Dalam seminggu, Selasa dan Sabtu adalah hari yang aku paling look forward to. Selasa sebab ada Pekan Selasa kat Sungai Ruan. Sabtu pulak, ada Pekan Sari (Pekan Sehari) kat kampung. Dua hari nih lah hari untuk aku berbelanja. Pasar Selasa Sungai Ruan (yang kurang dari 1 km dari rumah) yang aku paling suka sebab berdekatan dengan tempat-tempat yang aku selalu pergi. Banyak kedai-kedai peralatan pertanian, bersebelahan dengan Pusat Serenti jugak, kemungkinan terserempak dengan pekerja-pekerja yang selalu mengeteh di gerai di sebelah Pusat Serenti tuh.
Biasanya aku tak beli apa pun kat pekan, cuma beli lemon dan cheese. Pasar nih pasar Cina sebab 98% penduduk Sungai Ruan tuh Cina. Sayur-sayur (kalau aku terrajin nak memasak) aku tak beli kat situ, walaupun gebu-gebu sayur-sayurannya. Aku selalu terfikir yang entah-entah diaorang guna baja taik babi, tu pasal sayurnya gemuk gedempol.
Biasanya aku akan merayap ke kedai-kedai peralatan pertanian, ada jer lah benda yang aku akan terbeli. Lepas tuh aku mengeteh kat gerai sebelah Pusat Serenti tuh, kalau ada orang yang aku kenal, bersembanglah kejap. Tak tuh, sekejap aje lah aku melepak situ. So itu yang aku buat pagi nih, sejam setengah aku di Pekan Sari Sungai Ruan.
Balik jer dari pekan, aku tengok kereta Long, abang aku, ada depan rumah. Long nih dah pencen, seminggu sekali biasanya dia akan balik untuk keluarkan peluh, membersihkan kawasan, tanam pisang etc. Bab-bab meracun, potong rumput, itu semua kerja Long, aku department lain, department bercucuk tanam.
Selain pisang, banyak jugak pokok-pokok buah-buahan yang Long dah tanam, aku setakat pacak tujuh lapan pokok durian yang aku tak konfiden langsung akan hidup. Kawasan kitaorang nih tanah dia tak sesuai untuk durian tapi aku cuba jugak sebab dulu arwah Pak ada tanam durian, sempat berbuah pun tapi pokok tuh tumbang sebab akarnya tak dapat pergi jauh ke dalam, kawasan batu.
Bila Long ke kebun, ada jer buah/hasil yang dipetik, dipungut. Pisang, nenas, nangka. I don't really pay attention kat pokok-pokok tuh, pisang jer yang aku pernah tebang sebab "ternampak" buahnya dah masak, masa dalam kereta nak ke masjid. Biasanya aku tebang pisang tuh, terus masukkan ke dalam kereta, pastuh bagi jer kat sapa-sapa yang pertama terserempak kat masjid. Aku bagi setandan tuh, tak disisir-sisir pun. Tak terfikir pun yang lebih bagus kalau pisang tuh disisir, boleh bagi kat ramai orang.
"Awak bagi setandan, tah-tah di jual nya. Pisang mahal sekarang nih", kata Long bila aku tengok dia menyisirkan pisang (dan pada masa yang sama baru aku terfikir yang I am so different dari Long)
Bila ada member kat kebun, aku jadi rajin lah sikit nak buat apa-apa. Tak tuh aku sorang-sorang, kan? And so aku menyangkul, lepas membersihkan rerumput yang tumbuh liar lepas hujan nih. Kawsan yang dicangkul, rumput rampai tak tumbuh (atau lambat tumbuh), dibandingkan dengan kawasan yang tak dicangkul, yang sekadar direpih (dicangkul-buang rumput). Walaupun kerjanya berat tapi dengan menyangkul jer, peluh aku keluar.
So itu yang sepagian aku merepih menyangkul, aku tak nak ada walau segelintir rumput pun kat kawasan tanaman aku. Aku perasan yang kawasan kebun (kawasan tanaman) aku bersih, teratur rapi. Itu melambangkan kerperibadian aku, kan? Bersih murni, tulus mulus, pupus dan poros.
Bila dah dalam sesecawan peluh keluar, aku mula naik bosn, tapi Long masih jugak buat kerja. Walaupun aku perasan yang dia tak adalah bekerja sangat pun sebab WA di sentiasa berbunyi. So aku merayau-rayau sesambil memetik rambutan yang dah mula masak. Then aku teringat yang belimbing buluh sepokok tuh dah banyak buahnya, berjuntai-juntai. Banyak yang dah rosak, mungkin sebab terlalu tua atau sebab selalu kena hujan.
So aku pun memetik belimbing akhirnya, untuk dibuat belimbing hitam. Aku nak suruh Chu tolong rebuskan since kitaorang tak reti prosesnya membuat belimbing hitam. Dapatlah dlm satu wheel barrow belimbing.
Long balik ke Jerantut lepas Asar dan aku ke rumah Chu untuk membincangkan masalah nak buat belimbing hitam tuh. Aku terpersan yang meter box kereta tak functioning, tak ada apa-apa indicators. Saspen aku jdinya, kereta tuh baru diservis minggu lepas masa aku ke KL, aku tinggalkan kat Cina di Sungai Ruan tuh.
Tak ada pulak Ustaz malam nih, jemaah macam tertunggu-tunggu gitu. Terfikir pulak aku yang masa aku muda-muda dulu, masa bebudak, masa bodoh-bodoh dulu (sekarang nih masih bodoh jugak tapi bodoh cara lain) yang aku selalu pelik bila tengok orang yang selalu datang masjid/surau untuk belajar ugama. Semuanya orang tua. Aku selalu tertanya-tanya, apa pasal diorang tuh, dah tua-tua baru beria-ia nak belajar ugama, apa pasal tak ada budak-budak muda? Masa diaorang muda-muda dulu, diaorang tak belajar ker? Itu yang selalu aku terfikir.
Baru sekarang aku dapat jawapannya. Bila dah tua (macm aku nih), barulah kesedaran timbul, dan with belajar ugama nih, the more you learn the more you tahu yang banyak lagi benda yang you tak tahu, tu pasal you'll seize setiap opportunity untuk belajar. Kaedahnya.
Tak ada Ustaz, bererti tak ada lah jamuan makan, bererti aku terpaksa makan kat luar.