aku berketayap, malam nih aku tengok orang berdangdut. Then again aku perasan ada jugak aku tengok orang berketayap yang lepak lama jer kat situ. Ha, diaorang lagilah rasa guilty nya kot? 

Dalam pukul 12 lebih baru kitaorang blah, since aku belum makan (tadinya aku tak makan, just minum) aku ajak MatRempit makan kat kedai Arab di situ. Aku ok jer, at least ada kawan, selalunya aku sorang-sorang ke sana sini. In a way aku macam berterima kasih, bersyukur sebab ada member, walaupun banyak benda yang dia ceritakan, semuanya benda-benda remeh bagi aku. 

Then again terfikir jugak aku, masa kerja dulu, aku cukup bosan kalau member-member bersembang pasal benda-benda remeh (siri tv, cerita pasal tokey kosmetik, kisah orang sekeliling etc) sedangkan member-member aku walaupun tak sekelas aku (ekekekke) tapi diaorang ada pelajaran. Dengan MatRempit nih, walaupun dia belajar setakat Form 2 aje, kerja kelindan lori, tapi aku ok jer. 

Ada 2 kemungkinan di sini. Samada aku desperate nak berkawan atau aku nih baik sangat orangnya. So sepanjang aku makan tuh aku dengar aje lah cerita mamat Bajau tuh. Dia datang KL masa umur 19 tahun lagi, dan dia ada abang yang dah 20 tahun lebih tak jumpa sejak abang dia menghilang tiba-tiba after a year datang KL. 

Aku tak cerita pun pasal aku, aku just jawab apa-apa yang dia tanya. Apa yang aku dapat buat kesimpulan, penjimat sungguh MatRempit tuh. 

"Mahalnya, sampai 42 Ringgit, kalau makan kat Selayang (dia duduk Selayang) lima nam Ringgit jer", kata MatRempit. Sebab dah belasan tahun kat KL, cakap pun macam orang KL, langsung tak ada slang Sabah.

"Saya datang sini lagi esok, kalau Abang free boleh join", kata dia masa dia nak blah.

"Esok tengahari saya nak ke Kajang ada orang kawin, malam saya free kot. Apa-apa hal contact lah, mintak nombor dari MatBTC1", aku kata gitu. 

"Saya tak ada handphone, kena curi", dia kata gitu. "Tapi tak apa, saya pinjam handphone dia", kata MatRempit lagi.

Laaaaa, kesiannya MatRempit nih, orang susah gayanya.



Khamis12April2018

Melepak kat bilik jer the whole morning, bukan figuring out what to do next sebab aku masih blank, tapi aku sibuk dengan cryptocurrencies aku. Kadang tuh aku tersenyum sendiri, geleng-geleng kepala bila memikirkan yang how stupid, naive I was. Dalam usia macam nih aku masih bodoh rupanya. Then again lebih ramai orang yang lagi bodoh dari aku.

Walaupun aku rasa macam malu kat diri sendiri sebab cuma bertahan 3 hari kat Madrasah tapi aku ada sebab yang kukuh ambik keputusan macam tuh. Jugak satu pengajaran bagi aku. Life is a lesson imperfectly learned. 

Aku ramai adik beradik kat area KL/Selangor (Wangsa Maju, Setiawangsa, Rawang, 2 di Shah Alam, PJ, Tanjung Karang) tapi aku ke rumah diaorang pun bila ada khenduri aje, tak pernah pun pergi melawat saja-saja gitu. Dulu-dulu ada jugak diaorang pelawa ajak datang rumah tapi agaknya masing-masing tahu perangai aku yang tak suka ke rumah orang, so tak ada yang pelawa dah sekarang nih ekekke. And so bila aku ke KL, aku duduk hotel jer lah. Dulu-dulu duduk kat rumah sewa lama kat Bangsar. Aku rasa macam akan menyusahkan orang aje, akan mengacau daily schedule diaorang kalau aku menumpang walaupun cuma sesehari dua. Lagi pun aku rasa tak bebas, walaupun sesehari dua. 

And so tengahari nih aku ke Shah Alam, naik komuter, then Grab ke rumah Nuar di Kota Kemuning. Aku berketayap, saja jer lah  sebab aku rasa dengan berketayap nih, aku akan jaga peradaban diri sikit. Bukanlah nak kata yang kalau tak berketayap tuh aku ganas dan liar. At least aku akan jalan tunduk jer, tak ada pandang sana sini sangat, tawadduk sikit. Dengan lain perkataan, aku akan sedar yang aku nih dah tua. 

Nuar sorang jer kat rumah, Lia (bini Nuar) kat kedai. Bagus diaorang nih, tenang dan aman jer hidupnya, anak-anak kat Tahfiz. Diaorang nih banyak buat-buat kerja ugama. Dulu banyak bisness itu ini tapi sekarang cuma concentrate untuk satu dua bisnes aje. 

"Tahfiz swasta ker?, Nuar tanya aku bila aku mulakan cerita.

"Banyak yang tak betulnya, lebih teruk dari itu pun ada. Diaorang tuh semua bisness", kata Nuar bila aku baru bukak cerita dua tiga ayat.

Rupanya Nuar jauh lebih ariff pasal Tahfiz, iyalah, dua orang anak dia kat Tahfiz, dah pindah tempat pun. Sepanjang aku cerita tuh Nuar ada masanya geleng-geleng kepala, ada masanya angguk-angguk tanda setuju. 

So basically apa yang aku alami tuh bukanlah sesuatu yang di luar tabii tapi sesuatu yang "biasa". Yang bezanya cuma pasal HjM tuh.

"Susah nak cakap lah tapi orang yang pernah terlibat dengan tempat-tempat macam ni jer yang tahu", kata Nuar lagi. Memang betul pun, kalau orang luar dengar, mampos diaorang nak percaya, sure diaorang kata yang cerita macam tuh sekadar untuk memburukkan nama tahfiz aje. 

"Itu pasal kalau awak tengok, di mana-mana ada Tahfiz sekarang nih. Diaorang bukak satu, menderu orang bagi derma. lepas tuh diaorang bukak lagi satu", kata Nuar lagi.

