Sebelum Subuh tadi ada upacara merotan, budak-budak yang ada buat kesalahan semuanya dipanggil sorang-sorang ke depan. Then Ustaz Us tanya kat bahagian mana nak dirotan, samada kat tapak tangan, betis atau bontot. Most of them mintak dirotan kat bontot. First time tengok memanglah rasa macam sedih sebab kesalahannya cumalah sekadar bercakap semasa belajar, potong queue masa jumpa Ustaz, buat bising, kesalahan-kesalahan kecik macam tuh. Tapi yang peliknya, budak-budak tuh terlalak menyanyi, bersiul, tak pulak dikategorikan sebagai kesalahan, mungkin sebab di luar masa belajar kot.
Ustaz-ustaz 3 orang tuh ke mana-mana sentiasa bawak rotan, memang nampak macam garang, kadang tuh aku terfikir sebijik macam orang jaga sekumpulan lembu, rotan sentiasa hinggap kat lembu-lembu. Dan mungkin jugak some of the students tuh "over-reacting", kena sebatnya tak seberapa tapi "gaya macam sakit" nya sebijik macam yang kena hukum sebatan kat Aceh yang aku tengok kat youtube.
"Ini jer cara nak mengajar budak-budak nih, kalau tak buat macam ini, memang tak jadi", kata Ustaz Us kat aku.
"Dalam ramai-ramai nih nanti, tentu ada beberapa orang yang "tak menjadi", yang tersalah langkah, yang hanyut. Tapi at least diaorang akan ada pegangan ugama", aku kata gitu.
Memanglah sekarang semuanya nampak "warak, bagus", tapi kita tak akan tahu apa akan jadi di masa depan, mungkin ada yang terjerumus. Mungkin ada yang tersalah langkah. Mungkin ada yang tersilap percaturan hidup. Mungkin ada yang mengikut hawa nafsu. Bermacam kemungkinan.
"Apa kata kita letak kobis dalam gulai kurma nih, biar budak-budak makan", aku kata gitu kat Lan Tukang Masak. Iyalah kan, kalau tak buat gitu, tak bersentuhlah sayur-sayur yang menimbun tuh. AJK akan terus komplen apa pasal tak masak sayur.
And so, macam semalamlah, bila dah siap ramuan utuk memasak, aku serahkan tugasan kat Lan dan aku mula mencuci pakaian bebudak. Ada jugak pakaian Ustaz Us yang aku cuci, dia nak cuci sendiri sebenarnya tapi aku saja buat-buat tak perasan yang itu pakaian dia. So tak heranlah aku nampak (dengan buat-buat tak nampak) dia dua tiga kali jenguk-jenguk, jeling-jeling kat aku yang tengah mengerinse pakaian dia.
Cepat pulak siapnya kerja harinih so pukul 11 lebih aku ke bilik lepak-lepak. Then Ustaz Us datang, dia nak sangat tengok aku buat apa online.Nak mengexplain kat dia memanglah susah so aku ajak dia tengok youtube pasal orang-orang Islam kat South America. Tah apa pasal aku bukak bab tuh aku pun tak tahu, itu jer yang terlintas kat kepala aku masa tuh. Lagipun nak kasi dia tahu sikit pasal dunia luar.
"Ini dekat Amerika Selatan, tempat nih kat Mexico, di bahagian selatan, satu kampung tuh orang Islam, tapi kehidupan diaorang daif sangat", aku kata gitu sambil tunjukkan youtube pasal Muslim in Chiappas, Southern Mexico.
"Ini masjid besar kat Ecuador, Quito nama bandar tuh, ibu negara Ecuador. Saya pernah bercakap, kat internet lah, dengan Imam nih", aku kata gitu. "Dia ada ajak datang ke sana, kalau nak kawin dengan orang Islam kat sana, beritahu jer kat dia, dia boleh atur", aku kata lagi.
"Yang ini ni?", Ustaz Us macam tak percaya.
"Ha ah, terkenal Imam ni, dia nampak macam "moden" jer tapi dia banyak buat kerja-kerja ugama", aku kata lagi.
"Ooooo, jadi Abang nak ke sana tahun depan?", Ustaz Us tanya aku, agaknya dia dapat buat kesimpulan lepas dengar cerita dan plan aku sebelum ini.
Aku tak jawab pun soalan dia. Mungkin tahun depan aku jawab, InsyaAllah. Sebab tuh aku selalu kata kat Ustaz Us, apa-apa hal, do not lose contact dengan aku, he's the only one yang aku rasa ada connection (walaupun dia muda sangat lagi budaknya) dengan aku. Mungkin bukan sekarang tapi sapa tahu kalau panjang umur, orang-orang macam dia lah yang aku nak cari untuk bekerjasama. Bukan dengan AJK Madrasah,diaorang tuh business-minded punya orang semuanya.
Aku tak ke dapur masa budak-budak makan sebab Lan kata kitaorang tak payah nak susah-susah, setakat sediakan makanan dan tinggalkan atas meja, pandailah budak-budak tuh buat apa yang patut. So banyaklah jugak masa free aku tengahari nih, sempatlah aku update blog sesikit, check pasal Bitcoin punya news etc.
