Sunday

Day 27 - Ahad 27/11/2011

Lena aku tidur semalam, dan aku tak rasa aku nak turun ke kolam pun harinih memandangkan harinih Sunday. Setakat buat apa yang patut aje, selebihnya aku nak melepak aje.

Aku tengah melepak melihat keindahan alam di waktu Subuh, bila dari kejauhan tuh aku terperasan yang macam banyak ikan timbul kat kolam 1, kolam yang kitaorang tangkap ikan semalam tuh. Aku tahu yang ikan kat kolam tuh masih banyak, Kolam 2 dulu sampai 5 kali kitaorang tarik jaring, Kolam 1 nih kena dibuat 3 atau 4 kali lagi barulah boleh clear semuanya.

So, berpelikat, tak berbaju, terus aku ke kolam, memang betul, banyak ikan yang timbul ambik nafas. Dan aku tengok kat kawasan paip tempat air masuk (air setakat menitis-nitis aje sebab paip tuh disekat air) aku tengok beratus ikan yang berkerumun, semuanya mata nak terbeliak, gasping for air. Aku lari kejap ke kolam 3, ada dalam 30 ekor ikan yang mati, aku jangkakan lebih banyak dari tuh. Tapi apa yang aku perasan, yang mati tuh semuanya ikan lampam yang kecik-kecik, tak ada pun talapia yang mati. 

Apa pasal tak ada sorang pun yang terfikir nak pasang satu kipas (semua kipas dah dinaikkan ke darat semalam) overnight pasal masih banyak ikan kat Kolam 1 yang besar tuh. Terus aku message Pinky, beritahu dia apa yang patut. Dia kata dia akan talipun Seng suruh dia datang tengokkan, dan tolong aku turunkan kipas. 

"Tak apa, tak apa, I can ask the Indians to help me out", aku kata gitu, kebetulan Indians yang dah pindah ke Ampang tuh akan datang kerja di dusun Thamby tuh harinih. Malaslah aku kalau Seng, son of a gun tuh ada. 

Terkial-kial aku menurunkan kipas tuh ke kolam, tak lama tuh baru aku terperasan yang cable kipas tuh tak panjang, kipas tuh cuma untuk ditaruk di bahagian tepi kolam. Kipas untuk kawasan air dalam, nun di sebelah sana tuh. Fuck! 

By the time aku siap mengangkat dan menurunkan kipas, mengikatnya, ikan-ikan dah tak banyak di permukaan air. Sebab matahari dah naik! 

Pinky asyik menalipun aku tanya perkembangan, sedangkan aku kat dalam Kolam 3 menangkap ikan mati, aku beritahu dia cuma 3 ekor jer yang mati sedangkan ada dalam 30 ekor yang kiok. To me, 30 ekor lampam kecik tuh sama lah dengan 3 ekor bapak lampam.

Lega bila semuanya selesai dan ok semua, terus aku bersiap untuk ke kedai. Mentang-mentang semalam dapat duit, terus nak dibelanjakan. Bukan apa, aku malas tunggu esok, malas ke Pasar Malam besok sebab sayang nak tinggalkan Forex even for a little while. Itu yang aku suka kalau weekends ada banyak kerja, at least aku tak rasa bosan sangat since Forex tak bukak weekends. 

Banyak kereta mewah diparking sepanjang jalan, rupanya ramai orang memancing kat kolam-kolam, macam pesta jadinya. Jenis orang yang tak reti buang masa, diaorang tuh. Buatlah benda berfaedah sikit daripada memancing kan?

Tak bukak pulak kedai Cina tuh so aku ke kedai runcit Melayu yang jauh sikit tuh, yang dekat masjid. Habis 50 ringgit tuh aku belanjakan, beli biskut, gula, bawang, ikan bilis, cili, etc. Beli teh serbuk sebungkus kecik sebab teh uncang mahal harganya.  Buang duit aje nak beli tapis, spenda pun boleh dibuat tapis, kan? Ataupun towel.

Apa yang menyedarkan aku kan, bila kita tak berduit nih, bila kita berjimat, nak beli benda-benda kena difikir dulu. Dulu-dulu, pakai ambik jer dari rak, kali nih tak, kena tengok tanda harga, pastuh cari kalau ada pengganti yang harga lebih murah. Insaf aku!

"Tak pernah nampak pun sebelum ini, kerja mana?", tokay kedai tuh tanya aku.

"Tuh kerja dalam hutan sana tuh', aku jawab sambil gelak-gelak.

"Motong getah?", tanya bini tokay kedai.

"Tak, kerja kolam ikan kat dusun", aku jawab, sambil taruk barang dalam bag.

"Dusun Datuk ker?", tokay tuh tanya.

"Tak lah, tokaynya Cina, Datuk mana ni?", aku tanya lagi.

"Tuh dusun atas bukit depan tokong Cina tuh, luas. Itu dusun Datuk tu", tokay tuh kata.

"Datuk mana ni?", aku makin curious nak tahu. 

"Kau jangan pergi situ, kalau keluar malam-malam jangan keluar sorang-sorang. Itu dusun Datuk puaka tuh", kata tokay tu sambil pandang bini dia. Aku tak tanya lah pulak samada dusun tuh berpuaka atau Datuk tuh puaka punya orang.

Tiap kali lepas makan lepas pergi kedai, sure aku sakit perut. Sebab masak pedas-pedas. Semalaman tak tidur aku, pasal sakit perut, dan jugak pasal nak tunggu Forex bukak awal pagi esok. Aku kalau awal Isnin memang tertunggu-tunggu Market bukak.

Saturday

Day 26 - Sabtu 26/11/2011

Today's the day, hari menangkap ikan kat Kolam 1, kolam terbesar, yang paling banyak ikan. Dan aku akan lead. Itu yang awal pagi aku dah turun ke laut, errr, ke kolam. Tanggalkan kipas dan tambatkan ke tepi kolam. Then pasang kipas Kolam 3. Bukak empangan air sebab kolam tuh dalam, ramai yang tak reti berenang dan memang tak boleh nak tarik jaring kalau air dalam. 

Janjinya pukul 9.30 am diaorang akan sampai tapi pukul 10 baru lah Sham tiba, dengan 3 orang budak-budak kampung dia. Aku dah siap turunkan jaring ke Kolam 1, dan dah pasang semuanya dah so bila Sham kata yang nak buat Kolam 2 dulu, nak habiskan sisa-sisa ikan kat situ, aku kata aku tak nak buat, pasal macam tak berbaloi aje. 

