Monday

Where Was I?

Apa pasal dalam 10 bulan aku tak memblog? Terus diam begitu saja?

Sebenarnya tak ada apa sangat pun yang nak diceritakan, iyalah kan, aku cuma kerja sebagai Cikgu Tadika. Tadika Abang sama Kakak Ipar aku pulak, kan? So aku jadi macam serba salah nak menulis sebab Abang/Kakak Ipar aku baca blog aku. Aku nih kan ker jenis mulut lepas jer, takut jugak terlepas tulis, parah jadinya nanti kalau ada yang tersalah tafsir, tersalah faham apa yang aku tulis. So, jalan mudah, berhenti menulis.

Lagipun, aku macam membawak diri (tak habis-habis membawak diri, aku nih), cuma berbeza sikit kali nih. Kali dulu, aku membawak diri masuk kerja kat dalam hutan. Tapi kali sekarang aku membawak diri ke tempat asing yang aku kena "jaga dan pandai bawak diri". Susah tuh.

Aku ingat lagi, aku mintak pandangan adik beradik dan parents aku, dan semuanya setuju, semuanya suruh aku ikut Abang/Kakak Ipar aku. Aku tak nak mulanya sebab aku tak biasa, dan aku takut akan ada buat palat yang akhirnya akan berlarut-larutan. tapi bila difikirkan yang what if satu masa nanti aku berul-betul perlukan bantuan, kan?

Aku tak nak lah nanti selalu terdengar ayat yang bermula dengan, "Ha, itulah, dulu....." dari adik-beradik aku.

So, dengan hati yang macam berbelah bagi, aku datang ke Bandar Tasik Puteri, Rawang. Aku ingat lagi, benda pertama yang terbang di fikiran aku masa tuh. Aku fikir yang raya nanti aku nak cari alasan tak nak balik kampung. Sebab dengan gaji sebagai Cikgu Tadika, mana lah aku mampu nak kasi duit raya kat anak-anak sedara aku, kan? sampai gitu sekali aku fikir, advanced sangat kan? Ekekekeke

But then, once I'm in, I'm in. Itu prinsip aku. Aku kena bertahan, at least sampai habis academic year. Tak kan aku nak menyusahkan Abang/Kakak ipar sendiri kan? Diaorang pun ajak aku kerja dengan diaorang tuh atas dasar dan niat nak tolong aku kan in the first place? 

So aku kerja. Walaupun aku tak pernah mengajar Tadika, tapi aku nak tengok, mana yang lebih senang, mengajar budak tadika ker mengajar budak U? Sebab aku pernah jadi part-time lecturer kat UITM dulu dalam 2 semesters.

Walaupun kadang tuh aku rasa bosan, meluat dengan perangai budak-budak, tapi aku layan kan aje, tak ada pun aku tampar diaorang. Jauh sekali baling selipar kat diaorang kan? Kadang tuh aku sengih sorang-sorang sambil fikir, "bagus jugak jadi Cikgu Tadika nih, budak-budak nih buat aku jadi penyabar". mana tak nya, sampai ketip-ketip gigi, sampai urut-urut dada sebab nak tahan sabar dengan kelaku masing-masing tuh.

(Kat sebelah kanan tuh ada Youtube Channel aku, most of the clips tuh diambil masa aku mengajar)

Walaupun aku, dan orang lain jugak, yang selalu fikir yang perempuan aje yang sesuai kerja sebagai CikGu Tadika, tapi aku nak buktikan kat diri aku sendiri yang aku boleh buat kerja apa sekali pun, even kerja sebagai CikGu Tadika. Kat US dulu, macam-macam kerja yang aku buat, tak ada pun aku memilih sangat kan?

Walaupun kadang tuh aku selalu jugak berlaga angin dengan CikGu yang lain tapi aku kena join diaorang jugak, aku kena bermentaliti CikGu Tadika jugak. Apa rendahnya mentaliti seorang CikGu Tadika kan? Dan walaupun aku ada jugak tak berkenan dengan some of the protokol-protokol Tadika, tapi aku buat donno jer.

Walaupun aku rasa susah hidup di Bandar Tasik Puteri sebab aku tak ada transport dan kedai jauh, tapi aku buat tak kisah aje. Jauh sekali nak tunjukkan kat orang lain (jugak Abang/Kakak Ipar) yang aku susah nak pergi makan, susah nak pergi Sembahyang Jumaat, susah nak keluar KL, dan terpaksa naik teksi, tapi aku tak kisah. Lagipun, sekarang nih, kat Bandar Tasik Puteri especially, mana ada Melayu naik bas dah kan? Semuanya Indons atau Banglas.

Alah bisa tegal biasa, kata orang kan? Lama-lama aku terbiasa dengan kehidupan aku yang banyak memerap aje nih.

1. Once or twice a week aku turun Bangsar, aku masih menyewa di situ, macam aku punya base lah lebihkurang. Dan aku semakin menjauhkan diri dari kawan-kawan online aku, sebab aku sedar yang aku tak berduit nak ke sana sini. Tak macam diaorang yang senang lenang semuanya.

2. Thanks to Kakak Ipar aku, dia bayarkan my driving lessons, walaupun aku suruh ditolak dari duit gaji aku. Whatever lah tapi dia dulukan dengan duit dia. And so aku terpaksa belajar semula dari awal. Alhamdulillah aku lulus dan dah ada lesen memandu dah semula. 

3. Aku punya Forex account lebur akhirnya, walaupun secara umumnya aku berjaya menjadikan USD 5 kepada USD 2300. Nasib baik lah aku withdrawkan untung sedikit demi sedikit.  Tapi, itu semua banyak beri aku semangat yang suatu hari nanti, InsyaAllah, bila aku dah ada duit (dari 2 sumber yang aku explained kat bawah sana tuh), aku akan terus buat online trading, dengan skala yang lebih besar. Terbayang dah yang aku akan trade sesambil meneruskan penggembaraan aku di South America (more about that nanti)

4. Aku pun turut sama mengajar tusyen untuk budak-budak sekolah rendah, yang dibuat di sebelah malam. So macam penuh aje waktu aku, mengajar tadika di sebelah pagi, buat reading program di sebelah petang ( 2 kali seminggu) dan ajar tusyen di sebelah malam. 

So macam tu lah kehidupan aku selama beberapa bulan yang lalu, sampailah satu masa aku beritahu Abang aku yang tahun depan aku dah tak nak mengajar lagi dah.