Sunday

Day 4 - Jumaat 4/11/2011

Aku tak berapa sihat badan harinih, semalam tuh asyik kena hujan aje, walaupun aku tak kerja sangat pun semalam tu tapi ada a few times aku meredah hujan jenguk-jenguk kolam. Tak best lah pulak asyik melepak kat stor tuh sebab orang lain, walaupun tak berkaitan dengan aku, diaorang semuanya tekun kerja. Or rather buat-buat macam kerja.

Atau mungkin jugak sebab aku lapar kot, pagi sebelum kerja aku minum air suam aje, makan apa yang ada. Tadi tuh takat makan nasi kepal, cicah kuah sardin. Setin sardin tin kecik tuh boleh tahan 2 hari.

Tak ada sangat ban yang patut direpair pada pandangan aku. Mungkin sebab kawasan sekitaran kolam tuh berumput panjang, penuh belukar so tak nampak mana yang cacat nya. Lagipun aku cuma concentrate on Kolam 1 aje, kolam yang dua lagi tuh tak banyak dah ikannya. 

So aku jadi macam tak tahu nak buat apa, takat pusing kolam seround dua, then online. Kalau disambung ketiga-tiga kolam tuh, ada lah dalam sebesar tasik sebelah Amcorp Mall tempat aku selalu jogging dulu tuh. 

Bila terserempak dengan Indians dan Indons yang kerja dusun tuh, sembang-sembang dengan diaorang. Ada diaorang kasi aku rambutan, cempedak, mewah hidup diaorang pasal banyak pokok buah-buahan kat dusun tuh. Kat depan stor tempat aku lepak tuh ranum aje rambutannya tapi aku tak berani ambik terang-terangan pasal itu dusun diaorang. Tapi, Seng kan ker sewa tanah Thamby, so by default patutnya aku boleh ambik buah-buahan tuh sesuka hati aku kan? Macamana pun aku ada offer diaorang kalau ada sesiapa yang nak ikan, just let me know. Seng ada cakap ituhari yang aku boleh ambik ikan sebanyak mana aku suka. 

Most of them kata yang tak patut aku kerja sorang-sorang. Seharusnya ada berdua sebab kalau kerja sorang-sorang nih macam buat kerja bodoh. Tapi, to be brutally honest, aku suka arrangement macam nih, aku kerja sorang-sorang. Kalau berdua, sure kena kerja lebih sikit, sentiasa kena kerja. Sebab aku sure nya nak lebih rajin dari orang lain. Kalau kerja sorang-sorang nih, aku kerja ikut aku punya mood. Above all, yang maha pentingnya, aku boleh online bila-bila masa aje. 

Memang pun, at least kena ada 2 orang kerja kat kolam nih, kalau tak tuh memang macam kerja main-main aje. Bayangkan lah, nak repair ban tuh aku kena ke tengah kolan, skop lumpur. By the time aku sampai ke tepi kolam, isi skop tuh dah tinggal dalam 3 sudu lumpur. Walaupun nampak macam kerja bodoh, tapi do I give a friggin' fuck? Fuck, no!

So, instead of skop tanah lumpur, aku skop pasir aje sebab kat tepi-tepi kolam tuh semuanya pasir. Cuma masalahnya pasir yang kat tepi kolam tuh semuanya padat-padat sebab selalu dipijak orang yang turun ke kolam. See, tak ada kerja yang senangnya kalau labor job nih.

Masa sembang sama Joko, dia kata yang setiap Isnin malam ada pasar malam kat hujung kampung jalan masuk ke kawasan dusun/kolam nih, lebihkurang 1 km away. Aku janji nak pergi sama dia nanti pasal nak beli stok makanan untuk seminggu. 

Seng ada talipun tanya khabar, aku suruh dia bawakkan guni-guni kosong untuk isi pasir. Saja nak tunjukkan yang aku macam bersemangat kerja kononnya, dia tak tahu yang guni tuh untuk isi points yang aku dapat collect. 

Then dia kata yang patutnya anak sedara dia Pinky (not her real name tapi bunyinya dekat-dekat dengan tuh) datang pasal Pinky nih yang akan ambil alih jaga kolam tuh. Aku dah dengar cerita yang Seng nak sewa atas sewa kolam tuh kat Pinky and Jon (suami Pinky, orang India yang dulunya dijaga dan dibesarkan oleh keluarga Melayu sampaikan dia tak reti cakap Tamil). So maknanya aku akan bertukar Tokay lah nih. 

Pukul 12 setengah aku pinjam motor Mamat Lone Ranger (Mamat kolam sebelah yang aku cerita tuh), nak pergi Sembahyang Jumaat. Sampai aje kawasan masjid/madrasah, aku tengok sunyi sepi aje, so tanya orang yang kat perumahan tuh. Rupanya Sembahyang Jumaat tak dibuat kat situ, dibuat kat masjid besar yang di Batu 30, aku kat area Batu 12. Fikir punya fikir, aku tak ada lesen, tak ada helmet, jauh pulak tuh dan by the time aku sampai sure sembahyang dah selesai, so aku patah balik. 

Entah siapalah yang kuncikan gate depan, semua orang ingatkan aku ada pegang anak kunci sebab sebelum ini memang Seng ada kasi kunci kat pekerja dia. Ituhari masa aku kemas-kemas bilik, ada aku terjumpa anak kunci, could be kunci tuh. Masalahnya aku dah buang anak kunci tuh, tah kat mana tah. Of course lah aku tak beritahu sesiapa kan? 

Tak apa lah gate tuh berkunci, so sesiapa yang datang, Seng especially, tak akan dapat masuk bawak kereta ke dalam kawasan dusun/kolam, kan? Diaorang terpaksa jalan kaki guna pintu lain. Ok gak tuh, iya lah kan, entah-entah masa tuh aku tengah melepak, atau tengah leka online kan? Kalau boleh aku nak Seng datang masa aku tengah pulun kerja, macam ituhari tuh. 

Ida, adik aku ada message tanya pasal cuti Raya, aku kata aku tak dapat cuti, tak dapat balik. Nobody knows aku kerja jaga kolam, masing-masing ingatkan aku masih kerja kat restoran di Bangi. 

Since modal aku dah jadi lebih dari USD 50, aku jadi macam tamak sikit, dari 1 pip USD 0.10 aku cuba trade 1 pip USd 0.20. The first few psoitions tuh aku cemas jugak sebab price went against me. So aku balik semula trade 1 pip USD 0.10, tapi aku bukak a few posts. Alhamdulillah dapat balik cover loss sebelum tuh, ada profits lagi tuh.