So kitaorang berlima mula pasang jaring, by the time siap pasang barulah rombongan Pinky dan Jon tiba. Malik, Ridzuan, Siti, boyfriend Siti, Agnes, Andy, Lorraine dan sorang perempuan India yang aku rasa bini Lorrraine. Round pertama yang perempuan sorang pun tak turun. Seronok kerjanya sebab masing-masing happy aje, tak ada pun yang mengarah sana sini, ada apa-apa hal semuanya tanya aku, macamlah aku nih tahu sangat. Banyak dapatnya ikan, semua besar-besar.

Sebelum dipindahkan ke Kolam 3, ikan yang ditangkap tuh dikasi ubat, kejap jer ikan tuh jadi pening-pening lalat. Masa kitaorang tangkap ikan Kolam 2 dulu, masa nak lepaskan ikan tuh ke Kolam 1, ikan tuh ok aje berenang, even lepas ditaruk ubat. Tapi kali ini ikan tuh semuanya macam nak mati, semuanya timbul. Masing-masing dah mula menyalahkan orang lain, ada yang kata taruk ubat banyak sangat, ada yang kata masa pindahkan ikan tuh jaring ditarik terlalu tinggi, ada yang kata cara kitaorang pindahkan ikan tuh kasar, ikan terkejut etc. Memang kitaorang expect banyak ikan akan mati tapi tak ada yang jangka akan mati secepat itu. 

So aku buat magic aku, aku ambik ikan tuh dan aku buat CPR, aku tiup kuat-kuat ke dalam mulut ikan tuh. Bila aku lepaskan aje, terus ikan tuh berenang. Terkejut gila semua orang, laju jer aku tiup ikan tuh satu persatu sampai aku sendiri tersemput-semput. Aku rasa itulah points paling berharga yang dapat aku collect selama aku bekerja di sini. And that definitely is my best achievment  in life.

Lepas tuh break, macam berpicnic habis, makan mee hon yang Siti buat, yang lembik dan pedas gila. Tak lama tuh Seng datang, dah agak dah, ada aje benda yang tak kena nya, dan cara dia suruh aku buat itu ini (kerja lain) buat aku bengang aje. Lepas sembahyang sambung buat lagi satu round, tak ada Seng komplen apa-apa sebab aku buat betul-betul, aku korek setiap tayar tuh sebab banyak ikan yang menyorok dalam tayar. Then dia pun blah. Round kedua nih semua turun kecuali Pinky. Seronok gila jadinya, semuanya happy aje walaupun keletihan. 

Dapat dalam 50 raga semuanya ikan, diaorang tak nak buat another round pasal Jon ada appointment pukul 6. Dia letih, tercungap-cungap dia. Sebelum diaorang balik, Pinky kata yang Monday nanti dia akan bawakkan jaring penangguk, untuk aku tangguk ikan yang masih ada kat Kolam 2, then ikan Kolam 3. Aku rasa macam kerja gila tapi macamana pun aku akan cuba buat lah macam yang disuruh. Diaorang pun tak ada experience kerja menternak ikan nih. 

Masing-masing dapat RM 50. Lega rasanya sebab walaupun aku cukup bekalan makanan sampai minggu depan tapi dengan duit tuh bolehlah aku beli barang-barang lain kan? Tak lah asyik nak makan gulai ikan atau telur masak kicap jer hari-hari. 

Walaupun aku letih, jalan mengangkang (tiap kali lepas tangkap ikan sure jalan mengangkang pasal sakit kaki menarik jaring), luka kaki tangan tapi aku rasa puas hati sesangat. Dan makanan pun banyak yang diaorang tinggalkan, so aku sama Sham dan kawan-kawan dia melahap aje lah. 



Friday

Day 25 - Jumaat 25/11/2011

Aku keluar kerja awal sikit harinih pasal nanti dah nak pergi Sembahyang Jumaat kan? Lagipun banyak kerja yang terbengkalai nih, setiap hari hujan kan macamana aku nak potong rumput?

Jadi macam serba salah pulak akhirnya, apa yang nak dibuat dulu. Terpaksa aku potong rumput Kolam 3 pasal itu lebih penting. Tapi sebab Kolam 3 tuh curam sangat kat hujungnya so aku pindah ke kolam 2 pulak walaupun cuma tinggal sikit aje lagi yang belum dipotong. Tempat yang paling susah dan paling banyak dan lebat rimbun-rimbunnya. 

Instead of mula kat kawasan yang dulunya aku tinggalkan, aku potong rumput yang di sebelah sana tuh sebab kat situ tak curam sangat. Lagipun kat situ ada pokok rambutan yang buahnya macam melambai-lambai aku aje. Rambutan tuh, dan pokok buahan lain, semuanya milik Thamby tapi pekerja dia ada beritahu yang kalau aku nak ambik, ambik sikit-sikit, dan jangan makan terang-terangan. Setakat rambutan yang banyak pokoknya tuh diaorang tak kisah sangat, buah-buah lain (durian dan cempedak) diaorang tak pernah kasi aku. Unless cempedak dan durian tuh jatuh ke dalam kolam, then itu akan jadi harta sapa yang nampak dulu.

So asyik kerja kat kawasan bawah pokok rambutan tuh aje lah aku walaupun semak samunnya taklah setebal mana. Sekali mesin mati, sekali aku capai dahan rambutan. Murahnya rezeki aku. Dan banyak kali pulak mesin tuh mati. 

Biasanya kalau aku pergi Sembahyang Jumaat guna motor Mamat Lone Ranger, on my way balik tuh aku singgah kedai beli barang, dan aku akan belikan dia jajan dan biskut. Tapi tadi since aku tak ada duit, aku tak beli apa-apa. Aku kata kat dia yang aku tertinggal wallet. Tak apalah, aku akan "ganti" balik nanti "hutang" aku tuh. 

Seng datang hantar jaring pasal esok nak tangkap ikan kat Kolam 1. Dia kata Raju tak datang sebab Pinky sama Jon tak suka kat Raju tuh, so aku yang akan mengepalai seramai dekat 12 orang yang akan turun menangkap ikan esok. Dalam hati aku berdoa janganlah Seng datang awal-awal sangat besok, kalau boleh biar dia datang masa kitaorang dah siap tangkap ikan. Aku tak nak dia marah-marah nanti tuh sebab aku nih jenis melawan orangnya, menjawab balik. I have nothing to lose pun kalau aku bertekak, takat hilang kerja tuh apa lah sangat kan? Be my guest lah!

Pinky sama Sham datang petang nih. Cakap dengan aku baik-baik aje, senyum-senyum pulak tuh. Adusss, ini sure sebab ituhari punya pasal. Sham lagi lah, aku rasa awkward betul bercakap dengan dia pasal dia cakapnya baik-baik aje, tak berapa banyak cakap pun. Totally different from Sham yang aku kenal dulu. Sampaikan aku rasa macam bersalah aje. But at the same time aku rasa macam nak gelak kat diaorang yang "terpaksa berubah" tuh.