Betul lah kata Ustaz Us tuh, masuk 100 dapat 30. Lepas tuh, pentadbiran tak dibuat betul-betul, setakat ambik Ustaz Thai yang tak ada documents, yang tak tahu menahu. Kesian kat mak bapak budak-budak. Kesian kat penderma. 

"Kalau ada viral kat internet pasal budak-budak Tahfiz tak makan, jangan percaya. Itu taktik baru diaorang", kata Nuar lagi.

"Yer ker? Sampai gitu sekali", aku macam tak percaya. 

Lia balik dari kedai so kitaorang sambung bersembang.

Terkekeh-kekeh kitaorang gelak bila aku kata aku "shocked" sangat dengan pengalaman singkat aku kat Madrasah tuh, sedangkan Nuar sama Lia tahu dan pernah alami "keadaan luar tabii" kebanyakan Madrasah.

"Dalam 10 tuh, satu dua jer yang betulnya. Yang lain tuh entah, susah nak cakaplah", kata Nuar lagi.

Nuar ada tanya kalau-kalau aku nak buat kerja sukarela kat Tahfiz tempat anak dia belajar sebab kat situ bagus dari segala segi. Nuar baik dengan Pengerusi Tahfiz, dan diaorang banyak bagi sumbangan pun.

Aku kata aku dah serik. Tapi who knows kan, aku nih bukan boleh dijangka sangat.

"Ala Abang Tam, baru kena sekali dah serik?", kata Lia.

Nuar ada tanya aku pasal Bitcoin, dia ada kawan yang dah jadi multi-millionaire sebab melombong Bitcoin, ada mining farm sendiri. Nuar kata yang orang-orang yang buat kerja ugama pun dah ramai yang "layan" cryptocurrencies. I won't be surprised kalau satu masa nanti Nuar beli a few hundred mining rigs. He's a very business-minded punya orang.

Nuar nak keluar tabligh 40 hari tak lama lagi so dia ada kasi hints kalau-kalau aku nak join, atau kalau-kalau aku nak keluar. Bagus jugak idea tuh.

Kitaorang pergi makan, dah lewat dah. Ada sekumpulan Melayu muka garang kat meja depan, pakaian masing-masing "smart" semacam, mulanya aku ingatkan orang-orang politik kerajaan tapi rupanya menurut Nuar/Lia, geng-geng Ayahanda, AhLong Melayu yang kaki pau tokay-tokay kedai. Bahasa masing-masing punyalah kasar, bertali arus mencarut, cakap kuat-kuat (perempuan bertudung pun ada kat meja tuh) sambil memaki orang kat talipun. Aku geleng-geleng kepala sambil pandang Lia.

So masa Nuar/Lia nak hantar aku ke komuter station Section 19 Shah Alam, diaorang cerita kat aku pasal geng Ayahanda nih. 

"Eh, banyak benda aku tak tahu .......", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

"Banyaakkkkkkkkkkkkkk", kata Nuar.

Tak ada kawan nak ajak melepak kat KL Sentral (ada aku tanya kat WA group Reban Hayam ) lepas sembahyang Asar kat surau di situ so aku minum sorang-sorang kat La Cucur. Aku ingat lagi, kat situ lah tempat pertama aku makan masa aku mula sampai malaysia lepas kena deport dulu tuh. Punyalah terkejut aku masa tuh sebab makan kuih dua tiga bijik jer, minum teh ais, tapi harganya dekat RM 20. Zaman sebelum aku ke US dulu, harga kuih berapa sen jer sebiji.

Memanglah seharian aku jalan tunduk jer sebab pakai ketayap tapi bila naik escalator untuk ke monorail station , aku terpaksa pandang ke atas. Then aku ternampak satu muka yang very familiar. Terus aku kata, "Hey, you must be Hazman". Memang tak pernah jumpa in real life tapi sebab dah kenal lama dan dia banyak post gambar muka kat FB so aku boleh cam muka dia walaupun aku sekarang dah tak bersosmed. Dia kata dia dulu aku punya "fan" and he stopped reading my blog bila aku privatekan. 

Punyalah dia terkejut, dia kata dia tak expect aku "macam nih", macam keadaan sekarang. Then aku kata yang aku pakai ketayap sebab aku ke rumah adik aku tadinya. Ada dalam sesepuluh minit kitaorang sembang, dia ajak aku minum tapi sebab aku ada hal (nak beli pakaian for my interview esok) dan dia pun nak ke sauna, so we parted ways. Sebelum tuh kitaorang bergambar, knowing him yang selalu update kat FB, mulanya aku malas, aku kata "No, not with a ketayap on my head". Banyak kali aku kata gitu. Bukan aku hipokrit tapi aku pakai ketayap tuh untuk jaga peradaban diri, dan sebab dia akan upload kat FB dia yang beratus ribu followers tuh, aku tak nak orang ingat/nampak yang aku nih macamlah orang warak. Sebab aku nih banyak dosa orangnya. 

Dapatlah aku sembat baju, seluar, kasut dan talipinggang. Pakaian yang aku bawak kebanyakannya t-shirts, kain pelikat, baju Melayu, mana lah aku tahu yang aku perlukan pakaian untuk interview. 

Aku rasa macam bersemangat malam nih sebab walaupun duit aku banyak dah keluar dan aku tak ada source of income, tapi crypto portfolio aku semakin berisi. Coin-coin yang aku hodl semakin bertambah. Walaupun kadar penambahannya sikit tapi dari sehari ke sehari, jumlahnya bertambah. Hopefully nilainya jugak akan bertambah. Kalaulah Bitcoins yang aku ada dulu-dulu tuh (beli masa harga was dirt cheap, like USD 150) aku simpan, dah kaya raya aku. Tapi dulu aku tak berapa nak percaya pasal Blockchain technology, aku beli pun sebab masa tuh aku ada duit kat PayPal. Dan aku "joli" sana sini Bitcoin aku, aku ingat lagi yang aku beli benih pokok dari US guna Bitcoins, masa kat kampung dulu tuh. Aku rasa aku kelas sangat dah masa tuh. Little did I know harga Bitcoin akan naik sampai setinggi macam sekarang nih. 

Tak apa, another lesson learned. I'm hodling my coins untuk jangkamasa lama. 

