Saturday

Friday05022016

Awal pagi baru aku dapat message dari Hendrik yang dia dah tiba di Changi, dan kawan dia yang sorang tuh dideport sebab selalu sangat keluar masuk Malaysia, Singapore, Indonesia dan Filipina. 

Redup jer pagi nih, aku tak ke mana-mana pun sebab laptop aku dah ok, aku godek-godek semalam, dah keluar sound dah semula.Melepak breakfast kat mamak, lama jer, sesambil baca papers. Pastuh beli a few more papers untuk dibaca kat bilik. So tergolek-golek atas katil sampailah masa nak pergi Sembahyang Jumaat. Aku suka Sembahyang Jumaat kat Pudu Sentral tuh sebab ada tazkirah. Selalu sangat tazkirah nya terkena batang hidung aku. Tadi tuh hampir kemek hidung aku. Pastuh beli nasi, tapau, makan kat bilik. Pastuh lepak lagi sampai petang. Menunggu masa untuk ke NU Sentral sebab ada janji nak jumpa dengan a few members Reban Ayam (RebanaMaya), member-member yang dah lama aku kenal melalui blog. Ada yang dah lebih 10 tahun. Ada jugak yang nak jumpa untuk kali pertama.

Laaa, malas lah nak update, tengok gambar jer lah. Mamposlah, semua yang ada gambar aku jer yang aku upload kat sini, yang lain tuh tak payahlah kot, biar diaorang sendiri post kat FB. Walaupun tak ramai yang datang tapi riuh rendah, macam biasa. Masing-masing pakat ambik gambar, lepas tuh sembang kat Whatsapp.

Dari dulu aku selalu cakap yang I like them all sebab they know me more than my family does.