Aku tak ada masalah dengan Pinky tapi dia pun cakap beralus yang amat sangat. Sampai aku terfikir, berharga sangat ker aku kat sini nih? 

I'm your private dancer, a dancer for money
I'll do what you want me to do
I'm your private dancer, a dancer for money
And any old music will do
(Private Dancer - Tina Turner)

Aku mintak Sham tolong aku pindahkan kipas ke Kolam 3 sebab aku kena sediakan kolam untuk esok, nanti kalau dipindahkan ikan dan kipas tak ada dipasang, harus mati ikan-ikan tuh. Sejam lebih aku terkial-kial memasang kipas, dan merungkai (bukak ikatan tali yang bergumpal-gumal) tuh pun dekat sejam, hopeless sungguh lah aku nih. 

Mamat Lone Ranger kasi epal, limau dan rokok a few batangs, macam dia tahu jer yang aku tak ada rokok. Aku nih gitu lah, kalau ada rokok aku hisap, kalau tak ada tuh aku rileks selamba aje, tak ada lah sampai ke tahap cari dalam ash tray kalau-kalau ada puntung rokok yang masih panjang yang boleh dihisap sesedut dua. 

Tenang ake aku memorex malam nih pasal semua positions aku positive, kalau aku closekan semuanya dapat untung dalam USD 50 tapi since I'm bearish Euro, aku nak hold sampai minggu depan. Bukan tamak, tapi strategy.


Day 24 - Khamis 24/11/2011

Harinih tiba lah mood malas nak kerja sedangkan banyak benda yang aku boleh dan patut buat. Ini lah masalahnya kerja sorang-sorang gini, tak ada sapa-sapa nak boss me around. Aku kalau tak disuruh memang liat sikit nak kerja. Tapi kena suruh baik-baiklah kan? 

So aku takat buat kerja yang wajib aje lah, kasi makan ikan, bukak empangan, check kalau-kalau ada ikan mati dan bersihkan kolam mana yang patut. Itupun dah banyak kerja dah sebenarnya kan, so aku melepak ajelah lepas tuh.

Lagipun, aku tak rasa Pinky nak datang harinih, itu yang buat kemalasan semakin menjadi-jadi tuh. Kalau aku rasa dia nak datang aku akan banyak idea kerja apa yang nak dibuat. Or at least beritahu dia apa yang patut dikerjakan, so that dia tahu yang aku nih memang kuat kerja orangnya. Itu salah satu cara aku collect points. 

Forex pun slow harinih, musim cuti Thanksgiving Day, walaupun bukan start lagi (due to perbezaan waktu) tapi market dah mula slow. Macamana pun dalam slow-slow tuh dapat jugak aku kaut dalam USD 10.

Kadang tuh aku fikir yang kerja aku nih, masa tak ada kerja tuh, is more like kerja seorang Jaga. Betul jugak, aku sentiasa kena alert, takut kalau siapa-siapa datang, atau kalau ada apa-apa berlaku. Itu yang walaupun aku melangu 
aje kat stor tuh, sebenarnya aku kerja. Sebab stor tuh aku punya pondok kawalan. Yang membezakan antara aku dengan  Jaga/Security Guard, diaorang selalunya tertidur masa kerja sedangkan aku tak pernah tidur pun, kodi-kodi pun aku mengelamun atau tulis blog. 

Sakan aku bersembang dan bertukar-tukar pendapat dengan Mamat Lone Ranger. Pasal Sham lah. Mamat Lone Ranger nih bukannya ada kerja sangat pun, melepak aje tengok tv, so dia kata dia selalu peratikan apa yang berlaku kat kawasan kolam kitaorang. Dia kata yang Sham tuh kaki bodek sampai sanggup potong rumput bagai. 

"Orang macam dia tuh, suruh kesat berak Boss pun dia sanggup buat", kata Mamat Lone Ranger.

Malam, aku tak memorex pun (pasal Thanksgiving tu lah) dan bosan punya pasal, aku asyik dok baca cerita-cerita pasal Thanksgiving Parade. Terbayang aje yang kalau aku masih di New York sure pagi-pagi lagi dah ke Central Park tengok orang pasang belon floats, then start cari tempat best-best kat area Columbus Circle depan CNN tuh sebab nak tengok Parade. 

Then bersiap-siap untuk ke Forest Hills. Then singgah Jackson Heights untuk Zohor. Then ke Penang Restaurant for lunch. Then, sementara tunggu masa masuk kerja, melepak kat Secret Garden aku. Then malam tuh ke apartment nenek diaorang for Thanksgiving dinner. Then akan jumpa dengan keluarga diaorang, termasuk Aunt Camel Toe diaorang tuh. 

Then by 8-00 aku dah balik ke apartment diaorang sama King Mongkut sebab dia kena dikatilkan by 8-30 pm. Then, on the way balik, aku akan singgah kat Times Square, then jalan-jalan biasanya sampai Rockerfeller Center tengok orang main ice-skate. Atau sekadar melepak tengok orang yang happy aje during holiday season, atau sekadar dengar lagu-lagu Krismas sebab kat mana-mana, especially kat radio, diaorang akan start pasang holiday songs 24 hours, right after Thanksgiving Day.

Then merayau lagi ikut Fifth Avenue, sampailah ke area Macy's, then Isyak kat masjid kat situ. Then jalan lagi sampai kat Chelsea. Then makan kat Room Service. Then jalan lagi sampai West 4th subway station, baru naik train balik ke Brooklyn. 

Good times, baby! Good times!

Day 23 - Rabu 23/11/2011

Lambat aku turun kasi ikan makan tadi tuh pasal sibuk mencari rezeki di alam maya, sibuk melayan Forex. Walaupun menjaga kolam ikan is my full time job tapi aku anggap semuanya ini sebagai stepping stone saja untuk aku memaju dan mengenali diri aku, emotionally, physically, finacially dan ikan keli. 

Eh, wait a minute! I'm such a rolling stone kan, so mungkin ini masanya aku nak berhenti bergolek buat sementara dan kumpul a little bit of moss. (Ingat dak dulu aku ada kata yang ditakdirkan aku ada anak nanti, aku tak nak kasi dia jadikan lagu Papa Was A Rolling Stone tuh lagu favorite dia)

Pinky talipun, dia kata jangan kasi ikan makan sebab dia nak datang in a few hours, dia nak tengok macamana, sebanyak mana ikan yang masih ada di Kolam 1. Aku dah siap kasi sepellet makanan dah masa tuh.

About noon diaorang sampai, Pinky, Sham dan Ridzuan. Diaorang bawak tilam dan a few lampu kalimantang, sambil Sham tanya aku, "Tau pasang tak?". Tak ada lampu yang perlu ditukar kecuali lampu yang kat dapur tuh yang mentolnya 50 Watt aje kot, tak seterang mana. Tapi, mana aku guna dapur tuh malam-malam. Biasanya yang terakhir aku keluar, masa nak ambik wudhu Maghrib. 