Lepas Zohor masa budak-budak ada kelas, aku buat lah kerja yang patut, bersihkan dapur, laman, corridor etc. Kejap jer aku menyapu kat asrama budak-budak sebab semalam dah aku bersihkan, so harinih tak adalah kotor sangat i.e tak ada lah banyak sangat kerja yang aku kena buat.
Aku lepak kat bilik Lan sebab kat bilik aku panas. Punyalah merendah diri aku nih, dia suruh aku lepak kat katil satu lagi tapi aku baring kat lantai. Belum sempat aku lelapkan mata, Ustaz Us panggil aku, dia kata HjM ada datang. Dia nak jumpa aku.
"Kain-kain nih mengapa bersidai kat sini nih?", lebih kurang gitulah apa yang aku dengar sebab masa tuh aku baru keluar dari bilik dan HjM nun kat hujung sana. Kok ya pun tunggulah sampai aku sampai, kata aku dalam hati.
"Ini kain, pakaian yang bergantungan ni kenapa diabiarkan macam ni? Siapa yang punya? Mengapa awak tak angkat?", dia tanya aku sambil tunjukkan kain-kain dan pakaian yang bergantungan, yang memang dah lama kat situ dan tak bergerak-gerak, meaning tak tahu siapa yang punya.
"Saya tak tahu siapa yang punya, sebab tuh saya tak sentuh pun. Pakaian yang saya cuci, saya jemur kat sana tuh", aku jawab gitu sambil tunjukkan arah tempat sidai pakaian.
"Itu awak jangan peduli, saya nak awak bersihkan kawasan nih, kalau tak ada siapa yang mengaku pakaian dia, awak buang jer", HjM kata gitu.
"Ini longkang ni, bersihkan jangan bagi ada pasir, nanti tersumbat", dia kata gitu
"Kitaorang dah bersihkan dah kawasan ni, Isnin lepas masa gotong royong. Dulu lagi kotor dari sekarang", aku kata gitu.
"Awak kerja sini jangan bagi banyak alasan, bersih ker kalau banyak rumput-rumput macam ni?, dia kata gitu sambil tunjukkan kawasan longkang.
Fuck you, kata aku dalam hati.
"Itu plastik dalam longkang tuh tak kan awak tak nampak? Awak jangan jadi macam Lan, dia tu langsung tak boleh harap blah blah blah", kata HjM lagi.
Mentara HjM sibuk ke tempat lain, aku teruslah pungut semua pakaian yang bergantungan, tapi fikiran aku terus ke lain. Tak boleh jadi macam nih, baru 3 hari, setiap hari ada jer benda yang tak kena. Aku ok kalau dia cakap slow-slow, berdiplomatik, tapi bila dia tengking macam tuh, aku rasa hina sangat. Aku bukannya bebudak, aku bukannya mamat Indon yang kerja buat tandas kat sebelah tuh, aku bukannya stuck kat Madrasah tuh sebab aku tak ada option lain. Aku datang with an open mind, aku datang dengan penuh semangat untuk buat kerja-kerja sukarela, tanpa gaji. Tak pernah terlintas di kepala aku yang aku akan dilayan macam tuh sebab aku fikir, tempat yang baik, orangnya jugak baik. Tapi apa yang aku alami selama 3 hari nih, complete opposite pulak rupanya. Akal aku macam tak boleh terima gitu. Takkan dah tua bangka macam tuh, mentadbir Madrasah pulak, tapi bahasanya kesat semacam?
And so masa melipat kain-kain tuh aku terus buat keputusan yang aku nak blah aje lah. I can't work dalam keadaan macam ini, setiap kali jumpa dia akan dihina macam tuh. Perangai dia tak akan berubah, so might as well aku berubah langkah.
"Awak cari paku, gantung semua ni kat dinding. Awak bujang, tak kan tak reti buat benda-benda gini", kata HjM sambil hulurkan aku besi penyangkut baju, sebelum dia balik. Aku tak pandang pun muka dia.
"Ok Lan, aku tak tahan dah, aku tak suka HjM, bahasa dia kasar gila, aku nak keluar lah dari sini?', aku beritahu Lan.
"Eh apasal pulak? Dia tu baiiiik orangnya", kata Lan lagi.
"Baiiiiiikkkkk?", aku macam tak percaya apa yang Lan cakap.
Rasanya macam nak cerita jer kat Lan apa yang HjM kutuk pasal dia tapi aku tak sampai hati, lagipun Lan tuh macam "bodoh jer" orangnya (bukan mengutuk tapi mengexplain ekekekekke). Nak kata dia tuh baik, penyabar orangnya, tak jugak. Kalau dia baik dan bagus, mengapa Madrasah nak buang dia, kan? Mengapa dia biar budak-budak kelaparan?
Damn, I can't stand stupid people. So aku jadikan itu satu lagi alasan untuk keluar aje dari Madrasah, walaupun aku masih tak boleh terima what has just happened. Aku hidup-hiduplah percaya yang volunteering untuk buat kerja amal kat Madrasah tuh is the best thing, the best choice bagi aku. Mati-mati aku tertipu. Fuck!