Monday

Rabu11April2018

Sebelum Subuh tadi ada upacara merotan, budak-budak yang ada buat kesalahan semuanya  dipanggil sorang-sorang ke depan. Then Ustaz Us tanya kat bahagian mana nak dirotan, samada kat tapak tangan, betis atau bontot. Most of them mintak dirotan kat bontot. First time tengok memanglah rasa macam sedih sebab kesalahannya cumalah sekadar bercakap semasa belajar, potong queue masa jumpa Ustaz, buat bising, kesalahan-kesalahan kecik macam tuh. Tapi yang peliknya, budak-budak tuh terlalak menyanyi, bersiul, tak pulak dikategorikan sebagai kesalahan, mungkin sebab di luar masa belajar kot.

Ustaz-ustaz 3 orang tuh ke mana-mana sentiasa bawak rotan, memang nampak macam garang, kadang tuh aku terfikir sebijik macam orang jaga sekumpulan lembu, rotan sentiasa hinggap kat lembu-lembu. Dan mungkin jugak some of the students tuh "over-reacting", kena sebatnya tak seberapa tapi "gaya macam sakit" nya sebijik macam yang kena hukum sebatan kat Aceh yang aku tengok kat youtube.

"Ini jer cara nak mengajar budak-budak nih, kalau tak buat macam ini, memang tak jadi", kata Ustaz Us kat aku.

"Dalam ramai-ramai nih nanti, tentu ada beberapa orang yang "tak menjadi", yang tersalah langkah, yang hanyut. Tapi at least diaorang akan ada pegangan ugama", aku kata gitu.

Memanglah sekarang semuanya nampak "warak, bagus", tapi kita tak akan tahu apa akan jadi di masa depan, mungkin ada yang terjerumus. Mungkin ada yang tersalah langkah. Mungkin ada yang tersilap percaturan hidup. Mungkin ada yang mengikut hawa nafsu. Bermacam kemungkinan.

"Apa kata kita letak kobis dalam gulai kurma nih, biar budak-budak makan", aku kata gitu kat Lan Tukang Masak. Iyalah kan, kalau tak buat gitu, tak bersentuhlah sayur-sayur yang menimbun tuh. AJK akan terus komplen apa pasal tak masak sayur.

And so, macam semalamlah, bila dah siap ramuan utuk memasak, aku serahkan tugasan kat Lan dan aku mula mencuci pakaian bebudak. Ada jugak pakaian Ustaz Us yang aku cuci, dia nak cuci sendiri sebenarnya tapi aku saja buat-buat tak perasan yang itu pakaian dia. So tak heranlah aku nampak (dengan buat-buat tak nampak) dia dua tiga kali jenguk-jenguk, jeling-jeling kat aku yang tengah mengerinse pakaian dia.

Cepat pulak siapnya kerja harinih so pukul 11 lebih aku ke bilik lepak-lepak. Then Ustaz Us datang, dia nak sangat tengok aku buat apa online.Nak mengexplain kat dia memanglah susah so aku ajak dia tengok youtube pasal orang-orang Islam kat South America. Tah apa pasal aku bukak bab tuh aku pun tak tahu, itu jer yang terlintas kat kepala aku masa tuh. Lagipun nak kasi dia tahu sikit pasal dunia luar.

"Ini dekat Amerika Selatan, tempat nih kat Mexico, di bahagian selatan, satu kampung tuh orang Islam, tapi kehidupan diaorang daif sangat", aku kata gitu sambil tunjukkan youtube pasal Muslim in Chiappas, Southern Mexico.

"Ini masjid besar kat Ecuador, Quito nama bandar tuh, ibu negara Ecuador. Saya pernah bercakap, kat internet lah, dengan Imam nih", aku kata gitu. "Dia ada ajak datang ke sana, kalau nak kawin dengan orang Islam kat sana, beritahu jer kat dia, dia boleh atur", aku kata lagi.

"Yang ini ni?", Ustaz Us macam tak percaya.

"Ha ah, terkenal Imam ni, dia nampak macam "moden" jer tapi dia banyak buat kerja-kerja ugama", aku kata lagi.

"Ooooo, jadi Abang nak ke sana tahun depan?", Ustaz Us tanya aku, agaknya dia dapat buat kesimpulan lepas dengar cerita dan plan aku sebelum ini.

Aku tak jawab pun soalan dia. Mungkin tahun depan aku jawab, InsyaAllah. Sebab tuh aku selalu kata kat Ustaz Us, apa-apa hal, do not lose contact dengan aku, he's the only one yang aku rasa ada connection (walaupun dia muda sangat lagi budaknya) dengan aku. Mungkin bukan sekarang tapi sapa tahu kalau panjang umur, orang-orang macam dia lah yang aku nak cari untuk bekerjasama. Bukan dengan AJK Madrasah,diaorang tuh business-minded punya orang semuanya.

Aku tak ke dapur masa budak-budak makan sebab Lan kata kitaorang tak payah nak susah-susah, setakat sediakan makanan dan tinggalkan atas meja, pandailah budak-budak tuh buat apa yang patut. So banyaklah jugak masa free aku tengahari nih, sempatlah aku update blog sesikit, check pasal Bitcoin punya news etc. 

Lepas Zohor masa budak-budak ada kelas, aku buat lah kerja yang patut, bersihkan dapur, laman, corridor etc. Kejap jer aku menyapu kat asrama budak-budak sebab semalam dah aku bersihkan, so harinih tak adalah kotor sangat i.e tak ada lah banyak sangat kerja yang aku kena buat.

Aku lepak kat bilik Lan sebab kat bilik aku panas. Punyalah merendah diri aku nih, dia suruh aku lepak kat katil satu lagi tapi aku baring kat lantai. Belum sempat aku lelapkan mata, Ustaz Us panggil aku, dia kata HjM ada datang. Dia nak jumpa aku. 

"Kain-kain nih mengapa bersidai kat sini nih?", lebih kurang gitulah apa yang aku dengar sebab masa tuh aku baru keluar dari bilik dan HjM nun kat hujung sana. Kok ya pun tunggulah sampai aku sampai, kata aku dalam hati.

"Ini kain, pakaian yang bergantungan ni kenapa diabiarkan macam ni? Siapa yang punya? Mengapa awak tak angkat?", dia tanya aku sambil tunjukkan kain-kain dan pakaian yang bergantungan, yang memang dah lama kat situ dan tak bergerak-gerak, meaning tak tahu siapa yang punya.

