Monday

Day 6 - Ahad 6/11/2011

Aku tak tidur dah lepas Subuh sebab nak pergi Sembahyang Raya. Suspen jugak, mana tahu kat surau/masjid tuh tak buat Sembahyang Raya jugak kan? Aku singgah kat rumah Joko, dia sama bini dia, dan one of the Indians (the only Muslim) pun nak pergi jugak so pukul 7 tuh kitaorang dah mula bergerak. First time yang pertama diaorang Raya kat Malaysia. Aku cerita yang aku dulu bertahun-tahun Raya kat luar negara so aku boleh faham perasaan diaorang. 

Syukur, ada dibuat Sembahyang Raya kat masjid kecik tuh, ada buat kurban jugak tapi lepas aje sembahyang kitaorang terus balik. 

Aku tak rasa nak kerja pun harinih, setakat nak kasi makan ikan aje dua kali sehari. Ituhari Seng ada suruh aku start kan generator once a week, sekadar nak panaskan enjin. So aku cuba-cuba start kan enjin tuh, sambungkan batteri, taruk minyak. Aku rasa macam hero aje bila dua kali aje aku cuba, enjin tuh berjaya distartkan. Aku manalah reti bab-bab enjin nih, benda-benda gitu. Setakat on kan laptop, itu aku memang terrer.

Sunyi sepi kat dusun tuh harinih pasal semuanya cuti, even Keling lain. Aku sorang jer yang secara officialnya kerja, walaupun aku tak buat apa pun. Setakat melepak kat bilik, online, sesambil baca news dan cari Forex-related infomations.

Petang dalam pukul 5, Joko datang bilik aku, tak pernah dia datang sembang macam tuh so aku layan ajelah dia. Then lepas Isyak dia datang lagi. Rupanya dia gaduh dengan bini dia, dan bini dia kunci pintu, tak kasi dia masuk. So dia nak tumpang tidur kat tempat aku. 

Dia cerita kat aku yang bini dia selalu buat hal gitu, dua tiga hari lepas, bini dia merajuk lepas tuh terus lompat pagar dan menyorok dalam hutan. 

"Soalnya bini saya tu masih kecil umurnya", kata Joko. 

So aku kasilah nasihat kat dia, (macam bagus aje kan, what do I know about married life?). Tapi, I have lived long enough to know that one has to be prepared for anything. Dengar cerita Joko, aku terus nasihatkan dia supaya teruskan kerja kat sini (diaorang baru 2 bulan kat Malaysia, tak pernah ke mana-mana pun lagi, terus aje kerja di sini once diaorang dihantar ajen untuk kerja di dusun nih) sebab kalau bini dia tu nanti diexposekan ke dunia luar, atau kalau dia kerja kat tempat ramai orang Indon, gayanya ada harapan bini dia tuh akan berubah haluan. Sebab aku selalu terperasan yang masa Joko tak ada, bini dia tuh kalau sembang dengan 3 Indons kontrak tuh, bukan main lagi gediknya. 

Tak habis-habis aku nih memerhati orang, kan?

Sunday

Day 5 - Sabtu 5/11/2011

Pagi nih hujan lagi, renyai-renyai. Tapi itu dah cukup untuk menjadikan penyebab untuk aku tak turun ke kolam walaupun aku berpakaian (or rather tidak berpakaian) kerja. Too bad Forex market tak bukak weekends, kalau tidak tuh memang best sangatlah. 

Indon kontrak yang bertiga tuh dah mula cuti, so diaorang tak ada kat kongsi. Aku rasa bebas sikit duduk sorang-sorang, aku masih tak ke dapur pun, masak nasi pun kat bilik. Cuci pinggan pun kat bilik, aku sediakan sebaldi air. 

Banyak kali aku talipun mak aku tapi tak ada yang jawab, rupanya mak dan pak aku ke Pekan Sehari. Aku beritahu yang aku tak dapat balik Raya sebab tak dapat cuti. 

"Tak boleh cuti sehari ke?", mak aku tanya, macam ralat gitu.

"Tak bolehlah, kerja lah mak", aku jawab gitu.

"Tapi Menejar restoran, tak dapat cuti?", mak aku tanya sambil gelak-gelak. 
Aku dah terkedu dah masa tuh. 

"Kerja kuli jer mak", aku kata gitu, lepas tuh aku dah tak dapat bersuara dah. 

"Tak apa lah kerja mender pun asalkan halal", lebih kurang gitu mak aku cakap, sambil menangis. Masa tuh aku dah merembas dah. Selebat hujan yang turun. Aku rasa instinct seorang ibu, dia tahu yang anak dia susah. I'm not saying I'm in a bad shape tapi the way I'm shaping my life tuh yang mendoubtkan, even diri aku sendiri. 

"Kalau awak tak dapat balik, mak mintak maaf lah....." kata mak aku.

Aku tak dapat dengar jelas apa mak aku kata sebab aku jauhkan cellphone aku, takut mak aku dengar yang aku sampai telan-telan air liur menangis. 

"Ida balik pagi-pagi ni tak jem ker?", pandai mak aku ubah topic. 

"Kalau dapat balik, dapat cium kaki mak", aku kata gitu. I didn't mean to make her cry.

Lepas tuh jadi bodoh jer lah aku, sesambil melepak kat stor tuh, hujan lebat dan aku tak berbaju, pakai shorts aje. Terfikir aku, termakbul ker doa aku suatu hari nanti. Yang kalau aku dah dapat buat passport nanti, aku nak keluarkan duit investment aku mana yang ada, aku nak bawak mak dan pak aku buat Umrah. Dah lama dah aku plan macam tuh, InsyaAllah Tuhan makbulkan. Amin. Masa aku buat first Umrah dulu, ada aku terbaca yang ada 3 benda yang Tuhan suka (lebih kurang gitu bunyinya). Baca Quran, melihat Kaabah dan melihat wajah ibu (tak tahu lah kalau in that particular order atau tidak). Best nya kalau dapat baca Quran di depan Kaabah sama mak kita kan? 3 in 1 gitu, sekali harung.

Aku tak pernah beritahu sesiapa pasal impian aku tuh, saja jer lah aku rekodkan kat blog nih pasal memang macam itu pun apa yang aku doakan. I have a very good feeling yang impian tuh akan tercapai, InsyaAllah. Aku ingat lagi, masa aku kat US dulu, masa aku masih blur macamana nak balik Malaysia (since aku duduk sana illegally), aku fikir, dapat ker aku jumpa mak pak dan family aku sebelum terlambat? Sampai aku terfikir, "tak patut" kalau aku tak dapat jumpa keluarga aku "sebab aku bukannya orang yang jahat, yang banyak dosa dulu tuh. Aku pernah buat baik, aku tak pernah abaikan ugama". Sampai begitu sekali aku "bertanya" Tuhan, sampai gitu sekali aku fikir, "tak patut dan tak seharusnya". Then aku terfikir pulak, ada orang yang so-called alim, yang berketayap, imam etc, ada yang jahat, yang rogol anak sendiri, yang kongkek bini orang (itu semua aku baca dalam paper, kan ker aku suka baca cerita rogol? ekekeke) so apalah sangat dengan aku yang tak sebaik dan sebagus mana nih kan? 

