Wednesday

Isnin16Julai2018

Aku tak ke masjid Subuh tadi, terlambat bangun. Semalam aku susah nak tidur, sampai pukul 3 lebih aku masih tergolek kiri kanan, tukar posisi tidur, pindah tempat tidur, cuba tidur kat sofa etc, tapi gagal jugak melelapkan mata. So aku letakkan cellphone di tepi bantal sebab aku tahu yang kalau aku tertidur jugak akhirnya, aku takut tak sedar bila alarm berbunyi. Tapi, rupanya (agaknyalah), bila alarm berbunyi pukul 5, aku tersnooze kan alarm tuh. Itu yang pukul 6-30 pagi baru aku tersedar.

Seseminggu dua nih aku memang susah nak tidur, walaupun aku biasanya cuba menidurkan diri dalam pukul 10 setengah atau 11. Not later than that. Tapi itulah, kadang tuh pukul 1, pukul 2 baru aku tertidur. Dan biasanya I have no problems nak bangun pukul 5, aku boleh melepak lagi tunggu alarm betul-betul berbunyi. 

Aku tidur kat living, bentang toto kat situ, tapi tak lah tengah-tengah. Kalau korang tengok gambar semalam, somewhere there lah aku tidur, jauh sikit dari work station aku tuh. Laptop sentiasa on, sejak aku balik dari KL ituahari tak off kan lagi. Akan di off pun, bila aku nak ke KL nanti, bulan depan. Every  hour aku tak leh tidur ,(more like every half hour), aku akan merangkak ke work station aku, check itu ini sekejap. Aku sengaja tak bangun berjalan (instead aku merangkak) sebab kalau aku berjalan, takut nanti aku jadi segar bugar dan susah nak tidur. So gitu lah aku, dalam satu malam tuh ada lah tiga empat kali aku merangkak dari tempat pembaringan ke work station aku. 

Kadang tuh rasa nak tergelak pulak, kalau lelaki lain, tetengah malam merangkak cari bini, tapi aku, merangkak ke laptop. 

Rentetan dari "kutukan' Chu semalam yang masih terngiang-ngiang di telinga aku, the whole morning aku kemaskan apa-apa yang patut, di bahagian dapur dan belakang rumah. Banyak jugak rupanya benda yang kena dibuat, dibersihkan. Aku tak rasa Long akan balik harinih sebab last weekend dia dah ke Lepih. Adik aku akan balik weekend nih dengar khabarnya (mentang-mentanglah rambutan dah banyak masak), dan kalau pun Mak balik unannounced (Mak balik sama Long biasanya) tentu lah hujung minggu kot. aku bersedia dengan segala kemungkinan.

Dah agak lewat baru aku menyiram dan menggembur tanah kat mana-mana tanaman yang perlu digembur tanahnya. Then aku ke tempat peraih durian. Now that aku durianless, aku terfikir yang nak beli lah 2 bakul durian untuk dibuat tempoyak. Takut nanti kalau adik beradik aku balik, diaorang akan tanya, mana tempoyaknya, aku tak beritahu pun yang durian dulu tuh semuanya Chu dah ambik. 

Aku berbelah bagi, nak beli sekarang atau nak tunggu adik beradik balik, kalau pun ada yang balik. Mak, Ida dan Long pasti balik, for sure, cuma tak tahu bila. Ada proS and cons nya kalau beli sekarang atau beli masa diaorang balik nanti. Beli sekarang, save sikit masa. Kalau nak beli masa diaorang balik, aku akan jadi rimas nanti. Iyalah kan, tentu diaorang nak ke a few tempats lain untuk cari durian yang lebih murah. Perempuan, tau aje lah kan? 'moh ke Jelu, sana derian murah', Tempat lain lagi murah dak?, jalan ke Klau terh lagi banyak orang jual derian, tentu lagi murah', itu antara ayat-ayat yang pasti aku akan dengar nanti tuh. 

Kalau dengan aku senang jer. Nak beli derian, jom ke selekoh depan rumah, berlambak derian di situ. Pilih jer lah. Dengan perempuan nih lain, bukan aje pilih durian, tempat nak beli durian pun kena pilih. Kalau diaorang pergi sendiri tak apa, tak nak nanti, aku yang diseret sekali untuk berkecimpung dalam bidang pembelian durian diaorang tuh. Itu yang aku takut nya tuh.

Aku tak jadi beli akhirnya sebab aku fikir, since durian mencurah-curah sekarang nih, might as well tunggu harga lagi murah. Lagipun, kalau aku beli, besar kemungkinan akhirnya aku jugak yang akan terpaksa mengopek semua durian tuh. Tengoklah macamana nanti, aku, tak ada tempoyak pun tak apa, cuma aku rasa rugi ajelah tak buat tempoyak banyak-banyak now that harga durian dah macam durian runtuh, kan?

Aku ke kedai Samad, megeteh sambil tapau nasi ayam untuk lunch, selalu sangat bini Samad tanya, bilanya aku nak beli nasi ayam diaorang. Tak tahulah, tapi aku terserempak jugak dengan MP. Tak lama aku kat kedai Samad tuh, ada jer MP menyusul. Nasib baik Samad ada sekali bersembang so tak adalah MP cerita pasal projek ayam kampun tuh, dan tak adalah peluang dia nak mintak duit sebab aku pun cepat-cepat mintak diri.

Lagi best rupanya berfatbike ke masjid, lagi cepat dan rileks. Kalau boleh nak berfatbike jer setiap waktu sembahyang tapi buat masa ini cukuplah setakat Zohor dan Asar dulu. Lepas Asar ada majlis Tahlil kat rumah one of the ahlis masjid, meriah makanannya ekekkeke. aku duduk semeja dengan this one retiree yang selama ini aku tak pernah bersembang dengan dia pun, tak ada kesempatan. Gayanya dia nih dulunya somebody jugaklah sebab kalau dengar ayat dia, cara dia bercakap, kereta yang dia naik, rumah yang dia duduk, memang menunjukkan yang dia nih orang kaya. kat kampung nih ramai retiree, rumah besar-besar masing-masing tuh. Itu yang aku selalu jugak rasa rendah diri, yang buatkan aku cuma bersembang dengan a few saja. Iyalah kan, aku nih apa lah yang adanya, duduk kampung, unemployed pulak tuh.

So kaedahnya dia tanyalah pasal aku. biasanya kalau bersembang dengan orang yang first time bersembang dengan aku, dan tanya pasal aku pulak tuh, I'll go low jer memula tuh. Aku nak nilaikan how far yang they know about me, iyalah, tinggi ker knowledge diaorang pasal aku, ataupun yang have no clues whatsoever. And at the same time aku nak nilai kan orang tuh jugak. So dengan encik tuh, jauh jugaklah bersembangnya, cerita pasal aku kat Detention Center, cerita pasal cryptocurrencies pun ada jugak sesikit. Dia tak reti nak sebut Connecticut, Pennsylvania (antara States yang aku ada mentioned) dan dia tanya kalau-kalau aku ada bitcoin kat wallet aku, dia nak tengok. Sejauh itu knowledge dia. ekekekekek

Tak ke kebun lah aku lepas tuh sebab dah lewat, lagipun kena praktis baca Quran untuk malam ini. Ustaz yang suruh buat macam tuh, praktis dulu baca so that tak tergagap-gagap baca masa mengaji malam nanti. That way, masa boleh di save, tak lah jemaah lain (yang tak turut mengaji) tertunggu-tunggu untuk Isyak. 

Dekat pukul 10 jugak baru selesai mengaji, ramai pulak jemaah yang join malam nih. Encik yang bersembang dengan aku petang tadi tuh, duduk sebelah aku, asyik tanya pasal aku aje, tanya in English lagi tuh ekekekeke

Saspen aku, dah pukul berapa, ada orang hon kereta sambil jerit-jerit nama aku, suruh bukak gate. Aku dah nak tidur dah masa tuh. Rupanya sedara aku yang berniaga di Pekan Sari tuh, dia nih jenis gila-gila sikit. Gila-gila baik, bukan gila-gila gila tuh. Dia hantar 30 packets tanah yang dibeli di Siam. Aku tak ada order pun sebab dulu dah beli, dan masih ada a few kampits yang aku belum guna. 

