Friday

Making A List, Checking It Twice


Aku tak buat apa sangat masa balik Raub. Aku lebih pada nak tengok dan nak tahu, apa gossip dan cerita terbaru. Itu saja. Now that aku tahu yang aku akan duduk di kampung temankan mak, aku kena lah menyesuaikan diri. dengan persekitaran. 

Itu yang pagi-pagi aku keluar mengeteh, beli paper. Iyalah, nak kena tunjuk-tunjukkan jugak muka, tak lah nanti orang tanya, "aok (awak) anak saper?". 

"Suratkhabar Inggeris tak ada jual ker, makcik?", aku tanya makcik kat kedai runcit tuh. 

"Mat nyer (apa pasal nya), aok tak reti baca suratkabor Melayu ker?" dia tanya aku. Sabar jer lah. 

"Aok nak duduk kampung pulok? Kerje mender?", makcik tuh tanya lagi. 

Aku "tengok-tengok" jugak surau yang kat area yang macam mini R&R tuh, aku tak rasa ada dibuat sembahyang jemaah kat situ, kecuali masa ada orang Tabligh datang ziarah. Ada jugak mini library kat kampung tuh tapi tah bila bukaknya, dan aku rasa kalau ada buku pun, ada dua tiga buah jer kot. Kampung nih kampung Tanpa Wayar, maknanya ada wi-fi tapi I doubt it berfungsi. Semuanya tuh aku kena check nanti tuh. Kat seberang jalan tuh pusat peraih durian/pisang/kelapa sawit, meriah kalau pagi-pagi, penuh dengan Cina buncit yang semuanya dengan 4WD masing-masing. Gerai/kedai makan ada 3 bijik, kira ok lah tuh, lagi best kalau bukak sampai malam, kan?

Cuma sekali jer aku mengeluarkan peluh, aku cadangnya nak menyangkul apa-apa yang patut tapi mak, anak sedara aku ada datang tengok. So terpaksa lah "bekerja keras" sikit kan? Kejap jer menyangkul, basah badan aku berpeluh. Last-last dapatlah 2 batas panjang, nak tanam kacang tanah jer lah sebab mak aku kata masih ada baki benih. So oklah, kalau sehari dapat menyangkul buat 5 batas panjang, itu kira ok dah kot? Aku tak tahu nak tanam apa lagi sebab banyak pokok pisang jer merata-rata. 

Tanah yang betul-betul kosong tak seluas mana. Kalau in between pokok pisang tuh boleh ditanam kacang, kira ok lah. Dulu Long kata nak buat projek tanam tebu, dapat dalam sesekar setengah tanam tebu bagus jugak kot. Entah-entah takat tanam tebu di bibir jer kot?

Ani, adik aku kat Taiping, dua kali menalipun harinih. Yang pertama tuh mak aku yang jawab. Aku dengar-dengar gitu ajelah, entah apa yang diceritakan, mak aku tersedih kot. Biasalah tu. Kali kedua tuh aku yang jawab, bila Ani cerita yang mak sedih sampai menangis-nangis, aku cakaplah yang jangan dilayan-layan sangat perasaan sedih tuh, kitaorang patutnya bagi support dengan kata-kata perangsang, bukannya dengan menambah-nambah cerita yang boleh buatkan mak jadi sedih. 

Biasalah, mak aku sure nak tahu apa yang aku cakap kat talipun sama Ani, kali pertama mak tanya, aku kata tak ada apa-apa, sembang biasa-biasa aje. Kali kedua tuh mak tanya lagi, tak sampai hati aku nak berdalih so aku katalah yang Ani beritahu yang dia ada masukkan duit RM 200 dalam account aku sebab itu aje lah yang dia dapat bantu, nak selalu balik kampung, dia jauh. Ada lah alasan lain kan, so tak payah lah aku cerita yang Ani mengadu yang mak menangis on the phone. 

Ok, dulu tuh ada 2 tiga orang adik (adik ok, bukan adik-beradik, tapi adik <strike>bukan abang atau kakak</strike> aku yang ambik account number aku, diaorang kata nak hulur aku sesikit once aku duduk kampung temankan mak nanti. Mulanya aku tak setuju sebab ada di antara adik beradik aku (adik beradik, bukan adik <strike>tapi adik beradik</strike> yang awal-awal lagi dah "surrender", kalau terpaksa support aku. So aku macam berat hati nak terima, tapi bila difikir balik yang adik beradik aku yang lain tak dapat tolong temankan mak cara aku, so diaorang nak jugak contribute cara yang diaorang mampu kan? Aku tak bolehlah selfish sangat kan? 

Aku tak nak cakap apalah yang (kalau ada) pada jenis yang dah lah tak nak bantu apa-apa yang patut, tapi dia yang paling banyak cakap, yang komen itu ini. Aku nak peratikan aje kelaku masing-masing <strike>sambil tulis kat buku nota untuk peringatan ekekekke</strike>

Best jugak kalau tiap-tiap bulan adik beradik aku masukkan duit seseratus dua tiap sorang, aku ramai adik beradik. Tapi itulah, cuma dua tiga orang adik aku aje yang tahu account aku dan diaorang aje yang kata nak hulurkan duit sesikit buat belanja. Dapatlah nak beli itu ini kot, nak beli pisau cukur ker, spender ker, things like that. Eh, tapi, orang kampung mana pakai spender kan? Or rather, duduk kampung, apa yang nak pakai spender nya kan? 

