Thursday

Ecuador Yang Semakin Jauh


Note: Rasa macam berat jer nak publishkan entry nih tapi what the heck, aku tahu yang a few years down the road nanti (InsyaAllah kalau panjang umur) I'll look back on my life and will definitely have a good laugh over this entry.

And so Tadika punya Honors & Concert Day pun dah selesai dengan jayanya, dan walaupun keletihan tapi aku rasa semua yang terlibat rasa puas hati dengan kemeriahan dan kejayaan majlis tuh. Aku dapat jugak a few cenderahati dari a few parents, tapi hadiah gambar yang di bawah nih betul-betul menyentuh hati aku.



Since aku belum tahu kedudukannya aku, samada akan pindah balik kampung temankan mak, atau terus mengajar di Tadika (since abang aku yang akan pindah ke Raub), atau aku balik semula menyewa di Bangsar dan cari kerja lain, so aku pun balik kampung for a few days. Balik semula ke Bandar Tasik Puteri sebelum Friday sebab malam tuh ada tusyen terakhir, esoknya pulak ada Karnival Koperasi, yang aku rasa aku nak pergi.

Dah 2 weekends aku tak balik kampung rupanya, sibuk menyediakan costumes untuk Concert ituhari. Aku tak ada duit nak beli costumes, dan aku tak pun mintak duit contribution dari parents budak-budak, itu yang terpaksa jahit/buat sendiri tuh.

Aku simple jer, I'm open to all 3 options tuh. Kata lah abang sulong aku jadi pindah Raub, so aku akan mengundur diri dari nak offer diri aku untuk duduk di kampung. Iyalah kan, tak kan sampai 2 orang nak duduk kampung, kan? Aku tak nak fikir dan tak nak tanya, apa pasal abang aku pun nak pindah Raub jugak sedangkan dia as a family man, patutya dia pentingkan jugak family dia sendiri, bukannya kitaorang tak ada alternatif lain, kan? Aku tak nak fikir yang kemungkinan sebab abang aku nak pindah Raub jugak tuh sebab apalah yang aku nih boleh diharapkan sebab aku tak ada kereta, aku tak kerja, aku tak ada duit, benda-benda macam tuh. Aku tak nak fikir semua tuh, aku nak anggap itu semua satu kebetulan aje.

Kalau mengikut cerita dan cakap yang 2 tiga minggu lepas, all set yang abang sulong aku akan pindah ke Raub, dari Bandar J. Yang aku menggatal-gatal offer diri nak duduk kampung temankan mak sedangkan I should have known better yang "aku tak ada apa-apa, so apa yang aku boleh tolong?" dulu tuh, itu sebab aku ingatkan tak ada alternatif lain dah.

Lagipun aku rasa it's only natural/fair lah kalau aku yang duduk kampung sebab adik beradik aku semuanya ada family masing-masing. Lagipun ini aje lah masa untuk aku "tebus balik kesalahan dan ketidak-gunaan aku masa aku hilang di Amerika dulu tuh". Or so I thought.

Ok, kalau macam tuh, aku besar kemungkinan akan terus mengajar di Tadika aje lah, sebab aku kesian kat Teh/Kak Teh, diaorang akan kekurangan 2 CikGu tahun depan nih. Bukannya senang nak cari orang nak kerja jadi CikGu Tadika kan? Lagipun, aku rasa bagus jugak aku balik semula kerja jadi CikGu sebab dulu tuh I was not really prepared, macam tangkap muat aje. Dan aku mula ambik alih Kelas pun awal bulan 3. I'm ready to start afresh kali ini, banyak idea-idea yang aku ada kumpul, aku even dah ada lagu untuk buat persembahan untuk concert tahun depan. Ha, sampai begitu sekali perancangan aku. Aku akan lupakan susah senang hidup di Bandar Tasik Puteri, kalau dulu aku boleh tamatkan satu academic year, takkan tak boleh tambah another year kan?

Aku tak tolak jugak kemungkinan yang aku akan duduk Bangsar semula dan cari apa-apa kerja lah. Untuk setahun akan datang nih. Walaupun nampak macam perit sebab aku dah tak ada gaji bulan 12 nih dan aku kena fikir pasal sewa etc, tapi aku rasa fikiran aku akan aman sikit kot, I'm used to buat benda sendiri-sendiri, sorang-sorang, tanpa bergantung pada orang lain. My ex-housemate suka sangat kalau aku balik semula duduk Bangsar.

And so aku balik Raub, harap-harap dapat tahu "keputusan juri" secepat mungkin, walaupun aku rasa aku boleh tunggu sampai akhir tahun. Then again, aku kena beritahu Kak Teh cepat-cepat apa keputusannya sebab katalah aku jadi duduk Raub, then diaorang kenalah cari CikGu baru kan?

3 orang anak sedara aku ada kat rumah masa aku sampai tuh. Aku rasa macam tak best jer diaorang terpaksa habiskan cuti sekolah kat kampung, entahlah mungkin diaorang suka kot, mengadap tv/laptop aje sepanjang hari waktu dan ketika.

Kejap aje, dekat segantang rambutan aku makan, apa lagi nak buat kan, sekarang nih musim buah. Hujan turun sepanjang hari/malam. Aku rasa macam tersalah balik, sebab adik beradik aku yang lain cuma akan balik weekend nih, so nampak gayanya tak dapatlah tahu apa keputusannya. Ada jugak aku tanya mak pasal Long, jadi ker Long pindah Raub? Mak pun tak tahu.

"Pak Itam, talipon...", kata anak sedara aku, masa aku tengah cuba-cuba online, punyalah siksa nak dapatkan internet connection kat kampung.

Ingatkan setakat tanya khabar gitu tapi rupanya keputusan juri telah pun dibuat dua tiga hari lepas.

Lain pulak ceritanya, abang sulong aku tak jadi pulak nak pindah Raub, banyaklah pulak masalah-masalahnya. Peliklah aku sama sipemanggil, sebab dulu tuh macam confirmed sangat, macam beria sangat yang awal tahun depan abang aku akan pindah Raub, ada Tan Sri tuh dah kasi greenlight. Dan projek apa yang nak buat di kampung pun dah diterangkan dengan detail, sampaikan aku terfikir dan terasa hati sesikit, yang aku nih tak lah diperlukan pun untuk duduk di kampung temankan mak.

So, untuk tidak memanjangkan cerita (yang didengar dari mulut orang lain), hanya aku lah calun yang tinggal (layak?) untuk duduk di kampung temankan mak. Selama mana? Ha, itu tak tahu lagi. Cuba dulu. Sesetahun atau sesetahun setengah. Aku ok aje dengan keputusan tuh, aku setuju aje dengan cadangan untuk aku duduk di kampung, memang itu pun tawaran dari aku sendiri dulu tuh kan?

"Tapi ada orang nak slow talk dengan awak......", kata sipemanggil.

"Nak slow talk mende pulak?", aku tanya sambil gelak-gelak.

Mulanya sipemanggil macam malas nak cerita apa-apa, takut aku terasa hati, tapi last-last dia cerita jugak. So that aku akan bersedia dan well prepared bila ditanya apa-apa nanti oleh penyelow-talk tuh.

