Note: Rasa macam berat jer nak publishkan entry nih tapi what the heck, aku tahu yang a few years down the road nanti (InsyaAllah kalau panjang umur) I'll look back on my life and will definitely have a good laugh over this entry.
And so Tadika punya Honors & Concert Day pun dah selesai dengan jayanya, dan walaupun keletihan tapi aku rasa semua yang terlibat rasa puas hati dengan kemeriahan dan kejayaan majlis tuh. Aku dapat jugak a few cenderahati dari a few parents, tapi hadiah gambar yang di bawah nih betul-betul menyentuh hati aku.
Since aku belum tahu kedudukannya aku, samada akan pindah balik kampung temankan mak, atau terus mengajar di Tadika (since abang aku yang akan pindah ke Raub), atau aku balik semula menyewa di Bangsar dan cari kerja lain, so aku pun balik kampung for a few days. Balik semula ke Bandar Tasik Puteri sebelum Friday sebab malam tuh ada tusyen terakhir, esoknya pulak ada Karnival Koperasi, yang aku rasa aku nak pergi.
Dah 2 weekends aku tak balik kampung rupanya, sibuk menyediakan costumes untuk Concert ituhari. Aku tak ada duit nak beli costumes, dan aku tak pun mintak duit contribution dari parents budak-budak, itu yang terpaksa jahit/buat sendiri tuh.
Aku simple jer, I'm open to all 3 options tuh. Kata lah abang sulong aku jadi pindah Raub, so aku akan mengundur diri dari nak offer diri aku untuk duduk di kampung. Iyalah kan, tak kan sampai 2 orang nak duduk kampung, kan? Aku tak nak fikir dan tak nak tanya, apa pasal abang aku pun nak pindah Raub jugak sedangkan dia as a family man, patutya dia pentingkan jugak family dia sendiri, bukannya kitaorang tak ada alternatif lain, kan? Aku tak nak fikir yang kemungkinan sebab abang aku nak pindah Raub jugak tuh sebab apalah yang aku nih boleh diharapkan sebab aku tak ada kereta, aku tak kerja, aku tak ada duit, benda-benda macam tuh. Aku tak nak fikir semua tuh, aku nak anggap itu semua satu kebetulan aje.
Kalau mengikut cerita dan cakap yang 2 tiga minggu lepas, all set yang abang sulong aku akan pindah ke Raub, dari Bandar J. Yang aku menggatal-gatal offer diri nak duduk kampung temankan mak sedangkan I should have known better yang "aku tak ada apa-apa, so apa yang aku boleh tolong?" dulu tuh, itu sebab aku ingatkan tak ada alternatif lain dah.
Lagipun aku rasa it's only natural/fair lah kalau aku yang duduk kampung sebab adik beradik aku semuanya ada family masing-masing. Lagipun ini aje lah masa untuk aku "tebus balik kesalahan dan ketidak-gunaan aku masa aku hilang di Amerika dulu tuh". Or so I thought.
Ok, kalau macam tuh, aku besar kemungkinan akan terus mengajar di Tadika aje lah, sebab aku kesian kat Teh/Kak Teh, diaorang akan kekurangan 2 CikGu tahun depan nih. Bukannya senang nak cari orang nak kerja jadi CikGu Tadika kan? Lagipun, aku rasa bagus jugak aku balik semula kerja jadi CikGu sebab dulu tuh I was not really prepared, macam tangkap muat aje. Dan aku mula ambik alih Kelas pun awal bulan 3. I'm ready to start afresh kali ini, banyak idea-idea yang aku ada kumpul, aku even dah ada lagu untuk buat persembahan untuk concert tahun depan. Ha, sampai begitu sekali perancangan aku. Aku akan lupakan susah senang hidup di Bandar Tasik Puteri, kalau dulu aku boleh tamatkan satu academic year, takkan tak boleh tambah another year kan?
Aku tak tolak jugak kemungkinan yang aku akan duduk Bangsar semula dan cari apa-apa kerja lah. Untuk setahun akan datang nih. Walaupun nampak macam perit sebab aku dah tak ada gaji bulan 12 nih dan aku kena fikir pasal sewa etc, tapi aku rasa fikiran aku akan aman sikit kot, I'm used to buat benda sendiri-sendiri, sorang-sorang, tanpa bergantung pada orang lain. My ex-housemate suka sangat kalau aku balik semula duduk Bangsar.
And so aku balik Raub, harap-harap dapat tahu "keputusan juri" secepat mungkin, walaupun aku rasa aku boleh tunggu sampai akhir tahun. Then again, aku kena beritahu Kak Teh cepat-cepat apa keputusannya sebab katalah aku jadi duduk Raub, then diaorang kenalah cari CikGu baru kan?
3 orang anak sedara aku ada kat rumah masa aku sampai tuh. Aku rasa macam tak best jer diaorang terpaksa habiskan cuti sekolah kat kampung, entahlah mungkin diaorang suka kot, mengadap tv/laptop aje sepanjang hari waktu dan ketika.
