Tuesday

Monday15022016

Yay, harinih aku tak tidur lepas Subuh, yayyyyyy. Amma, appa, enakku idhu romba pidikkuthu! Best, banyak benda boleh aku buat sementara nak menunggu nak pergi kerja, aku sempat cuci spender dua tiga helai. Perah lemon. Kemas-kemas bilik.

Cuma staff Melayu jer yang ada, Tonne sama Senior Site Supervisor masih cuti. Kitaorang minum kat warung Mak Dah, diaorang nak sangat dengar cerita dari aku, so aku ceritakanlah kat diaorang 2 minggu punya kisah. Esok MPK akan ada meeting, OSC Meeting namanya, One Stop Centre punya meeting, untuk membincangkan pasal multiple submissions.

Aku ke site, beritahu sub-con dan yang lain-lain yang kemungkinan MPK akan datang ke site harinih sebab esok diaorang ada meeting. So, kalau diaorang nak teruskan kerja, by all means teruskan. Dan aku tak nak bertanggung jawab. Korang jawablah sendiri. Akhirnya diaorang berhenti buat kerja-kerja yang tak sepatutnya diaorang buat (kerja kat Beach Club), semuanya tolong siapkan rubble wall. 

Dalam seseminggu siaplah rubble wall nih.



Kalau semalam berwhatsappan dengan CPM seharian, harinih dengan Arkitek pulak. Arkitek nih ada masalah besar gayanya, tengok caranya memang boleh agak. Sampaikan dia kata yang dia happy kalau payment tak dapat (Consulation fees). Apa yang dia marah sangat kat company dia tuh? Aku rasa aku tahu sebabnya.

Ada aku bayang-bayangkan kemungkinan keputusan MPK, so dia suruh aku merisik khabar once meeting dah selesai. Aku katalah yang itu bukan kerja aku tapi dia kata yang siapa lagi nak diharapkan kalau bukan aku? Aku tak kembang bontot pun dengar dia cakap gitu, gwe malah jadi makin bingung mikirin status proyek yang semakin belok arah.

Aku tak tahu apa pasal aku boleh lose my temper dengan Site Safety Supervisor tadi. Sebab benda kecik jer tapi mungkin aku dah lama aim dia nih, itu yang laju jer aku marah dia. Lagipun, pagi tadi aku dah order RM 150 worth of so-called Sunnah punya products, aku expect dia akan dengar jer cakap aku, tak banyak songeh, tak menjawab, tak kasi alasan-alasan. Aku expect dia layan aku bagaikan menatang olive oil yang penuh.

Kalau sebelum ini aku ikut mengaji kat Youtube, tapi round kali ini aku dengar bacaan Imam lain pulak, yang ada translationnya. So, Imam tuh baca, aku hayati terjemahan. Lagi menyahdukan, dan aku kena betul-betul concentrate. So rasanya kali ini mungkin will take a little longer untuk khatam.

Aku rasa harinih macam packed jer, banyak aktivities yang aku buat sampaikan tak cukup waktu. Sedar-sedar dah petang, time untuk jogging. Aku jogging kat buggy track seround, then aku keluar ikut gate belakang, aku menyusur pantai sampailah ke tempat yang aku selalu pergi tuh, nun di hujung sana. Pelik aku, apalah yang buat aku akan sentiasa ke hujung tuh tapi itulah, tak lengkap hidup aku agaknya kalau tak ke sana setiap hari.

Lepas hantar laundry, singgah beli satay sekejap untuk dinner, then masuk site semula, ada a few things yang kena buat, benda-benda yang tak berkaitan dengan kerja. Ngam-ngam nak Maghrib baru aku balik, tapi dah siap mandi bagai. 




Monday

Sunday14022016

Biasanya dua tiga hari jugak nak menunekan semula kehidupan aku kat sini selepas cuti panjang tapi kali ini tak ada masalah pun, aku tetap bangun pagi macam biasa. Cuma satu jer, walaupun aku nekad tak nak tidur lepas Subuh, balik dari surau, aku tidur jugak.

Lepas tuh aku pergi jogging, pakai kasut baru. Rasa ringan jer, selesa jer jogging. Kasut New Balance, patutlah kan? Aku tak ke pantai, instead aku masuk site, terpaksa guna gate kat belakang sebab gate depan ditutup, guard tah kat mana. Dah nak siap dah rubble wall rupanya, dan aku perasan ada a few workers yang kerja ikat besi kat pool kat Beach Club. Apalah Kontraktor nih, katanya tak nak buat lain-lain kerja kecuali slope protection, ini diaorang buat jugak. Kalau MPK datang nanti, apa nak jawab?

Lepas ambik kereta kat site, barulah aku breakfast, then balik rumah, buat apa-apa yang patut, then masuk site. Sorang pun tak ada so aku sorang aje lah kat office. Ada aku whatsapped CPM hantar gambar site. Sebenarnya nak beritahu dia yang aku ada kat site. Lepas dari tuh, berdesup-desap dia tanya aku, pasal progress kerja etc. Banyak please, please nya sebab dia takut Tan Sri tanya, so aku katalah yang aku akan uruskan semuanya tuh dengan kontraktor-kontarktor lain. Ada jugak aku bayangkan kat dia yang mulai esok aku akan merisik khabar dari MPK. Baik pulak CPM tuh dengan aku kali nih.

Banyak jugak paper works yang aku kena buat, kena update, mulanya aku cadang nak settle kan semua tuh. Tapi bila difikir balik, buat apa aku buat kerja hari Ahad, waktu lain aku boleh buat, so aku rileks jer lah. Aku tengok The Amazing Race instead. Aku macam happy jer sekarang sebab season baru Survivor sama The Amazing Race dah mula. Biasanya 3 jam lepas ditayangkan kat tv di US, aku dah boleh tengok. Dan biasanya jugak, aku tunggu weekend baru tengok, seronok sikit tak ada gangguan.

Dan aku berjaya tamatkan Juzuk 30 mengaji kat Youtube. Esok, InsyaAllah, akan mulakan second round. Tak nak gopoh gapah, nak buat yang terdaya aje tapi konsisten. Mungkin ada orang kata yang belajar mengaji melalui internet, tak bagus. Aku bukan belajar mengaji, aku cuma mengecheck bacaan aku, kalau-kalau ada salah silap. Aku tak kata aku pandai mengaji tapi aku perhatikan yang bacaan yang aku baca, sama dengan apa yang Imam tuh baca, cumanya nafas aku pendek. Satu ayat sampai 3 kali bernafas, sedangkan Imam tuh sekali jalan aje. Memang ada a few mistakes here and there tapi basically apa yang aku baca, "lebih kurang" sama dengan apa yang aku dengar. 