Pasal itulah, pasal apa aku tak nak, aku berat hati nak terima offer adik-beradik aku yang nak sediakan aku kereta. Then, dia nak sedarkan aku, nak kasi aku tahu yang dalam ramai-ramai adik beradik, aku lah yang paling tak guna sekali. Aku lah yang paling menyusahkan mak dan (arwah) bapak, aku lah yang paling mendatangkan banyak masalah. Berapa banyak duit keluarga yang habis, berapa ekar tanah yang terpaksa dijual pasal aku (bayar hutang itu ini, upah cari bomoh, masa aku hilang ituhari etc).

Terdiam aku mendengarnya. Tak lama lepas tuh baru aku kata, "Tak apa, nanti aku dah ada duit nanti aku akan beli tanah, aku akan ganti semula. Dan aku akan bayarbalik duit adik beradik lain".

Sipemanggil tak setuju dengan cadangan bakal penyelow-talk (bab-bab nak sedarkan aku tuh), dia kata, what if aku akan merajuk lepas dihamburkan dengan kata-kata macam tuh? Sebab kalaulah dia jadi aku, dia akan terus pack barang dan keluar rumah dan tak balik-balik dah, biar orang lain cari penyelesaian siapa yang nak jaga mak.

"Tapi kan, benda dah lepas, apa nak diungkit-ungkit lagi?", aku tanya gitu, slow jer. Airmata aku dah mengalir laju dah masa tuh.

"Ha, tu lah pasal, awak yang offer diri nak duduk dengan mak, lepas tuh orang nak bangkitkan cerita-cerita lama. Kalau saya pun saya jadi bengang, saya merajuk", kata sipemanggil.

"Saya ada cakap (kat bakal penyelow-talk), dulu masa awak senang-senang dulu, sapa yang awak tak tolong? Sapa yang tak pernah duduk rumah awak kat Shah Alam tuh? Masa (arwah) Pak pencen, sapa yang bagi duit buat rumah? Sapa yang hantar mak dengan (arwah) pak pergi haji? Kita tak pernah ingat benda-benda tu, kita cari salah orangjer", sipemanggil ajuk cakap dia (kat bakal penyelow-talk).

"Dia (aku lah maksudnya tuh) tak merajuk kot? Ah lantaklah, aku nak sedarkan dia jugak", kata bakal penyelow-talk.

Aku berterima kasih banyak sangat kat sipemanggil sebab beyond my wildest dream lah yang issu-issue yang lepas-lepas akan dikeluarkan balik. Di dalam keadaan sekarang, di dalam keadaan aku yang secara sukarela menawarkan diri untuk duduk di kampung temankan mak. Tapi realitinya macam itu lah. Dan aku kena terima, aku kena handle semua tuh, that's the price I have to pay.

Ok, aku memang tahu dan sedar yang aku lah yang paling menyusahkan keluarga aku (masa aku tak ada kat Malaysia dulu tuh). Banyak kali pun aku tulis kat blog yang how sad my life is, dari anak yang menjadi, jadi anak yang tak menjadi. Dan dengan sebab itu jugaklah, aku cuba untuk "tebus" ketidak-menjadian aku tuh dengan menawarkan diri untuk duduk kampung temankan mak.

Aku tahu, semua adik beradik aku sembunyikan perasaan marah diaorang kat aku, diaorang tak sampai hati nak hamburkan semuanya, nak marah, nak pulangkan paku buah keras kat aku. Simply sebab takut aku terasa hati, lagipun diaorang tak ada kesempatan, semuanya memendam rasa gitu. Even sipemanggil pun kata benda yang sama, yang semuanya menyimpan perasaan jer, kalau aku buat apa-apa salah, siaplah cerita-cerita lama akan dibangkitkan semula.

Tapi, so far pun aku belum buat palat lagi. Infact aku tengah nak buat "baik", apa pasal nak hamput aku pulak? Apa pasal tak hamput aku masa mula-mula aku balik Malaysia dulu? Takut aku kecik hati then terus tak balik kampung?

Aku ingat lagi masa aku mula balik Malaysia dulu, ada aku kata kat (arwah) pak, kalau nak marah, sepak terajang aku (sebab aku memang anak yang menyusahkan keluarga), aku terima aje, aku redha. Tapi (arwah) pak kata, tak ada apa dosa, tak ada salah nya lah, tak ada apa-apa.

Satu jer yang aku kurang faham. Niat bakal penyelow talk baik, nak tanya aku apa pasal aku tak berapa setuju dengan issue adik beradik nak sediakan aku kereta. Tapi, why in the world dia nak ungkit cerita lama, nak buat aku terasa hati AT THE SAME TIME kan? Itu yang aku tak fahamnya tuh. It doesn't add up kan? Apa motif dia?

"Nah duit seposen beli cekelat. Tapi awak kena tau yang awak nih budak paling tak guna, menyusahkan orang". Lebihkurang gitu analogy nya. Kat budak-budak bolehlah cakap macam tuh, tapi kalau kat orang tua, dia akan makan hati instead of makan cekelat kan?

Apa-apa lah tapi lepas dari tuh aku jadi bodoh sebodoh-bodohnya. Aku sembahyang Isyak, lama jer aku kat sejadah. Airmata aku tetap berjurai keluar. Sedih lah kononnya, aku tak nak kata aku kecik hati tapi aku adalah terasa hati dengan cadangan bakal penyelow-talk tuh. Kalau selama ini aku respect kat seseorang berdua adik beradik aku (bukanlah aku tak respect kat yang lain-lain tapi kadar kerespecttan tuh berbeza-beza. Mengikut penilaian mata hati aku sendiri) tapi sekarang sikit sebanyak dah hilang dah respect aku kat seseorang berdua. Or rather sekarang aku dah menyamatarafkan nilai respect aku kat adik beradik lain. Walaupun aku anak yang paling menyusahkan keluarga tapi aku ada hak untuk menilai orang. Itu hak mutlak aku tuh.

So, akan merajuk ker aku nanti tuh bila disoal selidik oleh bakal penyelow-talk? Ada a few more things yang dia akan tanya pun jugak, so dari atas sejadah tuh aku dah fikir-fikir apa jawapan yang aku nak kasi nanti tuh. Tak kot, aku tak akan merajuknya lah. Aku nak buat selamba aje, aku tak nak tunjukkan yang aku kecik (terasa) hati. Lagipun ke mana lagi aku nak membawak diri? Mana aku ada tempat nak di tuju? Kalau aku ada duit (dan passport) sure aku akan membawak diri ke Ecuador dah kan? Atau paling kodinya ke Lombok, ke tempat Bayou sekeluarga. Damn, lambatnya 2014!

Ada jugak aku terfikir, nampak gayanya aku kena ubahsuai lah sikit plan aku once aku dapat duit nanti. Iyalah, aku nak kena gantikan hutang duit dan tanah kan? Tapi tak apa, itu cerita lain, pandailah aku nanti tuh.