"Saya tak tahu siapa yang punya, sebab tuh saya tak sentuh pun. Pakaian yang saya cuci, saya jemur kat sana tuh", aku jawab gitu sambil tunjukkan arah tempat sidai pakaian.

"Itu awak jangan peduli, saya nak awak bersihkan kawasan nih, kalau tak ada siapa yang mengaku pakaian dia, awak buang jer", HjM kata gitu.

"Ini longkang ni, bersihkan jangan bagi ada pasir, nanti tersumbat", dia kata gitu 

"Kitaorang dah bersihkan dah kawasan ni, Isnin lepas masa gotong royong. Dulu lagi kotor dari sekarang", aku kata gitu. 

"Awak kerja sini jangan bagi banyak alasan, bersih ker kalau banyak rumput-rumput macam ni?, dia kata gitu sambil tunjukkan kawasan longkang.

Fuck you, kata aku dalam hati.

"Itu plastik dalam longkang tuh tak kan awak tak nampak? Awak jangan jadi macam Lan, dia tu langsung tak boleh harap blah blah blah", kata HjM lagi.

Mentara HjM sibuk ke tempat lain, aku teruslah pungut semua pakaian yang bergantungan, tapi fikiran aku terus ke lain. Tak boleh jadi macam nih, baru 3 hari, setiap hari ada jer benda yang tak kena. Aku ok kalau dia cakap slow-slow, berdiplomatik, tapi bila dia tengking macam tuh, aku rasa hina sangat. Aku bukannya bebudak, aku bukannya mamat Indon yang kerja buat tandas kat sebelah tuh, aku bukannya stuck kat Madrasah  tuh sebab aku tak ada option lain. Aku datang with an open mind, aku datang dengan penuh semangat untuk buat kerja-kerja sukarela, tanpa gaji. Tak pernah terlintas di kepala aku yang aku akan dilayan macam tuh sebab aku fikir, tempat yang baik, orangnya jugak baik. Tapi apa yang aku alami selama 3 hari nih, complete opposite pulak rupanya. Akal aku macam tak boleh terima gitu. Takkan dah tua bangka macam tuh, mentadbir Madrasah pulak, tapi bahasanya kesat semacam? 

And so masa melipat kain-kain tuh aku terus buat keputusan yang aku nak blah aje lah. I can't work dalam keadaan macam ini, setiap kali jumpa dia akan dihina macam tuh. Perangai dia tak akan berubah, so might as well aku berubah langkah.

"Awak cari paku, gantung semua ni kat dinding. Awak bujang, tak kan tak reti buat benda-benda gini", kata HjM sambil hulurkan aku besi penyangkut baju, sebelum dia balik. Aku tak pandang pun muka dia. 

"Ok Lan, aku tak tahan dah, aku tak suka HjM, bahasa dia kasar gila, aku nak keluar lah dari sini?', aku beritahu Lan.

"Eh apasal pulak? Dia tu baiiiik orangnya", kata Lan lagi.

"Baiiiiiikkkkk?", aku macam tak percaya apa yang Lan cakap.

Rasanya macam nak cerita jer kat Lan apa yang HjM kutuk pasal dia tapi aku tak sampai hati, lagipun Lan tuh macam "bodoh jer" orangnya (bukan mengutuk tapi mengexplain ekekekekke). Nak kata dia tuh baik, penyabar orangnya, tak jugak. Kalau dia baik dan bagus, mengapa Madrasah nak buang dia, kan? Mengapa dia biar budak-budak kelaparan?

Damn, I can't stand stupid people. So aku jadikan itu satu lagi alasan untuk keluar aje dari Madrasah, walaupun aku masih tak boleh terima what has just happened. Aku hidup-hiduplah percaya yang volunteering untuk buat kerja amal kat Madrasah tuh is the best thing, the best choice bagi aku. Mati-mati aku tertipu. Fuck!

"Alaaa, Abang tunggulah sampai sebulan, pastu berhenti sama-sama Lan nanti", kata UstazUs bila aku beritahu dia kisahnya.

"Tak boleh, tak boleh, tak boleh. Orang macam tu perangai dia tak akan berubah, dari saya buang masa kat sini, baik saya keluar aje", aku kata gitu.

"Dia tu memang macam tu perangainya, saya dulu pun teruk jugak kena marah tapi saya lawan, lepas tu sekarang nih dia tak berani nak tegur saya dah", kata ustaz sorang lagi.

Iyalah, ko tuh dibayar gaji.....geram jer aku nak jawab macam tuh.


"Ini semua kehendak Tuhan, semoga Tuhan terima kerja amal Abang selama 3 hari kat sini ni. Banyak pahala Abang", kata UstazUs, bila dia tahu yang aku memang dah tetap dengan keputusan untuk keluar aje dari Madrasah.

"Tak dapat pahala pun tak apa lah, tapi saya sampai harinih jer kat sini", aku kata gitu. Ada terlintas di fikiran apa yang aku cakap tuh macam salah jer tapi aku dah tercakap macam tuh, apa boleh buat, kan?

"Makan lah dulu kurma yang Abang masak tuh", kata another Ustaz.

"Tak apa, tak apa, saya kenyang lagi ni", aku kata gitu walaupun aku lapar sebab tadi pun tak breakfast. Makanan habis.

Dalam masa bersembang tuh lah aku book grab, aku WA 2 orang AJKs lain yang aku selalu deal with tu. One of them cuma balas mesej aku dengan kata, "Ok, good luck!". 

"Ingat, Ustaz jangan putus hubungan dengan saya", aku kata kat Ustaz Us masa aku tengah kemas-kemas barang. Aku tahu yang Grab lambat sikit sampai sebab aku kat pendalaman Gombal (ooopppps, now korang tahu yang Madrasah tuh kat pendalaman Gombak. Diaorang ada 11 cawangan lain).

"Mengapa? Ada masalah ker?", one of the AJKs tuh talipun aku, masa aku dalam kereta. So dia ajak aku mengeteh bila aku free (kalau aku masih di KL), dia nak aku ceritakan kisahnya. "

"Tak boleh jadi kalau macam ini, kitaoranag kena buat sesuatu", kata dia lagi.