Mulanya nak jogging kat site, kat buggy track, tapi jaga tuh macam tak suka jer aku kat office, sebelum pukul 5 dia dah tunggu nak kunci office. Kalau aku jogging kat site, aku nak gunakan office untuk tukar pakaian sebelum dan selepas jogging. So aku ke pantai aje lah, ke tempat biasa. 

Singgah warung Kak Long untuk beli Nasi Air. Dia nih lah peniaga paling rileks, dia bukak warung ikut suka dia aje, dan bukak pun cuma dari pukul 5 petang sampai 7 malam. Tapi, ramai orang datang. Entah apa lah rahsianya. 

Ker sebab pakaiannya yang ketat metat yang nampak alur, jalur dan salur di mana-mana. Aku, sesambil menunggu dia tapau makanan aku, ada gak aku jeling-jeling, kok-kok ternampak camel toe dia.

Awal jugak aku tidur malam nih, lena pun lena.Aku masih berwhatsapp-whatsappan sama Hendrik dan Andrei, cuma dengan Ibnu aje aku dah putus contact, dia dah balik Medan kot.

Sunday

Saturday13022016

Ada jugak niat aku untuk balik Cherating besok malam aje tapi aku rasa macam dah lama sangat aku kat KL nih. Lagipun, Monday nanti semua staff Kontraktor (tak tahu lah pulak pasal staff Konsultant, Mariposa kata nak balik Selasa sedangkan semalam beria CPM whatsapped aku tunjukkan contoh leave form Mariposa yang sepatutnya dah balik ke Cherating harinih. Dari dulu dah diaorang kena tipu bulat-bulat dek Mariposa tuh) akan balik dari long holiday, so aku kena ke site esok, lebih awal dari diaorang. Manalah tahu ada issue-issue lain yang aku perlu tahu.

Sempat lagi aku merempit pagi nih, cari beg sebab terbanyak pulak barang aku kali nih. So kali ini bawak 2 bags. Terrembat jugak sepasang kasut jogging sebab kasut aku dah haus tapaknya. Kalau jogging kat pantai, aku berkaki ayam, tapi kasut tuh untuk jogging kat buggy track. Terbeli jugak baseball cap sebab cap yang aku selalu pakai tuh dah lunyai, aku ada 2 caps lain tapi aku tak suka. Aku beli caps tu dulu sebab tak ada caps lain dah yang aku berkenan.

Susah aku nih, selalu sangat tertengok, termasuk (kedai) dan terbeli. Tertengok, termasuk, terbeli. Spender, stokin pun aku beli. Bab spender nih satu hal, aku nih pemalas sangat nak membasuh, hatta sehelai spender sekalipun. Jenis yang campak dalam tong. Sampai banyak. Aku tak hantar spender ke laundry, malu. Ituhari, tah macamana tah, adalah sehelai spender aku terlepas ke laundry, aku tak perasan. Dekat 2 minggu aku tak pergi hantar laundry lepas tuh. Bila kemaluan dah hilang barulah aku pergi semula, itupun saspen jer takut budak tuh kata, "Ha, tau dah. Cik pakai spender Renoma yer?"

Kasut yang aku tersalah beli ituhari, aku kasi kat this one guy yang kebetulan lalu masa aku nak keluar. Mulanya aku nak kasi ke Bangla tukang cuci apartment tapi dia tak nak. Pelik aku apasal dia tak nak. Terfikir jugak aku, nampak sangat kasut tuh "tak berharga", sebab memang tak berharga pun di mata Bangla tuh. 

Aku decided nak terus aje ke Terminal Bas di Bandar Tasik Selatan, tak kisahlah naik bas pukul berapa pun. Kalau bas malam, aku akan sempat merempit lagi seround. Aku terserempak lagi dengan budak yang "jual" Wakaf Quran dulu tuh, kali ini berdua. Dari jauh lagi dia dah tegur aku, aku tak cakap apa-apa pun mulanya, terus aku kasi duit untuk a few "lots", jugak untuk upah dia. Tapi sebelum blah, aku tepuk bahu dia sambil kata, "Bagus, you kena tegur ramai orang"

Aku naik bas pukul 4-30 pm, malaslah nak tunggu bas 10 malam. Itupun lenguh rasanya menunggu. Sampai Cherating pukul 9-30 pm, sampai 2 kali berhenti bas tuh, patutlah lambat. Aku tengok ada kesan hujan lebat, air bertakung di sana sini. Mintak-mintak tak ada apalah kat site, takut jugak aku sewage tank yang macam submarine tuh tercabut sebab cable nya banyak yang putus.

Lepas kemas-kemas apa yang patut, aku keluar cari makan. So I am back ke kehidupan asal di Cherating, kata aku dalam hati. Lama sangat aku cuti gamaknya sampaikan tokay tuh terlupa yang omelette aku tak ada cheese, aku order kata nak omelette jer, aku ingatkan dia tahu yang aku maksudkan cheese omelette. Aku pun tak cakap apa-apa bila diaorang charged aku harga cheese omelette. Benda kecik-kecik gitu, kan?

Saturday

Friday12022016

Aku rasa macam nak membebel jer nih tapi kalau start membebel nanti, susah nak stop. Aku pun malas nak tulis panjang-panjang.

Semalam dapat surat perlepasan Stop Work Order dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), doesn't mean much to me sebab 2 minggu lepas dah JAS janji dengan aku (dengan aku tuh, bukan dengan orang lain) nak keluarkan surat tuh sebab JAS puas hati dengan remedial works yang Kontraktor buat. Dan MPK keeps asking surat perlepasan dari JAS tuh. Tapi bagi yang kat KL nih, that's such a breakthrough lah kan?

So, bernyawalah sikit whatsapp group kitaorang yang dah lama senyap tuh. Aku tengok jer mula tuh, then aku tulis, "Now, don't get too excited, as far as I know infra submission to MPK belum settle lagi". Aku kalau bab-bab potong stim nih boleh tahan.

Aku tak berapa happy dengan Client punya Project Manager (CPM) nih, selama ini sejak dapat Stop Work Order, dia senyap jer, tak berani bersuara. Aku pm dia privately pun dia tak balas. Dulu tuh hari-hari messaged aku tanya pasal progress dan problems kat site. 