Bila aku confused dengan semuanya, aku serahkan pada Tuhan aje, deep down aku tahu yang Tuhan Maha Mengerti.

Dan, Alhamdulillah, doa aku untuk jumpa keluarga aku Tuhan makbulkan, aku ditahan, ditangkap, dipenjara dan dideport balik ke Malaysia. Walaupun penuh keaiban dan keinsafan tapi memang sesuai dengan aku yang adventuruos nih. Tuhan gave me an experience of a lifetime. See, (and here we go again), things happen for a reason. 

Thamby datang lagi petang tadi, saja jer lah aku menampakkan diri aku kat dia, sebab aku nak sembang-sembang dengan dia. Aku rasa he looked down on me ituhari. Aku nak cari peluang nak beritahu dia yang aku nih tak lah sekodi yang dia sangkakan.

And so I got into talking dengan dia yang tengah melepak tuh. Mulanya cerita sikit-sikit aje tapi bila dah rasa comfortable, aku ceritakan kat dia kisah aku masa kat US dulu. And boy, was he interested? Sampai dia ajak aku ke kedai, ajak sembang, sebab dia nak dengar cerita aku. 

"Give me 5 minutes to get ready", aku kata gitu kat dia. 

Sampai dekat Maghrib baru dia hantar aku balik ke kongsi. Dia ada cakap, yang kalau aku tak puas hati kerja kat kolam Seng nanti, kerja dengan dia aje sebab dia nak aku jadi Supervisor dusun dia. 

Sunyi gila malam nih sebab Indons 3 orang tuh tak ada, biasanya dengar suara diaorang aje sampai lewat malam. Aku tak kata aku penakut tapi aku tak berani nak keluar dari bilik pun, jiran terdekat nun jauh di sana, dan kongsi nih kat dalam dusun, kat bukit, kat ceruk sekali. Tak kisahlah kalau aku terpaksa kencing dalam botol pun, aku dulu pernah kencing dalam botol Listerine bos aku, masa kat New Hampshire dulu kan? 

Day 4 - Jumaat 4/11/2011

Aku tak berapa sihat badan harinih, semalam tuh asyik kena hujan aje, walaupun aku tak kerja sangat pun semalam tu tapi ada a few times aku meredah hujan jenguk-jenguk kolam. Tak best lah pulak asyik melepak kat stor tuh sebab orang lain, walaupun tak berkaitan dengan aku, diaorang semuanya tekun kerja. Or rather buat-buat macam kerja.

Atau mungkin jugak sebab aku lapar kot, pagi sebelum kerja aku minum air suam aje, makan apa yang ada. Tadi tuh takat makan nasi kepal, cicah kuah sardin. Setin sardin tin kecik tuh boleh tahan 2 hari.

Tak ada sangat ban yang patut direpair pada pandangan aku. Mungkin sebab kawasan sekitaran kolam tuh berumput panjang, penuh belukar so tak nampak mana yang cacat nya. Lagipun aku cuma concentrate on Kolam 1 aje, kolam yang dua lagi tuh tak banyak dah ikannya. 

So aku jadi macam tak tahu nak buat apa, takat pusing kolam seround dua, then online. Kalau disambung ketiga-tiga kolam tuh, ada lah dalam sebesar tasik sebelah Amcorp Mall tempat aku selalu jogging dulu tuh. 

Bila terserempak dengan Indians dan Indons yang kerja dusun tuh, sembang-sembang dengan diaorang. Ada diaorang kasi aku rambutan, cempedak, mewah hidup diaorang pasal banyak pokok buah-buahan kat dusun tuh. Kat depan stor tempat aku lepak tuh ranum aje rambutannya tapi aku tak berani ambik terang-terangan pasal itu dusun diaorang. Tapi, Seng kan ker sewa tanah Thamby, so by default patutnya aku boleh ambik buah-buahan tuh sesuka hati aku kan? Macamana pun aku ada offer diaorang kalau ada sesiapa yang nak ikan, just let me know. Seng ada cakap ituhari yang aku boleh ambik ikan sebanyak mana aku suka. 

Most of them kata yang tak patut aku kerja sorang-sorang. Seharusnya ada berdua sebab kalau kerja sorang-sorang nih macam buat kerja bodoh. Tapi, to be brutally honest, aku suka arrangement macam nih, aku kerja sorang-sorang. Kalau berdua, sure kena kerja lebih sikit, sentiasa kena kerja. Sebab aku sure nya nak lebih rajin dari orang lain. Kalau kerja sorang-sorang nih, aku kerja ikut aku punya mood. Above all, yang maha pentingnya, aku boleh online bila-bila masa aje. 

Memang pun, at least kena ada 2 orang kerja kat kolam nih, kalau tak tuh memang macam kerja main-main aje. Bayangkan lah, nak repair ban tuh aku kena ke tengah kolan, skop lumpur. By the time aku sampai ke tepi kolam, isi skop tuh dah tinggal dalam 3 sudu lumpur. Walaupun nampak macam kerja bodoh, tapi do I give a friggin' fuck? Fuck, no!

So, instead of skop tanah lumpur, aku skop pasir aje sebab kat tepi-tepi kolam tuh semuanya pasir. Cuma masalahnya pasir yang kat tepi kolam tuh semuanya padat-padat sebab selalu dipijak orang yang turun ke kolam. See, tak ada kerja yang senangnya kalau labor job nih.

Masa sembang sama Joko, dia kata yang setiap Isnin malam ada pasar malam kat hujung kampung jalan masuk ke kawasan dusun/kolam nih, lebihkurang 1 km away. Aku janji nak pergi sama dia nanti pasal nak beli stok makanan untuk seminggu. 

Seng ada talipun tanya khabar, aku suruh dia bawakkan guni-guni kosong untuk isi pasir. Saja nak tunjukkan yang aku macam bersemangat kerja kononnya, dia tak tahu yang guni tuh untuk isi points yang aku dapat collect. 

Then dia kata yang patutnya anak sedara dia Pinky (not her real name tapi bunyinya dekat-dekat dengan tuh) datang pasal Pinky nih yang akan ambil alih jaga kolam tuh. Aku dah dengar cerita yang Seng nak sewa atas sewa kolam tuh kat Pinky and Jon (suami Pinky, orang India yang dulunya dijaga dan dibesarkan oleh keluarga Melayu sampaikan dia tak reti cakap Tamil). So maknanya aku akan bertukar Tokay lah nih. 