So kitaorang kasi ikan-ikan tuh makan sambil masing-masing mengagak berapa banyak ikan yang masih ada di Kolam 1. Ada yang kata 5 tan, ada yang kata 3 tan, honestly aku tak reti nak mengagak sebanyak mana. 

Beria sungguh Sham mengarah aku suruh kasi makan ikan sebanyak mana setiap pagi dan petang. Cara nak kasi makan ikan tuh pun macamana. Mulanya kata jangan matikan kipas masa nak kasi makan, then kata yang kipas kena dimatikan semuanya. 

Sampaikan aku kata, in English, "Please, I've been here almost a month now. I know what I'm doing. Danggggg!!!!!!" 

Pinky senyum aje, aku rasa dia tahu yang aku bengang dengan Sham yang asyik mengarah itu ini tuh. 

Aku beritahu yang it's not a good idea untuk pindahkan ikan Kolam 1 ke Kolam 3 pasal Kolam 3 tuh kecik sangat, nanti banyak ikan yang mati kalau bersesak-sesak sangat. Pinky kata yang ikan yang besar-besar nak dijual dan dimakan (ramai nanti tuh yang nak datang buat kerja, so kalau sorang ambik 5 ekor, dah berapa ikan kan?), cuma yang kecik-kecik aje nak dipindahkan ke Kolam 3.

Beria dia ajak aku pergi makan sama diaorang tapi aku kata yang aku malas nak pergi sebab badan aku kotor, pakaian basah. Lagipun aku ingat diaorang nak terus balik aje lepas tuh. Rupanya diaorang nak datang semula ke sini sebab nak tunggu Jon. Macamana pun dia kata dia akan tapaukan nasi untuk aku.

Sementara diaorang pergi makan, aku teruskan kerja kaut pasir kat sungai tuh. Mamat Lone Ranger pinjamkan aku skop dia yang agak pendek sikit tuh, so senang jadinya kerja aku, tak lah terkial-kial nak membalancekan skop masa nak baling pasir tuh ke darat. 

"Macam Boss aje member sorang tuh, siap pusing satu kolam, mengalahkan tokay besar", kata Mamat Lone Ranger, mereferkan Sham. Little did he know yang at the same time aku rasa tercucuk jugak sebab sepanjang aku mengaut pasir tuh, aku asyik fikir pasal that bitchy driver.

"Mana mesin rumput? Nak potong rumputlah", kata Sham lepas aku siap makan, sementara diaorang tunggu Jon. Aku tunjukkan arah stor, then dia suruh aku pasangkan tali pemotong, so aku balik ke kongsi ambik tali sepasang.

"Bawak dua aje? Banyaklah sikit!", kata Sham. 

"Berapa jam ko nak ada kat sini?", aku tanya dia, geram dah masa tuh. Sebab sepasang tali pemotong tu pun dah cukup untuk sesetengah jam, aku tak rasa dia akan potong semak belukar tuh, kalau setakat potong rumput, that tali can last a few rounds.

Aku pandang Pinky, dia senyum aje, tapi aku rasa dia tau yang aku bengang sebab aku pun cakapnya keras jugak tadi tuh. 

"I need to talk to you, Pinky", aku kata gitu.

And so Sham pun pergi potong rumput, dan aku terus kerja kaut pasir. Fikir punya fikir, aku kata baik aku beritahu Pinky, boleh settlekan masalah Sham nih once and for all. 

"I don't like that guy, I really don't. He's annoying and too bossy", aku kata kat Pinky. 

"Ya ka?", Pinky tanya aku. And so aku kasi a few examples, mula dengan masa pertama kali aku berurusan dengan Sham.

"Tapi dia baik punya orang, saya selalu bawak dia sini sebab dia boleh buat apa-apa saya suruh. Kalau malik, dia susah sikit", kata Pinky.

"Look, I don't care if he's baik hati but he's not to me. As of now I'm pretty sure if I were to quit my job, dia punya pasal", aku kata gitu.

"Ayooo, jangan itu macam lah", kata Pinky. 

"You see, just now I laughed at you guys bila saya nampak Ridzuan bawak tilam. At the back of my mind kata, "Oooo, this is their "way" of trying to make me happy", aku cakap macam tu.

Pinky kata yang itu dia punya responsibility untuk bagi aku duduk sini dengan selesa. 

"Look, I don't want that wordly thing like tilam (ayooo, zuhud gila aku nih kan, tilam pun aku anggap as a wordly thing), or a tv set. All I'm asking for is a little bit of peace of mind", aku kata gitu. Nasib baik aku tak sambung ayat tuh, "Is that too much to ask for?".

"Tak apa, nanti saya cakap sama Sham. Thanks for telling me. Tapi dia rajin, tengok itu dia potong rumput", kata Pinky.

Ayoooooooooooo!!!!!!!!!!!!

"Look, you look at it differently and I'm thinking differently. To me dia bodek you. You tau bodek?", aku tanya dia.

"Yes", ringkas jer Pinky jawab. 

"Sure lah dia bikin rajin sebab dia sama you, you dia punya Boss. I have no problem dia mau bodek ka, apa ka tapi don't make me suffer. He can bodek all he wants tapi don't include me, don't step on my head", aku kata gitu.

"Ok, ok", nanti saya slow talk sama dia", kata Pinky. 

Ridzuan nak tumpang sembahyang so aku bukak kunci bilik, biarkan dia kat situ, then aku terus sambung kerja mengaut pasir. Dalam sesetengah jam lepas tuh diaorang kata Jon dah nak sampai dan diaorang pun nak blah untuk jumpa Jon. 

Aku tak tahu apa pasal aku tengok Ridzuan tenung, pandang aku lain macam aje masa diaorang nak blah tuh. Then baru aku terfikir, tadi dia lama kat bilik aku, laptop aku sentiasa tak off dan buku nota aku (yang penuh dengan catatan blog, trade records etc) kat sebelah laptop. Kalau orang masuk bilik aku, laptop tuh lah main attractionnya. Entah-entah dia baca blog aku. Surenya lah! Oooo shit!!!!!

(Ok, aku tak tahu kalau Ridzuan masih baca blog ni. If you do Ridzuan, please keep everything to yourself)

Aku tak tahu apa pasal aku jadi rajin pulak kerja mengaut pasir hari nih, sampai ke waktu Asar aku kerja. Tak heranlah malam aku rasa letih sangat, itu yang aku terus tidur aje lepas Isyak.

Day 22 - Selasa 22/11/2011

Aku dah agak dah, internet aku kena potong pasal bill belum dibayar. Tengah malam semalam ok lagi tapi bangun pagi tadi dah tak dapat nak online. Terus jadi tak keruan aku dibuatnya. Nasib baik dapat contact Ida, dia akan tolong bayarkan sebab dia kerja dekat area Sungei Wang Plaza. 