Masa dalam Grab tuh jugak ada call dari satu nombor yang aku tak kenal tapi apa yang aku perasan, dah banyak kali diaorang call aku tapi aku tak jawab, simply sebab aku tak bawak cellphone masa kerja.

Rupanya one Consulting firm yang aku ada apply kerja dulu tuh. Diaorang tanya kalau-kalau aku boleh datang for interview petang nih pukul 6-30 petang tapi aku kata dah tak sempat. So Jumaat nih aku ada interview kat Puchong, project kat Cheras. Apa ke jadahnya interview pukul 6-30 petang? Lantaklah, aku nak pergi jer lah, tak nak fikir lebih-lebih.

Aku ke hotel kat Jalan Pudu (dekat-dekat Pudu Sentral, Puduraya), aku betul-betul blank jadinya. Rasa macam tak percaya jer apa yang berlaku. Then aku call mak, mak punyalah excited nak dengar pengalaman aku kerja dan bila aku beritahu apa yang terjadi, mak macam disappointed gitu. Bukan disappointed dengan aku.

"Pengajaran nya gini, mak... Kat tempat-tempat yang kita rasa bagus tuh, tak semestinya bagus. Kat mana-mana pun ada cacat celanya", aku kata gitu.

"Memang pun......", kata mak lagi.

"Alaaa, sedangkan kat tempat baik-baik macam Mekah, Madinah, berlambak dengan pelacur", aku kata gitu, sekadar menguatkan statement.

"Haah, orang yang jahatnya ramai. Mana-mana pun lah, ada yang tak baiknya", kata mak.

Dan aku pun post kan kat a few WA groups, beritahu yang "aku lari" dari Madrasah. Ramai lah yang contact aku nak tahu apa yang berlaku, Nuar (adik aku) pun ada call so esok aku nak ke Kota Kemuning nak jumpa dia, nak ambik road tax dari dia.

Aku talipun Kamal, kawan masa ITM, masa kat overseas dulu jugak, nak suruh dia WA kan Diploma dan Degree dia untuk aku guna masa interview Jumaat nanti. Aku mana ada original copy (yang photstat pun tak ada) sijil-sijil. Pandailah aku buat macamana nanti tuh.

Sampai dekat Maghrib aku tidur, lepas Isyak aje aku keluar cari makan kat Bukit Bintang. Sepanjang masa aku asyik fikir apa yang berlaku, memang sikit pun aku tak sangka, tu pasal aku macam "shocked" gitu tuh. 

Aku tak singgah mana-mana pun lepas makan, balik hotel terus jer aku tidur. Kepala aku dah tak boleh berfikir. Fikiran aku jadi macam mandul gitu. Ekekekekkeke

Saturday

Selasa10April2018

Aku tak biasa Sembahyang Sunat (way sebelum Solat Subuh) kat tempat yang ramai orang, biasanya sembahyang sendiri-sendiri sengsorang kat bilik, kan? So rasa macam akward gitu sebab budak-budak dah mula masuk ke surau, ada yang baring bergelempangan, ramai yang bersiap-siap untuk Solat etc.

Lepas Subuh aku terus ikut Lan ke dapur untuk menyediakan breakfast, bebudak tuh ada program tersendiri. Kitaorang masak nasi goreng, semalam nasi banyak tak habis, lauk jer yang tak cukupnya. Ker lan purposedly masak nasi lebih sebab nak buat nasi goreng?

"Macam dah biasa jer potong bawang", aku tak sedar Ustaz Us ada memerhati aku. Dia tak tahu yang belum pun bawang tuh dikupas, jari aku dah luka tertusuk pisau.

"Senang jer", aku jawab gitu. Then aku ceritakan yang masa aku jadi student kat UK dulu, aku pernah kupas bawang sampai 5 guni setiap hari, masa kerja kat restoran India.

"Abang pernah ke luar negeri ker?", dia tanya lagi.

Aku beritahu yang aku dulu 3 tahun kat UK masa belajar, dan 10 tahun kat US.

"Oooo, dah pernah tengok salji lah nih", kata Lan pulak. "Salji boleh makan ker?", dia tanya lagi.

Aku terus tukar tajuk sembang, malas lah aku menjawab soalan-soalan basic macam tuh.

Lepas diaorang breakfast aku ke bilik sekejap, aku masih belum tahu bila aku boleh rehat, macamana timingnya. Masa bila aku boleh dapat update blog, kalau gini gayanya memang tak ada masa langsung. Cellphone aku pun tak aku bawak, dan aku perasan ada a few missed calls dari nombor-nombor yang aku tak kenal.

Aku ke dapur semula untuk breakfast lepas online dalam sesetengah jam. Nasi Goreng, teh dah habis, dan ada a few bebudak yang makan biskut kering sebab tak ada makanan lain.

"Macamana nih Lan, makanan tak cukup", aku kata gitu.

"Tentu ada budak yang makan bertambah, sebab tuh tak cukup. Biasanya kalau ada yang tambah, memang orang lain tak dapat", dia kata gitu.

"Habis tuh, apasal tak masak bebanyak sikit?", aku tanya dalam hati.

Aku teruslah buat kerja mencuci pakaian, ada 3 washing machines so laju jugaklah kerjanya. Dan aku sental, aku cloroxkan mana-mana pakaian yang kotor. Bebudak punya pakaian kan, tau jer lah. Di bahagian dapur, budak-budak sendiri yang khidmat membersihkan apa-apa yang patut. Lan dah lama masuk ke bilik untuk berehat.

Sesambil membasuh tuh aku ulang alik ke dapur, kupas bawang etc, untuk masak . Bila dah cukup semua ramuan, baru lah Lan datang untuk memasak. Mentara tuh aku jemur pakaian kat ampaian. Tension gila aku bila budak-budak asyik ulang alik pergi tengok pakaian yang aku sidai, dibeleknya satu-satu. Lepas sorang, sorang. Ha, ini tentu nak komplen nih, kata aku dalam hati. Diaorang nih tak tahu yang orang tua-tua macam aku nih mudah sentap.

"Apasal Dik. tak bersih ker?", aku tanya gitu.

"Bukan, nak kira pakaian saya berapa", budak tuh jawab gitu. Ha ok lah, aku ingatkan nak tengok samada pakaian yang aku cuci tuh bersih ker tidak. Walaupun guna machines tapi aku sental jugak guna berus most of pakaian putih.