Pukul 12 setengah aku pinjam motor Mamat Lone Ranger (Mamat kolam sebelah yang aku cerita tuh), nak pergi Sembahyang Jumaat. Sampai aje kawasan masjid/madrasah, aku tengok sunyi sepi aje, so tanya orang yang kat perumahan tuh. Rupanya Sembahyang Jumaat tak dibuat kat situ, dibuat kat masjid besar yang di Batu 30, aku kat area Batu 12. Fikir punya fikir, aku tak ada lesen, tak ada helmet, jauh pulak tuh dan by the time aku sampai sure sembahyang dah selesai, so aku patah balik. 

Entah siapalah yang kuncikan gate depan, semua orang ingatkan aku ada pegang anak kunci sebab sebelum ini memang Seng ada kasi kunci kat pekerja dia. Ituhari masa aku kemas-kemas bilik, ada aku terjumpa anak kunci, could be kunci tuh. Masalahnya aku dah buang anak kunci tuh, tah kat mana tah. Of course lah aku tak beritahu sesiapa kan? 

Tak apa lah gate tuh berkunci, so sesiapa yang datang, Seng especially, tak akan dapat masuk bawak kereta ke dalam kawasan dusun/kolam, kan? Diaorang terpaksa jalan kaki guna pintu lain. Ok gak tuh, iya lah kan, entah-entah masa tuh aku tengah melepak, atau tengah leka online kan? Kalau boleh aku nak Seng datang masa aku tengah pulun kerja, macam ituhari tuh. 

Ida, adik aku ada message tanya pasal cuti Raya, aku kata aku tak dapat cuti, tak dapat balik. Nobody knows aku kerja jaga kolam, masing-masing ingatkan aku masih kerja kat restoran di Bangi. 

Since modal aku dah jadi lebih dari USD 50, aku jadi macam tamak sikit, dari 1 pip USD 0.10 aku cuba trade 1 pip USd 0.20. The first few psoitions tuh aku cemas jugak sebab price went against me. So aku balik semula trade 1 pip USD 0.10, tapi aku bukak a few posts. Alhamdulillah dapat balik cover loss sebelum tuh, ada profits lagi tuh.

Saturday

Day 3 -Khamis 3/11/2011

Mula-mula best jugak kerja sebab hujan renyai-renyai, tak panas. Mau legam kulit aku kalau hari-hari kerja tengah panas sebab aku tak pakai baju, malaslah pakai baju kalau masuk kolam. Baru semalam aku kerja tengah panas, kulit badan aku dah menggelupas.

Lepas kasi makan ikan, lepas melepak sekejap kat stor sesambil online (check Forex), aku mula buat kerja merepair ban kat kolam 1, kolam paling besar. Dapatlah dua baris tayar yang aku kerjakan, masukkan pasir dalam guni.

Seng sure tak datang, aku tahu tuh. Tapi aku nak dia datang pasal aku nak tanya pasal Raya Haji, orang lain Indians sama Indons tuh diaorang cuti, ada yang sampai 3 hari. Nampak gayanya tak dapat cuti pasal siapa yang nak jaga kolam,siapa yang nak kasi ikan makan, siapa yang nak pasang kipas?

Tengah sedap-sedap kerja, tak perasan Thamby, tokay dusun tuh datang.

"Banyak rajin", dia kata kat aku.

"Bikin pelan-pelan lah tokay, susah kerja satu orang ini macam", aku kata gitu.

"Berapa gaji dia (Seng) mau kasi?", Thamby tanya aku, kali kedua dia lalu kat tempat aku kerja, bila aku kata yang Seng dah cuba cari orang tapi tak dapat. Semalam Seng ada tunjuk kat aku cellphone dia yang penuh dengan messages orang tanya pasal kerja. "Iyalah, you taruk gaji salah itu macam, sure ramai orang mau kerja, tapi bila diaorang tahu itu gaji untuk dua orang, diaorang tak mau", aku kata gitu.

"Berapa gaji dia kasi you?", Thamby tanya aku.

Aku tipu dia, aku kata, "Seribu itu macam".

"Haaa, tengok!", kata dia dia macam merengus gitu. Then terus dia blah. Pundeks! I'm sure dia ingatkan aku nih Indon.

Tengahari tuh aku rasa kepala aku macam nak pening aje, mungkin sebab asyik kena hujan aje. So aku melepak kat store tempat simpan makanan ikan tuh. Dapat lah online. Tapi tak lama, dalam 5 minit gitu, tapi every hour. Setakat nak check Forex, nak masuk atau closekan positions. Aku scalp, masuk position, then sejam kemudian aku closekan position aku, dapat Usd 5 pun aku rembat, tak nak tunggu banyak-banyak sebab Usd 0.10 per pip jer. Tersengih aku sebab aku tak sangka dalam keadaan gitu pun sebenarnya aku buat duit jugak.

Perut aku sakit harinih, mungkin sebab makan maggi mee aje kerjanya, aku tak biasa makan mee segera nih, tapi dah terpaksa. Since aku tahu yang aku tak akan berak banyak (sebab makan pun tak banyak), takat berak macam berakkan taik ayam aje, so bila ada panggilan memanggil, aku masuk aje ke kolam 2, sambil pura-pura buat kerja, sesambil melepaskan hajat di bontot.

Semakin petang, hujan semakin lebat, tak henti-henti. Dalam hati aku sentiasa berdoa, lebatlah hujan, lebatlah hujan. Masalahnya pulak, hujan lebat tapi petir berdentum-dentam, aku tak boleh nak on kan laptop sedangkan masa tuh London session yang selalunya rancak tuh, baru nak mula. Masa Asian session, selalunya slow, tak ada pergerakan sangat. Forex nih laju pergerakan dia masa London dan New York sessions.

Nasib baiklah pondok stor tuh beratapkan asbestos, cuak jugak aku kalau atap zink sebab aku pernah baca pasal orang mati kena sambar petir masa melepak kat bawah pokok, atau kat pondok beratap zink. I have to be dusun smart, kena tahu benda-benda gitu tuh.

Kat sebelah dusun Thamby nih ada dusun this one Chinese yang masuk Islam, yang jaga dusun dan kolam tuh, abang ipar dia, Melayu. Sembang-sembang kejap dengan mamat nih, dia kata dia kerja tak ada gaji tapi makan, minum, rokok, semuanya ditanggung. Lengkap semuanya kat rumah dia duduk tuh, ada Astro bagai. Kesian kat dia yang tak ada duit, aku kata aku nak beli rokok Luffman yang harga RM 2-50 tuh dari dia. Iyalah kan, dia dapat bekalan rokok secarton seminggu. Dah lama aku tak merokok tapi best pulak sembang sambil merokok. Lagipun aku bosan apa pun tak ada, tak ada kawan, might as well merokok sesikit, kan?

Aku kata nak pinjam motor dia esok sebab nak pergi Sembahyang Jumaat. Dia kata dia tak pernah Sembahyang.