Tapi sejak dapat surat JAS semalam, barulah dia muncul semula. Bila aku kata aku ada kat KL, dia sindir aku, tanya, apa pasal aku tak beritahu dia. Aku perlu dapat approval dari Boss aku, kalau nak cuti. Aku beritahu yang semua orang tahu aku nak cuti, sampailah aku dapat gaji, kitaorang ada sembangkan pasal tuh kat dalam whatsapp group.

Bila CPM kata yang I am not being fair to the Client, aku suruh dia tanya Boss aku. "You can ask him to fire me, do what you have to do. I am doing what I have to do". Gila berani aku. Aku tak peduli dah, mank nya gwe pikirin? Biar diaorang tahu yang dengan aku nih, don't play play one.

Jadi bodoh jer aku lepas tuh, aku bengang sebab selama ini weekends, public holidays pun aku datang site, bila aku cuti sekejap pun mulalah nak bising. Aku cuti tuh bukan sebab apa, itu tanda aku protes, jugak nak sampaikan message across yang Boss aku mempergunakan aku, Client pulak not helping at all. Diaorang tak tahu ker yang I'm keeping semua info pasal MPK to myself, masaklah korang kalau aku tak ada nanti. 

On my way untuk Sembahyang Jumaat, terfikir jugak aku, yang harinih baru 12 haribulan, Boss aku akan bayarnya lah gaji aku. Apa nak berdrama-drama sangat, kan? Tapi itulah, kalau aku tak berdrama, orang lain tak akan tahu cerita sebenar.

Best Tazkirah sebelum Sembahyang Jumaat, obviously Ustaz tuh kaki FB sebab banyak contoh-contoh FB orang yang dia ceritakan. Pelik aku, tapi itulah, mungkin bukan semua, ada jugak Ustaz-ustaz yang bukak FB, Instagram, Twitter artis-artis. Apa ke jadahnya? 

Balik sembahyang, mungkin sebab masih menggelegak dengan isi Tazkirah dan Khutbah, aku sambung bukak Youtube, sampai ke petang tadi, dah masuk Juzuk 28. Kalau sebelum aku balik Cherating esok dapat aku tamatkan, Alhamdulillah. 

Aku tak perasan pun Boss aku whatsapp, dia dah masukkan gaji. Entah-entah dia pinjam duit CPM, Boss aku tuh bukan boleh percaya sangat. Tadi CPM kata dia nak whatsapp tanya Boss aku, agaknya tu pasal gaji aku dibayar. Tau pun takut! Ekekekekek

Aku tak balas pun message Boss aku tapi ada aku whatsapp kat CPM, aku kata, "One more time, that's it, I'm gone". Dia tak balas pun, ada aku kisah? 

Aku ke Sungai Wang, membeli must-buy items macam biasa, untuk dibawak balik Cherating. A few bungkus mushroom soup, muesli, granola bars, untuk bekalan sesebulan dua. Aku tak beli dah benda-benda lain macam olive oil, apple cider vinegar, honey, sebab benda tuh semua ada Site Safety Supervisor jual. Aku bersemangat nak berkecimpung dengan lebih serious lagi di bidang permakanan sunnah nih, minum olive oil campur lemon juice setiap pagi, minum apple cider vinegar campur honey campur air zam-zam setiap sebelum tidur sebab masa gathering muka-muka basi geng Rebanamaya ituhari, ada yang kata muka aku glowing, dibandingkan dengan masa terakhir some of them jumpa aku dulu, masa aku lepas dideport. 

Rasanya aku akan lama tak ke KL nanti, unless ada interview, atau kalau aku terima one of the offers. Tengoklah macamana nanti.

Thursday

Wednesday10022016

Seriously, aku semakin malas nak update blog. Ini aku paksa-paksakan jugak nih sebab kalau aku miss satu hari, aku takut aku akan termiss banyak hari. Termiss banyak hari, akan berlarutan sampai berbulan-bulan. I have to keep this blog going tapi at the same time aku malas nak cerita pergerakan aku. Malas nak update perkembangan aku yang tak berkembang-kembang nih. Rasa macam nak privatekan blog so that aku boleh tulis apa aku suka, to my heart's content. Then again kalau aku privatekan blog, aku yang akan merananya sebab orang tak dapat baca, orang tak dapat tahu cerita aku. Kat mana lagi aku nak mempresentkan diri aku kalau bukan kat blog, kan? There, statement seorang artis pencen. ekekekekek

Walaupun hidup aku nampak macam boring, even di mata aku sendiri, tapi in reality, there's a lot going on behind the scene. I am in constant touch dengan kawan-kawan kat Indon and Singapore (bunyi macam ramai jer tapi cuma 3 orang). Semua tuh aku tak nak tulis kat blog. Belum masanya lagi.

Kalau mengikut style lama aku menulis, banyak benda yang aku akan tulis pasal interview aku harinih, yang sejam lebih tu. Tapi aku malas, cukup sekadar aku beritahu yang projeknya kat Kota Marudu, Sabah, projek mini hydro, nun di dalam hutan di pendalaman. Joint venture dengan a company from Germany. Aku tak nak decide sekarang, tengok ajelah macamana nanti. Hopefully projek kat Cherating terus berjalan dan Boss aku tak ada masalah (now that GM pun dah tahu apa masalahnya dan he's the one yang handle bahagian payment). I have to be honest, despite banyak masalah, tapi aku suka kehidupan di Cherating yang very laid back, sesuai dengan jiwa raga aku. Aku tak nak imagine yang aku akan duduk dalam hutan. Tak ada internet connection. Tengoklah camana nanti, mungkin aku letih dengan nonsense projek Cherating, kan? Sometimes I'm tired simply means I need something new.

Ok, that's it for today, tak leh tulis banyak-banyak. 


Wednesday

Tuesday09022016

Aku ada talipun jaga kat projek Cherating, dia beritahu yang GM En K ada datang site semalam. Sekejap jer. Ituhari aku ada beritahu En K, tak payah datanglah sebab tak ada progress pun except kerja-kerja buat rubble walls, tapi dia nak datang jugak. Sebab menurut kata dia, Tan Sri sama Tengku Ariff Bendahara naK datang any time jer. 

Datanglah, kalau minggu nih datangnya, layan diri ajelah, mana ada orang kat site, kecuali 3 orang staff Kontraktor yang Melayu. Aku pun tak tahu bila nak balik, best pulak kat KL nih, tak macam kat Cherating, hari-harinya sama aje.