Sekarang nih jer aku tak pandai nya. Tak pandai nak baca hati orang, tak pandai nak menilai orang, aku "over-valued" orang, padahnya aku sendiri yang terasa hati. Damn, such a life kan? Tapi itulah, aku nih macam orang lain jugak, ada perasaan, ada berfikir, tu pasal aku ada sedikit terasa hati tuh. Dan aku tulis kat blog nih.

Dan sapa-sapa yang baca, baca lah dengan open mind gitu, jangan anggap aku ni suka memburuk-burukkan orang, ahli keluarga sendiri pulak tuh. Mungkin cara aku tulis, atau mungkin susunan ayat, itu semua buatkan semuanya nampak macam complicated aje kan. Don't take it seriously, this is only a blog.

Tuesday

Gonna Miss Them Kids


Minggu nih minggu terakhir Tadika, semuanya sibuk buat persiapan untuk concert dan Graduation Day. Budak-budak aku masih ada setahun lagi di Tadika nih, tahun depan diaorang akan jadi seniors lah kan? I'm starting to miss them all, aku suka semua budak-budak aku. Masing-masing tuh ada character tersendiri. 

Masa aku mula mengajar di Tadika nih dulu, awal tahun, aku tak boleh imagine yang aku akan jadi too attached dengan diaorang. Tapi lama kelamaan aku jadi rapat dengan diaorang. Kalau mula-mula dulu ada juga masanya aku macam hilang sabar tapi Alhamdulillah, towards the end of the term aku rasa macam bersyukur sebab budak-budak tuh secara tak langsung mengajar aku jadi lebih sabar. 

Aku akan sentiasa ingat budak-budak aku, too bad aku tak memblog dulu tuh, kalau tidak sure aku akan coretkan sikit sebanyak pasal kerenah diaorang di dalam kelas. 

True yang I did not give my all untuk mengajar diaorang tapi aku rasa puas hati jugak bila tengok yang masing-masing ada improvements tersendiri, dari mula-mula dulu yang langsung tak reti pegang pensil tapi sekarang ada yang dah laju membaca. Dari yang menangis terlolong-lolong sampai panjat grill pintu sebab tak nak ke sekolah, dari yang asyik nak menangis jer bila kat kelas, tapi sekarang semuanya datang sekolah happy-happy aje. 

Walaupun aku terkilan jugak yang some of them budak ada yang masih tak reti membaca tapi the thought yang diaorang masih ada lagi setahun di Tadika nih, itu yang buat aku lega sikit. Cuma diaorang, dan CikGu diaorang tahun depan, kena lah kerja kuat sikit kan?  Dalam separuh dari budak-budak (mostly perempuan), kelas aku nih dah pandai membaca, laju jer membacanya. 

So untuk Concert Day nih, aku nak bersusah payah lah sikit. Instead of mintak duit dari parents diaorang untuk beli peralatan dan costumes, aku guna duit sendiri aje. Aku beli lah apa-apa yang patut, dan walaupun berkali-kali jari tertusuk jarum, walaupun jahitan aku herot petot, tapi aku puas hati yang siap jugak akhirnya pakaian diaorang untuk Concer Day 25 haribulan nanti. 


Antara barang-barang yang aku beli untuk dijadikan costumes dan accesssories tarian. 



Tiap kali lepas practise, mesti diaorang nak bergambar

Saturday

Merapu Part Deux: Dreams, Wishes & Hope



Those yang baca one of my blogs sure tahu yang macamana aku nih orangnya kan? Memang sejak kecik lagi (sebab dulu hidup susah) aku suka berangan-angan. Dan part yang bestnya, aku akan cuba merealisasikan angan-angan aku tuh. Yang best laginya, angan-angan aku tuh angan-angan yang best-best. Angan-angan macam nak dapat peluang main snow, nak naik unta, itu tak pun aku kategorikan sebagai angan-angan yang best. 

Dapat bersalam/bersembang dengan Bon Jovi, Bryan Adams for example, ha, itu contoh angan-angan yang best. Bagi aku lah kan?. Dan aku dah capai pun dah angan-angan macam tuh.  

Ok, bila aku dah tua bangka macam nih, korang rasa aku akan berhenti berangan ker? 

Tak. Aku masih jugak berangan-angan, aku masih lagi merancang untuk buat something yang aku rasa biar diri aku puas. Dan angan-angan tuh semakin jadi more advanced.

Fikir logiklah, kalau sesepuluh tahun lepas angan-angan aku nak duduk di New York, maknanya angan-angan aku kali ini sure lebih hebat dari tu lah kan? Memang lah, aku tak main dah bab-bab nak pergi bandar-bandar besar, London, Paris atau New York. Itu angan-angan bebudak yang baru pandai berangan jer tuh. 

Dah tua-tua nih, buatlah angan-angan yang berbaur keugamaan sikit kan patutnya? Adesss, itu mentaliti PakCik drebar teksi anti-sunnah tuh. I know myself damn well.

Ok, lepas aku dideport balik Malaysia dulu tuh, sampailah sekarang, hidup aku masih belum ada halatuju, aku masih belum mulakan hidup baru, aku masih di takuk lama. Aku masih menunggu dan terus menunggu.

Tapi, knowing the fact yang aku nanti InsyaAllah akan ada duit, aku pun mula memasang angan-angan. Yang aku akan mulakan hidup baru di tempat lain, i.e di negara orang. Aku akan lebih boleh berfikir kalau hidup di negara orang as opposed to di negara sendiri. Aku tak pernah suka duduk di Malaysia sebenarnya, tak nak aku elaborate bebanyaklah tapi what with perempuan Melayu sekarang matanya dah kelabu dan biru semuanya, bulu mata lentik masing-masing, fesyen tudung yang bermacam ragam, makin aku menyampah dengan benda-benda fake dan world of make believe macam nih.

Tak retilah aku nak mengarang, tadi rasa macam banyak idea-idea yang nak ditulis tapi sekarang nih rasa macam blank aje. So, in no particular order, di bawah nih angan-angan, wishes dan hope aku, yang aku akan cuba capai. Kesemuanya. Call me a dreamer, call me Mat Jenin, call me whatever you want to tapi InsyaAllah dalam tahun 2014 (kalau panjang umur) aku akan:

1. gunakan one third of my money untuk buat trading secara besar-besaran, secara lebih aktif.

2. bawak mak aku buat Umrah.

3. aku nak melawat member setahanan dulu kat Bosnia.

4. aku nak at least ke Toronto, then turun ke Niagara Falls (Canadian side) sebab nak tengok Rainbow Bridge Immigration Center, tempat aku mula ditangkap dulu tuh. Kalau dapat ke New Foundland,  Halifax Nova Scotia, dan tempat-tempat macam tuh, itu lagi bagus. Damn my Geography teacher yang mengajar pasal perusahaan perikanan laut dalam dulu tuh, sampai sekarang aku terberangan nak ke sana. 

5. aku nak ke Latin America, nak mengembara dari Mexico, all the way down ke Argentina, then naik sampai Brazil. Aku tak tolak kemungkinan yang aku akan settle down kat either Cuenca atau Guayaquil, Ecuador. Berapa banyak masjid dan Islamic Centers kat sana, dah lama dah aku tahu nya. Aku boleh bayangkan yag aku buat trading dari sana sesambil mengembangkan syiar Islam semampu aku. And then aku kawin dengan Ecuadorian Muslim....