Berpeluh-peluh aku dibuat nya sepanjang petang dan malam nih pasal Forex terminal MT4 aku tak boleh dibukak. Kena install yang baru, dan internet connection aku pulak slow gila. Nasib baik ada file lama dalam download folder.

By the time aku dapat access balik MT4 aku, a few of my EurUsd short positions tuh dah untung, so terus aku closekan aje. Another USD 15 bertambah dalam account aku. Nampak macam senang aje Forex nih kan? Ker aku memang terrer?

Friday

Day 2 - Rabu 2/11/2011

So harinih hari pertama betul-betul kerja, walaupun semalam tuh aku ada kasi ikan makan. Belum pukul 8 lagi aku dah siap bersedia untuk kerja, breakfast pun cuma makan roti 2 keping, then minum air suam, malas nak bancuh teh. Rileks, tenang aje kerja, tak ada nak rush apa-apa. Aku tengok gang-gang Indians sama Indons tuh pun selamba aje, macam kerja kat ladang sendiri aje, santai.

Sumpah aku rasa macam malu-malu aje nak turun masuk kolam nak buang ikan-ikan yang mati. Sebab kolam tuh memang kat tengah-tengah dan orang lain (Indians dan Indons) masing-masing tengok aku aje. Biasalah kan, orang baru. Lagipun diaorang bukannya ada kerja sangat pun. 

Ah pedulikan lah, diaorang pun sama-sama kuli jugak. So aku tanggal baju, dengan seluar pendek paras bawah lutut, aku turun ke kolam. Busuk air nya. Kat tepi-tepi kolam air cetek, paras pinggang, tanah pasir. Masalahnya, ikan ikan mati nun di tengah-tengah kolam sana, dan semakin ke tengah kolam, air semakin dalam pasal tanah lumpur semuanya. Makin busuk air jadinya bila dikocak-kocak. Oh shit, semakin dalam sampai aku terpaksa apungkan badan, dan ikan masih jauh di tengah. Dah lah satu tangan lagi pegang baldi untuk isi bangkai ikan tuh. So aku berenang, letih rupanya berenang kat air tenang nih, tak bergerak-gerak. Ker aku tak reti berenang? 

Nasib baik lah antara kipas-kipas terapung tuh ada yang diikat dengan tali, so aku berenang arah tali, berpaut pada tali tuh. Sebab nak berpatah balik, aku dah malu. Lama-lama sampai jugak kat kumpulan bangkai ikan tuh, so aku kaut satu persatu masuk dalam baldi. Ya ampun lah busuknya sebab banyak ikan yang dah reput. 

Kat tengah-tengah kolam tuh aku rihat sekejap sambil fikir, ini sebijik macam The Amazing Race, bab buat kerja-kerja bodoh ( in this case, tangkap bangkai ikan). Dah lah keadaan aku sebijik cara hidup macam Survivor tuh. Sempat aku fikir, kalaulah family aku tahu macam ini caranya hidup aku sekarang, sure diaorang akan sedih. But I am a grown ass man, I have to do what I have to do. So itu lah kerja utama aku harinih.

Then merata aku merayau mencari skop, guni, bucket, sebab aku nak try kerja merepair ban/tayar pengadang kolam tuh. Semalam Seng suruh aku repair mana-mana ban yang kosong, yang jatuh, yang condong. Aku masih tak berbaju, perit rasanya kena panas, dah lah tak bertopi bagai. 

Memang macam kerja bodoh sebab terpaksa menyekop pasir/tanah dan masukkan dalam guni kat celah-celah tayar. Menyekop pasir tuh satu hal, by the time aku sampai ke tayar, pasir/tanah dah tinggal sikit. Tinggal beberapa sudu aje. Memang kerja guna kederat betul nih. Macamana pun kerja tuh memang doable, walaupun slow. Empat lima kali menyekop pasir, 5 minit melepak, asyik-asyik tengok muscle ekekek. 

Keling-keling dan Indons tuh ada gak sembang dengan aku, dari Joko aku dapat tahu yang dua tiga hari lepas ada 3 Indon yang kerja, tapi diaorang blah sebab tak suka duduk kat sini yang jauh dari kedai. Hmmm, Seng tak ada cerita pun kat aku. Yang dia cakap pun, sebelum ni ada one Indon couple yang kerja dalam 7 tahun kat sini, diaorang balik sebab anak diaorang kat Indo tuh sakit.

Tengah aku kerja tuh, aku nampak kereta Seng masuk, so aku buat-buat tak nampak, sampai tertonggeng-tonggeng aku mengaut pasir, merepair mana yang patut. Berguni points yang aku dapat collect masa tuh, sebanyak guni-guni yang penuh pasir tuh. Tak sampai 10 minit pun Seng sembang-sembang dengan aku, sebab dia nak ke kolam yang lagi satu. Kat Batang Kali.Dia kasi aku sebotol besar air soya bean, too bad aku tak ada fridge so aku kasi kat one of the Indons tuh. Banyak mana aku boleh minum, kan? 

"Awak Malaysia punya orang, bikin kerja ini macam?", tanya one of the Kelings, yang pandai cakap Melayu. Pundeks lah! 

Tak nak kalah, aku cakap kat diaorang yang mungkin satu hari nanti, in a very near future, aku nak bukak kolam ikan aku sendiri, so aku kerja nih sekadar cari pengalaman. Dengan Indons tuh pun aku cakap the same thing, yang nanti aku nak bukak my own kolams. Saja jer lah cakap macam tuh, so that diaorang tak pandang rendah sangat kat aku. Tak kan dengan diaorang pun aku nak menyusur akar, kan? 

Aku perasan yang lepas daripada tuh, diaorang cakap dan "pandang" aku macam lain sikit. Ada sikit itu respect. Sebenarnya, bila difikir balik, tak mustahil aku boleh bukak kolam ikan/udang, or berkebun, suatu hari nanti. Aku ada a few hundreds thousands kat EPF, dulu aku ada beritahu abang sulong aku yang aku ada terfikir nak duduk kat kampung aje nanti, beli tanah, buat rumah, berkebun, <strike>kawin janda</strike> Kalau aku ada duit sekarang, aku sanggup duduk kat kampung, mak bapak aku pun dah berumur. Cuma masalahnya tak kan aku nak duduk kat kampung sekarang, aku kena ada income. Again, kalau modal Forex aku besar, aku dah boleh duduk kat kampung, jaga my parents sesambil memorex dan berkebun.

Tapi, mungkin ini peluang aku untuk menimba pengalaman, iyalah kan, aku nih pegang parang pun tak reti, dulu pun duduk US lama, kat New York aje sampai 3 tahun kan? Hopefully by the time aku dah bersedia nanti, aku dah reti buat kerja-kerja kampung. Kalau tak reti panjat pokok kelapa pun, harap-harap pokok betik aku reti panjat.  

Lepas Zohor tuh aku tak turun dah ke kolam, takat jalan sana sini aje. Tak kan Seng datang lagi kan? Itu yang best nya kerja macam aku buat nih, kerjanya kejap aje, rileks nya yang banyak. 