Dia suggests suruh aku tanam petai hybrid aje (dia ada supply), dia kata kalau aku tanam dalam 20 pokok petai di sekeliling rumah, that's good enough. Sepokok dalam RM 20. Hmmmm, duit lagi!. 

Tuesday

Ahad15Julai2018

Pagi ini memang hari yang bersejarah, for the first time sejak aku balik duduk kampung, aku bercakap dengan seseorang sebelum Subuh. Biasanya aku 'berpeluang' melontarkan kata-kata masa breakfast, kalau aku breakfast kat kedai lah. Kadang tuh sampai ke malam tak bercakap dengan sapa-sapa pun, kalau hari yang aku tak breakfast kat kedai, tak lunch luar, hari tak menalipun mak etc. Kadang tuh aku macam "terpaksa' dinner kat luar sebab nak bercakap, selepas the whole day tak berkesempatan bercakap.

Pagi tadi bekas Tok Empat tegur, tanya aku. Pasal kontraktor nak renovate rumah, dia kata dia dapat tahu dari bini dia (Mak De) yang kitaorang tengah cari kontraktor, in case kontraktor yang kitaorang mintak quotation ituhari tetap tak muncul. Dia kata dia ada kenal satu kontraktor yang boleh dipercayai.

Semalam masa kat Pekan Sari, ada aku terserempak dengan bini dia, adalah kitaorang bersembang kejap. Dia tanya aku apa pasal aku tak kerja, so aku cakaplah aku dah tak nak kerja, nak duduk kampung. Until end of the year, tahun depan, who knows, aku kata gitu.

'Kerja lah, kumpul harta, awak tuh orang berilmu', dia kata gitu.

Susah aku nak menjawabnya, aku kata 'saya ada lah perancangan nya sikit, buat masa nih duduk kampung lah dulu". Tapi at the same time aku terfikir, mana dia tahu aku nih 'orang berilmu'? I mean, aku baru nih jer duduk kampung, arwah ayah aku lepas pencen jer baru pindah sini, mana orang kampung tahu pasal keluarga kitaorang, tambah-tambah lagi pasal education kitaorang, kan? Bini Tok Empat tuh pun aku kenal  masa temankan mak melawat masa Mak De tu sakit tenat, a few years ago. 

Tapi itulah, orang kampung kan, diaorang nih 'berpengetahuan', banyak ilmunya, selalu menuntut daripada ramai orang. Terfikir aku, apa lagi pasal aku yang diaorang tahu? Tak apa, next time kalau terbersembang dengan orang yang macam tahu pasal diri aku, aku nak tanya, 'tahu dak CGPA saya masa kat overseas dulu tuh berapa?' ekekekkekee

Macam bini dia jugak, Tok Empat sikit pun tak setuju kalau kitaorang lantik kontraktor tuh untuk renovate rumah. Aku lama dah tak setujunya cuma Mak yang masih menaruh harapan. Sebab kontraktor tu lah yang dulu pernah tolong siapkan rumah kitaorang yang terbengkalai. Dah 2 kali buat renovations selama ini, ini nak buat untuk kali ketiga.

Sampai ke sudah aku tunggu MH tapi dia tak muncul-muncul jugak. Semalam tuh bukan main lagi janjinya, nak breakfast sama-sama sebelum ke kebun dia. Aku macam tak percaya yang dia boleh tak datang jemput aku as planned. I mean, kan ker dah janji? Ada jugak orang macam tuh rupanya. 

Ini kali kedua sebenarnya dia berjanji tapi tak ditepati. Ada sekali dulu tuh, bukan main dia mengajak aku ke rumah dia sebab wife dia ada nak buat makan-makan, khas untuk aku. Tunggu punya tunggu, aku masih tertunggu-tunggu. A few days later bila terserempak dengan dia, dia tak ada mention pun pasal dinner kat rumah dia tuh, jauh sekali lah untuk mintak maaf.

Ayaaaaa, macamana nak jadi ipar aku kalau macam nih? Tak apa, blog entry nih akan aku jadikan bukti nanti kalau dia mengungkit-ungkit apa pasal aku cari orang lain.

Kat kebun semakin tak ada kerja rasanya kecuali menyiram. Aku dah naik malas nak merepih buang rumput yang tumbuh. Buang harini, esok lusa tumbuh semula. Aku selalu terfikir yang apa pasal rumput cepat sangat tumbuhnya, kalaulah tanaman aku cepat tumbuh macam rumput, dah makan hasil dah rasanya. Tapi itulah, kalau ikut perspektif lain, bagus jugak, mengajar kita (aku) erti kesabaran.

Sunday, so aku kemaskan rumah mana-mana yang patut, cuci pakaian etc. Chu sama sepupu aku dan 2 of her kids ada datang sekejap. Chu beritahu yang durian yang aku beli semalam tuh dia nak semualah sebab menantu dia ada datang dari KL dan sudah borong itu durian. Tinggal sikit aje untuk buat tempoyak. So Chu pulangkan duit harga durian tuh, semuanya. Sepupu aku pulak bayarkan duit upah orang meracun ituhari. Diaorang pesan kat aku, kalau ada sesiapa nak mengait kelapa, jangan dikasi, kalau aku tak betul-betul kenal. 

Chu ada mintak tolong aku untuk ambikkan daun pisang untuk dia guna buat kuih. Dia suruh aku potong jantung pisang kat pokok pisang yang dia tanam, kat tanah pak sedara aku, yang di depan rumah tuh. Kalau jantung pisang tuh dipotong, buahnya akan cepat membesar. Oh gitu kaedahnya. 

Seriously, aku rasa aku kena belajar betul-betullah pasal pisang, aku tak tahu langsung, tak kenal langsung jenis-jenis pisang, hatta pisang tuh dah boleh ditebang sekalipun. Selagi pisang tuh tak masak selagi itu lah akan tergantung kat pokok. Ada dak kat KL ker mana-mana, kelas mengenal pisang? ekekekke

Pisang yang aku kenal cuma pisang emas, masalahnya pisang emas tak ada pulak ditanam di sini. Pisang-pisang lain tuh setakat sebut nama jer lah, aku tak kenal.

"Mengapa aok tak singgah makan?", Chu tanya gitu masa aku call dia masa aku lunch sebab tadinya dia ada call tapi aku di masjid. 

Pak sedara aku sekeluarga ada datang dari Lembah Klau, sepupu aku yang tadi tuh pun jugak ada. Ada makan besar lah di rumah Chu kaedahnya.

Dah lama dah aku perasannya yang tiap kali sedara mara datang rumah Chu, dia akan talipun aku tanya apa pasal aku tak datang makan sekali sama diaorang. As if aku nih selalu makan kat rumah dia. Tentulah sedara aku fikir yang aku selalu ulang alik makan kat rumah Chu, bila diaorang dengar Chu tanya aku macam tuh kan?. Truth is, sejak aku balik duduk kampung, cuma dua kali aku makan kat rumah Chu, makan kuih sikit masa Raya tuhari dan makan a few ulas durians dua tiga hari lepas masa aku membersihkan belimbing.

Chu nih duduk sorang, anak dia yang terdekat nun di Temerloh, yang lain tuh di KL. Dan aku sebagai sedara terdekat, jadi tanggung jawab aku lah untuk jengok-jengok Chu, untuk berkhidmat untuk Chu. Dulu-dulu aku rapat sangat, selalu sangat berdua-duan dengan dia, sejak Mak pindah ke Pondok Pengajian. Sampaikan ada orang yang ingatkan aku nih 'pucuk muda' Chu, orang yang tak kenal lah kan? Then masa aku pindah Cherating aku macam putus contact dengan Chu, aku yang putuskan. Aku tak jawab calls dia sebab selalu sangat tanya, "aok nih bila nok nikoh nya, dulu kabor tak ada duit. Ini dah kerja nih, tak kan tak ada duit?". Mak aku tak berani tanya macam tuh.

Seseminggu nih aku macam terdekat pulak semula dengan Chu, and I have to be honest yang kadang tuh rimas aku dibuatnya. 

Aku terperasan yang call aku kat Chu was not properly ended, iyalah, sesambil makan, kan? And so sayup-sayup aku terdengar suara Chu. Sakan dia menGutuk aku rupanya ekekekeke. Dia menceritakan kat sedara aku perihal aku. 