Bodoh jer jadinya aku masa kasi makan ikan tuh, mengenangkan yang aku ada a few open positions. Rasa macam malas jer kasi ikan tuh makan, biar diaorang sama-sama merana macam aku.

Itu yang aku terus fikir macamana nak atasi masalah bayar bill untuk akan datang, kalaulah aku masih kerja di sini. Dan janganlah pasal masalah internet, laptop membuatkan aku dah tak kerja di sini. Itulah satu-satunya nyawa aku, internet dipotong bererti jiwa dan raga aku dipotong sama. Aku kena beritahu Pinky masalah ni, biar tak berulang. Bukannya tak ada duit kat bank cuma tak ada masa nak settlekan semua tuh, duduk dalam hutan nih. Aku tak terfikir yang aku langsung terperosok kat sini, kalau tidak tuh aku dah arrange untuk buat online payment, bank account aku yang ada duit nya pun cuma kat Bank Islam, yang kat bank lain tuh cuma untuk buat syarat aje.

Aku teruskan potong rumput kat Kolam 3, curam cerunnya, semak samun nya jangan cerita lah, setiap kali mesin rumput mati, setiap kali aku break, lari kejap ke kongsi sebab nak check mana lah tahu kalau-kalau Ida dah bayar bill aku dan aku boleh access internet. Aku, macam ikan jugak, tak boleh tak ada oksijen untuk bernafas dalam masa lebih dari 12 jam, internetlah tempat aku bernafas. 

Agaknya masa buka empangan air tadi fikiran aku masih berserabut mengenangkan masalah internet access aku, itu yang aku terlupa nak tutup balik tuh. Aku terperasan yang empangan tuh tak tutup bila aku tengok ada dua kipas yang macam ski-jet tuh, tersadai. Oo fuck! Terus aku berlari pergi tutup.

(Ok, aku nak clarify something sikit kat sesiapa yang baca blog ni, yang baru-baru lah. Yang dah bertahun ikut perjalanan hidup aku, diaorang dah tahu style aku.

Ok, aku selalu mencarut, guna words fuck, bitch, asshole, cunt dan yang sewaktu dengan nya kan? I don't really mean it bila aku mencarut. And I never mencarut in Malay, aku jarang guna carutan Melayu. Probably sebab kalau aku mencarut in Malay tuh macam aku really mean it apa yang aku cakap. In real life korang tak akan dengar aku guna words like, "burit lah, butuh ko...". Tapi, it's very common kalau aku kata things like, "Ooo fuck! Shit!...dan yang seumpamanya. 

Bertahun aku duduk kat US, 3 tahun kat New York, itu semua memang perkataan yang digunakan harian. Dengan boss-boss aku, David (dengan King Mongkut jer tak pernah) kitaorang cakap berfuck-fuck, dengan Carter lagi lah kan? 

Bukanlah aku takut orang hilang respect kat aku (ha, ada orang respect kat aku ker? hehehe) sebab aku selalu mencarut, tapi I just want you to know yang mencarut nih does not necesserily mean yang pencarut tuh, aku for example, is such a filthy bitch kan? It's ok to swear, macam jugak it's ok for a man to cry. 

Even Sarah palin pun pernah guna 4-letter word on live tv.)

Alhamdulillah lepas lunch internet aku ada semula. Caya lah Ida, I know I can count on her. Terus jadi bersemangat aku nak buat kerja. And by the way, nothing bad yang terjadi kat Forex account aku dalamasa 12 jam aku tak dapat monitor tuh. Syukur.

Petang aku tak buat kerja apa sangat dah pun, terkial-kial aku cuba pasang tayar wheel barrow, last-last panggil Mamat Lone Ranger mintak dia tolong. Memang nampak macam senang jer nak buat tapi aku yang tak ada apa nya nih (screw driver, spanar, grease) memang tak boleh buat apa lah. As my token of appreciation (selain dari tak habis-habis puji dia yang master tuh) aku kasi dia a bucket of fish food sebab dia mintak.

Senak aku menengok keadaan bilik aku nih tau dak? Banyak semut! Kalau hujan, banyak katak. Perkara biasalah kalau bangun pagi tengok-tengok ada katak dalam jug, atau dalam periuk. Tapi itu ok lagi. Yang aku tak tahannya pasal semut, berkerumun kat mana-mana, semua barang aku kena digantung nampaknya, jadi macam kedai runcit kat kampung. Yang tak tahannya, kat pakaian pun banyak semut datang menerokai. Kat spenda pun sama. 

Aku nih ada kencing manis ker? 

Thursday

Day 21 - Isnin 21/11/2011

Lepas kasi ikan makan terus aku potong rumput kat Kolam 2 sebab aku tahu yang Pinky nak datang harinih, at least akan ada a little development bila dia tengok nanti. Cuma yang lecehnya terpaksa ulang alik kerja potong rumput sama menebas dari dalam kolam. 

Dah tengahari sikit aku kaut pasir dari sungai kecik yang memisahkan kawasan dusun Thamby tuh dengan dusun abang ipar Mamat Lone Ranger. Walaupun nampak macam banyak kerja dan rumit tapi kalau dibandingkan dengan mengaut pasir dari kolam ikan dan dibawak ke tepi untuk dimasukkan dalam guni, tapi it's more practical. 

Aku tak penuhkan guni sebab berat nak mengangkatnya, instead aku taruk a few skop in each guni. So nampak macam banyak sangat kerja aku, nampak macam pulun gila kerjanya. Tapi itulah, kerja macam tu pun kena ada peralatan lengkap baru senang tapi since aku guna skop karat yang panjang, susah pulak nak mengaut pasir-pasir tuh. 

Aku tak perasan pun Pinky tiba, tapi aku tahu yang sebanyak guni pasir tuh points yang aku dapat collect. Aku masih lagi dalam proses mengollect points sekarang nih. Bukan senang nak kasi Cina percayakan Melayu, kan? 

Dia datang sama Malik dan Ridzuan, bawak tayar wheelbarrow yang I have no idea macamana nak pasang. Dia suruh aku potong rumput Kolam 3 sebab tak lama lagi nak pindahkan ikan Kolam 1 ke Kolam 3 tuh. Now, rumput kat Kolam 1 belum siap dipotong, kena potong rumput kat Kolam 3 pulak. Ban kat semua kolam banyak yang nak direpair, kena potong rumput kat Kolam 3 pulak. Berteraburan kerja yang aku kena buat. Aku beritahu dia yang susah nak tangkap ikan kat Kolam 1 sebab airnya dalam kat bahagian tengah kolam, kena berenang. So aku kata aku nak buangkan air kolam tuh by a foot or two. 