Makan nasi lauk sardin jer harinih sebab dah dua kali berturut-turut makan maggi mee. Aku tak guna pun stove kat dapur sebab Indons 3 orang tuh masih conquer kawasan tuh, dan aku tak nak nanti diaorang kata aku guna harta benda diaorang walaupun diaorang tak ada hak guna dapur tuh. Aku faham sangatlah diaorang tuh jenis macamana, benda kecik pun dibesar-besarkan. Aku sedar yang aku kena dive low aje sekarang nih, untuk sementara nih. 

So awal petang aku dah lepak memorex. Buat teh se jug tapi bila minum aje, rasa masin. Shit, rupanya aku terbeli garam semalam tuh, aku ingatkan gula. Kat kedai Cina tuh, banyak garam yang dah siap dibungkus, so aku dengan konfidennya ambik satu, mati-mati aku ingatkan gula. Susah rupanya hidup nih, kena sentiasa berhati-hati, berwaspada. And to make it wors, roti yang aku rasa dah simpan elok-elok tuh, penuh dengan semut. Puas aku ketuk-ketuk, hentak-hentak roti tuh tapi semut tak nak blah, memang tak ada rezeki aku lah kot, so aku kasi burung makan aje lah roti tuh. Indons tuh ada bela 4 ekor burung. 

The rest of the day aku melepak aje lah, badan aku lenguh-lenguh, tangan dan badan aku busuk bau ikan. One of the Indons ada jugak sembang dengan aku masa aku memorex, puas dia mengecek nak guna laptop tapi aku buat dak aje. Aku rasa makin dia respek kat aku pasal aku concentrate habis memorex, bukak sites itu ini, yang penuh dengan graf dan figures. 

Modal aku yang USD 5 tuh dah semakin berkembang, dah jadi USD 39.00 so aku decide nak hold dulu deposit USD 100, aku nak guna USD 5 tuh aje, nak tengok sejauh mana, sebesar mana, aku boleh buat profits dengan duit sebanyak tuh. Aku tak kata aku pandai memorex tapi dari USD 5 jadi USD 39 dalam masa 2 hari, that tells something lah kan?

Thursday

Day 1 - 1/11/2011

Ok jugak Seng nih, dia janji nak call aku pukul 9 setengah, ngam-ngam 9-30 am dia talipun. Aku dah siap bersedia masa tuh, tak ada apa preparation sangat pun, takat bawak pakaian sesikit, selimut, dan barang-barang makanan yang aku beli semalam. Aku pun sempat cari info kat internet - info yang berkaitan kerja aku.

Dekat sejam jugak menunggu Seng tuh, dia tak tahu bangunan NST, dia tunggu aku kat UOA Bangsar, aku dah hangat hati dah masa tuh sebab dia tak dengar kata (hehehhe).

Sembang macam dah kenal lama jer aku sama Seng nih. Tokay besar dia nih tapi jenis simple punya orang. Dia ada kilang minuman soya, ada banyak lori. Dan berbelas kolam ikan talapia kat dua tempat, salah satu nya itu yang aku kena jaga tuh. So itulah, kerja aku sebagai Penjaga Kolam Ikan. I don't give a fuck kerja apa pun, asalkan halal, bersesuaian dengan jiwa aku yang suka menyendiri, dan yang pentingnya aku ada kelapangan untuk memorex masa kerja. Taruk lah aku kat mana pun, asalkan ada internet, aku ok aje. 

Kat tempat aku kena jaga tuh cuma ada 3 kolam, kat tempat satu lagi ada 8 kolam, ada 3 orang pekerja kat situ. Aku rasa Seng impressed jugak dengan aku bila aku tahu banyak jugak (theoritically) pasal hal ehwal menternak ikan. Semua info tuh aku dapat kat internet, aku setakat ulangkan aje apa yang aku baca online. 

"Waa, you banyak tau macamana mau bela ikan ha?", Seng tanya aku. Dia impressed lah tu kan? Aku beritahu dia jugak yang dulu-dulu ayah aku ada bela udang sama ikan, kat kolam kecik aje, dan kitaorang selalu gak ke UPM beli anak ikan. Itu aje sebenarnya yang aku tahu pasal menternak ikan. Yang lainnya mana aku tahu. 

Tak jauh mana tempatnya tapi dua kali Seng berhenti makan, dia sorang aje makan aku takat minum aje. Sampai ke kawasan nak masuk area kolam, Seng tunjukkan aku masjid sebab aku beritahu dia yang apa-apa pun aku nak pergi Sembahyang Jumaat setiap Friday. Jauh lagi ke dalam rupanya, dan aku tengok ada perumahan Melayu yang aku yakin sure ada masjid jugak so aku suruh Seng pusing-pusing sekeliling. Betul pun, ada masjid yang lebih dekat. Jauh jugak masuk ke kawasan hutan yang berbukit bukau tuh, di kiri kanannya penuh dengan kolam ikan dan dusun buah-buahan. 

Terfikir aku, aku boleh survive duduk kat New York, boleh ker aku survive duduk dalam hutan? 

Sebenarnya Seng sewa tanah dari one Indian nih, Thamby. Dia bukak kolam ikan, so kolam-kolam tuh within dusun Thamby tu lah. Luas gila dusun Thamby nih, dia ada 10 pekerja yang duduk kat 2 buah rumah pekerja kat situ. 2 Indonesians dan 8 Kelings dari India. Jauh kat dalam dusun tuh tempat duduk aku, nun tersorok kat atas bukit sana tuh. Menghadap kolam-kolam, bersebelahan dengan bangunan reban ayam belanda, merak dan angsa.

Ada 3 Indonesians tengah melepak makan masa kitaorang masuk rumah kongsi tuh. Seng halau diaorang. Rupanya diaorang tuh kerja kontrak buat reban ayam tuh, cuma menumpang kat rumah kongsi kepunyaan Seng. Patutnya diaorang duduk sama pekerja Thamby lah kan? Seng kata aku jangan bimbang pasal dalam seseminggu aje lagi diaorang tuh kat sini, lepas tuh diaorang akan blah. Dan aku akan tinggal sorang-sorang. 

Ada 5 harta Seng kat situ untuk kegunaan aku, kipas, rice cooker, electric kettle, stove dan tong gas. Aku tengok-tengok bahagan tempat memasak, teruk kotor tempatnya, jauh menyimpang dari apa yang aku imaginekan selama ini. Mula rasa cuak, boleh ker aku duduk macam diaorang Indonesians tuh? Aku nih kan ker classy punya orang? Hehhehe. Tak apa, walaupun kerja jaga kolam ikan dan duduk kat rumah kongsi, tapi deep down aku masih rasa aku nih classy orangnya. 