Aku ke internet cafe kejap, nak print apa-apa yang patut for interview esok. Singgah cari kasut jugak, ada satu tuh aku berkenan tapi saiz yang ada, besar. So aku beli stokin yang tebal a few pasangs. Singgah lunch kat Texas Chicken kat GEO Hotel kejap. Balik bilik, aku cubalah kasut tuh, diperagakan dengan seluar yang aku nak pakai besok. Tak lawa jadinya sebab seluar tuh kakinya kecik, kasut tuh nampak macam boat jer. Tengah kelebet-kelebet, tertanggal pulak besi kat kasut tuh. Adusss, tak kan aku nak pergi tukar, pulangkan balik, aku bukan jenis orang macam tuh. 

Tensen, aku tidur.

Aku keluar lagi lepas tuh. Misi mencari seluarlah pulak. Dengan aku nih senang jer, aku beritahu saiz, then aku cakap nak kaler apa, kain jenis apa. Sales person tuh macam tak percaya jer sebab in less than 5 minutes, aku ambik aje 5 helai seluar.

On my way nak balik, terlalu pulak depan kedai kasut, termasuk and terbeli sepasang. Sepanjang jalan balik, aku fikir, nak buat apa dengan kasut yang aku beli tengahari tadi tuh. Kalau aku bawak balik Cherating, aku tak akan pakai nya lah sebab dah ada kasut lain. Lagipun, nak sumbat kat mana, beg penuh. Nak tinggalkan aje, sayang. Housemate aku tak suka kasut-kasut berbaur kasut disko gitu. Tengoklah macamana, walaupun aku rasa sayang nak kasi kat sapa-sapa, tapi bila difikirkan balik, benda yang kita sayanglah yang afdal kita sedekahkan, aku jadi teruja gitu untuk kasi kat orang. Cumanya aku tak sayang kat kasut tuh, aku cuma rasa sayang sebab buang duit tadi tuh.

Aku cuba satu persatu seluar dan jeans yang aku beli tuh, semuanya aku suka. Biasanya bila beli pakaian, akan ada satu yang aku tak berkenan, tapi kali ini semuanya aku puas hati. Lawa-lawa pulak tuh, siap aku peragakan sambil pakai kasut. Ada yang longgar sikit, selebihnya fir dan ketat, macam yang artis kat tv tuh pakai, telor terletak jer. 

Tuesday

Monday08022016

Pagi nih aku breakfast kat rumah, dah tak kedai dah sebab tak cukup waktu. Katanya nak bertolak balik ke KL lepas breakfast tuh. So aku meround sekali lagi dengan fatbike, kalaulah hari-hari macam nih, kempis perut aku. Terbayang yang betapa bestnya kalau berfatbiking kat pantai Cherating.




Long sama Teh sampai pagi nih, so 7 out of 11 adik beradik yang balik, that ain't bad. Pukul 12 kitaorang bertolak balik, yang tinggal cuma mak, Long dan Teh sekeluarga. Besok mak balik pe pondok di Jerantut Ferry. Masa berpeluk-pelukan dengan mak, mak beria suruh aku doakan semoga mak selamat di pondok. "Mak nak balik ke sini, tak ada sapa nak jaga mak", mak kata gitu. Luluh hati aku mendengarnya, laju aje airmata aku keluar. 

Tebu yang Teh pegang tuh, aku yang tanam, sebelum ke Cherating dulu tuh.

Jalan tak jem pun, tak sampai pukul 2 dah sampai. Aku terus aje ke Bangsar, Ida ajak berhenti makan pun aku tak nak. Tidur jer lah kerjanya, aku tak suka tidur petang tapi sebab tak tahu nak buat apa dah. 

Lepas Isyak aku ke Bukit Bintang (where else lah kan?), cadangnya nak beli kasut, tali pinggang. I really have to look presentable untuk interview this Wednesday, yang dulu tuh aku tak pakai tali pinggang pun, kasut pun kasut yang ada panau. Aku sanggup tak bekam kepala ituhari, walaupun aku nak sangat. Sebab kalau nak bekam kat kepala, kena dicukur dulu.

Esok aje lah aku shopping dan buat, print apa-apa yang patut, I have the whole day tomorrow.

Monday

Sunday07022016

Kemaren gwe pulkam, ama saudara perempuan juga ponakan gwe. Berangkatnya jam 5 gituan, nyampe nya setengah sepuluh. Ya ampun macetnya setengah mati. Untung bukan gwe yang nyetirin. Biasanya 2 jam cuma. Ga rame saudara gwe yang pulang, cuma 4 keluarga, tapi besok lusa ada lagi yang menyusul.

Nyampe aje, langsung makan walaupun tadinya udah makan. Mana bisa dilihatin aja sambel item, sayur lemak daun singkong, ama patin masak tempoyak. Gwe ga online sebegitu lama walaupun sendirian di kamar kerna gwe khawtir dicurigai, ngapain online melulu ampe lewat malem.

Gwe ga makan pagi bareng, cuma minum secangkir kopi. Gwe langsung keluar kayuh speda fatbike punyanya saudara lelaki gwe. Adik gwe punya toko jual speda di Shah Alam. Dia anak yang berhasil, punya macem-macem toko. Enak banget, cuaca lagi mendung, ga terasa capek kayuh speda seluruh kampung, dari ujung ke ujung, ketemu ordes yang udah lama ga ketemu, sekedar bertanya kabar.

Ketemu jugak tante gwe yang lagi minum pagi di warkop, lalu gwe mampir. Speda gwe jadi perhatian, rame yang bertanya, ada yang berfoto-fotoran malah. Gwe seneng sekali mengalami kehidupan desa yang udah lama gwe tinggalin. Gwe langsung lupa ama kehidupan gwe di Cherating.

Argh, letih lah cakap Indo!

The rest of the day itulah, round seluruh kampung, sesambil tuh tengok-tengok anak sedara main futsal.

Aku rasa happy jer kali ini, biasanya kalau balik kampung kumpul keluarga, gwe sering minggir.




Masa kat masjid aku noticed yang ada a few faces missing, bila tanya jemaah, diaorang kata some of them dah pergi mengadap Ilahi. Aku betul-betul lose touch dengan berita kampung, dulu ada aku join whatsapp group Khairat Kematian Ulu Gali/Tok Machang tapi aku left sebab banyak cerita politik jer.

Satu yang aku notice bila duduk di kampung nih, masa tu rasa macam lama sangat. Dari pagi ke malam, lama rasanya. Mungkin sebab banyak aktiviti, dan aku tak online langsung, laptop tak bukak pun. Tapi whatsapp sentiasa on, Hendrik beritahu yang duit dia kena curi SD 500, nasib baik tak dicuri kesemuanya. Program dia pun hilang. Aku suruh dia duduk hotel sorang-sorang tapi dia tetap nak duduk dengan kawan lain sebab hotel kat Singapore mahal.