"Tak pernah memasak, makan luar sokmo, pemalas sungguhlah', 'Rumahnya bersepah larah", " Dalam peti ais nya tak ada kebenda satu"   "Atas mejanya penuh dengan botol, entah botol menda-menda, air zamzam, minyak zaitun", kata Chu, sekadar memberi contoh benda yang dia cakapkan.

Terkejut aku. Seriously, perempuan nih kan, kalau pasal mengexaggerate things, memang nombor satu lah kan? Apa yang bersepah larahnya? Cuba tengok gambar nih, bersepah larah ker? Bagi aku, tak. 

Ok, pasal fridge pulak, kan ker semalam aku kata aku tak beli apa-apa kat Pekan Sari? Tak baca blog aku ker? ekekekekek Memanglah kat compartment atas tuh kosong tak ada apa-apa, tapi cuba tengok kat compartment lain-lain, banyak barangnya. 

Susah kalau berurusan dengan perempuan nih, serba serbi tak betul. Katalah fridge aku tuh penuh dengan bahan-bahan, tentu dia kata something like, "uko sendat peti aisnya, macamlah nak makan setahun. Memasaknya tak jugak"

So apa yang dapat aku rumuskan, perbuatan, tingkah laku seorang lelaki itu tak pernah betul di mata seorang insan bergelar wanita.

Walaupun aku tak lah sampai sentapz mendengar komenan Chu tuh tapi aku off kan cellphone sebab aku takut aku tersentapz jugak akhirnya nanti. Dengan lain perkataan, aku tak sanggup dah nak dengar cerita-cerita pasal aku yang diperbesar-besarkan. Nampak gayanya, Chu ada modal nak bersembang dengan orang lain nanti (pasal aku). Selama ini aku tak perasan pun, sure dah besar modal nya kan?

Terfikir jugak aku yang Chu nih tak ubah macam kakak dia, mak aku.

'Ada ker Ostaz malam ni?", aku terdengar a few perempuans di sebalik tabir bersembang, masa menunggu Maghrib.

'Entah, dalam group (WA) dia senyak jer", kata sorang lagi.

Nak sangat aku tahu yang dalam group tuh, orang lelaki boleh masuk ker? Ker cuma untuk perempuan? 

Memang menggerunkan, memang memberi keinsafan sangatlah tazkirah Ustaz muda dari Pusat Serenti Sungai Ruan tuh malam nih. Cuma satu jer aku tak berapa puas hati, dia sepatutnya beritahu yang sejahat-jahat mana, sebesar mana pun dosa seseorang tuh, Allah boleh ampunkan dosa dia kalau dia bertaubat. Kecuali syirik. At least jemaah akan rasa yang dia masih ada harapan. Kalau setakat ditakutkan dengan cerita bentuk-bentuk balasan dan siksaan Allah, orang akan jadi putus harapan, hilang semangat, orang akan fikir, 'hmmmm, tak ada chance aku nak masuk syurga kalau macam nih'.

Macamana pun aku semakin suka dengan Ustaz tuh, suka dengan cara dia 'menakutkan' aku. Orang lain perempuan pun suka jugak kot, tu pasal sampai ada group WA pun, kan?

Monday

Sabtu14Julai2018

Sebelum ke Pekan Sari aku singgah kejap kat tempat peraih durian, aku buat keputusan untuk beli 2 bakul durian reject, RM 316, lebih kurang 100 kilo beratnya. Kat Pekan Sari aku tak beli apa-apa pun kecuali dua longgok buah kundang. Cuma jumpa dan sembang-sembang dengan a few orangs yang aku kenal, sedara aku ada jugak berniaga kat situ. 

Then terus aje balik, ambik kereta untuk penuhkan dengan durian. Aku bagi Mamat Indon yang masukkan kesemua durian ke dalam boot kereta aku tuh RM 5 sebagai tips, aku rasa that was the easiest RM 5 he ever make. Aku sendiri pun rasa macam, "ish banyak sangat nih, tak payah kasi tips pun dah ok sebab itu memang kerja dia, memasukkan durian ke dalam kenderaan pembeli". Tapi, lebih kita rasa berat untuk bagi sebanyak itu, itu lagi afdal. I don't care if he has lots of money, lebih kaya dri aku, at least harinih aku dah 'menderma". Kalau boleh setiap hari aku nak derma, either belanja orang makan, bagi duit kat budak-budak, apa-apa lah. Masalahnyaa, aku selalu terlupa. Selalu bolos.

Aku WA ke group keluarga, tanya samada harga durian tuh boleh claim ker tidak (sebab tempoyak tu pun nanti diaoraang jugak yang nak, sekali balik, sebalang sorang dibawaknya, macamlah tak ada botol yang lebih kecik ekekekek), macam banyaklah pulak soal jawabnya, hampir aku sentapz. And so aku decided untuk ke rumah Chu aje, nak share dengan Chu. Chu setuju aje sebab elok-elok duriannya, dia even suruh aku beli lebih banyak lagi tapi aku kata yang esok lusa boleh beli, jangan tamak sangat. Sebenarnya aku tengah fikir yang aku tak nak banyak sangat keluar duit, seseminggu dua nih laju jer duit keluar.

Lepas melongokkan durian kat rumah Chu (aku tinggalkan 3 bijik untuk aku), terus aku balik sebab excited nak menanam benih kacang tanah harimau. By the time aku siap menyiram etc, dah pukul 11 lebih. 

Tengahari nih ada jemputan khenduri tahlil, aku pergi naik fatbike aje sebab dekat dengan rumah, lagipun cuaca tak panas. Aku notice yang kalau ada majlis tahlil kat rumah orang-orang yang "tak berapa dikenali" i.e yang tak/jarang ke masjid, tak ramai yang datang. Kalau 'ahli masjid' yang buat majlis, meriah biasanya.

Since Zohor pun dah dekat nak masuk waktu dan rumah tuh tak jauh dari masjid, terus je lah aku berkayuh ke masjid. Seronoklah pulak, itu yang aku rasa from now on aku nak ke masjid naik fatbike aje lah, waktu Zohor dan Asar. Kalau tak panas lah kan? Subuh dan Maghrib/Isyak, naik kereta. That way aku tak akan rasa canggung (malu?) bilamana nanti di suatu ketika aku terpaksa berfatbike aje, kalau kereta rosak for example. Bagus jugak idea tuh, secara tak langsung aku dapat kikis kemaluan aku sedikit demi sedikit ekekekke

Cumanya, berfatbike nih kenalah pakai seluar, tak kan nak pakai kain pelikat, kan? Kang ada pulak terlondeh sana sini, tak pun, takut telor tersangkut kat palang basikal. Kalau tersangkut kat handle tak apa, orang ingatkan loceng basikal ekekekke

Tension jugak aku tengok tanaman kacang panjang aku, daunnya kekuningan dan bertompok-tompok macam berkudis gitu. Biasanya tanam kacang panjanglah yang paling senang, tak kan itu pun tak reti? Tak tahu aku apa salahnya tapi aku suspect sebab baja. Aku tertaruk banyak baja ikan + gula merah tuh, sepatutny a spoonful for every 20 L of water, tapi aku bantai curah jer sesedap rasa. Aku rasa itu sebabnya, nasib baiklah tanaman lain ok jer, kecuali kacang panjang. Dan timun. Dan labu. Tak apa, tanaman-tanaman tak glamer semua tuh, korang nak mampos, mamposlah, aku peduli apa? Aku tanam korang pun pakai campak-campak jer pun, kalaulah itu punca korang nak sentapz, kan? Aku kasi baja banyak pun salah. Ker nak aku buat baja dari ikan yang mahal? Ikan saalmon?

Lama dan jauh aku berfatbike petang ini (hasil dari ketensionan kat pokok daun berkudis tuh kot?), segala ceruk rantau aku pergi. Then terserempak dengan MH yang baru balik dari kebun, melepak dengan dia kejap sebab beria sangat dia panggil aku suruh berhenti, biasanya aku takat lambai tangan jer kalau jumpa sapa-sapa yang aku kenal. Yang aku tak kenal, aku takat nod kepala gitu je, sambil senyum.

