Thursday

Isnin 9/4/2018

Semakin dekat waktu untuk berangkat ke Madrasah, semakin aku jadi ragu-ragu, semakin aku macam tak yakin yang this is the correct thing to do. Aku tak tahu, tapi dulu-dulu aku tak pernah pun terfikir macam apa yang aku fikir sekarang, I was so eager untuk buat kerja-kerja sukarela sampaikan aku lupa untuk fikir benda-benda negatif. 

Mungkin jugak ini semua dugaan tapi aku rasa I was close to getting cold feet, cumanya dah terlambat untuk aku patah balik so might as well teruskan aje lah.

Dapat driver Grab Cina pulak, alamat Madrasah tuh pulak tak ada kat map so sesat barat dibuatnya. True yang aku dah pernah pergi ke Madrasah tuh tapi pergi dari area lain, aku sekadar tahu nama daerah tapi tak tahu exact location. Sampai RM 70 (campur tips) sebab kena patah balik, kalau aku tak beria-ia suruh driver tuh berhenti, nun sampai ke Tanjung Malim dia bawak aku.

Janjinya dalam pukul 12, tapi disebabkan sesat tuh, dalam 12-45 tengahari baru aku sampai. Ingatkan ada orang tunggu sebab dalam WA ada yang tanya, "dah sampai ker belum?". Yang ada cuma beberapa orang budak Madrasah, yang bila aku tanya, masing-masing tak tahu apa-apa. Bengang jadinya, dah lah pintu berkunci. 

Then ada WA message suruh aku berurusan denagn Ustaz Us, yang mengajar kat Madrasah tuh. Itu pun satu hal, Ustaz tuh macam blur bila dia tengok aku (akhirnya malam nih dia beritahu yang dia "terkejut" tengok aku, dia expect orang yang nak datang kerja sukarela tuh bukan macam aku. Iyalah, nak buat kerja-kerja remeh/bodoh, cuci pakaian, memasak, cuci tandas etc). Aku ingatkan adalah a few AJKs yang akan tunggu menyambut kedatangan aku. Nan hadoo kaedahnya.

Ustaz Us (muda sangat lagi budak nya, orang Thai) tunjukkan aku persekitaran Madrasah, dan perkenalkan kat dua lagi Ustaz (jugak budak-budak lagi, sorang Thai dan sorang lagi local guy, yang tak duduk di Madrasah tapi duduk kat luar)

"Daif nya tempat nih", kata aku dalam hati. Mungkin daif tuh perkataan yang salah tapi keadaan Madrasah yang macam tak terurus, yang bagi aku kira oklah sebab akan banyak kerja yang boleh aku buat.

Aku diperkenalkan dengan tukang masak yang nak berhenti bulan depan, "orang tabligh", dia kata dia nak keluar 40 hari, sebab tuh nak berhenti kerja. Lain pulak apa yang one of the AJKs tuh beritahu aku, bila dia datang petang nih. Lan Tukang Masak tuh dah lama nak dibuang kerja tapi mengenangkan tak ada siapa yang nak memasak, terpaksalah diaorang bertahan dengan tukang masak tuh. Aku macam boleh buat kesimpulan bila aku ke dapur dan tengok keadaannya yang tak teratur, tak terurus. Seolah-olah macam baru pindah, ataupun seolah-olah macam lah dapur tuh cuma untuk sementara. Dengan fridge yang penuh dengan sayur-sayur yang hitam berkulat di sana-sini. Periuk belanga berantakan, tak disusun, bergelimpangan di sana sini.

AJK tuh suruh aku "tengok-tengok" Ustaz-Ustaz kat situ sebab dia kata diaorang tak berapa puas hati dengan timing diaorang makan minum, mengajar, etc. Aku kata itu aku tak nak campur, who am I nak komplen pasal Ustaz pulak, kan? Lagipun diaorang tuh muda sangat lagi, bebudak pun lagi. Korang lantik Ustaz muda, macam tu lah kan?

Lepas Zohor Ustaz-ustaz tuh ajak aku makan sekali dengan diaorang. Makan setalam. Satu lauk jer, ikang singgang. Tak ada air. Kejap jer aku dah dapat pengajaran, makan sikit jer setakat untuk alas perut. Dan jangan minum bersulam dengan suapan nasi. Aku punya style lah gitu, dua tiga suapan, seteguk air. Tak bagus tuh, Nabi larang. Itu jugak antara punca perut jadi buncit.

Masa Ustaz semua tuh masuk mengajar (pukul 2), aku pun tukar pakaian dan teruslah buat apa-apa yang patut, sapu sampah, mengemop. Teringat aku yang dulu ada gagak ajar aku cara betul mengemop, masa kerja kat kedai Michael orang Vietnam, kat Philadelphia dulu. So aku buat macam apa yang diajar, buat nombor 8. Sambil geleng-geleng kepala mengenangkan yang how my life nih berbalik-balik. Aku susun periuk belanga, pinggan mangkuk etc, sambil fikir, kalau kat rumah sewa sendiri mampos aku nak buat semua tuh, walaupun untuk menyapu. Tapi, di tempat orang, aku buat yang terbaik. Sampaikan AJK tuh kata, "ha, ini baru nampak macam tempat ada orang duduk". And then dia sambung merungut pasal Lan Tukang Masak tuh. 

Sebelum Asar aku diperkenalkan dengan budak-budak Tahfiz tuh, mulai esok aku akan cuci pakaian diaorang so diaorang diarah longokkan pakaian kotor masing-masing, aku akan cuci, jemur, iron jubah. 