Malam nih, kitaorang berpakat nak berbekam, tah sapa punya idea. So aku ke rumah ChuBekam, tapi diaorang tak ada, so aku call dia suruh datang rumah, malam nih jugak. Kitaorang bertujuh yang berbekam, 4 lelaki dan 3 perempuan. Aku dengan Nuar jer yang pernah berbekam, yang lain tuh semuanya first timers, tapi, yang perempuan punyalah berani, ada yang berbekam muka.

Seksi tak, aku? ekekekkeke


Saturday

Friday05022016

Awal pagi baru aku dapat message dari Hendrik yang dia dah tiba di Changi, dan kawan dia yang sorang tuh dideport sebab selalu sangat keluar masuk Malaysia, Singapore, Indonesia dan Filipina. 

Redup jer pagi nih, aku tak ke mana-mana pun sebab laptop aku dah ok, aku godek-godek semalam, dah keluar sound dah semula.Melepak breakfast kat mamak, lama jer, sesambil baca papers. Pastuh beli a few more papers untuk dibaca kat bilik. So tergolek-golek atas katil sampailah masa nak pergi Sembahyang Jumaat. Aku suka Sembahyang Jumaat kat Pudu Sentral tuh sebab ada tazkirah. Selalu sangat tazkirah nya terkena batang hidung aku. Tadi tuh hampir kemek hidung aku. Pastuh beli nasi, tapau, makan kat bilik. Pastuh lepak lagi sampai petang. Menunggu masa untuk ke NU Sentral sebab ada janji nak jumpa dengan a few members Reban Ayam (RebanaMaya), member-member yang dah lama aku kenal melalui blog. Ada yang dah lebih 10 tahun. Ada jugak yang nak jumpa untuk kali pertama.

Laaa, malas lah nak update, tengok gambar jer lah. Mamposlah, semua yang ada gambar aku jer yang aku upload kat sini, yang lain tuh tak payahlah kot, biar diaorang sendiri post kat FB. Walaupun tak ramai yang datang tapi riuh rendah, macam biasa. Masing-masing pakat ambik gambar, lepas tuh sembang kat Whatsapp.

Dari dulu aku selalu cakap yang I like them all sebab they know me more than my family does.













Friday

Thursday04022016

Keletihan sebab seharian merempit, aku tidur awal jugak semalam, lagipun pagi nanti aku kena dapatkan as much info yang aku boleh dari MPK, biar GM impress sikit dengan aku sebab I am the only one yang dia harapkan. 

Dalam pukul 1 lebih, Hendrik talipun, dia takut tak tersedar pagi, so dia kata nak tumpang tidur kat bilik aku, nak sembang-sembang untuk kali terakhir. Macamlah tak jumpa dah kan sedangkan bulan depan dia nak datang Malaysia lagi. 

So macam semalamlah, bersembang dari satu cerita ke satu cerita, cuma nya malam nih kitaorang berdua aje sebab Ibnu ada hal. 

Ibnu akan stay di Malaysia for a few more days, lepas tuh baru balik Indo. Ibnu tak masuk Singapore sebab dia tak reti English, diaorang kena kasi penerangan pasal software, so basic English kena tahu.

"Sedih gak bang?", Hendrik tanya aku masa breakfast.

"Kok kamu muka asem aja", aku kata gitu, tak nak jawab soalan dia.

"Gwe memula sesuatu yg baru, banyak yang harus dikorbankan, bang. Bukan tentang hari ini tapi 1 tahun kedepan", kata Hendrik. I like this guy sebab bahasa dia puitis.

Aku temankan Hendrik sampai ke hotel tempat kawan dia yang nak berangkat sama-sama ke Singapore tuh, then terus aku balik. Flight diaorang pukul 12 tengahari. Rasa macam sedih jugak sebab aku terbayang, sebijik macam masa menghantar Bayou ke JFK Airport, masa dia nak balik Indo, dulu tuh. 

Aku sempat contact MPK Officer yang handle Bahagian Projek Tanpa Kebenaran, tanya dia apa conclusion meeting diaorang Selasa lepas. Dia kata akan ada lagi meeting minggu depan, lepas tuh aje baru boleh hantar appeal letter. 

Walaupun aku disuruh untuk tak beritahu sesiapa pasal GM nak jumpa aku, tapi aku terberitahu jugak kat a few. Simply sebab aku nak diaorang tahu yang diaorang banyak benda yang tak tahu, jugak supaya diaorang tahu yang aku tahu banyak benda yang diaorang sepatutnya tahu. Tapi sebab diaorang tak tahu dan buat-buat tak tahu, tahu lah aku macamana caranya nak memberitahu siapa-siapa yang patut tahu, apa-apa yang diaorang patut tahu. Daripada tak tahu menahu, kan? Sure GM akan impress dengan aku, tahu-tahu aku tahu.

Janjinya pukul 11, so 10-45 am aku dah di depan Royale Bintang, tapi whatsapp message aku tak berbalas. So aku ke Low Yatt Plaza, then bila fikir yang nanti aku akan disalahkan kalau tak datang pukul 11 sebab dah janji semalam, aku teruslah pergi semula ke Royale Bintang.

"Encik naik kat Business Centre di Level2, then jumpa Sara", kata concierge tuh.

"Encik K is having a briefing, dah nak siap dah so you have a seat there", kata Sara.

"I tunggu kat lobby jer lah sebab I am just dropping by, ini bukan official", kata Sara.

"No, Encik tunggu dalam sini, En K is expecting you. Kalau tidak how would I know nama Encik, pasal projek Cherating,"kata Sara lagi.

Sampai 2 jam kitaorang bersembang kat VIP Coffee House tuh, terasa macam orang penting jer bila tiap kali En K dapat call, dia suruh caller tuh talipun semula sambil kata, "I am having a discussion with the R E of Cherating project, you have to call me back later". 

So basically En K tahulah apa-apa juicy stuff pasal projek, apa-apa yang cuba disembunyikan dari pengetahuan dia dan orang-orang atasan. 

"Tapi you nak berenti kerja pulak, apalah you ni", kata En K.

"I like it there tapi I kena standby, my Boss betul-betul tak ada duit sampaikan submission ke MPK tak diterima sebab dia tak ada duit nak bayar processing fees", dari satu cerita ke satu cerita sensasi yang aku beritahu.

Aku mintak diri dalam pukul 1 lebih, aku kata ada lunch dengan adik aku yang kerja kat Fahrenheit. Lepas lunch, terus balik bilik. 

