Sunday

Brother! Please...My Cup Is Empty :-(

"You tahu cakap Inggeris?", tanya this one hotel owner masa aku talipun dia pasal kerja kosong yang dia iklankan. Tersengih jer aku mendengarnya, teringat kat Attorney Kimberly Schester masa first time jumpa dia masa masuk Court kat Buffalo dulu tuh, she asked me the same bloody question, "Do you speak English?". Dan aku jawab, "I went to a school in the UK". Tak boleh salahkan dia pasal kebanyakan immigrants yang dari South America tuh, semua nya jenis, "me no speek the Inglish". 

"You tahu guna komputer?", tanya tokay tu lagi. See, dari soalan-soalan tuh orang boleh tahu yang kerja aku apply tuh semuanya kerja bodoh-bodoh, kerja kuli. Apa nak buat, kerja bodoh-bodoh aje yang sesuai dengan aku, lagipun masa aku kat US dulu aku memang pandai buat kerja bodoh. Kat Malaysia nih kerja bagus-bagus, kerja pandai-pandai, aku tak qualified. Aku tak ada proof yang aku pandai dan qualified. Nak mintak balik Sijil, Diploma, Degree, it takes time, lama processnya kot. Lagipun aku dah tua, nobody wants to employ me, so aku redha ajelah dengan what lies ahead of me.

Untuk menyedapkan hati, aku tetap kata yang ular yang menyusur akar tuh tak akan hilang bisanya. Exactly macam aku lah kan? Cuma yang aku tak fahamnya, apa pasal aku asyik nak menyusur akar aje kan? Oh well, that's another story. 

Aku setuju untuk kerja Front Office Assistant di hotel tuh, kerja shift malam. Aku yang mintak kerja malam sebab siang biasanya sibuk dan kalau kerja belah malam, tentu aku ada masa untuk curi-curi memorex. Masalahnya, ada 2 staff yang kerja shift malam so rasanya tak dapat aku nak online, at least for the first few weeks kerja. 

Tak kisah, memang the first few weeks tuh biasanya time untuk collect points, memang style aku gitu kat mana-mana kerja pun. Mula-mula aku buat bagus-bagus dan biasanya orang akan tersuka kat aku instantly, dan bila ada silap sikit aje, poof I'm gone. Sensitifnya mengalahkan bapok tua aku nih. 

I was given a week untuk buat keputusan samada nak terima offer tuh atau tidak, tapi basically aku setuju dan akan mula kerja Nov 1st.

So aku ada a few days for myself, aku closedkan Forex account aku dan untung yang ada tuh aku bukak Gold Saving Account kat Kuwait Finance House (itu aje yang aku rasa betul-betul ikut Syariah, ada akad nya dan ada gold physical. Unlike other banks, nama aje beli gold tapi on paper aje) Kalaulah dari dulu, dari mula-mula aku tahu yang Gold investment nih memang profitable in the long run, masa harga dalam USD 1500, sure dah banyak untung aku sekarang nih.

Bukak account pun minimum yang boleh, 10 gm of gold. Adik aku yang kat Shah Alam tuh, dengar ceritanya dan berkilo physical gold yang dia ada, itupun guna duit yang dia dah tahu nak buat apa. 

Duit kat bank pun dah nak habis, cuma untuk bayar sewa apartment 2 bulan, dan untuk makan. Aku jadi bersemangat (terpaksa?) untuk memulakan hidup baru (baru nak mula? Or rather berapa kali mau mula daaaa?)

O shut up! Fuck you, bitch!

Mulai sekarang aku kena berjimat cermat, susah-susah nanti aku nak memasak sendiri aje lah, daripada hari-hari makan kat luar. Makanan yang aku beli pun bukannya sedap sangat pun. Selama ini, (masa ada duit) aku selamba aje makan kat luar. Kalau pagi-pagi tuh, masa pergi breakfast, aku akan beli 2 papers, The Star sama Harian Metro. Sesambil minum yang tak sampai 10 minit tuh, sesambil belek papers, takat baca cerita rogol aje hehehehe. And then on the way balik apartment, aku tinggalkan Harian Metro kat Gerai Lipas (ituhari 2 hari berturut-turut aku terjumpa anak lipas dalam tong nasi dan bila aku beritahu tokay tuh selamba aje dia kata, "nasib baik awak ni jenis yang faham"), dan The Star kat gerai Letchumi. Sebab aku malas nak bawak papers tuh balik, bukannya aku sambung baca, lagipun kat bilik aku dah bertingkat-tingkat old newspapers, nak membuangnya punyalah malas sebab aku duduk kat tingkat 6, dan aku tak pernah guna lif pun selama aku duduk situ.

Aku pun berazam untuk exercise semula lah, nak jogging pepagi either ke Lake Garden atau kat tasik sebelah Amcorp Mall tuh, macam dulu-dulu.Perut aku dah buncit nih, badan pun dah penuh lemak.

Duit kat Liberty Reserve ada USD 105 lagi, balance masa aku tutup Forex account dulu tuh. Liberty Reserve nih online currency macam PayPal dan AlertPay tuh. Aku bukak new Forex Micro Account kat FBS, my favorite Forex Broker, dan aku deposit USD 5 sebagai permulaan. Dua tiga hari lagi, 1 Nov nanti, aku akan deposit kan another USD 100 untuk mula buat trading semula. Ok lah tuh, mula kerja baru dan mula buat trading afresh, nak tengok kalau-kalau Forex dapat menampung gaji yang tak seberapa tuh. I'm not giving much hope (dengan account sekecil itu) sebenarnya tapi setakat dapat a few dollars a day that's good enough. Dengan jumlah yang seciput tuh aku nak trade 1 pip = USD 0.10 aje, I will last longer sikit kot, InsyaAllah.