Kejap aje, dekat segantang rambutan aku makan, apa lagi nak buat kan, sekarang nih musim buah. Hujan turun sepanjang hari/malam. Aku rasa macam tersalah balik, sebab adik beradik aku yang lain cuma akan balik weekend nih, so nampak gayanya tak dapatlah tahu apa keputusannya. Ada jugak aku tanya mak pasal Long, jadi ker Long pindah Raub? Mak pun tak tahu.
"Pak Itam, talipon...", kata anak sedara aku, masa aku tengah cuba-cuba online, punyalah siksa nak dapatkan internet connection kat kampung.
Ingatkan setakat tanya khabar gitu tapi rupanya keputusan juri telah pun dibuat dua tiga hari lepas.
Lain pulak ceritanya, abang sulong aku tak jadi pulak nak pindah Raub, banyaklah pulak masalah-masalahnya. Peliklah aku sama sipemanggil, sebab dulu tuh macam confirmed sangat, macam beria sangat yang awal tahun depan abang aku akan pindah Raub, ada Tan Sri tuh dah kasi greenlight. Dan projek apa yang nak buat di kampung pun dah diterangkan dengan detail, sampaikan aku terfikir dan terasa hati sesikit, yang aku nih tak lah diperlukan pun untuk duduk di kampung temankan mak.
So, untuk tidak memanjangkan cerita (yang didengar dari mulut orang lain), hanya aku lah calun yang tinggal (layak?) untuk duduk di kampung temankan mak. Selama mana? Ha, itu tak tahu lagi. Cuba dulu. Sesetahun atau sesetahun setengah. Aku ok aje dengan keputusan tuh, aku setuju aje dengan cadangan untuk aku duduk di kampung, memang itu pun tawaran dari aku sendiri dulu tuh kan?
"Tapi ada orang nak slow talk dengan awak......", kata sipemanggil.
"Nak slow talk mende pulak?", aku tanya sambil gelak-gelak.
Mulanya sipemanggil macam malas nak cerita apa-apa, takut aku terasa hati, tapi last-last dia cerita jugak. So that aku akan bersedia dan well prepared bila ditanya apa-apa nanti oleh penyelow-talk tuh.
Pasal itulah, pasal apa aku tak nak, aku berat hati nak terima offer adik-beradik aku yang nak sediakan aku kereta. Then, dia nak sedarkan aku, nak kasi aku tahu yang dalam ramai-ramai adik beradik, aku lah yang paling tak guna sekali. Aku lah yang paling menyusahkan mak dan (arwah) bapak, aku lah yang paling mendatangkan banyak masalah. Berapa banyak duit keluarga yang habis, berapa ekar tanah yang terpaksa dijual pasal aku (bayar hutang itu ini, upah cari bomoh, masa aku hilang ituhari etc).
Terdiam aku mendengarnya. Tak lama lepas tuh baru aku kata, "Tak apa, nanti aku dah ada duit nanti aku akan beli tanah, aku akan ganti semula. Dan aku akan bayarbalik duit adik beradik lain".
Sipemanggil tak setuju dengan cadangan bakal penyelow-talk (bab-bab nak sedarkan aku tuh), dia kata, what if aku akan merajuk lepas dihamburkan dengan kata-kata macam tuh? Sebab kalaulah dia jadi aku, dia akan terus pack barang dan keluar rumah dan tak balik-balik dah, biar orang lain cari penyelesaian siapa yang nak jaga mak.
"Tapi kan, benda dah lepas, apa nak diungkit-ungkit lagi?", aku tanya gitu, slow jer. Airmata aku dah mengalir laju dah masa tuh.
"Ha, tu lah pasal, awak yang offer diri nak duduk dengan mak, lepas tuh orang nak bangkitkan cerita-cerita lama. Kalau saya pun saya jadi bengang, saya merajuk", kata sipemanggil.
"Saya ada cakap (kat bakal penyelow-talk), dulu masa awak senang-senang dulu, sapa yang awak tak tolong? Sapa yang tak pernah duduk rumah awak kat Shah Alam tuh? Masa (arwah) Pak pencen, sapa yang bagi duit buat rumah? Sapa yang hantar mak dengan (arwah) pak pergi haji? Kita tak pernah ingat benda-benda tu, kita cari salah orangjer", sipemanggil ajuk cakap dia (kat bakal penyelow-talk).
"Dia (aku lah maksudnya tuh) tak merajuk kot? Ah lantaklah, aku nak sedarkan dia jugak", kata bakal penyelow-talk.
Aku berterima kasih banyak sangat kat sipemanggil sebab beyond my wildest dream lah yang issu-issue yang lepas-lepas akan dikeluarkan balik. Di dalam keadaan sekarang, di dalam keadaan aku yang secara sukarela menawarkan diri untuk duduk di kampung temankan mak. Tapi realitinya macam itu lah. Dan aku kena terima, aku kena handle semua tuh, that's the price I have to pay.
