Aku tak tidur dah lepas Subuh sebab nak pergi Sembahyang Raya. Suspen jugak, mana tahu kat surau/masjid tuh tak buat Sembahyang Raya jugak kan? Aku singgah kat rumah Joko, dia sama bini dia, dan one of the Indians (the only Muslim) pun nak pergi jugak so pukul 7 tuh kitaorang dah mula bergerak. First time yang pertama diaorang Raya kat Malaysia. Aku cerita yang aku dulu bertahun-tahun Raya kat luar negara so aku boleh faham perasaan diaorang.
Syukur, ada dibuat Sembahyang Raya kat masjid kecik tuh, ada buat kurban jugak tapi lepas aje sembahyang kitaorang terus balik.
Aku tak rasa nak kerja pun harinih, setakat nak kasi makan ikan aje dua kali sehari. Ituhari Seng ada suruh aku start kan generator once a week, sekadar nak panaskan enjin. So aku cuba-cuba start kan enjin tuh, sambungkan batteri, taruk minyak. Aku rasa macam hero aje bila dua kali aje aku cuba, enjin tuh berjaya distartkan. Aku manalah reti bab-bab enjin nih, benda-benda gitu. Setakat on kan laptop, itu aku memang terrer.
Sunyi sepi kat dusun tuh harinih pasal semuanya cuti, even Keling lain. Aku sorang jer yang secara officialnya kerja, walaupun aku tak buat apa pun. Setakat melepak kat bilik, online, sesambil baca news dan cari Forex-related infomations.
Petang dalam pukul 5, Joko datang bilik aku, tak pernah dia datang sembang macam tuh so aku layan ajelah dia. Then lepas Isyak dia datang lagi. Rupanya dia gaduh dengan bini dia, dan bini dia kunci pintu, tak kasi dia masuk. So dia nak tumpang tidur kat tempat aku.
Dia cerita kat aku yang bini dia selalu buat hal gitu, dua tiga hari lepas, bini dia merajuk lepas tuh terus lompat pagar dan menyorok dalam hutan.
"Soalnya bini saya tu masih kecil umurnya", kata Joko.
So aku kasilah nasihat kat dia, (macam bagus aje kan, what do I know about married life?). Tapi, I have lived long enough to know that one has to be prepared for anything. Dengar cerita Joko, aku terus nasihatkan dia supaya teruskan kerja kat sini (diaorang baru 2 bulan kat Malaysia, tak pernah ke mana-mana pun lagi, terus aje kerja di sini once diaorang dihantar ajen untuk kerja di dusun nih) sebab kalau bini dia tu nanti diexposekan ke dunia luar, atau kalau dia kerja kat tempat ramai orang Indon, gayanya ada harapan bini dia tuh akan berubah haluan. Sebab aku selalu terperasan yang masa Joko tak ada, bini dia tuh kalau sembang dengan 3 Indons kontrak tuh, bukan main lagi gediknya.
Tak habis-habis aku nih memerhati orang, kan?