"Macamana kerja sini Bang, ok ker?", tanya one of the ustazs tuh masa kitaorang makan.

"Ok, tak ada masalah. Ala, baru sehari", aku jawab gitu.

Lepas makan tuh aku disuruh rehat sampai waktu Zohor sebab schedule nya memang macam tuh, bebudak, Ustaz-ustaz, semuanya rehat/tidur masa tuh. Manalah aku boleh tidur sebab bilik panas, kepala aku dah mula pening-pening.

Lepas Zohor, masa budak-budak tuh ada kelas, aku naik ke asrama diaorang untuk bersihkan apa-apa yang patut. Semalam aku dah naik tengok keadaannya dan aku tawarkan diri untuk menyapu, membersihkan apa yang patut, walaupun Ustaz Us kata tak payahlah. Macamana pun aku bersihkan gitu-gitu aje lah sebab kawasannya luas, nak membongkok kat setiap katil, malaslah aku. So aku sapu kotoran yang nampak aje lah, nun yang tersorok jauh bawah katil, aku peduli apa. Itupun patut bersyukur dah tuh sebab bersih jadinya lepas aku sapu.

Aku sama Ustaz Us lepak kat sofa depan surau sementara tunggu Asar,lepas angkat pakaian di jemuran. Then aku ternampak HjM datang, terus Ustaz Us buat macam-macam sibuk. 

"Rileks jer, iyalah kan, makan free, tempat duduk free", kata HjM. Bukan dia bergurau sebab nada dia cakap tuh memang kasar.

Shit, kata aku dalam hati. Tak kan cakap macam tuh. Semalam aku tak makan sebab makanan habis, aku minum air sejuk jer untuk isi perut, dia boleh kata gitu pulak. Lagipun aku kan ker sukarela, dia tak bolehlah cakap macam tuh. 

And so aku pendamkan ketidakselesaan hati aku dengan sindiran HjM tuh.

Aku ingatkan dekat jer padang bola tempat budak-budak bermain, tapi jauh rupanya, dalam 20 minit jalan kaki. Bebas jer bebudak tuh, tak ada siapa yang kawal, masing-masing singgah kedai beli jajan. And so sementara bebudak tuh main bola, aku pun melepak pekena mee kari, cendol durian, iyalah, manalah tahu kalau-kalau malam nih pun makanan habis, kan? Lagipun pening kepala aku semakin kuat, aku kena penuhkan isi perut.



Lepas Maghrib, for like 2 hours, (Isyak dibuat lambat, pukul 9 setengah), aku bersembang sama Ustaz Us. Aku cuba-cuba tanya dia macamana pendapat dia tentang Madrasah tuh sebab dia dah 5 bulan kerja. Mulanya dia macam tak nak sangat jawab, tapi bila aku bagi a few contohs benda yang aku tak berapa suka, he started to open up. 

"Abang dah ada kat sini, Abang rasa dan tengok lah sendiri keadaannya", kata dia gitu.

Kadang tuh aku rasa macam bosan, macam buang masa jer bila mengenangkan yang aku bersembang with a 25 year old yang hidupnya hanya di Madrasah, yang tak berapa tahu pasal keadaan di luar sana, atau keadaan di sekeliling. What does he know about life, kata aku dalam hati. Aku yang dah tua bangka nih pun tak tahu jugak tapi at least aku pernah merasa berbagai-bagai jenis kehidupan, kan?

Mulanya kitaorang bercakap pasal AJK Madrasah, aku ceritakan kat dia dua incidents dengan HjM tuh. Dengan AJK lain aku tak ada masalah, diaorang ok jer. Tapi HjM tuh lain dari yang lain, lain dari apa yang aku imagine. Iyalah kan, dia kan ker AJK Madrasah. Dan aku terasa how naive aku selama ini bila memikirkan yang semua AJK Madrasah, semuanya warak-warak, or at least nampak macam warak, pakai serban, jubah. Sedangkan kat profile WA masing-masing, dan bila aku tengok dengan mata kepala aku sendiri, diaorang tuh semuanya (except 1) macam brader-brader yang berjual kat Pasar Malam, pakai t-shirt, jeans lusuh, ada pouch kat pinggang. Yang aku perasannya, setiap kali aku nampak diaorang datang, buku-buku check sentiasa di tangan. 

Then again, sedangkan Pengerusi Madrasah punya cellphone ringtone lagu 60an kan? 

Ok, aku bukanlah negative sangat orangnya, yang sentiasa cari salah silap orang, cari keburukan orang. Tapi banyak benda-benda yang common sense, yang remeh temeh even, yang di luar tabii. Mungkin aku nih lurus sangat orangnya, expectations aku tinggi, I should have known better yang tak ada manusia yang sempurna, tak ada benda yang tak bertaikpalat, tapi, tak kan lah banyak benda-benda yang di luar tabii macam tuh dianggap benda yang "terlepas pandang","tak perasan", kan?

Ustaz Us kata dia pernah jugak jadi ahli untuk kutip dana, masyuk kerjanya sebab pembahgiannya 70:30. Kalau dapat derma RM 100, Ustaz Us akan dapat RM 30 dan RM 70 lagi untuk Madrasah. 

Aha, that explains why AJK Madrasah sentiasa sibuk ke sana sini mengumpul dana, buat pamiran, bagi penerangan, kutip derma etc.  Tu pasal buku-buku check sentiasa di tangan. Tu pasal lah muka masing-masing macam muka penyamun jer. Aku mati-matilah ingatkan masing-masing berjubah berserban bagai. 

Holy shit these people, tak heranlah Madarasah tuh ada 12 cawangan lain di seluruh Malaysia. Tu pasal lah  bisnes Pusat Tahfiz nih is such a big business kat Malaysia nih. Korang bukak 1 Pusat Tahfiz, then menderu-deru orang datang kasi derma, then korang bukak lagi satu, then repeatlah sampai berapa kali yang korang nak. 

"Ramai Ustaz sebelum ni tapi semuanya paling lama 2 bulan", kata ustaz Us lagi. Dia dah 5 bulan kerja, tapi dia kata dia "terpaksa" terus kerja sebab passport tak ada, apa pun tak ada. Bila aku tanya apa pasal jadi gitu, dia kata "tengoklah sendiri", "rasalah sendiri". Apa yang aku dapat rumuskan, it's about the AJK, or at least about one or some of them.