Lepas tunjukkan aku serba sedikit pasal switch board, pasal generator (in case aku terpaksa guna generator) dan benda-benda lain, Seng ajak aku keliling kolam. Sesambil tuh dia explain apa yang aku kena buat, bila dan macamana nak kasi ikan makan, macamana nak pasang kipas untuk kolam, bila kena buangkan air, things like that. Ada 7 kipas kat kolam 1, kolam yang paling besar. Cuma 4 aje yang dipasang, untuk kasi oxygen. Aku tengok, ada dalam belasan ekor ikan yang mati. Aku tanya Seng apasal ikan tuh boleh mati, dia kata sebab dah 4 hari tak ada orang yang jaga kolam tuh. 

Seng berithu jugak yang ban, tayar-tayar yang disusun sebagai dinding kolam penahan tanah, itu kena direpair. Mana yang runtuh, yang kosong, kena ditaruk tanah dan pasir. O shit, itu kerja berat tuh, mana boleh buat sorang-sorang. 

"You ada pelas?", Seng tanya aku.

What the fuck is pelas, lama jugak baru aku dapat tangkap apa maksud dia. I was like, apa ke jadahnya nak handiplast? So dia ajak aku ke kedai untuk beli barang sebab nak keluar memang jauh, so aku kena stock up barang yang perlu. Aku cuma ada RM 200 aje, yang aku rasa cukuplah untuk sebulan. Tapi, nak beli cawan, pinggan, things like that, dah terbang dalam 50 Ringgit. 

Lepas hantar aku balik ke kongsi, Seng terus blah, dia suruh aku bersih-bersihkan tempat aku duduk tuh, esok aje lah baru mula kerja kat kolam. The first thing yang aku buat lepas Seng blah, aku on kan laptop. Berderau darah aku bila dua tiga kali aku cuba connect ke internet, tak ada signal apa-apa.  Nasib baik dapat akhirnya, tapi slow gila, dan terputus-putus. I should have known better yang aku kat dalam hutan, di tepi bukit pulak tuh. 

Nasib baik (after a few tries) Forex terminal MT4 dapat dibukak, dan walaupun berkali aku cuba bukak FBS.com website sebab nak deposit USD 100-00, sampai ke malam masih tak dapat. So with USD 5 dalam account aku tuh, aku bukak one SELL position, smallest possible lot, 1 pip = USD 0.10. 

Petang tuh ada jugak aku bersembang dengan 3 Indon kontrak tuh, diaorang nih dah berpuluh tahun kat Malaysia, dan bila diaorang tahu yang aku nih Malaysian, terus diaorang kata, "Abang orang sini, kenapa kerja ginian? Banyak kerjaan lain". I don't need them to tell me that. Entah, mungkin cuma perasaan aku aje tapi aku rasa lepas tuh diaorang macam pandang rendah aje kat aku, as if aku nih bodoh. 

So aku melepak kat bilik aku aje lah, I was glued to the laptop screen pasal position yang aku masuk tadi tuh dah untung. Mungkin nasib aku kot tapi by malam dah jadi USD 11 dah modal aku yang USD 5 tuh. And so I entered another short position - EurUsd.

Sunday

Brother! Please...My Cup Is Empty :-(

"You tahu cakap Inggeris?", tanya this one hotel owner masa aku talipun dia pasal kerja kosong yang dia iklankan. Tersengih jer aku mendengarnya, teringat kat Attorney Kimberly Schester masa first time jumpa dia masa masuk Court kat Buffalo dulu tuh, she asked me the same bloody question, "Do you speak English?". Dan aku jawab, "I went to a school in the UK". Tak boleh salahkan dia pasal kebanyakan immigrants yang dari South America tuh, semua nya jenis, "me no speek the Inglish". 

"You tahu guna komputer?", tanya tokay tu lagi. See, dari soalan-soalan tuh orang boleh tahu yang kerja aku apply tuh semuanya kerja bodoh-bodoh, kerja kuli. Apa nak buat, kerja bodoh-bodoh aje yang sesuai dengan aku, lagipun masa aku kat US dulu aku memang pandai buat kerja bodoh. Kat Malaysia nih kerja bagus-bagus, kerja pandai-pandai, aku tak qualified. Aku tak ada proof yang aku pandai dan qualified. Nak mintak balik Sijil, Diploma, Degree, it takes time, lama processnya kot. Lagipun aku dah tua, nobody wants to employ me, so aku redha ajelah dengan what lies ahead of me.

Untuk menyedapkan hati, aku tetap kata yang ular yang menyusur akar tuh tak akan hilang bisanya. Exactly macam aku lah kan? Cuma yang aku tak fahamnya, apa pasal aku asyik nak menyusur akar aje kan? Oh well, that's another story. 

Aku setuju untuk kerja Front Office Assistant di hotel tuh, kerja shift malam. Aku yang mintak kerja malam sebab siang biasanya sibuk dan kalau kerja belah malam, tentu aku ada masa untuk curi-curi memorex. Masalahnya, ada 2 staff yang kerja shift malam so rasanya tak dapat aku nak online, at least for the first few weeks kerja. 

Tak kisah, memang the first few weeks tuh biasanya time untuk collect points, memang style aku gitu kat mana-mana kerja pun. Mula-mula aku buat bagus-bagus dan biasanya orang akan tersuka kat aku instantly, dan bila ada silap sikit aje, poof I'm gone. Sensitifnya mengalahkan bapok tua aku nih. 

I was given a week untuk buat keputusan samada nak terima offer tuh atau tidak, tapi basically aku setuju dan akan mula kerja Nov 1st.

So aku ada a few days for myself, aku closedkan Forex account aku dan untung yang ada tuh aku bukak Gold Saving Account kat Kuwait Finance House (itu aje yang aku rasa betul-betul ikut Syariah, ada akad nya dan ada gold physical. Unlike other banks, nama aje beli gold tapi on paper aje) Kalaulah dari dulu, dari mula-mula aku tahu yang Gold investment nih memang profitable in the long run, masa harga dalam USD 1500, sure dah banyak untung aku sekarang nih.

Bukak account pun minimum yang boleh, 10 gm of gold. Adik aku yang kat Shah Alam tuh, dengar ceritanya dan berkilo physical gold yang dia ada, itupun guna duit yang dia dah tahu nak buat apa. 

Duit kat bank pun dah nak habis, cuma untuk bayar sewa apartment 2 bulan, dan untuk makan. Aku jadi bersemangat (terpaksa?) untuk memulakan hidup baru (baru nak mula? Or rather berapa kali mau mula daaaa?)

O shut up! Fuck you, bitch!