Sounds to ambitious to some tapi bagi aku, sikit pun tak. Aku tunggu masa jer nih. So, pay extra attention to Number 5 tuh hehehhe

Ok, let say because of family pressure, ataupun memang aku decide nak kawin, masa aku duduk kampung nanti, aku akan tetap jugak buat the above 5. Nothing will stop me, kecuali Tuhan ada perancangan lain, then I'll adjust lah sesikit here and there kan? Tapi basically itu lah plan-plan aku. 

Ok, siapa ingat Dr George Boley, member setahanan aku masa kat BFDF, Batavia dulu tuh? Ex-war lord kat Liberia. Dia dah dideport balik ke Liberia,  (baca kat sini) dan dia ada contact aku baru-baru nih. Ingat tak pasal dia punya plan nak buka ladang kelapa sawit kat Liberia, dan dia suruh aku temukan dia dengan company-company besar kat Malaysia nih untuk tujuk ajar dia. Ha, that sounds a little to ambitious tapi option tuh masih aku pertimbangkan.

Right, memanglah aku tak ada duit sekarang nih, kerja pun jadi CikGu Tadika, and soon aku akan balik kampung jaga mak tapi macam lagu tema blog aku nih kata,...."the game will never be over because I'm keeping the dreams alive"...



Thursday

What I Do Best - Merapu


Being poor makes you humble.

Is that true? Ker itu orang kaya-kaya aje yang cakap? Setahu aku, being poor makes you poor heheehe Apa-apa lah. So, aku nih dikategorikan miskin lah kan? Puas dah aku pandang kiri, pandang kanan, tak ada apa benda pun yang boleh dikatakan harta aku. Cuma seluar baju jer yang ada. Yang lainnya semua aku tak ada. Happy ker aku hidup macam nih? Entah, aku pun tak tahu yang aku nih happy ker tidak. Aku selamba jer.

To be brutally honest, all my life, aku tak pernah lah hidup seselamba ini. I don't give a friggin' fuck apa orang nak cakap pasal aku, and I don't want to know pun. Aku macam hidup di awang-awangan gituh, kadang tuh aku kata dalam hati, it's good to be poor at some point in your life. It helps you appreciate things you might otherwise take for granted. Itu yang jadi humble tuh kot? Aku rasa aku dalam phase tu sekarang, being poor. Untuk aku sedar.

Eh, where am I heading ni hah? Nak merapu apa nya nih. Ok, stop kat sini pasal being poor nih, makes me depressed jer, I'd rather be a humble rich man (daripada jadi a humble poor man)  heheheh.

Ok, on to a more serious tone lah pulak. In real life aku memang lone-ranger kind of guy. Aku "menjauhkan diri" dari kawans yang I made along the way, terpaksa buat cam tuh pasal I've got bloody lots of things on my plate yang nak aku clearkan. And I have a very limited resources pulak. 

I choose untuk hidup macam ini. Aku sepatutnya tulis, "aku terpaksa choose untuk hidup macam ini". Dengan banyak benda-benda dan kejadian yang aku lalui, it's only fair lah aku hidup sendiri-sendiri, sebab orang lain susah nak faham, orang lain tak sama wave length nya. 

And so, untuk menunjukkan yang aku nih ada perasaan, ada rasa hati, (dan sebab tak ada tempat lain i.e kawan, untuk aku ceritakan) terpaksalah aku tulis kat blog ini. Apa-apa yang aku rasa patut dan perlu. 

Ok, now you all know yang aku pun macam orang lain jugak sebenarnya, ada perasaan, ada rasa hati. Good!

Right! Now, ke mana arahtujunya hidup aku nih? 

Fuck, I wish I knew but I bloody hell don't!

Tapikan, tak kan tak ada perancangan walaupun sesikit kan?

Ha, itu ada. Sikit. Untuk sesetahun dua akan datang, kalau panjang umur, InsyaAllah. Selebihnya aku tak tahu, di luar kemampuan otak aku yang bengap nih nak fikir sampai ke situ.

Now, katalah keputusan sebulat suara mengatakan yang aku better off duduk kampung temankan mak, aku akan ikut keputusan tuh. Then, katalah keputusan sebulat suara mengatakan yang aku better off duduk kampung temankan mak walaupun aabang aku jadi pindah Raub dan duduk sama mak jugak, aku akan jugak ikut keputusan tuh, albeit with a heavy heart, yang aku tak akan tunjukkan langsung (I'm a good actor, trust me!) walaupun sekelumit. 

Now, katalah the whole thing did not work out, ataupun semua tuh makes me a little uneasy, yang menyebabkan aku akan cari jalan keluar, balik duduk KL, for example. My ex-housemate ada, dia tahu semuanya pasal keadaan dan buah delima yang tengah aku genggam sekarang nih.

The whole of tahun depan, ke arah one of di ataslah arahtujuanya hidup aku. Ok, settle bab tuh. 

Dan masa yang ditunggu-tunggu pun tiba (for those yang sambung baca blog nih, cuba bukak balik first atau entry kedua aku, aku ada "repair" sesikit entry tuh. It's for your own good jugak kan, tak adalah korang meneka dalam kesamaran *mamposlah, statement seorang artis pencen*)

Masa tuh aku dah dapat dan dah ada duit. Apa aku nak buat next? Tak payah tanya lah, banyak dah benda yang aku plan dari dulu, yang tak aku war-war kan kat sesiapa. Aku rasa, itu yang buat aku hidup selamba jer sekarang nih sebab aku tahu saat-saat yang indah bakal menjelma. Bukan satu tapi dua pulak kan? Eh wait a minute, orang kata, "yang indah itu hanya sementara". Oh shit, does that mean, "yang buruk itu kekal?" Dang!

Persoalannya, adakah aku akan teruskan cara hidup (one of the above) aku yang macam tuh? Apa yang aku nak buat seterusnya?

Itu kena difikir dan dikupas satu persatu.

Ituhari kakak aku ada tanya, "Eh, dengar cerita awak nak kawin. Ada ker orang nak kat awak?'

Sabar jer lah.

Dah banyak kali jugak aku beritahu my family members yang aku sekarang tak ada duit, tak ada apa-apa, so aku tak nak cakap banyak, tak nak buat apa-apa. Bila aku dah dapat duit nanti, ha, masa tu lah aku akan fikir pasal "masa depan" aku, nak kawin ker, nak beli tanah dan buat rumah kat kampung ker, nak buat bisness ker, things like that. Untuk masa sekarang sampai hujung tahun depan, aku tak akan buat apa-apa, simply because aku tak ada apa-apa. Nak buat apa kalau tak ada apa-apa kan? 

Persoalan pertama nanti tuh, pasal kawin. Aku tak nak tulis lagi kat dalam entry nih pasal kawin tuh, tapi meh aku cerita sikit "cerita lucu" masa aku naik cab dari Kommuter Rawang ke Bandar Tasik Puteri nih the other day.