"Tapikan Ustaz, banyak orang bagi derma kat Madrasah ini kan, apa pasal diaorang tak lantik warden ker, sesiapalah untuk mentadbir Madrasah nih?", aku tanya dia gitu.

Dia senyap jer. Aku dah cakap, what does he know kan? So aku cuba cari jawapannya sendiri. Patutlah Madrasah tak terurus, yang mentadbirnya Ustaz muda 3 orang tuh. Yang masing-masing tak lah sempurna sangat pun. Yang sentiasa pegang smartphone memasing hatta masa mengajar pun. Yang selalu terkekeh-kekeh bila tengok video clips lucu dalam Bahasa Thai. 

Memang lah Tahfiz tuh free, tak kena kan apa-apa charge, tapi kebajikan budak-budak kenalah di jaga, kesian kat mak bapak budak-budak tuh. Tak payah kesianlah kat penderma yang membabi buta kasi derma sebab niat untuk membangunkan Pusat Tahfiz, kan? 

Banyaklah persoalan-persoalan yang timbul di kepala aku tapi sebab kepala aku pening sangat (sebab panas), aku terus tidur aje lah lepas Isyak, aku tak makan pun sebab masih kenyang makan mee kari petang tadi.


Thursday

Isnin 9/4/2018

Semakin dekat waktu untuk berangkat ke Madrasah, semakin aku jadi ragu-ragu, semakin aku macam tak yakin yang this is the correct thing to do. Aku tak tahu, tapi dulu-dulu aku tak pernah pun terfikir macam apa yang aku fikir sekarang, I was so eager untuk buat kerja-kerja sukarela sampaikan aku lupa untuk fikir benda-benda negatif. 

Mungkin jugak ini semua dugaan tapi aku rasa I was close to getting cold feet, cumanya dah terlambat untuk aku patah balik so might as well teruskan aje lah.

Dapat driver Grab Cina pulak, alamat Madrasah tuh pulak tak ada kat map so sesat barat dibuatnya. True yang aku dah pernah pergi ke Madrasah tuh tapi pergi dari area lain, aku sekadar tahu nama daerah tapi tak tahu exact location. Sampai RM 70 (campur tips) sebab kena patah balik, kalau aku tak beria-ia suruh driver tuh berhenti, nun sampai ke Tanjung Malim dia bawak aku.

Janjinya dalam pukul 12, tapi disebabkan sesat tuh, dalam 12-45 tengahari baru aku sampai. Ingatkan ada orang tunggu sebab dalam WA ada yang tanya, "dah sampai ker belum?". Yang ada cuma beberapa orang budak Madrasah, yang bila aku tanya, masing-masing tak tahu apa-apa. Bengang jadinya, dah lah pintu berkunci. 

Then ada WA message suruh aku berurusan denagn Ustaz Us, yang mengajar kat Madrasah tuh. Itu pun satu hal, Ustaz tuh macam blur bila dia tengok aku (akhirnya malam nih dia beritahu yang dia "terkejut" tengok aku, dia expect orang yang nak datang kerja sukarela tuh bukan macam aku. Iyalah, nak buat kerja-kerja remeh/bodoh, cuci pakaian, memasak, cuci tandas etc). Aku ingatkan adalah a few AJKs yang akan tunggu menyambut kedatangan aku. Nan hadoo kaedahnya.

Ustaz Us (muda sangat lagi budak nya, orang Thai) tunjukkan aku persekitaran Madrasah, dan perkenalkan kat dua lagi Ustaz (jugak budak-budak lagi, sorang Thai dan sorang lagi local guy, yang tak duduk di Madrasah tapi duduk kat luar)

"Daif nya tempat nih", kata aku dalam hati. Mungkin daif tuh perkataan yang salah tapi keadaan Madrasah yang macam tak terurus, yang bagi aku kira oklah sebab akan banyak kerja yang boleh aku buat.

Aku diperkenalkan dengan tukang masak yang nak berhenti bulan depan, "orang tabligh", dia kata dia nak keluar 40 hari, sebab tuh nak berhenti kerja. Lain pulak apa yang one of the AJKs tuh beritahu aku, bila dia datang petang nih. Lan Tukang Masak tuh dah lama nak dibuang kerja tapi mengenangkan tak ada siapa yang nak memasak, terpaksalah diaorang bertahan dengan tukang masak tuh. Aku macam boleh buat kesimpulan bila aku ke dapur dan tengok keadaannya yang tak teratur, tak terurus. Seolah-olah macam baru pindah, ataupun seolah-olah macam lah dapur tuh cuma untuk sementara. Dengan fridge yang penuh dengan sayur-sayur yang hitam berkulat di sana-sini. Periuk belanga berantakan, tak disusun, bergelimpangan di sana sini.

AJK tuh suruh aku "tengok-tengok" Ustaz-Ustaz kat situ sebab dia kata diaorang tak berapa puas hati dengan timing diaorang makan minum, mengajar, etc. Aku kata itu aku tak nak campur, who am I nak komplen pasal Ustaz pulak, kan? Lagipun diaorang tuh muda sangat lagi, bebudak pun lagi. Korang lantik Ustaz muda, macam tu lah kan?

Lepas Zohor Ustaz-ustaz tuh ajak aku makan sekali dengan diaorang. Makan setalam. Satu lauk jer, ikang singgang. Tak ada air. Kejap jer aku dah dapat pengajaran, makan sikit jer setakat untuk alas perut. Dan jangan minum bersulam dengan suapan nasi. Aku punya style lah gitu, dua tiga suapan, seteguk air. Tak bagus tuh, Nabi larang. Itu jugak antara punca perut jadi buncit.