Mulai sekarang aku kena berjimat cermat, susah-susah nanti aku nak memasak sendiri aje lah, daripada hari-hari makan kat luar. Makanan yang aku beli pun bukannya sedap sangat pun. Selama ini, (masa ada duit) aku selamba aje makan kat luar. Kalau pagi-pagi tuh, masa pergi breakfast, aku akan beli 2 papers, The Star sama Harian Metro. Sesambil minum yang tak sampai 10 minit tuh, sesambil belek papers, takat baca cerita rogol aje hehehehe. And then on the way balik apartment, aku tinggalkan Harian Metro kat Gerai Lipas (ituhari 2 hari berturut-turut aku terjumpa anak lipas dalam tong nasi dan bila aku beritahu tokay tuh selamba aje dia kata, "nasib baik awak ni jenis yang faham"), dan The Star kat gerai Letchumi. Sebab aku malas nak bawak papers tuh balik, bukannya aku sambung baca, lagipun kat bilik aku dah bertingkat-tingkat old newspapers, nak membuangnya punyalah malas sebab aku duduk kat tingkat 6, dan aku tak pernah guna lif pun selama aku duduk situ.

Aku pun berazam untuk exercise semula lah, nak jogging pepagi either ke Lake Garden atau kat tasik sebelah Amcorp Mall tuh, macam dulu-dulu.Perut aku dah buncit nih, badan pun dah penuh lemak.

Duit kat Liberty Reserve ada USD 105 lagi, balance masa aku tutup Forex account dulu tuh. Liberty Reserve nih online currency macam PayPal dan AlertPay tuh. Aku bukak new Forex Micro Account kat FBS, my favorite Forex Broker, dan aku deposit USD 5 sebagai permulaan. Dua tiga hari lagi, 1 Nov nanti, aku akan deposit kan another USD 100 untuk mula buat trading semula. Ok lah tuh, mula kerja baru dan mula buat trading afresh, nak tengok kalau-kalau Forex dapat menampung gaji yang tak seberapa tuh. I'm not giving much hope (dengan account sekecil itu) sebenarnya tapi setakat dapat a few dollars a day that's good enough. Dengan jumlah yang seciput tuh aku nak trade 1 pip = USD 0.10 aje, I will last longer sikit kot, InsyaAllah.

Since aku akan kerja malam, aku kena biasakan tidur siang. Tapi, tidur nih bukannya boleh dipaksa-paksa, so aku online aje lah. Dan masa merempit tuh aku terbaca satu iklan kerja yang menarik perhatian aku. Gajinya dua ribu lebih. Tak kan lah kerja labor job pun gajinya macam tuh, mesti ada salah info nih, kata aku dalam hati. Curious, aku message ke nombor yang ditulis dan tak lama lepas tuh ada orang talipun aku. 

Beria sangat Seng (not his real name tapi bunyinya dekat-dekat sama) kata nak jumpa aku, nak discuss pasal kerja. Aku buat nak tak nak aje pasal aku nak tidur, besok malam aku nak start kerja, dan hari pun hujan lebat. 

"Tunggu saya dekat itu Central Market Jalan Klang Lama, dekat Pearl International, pukul 6 itu macam", kata Seng, kali kedua dia talipun aku.

"Pergi aje lah, what do I have to lose kecuali duit teksi", kata aku dalam hati.

"Why don't you employ Indonesians, or Bangladeshis?", aku tanya Seng masa mula-mula jumpa dia. Dia beritahulah yang dua pekerja dia (suami isteri) baru balik Indo minggu lepas. Lepas dia explain kerja-kerja yang kena buat, baru dia tanya aku,"You local, berapa gaji you mintak?". Aik? Kan ker kat iklan tu ada ditulis gaji berapa? 

"Ooo, itu salah, itu gaji untuk 2 orang, suami isteri", kata Seng. Shit, I knew it, what a waste of my time. 

Tapi aku tak sampai hati nak tunjukkan muka disappointed dengan gaji yang a few hundreds lebih rendah dari gaji kat hotel tuh, so aku terus sembang-sembang lagi sambil fikir baik dan buruknya kalau aku decide nak terima offer Seng tuh.

"You cuba dulu lah dua tiga hari", kata Seng, sambil kasi a few candy-coated promises like after a few months gaji akan naik and all that shit. Walaupun aku rasa macam tertipu dengan iklan tuh tapi ada a few things yang menariknya if I were to accept the offer. 

1. Walaupun kerjanya jauh dalam hutan, di pendalaman, tapi not far from KL. I'm sure internet connection ok, broadband aku boleh dapat line/signal.

2. Buat masa ini, sementara dia cari sorang lagi, aku akan kerja sorang-sorang. That means tak ada sesiapa yang akan boss me around, Seng pun cuma akan datang sekali sekala aje nak tunjuk ajar aku apa yang kena buat. Maknanya aku bolehlah online (provided internet connection ok), maknanya aku boleh memorex, tak kira masa Asian atau London session kan? Masa New York session sure aku tak ada masalah nak memorex.

3. Walaupun kerjanya mengguna kederat tapi ada masanya rileks sesangat. Kerja berat pun tak apa, memang niat aku nak buat exercise,kan?

4. Since tempatnya jauh dalam hutan, kedai pun jauh, maknanya aku kena masak sendiri. Memang niat aku nak memasak sendiri kan? Maknanya aku tak akan berbelanja untuk benda-benda yang tak berfaedah, aku boleh save duit. Aku nih jenis yang kalau susah aku boleh hidup, fikiran aku boleh berjalan, tapi kalau senang tuh, memanglah boleh hidup tapi fikiran tak jalan, aku akan leka. I thrive on hardship gitu lebih kurang. 

5. Dulu pun aku hampir terterima offer kerja kat Redang dan Tioman (aku tak terima sebab takut tak ada internet access. It's true!) so might as well terima offer Seng nih kan? Apa lah sangat a few hundreds ringgit beza gaji, dapat banyak pun habis banyak kan? Sama aje dengan dapat sikit tapi tak ada peluang (terpaksa berjimat, kalau tidak tak cukup) untuk dibelanjakan. Aku nih jenis yang tak kisah kalau makan terpaksa berpinggankan daun pisang. 

6. Again, what do I have to lose kalau aku terima offer tuh, aku bukannya nak kerja lama mana pun kan? Laaa.... Ada jer lah benda-benda kecik yang membuatkan aku blah nanti tuh, usb modem rosak ker, internet connection slow ker, reasons like that. 

"So bila you boleh mula?", Seng tanya aku bila aku kata aku sanggup terima offer kerja dia tuh. 

"I'm very simple and easy, esok pun saya boleh", aku kata gitu. 

"Eh, let me ask you this, you boleh percaya ka sama saya? I'm local you know, I am not Indonesian", aku tanya Seng. Aku pun macam tak yakin aku boleh buat labor job macam tuh. 

"Apa pasal tarak percaya?", kata Seng. Saja jer lah nak uji dia, nak kasi dia was-was sikit. 

So Seng akan pick me up esok pagi nya, lepas aku beritahu dia yang aku akan tunggu kat persimpangan Jalan Riong/Jalan Bangsar. Balik tuh aku singgah kedai kejap, beli beras sekilo, mee segera, sardin, minyak masak. Untuk bekalan seminggu kot. Aku tak beritahu pun housemate aku kerja apa (sebab aku malu) cuma aku kata yang aku tak jadi kerja hotel tuh.