Macam orang alim dreber teksi tuh, pakai ketayap, dalam teksi penuh ditampal stickers ayat-ayat, bau minyak atar pun semerbak (detailnya aku tulis, macam ada bau-bau nak mengutuk jer nih ekekekek)

So berceritalah kitaorang di sepanjang perjalanan yang memang terkenal dengan jem yang teruk tuh. Lama-lama aku terceritalah sesikit pasal aku di Amerika dulu (sebab PakCik tuh asyik tanya aku benda-benda yang aku tak tahu, yang aku blur, benda-benda yang masa aku tak ada kat Malaysia). Aku terperasan yang dia macam tak percaya, macam aku saja buat-buat cerita, bila aku cakap yang kat US, atau kat luar negeri, kadang tuh kita belajar lebih banyak ugama dari masa kita kat Malaysia. Dengan lain perkataan, iman dan Islam seseorang tuh (aku tak kata aku) lebih kuat kat overseas daripada kat Malaysia nih (it's true, tanyalah aku, tanyalah practising Muslims yang pernah duduk overseas)

PakCik tuh macam tak percaya, dia jeling jer aku. 

Aku kata lah yang memanglah kat Malaysia nih banyak surau, banyak masjid, nak beribadat senang, tapi Islam tuh bukan dengan banyak surau dan masjid aje, Islam tuh lebih besar dan komples lagi dari semua tuh. Aku kasi contoh yang kat overseas orang tak mengumpat, bukan culture diaorang nak bercerita pasal orang lain. Tapi kat malaysia, mengumpat tuh dah sinonim dengan Melayu (Islam). 

PakCik tuh macam tak percaya, dia jeling jer aku. Dari anak mata dia tuh aku rasa macam ada tertulis ayat, "Biar betul dia nih, mengarut jer"

"Kat sana banyak lah arak kan?", dia tanya aku. Korang agak, orang yang bermentaliti macamana tanya soalan gitu. 

"Alah, kalau orang yang kaki minum, kat Malaysia nih berlambak tempat minum arak", aku kata gitu. "Kalau orang berugama, tak kan dia nak minum arak, semata-mata sebab arak banyak di sekeliling dia kan?", aku cakap gitu.

PakCik tuh macam tak percaya, dia jeling jer aku. 

"Mengapa duduk kat tempat setan bertendang lama-lama?", PakCik tuh tanya aku. 

Malas rasanya melayan PakCik tuh, kolot, sempit sangat pemikirannya, ooppsss. 

"Kat Mekah pun ada pelacur. Pelacur kat Mekah pakai hijab lagi", aku kata gitu. Aku cerita kat dia (pelik aku nih, dalam malas-malas melayannya, aku bercerita jugak. Sebenarnya aku nak menyedarkan dia, nak kasi bukak minda dia sikit) yang first time aku pergi Umrah dulu, aku berkenal dan berkawan baik dengan sorang Mutawwif nih. Dia nih asyik mengeluh nak balik Malaysia, sampaikan aku pelik sebab given a chance, nak aku duduk di Madinah (atau Mekah) selama-lamanya. Tapi dia tak pulak, asyik cerita pasal nak balik Malaysia jer, tak sanggup hidup di Madinah lagi dah. Dia orang lama di Madinah, dia tahu apa yang dia cakap.

And so aku buat kajian (amboi!), aku buat pengamatan. Kebetulan tahun depannya aku dapat Mutawwif yang sama, kawan aku tuh, dia masih mengeluh, tapi aku semakin percaya (based on my kajian dan pengamatan tuh) yang apa yang dia kata, yang kat mana-mana ada masalah nya sendiri, kat Madinah nih ada munkar nya sendiri (no, I'm not going into details)

So, apa yang aku nak cuba sampaikan kat PakCik tuh, kat mana-mana di dunia nih, tak semestinya tempat "bagus" tuh "bagus". Tak semestinya tempat "tak bagus" tuh "tak bagus"

"Habis yang ko tak kawin-kawin nih apa pasal? Anti Sunnah ker?", dia tanya aku, sambil jeling. 

Adus, reti pulak PakCik nih guna perkataan "anti". Aku senyum jer lah, dia tak pakai serban, anti Sunnah gak ker? It pains me kalau orang menyalahkan fakta macam tuh. 

Tapi itulah, orang perhatikan aku dengan anak mata. Dan aku perhatikan orang dengan hati. 

Wednesday

Yang DiTelan Dan DiLuah


Abang sulong aku, Long, kalau tak salah aku lah, Guru Penolong Kanan sekolah. Dia ada beritahu yang dia nak pindah ke Raub, kerja di Jabatan Pelajaran or something. Kebetulan pulak kakak aku memang kerja di Kementerian yang sama, di Putrajaya, dan dia ada kabel yang kuat, dan tak ada langsung niat nak bermegah atau perli, tapi Menteri-Menteri, Tan Sri-Tan Sri, orang-orang besar lain tuh kenalan dia. So masalah pertukaran abang aku tuh dah dikasi greenlight dek Tan Sri apatah tuh, cuma tunggu abang aku buat official letter jer. 

Jadi, besar kemungkinan, kalau abang aku proceed, dia akan duduk di kampung, di rumah mak. Keluarga dia akan tinggal di bandar J sebab anak diaorang akan ada periksa tahun depan. Bandar J dengan Raub tak lah jauh sangat pun jaraknya. 

Now, katalah Long akan pindah, so di mana "kedudukan" aku? Tak kan sampai berdua nak duduk di kampung, jaga mak, kan? Mungkin boleh, tapi, secara logiknya, aku akan rasa macam tak diperlukan sangat lah kan? 

Nak jer aku kata kat abang aku, tak payah pindah lah, tapi who am I to ask him that kan? Terfikir jugak aku, yang abang aku nak pindah tuh, ada ker sebab aku tak ada kereta, hence macam "tak bermakna" jer kalau aku duduk di kampung pun kan? Damn, masalah kereta jugak yang timbul. Aku pun tak berani nak tanya abang aku, yang itu ker sebab nya. Sebab aku tahu yang abang aku sure tak akan berani jawab, sebab dia takut aku akan terasa hati. Cakap kena beralas. 

Tapi in all honesty lah aku cakap, aku lebih suka orang berterus terang dengan aku, aku pantang kalau orang bercakap dan bertindak di belakang aku, walaupun niatnya nak jaga hati aku, atau nak menolong aku. Ini lah susahnya jadi Melayu nih, aku dah biasa style Mat Salleh, suka cakap terus terang. Melayu nih cakapnya banyak konar baring, kan?

Aku nak tahu tuh bukan apa, kalaulah betul abang aku nak pindah, tak payah lah aku "tumpang" duduk di kampung ( I can safely say yang aku sure akan makan hati nanti tuh, what with aku yang "tak ada apa yang boleh diharapkan" kecuali menemankan mak aku aje) Aku boleh terus duduk KL, carilah apa-apa kerja untuk sesetahun tuh sementara menunggu "benda runtuh/benda terpijak" ( yang ada aku mentioned kat entry pertama atau kedua blog nih) tu kan? 