MH ajak aku ke kebun durian dia esok pagi dalam pukul 7 lebih. Awalnya, kata aku dalam hati. Aku menolak mulanya sebab aku fikir, pagi-pagi gitu sure basah embun masih tak hilang, then nak mencari durian kat dalam semak samun, not at all my cup of tea lah kan?. Lagipun, berapa bijik sangatlah dapatnya, takat nak penuhkan raga motor, lainlah kalau nak penuhkan Hilux. Paling-paling pun 5 enam bijik, and that will take the whole morning. Aku tadi, dalam masa 5 minit jer dapat 2 bakul durian.

Tapi sebab aku tak nak dia kecik hati, aku setuju aje lah. Mungkin besar maknanya bagi dia kan. Mungkin dengan dia mengajak aku ke kebun durian dia tuh akan membukak hati aku untuk menerima dia sebagai ipar kan? ekekekekke

Tapi....kalaulah tak jadi nanti, takut pulak dia bengang kat aku, tentu dia kata, "that bitch, aku ajak dia ke kebun durian aku, dia kawin dengan orang lain rupanya. What a son of a gun!

Dan aku pun terus lah menganalisa....... susah, aku bagaikan disepit duri durian.

Aku tak ke surau pun jugak malam ini sebab kat masjid ada majlis tahlil/sembahyang hajat untuk bakal-bakal haji tahun ini, ada 2 couples yang akan jadi tetamu Allah.

Sunday

Jumaat13Julai2018

Semalam aku ada janji dengan orang yang meracun rumput tanah mak sedara aku, suruh dia meracun jugak kat kawasan kitaorang. 3 ekar luas tanah, 3 nama, mak, pak sedara dan mak sedara aku. Kawasan kitaorang yang semak samun pun dalam suku ekar aje, selebihnya rumah, kawasan aku berkebun dan kawasan pokok buah-buahan yang Long tanam. 

So Mamat tuh datang pagi nih, aku suruh dia meracun kat tanah pak sedara aku sekali sebab tanah tuh betul-betul depan rumah, buruk sangat pemandangan kalau dibiarkan bersemak samun. Sementara dia meracun, aku berfatbike ke tempat peraih durian, yang viral baru nih, yang kata harga musang king RM 20 sebakul tuh. Bengaplah manusia nih, itu pun nak percaya. RM 20 tuh harga sebakul kosong, harga musang king tetap dalam RM 35 ke 40 sekilo.

Saja jer lah aku ambik gambar sebab memang happening betul kat selekoh tuh, penuh dengan orang menjual dan membeli durian. 

"Ambik gambar boleh tapi jangan masukkan dalam Facebook, Instagram", kata this one Indon pekerja di situ. Telo Indon dia masih ada, aku boleh detect. 

"Saya tak ada Facebook", aku kata gitu. Macam sentapz jugak aku kena tegur gitu tuh.

Then aku tanya one of the guys orang kampung yang kerja kat situ, kalau-kalau ada durian reject, untuk dibuat tempoyak. Ada katanya, RM 3 sekilo, dia tunjukkan aku bakul-bakul berisi durian yang tak berapa elok. Dalam sebakul tuh ada lah a few butir yang tak elok, ditebuk tupai, pecah etc. RM 3 a kilo is a good bargain, so aku kata nak beli 100 kilo. Tokay nya pulak sibuk melayan orang lain yang berjual beli musang king, so tak dilayannya aku yang nak beli durian murah. Dekat setengah jam menunggu, aku pun blah. Esok boleh datang lagi, kata aku dalam hati. 

On my way ke kedai Samad, aku tengok kat surau ada a few keretas, sah lah ada Jemaah Tabligh datang kampung. Aku tahu yang petang nih tentu diaorang akan ziarah aku, sure nya lah. 

Aku intai-intai, tak ada kelibat MP kat kedai. Tapi, the moment aku nak makan, dia call. Dia kata dia nak start dah projek ayam kampung dia tuh tapi nak buat kecil-kecilan dulu since aku tak dapat kasi modal buat masa ini. Masalahnya dia short a few hundreds lagi, so dia nak mintak duit dari aku. Aku beranikan diri, aku kata yang aku tak ada duit sebab nak bayar upah orang meracun, dan aku baru beli durian 100 kilo. Aku pun baru lepas repair kereta, aku kata lagi.

"Sikit pun tak ada?", MP tanya lagi.

"Tak ada", aku jawab ringkas, tak nak lah terus "menipu".

Terkejut aku dengar harga upah meracun Mamat tuh, separuh dari harga yang aku bayar dulu tuh. Dulu, 2 orang Indon yang buat kerja, tak sampai sejam setengah siap, almost half of the area semaknya tak mati. Yang kali ini tak tahu lah tapi dekat 2 jam jugak mamat tuh kerja. Aku dulukan dengan duit aku untuk upah tanah mak pak sedara aku tuh, RM 195 semuanya. Aku kasi dia tips RM 25, dan aku suruh dia datang lagi dalam sesebulan setengah untuk meracun. Macam orang susah aje Mamat tuh, tapi susah-susah dia pun, ada income hari-hari. Aku nih dah 5 bulan tak ber income.

Gada penghasilannya sama sekali, pengeluarannya gede malah. Gapapa lah, kalo begini laluan yang harus gue lalui, gue pasrah aja.

Aku tanya Mamat tuh kalau-kalau dia kenal this one peraih kelapa yang 2 minggu lepas petik kelapa kitaorang. Kat tanah 3 ekar tuh ada dalam 16 batang pokok kelapa, kitaorang punya 10, selebihnya kat tanah mak sedara dan pak sedara aku. Ituhari this guy datang tanya kalau-kalau dia boleh petik kelapa tuh sebab dulu dia pernah disuruh petik kelapa-kelapa, by Chu. Aku ok kan aje sebab sebelum-sebelum ini memang ramai orang datang nak petik dan borong kelapa. And so 2 tiga hari adalah aku nampak that guy mengait kelapa, tapi lepas balik dari KL, tak nampak pulak batang hidungnya. Aku pun tak sure kelapa kat tanah kitaorang tuh ada dipetik atau tidak, macam tak berusik jer tapi ada nampak dua tiga bijik kelapa yang terpelanting sana sini. 

"Itu kaki penipu tu", kata Mamat yang meracun rumput tuh.

"Ramai sungguh penyangak kat kampung ni, kan?', aku kata gitu lepas dengar cerita dia pasal that peraih kelapa. Patutlah masa dia datang dulu tuh, datang macam sembunyi-sembunyi, park Hilux dia jauh-jauh, dia cerita yang dulu dia ditipu dek jiran aku. 

Lepas Jumaat aku jadi serba salah nak tidur, takut nanti kalau-kalau Jemaah Tabligh datang ziarah. Diaorang tuh bukan kira, patutnya tahu lah yang kebanyakan orang kampung tidur lepas Zohor sebab letih bekerja kat kebun. Dalam Quran pun ada sebut yang tengahari lah antara waktu yang tak digalakkan berziarah. Masa aku ikut keluar Tabligh Puasa lepas, aku disuruh bawak Jemaah nih untuk ziarah a few potentials. Aku tak adalah kata tak nak tapi aku ada sound kata something like, "tak kan nak ziarah sekarang, biasanya masa-masa gini orang tidur, dalam Quran pun ada mention yang tak digalakkan berziarah masa gini". Tapi amir Jemaah tuh kata, "tak apa", aku ikutkanlah jugak walaupun dengan berat hati.

Dalam seseminggu dua nih aku ke masjid lebih awal, dalam setengah jam sebelum azan biasanya. Saja jer lah, daripada melepak kat rumah, might as well aku ke masjid. Tak nak lah macam dulu, masa bodoh-bodoh dulu, 5 minit nak azan baru aku start kereta.

Aku perasan ada a few jemaahs yang memang selalu datang awal ke mesjid, bukan aku nak lawan siapa lebih awal datang mesjid tapi apa salahnya aku ikut style diaorang, kan? Rileks dan tenang aje diaorang tuh, tak ada tergesa-gesa.

