Ok jugak Seng nih, dia janji nak call aku pukul 9 setengah, ngam-ngam 9-30 am dia talipun. Aku dah siap bersedia masa tuh, tak ada apa preparation sangat pun, takat bawak pakaian sesikit, selimut, dan barang-barang makanan yang aku beli semalam. Aku pun sempat cari info kat internet - info yang berkaitan kerja aku.
Dekat sejam jugak menunggu Seng tuh, dia tak tahu bangunan NST, dia tunggu aku kat UOA Bangsar, aku dah hangat hati dah masa tuh sebab dia tak dengar kata (hehehhe).
Sembang macam dah kenal lama jer aku sama Seng nih. Tokay besar dia nih tapi jenis simple punya orang. Dia ada kilang minuman soya, ada banyak lori. Dan berbelas kolam ikan talapia kat dua tempat, salah satu nya itu yang aku kena jaga tuh. So itulah, kerja aku sebagai Penjaga Kolam Ikan. I don't give a fuck kerja apa pun, asalkan halal, bersesuaian dengan jiwa aku yang suka menyendiri, dan yang pentingnya aku ada kelapangan untuk memorex masa kerja. Taruk lah aku kat mana pun, asalkan ada internet, aku ok aje.
Kat tempat aku kena jaga tuh cuma ada 3 kolam, kat tempat satu lagi ada 8 kolam, ada 3 orang pekerja kat situ. Aku rasa Seng impressed jugak dengan aku bila aku tahu banyak jugak (theoritically) pasal hal ehwal menternak ikan. Semua info tuh aku dapat kat internet, aku setakat ulangkan aje apa yang aku baca online.
"Waa, you banyak tau macamana mau bela ikan ha?", Seng tanya aku. Dia impressed lah tu kan? Aku beritahu dia jugak yang dulu-dulu ayah aku ada bela udang sama ikan, kat kolam kecik aje, dan kitaorang selalu gak ke UPM beli anak ikan. Itu aje sebenarnya yang aku tahu pasal menternak ikan. Yang lainnya mana aku tahu.
Tak jauh mana tempatnya tapi dua kali Seng berhenti makan, dia sorang aje makan aku takat minum aje. Sampai ke kawasan nak masuk area kolam, Seng tunjukkan aku masjid sebab aku beritahu dia yang apa-apa pun aku nak pergi Sembahyang Jumaat setiap Friday. Jauh lagi ke dalam rupanya, dan aku tengok ada perumahan Melayu yang aku yakin sure ada masjid jugak so aku suruh Seng pusing-pusing sekeliling. Betul pun, ada masjid yang lebih dekat. Jauh jugak masuk ke kawasan hutan yang berbukit bukau tuh, di kiri kanannya penuh dengan kolam ikan dan dusun buah-buahan.
Terfikir aku, aku boleh survive duduk kat New York, boleh ker aku survive duduk dalam hutan?
Sebenarnya Seng sewa tanah dari one Indian nih, Thamby. Dia bukak kolam ikan, so kolam-kolam tuh within dusun Thamby tu lah. Luas gila dusun Thamby nih, dia ada 10 pekerja yang duduk kat 2 buah rumah pekerja kat situ. 2 Indonesians dan 8 Kelings dari India. Jauh kat dalam dusun tuh tempat duduk aku, nun tersorok kat atas bukit sana tuh. Menghadap kolam-kolam, bersebelahan dengan bangunan reban ayam belanda, merak dan angsa.
Ada 3 Indonesians tengah melepak makan masa kitaorang masuk rumah kongsi tuh. Seng halau diaorang. Rupanya diaorang tuh kerja kontrak buat reban ayam tuh, cuma menumpang kat rumah kongsi kepunyaan Seng. Patutnya diaorang duduk sama pekerja Thamby lah kan? Seng kata aku jangan bimbang pasal dalam seseminggu aje lagi diaorang tuh kat sini, lepas tuh diaorang akan blah. Dan aku akan tinggal sorang-sorang.
Ada 5 harta Seng kat situ untuk kegunaan aku, kipas, rice cooker, electric kettle, stove dan tong gas. Aku tengok-tengok bahagan tempat memasak, teruk kotor tempatnya, jauh menyimpang dari apa yang aku imaginekan selama ini. Mula rasa cuak, boleh ker aku duduk macam diaorang Indonesians tuh? Aku nih kan ker classy punya orang? Hehhehe. Tak apa, walaupun kerja jaga kolam ikan dan duduk kat rumah kongsi, tapi deep down aku masih rasa aku nih classy orangnya.
Lepas tunjukkan aku serba sedikit pasal switch board, pasal generator (in case aku terpaksa guna generator) dan benda-benda lain, Seng ajak aku keliling kolam. Sesambil tuh dia explain apa yang aku kena buat, bila dan macamana nak kasi ikan makan, macamana nak pasang kipas untuk kolam, bila kena buangkan air, things like that. Ada 7 kipas kat kolam 1, kolam yang paling besar. Cuma 4 aje yang dipasang, untuk kasi oxygen. Aku tengok, ada dalam belasan ekor ikan yang mati. Aku tanya Seng apasal ikan tuh boleh mati, dia kata sebab dah 4 hari tak ada orang yang jaga kolam tuh.
Seng berithu jugak yang ban, tayar-tayar yang disusun sebagai dinding kolam penahan tanah, itu kena direpair. Mana yang runtuh, yang kosong, kena ditaruk tanah dan pasir. O shit, itu kerja berat tuh, mana boleh buat sorang-sorang.
"You ada pelas?", Seng tanya aku.
What the fuck is pelas, lama jugak baru aku dapat tangkap apa maksud dia. I was like, apa ke jadahnya nak handiplast? So dia ajak aku ke kedai untuk beli barang sebab nak keluar memang jauh, so aku kena stock up barang yang perlu. Aku cuma ada RM 200 aje, yang aku rasa cukuplah untuk sebulan. Tapi, nak beli cawan, pinggan, things like that, dah terbang dalam 50 Ringgit.
Lepas hantar aku balik ke kongsi, Seng terus blah, dia suruh aku bersih-bersihkan tempat aku duduk tuh, esok aje lah baru mula kerja kat kolam. The first thing yang aku buat lepas Seng blah, aku on kan laptop. Berderau darah aku bila dua tiga kali aku cuba connect ke internet, tak ada signal apa-apa. Nasib baik dapat akhirnya, tapi slow gila, dan terputus-putus. I should have known better yang aku kat dalam hutan, di tepi bukit pulak tuh.
Nasib baik (after a few tries) Forex terminal MT4 dapat dibukak, dan walaupun berkali aku cuba bukak FBS.com website sebab nak deposit USD 100-00, sampai ke malam masih tak dapat. So with USD 5 dalam account aku tuh, aku bukak one SELL position, smallest possible lot, 1 pip = USD 0.10.
Petang tuh ada jugak aku bersembang dengan 3 Indon kontrak tuh, diaorang nih dah berpuluh tahun kat Malaysia, dan bila diaorang tahu yang aku nih Malaysian, terus diaorang kata, "Abang orang sini, kenapa kerja ginian? Banyak kerjaan lain". I don't need them to tell me that. Entah, mungkin cuma perasaan aku aje tapi aku rasa lepas tuh diaorang macam pandang rendah aje kat aku, as if aku nih bodoh.
So aku melepak kat bilik aku aje lah, I was glued to the laptop screen pasal position yang aku masuk tadi tuh dah untung. Mungkin nasib aku kot tapi by malam dah jadi USD 11 dah modal aku yang USD 5 tuh. And so I entered another short position - EurUsd.