"Kamu semua kena hormat kat Pakcik nih walaupun dia kerja cuci pakaian JER", giliran Lan Tukang Masak pulak bercakap. "Dia ni banyak pengalaman hidup, jadi kamu kena hormat dia macam kamu hormat Ustaz-Ustaz jugak, apa yang dia suruh kamu buat, kamu kena buat. Jangan pulak kamu tak dengar cakap dia sebab kamu rasa dia tak layak sebab dia kerja cuci pakaian jer", kata Lan lagi. Aku tak berapa suka dengar ayat Lan tuh, part "kerja cuci pakaian JER". 

"Ganas-ganas budak sini nih", aku kata kat AJK tuh sambil gelak-gelak. Iyalah, melalak sana sini, berkejar-kejar, pukul memukul, tendang menendang. 

"Tau tak pa", kata AJK tuh.

Biasanya lepas Asar diaorang ke padang main bola tapi petang nih ditukar aktiviti, disuruh bergotong royong bersihkan kawasan belakang Madrasah. Madrasah nih di kelilingi rumah banglo kampung, memang rapat antara satu sama lain. Dan ramailah orang. Madrasah pulak tak berpagar. Aku sebagai orang baru, aku buat aje lah benda yang patut, aku biarkan aje budak-budak tuh main-main berkejaran sana sini. Tengah aku nak buang sampah, aku nampak 3 guys (neighbours) yang mulanya melepak kat bawah pokok rambutan, berlari ke arah budak-budak Tahfiz, sambil jerit-jerit, "Sapa ajar main pisau nih, kamu tau tak bahaya?", lebih kurang macam tuh ayatnya. Rupa-rupanya bebudak tuh main acah-acah pisau. Damn, kata aku dalam hati. Bila that 3 guys datang ke arah aku sambil pegang pisau tuh, aku buat bodoh jer, terus aku pura-pura buat kerja lain. Diaorang nak "nasihat" aku lah tuh, jaga sikit budak-budak.



"Cukup ker lauk nih?", aku tanya Lan Tukang Masak bila aku tengok lauk untuk dinner sikit sangat, dua tiga ekor ikan singgang jer. 

"Cukup. Budak-budak bukan makan banyak, diaorang malam-malam suka makan biskut", kata Lan lagi.

Lepas Maghrib aku bersembang dengan Lan, kat dapur. Aku tanya menu apa yang selalu dimasak, sebanyak mana, minum petang tak ada ker? Aku kata jugak yang sepanjang aku membersihkan bahagian dapur, selalu jugak budak-budak datang masuk cari biskut, makanan. Aku rasa diaorang kelaparan. 

"Sini, kalau kita masak banyak-banyak, habis. Baik masak tak banyak", kata Lan.

"AJK tak marah ker budak-budak nih banyak makan jajan?", aku tanya gitu. Iyalah, pemikiran aku yang kolot nih ingatkan bab-bab permakanan nih di jaga betul-betul, iyalah kan, supaya senang diaorang nak menghafal. I read somewhere, benda-benda yang diperam (budu for example) tak digalakkan dimakan. Inikan pulak jajan, kan? Tapi aku tengok kat tong-tong sampah, berbagai bentuk pembungkus, jenama, perisa jajan lagi.

"Ini budak-budak KL, diaorang suka makan jajan", kata Lan gitu.

"Tak ada lah susah mana kalau gitu, aku ingatkan menu masakannya yang bagus-bagus", aku kata gitu. 

"Senang jer, satu lauk jer untuk sepanjang hari. Pagi pulak, buat mee hon atau nasi goreng". Kadang tuh ada orang hantar nasi lemak ke sini", kata Lan lagi.


"Itu AJK, orang besar tu", kata Ustaz Us kat aku masa aku habis solat sunat sebelum Isyak. "Pergi lah jumpa dia", kata Lan lagi sambil tunjukkan aku one guy tengah menalipun sambil duduk kat sofa.

"Lepas Sembahyang lah, dia tengah menalipun", aku kata gitu.

"Saya nak awak cabut rumput-rumput dalam pasu, tepi-tepi pagar, bersihkan laman, jangan bagi berserabut sangat macam tu", kata HjM, masa aku bersalam dan perkenalkan diri aku. Masa "interview" last week dia tak ada.

Amboi bahasa nya, kasar bagi aku. Terus aje "memerintah", at least tanya-tanya khabar atau sembang-sembanglah dulu, tak kan terus nak suruh buat itu ini, tak kan dia tak tahu aku "sukarela". 

Aku sentap jadinya dengan cara HjM macam tuh. 

Ustaz Us jer yang sentiasa mengekori aku, banyak yang dia tanya itu ini, dan bila aku terpaksa bukak laptop untuk buat apa-apa yang patut, lagi lah dia banyak tanya. Hidup dia kat Madrasah jer sejak kecik sampaikan banyak benda-benda yang dia tak tahu, yang bila aku explain, susah dia nak terima. 

"Abang guna bilik ini lah sementara waktu, nanti bila Abang Lan dah berhenti, abang pindah bilik dia tu", kata Ustaz Us, bila aku kata aku nak sebilik dengan Lan Tukang Masak sebab aku takut nanti AJK akan kata apa pulak, membazir duit sumbangan orang ramai, nak duduk bilik asing-asing.

Punyalah panas kat bilik walaupun kipas dipasang full, so aku terpaksa tidur atas lantai. Dan walaupun susah nak tidur dan selalu terjaga, aku tak ada masalah pun bangun pukul 4-30 pagi untuk kejutkan budak-budak for Tahajjud.