Friday

Thursday04022016

Keletihan sebab seharian merempit, aku tidur awal jugak semalam, lagipun pagi nanti aku kena dapatkan as much info yang aku boleh dari MPK, biar GM impress sikit dengan aku sebab I am the only one yang dia harapkan. 

Dalam pukul 1 lebih, Hendrik talipun, dia takut tak tersedar pagi, so dia kata nak tumpang tidur kat bilik aku, nak sembang-sembang untuk kali terakhir. Macamlah tak jumpa dah kan sedangkan bulan depan dia nak datang Malaysia lagi. 

So macam semalamlah, bersembang dari satu cerita ke satu cerita, cuma nya malam nih kitaorang berdua aje sebab Ibnu ada hal. 

Ibnu akan stay di Malaysia for a few more days, lepas tuh baru balik Indo. Ibnu tak masuk Singapore sebab dia tak reti English, diaorang kena kasi penerangan pasal software, so basic English kena tahu.

"Sedih gak bang?", Hendrik tanya aku masa breakfast.

"Kok kamu muka asem aja", aku kata gitu, tak nak jawab soalan dia.

"Gwe memula sesuatu yg baru, banyak yang harus dikorbankan, bang. Bukan tentang hari ini tapi 1 tahun kedepan", kata Hendrik. I like this guy sebab bahasa dia puitis.

Aku temankan Hendrik sampai ke hotel tempat kawan dia yang nak berangkat sama-sama ke Singapore tuh, then terus aku balik. Flight diaorang pukul 12 tengahari. Rasa macam sedih jugak sebab aku terbayang, sebijik macam masa menghantar Bayou ke JFK Airport, masa dia nak balik Indo, dulu tuh. 

Aku sempat contact MPK Officer yang handle Bahagian Projek Tanpa Kebenaran, tanya dia apa conclusion meeting diaorang Selasa lepas. Dia kata akan ada lagi meeting minggu depan, lepas tuh aje baru boleh hantar appeal letter. 

Walaupun aku disuruh untuk tak beritahu sesiapa pasal GM nak jumpa aku, tapi aku terberitahu jugak kat a few. Simply sebab aku nak diaorang tahu yang diaorang banyak benda yang tak tahu, jugak supaya diaorang tahu yang aku tahu banyak benda yang diaorang sepatutnya tahu. Tapi sebab diaorang tak tahu dan buat-buat tak tahu, tahu lah aku macamana caranya nak memberitahu siapa-siapa yang patut tahu, apa-apa yang diaorang patut tahu. Daripada tak tahu menahu, kan? Sure GM akan impress dengan aku, tahu-tahu aku tahu.

Janjinya pukul 11, so 10-45 am aku dah di depan Royale Bintang, tapi whatsapp message aku tak berbalas. So aku ke Low Yatt Plaza, then bila fikir yang nanti aku akan disalahkan kalau tak datang pukul 11 sebab dah janji semalam, aku teruslah pergi semula ke Royale Bintang.

"Encik naik kat Business Centre di Level2, then jumpa Sara", kata concierge tuh.

"Encik K is having a briefing, dah nak siap dah so you have a seat there", kata Sara.

"I tunggu kat lobby jer lah sebab I am just dropping by, ini bukan official", kata Sara.

"No, Encik tunggu dalam sini, En K is expecting you. Kalau tidak how would I know nama Encik, pasal projek Cherating,"kata Sara lagi.

Sampai 2 jam kitaorang bersembang kat VIP Coffee House tuh, terasa macam orang penting jer bila tiap kali En K dapat call, dia suruh caller tuh talipun semula sambil kata, "I am having a discussion with the R E of Cherating project, you have to call me back later". 

So basically En K tahulah apa-apa juicy stuff pasal projek, apa-apa yang cuba disembunyikan dari pengetahuan dia dan orang-orang atasan. 

"Tapi you nak berenti kerja pulak, apalah you ni", kata En K.

"I like it there tapi I kena standby, my Boss betul-betul tak ada duit sampaikan submission ke MPK tak diterima sebab dia tak ada duit nak bayar processing fees", dari satu cerita ke satu cerita sensasi yang aku beritahu.

Aku mintak diri dalam pukul 1 lebih, aku kata ada lunch dengan adik aku yang kerja kat Fahrenheit. Lepas lunch, terus balik bilik. 

Dang, baru aku terasa macam sunyi gitu, tadi tuh aku sibuk, jadi tak ada rasa apa-apa. Ini bila duduk sorang-sorang kat bilik, aku jadi bodoh jer gitu. In a few days I'll get over it, tak apa. Cuma sekarang nih, aku sedih jer, biasalah, kan? Rasa nak balik Cherating jer. Tapi aku kena stay for 2 more days sebab Saturday nih baru balik kampung.

So tidur jer lah kerjanya. Laptop aku nih pulak tiba-tiba bisu, esok nak gi hantar kedai lah kot, ada jugak aktiviti. Malam pun malas nak keluar ke mana-mana, makan pun tapau jer. 

Betul lah orang cakap, friendship is like peeing in your pants. Everyone can see it, but only you can feel the warm feeling inside.