Ok, aku memang tahu dan sedar yang aku lah yang paling menyusahkan keluarga aku (masa aku tak ada kat Malaysia dulu tuh). Banyak kali pun aku tulis kat blog yang how sad my life is, dari anak yang menjadi, jadi anak yang tak menjadi. Dan dengan sebab itu jugaklah, aku cuba untuk "tebus" ketidak-menjadian aku tuh dengan menawarkan diri untuk duduk kampung temankan mak.
Aku tahu, semua adik beradik aku sembunyikan perasaan marah diaorang kat aku, diaorang tak sampai hati nak hamburkan semuanya, nak marah, nak pulangkan paku buah keras kat aku. Simply sebab takut aku terasa hati, lagipun diaorang tak ada kesempatan, semuanya memendam rasa gitu. Even sipemanggil pun kata benda yang sama, yang semuanya menyimpan perasaan jer, kalau aku buat apa-apa salah, siaplah cerita-cerita lama akan dibangkitkan semula.
Tapi, so far pun aku belum buat palat lagi. Infact aku tengah nak buat "baik", apa pasal nak hamput aku pulak? Apa pasal tak hamput aku masa mula-mula aku balik Malaysia dulu? Takut aku kecik hati then terus tak balik kampung?
Aku ingat lagi masa aku mula balik Malaysia dulu, ada aku kata kat (arwah) pak, kalau nak marah, sepak terajang aku (sebab aku memang anak yang menyusahkan keluarga), aku terima aje, aku redha. Tapi (arwah) pak kata, tak ada apa dosa, tak ada salah nya lah, tak ada apa-apa.
Satu jer yang aku kurang faham. Niat bakal penyelow talk baik, nak tanya aku apa pasal aku tak berapa setuju dengan issue adik beradik nak sediakan aku kereta. Tapi, why in the world dia nak ungkit cerita lama, nak buat aku terasa hati AT THE SAME TIME kan? Itu yang aku tak fahamnya tuh. It doesn't add up kan? Apa motif dia?
"Nah duit seposen beli cekelat. Tapi awak kena tau yang awak nih budak paling tak guna, menyusahkan orang". Lebihkurang gitu analogy nya. Kat budak-budak bolehlah cakap macam tuh, tapi kalau kat orang tua, dia akan makan hati instead of makan cekelat kan?
Apa-apa lah tapi lepas dari tuh aku jadi bodoh sebodoh-bodohnya. Aku sembahyang Isyak, lama jer aku kat sejadah. Airmata aku tetap berjurai keluar. Sedih lah kononnya, aku tak nak kata aku kecik hati tapi aku adalah terasa hati dengan cadangan bakal penyelow-talk tuh. Kalau selama ini aku respect kat seseorang berdua adik beradik aku (bukanlah aku tak respect kat yang lain-lain tapi kadar kerespecttan tuh berbeza-beza. Mengikut penilaian mata hati aku sendiri) tapi sekarang sikit sebanyak dah hilang dah respect aku kat seseorang berdua. Or rather sekarang aku dah menyamatarafkan nilai respect aku kat adik beradik lain. Walaupun aku anak yang paling menyusahkan keluarga tapi aku ada hak untuk menilai orang. Itu hak mutlak aku tuh.
So, akan merajuk ker aku nanti tuh bila disoal selidik oleh bakal penyelow-talk? Ada a few more things yang dia akan tanya pun jugak, so dari atas sejadah tuh aku dah fikir-fikir apa jawapan yang aku nak kasi nanti tuh. Tak kot, aku tak akan merajuknya lah. Aku nak buat selamba aje, aku tak nak tunjukkan yang aku kecik (terasa) hati. Lagipun ke mana lagi aku nak membawak diri? Mana aku ada tempat nak di tuju? Kalau aku ada duit (dan passport) sure aku akan membawak diri ke Ecuador dah kan? Atau paling kodinya ke Lombok, ke tempat Bayou sekeluarga. Damn, lambatnya 2014!
Ada jugak aku terfikir, nampak gayanya aku kena ubahsuai lah sikit plan aku once aku dapat duit nanti. Iyalah, aku nak kena gantikan hutang duit dan tanah kan? Tapi tak apa, itu cerita lain, pandailah aku nanti tuh.
Sekarang nih jer aku tak pandai nya. Tak pandai nak baca hati orang, tak pandai nak menilai orang, aku "over-valued" orang, padahnya aku sendiri yang terasa hati. Damn, such a life kan? Tapi itulah, aku nih macam orang lain jugak, ada perasaan, ada berfikir, tu pasal aku ada sedikit terasa hati tuh. Dan aku tulis kat blog nih.
Dan sapa-sapa yang baca, baca lah dengan open mind gitu, jangan anggap aku ni suka memburuk-burukkan orang, ahli keluarga sendiri pulak tuh. Mungkin cara aku tulis, atau mungkin susunan ayat, itu semua buatkan semuanya nampak macam complicated aje kan. Don't take it seriously, this is only a blog.