Masalahnya pulak, aku dah lepaskan bilik sewa aku yang kat Bangsar tuh, aku dah tak ada base dah kat KL (sekarang nih masih di Rwang). Kalau jadi abang aku pindah Raub, maknanya aku akan terpaksa duduk KL semula, cari rumah sewa, cari kerja. I'm sure nobody fikirs pasal tuh pun kecuali aku. Akan menyusahkan aku semuanya tuh nanti, sebab aku tak ada duit. 

Eh, nampak macam banyak masalah sangat kan aku nih? Ker nampak macam banyak cekadak? Entah, ini semua apa yang aku tengah dok fikir sekarang nih. Lack of communication, tak ada kepastian. Harap-harap dapat penyelesaian yang terbaik, semua nih demi kebaikan mak, nothing more than that.

Aku tak nak lah beria-ia sangat, tak nak menonjolkan sangat, simply sebab aku tak ada apa-apa untuk dioffer kecuali diri aku yang sebatang kera nih (bukan sebatang kara!). Lagipun kitaorang masih ada masa, kalau ada yang boleh kasi solution yang lagi bagus, by all means aku akan terima keputusan tuh. Buat masa sekarag, pilihan pertama dan pilihan terakhir, aku yang akan duduk kampung.

Mungkin ada orang yang fikir, aku nih yang terlebih fikir, sure nya mak aku akan happy aku nak temankan dia duduk kampung, dan mak aku akan terima aje aku seadanya. Let me tell you this, YOU ARE WRONG! heheheheh. Jangan salah faham pulak, bukannya mak aku tak nak aku duduk di kampung, tapi.... tapi itulah, semua persoalan-persoalan yang aku mentioned kat atas tuh harus dijawab dan dicari jalan penyelesaiannya dulu. The one thing yang aku sedar sejak ayah aku meninggal, aku kena selarikan cara pemikiran aku dengan cara pemikiran mak aku, for example. 

Ada satu lagi scenario yang berkemungkinan terjadi. Katalah abang aku jadi pindah kerja kat Raub awal tahun depan masa sekolah bukak, aku tak tolak kemungkinan yang aku akan mengajar semula kat Tadika, kalau masih tak dapat Cikgu baru. I'm open to that, aku kesian kat abang sama kakak ipar aku, kalau adanya aku tuh dapat menolong diaorang I'm game for it. Funny it may sound tapi lepas aku tulis entry kat bawah (pasal ketidakpuashatian dan ketidaksedapan aku pasal kerja) aku rasa macam aku sanggup sambung semula mengajar, kalau aku diperlukan, dan kalau masalah siapa nak temankan mak di kampung tuh ada penyelesaian lain yang lagi baik. 

Alah, after all setahun jer lagi kan? Lepas tuh kan ker aku ada plan besar? Oooppsss

Tuesday

Terimalah Aku Seadanya


Hampir setiap minggu selepas ayah aku meninggal, aku akan balik kampung. Balik pagi Sabtu, naik bas biasanya, dan balik semula Rawang hari Ahad, tumpang either kakak atau adik aku sampai KL. Duduk kat kampung, walaupun cuma sehari tapi lama rasanya, masa berjalan slow sangat. Pukul 9 biasanya aku dah tidur, sebab aku nih bukan suka tengok tv. Internet connection pulak tak ada. 

Benda penting yang aku kena ada nanti, kalau aku dah duduk di kampung, of course lah internet connection. The only pilihan yang ada, Streamyx, aku kena pasang Streamyx lah pasal P1 aku tak ada service kat Raub, DiGi prepaid pun connectionnya tak laju. Dan Celcom broadband aku dah lama aku terminatekan servicenya. 

Macamana pun, aku tak nak lah anggap yang internet tuh penting, aku akan cuba berusaha dapatkan connection, tapi kalau tak ada then aku pasrah aje lah. My priority cuma nak temankan mak aku, itu aje. Dan aku akan lakukan dengan ketidak-ada-apa-apa-an aku nih. Aku tak ada kereta, aku tak ada kerja, aku tak ada internet, aku tak ada duit, aku tak ada bini, aku tak ada future. Boleh ker aku hidup dengan aman nanti tuh dengan tak ada semua tuh? InsyaAllah boleh. Aku boleh terima, aku akan tetap dengan prinsip aku yang hidup dengan seadanya, dengan apa yang ada saja. 

Tapi, boleh ker orang lain terima hakikat yang aku akan duduk di kampung dengan tak ada apa-apa tuh? Ha, itu satu masalah besar tuh. Bagi orang lain, bukan bagi aku. Tak ada lah aku war-war kan sangat yang dalam masa sesetahun nanti aku ada some money, tapi most of my siblings tahu. So, apa salahnya dalam sesetahun nih aku hidup dengan apa yang ada aje? Nanti, bila dah dapat duit nanti, aku tau lah macam mana nak nak perabiskan duit tuh. Entah-entah aku teruskan niat dan hajat aku untuk mengembara dan duduk di Amerika Selatan nanti kan? Entah-entah aku memorex dari Mataram, Lombok, macam yang pernah aku bayang-bayangkan dulu tuh. Bayou sekeluarga dah lama tunggu aku.

Aku ingat lagi, masa aku di Amerika dulu, at least 2 orang yang aku nak tolong diaorang, diaorang tanya aku balik, "Macamana ko nak tolong aku sedangkan hidup ko susah, sepatutnya hidup ko lebih senang baru lah boleh tolong orang". Words to that effect. Sama lah keadaannya sekarang nih. Macamana aku nak hidup duduk di kampung sedangkan aku tak ada apa-apa? 

Itu persoalan yang orang lain timbulkan, bukan aku. Bagi aku simple aje, ayah aku meninggal dan tak ada orang lain yang sesuai untuk temankan mak aku kat kampung so aku tawarkan diri. Dan terima lah aku seadanya. As simple as that. Aku boleh berkebun nanti tuh, dah masa arwah ayah aku ada dulu tuh, ok aje, my parents guna duit pencen, jugak duit yang anak-anak lain kirim setiap bulan. So, apa masalahnya? Aku cuma "gantikan" arwah ayah aku aje kan?  

Memang bagi aku tak ada masalah, tapi bagi orang lain, itu satu masalah besar. Yang selalu disembangkan sampai aku yang mulanya ingatkan tuh semua cuma sembang kosong aje, jadi macam terasa hati sesikit. 

Dan aku terfikir, kalaulah aku kaya, kalaulah aku ada kereta, ada kerja, ada duit, ada family, tentu aku akan diterima dengan senang hati tanpa banyak persoalannya. Ini tak, sebab aku miskin, tak ada duit, soalan-soalan macam "nak duduk kampung nak buat mende?", "nak kerja apa?", "tak ada kereta, macamana?", "nanti kalau orang tanya, nak jawab macamana?" yang selalu diungkit-ungkit. Kalau sesekali dua tuh bolehlah aku jawab, tapi kalau selalu sangat, di belakang aku pulak tuh kan? Sedangkan aku tak ada fikir pun yang semua tuh akan jadi masalah. Again, bagi aku, hidup dengan seadanya lah, kalau susah, buat cara susah. Kalau tak ada, buat cara tak ada. Bukannya keluarga kitaorang tak pernah hidup susah dulu tuh kan?