Again, beria sangat dia tanya aku apa yang aku nak kat kongsi tuh, apa yang perlu direpair. Ituhari dia kata nak buat jamban tapi aku kata it's not worth it, unless ramai pekerja yang akan kerja di sini. Jamban yang sedia ada sekarang ni tuh ok enough walaupun nun jauh di sudut sana tuh. Aku pun selama ini cuma sekali aje guna jamban tuh, masa mula datang dulu. Selebihnya aku pun lupa kat mana aku membuat pelaburan. Senang cakap lah, bumi Allah nih luas, kan? 

Beria jugak aku beritahu dia yang all those things like tv, tilam, semua tuh tak penting bagi aku. Apa yang pentingnya, aku nak kan peace of mind. Aku kasi dia contoh, pasal Seng. Aku kata Seng boleh menyebabkan aku berhenti kerja nanti, sebab aku tak suka cara dia yang kasar tuh. Aku kata yang aku nih sensitive bab-bab tuh sebab biasanya aku akan buat sebaik mungkin dan kalau orang marah tak tentu pasal, atau cakap kasar macamlah aku nih desperate sangat for his money, itu aku tak boleh terima. Apa salahnya cakap perlahan-lahan, cakap lembut-lembut, kan? 
"I'm a local guy, a Malay, I'm not like those immigrants", aku kata gitu.  

Mamat Lone Ranger nak pinjam dua ringgit, dah 12 ringgit dah jadinya. Kalau kat luar, apalah sangat 12 ringgit tuh kan tapi kat sini, every sen tuh counts. Dia kata dia akan bayar balik bila abang ipar dia datang tapi petang tadi ada aku nampak abang ipar dia tapi tak ada pulak dia pulangkan duit. Aku taklah ralat sangat kalau dia tak bayar pun sebab dia selalu kasi aku makanan, ituhari dia kasi nasi ayam dan dua kali dia ada kasi aku epal sama oren.

Joko kata dia tak pergi Pasar malam harinih pasal tak ada duit, aku pun tak ada duit nak pinjamkan dia. dan rasanya kalau ada pun duit, tak aku pinjamkan sebab dia dah pinjam RM 40 dari aku. So aku pergi sorang-sorang, tak ke Pasar Malam pun, cuma ke kedai aje. Beli barang pun yang betul-betul perlu aje, bajet untuk 2 minggu. Beli 3 kilo beras (sekilo tuh untuk gantikan beras Joko), dua dozen telur, 2 kg biskut (duduk sini banyak pulak aku makan biskut. Kalau kat Bangsar aku tak pernah ada bekalan macam nih, mungkin sebab kalau aku lapar aku boleh turun pergi kedai. Kat sini apa yang ada?) 

Dalam pocket aku tinggal RM 2.50 aje, tak pernah aku sesengkek gini tapi aku tahu aku boleh hidup dengan duit sebanyak itu sebab aku tak ada nak guna duit untuk beli apa-apa pun dalam masa dua minggu akan datang. Macam tak percaya yang I'm surviving on RM 15 a week. 
On my way balik tuh bertembung dengan Joko, bini dia dan Keling tuh, diaorang nak ke Pasar Malam. Joko kata dia pinjam duit keling tuh, tu pasal dia nak ke Pasar malam.

Alhamdulillah aku dapat recouped last Friday punya losses, dapat lebih dari itu pun. So aku terus buat withdrawal ke Liberty reserve aku, USD 200, so tinggal dalam USD 500 kat Forex account aku. Macam tak percaya how I turned USD 5 into USD 700 within 3 weeks. 

Day 20 - Ahad 20/11/2011

Suspen gak aku semalam sebab hujan sepanjang malam, takut kolam penuh air. Air dari lurah sungai kecil kat luar sana tuh mudah sangat banjir kalau hujan lebat. Takut melimpah ke kolam, tu pasal.

Lepas hidupkan enjin generator, terus kasi makan ikan, sampai 3 pellets aku kasi tapi macam tak banyak ikan yang makan pun. Sunday kot, ikan bangun lewat sebab tak kerja. Bukan macam aku yang kena kerja setiap hari.

Bosan sangat, ajak Mamat Lone Ranger sembang. Aku ada sikit respect dengan dia nih pasal dia looks normal tapi dia boleh hidup macam tuh, kerja tak bergaji. Aku memang rasa ada sedikit persamaan dengan dia, kat bab-bab suka duduk sorang-sorang. Tapi aku cuma sementara sedangkan dia tuh sampai pencen lah kot macam tuh? Beli rokok kat dia, aku dah termula rasa bosan yang teramat.

Last-last melepak kat stor, message Ida, adik aku suruh tolong bayarkan bill internet aku sebab kalau kena potong nanti mamposlah aku, that's the only thing in my life worth living sekarang nih. 

Geram aku kat Joko nih tau dak? Dia selalu kerja kat reban ayam dekat kongsi aku nih, so selalu dia melilau sana sini, pastuh nak pinjam barang. Tadi tuh siap pinjam cermin, pisau cukur dan gunting. Selamba aje depan-depan aku dia gunting bulu hidung. Kurang asam betul. Agaknya kalau di belakang aku, tah bulu apa lagi yang dipotongnya. Bulu kening?

Day 19 - Sabtu 19/11/2011

Aku beritahu Raju yang pagi ini dia tak payah kerja lah sebab dia cuma disuruh tolong tangkap ikan aje, so jangan buat kerja lain. Lepak aje kat bilik sambil tunggu Seng datang ambik dia. So aku sorang aje yang keluar ke kolam, lepas kasi makan ikan dan buat apa yang patut, aku menebas semak samun kat Kolam 2. Bersih dan lawa jadinya, so semakin bersemangat aku kerja. 

Seng datang untuk ambik jaring dan jemput Raju, aku tanya Raju bila lagi nak datang ke sini sebab aku suka kerja dengan dia. Sajalah nak kasi ego dia naik sikit.

Lepas tuh aku sambung potong rumput, punyalah siksanya sebab semak sangat dan banyak tumbuhan menjalar, asyik melilit mata pemotong aje, itu yang mesin selalu mati tuh. 

Manager kat restoran di Scott Garden talipun aku, nak jumpa aku, nak bincang-bincng pasal kerja tapi aku dah settled di sini, susahlah sikit. Lagipun aku memang tak nak dah kerja dengan gang-gang Pakistan nih.

Keletihan lepas tuh, aku bentang guni, aku baring bawah pokok. What a bliss, rileks-rileks sambil dengar radio. Lepas memasak/makan pun aku rileks kat bawah pokok tuh, tapi kali ini aku bawak buku nota, tulis blog. Macam bagus jer aku nih kan, hidup yang tak ada apa-apa ni pun nak berblog bagai kononnya. 

