After months of locking myself up kat bilik, memerap aje, aku decided untuk mula cari kerja. Duit pun dah nak habis dan hasil memorex taklah memberangsangkan sangat pasal as I said, modal nya ciput aje dan aku pun masih belajar untuk kawal emosi and all. Kawalan emosi tu yang paling penting bila buat trading, bila emosi takes control, that's it lah.
Dan aku pun asyik memikirkan yang macamana lah cara nya untuk tak kasi family aku risau pasal aku yang tak kerja nih. Ironic kan, atau memang aku masih leka, family aku lebih risau pasal aku, daripada aku yang empunya diri. They want me to have a career, to be like everybody else "yang menjadi", paling kurang pun to be like my old self suatu masa dulu.
It pained me satu hari tuh masa raya, one of my uncles, sampai aje rumah my parents, terus dia tanya aku sambil tengok deretan kereta adik beradik aku, "Yang mana satu kereta awak?".
"Kompeni tempat XXX kerja tu ramai nak pakai orang, kata XXX. Cuba-cuba mintak kerja situ,tak nak?", mak aku tanya aku masa balik Raya.
"Abih awak tak kerja ker?", bunyi macam pelik sangat YYY tanya aku.
Ish, ini tak boleh jadi nih, kata aku dalam hati.
Sebenarnya, bukan aku tak nak cari kerja. Since aku online memanjang, selalu jugak aku cuba-cuba cari kerja yang walaupun tak berpadanan dengan qualification atau experience aku, apa-apa kerja pun jadilah. Masalahnya aku tak ada salinan Sijil-sijil, Diploma dan Degree aku.Dan my CV? Ada gap yang a few years masa aku kat US tuh, aku nak tulis apa?
Aku tak surprise pun, dan memang aku jangka, yang semua applications aku tak ada response pun. Itu yang buat aku decide yang aku nak kerja apa-apa aje lah asalkan ada income, selebihnya income dari Forex. Cuma masalahnya pulak, kerja-kerja bodoh gitu, berapa sangatlah gajinya kan? Takat untuk bayar rumah, makan dan itu ini aje. But beggars can't be choosers, so aku nekad yang aku akan kerja apa-apa aje, yang mula-mula aku dapat.
Aku cuma ada 2 pilihan, kerja di bahagian perhotelan atau food industry, atau dalam bahasa pasarnya, kerja restoran. Ha, kalau macam tuh, aku boleh adjust-adjust CV aku, biar nampak kelas sikit. Tapi, masalah jugak akhirnya pasal aku "over qualified", kerja kat US pulak tuh. Bertahun-tahun lamanya.
Then I got a job offer kat company di Setiawangsa, company yang manage satu resort di Cherating. Janjinya aku kerja di head office tu aje tapi after 2 weeks, aku disuruh kerja di Cherating. Tak kisah, memang dulu aku suka melepak kat Cherating, masa aku kerja dulu tuh, many many years ago. Mulanya aku setuju tapi lepas fikir-fikir, I got cold feet.
Sebab kerjanya di bahagian Housekeeping. Aku tak boleh imagine yang suatu hari nanti aku akan terserempak dengan sesiapa yang aku kenal, kawan ker, sedara mara ker, sapa-sapa aje lah. Bayangkanlah masa tuh aku tengah memegang mop, mencuci bilik. Kalau member-member seinternet, mungkin diaorang boleh faham situasi aku, tapi kalau orang lain? Ish, tak sanggup aku, I have my pride, man! Hmm, mana nya "beggars can't be chossers" tadi kan?
Since offer tuh either-or punya term, so aku terpaksa lepaskan, with quite a heavy heart pasal gaji dia boleh tahan lah.
And so I was in deep search of an employment again. Forex masih tetap jalan. Kalaulah aku ada modal besar, say a few thousand dollars, aku dah boleh jadi Full Time Trader, tapi until then aku memendam rasa aje lah.
"We are offering you a post as a Restaurant Supervisor/Manager", kata this one Director of a Holding Company, masa dia interview aku.
"Just put me in the kitchen, I'll be fine", aku kata gitu.
"No, you are too good to be working in the kitchen", kata Mejar Arshad, Director tuh.
So aku pun pergilah training for 2 weeks kat restoran di Bangi. Foreign-owned fast food restaurant. Janjinya, lepas dua minggu, aku akan handle new branch kat Scott Garden, Jalan Klang Lama.
Aku ikutkan aje diaorang suruh aku kerja 16 hours (2 shifts), aku tak komplen pun. Diaorang puas hati dengan kerja aku sampaikan CEO Company tu begged me to stay put kat Bangi aje pasal itu branch diaorang yang paling besar dan paling maju.
Aku ok kan aje nya walaupun at times meletihkan badan dan minda, mana nak melayan orang Bangi dan persekitaran yang terkenal dengan kenotoriousannya tuh, mana nak melayan kelaku staff yang rata-rata masih bebudak lagi semuanya.
Tapi lama-lama aku rasa letih, dan yang buat aku ralatnya, aku tak ada masa nak memorex. Dan akhirnya kerja aku lebih kepada kerja-kerja cashier (sebab ramai yang berhenti kerja, jenis yang kerja seseminggu dua then berhenti).
"Encik ni mesti tuan punya restoran ni", kata one customer. Sebab aku dah lah pakai uniform lain, cakap omputih memanjang, selalu kasi makanan/portions lebih.
"Tak lah, saya cashier", aku selalu jawab gitu. Aku tak kata, "Saya cashier JER", sebab aku tak nak cashier lain terasa hati.
Sampaikan tokay restoran tu kata kat aku, tak salah kalau aku mengaku yang aku ada share kat restoran tuh. Tak nak lah aku, share penat jerih memanglah banyak.
All in all aku did my best, aku cuba buat biar suasana kerja tak menensionkan sangat. Until adik tokay yang semakin naik tocang tuh masuk campur dalam urusan management yang aku handle. A few times I stood up untuk staf-staf Melayu yang ditreat differently dengan cara diaorang treat staff dari negara diaorang.
To cut a story short, aku bertekak dengan diadan dia cabar aku berhenti kerja.
"If you don't like it here, if you don't like my style then go. And I mean it", kata dia sambil gelak-gelak. Aku pantang dicabar, so selamba aje aku blah dari restoran tuh walaupun ramai yang tahan aku.
And so aku balik semula ke Bangsar selepas 3 bulan kat Bangi.