"Belikan lah kereta satu, senang nak ke mana-mana". 

"Sapa yang bukak cerita pasal kereta ni hah?", aku tanya adik beradik aku sambil gelak-gelak sebab nak tahan dari rasa terasa hati.

"Aku tak nak nanti ada yang fikir, aku nak duduk kampung tapi dengan syarat adik beradik sediakan aku kereta sebijik. Dan kasi aku duit bulan-bulan. Aku tak nak", aku cakap macam tuh. 

Walaupun itu cuma dugaan tapi aku terasa hati sangat sebab berkali-kali issue kereta, dan issue siapa yang nak support aku (dengan hulur duit bulan-bulan) rupanya selalu jugak dibincangkan behind my back.

Sedangkan aku offer diri aku dengan ikhlas. Ker memang aku tak sepatutnya tawarkan diri aku sebab aku tak ada apa-apa? Gitu ker?

Aku tahu yang bukanlah satu masalah bagi adik beradik aku untuk kasi sebijik kereta (adik beradik aku ramai yang jadi tokay), dan diaorang bercerita pasal 2 issues tuh demi kemudahan aku dan mak jugak, tapi timing tuh yang tak betul. Apa salahnya cuba dulu for a few months, then lepas tuh tengok macamana keadaannya. Ini tak, balik-balik pasal kereta yang disembangkan, sampaikan aku terfikir yang dengan aku duduk di kampung nanti, aku akan menyusahkan mak aku. Patutnya lebih menyenangkan, tapi aku akan lebih menyusahkan, sebab aku tak ada kereta, tak ada duit, tak ada segalanya.

Orang tak fikir ker yang tak kan aku bodoh sangat, duduk rumah nak makan tidur aje. At least aku akan kerjakan tanah yang ada tuh, aku tanamlah apa-apa yang patut, aku akan berkebun bagai. Kalau aku nak ke bandar Raub, aku boleh naik bas aje kan? Masjid jauh? Bukannya tak ada surau kat kampung tuh. Kalau gitu, untunglah orang yang kaya, dapat banyak pahala sebab dapat sembahyang berjemaah kat masjid. Kita jangan nak congak-congak perkiraan Tuhan, Tuhan tu Maha Adil, Tuhan punya "calculations pasal pahala dosa" tuh di luar pemikiran kita.

"Long, kalau aku duduk sini tapi gayanya macam nak menyusahkan mak, aku tak nak lah", aku kata gitu kat abang aku. 

Kita Hanya Boleh Merancang


Penggal persekolahan pun dah sampai ke penghujungnya dan kalau aku nak buat keputusan samada untuk terus mengajar di Tadika, atau untuk mengubah haluan lain, ini lah masa nya kan? Kebetulan pulak aku macam ada krisis dengan one of the teachers kat Tadika, so it's only fair lah kalau aku yang mengundurkan diri kan? So dengan cara baik I let them know yang mulai tahun depan aku dah tak di Bandar Tasik Puteri dah. 

But then, Tuhan ada perancangan yang lain. Ahad, 30 September 2012, masa aku nak pergi jogging, aku dapat sms yang mengatakan ayah aku terlibat dalam kemalangan motor, teruk cederanya. Nasib baiklah Abang aku sekeluarga nak balik, so aku tumpang diaorang aje lah. Dalam sesejam lepas tuh, masa kat toll Gombak, dapat berita lagi yang ayah aku dah meninggal di Hospital Raub. Aku macam tak percaya, tapi aku kena percaya jugak. 

Teh selamba jer, tapi airmata, air hidung aku tak berhenti keluar. Sampai kat Hospital Raub, ramai adik beradik aku yang lain dah ada (memang "rezeki" adik bongsu aku, dia kebetulan ada di kampung, balik bercuti dari Qatar). Aku jadi sedih semula bila menengok keadaan arwah ayah aku yang teruk cederanya, kepala berlubang, bahu patah dan tangan hampir hancur. Masa nak memandikan jenazah, aku cuma mandikan bahagian kaki aje sebab aku tak sanggup nak tengok keadaan di kepala arwah ayah aku. Dari hospital, jenazah dibawak balik ke kampung, tak sampai 5 minit pun, lepas di sembahyangkan, jenazah dibawak ke masjid untuk disembahyangkan sekali lagi. Itupun tujuan arwah ayah aku, dia accident tuh masa nak ke masjid untuk Sembahyang Subuh. Kali pertama aku turun ke liang lahad, aku sama Long dan Abang De, kitaorang yang menguruskan pengkebumian arwah ayah. 


[Ini keratan paper Sinar Harian pasal kemalangan tuh, banyak fakta yang salah. Nama arwah, waktu kejadian pun salah. kejadiannya waktu Subuh, bukan nya waktu lepas Asar]


Ada tiga benda yang aku selalu teringat. 

Pertamanya, aku bersyukur yang aku sempat bersama ayah aku, nasib baik lah aku ditangkap dan dideport dulu tuh. Rupanya macam ini perancangan Tuhan. Buatnya my parents pergi sebelum aku balik Malaysia, tak ker haru, kan?

Keduanya, aku terfikir yang tak sampai hajat aku nak pergi buat Umrah sama parents aku. Dulu ada aku tulis kat blog, aku even ada beritahu my parents, yang bila aku dapat duit nanti, aku nak bawak my parents buat Umrah. Melalui kakak ipar aku, aku dapat tahu yang my parents "tak setuju" dengan cadangan aku tuh, diaorang nak kan aku gunakan duit tuh untuk "memperbaiki" kehidupan aku, beli kereta/rumah/kawin, things like that. Lagipun my parents dah lama pergi haji, dah 2 kai buat Umrah pun. Macamana pun aku ada rasa terkilan jugak sebab tak tercapailah cita-cita aku tuh. But at the same time semua tuh mengingatkan aku yang Tuhan berkuasa atas segalanya, so aku jangan menaruh harapan sangat yang "semua benda yang aku cakap dan inginkan, akan menjadi kenyataan. Macam yang aku selalu terfikir tuh, hence aku buat selamba aje sebab aku "yakin" yang sooner or later akan menjadi apa yang aku nak kan tuh"

Ketiganya, aku rasa ini lah peluang Tuhan kasi aku. Peluang untuk aku jaga mak aku. Dulu, masa aku balik Malaysia, masa aku masih ada sesikit duit ASB, aku ada beritahu my parents yang aku nak duduk kampung aje, sebab my parents dah berumur. Lagipun aku nak "gantikan balik that so-called lost times" selama aku di Amerika kan? Tapi my parents tak setuju, tak kan aku nak duduk kampung dengan tak ada kerja, kan? Aku kan ker lulusan luar negeri? Aku kan ker dulunya ada kereta, ada apartment, kerja best, kan? Apa kata orang kampung, kan? Things like that. So aku akur. 