Hujan turun sepanjang malam, apa lagi yang nak dibuat sorang-sorang kat tengah hutan nih selain daripada tidur, kan?

Day 18 - Jumaat 18/11/2011

Aku tak expect Raju akan bangun awal pagi dan mula kerja seawal aku sebab semalam dia ada kata yang paling awal dia mula pun pukul 9 setengah. Lagipun dia kata badan dia sakit-sakit, aku setuju tuh sebab badan aku pun masih lenguh-lenguh, bayangkanah menarik jaring yang penuh tanah tuh. Lepas kasi dia mee-cup sama roti, dan teh, kitaorang sembang bawah pokok sambil hisap rokok. 

"Apa pasal lu kerja pagi-pagi?", dia tanya aku sebab aku kata biasanya 8-30 aku dah kasi ikan makan. Masa tuh dah 10 lebih, apa pun belum buat lagi. Dulu Seng beritahu aku yang kalau pagi-pagi kasi sesuku pellet jer makanan ikan so aku kasi sebanyak itu, kadang lebih sebab aku nampak macam banyak ikan yang tak cukup makan. Tapi, Raju kata kena kasi 3 pellets setiap pagi, walaupun dia tak tahu sebanyak mana ikan yang masih ada kat kolam-kolam tuh. 

Lepas tuh kitaorang turun Kolam 1 untuk repair kayu pemacak tempat mengikat kipas. Pernah aku cuba buat sorang-sorang, tak tercabut nya kayu-kayu yang condong tuh pasal dalam sangat ditanamnya. Bagus jugak ada Raju nih, puji jer dia sikit, macam Keling karam Keling tuh buat kerja. 

Lepas tuh kitaorang berdua terus turun Kolam 2 dan start pasang jaring, sebab malas nak tunggu diaorang yang janjinya akan sampai pukul 10 tapi by 11 masih belum nampak bayangnya pun. Sebab aku pun dah ada experience, senang jadinya kerja menarik jaring tuh walaupun meletihkan. Untuk kasi semangat, dan untuk kasi dia kerja lebih sikit (so that aku tak payah bertungkus lumus sangat) aku katalah yang kitaorang berdua aje boleh buat semua tuh, tapi kalau tak ada dia memang tak terlaratlah. 

Lepas kepung ikan tuh di jaring, kitaorang tinggalkan aje, tak nak naikkan dulu ikan-ikan tuh, nak kasi diaorang tengok. Kalau tidak sure diaorang kata kitaorang tipu aje.

Yang semalam jugak datangnya, ada sorang lagi, awek nama Sakura. Bersoleknya dia sama Siti tuh, sampai letih aku bergossip sama Raju masa diaorang salin pakaian. Matanya biru, bedaknya bertompok-tompok macam pepperoni pizza gayanya.

Raju nih pulakkan, dia kerja tak pernah berbaju. Dah lah perut macam tembikai,  belakang dia penuh bulu. Dah tu pakai short pendek dan ketat. So boleh nampak bulu yang banyak all the way to his butt crack. And I'm sure jubur dia penuh bulu. Tak tau lah kalau orang lain tak fikir gitu tapi itu yang aku fikirkan sampai aku rasa nak beritahu dia tapi tak comfortable pulak rasanya. Setidak comfortablelan aku menengoknya.

Lepas taruk ubat nak kasi ikan pening, barulah ikan-ikan tu dipindahkan ke Kolam 1. Lepas makan, buat another round. Kali ini awek dua orang tuh pun turun jugak ke kolam. Biasalah kan, as expected, menjerit aje lah kerjanya. Patutnya dah tahu nak buat kerja gitu, kalau tak ada bra besi, pakailah bra yang tebal sikit, tak lah senak kena ikan yang melompat-lompat tuh. 

Habis menjaring terus kitaorang pergi Sembahyang Jumaat, yang lain tuh rileks-rileks kat stor. Rupanya diaorang nak buat another round, aku dah letih gila tapi nak buat macamana kan? 

Aku ingatkan dah tak nak tangkap ikan dah bila selesai tuh, rupanya diaorang nak buat kat Kolam 3 pulak. Nasib baiklah kolam tuh kecik jer. Dan ikan kat situ pun tak banyak.

Raju dah malas dah masa tuh so aku yang dah tahu sikit sebanyak nih yang buat apa yang patut dibuat sebelum mula tarik jaring. Masa orang lain tengah rileks, Jon tanya aku, apa yang Raju cakap kat aku semalam, masa dia melepak sama aku sepanjang malam. Aku kata tak ada apa pun sangat, sembang biasa-biasa aje. Then dia kata lah yang Seng beritahu dia sama Pinky yang Raju nih hopeless punya orang, pemalas dan tak boleh dipercaya. Dia tengok dengan mata kepala dia sendiri, dia kata macam tuh. Kat kolam yang lagi satu tuh, yang buat kerjanya one Indonesian couple, Raju banyak rileks aje. 

"That's totally the opposite of what he told me last night", aku kata gitu. Patutnya aku tak beritahu pasal raju yang pergi kedai sorang-sorang sedangkan aku nak temankan dia, tapi aku tercakap jugak. 

"There, you see?", kata Jon. Ada sekali tuh Jon tengking Raju yang macam jerit-jerit kat dia. Lawak rasanya sebab dua-dua nya Keling tapi bertengkar dalam Bahasa Melayu. 

Sampai pukul 6 baru lah selesai, itupun banyak ikan yang terlepas, tinggi ikan boleh melompat rupanya, their orang punya last effort untuk melepaskan diri. 

Raju bermalam di sini lagi malam nih, makin kuat aku api-api kan dia, aku kata memang tak patut sangat Pinky sama Jon tak hantar dia balik sedangkan kerja semuanya dah siap. Since aku tahu yang Raju banyak auta nya, aku layan tak layan aje lah apa yang dia cerita. Dia kata keluarga dia memang samseng, gangster, ramai pemilik kolam ikan kat kawasan nih takut kat keluarga dia. Even abang dia pernah ugut nak bunuh Seng kalau-kalau Seng suruh Raju buat kerja yang berat-berat. 

Dia beritahu jugak yang dia tak nak kerja kat kolam nih , kalau lah nanti disuruh kerja kat sini pulak. Bila aku suruh dia kasi reasons why, dia kata yang orang gila aje yang sanggup kerja di sini. Dah lah kedai jauh, kerja sorang-sorang, banyak kerja yang kena dibuat pulak tuh.

Surprisingly, sikit pun aku tak terasa hati dia kata orang gila aje yang sanggup kerja kat sini. Aku rasa kat sini aman damai. Sedamai hati aku.