Dang, baru aku terasa macam sunyi gitu, tadi tuh aku sibuk, jadi tak ada rasa apa-apa. Ini bila duduk sorang-sorang kat bilik, aku jadi bodoh jer gitu. In a few days I'll get over it, tak apa. Cuma sekarang nih, aku sedih jer, biasalah, kan? Rasa nak balik Cherating jer. Tapi aku kena stay for 2 more days sebab Saturday nih baru balik kampung.

So tidur jer lah kerjanya. Laptop aku nih pulak tiba-tiba bisu, esok nak gi hantar kedai lah kot, ada jugak aktiviti. Malam pun malas nak keluar ke mana-mana, makan pun tapau jer. 

Betul lah orang cakap, friendship is like peeing in your pants. Everyone can see it, but only you can feel the warm feeling inside.



Thursday

Wednesday03022016

Masing-masing mengantuk, lepas breakfast, semuanya sambung tidur. Pukul 9 siap sedia nak keluar, aku sama Hendrik aje sebab Ibnu ada hal lain. Mulanya kitaorang ke Low Yatt Plaza sebab Hendrik nak beli camera charger. Biasalah orang Indo, tengok kat semua kedai baru dibeli. Lepas tuh check pulak camera yang on display, walaupun memang tak ada niat nak beli pun.

Tiba-tiba GM Hotel talipun, first time dia call, biasanya kat whatsapp jer. Dia kata dia nak datang site on Monday masa Raya Cina, so dia tanya aku, siapa yang ada kat site. Aku cakap tak ada sapa tapi kalau dia nak aku ada, aku boleh balik ke Cherating on Sunday. Aku kasi dia no talipun jaga, dan aku akan talipun jaga tuh nanti.

Dia tanya aku, apa status kerja dan jugak Stop Work Orders so aku ceritakanlah kat dia satu persatu. Bengang dia sebab tak ada siapa yang update dia pasal projek. Sempat jugak aku beritahu dia yang aku dalam proses cari kerja lain sebab gaji lambat masuk, aku tipu dia, aku kata 3rd week of the month baru gaji.

""What?", dia kata gitu.

Dan bila aku kata yang aku di KL, free dan in his vicinity pulak, terus dia suruh aku drop by kat office dia kat Hotel Royale Bintang, Jalan Bukit Bintang, pukul 11 pagi esok. Dia siap kasi tahu yang jangan war-warkan kat group yang dia nak datang site, jugak pasal meeting kitaorang pagi esok tuh. 

Kitaorang ke KLCC, then makan kat AvenueK. Lepas tuh merayau-rayau kat luar Twin Towers, aku rasa beratus gambar Hendrik yang aku ambik, dia nih minat bergambar. Lepas tuh ke Titiwangsa, then ke KL Sentral, dia nak merasa naik Monorail, LRT dan Kommuter. Last sekali kitaorang ke Batu Caves, panjat sampai ke atas. 

Balik bilik masing-masing, then lepas Isyak keluar semula. Pergi Pavilion (aku sekarang sebut Pavilion tuh Paveeleon), makan kat Jhonny Rockets, dah lama aku mengidam nak makan Philly Cheesesteaks, tapi sebab aku sorang-sorang, tak pernah kesampaian cita-cita aku. Tak sedap langsung, yang AvenueK tuh boleh tahan rasanya. 

Tuesday02022016

Aku tak tidur pun lepas Subuh, terus aje kemas-kemas apa yang patut, dang, kena bawak banyak jugak pakaian nih sebab aku akan cuti lama. Tak pernah selama ini cutinya. Mungkin jugak lepas Raya Cina nanti aku dah tak ada kat sini, who knows, kan? Sejak semalam lagi aku fikir, ini mungkin sembahyang terakhir kat surau, ini mungkin kali terakhir aku makan kat kedai nih. Sampaikan aku kata dalam hati, ok, stop analyzing and just go with the flow.

Kadang-kadang, hidup nih is like a roller-coaster; once you are strapped-in and the ride has started, you aren't getting off.

Tak ada kedai yang bukak pulak harinih, terus ke office jer sebab dah janji dengan CikMat, Architect's Supervisor, nak hantar aku ke Stesen Bas Geliga. Kereta, macam biasa, aku tinggalkan tepi office. Lama kali nih, so aku letak kat tempat teduh sikit.

Macam-macam aku pesan kat CikMat, aku takut-takutkan dia jugak sebab dia kerja bawah S O so basically dialah yang berkuasa, kalau R E tak ada. Dia panik jugak sebab dia tak reti komputer, macam Mariposa jugaklah.

Naik bas pukul 9, berhenti kat Kuantan lama, tak lama lepas tuh berhenti kat RnR pulak, sampai KL pukul 2. Hendrik dah tunggu kat lobby hotel, dia nak duduk sehotel dengan aku, walaupun berlainan bilik dan floor. Semalam dia kat hotel di Bukit Bintang.Ibnu jer yang kat Chinatown. 

Masing-masing kelaparan so kitaorang ke Central Market, cadangnya nak ke restoran Indo, tapi rupanya restaurant tuh dah didown-sized, kat tempat tak berair-cond, so kitaorang ke Thai Restaurant di Floor 1. 


Lepas tuh Hendrik ke tempat Ibnu, aku terus jer balik ke hotel, off kan cellphone, tidur. Sampai dekat Maghrib baru aku tersedar. Berubah langsung cara hidup aku selama ini, jadi tak menentu dan kucar kacir gitu. Dan aku pun saja-saja buat lupa untuk tanya MPK apa outcome nya special meeting diaorang tadi. 

Rugi kalau aku tak ambik tahu sebab aku sorang jer yang ada access to that Officer (DAN mpk Officers lain), orang lain kat KL tuh semuanya menanti aku kasi info. Silaplah, aku dah tak nak ambik tahu dah pasal projek nih.


Lepas Isyak barulah aku ke bilik Hendrik, sembang-sembang kejap, pastuh kitaorang ke tempat Ibnu, then makan malam. Geng Indo nih kan, diaorang kaya, tak suka berjalan, dekat jer tempatnya pun nak naik teksi. Aku beritahu diaorang yang aku lebih suka jalan kaki, contohnya dari Chinatown ke Bukit Bintang. 

Sebabnya, aku nak enjoy memerhati sekeliling, dan mungkin on my way tuh, akan ada something yang menarik. Aku beritahu diaorang yang dalam hidup aku I do not care so much about the destination, I simply enjoy the journey.

Dekat pukul 12 baru selesai sembang, lepas tuh sambung semula kat bilik aku. Sembang-sembang, lepas tuh masing-masing check cellphone memasing, lepas tuh sambung lagi sembang. Senyap sekejap, sambung semula. Sampailah pukul 3 pagi. Last-last Ibnu melepak bilik Hendrik. 