Malam tuh aku tak online sangat pun sebab aku macam berdebar-debar dengan keputusan yang aku buat tuh, am I dragging myself into deeper shit, tanya aku dalam hati. It's too late to pull the plug sebab aku dah janji dengan Seng. 

So, Welcome To Survivor:Redemption Island. Or am I going for a paid-vacation in hell? 

Saturday

Beggars Can't Be Choosers

After months of locking myself up kat bilik, memerap aje, aku decided untuk mula cari kerja. Duit pun dah nak habis dan hasil memorex taklah memberangsangkan sangat pasal as I said, modal nya ciput aje dan aku pun masih belajar untuk kawal emosi and all. Kawalan emosi tu yang paling penting bila buat trading, bila emosi takes control, that's it lah. 

Dan aku pun asyik memikirkan yang macamana lah cara nya untuk tak kasi family aku risau pasal aku yang tak kerja nih. Ironic kan, atau memang aku masih leka, family aku lebih risau pasal aku, daripada aku yang empunya diri. They want me to have a career, to be like everybody else "yang menjadi", paling kurang pun to be like my old self suatu masa dulu.

It pained me satu hari tuh masa raya, one of my uncles, sampai aje rumah my parents, terus dia tanya aku sambil tengok deretan kereta adik beradik aku, "Yang mana satu kereta awak?".

"Kompeni tempat XXX kerja tu ramai nak pakai orang, kata XXX. Cuba-cuba mintak kerja situ,tak nak?", mak aku tanya aku masa balik Raya.

"Abih awak tak kerja ker?", bunyi macam pelik sangat YYY tanya aku.

Ish, ini tak boleh jadi nih, kata aku dalam hati.

Sebenarnya, bukan aku tak nak cari kerja. Since aku online memanjang, selalu jugak aku cuba-cuba cari kerja yang walaupun tak berpadanan dengan qualification atau experience aku, apa-apa kerja pun jadilah. Masalahnya aku tak ada salinan Sijil-sijil, Diploma dan Degree aku.Dan my CV? Ada gap yang a few years masa aku kat US tuh, aku nak tulis apa?

Aku tak surprise pun, dan memang aku jangka, yang semua applications aku tak ada response pun. Itu yang buat aku decide yang aku nak kerja apa-apa aje lah asalkan ada income, selebihnya income dari Forex. Cuma masalahnya pulak, kerja-kerja bodoh gitu, berapa sangatlah gajinya kan? Takat untuk bayar rumah, makan dan itu ini aje. But beggars can't be choosers, so aku nekad yang aku akan kerja apa-apa aje, yang mula-mula aku dapat. 

Aku cuma ada 2 pilihan, kerja di bahagian perhotelan atau food industry, atau dalam bahasa pasarnya, kerja restoran. Ha, kalau macam tuh, aku boleh adjust-adjust CV aku, biar nampak kelas sikit. Tapi, masalah jugak akhirnya pasal aku "over qualified", kerja kat US pulak tuh. Bertahun-tahun lamanya. 

Then I got a job offer kat company di Setiawangsa, company yang manage satu resort di Cherating. Janjinya aku kerja di head office tu aje tapi after 2 weeks, aku disuruh kerja di Cherating. Tak kisah, memang dulu aku suka melepak kat Cherating, masa aku kerja dulu tuh, many many years ago. Mulanya aku setuju tapi lepas fikir-fikir, I got cold feet. 

Sebab kerjanya di bahagian Housekeeping. Aku tak boleh imagine yang suatu hari nanti aku akan terserempak dengan sesiapa yang aku kenal, kawan ker, sedara mara ker, sapa-sapa aje lah. Bayangkanlah masa tuh aku tengah memegang mop, mencuci bilik. Kalau member-member seinternet, mungkin diaorang boleh faham situasi aku, tapi kalau orang lain? Ish, tak sanggup aku, I have my pride, man! Hmm, mana nya "beggars can't be chossers" tadi kan? 

Since offer tuh either-or punya term, so aku terpaksa lepaskan, with quite a heavy heart pasal gaji dia boleh tahan lah.

And so I was in deep search of an employment again. Forex masih tetap jalan. Kalaulah aku ada modal besar, say a few thousand dollars, aku dah boleh jadi Full Time Trader, tapi until then aku memendam rasa aje lah. 

"We are offering you a post as a Restaurant Supervisor/Manager", kata this one Director of a Holding Company, masa dia interview aku.

"Just put me in the kitchen, I'll be fine", aku kata gitu. 

"No, you are too good to be working in the kitchen", kata Mejar Arshad, Director tuh. 

So aku pun pergilah training for 2 weeks kat restoran di Bangi. Foreign-owned fast food restaurant. Janjinya, lepas dua minggu, aku akan handle new branch kat Scott Garden, Jalan Klang Lama. 

Aku ikutkan aje diaorang suruh aku kerja 16 hours (2 shifts), aku tak komplen pun. Diaorang puas hati dengan kerja aku sampaikan CEO Company tu begged me to stay put kat Bangi aje pasal itu branch diaorang yang paling besar dan paling maju.

Aku ok kan aje nya walaupun at times meletihkan badan dan minda, mana nak melayan orang Bangi dan persekitaran yang terkenal dengan kenotoriousannya tuh, mana nak melayan kelaku staff yang rata-rata masih bebudak lagi semuanya.

Tapi lama-lama aku rasa letih, dan yang buat aku ralatnya, aku tak ada masa nak memorex. Dan akhirnya kerja aku lebih kepada kerja-kerja cashier (sebab ramai yang berhenti kerja, jenis yang kerja seseminggu dua then berhenti).

"Encik ni mesti tuan punya restoran ni", kata one customer. Sebab aku dah lah pakai uniform lain, cakap omputih memanjang, selalu kasi makanan/portions lebih.

"Tak lah, saya cashier", aku selalu jawab gitu. Aku tak kata, "Saya cashier JER", sebab aku tak nak cashier lain terasa hati. 

Sampaikan tokay restoran tu kata kat aku, tak salah kalau aku mengaku yang aku ada share kat restoran tuh. Tak nak lah aku, share penat jerih memanglah banyak. 

All in all aku did my best, aku cuba buat biar suasana kerja tak menensionkan sangat. Until adik tokay yang semakin naik tocang tuh masuk campur dalam urusan management yang aku handle. A few times I stood up untuk staf-staf Melayu yang ditreat differently dengan cara diaorang treat staff dari negara diaorang. 

To cut a story short, aku bertekak dengan diadan dia cabar aku berhenti kerja. 

"If you don't like it here, if you don't like my style then go. And I mean it", kata dia sambil gelak-gelak. Aku pantang dicabar, so selamba aje aku blah dari restoran tuh walaupun ramai yang tahan aku. 

And so aku balik semula ke Bangsar selepas 3 bulan kat Bangi.