Day 17 - Khamis 17/11/2011

Bangun Subuh tadi, masa nak ambik wudhuk, aku tengok kuali lintang pukang, habis lauk aku. Ada sekor kucing nih yang punya angkara. Aku kalau malam-malam memang tak keluar dah, bunyilah apa pun aku buat tak tahu aje. Aku anggap buah jatuh, ranting patah, bunyi-bunyi gitu. Malas fikir lebih-lebih sebab nanti takut tertakut jadinya. Aku fikir, kalaulah hantu, sure dah lama kacau aku kan? Ish, lancang mulut aku nih! Tapi kalau pagi-pagi dekat Subuh aku berani keluar, tapi jalan tak pandang kiri kananlah, terus aje ke bilik air. 

Dekat 2 jam memorex pagi nih sebelum keluar buat kerja. Euro dah low sangat nih, takut aku nak taruk sell positions lain sebab dah 3 hari downtrend, it's time for a little rally. 

Aku potong rumput belukar kat Kolam 2, rimbun-rimbun semaknya sampai a few times tali pemotong tuh putus. Yang buat susahnya, kawasan hutan tuh banyak lubang, selalu aku terperosok dalam rekahan-rekahan tanah tuh. Sampai dekat pukul 2 aku kerja, bila time rajin tuh memang rajin sangat aku nih. 

Elok aje aku siap mandi, tengok-tengok Seng datang sama Raju, pekerja kat kolam yang lagi satu tuh. Rupanya hari nih nak menangkap ikan. Sementara menunggu Pinky punya gerombolan tiba, Seng suruh Raju panjat rambutan, so makan rambutan lah kitaorang lepas tuh. 

Sampai 3 kereta yang tiba, Pinky sama Jon ajak pekerja company diaorang (diaorang ada Oil & Gas company kat Kinrara) tolong tangkap ikan, Siti, Lorraine (Keling), Sham dan Alex (Keling). Siap bawak makanan lagi, so kitaorang makan dulu nasi goreng. Masa tengah melepak tuh Pinky tanya aku, apa pasal aku tak potong rumput yang kat depan tuh. Alah, rumput pendek jer, lagipun aku baru start dari seberang sana tuh.

"This is not a Botanical Garden, bitch!".

Of course lah aku tak jawab gitu kan? Tapi memang aku bengang pasal rumput setengah inci tuh pun nak tanya beria sangat. Masa mula aku datang sini dulu, hutan belantara tapi sekarang dah lama, dah macam kawasan resort aje. Seng sama Pinky tau aku bengang kot sebab aku geleng-geleng kepala masa tuh, tak pandang pun diaorang.


Raju yang jadi kepala menangkap ikan, dia yang pasang jaring, tunjuk ajar macamana nak tarik jaring, yang lain tuh tukang halau ikan, tukang tarik jaring. Seng tukang arah. Geram aku sebab asyik menjerit aje, "ayoooo, ikan lari lorrr", "ayaaa, ikan boleh mati itu macam". Memang senang nak mengarah orang nih kan? Kalau berani, turun kolam lah sama kitaorang, macam Jon laki Pinky, aku suka dia sebab dia turut sama turun tarik jaring. Beria sangat Seng suruh aku perhatikan Raju buat kerja, kejap-kejap suruh aku ke tengah kolam, kejap-kejap suruh aku ke tepi kolam. 

"Fuck this bloody thing!", aku kata gitu sambil hempas jaring, saja aku marah gitu biar dia tahu yang aku bengang. Tak lama tuh terus dia pergi dekat Pinky, nun jauh kat stor sana tuh. Dari situ pun dia asyik memerintah aje, lama aku tenung dia masa dia jerit-jerit tuh.

Nasib baik masa tuh hujan turun, dan tak lama lepas tuh dia pun blah. Baru lah rasa fun nya kerja, I kind of like gang-gang tuh (kecuali Sham), diaorang, especially Jon sama Lorraine were such a riot. Melawak aje kerjanya. 

Bila Seng dah tak ada, Raju lah pulak yang jadi boss nya, dia kata orang lain tuh bukannya buat kerja, asyik nak sembang aje. Lepas tuh sibuk masing-masing posing untuk bergambar. Aku pun cucuk-cucuklah sikit kan? Then aku bodek-bodek dia, aku kata dia pandai buat kerja, dan aku nak belajar dari dia. Alah, Keling kan, bodek sikit aje terus kalah.

Punyalah sakit tangan sama kaki aku menarik jaring tuh, sampai luka-luka. Macamana pun it was fun.Dekat pukul 6 baru selesai, esok akan tarik jaring lagi untuk second dan third round. 

Since Seng dah balik dan esok tenaga Raju masih diperlukan, diaorang suruh Raju tidur kat kongsi aku tuh aje. Pinky siap kasi aku sama Raju dua puluh ringgit sorang untuk makan malam. Aku ambik aje, pasal kat pocket aku ada RM 15 aje. 

"Apa pasal diaorang tarak hantar you balik?", aku cucuk Raju. Bengang jer dia, lepas tuh the whole petang aku asyik dengar cerita dia aje lah. Dah 4 tahun kerja sama Seng, memang dia terrer, kata dia lah kan?

Kat luar hujan renyai-renyai dan aku pun sibuk melayan Forex, so aku beritahu Raju yang keluar pergi makan lewat sikitlah. Aku kata aku tak masak apa-apa sebab kadang tuh makan kat luar, sedangkan memang tak lojik yang aku makan 
kat luar setiap hari, gerai terdekat pun about a km away. 

Dia asyik dengar lagu aje, then baru aku terfikir, apa pasal selama ini aku tak pernah pun dengar lagu kat cellphone? At least ada peneman, kan? Lepas pada tuh teruslah aku pasang LiteFM sepanjang masa.

Raju kata dia nak ke tempat Mamat Lone Ranger sebab dia kenal Mamat tuh (Raju pernah kerja di sini masa kolam ni mula dibukak dulu tuh) dan dia kata dia nak ke kedai, nak pinjam motor Mamat Lone Ranger. Tak ada pun dia nak mengajak aku, memang dasar Keling! Kasi dia RM 10 suruh tolong belikan gula, balance nya suruh beli apa-apa jajan. 

Malam, tak bergerak-gerak dia dari bilik aku, asyik melepak kat sini aje sambil dengar lagu Keling, tension gila aku dibuatnya. Selamba aje dia ambik towel aku masa nak mandi, itu lagi lah menensionkan, harus aku buat kain buruk aje towel tuh nanti.

"Kat atas ada toto sama bantal, saya mau tidur", aku kata gitu, nak suruh dia tidur kat bilik kosong tuh. Aku memorex dalam gelap sebab tak nak kasi dia perasan yang aku belum tidur. Dan dia tak perasan pun yang aku boleh dengar bunyi orang mengerang sepanjang malam, sure dia tengok porn kat cellphone dia sebab benda yang sama diulang-ulangnya every few minutes.