Macamana pun aku tak lah mengharapkan sangat duit adik-adik aku tuh, kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada, tak kisah. Macamana pun aku akan buat note, aku nak tulis dan ingatkan, siapa yang kasi aku duit, dan berapa jumlahnya. Aku nak pulangkan balik duit tuh nanti InsyaAllah, kalau dapat aku doublekan, itu lagi baik. Dengan aku, kalau orang buat baik sama aku, aku biasanya akan pastikan dia dapat balasan lagi baik. So semua tuh ada dalam kepala aku sekarang nih.

Cadangnya nak balik Rawang hari Jumaat tapi aku rasa nak merempit kat KL lah dulu, nanti dah duduk di kampung, takut tak ada peluang dah nak ke KL kan? (I doubt it tho', entah-entah every few weeks aku turun KL) So aku decided untuk balik hari Khamis. Singgah sekejap kat kedai TM, nak tanya pasal streamyx. Tak ada masalah nak pasang, selain nak kan Sijil Kematian pak (mati pun ada sijil?), IC, cuma nak kan slip gaji. Aku tak ada slip gaji, so itu satu masalah tuh. Nak kena suruh adik-beradik aku yang lainlah apply atas nama diaorang. Kalau pun diaorang nak tolong. Kalau fikir lojik, tentu diaorang akan usahakan sebab dulu tuh sampai nak offer aku kereta kan, tak kan pasal benda remeh macam streamyx nih tak boleh diaorang settlekan pulak kan? Itu kalau difikir ikut lojik lah kan? 

Sampai petang jugak aku melepak kat KL, too bad ex-housemate aku tak ada so aku tak jadi nak tidur kat Bangsar. Terus aje balik Rawang, sebab keletihan merempit cari kedai jual benih sayuran, untuk aku tanam kat kampung nanti.

Malam tuh bila aku online aku terperasan ada message kat FB aku, katanya dia wartawan Kosmo!, dia nak mintak izin aku untuk masukkan cerita aku ke dalam paper, dia nak interview, sembang-sembang gitu lah dengan aku. Now, aku dah banyak kali jugak dapat cadangan suruh terbitkan buku, suruh publishkan kisah aku selama di Amerika, tapi aku macam malas jer sebab bagi aku, benda yang dah lepas, tak payah nak dikenang sangat. Aku tak nak orang tahu, those yang terjumpa dan baca blog-blog aku, itu insan-insan terpilih jer. Lagipun aku malu. Lagipun I can't handle fame ekekeeke.

Tapi, sebab tulisan wartawan tuh macam "baik dan beralus" jer, so aku pun balas lah message dia, biasalah guna satu ayat jer, tapi ada aku kasi cellphone number aku sebab dia ada kasi contacts dia. Lagipun, selama ini those yang ada contact aku nak publishkan cerita aku, nak buat buku semua tuh, diaorang selitkan ayat-ayat berbaur duit, "sure kaya you nanti", "boleh buat duit nih bro", "pasti meletops", "you akan jadi femes nanti ni", ayats to that effect. Aku tak suka tuh.Tu pasal aku tak layan sangat pun.

And so besoknya, Jumaat, wartawan Kosmo! tuh talipun aku, aku dah berbelah bagi dah masa tuh. Aku kata yang aku nak balik kampung tapi dia kata diaorang akan datang ke Raub. Macam beria sangat dia nak bersusah payah, so aku kata biar aku yang datang ke tempat dia, kat pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin. Dalam hati aku fikir, aku dah nak balik dan duduk di kampung nih, what the heck kan? I haven't done lately anything worth remembering, so aku setuju nak ke tempat dia petang esok. 

Malam tuh aku berkemas, aku bawak semua pakaian aku, walaupun aku rasa aku patut tinggalkan sesikit pakaian aku sebab I'm sure yang aku akan datang semula ke Bandar Tasik Puteri nih suatu masa nanti, masa Sports Day ker, Parents Day ker, bila-bilalah aku diperlukan nanti. Tak banyak pun barang/pakaian aku, iyalah kan, macam yang aku cakap dulu tuh yang I can "pack" my entire life dalam a few bags jer. Esok aku akan tumpangkan barang aku sama Akak/Abang The yang nak balik Raub, diaorang akan singgah sekejap sebab diaorang duduk kat Tanjung Karang.