Tuesday

Monday01022016

Aku rasa macam nak sentap jer masa minum kat warung Mak Dah tadi. Staff Kontraktor sama 2 staff Konsultant tengah minum semeja, so aku macam biasalah nak join diaorang. Tapi meja tuh kecik, dah penuh, dan diaorang tak ada pun pelawa cakap "sinilah Boss", sesambil tarik kerusi. Macam yang kitaorang selalu buat. So aku minum sorang-sorang kat meja lain, kejap jer.

Tengah terangkan kat 2 staff Konsultant apa-apa yang patut (sebab diaorang dah lama tak datang site), ada call. Ada interview Khamis nih. A few minutes later bila aku check email, aku tengok yang venue nya kat Kota Kinabalu, so terus aku call company tuh. So diaorang arrange untu aku interview di USJ, 10 hb nanti, diaorang tersilap, ingatkan aku candidate dari Sabah. Diaorang rekomen aku untuk kedua-dua posts, R E dan Project Manager, sebab gaji yang ditawarkan sama untuk both posts. Huge building project kat Sabah.

Melepak sembang sama staff Kontraktor pulak lepas tuh, diaorang nak tahu pasal any new updates. Sebab aku sorang jer yang tahu, i.e aku sorang yang serba tahu. Then aku beritahu yang aku nak ke KL besok dan mungkin tak balik ke site dah until aku dapat gaji. Minutes of meeting yang aku buat, aku tak nak releasekan, dan kalau pun ada meeting, aku tak nak datang. Last month aku datang meeting sebab gaji masuk just days before meeting tuh.

Gelak jer diaorang bila aku kata yang my days are numbered, and if I really have to go, aku nak ajar sikit sapa-sapa yang patut diajar. "I am not going to go quietly...", aku pinjam ayat mendiang Princess Diana dulu tuh.

Diaorang tak percaya yang I am capable of buat benda-benda yang tak masuk akal in the name of getting a revenge, walaupun deep down aku tahu yang aku tak akan buat dah benda-benda nakal gitu. So aku cerita kisah aku balas dendam kat Boss aku yang lama-lama dulu, masa kat Concorde, New Hampshire. An eye for an eye gitu. Yang Boss aku "kencingkan" aku dan aku "kencingkan" dia balik. Boss aku berhentikan aku on the spot, suruh balik ke New York dalam snow lebat. So malam tuh, aku dapat peluang balas dendam, aku kencing dalam botol Listerine dia.

Sampai sekarang aku tak akan beli Listerine kaler yellowish brown, aku beli yang kaler biru aje. 

Aku tengah lunch bila orang MPK talipun, Officer mana tah, dia dapat nombor aku dari Ketua Bahagian Bangunan MPK. Diaorang nak datang site dalam pukul 4 lebih. Terus aku balik office, cakap pada Tonne, "Ok, now it's show time, Tonne". Lately aku sama Tonne (kadang tuh sama Project Manager dia yang di KL) selalu "berlakun", just to get our messages across. Kalau tak, orang di KL nun, diaorang buat tak tahu aje, simply sebab diaorang tak tahu cerita sebenar what's happening at the site.

So basically semua orang tahu yang aku will be away from the site sampai suatu masa nanti. Tapi, macam biasa, masing-masing tak kata apa, sekadar baca jer perbualan kitaorang.

Pukul 5 barulah diaorang sampai, bertiga. Ketua Bahagian Bangunan, Ketua Bahagian Struktur, dan sorang perempuan. Aku cuma kenal Ketua Bahagian Bangunan tuh aje sebab dia dah datang ituhari dan selalu berwhatsapp dengan aku. 

Sepanjang kat site tuh aku cuba korek-korek any maklumat yang berguna tapi itulah, too many Officers yang terlibat, masing-masing kasi hints yang berbeza. Kalau masa Officer yang datang minggu lepas tuh, katanya dalam sesebulan setengah paling lama untuk selesaikan masalah, sebab kitaorang boleh appeal. 

Tapi, kalau mengikut Officer harinih, lama masa diperlukan sebab diaorang nak kan all those records yang berkaitan dengan structures. Masing-masing macam tak ada confidence jer dengan projek kitaorang nih, tak ada confidence dari segi keselamatan. 

Besok MPK akan ada meeting, khas untuk tentukan nasib projek nih so after tomorrowlah akan tahu halatuju this supposed-to-be 6-star project. Aku tak nak fikir sangat sebab halatuju aku sendiri pun aku tak tahu nih.


So tak pergi jogginglah aku petang nih sebab MPK balik pukul 6 lebih. Tak apa lah. Sempatlah jugak mengacau diaorang kat KL, again, thanks to Tonne tukang bakar. Akhirnya terbongkar yang Boss aku memang orang yang suka berdalih, sentiasa ada jawapan, dan yang pentingnya, semua orang tahu yang dia tak ada duit untuk buat submission. Tak payahlah aku tempel kat sini chat seterusnya.

Aku keluar makan lewat sikit pasal aku nak jumpa Mariposa yang baru balik dari KL petang tadi, nak ceritakan kat dia perkembangan terbaru. Tapi tak ada pulak nampak batang hidung dia, walaupun ada Merc dia tersadai kat depan kedai. 

Aku nak suruh dia standby minggu nih sebelum Raya Cina sebab takut ada sapa-sapa datang, dengar ceritanya Tan Sri sama Tengku Ariff Bendahara nak datang. Minggu depan pulak Mariposa tak ada seminggu, so aku dah beritahu Staff Konsultant (Arkitek punya Supervisor) untuk jaga-jaga. 

Esok aku akan ke KL.


Monday

Sunday31012016

Dua orang jer staff Kontraktor yang ada kat office harinih, Construction Manager, T, sama Senior Supervisor, AC. Mata merah kedua-duanya, mabuklah tuh. Staff Melayu sorang pun tak ada. Staff Konsultant lagilah tak adanya. 

Adalah dalam sejam aku kat site, menengok orang pasang rubble wall, lepas tuh aku merayau-rayau kat kongsi, kat tepi site. Sedap pulak melayan lagu, tak sedar jer aku dah kat pantai. 

Ramai Mat Salleh sekarang nih, dan makin ramai yang ke pantai depan projeck kitaorang, meriah semacam jadinya.