Since aku akan kerja malam, aku kena biasakan tidur siang. Tapi, tidur nih bukannya boleh dipaksa-paksa, so aku online aje lah. Dan masa merempit tuh aku terbaca satu iklan kerja yang menarik perhatian aku. Gajinya dua ribu lebih. Tak kan lah kerja labor job pun gajinya macam tuh, mesti ada salah info nih, kata aku dalam hati. Curious, aku message ke nombor yang ditulis dan tak lama lepas tuh ada orang talipun aku. 

Beria sangat Seng (not his real name tapi bunyinya dekat-dekat sama) kata nak jumpa aku, nak discuss pasal kerja. Aku buat nak tak nak aje pasal aku nak tidur, besok malam aku nak start kerja, dan hari pun hujan lebat. 

"Tunggu saya dekat itu Central Market Jalan Klang Lama, dekat Pearl International, pukul 6 itu macam", kata Seng, kali kedua dia talipun aku.

"Pergi aje lah, what do I have to lose kecuali duit teksi", kata aku dalam hati.

"Why don't you employ Indonesians, or Bangladeshis?", aku tanya Seng masa mula-mula jumpa dia. Dia beritahulah yang dua pekerja dia (suami isteri) baru balik Indo minggu lepas. Lepas dia explain kerja-kerja yang kena buat, baru dia tanya aku,"You local, berapa gaji you mintak?". Aik? Kan ker kat iklan tu ada ditulis gaji berapa? 

"Ooo, itu salah, itu gaji untuk 2 orang, suami isteri", kata Seng. Shit, I knew it, what a waste of my time. 

Tapi aku tak sampai hati nak tunjukkan muka disappointed dengan gaji yang a few hundreds lebih rendah dari gaji kat hotel tuh, so aku terus sembang-sembang lagi sambil fikir baik dan buruknya kalau aku decide nak terima offer Seng tuh.

"You cuba dulu lah dua tiga hari", kata Seng, sambil kasi a few candy-coated promises like after a few months gaji akan naik and all that shit. Walaupun aku rasa macam tertipu dengan iklan tuh tapi ada a few things yang menariknya if I were to accept the offer. 

1. Walaupun kerjanya jauh dalam hutan, di pendalaman, tapi not far from KL. I'm sure internet connection ok, broadband aku boleh dapat line/signal.

2. Buat masa ini, sementara dia cari sorang lagi, aku akan kerja sorang-sorang. That means tak ada sesiapa yang akan boss me around, Seng pun cuma akan datang sekali sekala aje nak tunjuk ajar aku apa yang kena buat. Maknanya aku bolehlah online (provided internet connection ok), maknanya aku boleh memorex, tak kira masa Asian atau London session kan? Masa New York session sure aku tak ada masalah nak memorex.

3. Walaupun kerjanya mengguna kederat tapi ada masanya rileks sesangat. Kerja berat pun tak apa, memang niat aku nak buat exercise,kan?

4. Since tempatnya jauh dalam hutan, kedai pun jauh, maknanya aku kena masak sendiri. Memang niat aku nak memasak sendiri kan? Maknanya aku tak akan berbelanja untuk benda-benda yang tak berfaedah, aku boleh save duit. Aku nih jenis yang kalau susah aku boleh hidup, fikiran aku boleh berjalan, tapi kalau senang tuh, memanglah boleh hidup tapi fikiran tak jalan, aku akan leka. I thrive on hardship gitu lebih kurang. 

5. Dulu pun aku hampir terterima offer kerja kat Redang dan Tioman (aku tak terima sebab takut tak ada internet access. It's true!) so might as well terima offer Seng nih kan? Apa lah sangat a few hundreds ringgit beza gaji, dapat banyak pun habis banyak kan? Sama aje dengan dapat sikit tapi tak ada peluang (terpaksa berjimat, kalau tidak tak cukup) untuk dibelanjakan. Aku nih jenis yang tak kisah kalau makan terpaksa berpinggankan daun pisang. 

6. Again, what do I have to lose kalau aku terima offer tuh, aku bukannya nak kerja lama mana pun kan? Laaa.... Ada jer lah benda-benda kecik yang membuatkan aku blah nanti tuh, usb modem rosak ker, internet connection slow ker, reasons like that. 

"So bila you boleh mula?", Seng tanya aku bila aku kata aku sanggup terima offer kerja dia tuh. 

"I'm very simple and easy, esok pun saya boleh", aku kata gitu. 

"Eh, let me ask you this, you boleh percaya ka sama saya? I'm local you know, I am not Indonesian", aku tanya Seng. Aku pun macam tak yakin aku boleh buat labor job macam tuh. 

"Apa pasal tarak percaya?", kata Seng. Saja jer lah nak uji dia, nak kasi dia was-was sikit. 

So Seng akan pick me up esok pagi nya, lepas aku beritahu dia yang aku akan tunggu kat persimpangan Jalan Riong/Jalan Bangsar. Balik tuh aku singgah kedai kejap, beli beras sekilo, mee segera, sardin, minyak masak. Untuk bekalan seminggu kot. Aku tak beritahu pun housemate aku kerja apa (sebab aku malu) cuma aku kata yang aku tak jadi kerja hotel tuh.

Malam tuh aku tak online sangat pun sebab aku macam berdebar-debar dengan keputusan yang aku buat tuh, am I dragging myself into deeper shit, tanya aku dalam hati. It's too late to pull the plug sebab aku dah janji dengan Seng. 

So, Welcome To Survivor:Redemption Island. Or am I going for a paid-vacation in hell?