One of them is this one ex-cikgu ugama, kalau tak salah aku. Dia pernah mengajar ugama masa dulu tuh. Dia nih kena Parkinson rasanya, tapi tak severe. Ditambah dengan kurang pendengaran, dia nih bila berzikir, sembahyang, apa-apalah, kuat bunyinya. The whole masjid boleh dengar. Kadang tuh nak tergelak dengar "percakapan, rintihan" dia dengan Tuhan.

"Tadi dapat 100, jadi 500 semuanya..........", dia membilang zikir. Aku fikir, aku tak gitu, aku guna tasbih jugak, ikutlah berapa round aku dapat berzikir, tak kuasa aku nak bilang how many zikir all together.

"Aku niat iktikaf di rumah Mu Ya Allah, terima lah hamba Mu ini.......", itu selalu aku dengar jugak. Rasa macam nak tanya jer Ustaz tuh, apa pasal niat iktikaf lepas sembahyang sunat masuk masjid, apa pasal tak berniat the moment kaki melangkah masuk? Kan ker rugi tuh? Tapi, siapalah aku, kan? Setakat simpan dalam hati, memendam rasa aje lah.

Tadi, masa Asar, aku sembahyang sunat belakang dia yang baru selesai sembahyang, then aku terdengar dia kata, "Ya Allah, hamba Mu datang mengadap di rumah Mu Ya Allah......, tiba-tiba airmata aku mengalir laju. Nasib baik aku teringat yang aku tengah sembahyang, so aku stop kan fikiran aku daripada buat analisa mengapa airmata aku keluar laju gitu.

Aku rasa mungkin sebab apa yang dia doakan tuh, exactly apa yang aku doa jugak, yes, itu sebabnya.

Masa menalipun Mak tadi, Mak ada kata yang Mak nak balik dalam seseminggu dua nih. patutnya balik minggu ini tapi Long pulak sibuk pergi ziarah orang asli Islam kat pendalaman Lepih (Kuala Lipis). Maknanya aku kena make sure yang kawasan sekeliling rumah tuh bersih, sebab Mak fobia sangat kalau rumput panjang, semak samun. Mak aku nih receptionist......errrr.....perfectionist. Semuanya nak bersih, tersusun dan teratur. Perkakas dan peralatan berkebun kena disusun rapi, paip menyiram kena digulung (ini yang paling aku tak daya nya, 200 meter panjangnya tuh). Biasanya sehari sebelum Mak balik, aku akan spend the whole day untuk buat apa-apa yang patut i.e menyapu, mengemop, susun itu ini. Aku nih jarang menyapu, bersihkan sampah, tapi sekali buat tuh, substantial lah sampahnya ekekekekek

Paling aku takut kalau Mak balik unannounced, tu pasal aku sentiasa kena berjaga-jaga dan alert. Kalau orang lain balik, aku tak kisah sangat, Long for example. Sebab diaorang faham kot. Iyalah, tak ker buang masa namanya kalau paip menyiram air tuh digulung, dan esok pagi diungulung untuk menyiram, dan digulung semula, dan diungulung petangnya masa nak menyiram?

Aku agak-agak Jemaah Tabligh akan datang ziarah petang nih, itu yang aku cuba 'melarikan diri', aku berfatbike ke rumah Chu, discuss pasal nak beli durian dalam skala yang besar. Dekat pukul 7 bila aku rasa kemungkinan yang diaorang tak ada, aku pun balik. The moment aku belok ke kawasan rumah, aku nampak segerombolan orang Tabligh baru keluar dari pagar. And so aku ditasykil ajak ke surau untuk mendengar majlis 'fikir atas amal dan iman'. 

'Insyaallah kalau tak ada majlis kat masjid malam nih, saya datang", aku kata gitu. "Tapi rasanya ada majlis malam nih, tengoklah nanti macamana', aku kata lagi.

Aku nak bukak gate, baru aku terperasan ada parcel kat mail box, terus aku dapat agak yang benih kacang tanah harimau aku dah sampai. Dua minggu lepas aku order dari Thailand, walaupun benihnya kecut tapi aku rasa boleh cambah. Cuma aku tak berapa puas hati sebab benihnya kaler agak gelap, aku ingatkan yang cerah kalernya. Mungkin ini benih baka kacang tanah harimau mamak kot?

Tak apa, akan aku cari lagi kat ebay/aliexpress/alibaba.

Lepas Maghrib ada majlis sembahyang hajat, tahlil etc so aku tak ke surau lah jadinya. Jamuan makannya pulak buat sebelum Isyak. Aku tak rasa macam 'guilty' pulak tak ke surau sebab kat masjid ada majlis yang aku rasa lebih baik dari majlis kat surau.

Khamis12Julai2018

Dalam sesejam di kebun aku terus bersiap-siap untuk pergi hantar kereta ke workshop kampung, yang selang dua rumah dari rumah Chu. Janjinya pukul 9 tapi pukul 8-45 aku dah tercegat kat depan workshop. Pukul 9:05 aku dah rasa macm lama sangat dah menunggu, kalau sembilan suku mekanik tuh tak muncul, aku nak blah aje.

Sementara dia tengok-tengok dan godek sana-sini, aku sembang dengan mak dia yang kebetulan nak ke kebun. Mak dia nih aku kenal sebab dulu tuh Pegawai kat Jabatan Pertanian Raub, aku pernah berurusan dengan dia.

Tak sampi 20 minit, to my surprise, meter dah ok semula. Mekanik tuh tak nak charge apa-apa sebab dia kata cuma masalah wiring sikit jer. Aku, bila mengenangkan yang betapa semalam aku keletihan ke sana sini tapi tak ada kesudahannya, kasi dia RM 50.

Cadangnya nak minum dulu tapi the moment aku keluar kereta, aku ternampak MP kat kedai depan rumah Chu. Terus aku masuk ke rumah Chu, sambung balik buat kerja semalam, membersihkan saki baki belimbing. 

Sambil tuh aku melayan perasan. Aku bersyukur teramat yang kereta aku dah ok. Terfikir aku yang betapa besarnya kuasa Tuhan. Tuhan permudahkan masalah aku. Semalam tuh aku betul-betul macam "berserah" gitu bila mengenangkan yang kereta aku rosak dan aku kena cari penyelesaiannya. Kereta tuh cuma untuk aku ke masjid, ke tempat lain I can do without. Aku terfikir, macamana nak ke masjid, tak dapat dah aku mengaji, tak dapat dah aku dengar kuliah. Terpaksalah aku sembahyang kat surau yang within walking distance dari rumah. 

Aku ingat yang semalam, masa berdoa, bila tiba part "permudahkan lah urusan dunia aku", aku asyik terbayangkan pasal kereta, walaupun aku "tak mention" sebijik-sebijik (sebab aku malu kat diri sendiri, masalah kecik macam tuh pun nak masukkan dalam doa) tapi aku tahu yang Tuhan tahu, Tuhan Maha Mendengar.

Dan aku bersyukur jugak sebab aku dapat (teringat untuk) bersyukur dengan pertolongan Tuhan tuh. Iyalah, kadang tuh kita mudah lupa nak bersyukur, ada hari-harinya kadang tuh dah malam baru aku teringat yang aku 'belum bersyukur lagi harinih' sebab masih diberi kesempatan hidup (bila bangun pagi), sedangkan patutnya aku bersyukur the moment aku bangun tidur.

Dan aku sedar jugak yang betapa lemahnya (manja?) aku nih, benda "kecik-kecik" gitu pun jadi masalah jugak. Aku selalu "compare" kan hidup aku dengan hidup orang yang aku rasa susah, aku tak sanggup. Kat kampung nih tak obvious sangat tapi kalau aku kat KL for example, aku selalu tersedar yang how lemahnya aku. Kalau masa naik grab, kalau tiba kawasan sekolah masa sessi belajar tamat, bila aku tengok mak bapak yang naik motor sambil bawak anak, ada tuh dua tiga anak yang terkepit atas motor macam katak kena lenyek jadinya, aku selalu terfikir yang aku tak sanggup, tak mampu jadi macam dia orang. Pernah aku bukak tingkap kereta, aku hulur RM 10 kat one of the kids sambil kata, "ambik nih, harinih birthday Pakcik". Aku tak berani nak kasi kat parents dia sebab kang panjang pulak ceritanya.

Pelik aku, sejak balik Malaysia nih aku jadi penakut, lemah gitu. Masa kat US dulu (even masa student kat UK pun) aku punyalah berani. Itu ke yang dikata berani tak bertempat, berani sampai tak ingat dunia?