Yang buat geramnya dengan diaorang nih, diaorang selalu masuk site ikut suka memasing, tambah-tambah pulak pagar yang kat pantai tuh dah roboh. So sapa-sapa aje boleh masuk. Bila dihalau, diaorang buat bodoh jer. Orang kampung lagi lah pulak, siap ajak gaduh lagi.



Walaupun tadi Mak Dah ada kasi aku nasi dagang (yang sepatutnya aku buat sebagai lunch), tapi aku ke kedai Pak Sahak jugak. Diaorang suruh aku try Tomyam sebab aku kata dah bosan makan nasik dengan lauk, so kalau ada masakan panas, best jugak. Since ada pucuk ubi celur, aku suruh diaorang buat Tomyam Daun Sinkong. Not bad.


"Pah bilonya kito nak beli Mercedes?" Pak Sahak tanya aku. Dia merefer pada staff Konsultant yang baru dapat duit EPF, pastuh beli Merc second hand tuh. Ok, aku namakan dia Mariposa lah, from now on kat blog nih, staff yang tak pernah lekat kat office tuh, aku nak panggil dia Mariposa (sempena mariposa de nuit, kupu-kupu malam. Yang dia suka cari tuh. Oooppss)

"Dio baru bulih pitih EPF", aku kata gitu.

"Patutnya kito lagi paka keto besar", Pak Sahak mencucuk aku. Tersedih aku mendengarnya, kalau dia tahu yang aku nih tak ada apa-apa, sure dia tak percaya. 


Tengah sembang, aku dapat message dari Boss aku. Aku tunjukkan kat Tonne (Ok, Tonne is Contaractor punya Construction Manager, dia Boss kat sini, atas dari dia, Project Manager yang datang site sekali sekala, especially masa meeting).

Memang aku dah agak dah, Contractor pun masih belum dapat 3 payments terakhir. Kitaorang suspect yang 1MDB betul-betul ada issue sekarang nih, even GM dan yang lain-lainnya macam dah menjauhkan diri aje. Kalau dulu sibuk tanya itu ini, sekarang nih masing-masing membisu seribu bahasa. 

"He really has no money lah", kata Tonne. So kitaorang berceritalah pasal Boss aku. Dia nih dulunya multi-millionaire, ada boat (yacht?) lagi. Rumah dia kat area-area rumah Ku Li kat Jalan Langgak Golf, KL. Dia bengkrap pasal share market, he went for broke and ultimately he ended up broke. Dia dapat projek nih pun sebab ada kaitan dengan istana Kelantan, wife dia ada a few titiks darah kerabat diraja.

So jadi bodoh jer lah aku the rest of the day, memikirkan my next step of action. Aku memang boleh bertahan tak bergaji for a few months tapi that's not the point. A man can live on his wits and his balls for only so long, kan? Tak apa, aku ada masa untuk berfikir, untuk buat apa-apa yang patut. 

Aku ke teluk kat spa site tuh lagi petang nih, ingatkan workers dah balik tapi diaorang buat overtime. Nak sampai ke hujung sana tuh punyalah jauh aku rasa. Aku nih bukanlah orang yang mudah perasan, tapi aku perasan yang diaorang pandang jer aku. Macam Bangla pandang awek-awek Melayu kat malls, macam tu lah. Ada pulak tuh, bila aku nak tegur diaorang, diaorang buat-buat pandang kat lain. Geram jer nak cakap, "Stop looking at me, bitch!", "And you, what are you looking at, bitch!"

Tak ada pulak orang surfing so bebas lah sikit, aku jogging setempat aje lah sampai berpeluh-peluh. Terralit jadinya sesambil memerhati kebesaran Tuhan dengan ombak bergulung-gulung menghempas batu etc. Masa break minum air, aku pandang belakang, laaa, rupanya kat atas bukit nun, geng-geng Bangla tuh memerhati aku. Damn! Not only that, tak lama lepas tuh, Mamat Ambon nih turun ke pantai tempat aku lepak. Damn, leave me alone, will ya?

Gwe pengen mandi tapi sewaktu buka tas persalinan, celana kecil gada. Amit-amit, kok bisa lupa? Ya udah, pulang aja.

Ke surau aku memang tak bawak cellphone, aku bukannya Imam, kan? So balik dari Maghrib tadi, aku tengok Hendrik ada whatsapped, tulis, "Bang...." Pukul 7-30 pm message tuh, so aku balas balik, tanya, "Apa'an?" Tak ada kesan dibaca message aku tuh, and my other few messages. Panik jugak aku, iyalah, manalah tahu ada kecurian ker, kena tangkap ker pasal jual program ciplak yang diubahsuai. Sebelum pergi surau for Isyak, aku called dia, tak dijawab. 

Runsing jugak aku memikirnya, aku pernah jadi macam dia, sorang-sorang kat negara orang, so aku tahu lah how susah it is kalau ada masalah. Lambat pulak Imam tuh malam nih, siap bagi Tazkirah bagai. Resah aku dibuatnya. Still tak ada reply dari Hendrik, dan call aku pun tak dijawab. Apahal nih? 

Mulanya aku tak nak pergi makan sebab tak rasa lapar, petang tadi pun aku tak singgah warung Kak Long, tak macam Ahad-ahad yang lepas. Bosan dah pekena Nasi Air. Tapi dalam 10 setengah tuh aku rasa lapar, so aku pergi cari burger, nasib baik kedai cheese omelette dah tutup. 

Aku teringat yang dua tiga hari lepas aku dah boleh sense yang aku akan hadapi masalah sebab the last few days semuanya happy-happy aje. Rupanya hari ni lah harinya. Rasa macam banyak masalah aku sampaikan nak makan pun tak ada mood, tak habis pun cheese burger special tuh. 

Mulanya aku fikir pasal gaji, pasal Boss aku, pasal project in general. Then fikir pasal kawan aku, Hendrik, yang aku tak tahu apa masalahnya. Ditambah pulak hujan turun (kat warung tuh tak ada pulak jual payung, tak kalu, hilang satu masalah) dan aku terstuck kat warung tuh, dan ada tv screen besar tengah tayang live MentorMillenia or something, yang ada Datok Qu Puteh tuh. Terlintas jugak kat kepala aku yang bengap nih, orang yang buat banyak solat sunat, tak sepatutnya ambik port pasal benda-benda hiburan macam tuh, tapi dia kemain galaknya. I don't know, I could be wrong kot?

Dah lah, balik lah, tidur, I'll be ok tomorrow, kata aku dalam hati. So aku balik rumah dalam renyai malam.

Dekat tengah malam masa aku tulis blog, baru dapat message dari Hendrik, dia kata dia ada buat demo tadi. Just in one 4-word sentence.

Some people kan, some people.......