Wednesday

Rabu - 25122013

Balik dari breakfast tadi aku nampak Bibik Duyung tengah menyiram kacang, cili, kat tempat mak menyiram semalam tuh. First time aku tengok Bibik Duyung buat kerja tuh, selama ini mak yang buat. Aku biarkan aje sebab aku mengusahakan kacang kat plots lain.

"Jenis yang nak kena disuruh dulu, baru dia nak buat kerja", mak merungut dari dapur, masa aku kat garaj nak ambik perkakas berkebun.

"Suruh jer mak, kalau tak, mende kerja yang dia buat nya", aku kata gitu.

Aku peratikan yang mak sama Bibik Duyung nih macam tak sehaluan, masing-masing buat hal sendiri, mak buat hal mak, benda-benda yang biasa mak buat. Bibik Duyung pulak, kerjanya setakat menyapu, mengemop, sidai dan angkat pakaian. So far itu aje kerjanya. Tak ada lagi aku tengok mak suruh Bibik Duyung buat itu ini. Mak pulak yang semakin aktif ke kebun, menggolect points along the way. Sepatutnya Bibik Duyung yang kena usaha collect points tapi dia rileks aje, memang dia tak ada experience kerja rumah orang gayanya.

"Dulu terh mak suruh dia cuci kereta, nya cuci lah sekali", kata mak lagi. Cuci kereta maksud mak, lap body kereta sesikit, bukan cuci guna air, sabun.

Plan aku pagi nih nak menyiram sebab dah kering kontang tanah, tapi kan ker Bibik Duyung guna paip air? Kerja menyiram seluas kangkang kera bunting tu pun bukan main lama lagi, agaknya kalau disuruh menyiram kat kawasan lain yang banyak pokok tuh, haruslah sampai ke petang.

So aku mula menyemai kacang kat trays semaian, leceh jugak kerjanya, dekat sejam kerja, dapat 6 trays aje. Lepas tuh aku sambung menyangkul rumput, then buat batas, then menanam. Sikit demi sikit kerja aku buat tapi aku puas hati.

Mak sama Bibik Duyung ke tapak Pekan Sehari, ada majlis apa tah sempena Hari Perpustakaan kampung nih, ada banyak acara. Aku cuma pergi masa nak makan aje. Aku nampak mak kat bahagian menyediakan makanan, Bibik Duyung entah di mana. Sepatutnya di mana ada mak, di situ ada Bibik Duyung. Tapi, di mana ada mak, di situ tak ada Bibik Duyung. Rupanya dia, macam orang lain jugak, berkerumun dalam Dewan Serbaguna, pasal ada cabutan bertuah. Nasib baik nombor dia tak bertuah (kalau pun dia dapat nombor), tak kalu, harus dia pengsan kehappyan naik pentas terima hadiah.

Pelik aku pasal mak tak balik pun for Zohor, biasanya sure mak akan balik untuk ke masjid. So aku pergi masjid sorang-sorang jer lah. Aku melepak kat bilik aje lepas tuh sebab mak sama Bibik Duyung ada, petang nih diaorang tak ada mengaji. Lan sekeluarga sampai, diaorang nak balik ke rumah keluarga Rozi Jumaat nih rasanya, ada khenduri.

Lepas Asar aku cuma menyiram, itupun tak sempat siap pasal air slow sangat, esok jer lah menyiram guna pam. Tapi aku kena beli segelung hose lagi, baru boleh sampai, bila disambung ke empat-empat gelung, 120 meter panjang. Hmmm, kena keluar duit lagi.

"Macam orang Indon baca Quran jer", kata Ustaz Simon Cowell sambil gelak-gelak, lepas Bibik Duyung baca.

"Memang orang Indon", aku jawab gitu. Semua jemaah gelak.

Sesehari dua nih aku tak tunggu mak dalam kereta dah sebab kalau aku terus masuk kereta, Bibik Duyung pun akan terus aje masuk kereta. Instead aku bersandar aje kat kereta, dan kalau mak lambat sikit, aku melepak dulu tempat lain. Bila mak keluar dari kawasan masjid, baru aku bukak pintu kereta.

"Orang rumah saya dah tak ada dah", itu aje yang sempat aku dengar Ustaz Simon Cowell kata, masa dia bersembang sama Bibik Duyung, masa dia nak naik motor.

Hmmm...aku dah terbayang yang kemungkinan Bibik Duyung jadi orang kampung nih nanti ekekekekee

Memang pelik sungguhlah Bibik Duyung nih, dalam seminit tuh dia boleh menangis teresak-esak, then dia boleh ketawa terbahak-bahak. Dia talipun Indo agaknya, sekejap menangis, sekejap cakap-cakap manja, sekejap ketawa terbahak-bahak. 

Tensionnya aku.