"Matnyer aok lari ngat dari MP terh?", Chu tanya aku bila aku cerita pasal aku ternampak MP, terus tak jadi nak mengeteh.

"Aok jangan percayalah ke dia terh, pedo'oh (menipu) jer. Kalau aok bagi ke dia duit, memang pandir lah", kata Chu lagi.

Aku ceritalah kat Chu yang the last 2 pagis aku terserempak dengan MP masa minum kat kedai Samad, tak tuh dia akan talipun ajak mengeteh. Dah 2 kali aku bagi hints yang aku tak dapat nak join projek ayam kampung dia tuh, tapi dia buat macam tak faham jugak, asyik kata, "projek kita terh, projek kita".

Dalam sebelas lebih siap semuanya dan aku pun bawak balik sebalang belimbing hitam yang beratnya 5.6 kg. Nak sorok tuh, bila adik beradik aku balik. Barulah aku tahu betapa siksanya nak mendapatkan belimbing hitam sebanyak itu. Macamana pun aku rasa aku sanggup untuk buat lagi, lagi best kalau lebih banyak belimbing.

Sampai ke Sungai Ruan aku cari kedai makan lepas Zohor, sebab ketiga-tiga kedai yang aku pergi, makanan dah habis. Kedai sebelah masjid tuh bukak tapi aku tak makan kat situ. Ceritanya ginih. 

Biasanya aku makan kat kedai sebelah masjid tuh kan? Adalah a few times ada one of the jemaahs nih yang makan kat situ. Aku secretly bayar makanan dia, setiap kali aku nampak dia makan. Aku rasa dia aware lah kot sebab for sure tokay kedai beritahu dia, masa dia nak bayar. 

Aku jadi serba salah benarnya, nak keep on bayar lunch dia atau tidak. Alah, berapalah sangat, kan? Mentara aku ada duit, bolehlah aku bayar, kan? Aku mula rasa yang dia surenya rasa tak comfortable (sebab jadi beban kat aku pulak) sebab aku asyik bayar makanan dia. Dan aku pulak, aku akan rasa awkward sebab biasanya bayar lunch dia tapi kali nih aku tak bayar. Itu yang buat aku terpaksa ke kedai lain, sebab aku terperasan yang Pakcik tuh ada kat masjid tadi tuh. 

Kalau aku jadi Pakcik tuh, aku samada sound kat tokay kedai tuh suruh jangan ambik duit kalau ada sapa-sapa nak bayar atau aku ke kedai lain. Tak kan nak makan free aje kan, sekali sekala tuh boleh lah, kan? Then again, Pakcik tuh ada fikir ker benda-benda gitu?

Dan aku terfikir jugak, macamana nih, tak kan aku nak terus stop makan kat kedai tuh, nanti apa pulak tokay tuh fikir? Makanan tak sedap ker, ker sebab aku baru tahu yang diaorang orang kuat UMNO (dah lama dah aku tahu nya)? Tak apa, UMNO dah tak relevan dah sekarang, kan?

Susah jadi aku nih kan, kuat sangat menganalisa. Agaknya kalau ada perempuan yang tahu aku macam nih orangnya, kuat buat analisa, sure diaorang tak berani nak dekat aku. Tapi....., sebab aku tahu aku kuat analisa, tu pasal aku tak kawin-kawin sampai tua, sebab aku tahu tak ada perempuan nak kat aku. Ha tengok tuh, analisa lagi! ekekekek

Entah apa yang buat aku bersemangat kat kebun petang nih, sedar-sedar dah pukul 7, kelam kabut bersiap untuk ke masjid. Best kuliah ugama malam nih, lepas tuh ada tahlil dan doa selamat, lambat habisnya program. Tapi, makanannya, Ya Rabbi lah sedapnya.

Friday

Rabu11Julai2018

Awal pagi aku ke kebun harinih sebab nak menyiram apa-apa yang patut, aku terperasan yang sawi aku ada beberapa baris yang mati. Mati kepanasan lah tuh. Minggu lepas kan ker hujan almost every day, aku tengok tanaman-tanaman aku tak hijau, macam kekuningan gitu daunnya. Bukan sebab kalernya luntur kena hujan tapi kekurangaan cahaya matahari kot.

So aku membajalah, biasnya aku guna baja perbuatan sendiri aku tuh, ikan campur gula merah yang rasanya dah sebulan lebih aku peram. Kali ini aku guna baja yang Long guna untuk pokok pisang dan pokok-pokok lain. Aku terfikir jugak yang tah-tah mati tanaman aku nanti sebab kat guni baja tuh tertulis yang baja tuh hanya untuk pokok-pokok, kelapa sawit for example. Tapi, bukanlah aku namanya kalau tak buat eksperiment bodoh macam tuh, aku guna baja tuh untuk semua tanaman aku. Akhirnya a few barisan sawi aku mati, nasib baik tanaman lain ok. Life is a lesson imperfectly learned, itu motto aku, so aku sengih jer lah dengan kebodohan aku tuh. Emangnya gue pikiran?

Then aku ke rumah Chu, bawak belimbing yang aku petik semalam tuh, macam dah jadi layu dah belimbing tuh, Chu kata yang lain kali, belimbing tuh bila dipetik aje, terus dibersihkan dan direbus. Ok, aku akan ingat tips tuh.

So perjanjiannya, Chu akan tunjuk cara nak merebus, memproses untuk buat belimbing hitam. Hasilnya dibagi dua. Mulanya bersihkan belimbing, then direndam, then dibuang bahagian kepala belimbing tuh. Mak aih, Chu takat tunjuk caranya aje, yang buatnya, aku. Ingatkan sama-sama lah buat kerja dengan aku, sesambil membawang pasal orang kampung.

Bayangkan se wheel barrow nak aku bersihkan? Tak apalah, this is the price I have to pay demi pengetahuan. Chu sibuk buat kerja lain, Chu nih memang pakar memasak, apa yang dia buat, semunya sedap. So tak heranlah dia banyak buat benda-benda untuk jualan. Pagi nih dia menyediakan bahan untuk buat kuih muih yang dihantar ke kedai depan rumah dia, dalam sehari dapatlah seratus lebih, katanya.

Mula-mula membersihkan belimbing tuh ok lah, aku guna gunting, tapi bila lama-lama, sakit pingganglah, kepala rasa peninglah, dan yang tak tahannya, jari jemari aku kecut sebab lama sangat berendam dalam air asam. Sampai jadi macam asam boi putih jari-jari aku.

Jari-jari ku sakit kecut semua
Kerna bekerja hari pagi hari
Membuat bakul dan raga Membersihkan buah belimbing buluh
Ibu Chu pun juga bersungguh-sungguh

Pemuda pemudi asyik bekerja
Tidak mengira pagi dan senja

Half way thru, part of the belimbing dah boleh dimasak. Aku tak guna term "merebus" sebab kalau merebus, guna air, kan? Ini tak, setitik air pun tak dicampur untuk memasak belimbing tuh. Lepas campur bahan-bahan lain, garam, gula, dibiarkan aje kat dapur. Dan aku terus sambung membersihkan belimbing yang lain. Aku tengok betul-betul sukatan yang Chu guna, lain kali aku rasa aku dah boleh buat sendiri. 

Terus terfikir yang aku nak tanam a few more pokok belimbing, barulah berbaloi. Kalau setakat sepokok jer, macam tak nampak sangat hasilnya.Dahan-dahan pokok belimbing yang sedia ada tuh aku nak trim, biar nanti pokok tuh akan lebih merendang. Pokok belimbing Chu tak berbuah langsung walaupun sebutir dua.

Punya khusyuk aku kerja, tak sedar aje dah dekat pukul 12 tengahari, aku mintak diri dulu sebab nak hantar kereta pergi repair, tah apa lah rosknya. Aku suspect wiring tapi Cina Sungai Ruan tuh kata meter box rosak, so dia suruh aku ke Raub aje. Singgah kat Proton Service Centre, dalam setengah jam menunggu baru diorang beritahu yang meter box rosak, dan diorang tak ada supply untuk kereta model lama macam tuh. So aku disuruh ke workshop lain, 2 workshops aku pergi, semuanya kata tak ada meter box model tuh. Terus aku balik ajelah, melepak kejap kat masjid sementara tunggu Asar. Then ke rumah Chu, esok akan sambung buat belimbing hitam. Chu ajak ke Jelu esok, sama sepupu aku yang kat Raub,untuk beli durian longgok untuk buat tempoyak, dia kata nak buat beratus kilo tempoyak, nak jual. 