Sabtu tuh ada Karnival Koperasi Bandar Tasik Puteri, kat Puteri Central Park (kemain lah nama. Aku "comparekan" tuh dengan New York Central Park) kat depan rumah, so aku jenguk-jenguk jugalah situ untuk beli makanan for breakfast. Aku rasa macam bersalah jugak dengan Teh/Kak Teh sebab cuma dapat 1 academic year jer mengajar kat situ tapi Kak Teh kata yang most probably dia akan suruh aku datang awal tahun nanti, masa tuh budak-budak baru masih terpekik terlolong tak nak datang sekolah kan? Susah jugak diaorang nak handle kalau keadaan macam tuh. Aku ingat lagi, Zafar sama Zafran masa mula-mula dulu, Ya Rabbi, sampai panjat-panjat grill lepas mak diaorang hantar ke sekolah, digigit-gigit tengkok aku masa aku dukung diaorang. Kadang tuh sampai kebas-kebas kaki aku meriba diaorang yang menangis sampai tertidur. 

Tumpang Akak/Abang The sampai ke Country Homes, then dari situ aku naik bas ke KL. Biasa nya aku naik kommuter tapi saja jer nak merasa naik bas Metro. LRT buat palat pulak, dekat setengah jam menunggu baru ada service. Hari dah mula hujan bila aku sampai LRT Chan Sow Lin, so aku ambik cab jer. Drebar tuh tak tau kat mana, pusing sana pusing sini, tak jumpa jugak, so dia turunkan aku kat Jalan Lima, dalam tengah-tengah hujan lebat tuh.Cibai punya Cina.

"Punya lah malas nak datang tadi nih, tapi sebab dah janji", aku kata gitu kat Puan Afzan the moment aku masuk kereta dia. Dia jemput aku dari gerai kat Jalan Lima tuh sebab hujan pun lebat dan aku basah kuyup, ada aku terfikir nak blah gitu aje tapi janji punya pasal kan? And so merasalah aku masuk pejabat Kosmo!.

Sejam lebih kot, ker dua jam lebih, aku bercerita-cerita kat bilik meeting tuh sama Puan Afzan. Dia tanya semuanya, aku cerita semuanya tapi tak details pasal kejap cerita masa aku di tahanan, kejap cerita masa aku di New York, kejap cerita pasal lain. Aku pun macam was-was sebab kalaulah aku jadi dia, sure nya aku tak tahu macamana nak mula dan macamana jalan cerita aku sebenarnya. Dia pun bukannya baca sangat pun blog-blog aku, takat baca sesikit gitu aje. 

Masa nak balik tuh (Puan Afzan hantar kan sampai ke LRT Salak Selatan) aku kata, "Eh, tak kan you nak publishkan benda ni kot?". 

"Memang nak publish, sebab tu I mintak permission you", kata dia. Sebelum tuh pun bila ditanya samada aku nak diambik gambar, aku kata tak nak. Even gambar yang dari blog pun aku tak nak dia publishkan, kalau orang nak tengok gambar ker apa ker, cari sendirilah kat mana-mana blog tuh, <strike>bersepah</strike> ada jugak aku selitkan gambar-gambar aku, kan? Aku pun cuma kasi permission buar url blogs aje disiarkan. Nak tau cerita, baca sendiri.

Mula cadang nak melepak kat Bangsar tapi ex-housemate aku kat Pahang, tak jadi lah aku ke sana walaupun aku masih pegang kunci apartment Bangsar tuh. So aku balik Raub, ngam-ngam sampai, ada bas terakhir ke Sungai Ruan. Tak kalu, aku naik teksi aje, malaslah suruh Long atau Ida atau Abang The datang jemput kat stesyen bas. 

To be real honest, aku macam takut-takut jugak bersemuka dengan bakal penyelow-talk, iyalah, mana lah tahu kalau-kalau aku dislow-talkkan masa ramai-ramai tuh kan? Tapi tak ada apa-apa pun, tah-tah dia perasan dan tertanya-tanya apa pasal kalau aku bersembang dengan dia sekarang nih, aku dah tak ada gelak-gelaknya lagi, walaupun dia buat lawak atau terkekeh sorang-sorang. Aku buat muka selamba jer sekarang nih. Entahlah tapi aku rasa hati aku ada syikit rasya syakit. Syikit syaja.

Esoknya saja jer lah aku tonjol-tonjolkan muka, aku pergi tolong Long buat kerja kat depan rumah. kalau nak slow talk dengan aku, ini lah masanya, fikir aku dalam hati. Aku sedia nak terima apa saja dia nak kata. Alah, aku pernah kena tahan, pernah kena diikat rantai besi kaki, tangan dan perut aku, pernah disuruh duduk mencangkung sambil bogel, so nothing else yang akan mengaibkan aku lagi.

Aku teringat kata-kata Ky-Vietnam (member setahanan dulu tuh), dalam surat dia kat aku dia ada kata something like, kalau kita dah merasa hidup di tahanan, pernah merasa susah, dimalukan, bila keluar nanti kita dah tak fikir sangat dah petty things in life.. Infact kat Puan Afzan semalam pun ada aku cakap benda yang sama. Itu memang satu pengajaran tuh, sebab tuh sekarang nih aku tak pandang dan tak layan sangat benda-benda remeh sekeliling aku. kalau ada benda remeh yang aku layab itu sebab nak menjaga keclassyan aku dari tercemar.

Tapi, tak ada pun Long cerita, tanya aku apa-apa, semuanya macam biasa aje. Bukan sekarang kot? Tak apa, bila-bila lah, I'm ready.