Hampir setiap minggu selepas ayah aku meninggal, aku akan balik kampung. Balik pagi Sabtu, naik bas biasanya, dan balik semula Rawang hari Ahad, tumpang either kakak atau adik aku sampai KL. Duduk kat kampung, walaupun cuma sehari tapi lama rasanya, masa berjalan slow sangat. Pukul 9 biasanya aku dah tidur, sebab aku nih bukan suka tengok tv. Internet connection pulak tak ada.
Benda penting yang aku kena ada nanti, kalau aku dah duduk di kampung, of course lah internet connection. The only pilihan yang ada, Streamyx, aku kena pasang Streamyx lah pasal P1 aku tak ada service kat Raub, DiGi prepaid pun connectionnya tak laju. Dan Celcom broadband aku dah lama aku terminatekan servicenya.
Macamana pun, aku tak nak lah anggap yang internet tuh penting, aku akan cuba berusaha dapatkan connection, tapi kalau tak ada then aku pasrah aje lah. My priority cuma nak temankan mak aku, itu aje. Dan aku akan lakukan dengan ketidak-ada-apa-apa-an aku nih. Aku tak ada kereta, aku tak ada kerja, aku tak ada internet, aku tak ada duit, aku tak ada bini, aku tak ada future. Boleh ker aku hidup dengan aman nanti tuh dengan tak ada semua tuh? InsyaAllah boleh. Aku boleh terima, aku akan tetap dengan prinsip aku yang hidup dengan seadanya, dengan apa yang ada saja.
Tapi, boleh ker orang lain terima hakikat yang aku akan duduk di kampung dengan tak ada apa-apa tuh? Ha, itu satu masalah besar tuh. Bagi orang lain, bukan bagi aku. Tak ada lah aku war-war kan sangat yang dalam masa sesetahun nanti aku ada some money, tapi most of my siblings tahu. So, apa salahnya dalam sesetahun nih aku hidup dengan apa yang ada aje? Nanti, bila dah dapat duit nanti, aku tau lah macam mana nak nak perabiskan duit tuh. Entah-entah aku teruskan niat dan hajat aku untuk mengembara dan duduk di Amerika Selatan nanti kan? Entah-entah aku memorex dari Mataram, Lombok, macam yang pernah aku bayang-bayangkan dulu tuh. Bayou sekeluarga dah lama tunggu aku.
Aku ingat lagi, masa aku di Amerika dulu, at least 2 orang yang aku nak tolong diaorang, diaorang tanya aku balik, "Macamana ko nak tolong aku sedangkan hidup ko susah, sepatutnya hidup ko lebih senang baru lah boleh tolong orang". Words to that effect. Sama lah keadaannya sekarang nih. Macamana aku nak hidup duduk di kampung sedangkan aku tak ada apa-apa?
Itu persoalan yang orang lain timbulkan, bukan aku. Bagi aku simple aje, ayah aku meninggal dan tak ada orang lain yang sesuai untuk temankan mak aku kat kampung so aku tawarkan diri. Dan terima lah aku seadanya. As simple as that. Aku boleh berkebun nanti tuh, dah masa arwah ayah aku ada dulu tuh, ok aje, my parents guna duit pencen, jugak duit yang anak-anak lain kirim setiap bulan. So, apa masalahnya? Aku cuma "gantikan" arwah ayah aku aje kan?
Memang bagi aku tak ada masalah, tapi bagi orang lain, itu satu masalah besar. Yang selalu disembangkan sampai aku yang mulanya ingatkan tuh semua cuma sembang kosong aje, jadi macam terasa hati sesikit.
Dan aku terfikir, kalaulah aku kaya, kalaulah aku ada kereta, ada kerja, ada duit, ada family, tentu aku akan diterima dengan senang hati tanpa banyak persoalannya. Ini tak, sebab aku miskin, tak ada duit, soalan-soalan macam "nak duduk kampung nak buat mende?", "nak kerja apa?", "tak ada kereta, macamana?", "nanti kalau orang tanya, nak jawab macamana?" yang selalu diungkit-ungkit. Kalau sesekali dua tuh bolehlah aku jawab, tapi kalau selalu sangat, di belakang aku pulak tuh kan? Sedangkan aku tak ada fikir pun yang semua tuh akan jadi masalah. Again, bagi aku, hidup dengan seadanya lah, kalau susah, buat cara susah. Kalau tak ada, buat cara tak ada. Bukannya keluarga kitaorang tak pernah hidup susah dulu tuh kan?
"Belikan lah kereta satu, senang nak ke mana-mana".
"Sapa yang bukak cerita pasal kereta ni hah?", aku tanya adik beradik aku sambil gelak-gelak sebab nak tahan dari rasa terasa hati.
"Aku tak nak nanti ada yang fikir, aku nak duduk kampung tapi dengan syarat adik beradik sediakan aku kereta sebijik. Dan kasi aku duit bulan-bulan. Aku tak nak", aku cakap macam tuh.
Walaupun itu cuma dugaan tapi aku terasa hati sangat sebab berkali-kali issue kereta, dan issue siapa yang nak support aku (dengan hulur duit bulan-bulan) rupanya selalu jugak dibincangkan behind my back.
Sedangkan aku offer diri aku dengan ikhlas. Ker memang aku tak sepatutnya tawarkan diri aku sebab aku tak ada apa-apa? Gitu ker?
Aku tahu yang bukanlah satu masalah bagi adik beradik aku untuk kasi sebijik kereta (adik beradik aku ramai yang jadi tokay), dan diaorang bercerita pasal 2 issues tuh demi kemudahan aku dan mak jugak, tapi timing tuh yang tak betul. Apa salahnya cuba dulu for a few months, then lepas tuh tengok macamana keadaannya. Ini tak, balik-balik pasal kereta yang disembangkan, sampaikan aku terfikir yang dengan aku duduk di kampung nanti, aku akan menyusahkan mak aku. Patutnya lebih menyenangkan, tapi aku akan lebih menyusahkan, sebab aku tak ada kereta, tak ada duit, tak ada segalanya.
Orang tak fikir ker yang tak kan aku bodoh sangat, duduk rumah nak makan tidur aje. At least aku akan kerjakan tanah yang ada tuh, aku tanamlah apa-apa yang patut, aku akan berkebun bagai. Kalau aku nak ke bandar Raub, aku boleh naik bas aje kan? Masjid jauh? Bukannya tak ada surau kat kampung tuh. Kalau gitu, untunglah orang yang kaya, dapat banyak pahala sebab dapat sembahyang berjemaah kat masjid. Kita jangan nak congak-congak perkiraan Tuhan, Tuhan tu Maha Adil, Tuhan punya "calculations pasal pahala dosa" tuh di luar pemikiran kita.
"Long, kalau aku duduk sini tapi gayanya macam nak menyusahkan mak, aku tak nak lah", aku kata gitu kat abang aku.