Tuesday

Monday01022016

Aku rasa macam nak sentap jer masa minum kat warung Mak Dah tadi. Staff Kontraktor sama 2 staff Konsultant tengah minum semeja, so aku macam biasalah nak join diaorang. Tapi meja tuh kecik, dah penuh, dan diaorang tak ada pun pelawa cakap "sinilah Boss", sesambil tarik kerusi. Macam yang kitaorang selalu buat. So aku minum sorang-sorang kat meja lain, kejap jer.

Tengah terangkan kat 2 staff Konsultant apa-apa yang patut (sebab diaorang dah lama tak datang site), ada call. Ada interview Khamis nih. A few minutes later bila aku check email, aku tengok yang venue nya kat Kota Kinabalu, so terus aku call company tuh. So diaorang arrange untu aku interview di USJ, 10 hb nanti, diaorang tersilap, ingatkan aku candidate dari Sabah. Diaorang rekomen aku untuk kedua-dua posts, R E dan Project Manager, sebab gaji yang ditawarkan sama untuk both posts. Huge building project kat Sabah.

Melepak sembang sama staff Kontraktor pulak lepas tuh, diaorang nak tahu pasal any new updates. Sebab aku sorang jer yang tahu, i.e aku sorang yang serba tahu. Then aku beritahu yang aku nak ke KL besok dan mungkin tak balik ke site dah until aku dapat gaji. Minutes of meeting yang aku buat, aku tak nak releasekan, dan kalau pun ada meeting, aku tak nak datang. Last month aku datang meeting sebab gaji masuk just days before meeting tuh.

Gelak jer diaorang bila aku kata yang my days are numbered, and if I really have to go, aku nak ajar sikit sapa-sapa yang patut diajar. "I am not going to go quietly...", aku pinjam ayat mendiang Princess Diana dulu tuh.

Diaorang tak percaya yang I am capable of buat benda-benda yang tak masuk akal in the name of getting a revenge, walaupun deep down aku tahu yang aku tak akan buat dah benda-benda nakal gitu. So aku cerita kisah aku balas dendam kat Boss aku yang lama-lama dulu, masa kat Concorde, New Hampshire. An eye for an eye gitu. Yang Boss aku "kencingkan" aku dan aku "kencingkan" dia balik. Boss aku berhentikan aku on the spot, suruh balik ke New York dalam snow lebat. So malam tuh, aku dapat peluang balas dendam, aku kencing dalam botol Listerine dia.

Sampai sekarang aku tak akan beli Listerine kaler yellowish brown, aku beli yang kaler biru aje. 

Aku tengah lunch bila orang MPK talipun, Officer mana tah, dia dapat nombor aku dari Ketua Bahagian Bangunan MPK. Diaorang nak datang site dalam pukul 4 lebih. Terus aku balik office, cakap pada Tonne, "Ok, now it's show time, Tonne". Lately aku sama Tonne (kadang tuh sama Project Manager dia yang di KL) selalu "berlakun", just to get our messages across. Kalau tak, orang di KL nun, diaorang buat tak tahu aje, simply sebab diaorang tak tahu cerita sebenar what's happening at the site.

So basically semua orang tahu yang aku will be away from the site sampai suatu masa nanti. Tapi, macam biasa, masing-masing tak kata apa, sekadar baca jer perbualan kitaorang.

Pukul 5 barulah diaorang sampai, bertiga. Ketua Bahagian Bangunan, Ketua Bahagian Struktur, dan sorang perempuan. Aku cuma kenal Ketua Bahagian Bangunan tuh aje sebab dia dah datang ituhari dan selalu berwhatsapp dengan aku. 

Sepanjang kat site tuh aku cuba korek-korek any maklumat yang berguna tapi itulah, too many Officers yang terlibat, masing-masing kasi hints yang berbeza. Kalau masa Officer yang datang minggu lepas tuh, katanya dalam sesebulan setengah paling lama untuk selesaikan masalah, sebab kitaorang boleh appeal. 

Tapi, kalau mengikut Officer harinih, lama masa diperlukan sebab diaorang nak kan all those records yang berkaitan dengan structures. Masing-masing macam tak ada confidence jer dengan projek kitaorang nih, tak ada confidence dari segi keselamatan. 

Besok MPK akan ada meeting, khas untuk tentukan nasib projek nih so after tomorrowlah akan tahu halatuju this supposed-to-be 6-star project. Aku tak nak fikir sangat sebab halatuju aku sendiri pun aku tak tahu nih.


So tak pergi jogginglah aku petang nih sebab MPK balik pukul 6 lebih. Tak apa lah. Sempatlah jugak mengacau diaorang kat KL, again, thanks to Tonne tukang bakar. Akhirnya terbongkar yang Boss aku memang orang yang suka berdalih, sentiasa ada jawapan, dan yang pentingnya, semua orang tahu yang dia tak ada duit untuk buat submission. Tak payahlah aku tempel kat sini chat seterusnya.

Aku keluar makan lewat sikit pasal aku nak jumpa Mariposa yang baru balik dari KL petang tadi, nak ceritakan kat dia perkembangan terbaru. Tapi tak ada pulak nampak batang hidung dia, walaupun ada Merc dia tersadai kat depan kedai. 

Aku nak suruh dia standby minggu nih sebelum Raya Cina sebab takut ada sapa-sapa datang, dengar ceritanya Tan Sri sama Tengku Ariff Bendahara nak datang. Minggu depan pulak Mariposa tak ada seminggu, so aku dah beritahu Staff Konsultant (Arkitek punya Supervisor) untuk jaga-jaga. 

Esok aku akan ke KL.