Sunday

Day 27 - Ahad 27/11/2011

Lena aku tidur semalam, dan aku tak rasa aku nak turun ke kolam pun harinih memandangkan harinih Sunday. Setakat buat apa yang patut aje, selebihnya aku nak melepak aje.

Aku tengah melepak melihat keindahan alam di waktu Subuh, bila dari kejauhan tuh aku terperasan yang macam banyak ikan timbul kat kolam 1, kolam yang kitaorang tangkap ikan semalam tuh. Aku tahu yang ikan kat kolam tuh masih banyak, Kolam 2 dulu sampai 5 kali kitaorang tarik jaring, Kolam 1 nih kena dibuat 3 atau 4 kali lagi barulah boleh clear semuanya.

So, berpelikat, tak berbaju, terus aku ke kolam, memang betul, banyak ikan yang timbul ambik nafas. Dan aku tengok kat kawasan paip tempat air masuk (air setakat menitis-nitis aje sebab paip tuh disekat air) aku tengok beratus ikan yang berkerumun, semuanya mata nak terbeliak, gasping for air. Aku lari kejap ke kolam 3, ada dalam 30 ekor ikan yang mati, aku jangkakan lebih banyak dari tuh. Tapi apa yang aku perasan, yang mati tuh semuanya ikan lampam yang kecik-kecik, tak ada pun talapia yang mati. 

Apa pasal tak ada sorang pun yang terfikir nak pasang satu kipas (semua kipas dah dinaikkan ke darat semalam) overnight pasal masih banyak ikan kat Kolam 1 yang besar tuh. Terus aku message Pinky, beritahu dia apa yang patut. Dia kata dia akan talipun Seng suruh dia datang tengokkan, dan tolong aku turunkan kipas. 

"Tak apa, tak apa, I can ask the Indians to help me out", aku kata gitu, kebetulan Indians yang dah pindah ke Ampang tuh akan datang kerja di dusun Thamby tuh harinih. Malaslah aku kalau Seng, son of a gun tuh ada. 

Terkial-kial aku menurunkan kipas tuh ke kolam, tak lama tuh baru aku terperasan yang cable kipas tuh tak panjang, kipas tuh cuma untuk ditaruk di bahagian tepi kolam. Kipas untuk kawasan air dalam, nun di sebelah sana tuh. Fuck! 

By the time aku siap mengangkat dan menurunkan kipas, mengikatnya, ikan-ikan dah tak banyak di permukaan air. Sebab matahari dah naik! 

Pinky asyik menalipun aku tanya perkembangan, sedangkan aku kat dalam Kolam 3 menangkap ikan mati, aku beritahu dia cuma 3 ekor jer yang mati sedangkan ada dalam 30 ekor yang kiok. To me, 30 ekor lampam kecik tuh sama lah dengan 3 ekor bapak lampam.

Lega bila semuanya selesai dan ok semua, terus aku bersiap untuk ke kedai. Mentang-mentang semalam dapat duit, terus nak dibelanjakan. Bukan apa, aku malas tunggu esok, malas ke Pasar Malam besok sebab sayang nak tinggalkan Forex even for a little while. Itu yang aku suka kalau weekends ada banyak kerja, at least aku tak rasa bosan sangat since Forex tak bukak weekends. 

Banyak kereta mewah diparking sepanjang jalan, rupanya ramai orang memancing kat kolam-kolam, macam pesta jadinya. Jenis orang yang tak reti buang masa, diaorang tuh. Buatlah benda berfaedah sikit daripada memancing kan?

Tak bukak pulak kedai Cina tuh so aku ke kedai runcit Melayu yang jauh sikit tuh, yang dekat masjid. Habis 50 ringgit tuh aku belanjakan, beli biskut, gula, bawang, ikan bilis, cili, etc. Beli teh serbuk sebungkus kecik sebab teh uncang mahal harganya.  Buang duit aje nak beli tapis, spenda pun boleh dibuat tapis, kan? Ataupun towel.

Apa yang menyedarkan aku kan, bila kita tak berduit nih, bila kita berjimat, nak beli benda-benda kena difikir dulu. Dulu-dulu, pakai ambik jer dari rak, kali nih tak, kena tengok tanda harga, pastuh cari kalau ada pengganti yang harga lebih murah. Insaf aku!

"Tak pernah nampak pun sebelum ini, kerja mana?", tokay kedai tuh tanya aku.

"Tuh kerja dalam hutan sana tuh', aku jawab sambil gelak-gelak.

"Motong getah?", tanya bini tokay kedai.

"Tak, kerja kolam ikan kat dusun", aku jawab, sambil taruk barang dalam bag.

"Dusun Datuk ker?", tokay tuh tanya.

"Tak lah, tokaynya Cina, Datuk mana ni?", aku tanya lagi.

"Tuh dusun atas bukit depan tokong Cina tuh, luas. Itu dusun Datuk tu", tokay tuh kata.

"Datuk mana ni?", aku makin curious nak tahu. 

"Kau jangan pergi situ, kalau keluar malam-malam jangan keluar sorang-sorang. Itu dusun Datuk puaka tuh", kata tokay tu sambil pandang bini dia. Aku tak tanya lah pulak samada dusun tuh berpuaka atau Datuk tuh puaka punya orang.

Tiap kali lepas makan lepas pergi kedai, sure aku sakit perut. Sebab masak pedas-pedas. Semalaman tak tidur aku, pasal sakit perut, dan jugak pasal nak tunggu Forex bukak awal pagi esok. Aku kalau awal Isnin memang tertunggu-tunggu Market bukak.