Tapi sekarang, dengan pemergiannya ayah aku, aku rasa ini aje lah peluang untuk aku offer balik diri aku untuk duduk di kampung, temankan mak aku. Bagi aku, itu memang satu keputusan yang simple, yang logik. And so aku suarakan niat aku tuh kat my abang sulong. Dia setuju. Dan akhirnya adik beradik aku yang lain pun tahu, dan diaorang setuju, kalau aku memang berniat macam tuh. 

Aku tak terfikir pun yang issue aku nak duduk kampung tuh akhirnya akan menjadi a bit too complicated.

Monday

Where Was I?

Apa pasal dalam 10 bulan aku tak memblog? Terus diam begitu saja?

Sebenarnya tak ada apa sangat pun yang nak diceritakan, iyalah kan, aku cuma kerja sebagai Cikgu Tadika. Tadika Abang sama Kakak Ipar aku pulak, kan? So aku jadi macam serba salah nak menulis sebab Abang/Kakak Ipar aku baca blog aku. Aku nih kan ker jenis mulut lepas jer, takut jugak terlepas tulis, parah jadinya nanti kalau ada yang tersalah tafsir, tersalah faham apa yang aku tulis. So, jalan mudah, berhenti menulis.

Lagipun, aku macam membawak diri (tak habis-habis membawak diri, aku nih), cuma berbeza sikit kali nih. Kali dulu, aku membawak diri masuk kerja kat dalam hutan. Tapi kali sekarang aku membawak diri ke tempat asing yang aku kena "jaga dan pandai bawak diri". Susah tuh.

Aku ingat lagi, aku mintak pandangan adik beradik dan parents aku, dan semuanya setuju, semuanya suruh aku ikut Abang/Kakak Ipar aku. Aku tak nak mulanya sebab aku tak biasa, dan aku takut akan ada buat palat yang akhirnya akan berlarut-larutan. tapi bila difikirkan yang what if satu masa nanti aku berul-betul perlukan bantuan, kan?

Aku tak nak lah nanti selalu terdengar ayat yang bermula dengan, "Ha, itulah, dulu....." dari adik-beradik aku.

So, dengan hati yang macam berbelah bagi, aku datang ke Bandar Tasik Puteri, Rawang. Aku ingat lagi, benda pertama yang terbang di fikiran aku masa tuh. Aku fikir yang raya nanti aku nak cari alasan tak nak balik kampung. Sebab dengan gaji sebagai Cikgu Tadika, mana lah aku mampu nak kasi duit raya kat anak-anak sedara aku, kan? sampai gitu sekali aku fikir, advanced sangat kan? Ekekekeke

But then, once I'm in, I'm in. Itu prinsip aku. Aku kena bertahan, at least sampai habis academic year. Tak kan aku nak menyusahkan Abang/Kakak ipar sendiri kan? Diaorang pun ajak aku kerja dengan diaorang tuh atas dasar dan niat nak tolong aku kan in the first place? 

So aku kerja. Walaupun aku tak pernah mengajar Tadika, tapi aku nak tengok, mana yang lebih senang, mengajar budak tadika ker mengajar budak U? Sebab aku pernah jadi part-time lecturer kat UITM dulu dalam 2 semesters.

Walaupun kadang tuh aku rasa bosan, meluat dengan perangai budak-budak, tapi aku layan kan aje, tak ada pun aku tampar diaorang. Jauh sekali baling selipar kat diaorang kan? Kadang tuh aku sengih sorang-sorang sambil fikir, "bagus jugak jadi Cikgu Tadika nih, budak-budak nih buat aku jadi penyabar". mana tak nya, sampai ketip-ketip gigi, sampai urut-urut dada sebab nak tahan sabar dengan kelaku masing-masing tuh.

(Kat sebelah kanan tuh ada Youtube Channel aku, most of the clips tuh diambil masa aku mengajar)

Walaupun aku, dan orang lain jugak, yang selalu fikir yang perempuan aje yang sesuai kerja sebagai CikGu Tadika, tapi aku nak buktikan kat diri aku sendiri yang aku boleh buat kerja apa sekali pun, even kerja sebagai CikGu Tadika. Kat US dulu, macam-macam kerja yang aku buat, tak ada pun aku memilih sangat kan?

Walaupun kadang tuh aku selalu jugak berlaga angin dengan CikGu yang lain tapi aku kena join diaorang jugak, aku kena bermentaliti CikGu Tadika jugak. Apa rendahnya mentaliti seorang CikGu Tadika kan? Dan walaupun aku ada jugak tak berkenan dengan some of the protokol-protokol Tadika, tapi aku buat donno jer.

Walaupun aku rasa susah hidup di Bandar Tasik Puteri sebab aku tak ada transport dan kedai jauh, tapi aku buat tak kisah aje. Jauh sekali nak tunjukkan kat orang lain (jugak Abang/Kakak Ipar) yang aku susah nak pergi makan, susah nak pergi Sembahyang Jumaat, susah nak keluar KL, dan terpaksa naik teksi, tapi aku tak kisah. Lagipun, sekarang nih, kat Bandar Tasik Puteri especially, mana ada Melayu naik bas dah kan? Semuanya Indons atau Banglas.

Alah bisa tegal biasa, kata orang kan? Lama-lama aku terbiasa dengan kehidupan aku yang banyak memerap aje nih.

1. Once or twice a week aku turun Bangsar, aku masih menyewa di situ, macam aku punya base lah lebihkurang. Dan aku semakin menjauhkan diri dari kawan-kawan online aku, sebab aku sedar yang aku tak berduit nak ke sana sini. Tak macam diaorang yang senang lenang semuanya.

2. Thanks to Kakak Ipar aku, dia bayarkan my driving lessons, walaupun aku suruh ditolak dari duit gaji aku. Whatever lah tapi dia dulukan dengan duit dia. And so aku terpaksa belajar semula dari awal. Alhamdulillah aku lulus dan dah ada lesen memandu dah semula. 

3. Aku punya Forex account lebur akhirnya, walaupun secara umumnya aku berjaya menjadikan USD 5 kepada USD 2300. Nasib baik lah aku withdrawkan untung sedikit demi sedikit.  Tapi, itu semua banyak beri aku semangat yang suatu hari nanti, InsyaAllah, bila aku dah ada duit (dari 2 sumber yang aku explained kat bawah sana tuh), aku akan terus buat online trading, dengan skala yang lebih besar. Terbayang dah yang aku akan trade sesambil meneruskan penggembaraan aku di South America (more about that nanti)

4. Aku pun turut sama mengajar tusyen untuk budak-budak sekolah rendah, yang dibuat di sebelah malam. So macam penuh aje waktu aku, mengajar tadika di sebelah pagi, buat reading program di sebelah petang ( 2 kali seminggu) dan ajar tusyen di sebelah malam. 

So macam tu lah kehidupan aku selama beberapa bulan yang lalu, sampailah satu masa aku beritahu Abang aku yang tahun depan aku dah tak nak mengajar lagi dah. 

1/11/2012 - Time To Say Hello Again...

Dalam 10 bulan aku berhenti memblog dan dah sampai masanya aku berblog dan menulis semula. InsyaAllah by end of this year blog ini akan jadi terkini sebab aku sekarang sedang mengupdate cerita-cerita aku....