Masa Ustaz semua tuh masuk mengajar (pukul 2), aku pun tukar pakaian dan teruslah buat apa-apa yang patut, sapu sampah, mengemop. Teringat aku yang dulu ada gagak ajar aku cara betul mengemop, masa kerja kat kedai Michael orang Vietnam, kat Philadelphia dulu. So aku buat macam apa yang diajar, buat nombor 8. Sambil geleng-geleng kepala mengenangkan yang how my life nih berbalik-balik. Aku susun periuk belanga, pinggan mangkuk etc, sambil fikir, kalau kat rumah sewa sendiri mampos aku nak buat semua tuh, walaupun untuk menyapu. Tapi, di tempat orang, aku buat yang terbaik. Sampaikan AJK tuh kata, "ha, ini baru nampak macam tempat ada orang duduk". And then dia sambung merungut pasal Lan Tukang Masak tuh. 

Sebelum Asar aku diperkenalkan dengan budak-budak Tahfiz tuh, mulai esok aku akan cuci pakaian diaorang so diaorang diarah longokkan pakaian kotor masing-masing, aku akan cuci, jemur, iron jubah. 

"Kamu semua kena hormat kat Pakcik nih walaupun dia kerja cuci pakaian JER", giliran Lan Tukang Masak pulak bercakap. "Dia ni banyak pengalaman hidup, jadi kamu kena hormat dia macam kamu hormat Ustaz-Ustaz jugak, apa yang dia suruh kamu buat, kamu kena buat. Jangan pulak kamu tak dengar cakap dia sebab kamu rasa dia tak layak sebab dia kerja cuci pakaian jer", kata Lan lagi. Aku tak berapa suka dengar ayat Lan tuh, part "kerja cuci pakaian JER". 

"Ganas-ganas budak sini nih", aku kata kat AJK tuh sambil gelak-gelak. Iyalah, melalak sana sini, berkejar-kejar, pukul memukul, tendang menendang. 

"Tau tak pa", kata AJK tuh.

Biasanya lepas Asar diaorang ke padang main bola tapi petang nih ditukar aktiviti, disuruh bergotong royong bersihkan kawasan belakang Madrasah. Madrasah nih di kelilingi rumah banglo kampung, memang rapat antara satu sama lain. Dan ramailah orang. Madrasah pulak tak berpagar. Aku sebagai orang baru, aku buat aje lah benda yang patut, aku biarkan aje budak-budak tuh main-main berkejaran sana sini. Tengah aku nak buang sampah, aku nampak 3 guys (neighbours) yang mulanya melepak kat bawah pokok rambutan, berlari ke arah budak-budak Tahfiz, sambil jerit-jerit, "Sapa ajar main pisau nih, kamu tau tak bahaya?", lebih kurang macam tuh ayatnya. Rupa-rupanya bebudak tuh main acah-acah pisau. Damn, kata aku dalam hati. Bila that 3 guys datang ke arah aku sambil pegang pisau tuh, aku buat bodoh jer, terus aku pura-pura buat kerja lain. Diaorang nak "nasihat" aku lah tuh, jaga sikit budak-budak.



"Cukup ker lauk nih?", aku tanya Lan Tukang Masak bila aku tengok lauk untuk dinner sikit sangat, dua tiga ekor ikan singgang jer. 

"Cukup. Budak-budak bukan makan banyak, diaorang malam-malam suka makan biskut", kata Lan lagi.

Lepas Maghrib aku bersembang dengan Lan, kat dapur. Aku tanya menu apa yang selalu dimasak, sebanyak mana, minum petang tak ada ker? Aku kata jugak yang sepanjang aku membersihkan bahagian dapur, selalu jugak budak-budak datang masuk cari biskut, makanan. Aku rasa diaorang kelaparan. 

"Sini, kalau kita masak banyak-banyak, habis. Baik masak tak banyak", kata Lan.

"AJK tak marah ker budak-budak nih banyak makan jajan?", aku tanya gitu. Iyalah, pemikiran aku yang kolot nih ingatkan bab-bab permakanan nih di jaga betul-betul, iyalah kan, supaya senang diaorang nak menghafal. I read somewhere, benda-benda yang diperam (budu for example) tak digalakkan dimakan. Inikan pulak jajan, kan? Tapi aku tengok kat tong-tong sampah, berbagai bentuk pembungkus, jenama, perisa jajan lagi.

"Ini budak-budak KL, diaorang suka makan jajan", kata Lan gitu.

"Tak ada lah susah mana kalau gitu, aku ingatkan menu masakannya yang bagus-bagus", aku kata gitu. 

"Senang jer, satu lauk jer untuk sepanjang hari. Pagi pulak, buat mee hon atau nasi goreng". Kadang tuh ada orang hantar nasi lemak ke sini", kata Lan lagi.


"Itu AJK, orang besar tu", kata Ustaz Us kat aku masa aku habis solat sunat sebelum Isyak. "Pergi lah jumpa dia", kata Lan lagi sambil tunjukkan aku one guy tengah menalipun sambil duduk kat sofa.

"Lepas Sembahyang lah, dia tengah menalipun", aku kata gitu.

"Saya nak awak cabut rumput-rumput dalam pasu, tepi-tepi pagar, bersihkan laman, jangan bagi berserabut sangat macam tu", kata HjM, masa aku bersalam dan perkenalkan diri aku. Masa "interview" last week dia tak ada.

Amboi bahasa nya, kasar bagi aku. Terus aje "memerintah", at least tanya-tanya khabar atau sembang-sembanglah dulu, tak kan terus nak suruh buat itu ini, tak kan dia tak tahu aku "sukarela". 

Aku sentap jadinya dengan cara HjM macam tuh. 

Ustaz Us jer yang sentiasa mengekori aku, banyak yang dia tanya itu ini, dan bila aku terpaksa bukak laptop untuk buat apa-apa yang patut, lagi lah dia banyak tanya. Hidup dia kat Madrasah jer sejak kecik sampaikan banyak benda-benda yang dia tak tahu, yang bila aku explain, susah dia nak terima. 

"Abang guna bilik ini lah sementara waktu, nanti bila Abang Lan dah berhenti, abang pindah bilik dia tu", kata Ustaz Us, bila aku kata aku nak sebilik dengan Lan Tukang Masak sebab aku takut nanti AJK akan kata apa pulak, membazir duit sumbangan orang ramai, nak duduk bilik asing-asing.

Punyalah panas kat bilik walaupun kipas dipasang full, so aku terpaksa tidur atas lantai. Dan walaupun susah nak tidur dan selalu terjaga, aku tak ada masalah pun bangun pukul 4-30 pagi untuk kejutkan budak-budak for Tahajjud.