Tak ada mood aku kat kebun petang nih mengenangkan yang meter kereta rosak, terus aku buat plan yang aku nak beli motor kapcai aje lah, senang sikit untuk aku bergerak ke mana-mana. Dah lama dah plan gitu sebenrnya tapi aku rasa itu last option lah. Aku sebenarnya tak berapa suka naik motor, aku dulu pernah accident sampai a few days kat Hospital di Klang tuh, lagipun (arwah) Pak aku pun meninggal accident motor masa ke masjid. (Tu pasal aku kalau ke masjid, aku park kereta kat spot tempat accident tuh, just untuk meningatkan aku)

Malam nih cuma ada mengaji aje, 3 orang aje yang join. Jemaah lain ramai tapi semuanya melepak kat tempat lain. Sayang kan, apa lah nak dimalunya mengaji sama-sama, nak tunggu bila lagi? Kemaluan tak akan hilanngya lah.

"Cuba aok antor ke bengkel Cikgu Saaaban", kata one of the Jemaah, bila aku tanya kot-kot dia tahu pasal maasalah kereta aku.

"Esoklah saya hantar", aku kata gitu, tanpa rasa konfiden pun yang masalah boleh diselesaikan. Iyalah kan, sedangkan Cina Sungai Ruan, Proton Service Centre dan 2 workshops pun tak boleh nak selesaikan, kan?

Thursday

Selasa10Julai2018

Dalam seminggu, Selasa dan Sabtu adalah hari yang aku paling look forward to. Selasa sebab ada Pekan Selasa kat Sungai Ruan. Sabtu pulak, ada Pekan Sari (Pekan Sehari) kat kampung. Dua hari nih lah hari untuk aku berbelanja. Pasar Selasa Sungai Ruan (yang kurang dari 1 km dari rumah) yang aku paling suka sebab berdekatan dengan tempat-tempat yang aku selalu pergi. Banyak kedai-kedai peralatan pertanian, bersebelahan dengan Pusat Serenti jugak, kemungkinan terserempak dengan pekerja-pekerja yang selalu mengeteh di gerai di sebelah Pusat Serenti tuh.

Biasanya aku tak beli apa pun kat pekan, cuma beli lemon dan cheese. Pasar nih pasar Cina sebab 98% penduduk Sungai Ruan tuh Cina. Sayur-sayur (kalau aku terrajin nak memasak) aku tak beli kat situ, walaupun gebu-gebu sayur-sayurannya. Aku selalu terfikir yang entah-entah diaorang guna baja taik babi, tu pasal sayurnya gemuk gedempol. 

Biasanya aku akan merayap ke kedai-kedai peralatan pertanian, ada jer lah benda yang aku akan terbeli. Lepas tuh aku mengeteh kat gerai sebelah Pusat Serenti tuh, kalau ada orang yang aku kenal, bersembanglah kejap. Tak tuh, sekejap aje lah aku melepak situ. So itu yang aku buat pagi nih, sejam setengah aku di Pekan Sari Sungai Ruan.

Balik jer dari pekan, aku tengok kereta Long, abang aku, ada depan rumah. Long nih dah pencen, seminggu sekali biasanya dia akan balik untuk keluarkan peluh, membersihkan kawasan, tanam pisang etc. Bab-bab meracun, potong rumput, itu semua kerja Long, aku department lain, department bercucuk tanam.

Selain pisang, banyak jugak pokok-pokok buah-buahan yang Long dah tanam, aku setakat pacak tujuh lapan pokok durian yang aku tak konfiden langsung akan hidup. Kawasan kitaorang nih tanah dia tak sesuai untuk durian tapi aku cuba jugak sebab dulu arwah Pak ada tanam durian, sempat berbuah pun tapi pokok tuh tumbang sebab akarnya tak dapat pergi jauh ke dalam, kawasan batu.

Bila Long ke kebun, ada jer buah/hasil yang dipetik, dipungut. Pisang, nenas, nangka. I don't really pay attention kat pokok-pokok tuh, pisang jer yang aku pernah tebang sebab "ternampak" buahnya dah masak, masa dalam kereta nak ke masjid. Biasanya aku tebang pisang tuh, terus masukkan ke dalam kereta, pastuh bagi jer kat sapa-sapa yang pertama terserempak kat masjid. Aku bagi setandan tuh, tak disisir-sisir pun. Tak terfikir pun yang lebih bagus kalau pisang tuh disisir, boleh bagi kat ramai orang.

"Awak bagi setandan, tah-tah di jual nya. Pisang mahal sekarang nih", kata Long bila aku tengok dia menyisirkan pisang (dan pada masa yang sama baru aku terfikir yang I am so different dari Long)

Bila ada member kat kebun, aku jadi rajin lah sikit nak buat apa-apa. Tak tuh aku sorang-sorang, kan? And so aku menyangkul, lepas membersihkan rerumput yang tumbuh liar lepas hujan nih. Kawsan yang dicangkul, rumput rampai tak tumbuh (atau lambat tumbuh), dibandingkan dengan kawasan yang tak dicangkul, yang sekadar direpih (dicangkul-buang rumput). Walaupun kerjanya berat tapi dengan menyangkul jer, peluh aku keluar. 

So itu yang sepagian aku merepih menyangkul, aku tak nak ada walau segelintir rumput pun kat kawasan tanaman aku. Aku perasan yang kawasan kebun (kawasan tanaman) aku bersih, teratur rapi. Itu melambangkan kerperibadian aku, kan? Bersih murni, tulus mulus, pupus dan poros.

Bila dah dalam sesecawan peluh keluar, aku mula naik bosn, tapi Long masih jugak buat kerja. Walaupun aku perasan yang dia tak adalah bekerja sangat pun sebab WA di sentiasa berbunyi. So aku merayau-rayau sesambil memetik rambutan yang dah mula masak. Then aku teringat yang belimbing buluh sepokok tuh dah banyak buahnya, berjuntai-juntai. Banyak yang dah rosak, mungkin sebab terlalu tua atau sebab selalu kena hujan.

So aku pun memetik belimbing akhirnya, untuk dibuat belimbing hitam. Aku nak suruh Chu tolong rebuskan since kitaorang tak reti prosesnya membuat belimbing hitam. Dapatlah dlm satu wheel barrow belimbing.

Long balik ke Jerantut lepas Asar dan aku ke rumah Chu untuk membincangkan masalah nak buat belimbing hitam tuh. Aku terpersan yang meter box kereta tak functioning, tak ada apa-apa indicators. Saspen aku jdinya, kereta tuh baru diservis minggu lepas masa aku ke KL, aku tinggalkan kat Cina di Sungai Ruan tuh.

Tak ada pulak Ustaz malam nih, jemaah macam tertunggu-tunggu gitu. Terfikir pulak aku yang masa aku muda-muda dulu, masa bebudak, masa bodoh-bodoh dulu (sekarang nih masih bodoh jugak tapi bodoh cara lain) yang aku selalu pelik bila tengok orang yang selalu datang masjid/surau untuk belajar ugama. Semuanya orang tua. Aku selalu tertanya-tanya, apa pasal diorang tuh, dah tua-tua baru beria-ia nak belajar ugama, apa pasal tak ada budak-budak muda? Masa diaorang muda-muda dulu, diaorang tak belajar ker? Itu yang selalu aku terfikir.

Baru sekarang aku dapat jawapannya. Bila dah tua (macm aku nih), barulah kesedaran timbul, dan with belajar ugama nih, the more you learn the more you tahu yang banyak lagi benda yang you tak tahu, tu pasal you'll seize setiap opportunity untuk belajar. Kaedahnya.

Tak ada Ustaz, bererti tak ada lah jamuan makan, bererti aku terpaksa makan kat luar. 