"Alaaa, Abang tunggulah sampai sebulan, pastu berhenti sama-sama Lan nanti", kata UstazUs bila aku beritahu dia kisahnya.
"Tak boleh, tak boleh, tak boleh. Orang macam tu perangai dia tak akan berubah, dari saya buang masa kat sini, baik saya keluar aje", aku kata gitu.
"Dia tu memang macam tu perangainya, saya dulu pun teruk jugak kena marah tapi saya lawan, lepas tu sekarang nih dia tak berani nak tegur saya dah", kata ustaz sorang lagi.
Iyalah, ko tuh dibayar gaji.....geram jer aku nak jawab macam tuh.
"Ini semua kehendak Tuhan, semoga Tuhan terima kerja amal Abang selama 3 hari kat sini ni. Banyak pahala Abang", kata UstazUs, bila dia tahu yang aku memang dah tetap dengan keputusan untuk keluar aje dari Madrasah.
"Tak dapat pahala pun tak apa lah, tapi saya sampai harinih jer kat sini", aku kata gitu. Ada terlintas di fikiran apa yang aku cakap tuh macam salah jer tapi aku dah tercakap macam tuh, apa boleh buat, kan?
"Makan lah dulu kurma yang Abang masak tuh", kata another Ustaz.
"Tak apa, tak apa, saya kenyang lagi ni", aku kata gitu walaupun aku lapar sebab tadi pun tak breakfast. Makanan habis.
Dalam masa bersembang tuh lah aku book grab, aku WA 2 orang AJKs lain yang aku selalu deal with tu. One of them cuma balas mesej aku dengan kata, "Ok, good luck!".
"Ingat, Ustaz jangan putus hubungan dengan saya", aku kata kat Ustaz Us masa aku tengah kemas-kemas barang. Aku tahu yang Grab lambat sikit sampai sebab aku kat pendalaman Gombal (ooopppps, now korang tahu yang Madrasah tuh kat pendalaman Gombak. Diaorang ada 11 cawangan lain).
"Mengapa? Ada masalah ker?", one of the AJKs tuh talipun aku, masa aku dalam kereta. So dia ajak aku mengeteh bila aku free (kalau aku masih di KL), dia nak aku ceritakan kisahnya. "
"Tak boleh jadi kalau macam ini, kitaoranag kena buat sesuatu", kata dia lagi.
Masa dalam Grab tuh jugak ada call dari satu nombor yang aku tak kenal tapi apa yang aku perasan, dah banyak kali diaorang call aku tapi aku tak jawab, simply sebab aku tak bawak cellphone masa kerja.
Rupanya one Consulting firm yang aku ada apply kerja dulu tuh. Diaorang tanya kalau-kalau aku boleh datang for interview petang nih pukul 6-30 petang tapi aku kata dah tak sempat. So Jumaat nih aku ada interview kat Puchong, project kat Cheras. Apa ke jadahnya interview pukul 6-30 petang? Lantaklah, aku nak pergi jer lah, tak nak fikir lebih-lebih.
Aku ke hotel kat Jalan Pudu (dekat-dekat Pudu Sentral, Puduraya), aku betul-betul blank jadinya. Rasa macam tak percaya jer apa yang berlaku. Then aku call mak, mak punyalah excited nak dengar pengalaman aku kerja dan bila aku beritahu apa yang terjadi, mak macam disappointed gitu. Bukan disappointed dengan aku.
"Pengajaran nya gini, mak... Kat tempat-tempat yang kita rasa bagus tuh, tak semestinya bagus. Kat mana-mana pun ada cacat celanya", aku kata gitu.
"Memang pun......", kata mak lagi.
"Alaaa, sedangkan kat tempat baik-baik macam Mekah, Madinah, berlambak dengan pelacur", aku kata gitu, sekadar menguatkan statement.
"Haah, orang yang jahatnya ramai. Mana-mana pun lah, ada yang tak baiknya", kata mak.
Dan aku pun post kan kat a few WA groups, beritahu yang "aku lari" dari Madrasah. Ramai lah yang contact aku nak tahu apa yang berlaku, Nuar (adik aku) pun ada call so esok aku nak ke Kota Kemuning nak jumpa dia, nak ambik road tax dari dia.
Aku talipun Kamal, kawan masa ITM, masa kat overseas dulu jugak, nak suruh dia WA kan Diploma dan Degree dia untuk aku guna masa interview Jumaat nanti. Aku mana ada original copy (yang photstat pun tak ada) sijil-sijil. Pandailah aku buat macamana nanti tuh.
Sampai dekat Maghrib aku tidur, lepas Isyak aje aku keluar cari makan kat Bukit Bintang. Sepanjang masa aku asyik fikir apa yang berlaku, memang sikit pun aku tak sangka, tu pasal aku macam "shocked" gitu tuh.
Aku tak singgah mana-mana pun lepas makan, balik hotel terus jer aku tidur. Kepala aku dah tak boleh berfikir. Fikiran aku jadi macam mandul gitu. Ekekekekkeke