Saturday

Day 3 -Khamis 3/11/2011

Mula-mula best jugak kerja sebab hujan renyai-renyai, tak panas. Mau legam kulit aku kalau hari-hari kerja tengah panas sebab aku tak pakai baju, malaslah pakai baju kalau masuk kolam. Baru semalam aku kerja tengah panas, kulit badan aku dah menggelupas.

Lepas kasi makan ikan, lepas melepak sekejap kat stor sesambil online (check Forex), aku mula buat kerja merepair ban kat kolam 1, kolam paling besar. Dapatlah dua baris tayar yang aku kerjakan, masukkan pasir dalam guni.

Seng sure tak datang, aku tahu tuh. Tapi aku nak dia datang pasal aku nak tanya pasal Raya Haji, orang lain Indians sama Indons tuh diaorang cuti, ada yang sampai 3 hari. Nampak gayanya tak dapat cuti pasal siapa yang nak jaga kolam,siapa yang nak kasi ikan makan, siapa yang nak pasang kipas?

Tengah sedap-sedap kerja, tak perasan Thamby, tokay dusun tuh datang.

"Banyak rajin", dia kata kat aku.

"Bikin pelan-pelan lah tokay, susah kerja satu orang ini macam", aku kata gitu.

"Berapa gaji dia (Seng) mau kasi?", Thamby tanya aku, kali kedua dia lalu kat tempat aku kerja, bila aku kata yang Seng dah cuba cari orang tapi tak dapat. Semalam Seng ada tunjuk kat aku cellphone dia yang penuh dengan messages orang tanya pasal kerja. "Iyalah, you taruk gaji salah itu macam, sure ramai orang mau kerja, tapi bila diaorang tahu itu gaji untuk dua orang, diaorang tak mau", aku kata gitu.

"Berapa gaji dia kasi you?", Thamby tanya aku.

Aku tipu dia, aku kata, "Seribu itu macam".

"Haaa, tengok!", kata dia dia macam merengus gitu. Then terus dia blah. Pundeks! I'm sure dia ingatkan aku nih Indon.

Tengahari tuh aku rasa kepala aku macam nak pening aje, mungkin sebab asyik kena hujan aje. So aku melepak kat store tempat simpan makanan ikan tuh. Dapat lah online. Tapi tak lama, dalam 5 minit gitu, tapi every hour. Setakat nak check Forex, nak masuk atau closekan positions. Aku scalp, masuk position, then sejam kemudian aku closekan position aku, dapat Usd 5 pun aku rembat, tak nak tunggu banyak-banyak sebab Usd 0.10 per pip jer. Tersengih aku sebab aku tak sangka dalam keadaan gitu pun sebenarnya aku buat duit jugak.

Perut aku sakit harinih, mungkin sebab makan maggi mee aje kerjanya, aku tak biasa makan mee segera nih, tapi dah terpaksa. Since aku tahu yang aku tak akan berak banyak (sebab makan pun tak banyak), takat berak macam berakkan taik ayam aje, so bila ada panggilan memanggil, aku masuk aje ke kolam 2, sambil pura-pura buat kerja, sesambil melepaskan hajat di bontot.

Semakin petang, hujan semakin lebat, tak henti-henti. Dalam hati aku sentiasa berdoa, lebatlah hujan, lebatlah hujan. Masalahnya pulak, hujan lebat tapi petir berdentum-dentam, aku tak boleh nak on kan laptop sedangkan masa tuh London session yang selalunya rancak tuh, baru nak mula. Masa Asian session, selalunya slow, tak ada pergerakan sangat. Forex nih laju pergerakan dia masa London dan New York sessions.

Nasib baiklah pondok stor tuh beratapkan asbestos, cuak jugak aku kalau atap zink sebab aku pernah baca pasal orang mati kena sambar petir masa melepak kat bawah pokok, atau kat pondok beratap zink. I have to be dusun smart, kena tahu benda-benda gitu tuh.

Kat sebelah dusun Thamby nih ada dusun this one Chinese yang masuk Islam, yang jaga dusun dan kolam tuh, abang ipar dia, Melayu. Sembang-sembang kejap dengan mamat nih, dia kata dia kerja tak ada gaji tapi makan, minum, rokok, semuanya ditanggung. Lengkap semuanya kat rumah dia duduk tuh, ada Astro bagai. Kesian kat dia yang tak ada duit, aku kata aku nak beli rokok Luffman yang harga RM 2-50 tuh dari dia. Iyalah kan, dia dapat bekalan rokok secarton seminggu. Dah lama aku tak merokok tapi best pulak sembang sambil merokok. Lagipun aku bosan apa pun tak ada, tak ada kawan, might as well merokok sesikit, kan?

Aku kata nak pinjam motor dia esok sebab nak pergi Sembahyang Jumaat. Dia kata dia tak pernah Sembahyang.

Berpeluh-peluh aku dibuat nya sepanjang petang dan malam nih pasal Forex terminal MT4 aku tak boleh dibukak. Kena install yang baru, dan internet connection aku pulak slow gila. Nasib baik ada file lama dalam download folder.

By the time aku dapat access balik MT4 aku, a few of my EurUsd short positions tuh dah untung, so terus aku closekan aje. Another USD 15 bertambah dalam account aku. Nampak macam senang aje Forex nih kan? Ker aku memang terrer?