Tuesday

Isnin9Julai2018

Petang semalam, balik dari KL, aku pulun menyiram tanaman. Hujan tak turun rupanya sepeninggalan aku ke KL. Tak sampai 10 minit lepas tuh, hujan turun, selebat-lebatnya. Itulah kuasa Tuhan kan, tak ada gaya pun macam nak hujan sebelumnya tuh, tup-tup hujan turun. 

So pagi nih aku tak buat apa sangatlah kat kebun, tanah becak, nak menyangkul pun susah. Iyalah kan, aku, lima minit menyangkul, check cellphone, buat kerja sekejap, check cellphone.

So aku indoor aje lah, buat apa-apa yang patut, macam surirumah mithali yang lain ekekekekke. Nak online pun line terkemput-kemput. In a way aku suka jugak line internet slow kat sini nih, so aku tak adalah nak online aje kerjanya. Bolehlah aku buat benda lain yang lebih berfaedah. Aku teringat cakap ustaz kuliah semalam, bab yang kata, setiap detik waktu kita hidup di dunia nih akan dihitung nanti di akhirat kelak. 

Aku practice baca Quran jer lah sebab malam nih ada mengaji, tak nak lah nanti tergugup-gugup baca. Aku baca pages yang aku kena baca malam nanti, surah AlBaqarah, sebab aku baru mula minggu lepas. Jemaah lain dah jauh dah bacaan diaorang, sebab tuh aku disuruh baca a few pages, nak catch up dengan diorang.

Lepas Asar hujan turun renyai-renyai, dan for the very first time aku bukak Accuweather, nak tengok keadaan cuaca kat Raub untuk hari-hari mendatang. Rasa macam dah akhir zaman jer, iyalah kan, ingatkan masa kat overseas jer kena check weather bagai, kat Malaysia pun sekarang kena check jugak, sebab weather dah tak menentu. Apa-apalah asalkan semua tuh membuatkan aku ingat Tuhan, sedar kebesaran Tuhan, I'm all game.

Ramai jugak jemaah yang join mengaji malam nih, minggu lepas ada a few kerats je. So aku tak lah gelabah sangat sebab ada yang "lebih teruk dari aku", yang lagunya bukan main hebat tapi bacaan tunggang langgang. Respect diorang nih sebab konfidennya tinggi, bukan macam aku, mudah sangat gelabah. Bacaan aku tak ada lah bagus tapi ustaz tak tegur (sekali sekala adalah), cumanya aku macam tergagap sikit (baca guna mike, depan-depan jemaah lain). Cuma Ustaz tuh kata aku baca Quran laju, macam nak kejar sesuatu.

Pelik tapi malam nih lepas mengaji, tak ada pulak makan-makan. Orang yang uruskan bahagian makanan tak ada kot? Jadinya tak makanlah kitaorang. Kalau aku jadi ustaz tuh, sure dah sentapznya lah ekekekke. Iylah kan, kalau ustaz lain mengajar, dijamu makan, siap dikasi goodie bag lagi.

So terpaksa makan kat kedai lah malam nih. Biasanya malam-malam aku dah tak makan kat luar sebab almost saban malam ada disedikan makanan, at least roti canai atau kuih muih. Sejak lepas Puasa nih aku dah tak makan heavy-heavy.

Monday

Ahad8Julai2018

Khamis minggu lepas aku ke KL, tadipetang balik semula ke Raub. Susah nak tinggalkan kebun lama-lama, sapa nak menyiram tanaman aku kan? Cadangnya sekali harung nak ke Cherating (nak ambik barang yang aku ArRahnu kan kat Kemaman) tapi terseronok pulak di KL. Tak apa, ada lah alasan kukuh untuk aku ke KL awal bulan depan, kan?

Tak buat apa sangat selama 3 hari lebih di KL, banyak memerap kat hotel aje. The thought yang aku di KL tuh dah cukup. Aku tak ada jumpa sesiapa pun kawan aku, takat merempit kat Pavilion, Fahrenheit, Sungei Wang, Low Yatt Plaza, KLCC aje. Kat Sungei Wang, terorder new glasses, jugak contact lenses. Dah seribu lebih untuk benda tuh aje. Yang buat aku geramnya, aku dah order dan bayar, on my way balik ke hotel barulah timbul perasaaan menyesal. Mana tak menyesalnya, spek yang aku pakai nih tak ada cacat celanya pun, contact lenses pun aku jarang sangat dah pakainya (sebab duduk kampung, apa yang nak presentablenya sangat, kan?

Sesehari dua sebelum ke KL aku rasa macam a bit bosan sebab dah macam tak ada apa sangat nak aku buat kat kebun. Nak membersihkan kawasan, macam buang masa aje sebab nanti rumput rampai akan tumbuh semula, might as well aku tunggu sampai semaian aku semuanya dah tumbuh. 

Tension gila menunggu semaian, tanaman hidup. Aku nih jenis yang, bila tanam something, kalau boleh aku nak tengok benih tuh dah cambah esoknya. Memang penantian itu satu penyeksaan. Dah dekat sebulan rasanya aku semai, tanam tembikai, yang tumbuh cuma beberapa batang. Sawi, bayam yang aku semai, itu pun satu hal, macam nak tak nak jer tumbuhnya. Maman lah yang paling menyeksakan jiwa raga aku, dah lah benihnya mahal gila, yang tumbuh tak berapa banyak. Tapi aku tak putus asa, aku akan semai dan tanam berperingkat-peringkat supaya ada kesinambungan. Kacang tanah (yang tak seberapa banyak tuh) is looking good, sekarang nih tunggu benih yang aku order dari Thailand. Kacang panjang, bendi, timun, peria, semuanya nampak macam tumbuh ok, kecuali labu yang aku tertanam di kawasan timun sebab aku terconfused ituhari, ingatkan labu tuh timun.

Cili yang aku semai dah tumbuh ,dalam seseminggu dua lagi kot barulah pindahkan ke tanah, masa tu lah baru aku nak bersihkan kawasan. Harap-harap masa Raya Haji nanti adalah tanaman aku yang dah boleh dimakan, sawi, maman, bayam.

Rasa macam banyak benda yang aku semai, tanam, dan nak tanam tapi kebun aku masih belum "meriah" sebab macam kosong jer, kecuali jagung dan bendi yang dah membesar. Pokok-pokok cili Bali, mulberry, limau, belalai gajah, rama-rama, itu semua don't count sebab aku beli yang dah besar, yang dah berbunga.

Kadang tuh aku terfikir jugak, orang kampung yang lain tuh, diaorang bertanam benda-benda berat-berat, tanam sawit, durian, kelapa, pisang etc tapi aku setakat tanam sayur jer. Tu pasal aku nak tanam banyak, nak pelbagaikan tanaman, sebab kalau setakat tanam untuk makan sendiri, perempuan bunting pun boleh buat, kan? 

Tu pasal jugak aku tanam tanaman kat tanah, instead of tanam kat dalam polybag. Walaupun old school punya cara tapi aku rasa itu cara berkebun yang sejati, yang hakiki, yang mulberry ekekekek. Orang malas jer yang bercucuk tanam dalam polybag kan? Yang malas menyangkul, yang tak berkederat nak menghayun cangkul. Lagipun aku malas membazir, tak nak habiskan duit beli cocopeat, polybags etc sebab aku tahu yang suatu masa nanti aku akan tinggalkan semuanya tuh, kalau setakat one or two cycles menanam, I'm better off tanam kat tanah. 

Masa aku nak pindah ke Cherating dulu, banyak barang-barang yang aku tinggalkan begitu aje, lebihan dari yang aku kasi kat a few jirans. Kali ini aku tak nak membazir sangat, aku nak gunakan apa yang ada aje lah, buat sementara ini. Dah banyak duit yang aku keluarkan untuk beli perkakas, benih etc. Akan datang kalau aku tanam tanaman kat polybag, itu lain cerita, mungkin sebab masa tuh aku tak ada masa nak clearkan tanah, kalau tanam dalam polybag nih senang sikit kerjanya, nak menyiram, membaja pun senang. 

Aku pun ada order more than 10 rare seeds kat ebay, tak sabar menunggu benih-benih sampai. See, aku suka buat kelainan, aku suka mengolorkan my otherwise boring life nih dengan cuba menanam tanaman-tanaman yang aku rasa boleh dicubatanam kat Malaysia.